Rabu, 3 Januari 2024

SANUSI YAKIN KERAJAAN ANWAR AKAN TUMBANG


SANUSI YAKIN

KERAJAAN ANWAR

AKAN TUMBANG

 KHALAS

AMIN

ANWAR SUKA DILIHAT MANGSA - DAPAT KESIAN


Kadir dakwa Langkah Dubai mungkin naratif kerajaan

KUALA LUMPUR – Desas-desus kewujudan gerakan menjatuhkan kerajaan – digelar Langkah Dubai – mungkin naratif daripada pihak kerajaan sendiri, dakwa wartawan veteran,  A.Kadir Jasin.

Jelas beliau, langkah itu juga disifatkan sebagai rekaan kononnya Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sentiasa dicemburui, dianiaya dan dikhianti oleh mereka yang berhati busuk.

“Jadi apakah muslihat di sebalik hingar-bingar mengenai Langkah Dubai ini? Mungkinkah ia berasal daripada pihak kerajaan sendiri bagi meneruskan naratif dan diayah bahawa Anwar ini sentiasa dicemburui, dianiaya dan dikhianati oleh mereka yang berhati busuk?

“Dalam erti kata lain, Anwar sentiasa memerlukan “nemesis” (musuh) sebenar atau khayalan untuk memberi keabsahan kepada politiknya.

“Itulah kaedah beliau dan penyokongnya sejak zaman protes belia pada tahun 1970-an sehingga kepada zaman konformis UMNO pada 1980-an dan 90-an, era reformasi selepas dipecat pada tahun 1998 dan kini era kuasa di Putrajaya,” dakwa beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Kadir mengulas mengenai desas-desus mengenai Langkah Dubai yang didakwa digerakkan oleh pemimpin parti pembangkang termasuk wakil tertentu kerajaan dengan matlamat untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Dalam pada itu, Kadir berkata, sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan setahun lalu, agensi-agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyiasat sesiapa sahaja yang disyakinya.

Malah katanya, perkara itu lebih giat dijalankan sejak tumbangnya Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 2018 (PRU14) dan rampasan kuasa menggunakan Akaun Bersumpah (SD) dengan penbunuhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya pernah cerita bagaimana saya disoal siasat oleh Badan Pencegah Rasuah (pendahulu kepada SPRM) pada akhir tahun 1990-an bersabit dakwaan keterlibatan Anwar Ibrahim dalam urusan pembelian lesen penjana elektrik bebas (IPP) oleh Realmild Sdn Bhd daripada dua individu Bumiputera. Saya adalah salah seorang ahli lembaga pengarah dan pemegang saham Realmild ketika itu.

“Dakwaan itu terkandung dalam akuan berkanun (SD) bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid, pada tahun 1999. Sepanjang ingatan saya tidak ada tindakan susulan kepada siasatan itu. Boleh jadi kerajaan waktu itu hanya hendak tahu kesahihan dakwaan Murad, khususnya kemungkinan wujudnya “war chest” Anwar,” katanya lagi.


KAH KAH KAH

WOIT

INI TRIK LAMA 

AMIN

CARI SIMPATI 

CARI KESIAN 

KAH KAH KAH

AMIN

BIJAK BIJAK

TAK BUAT KERJA

EKONOMI GAGAL

CARI SIMPATI

TUDUH ADA

KOMPLOT

NAK GULING

KAH KAH KAH

AMIN

BETUL KE ATAU BERIAT KARUT ?



10 individu akan ditahan, ramal Raja Petra

KUALA LUMPUR – Penulis blog kontroversi, Raja Petra Raja Kamarudin mendakwa 10 individu ternama termasuk beberapa pemimpin pembangkang akan ditahan pihak berkuasa.

Raja Petra turut menyenaraikan tiga bekas perdana menteri iaitu  Dr Mahathir Mohamad dan  Muhyiddin serta Ismail Sabri juga akan ditangkap.

Individu lain adalah bekas menteri kewangan,  Daim Zainuddin, Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang dan bekas Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Hussein.

Pemimpin pembangkang yang dijangka ditahan adalah  Hamzah Zainudin (Ketua Pembangkang),  Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden Pas) dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan.

Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan dokumen daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri bagi membantu siasatan berhubung perbelanjaan kempen Promosi Keluarga Malaysia oleh pentadbiran sebelum ini.

Isnin lalu, SPRM dilaporkan akan memanggil bekas perdana menteri dan dua pembantunya sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas tiga kes berasingan membabitkan dakwaan salah guna dana.

Siasatan itu bagi mengenal pasti sumber kekayaan diperoleh isteri serta anak kepada pemimpin berkenaan membabitkan aktiviti syarikat petroleum dan perbelanjaan berkaitan pengiklanan.

Terdahulu, media melaporkan seorang ahli Parlimen dari sebuah negeri di Pantai Timur dan pembantunya akan dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) dan Akta SPRM 2009. – 

WOIT

INI BERITA

GEMPAQ

KAH KAH KAH

NAK BAGI TAKUT

PARA YB YANG

NAK TINGGALKAN

ANWAR

KAH KAH KAH

BIJAK BIJAK

TAKUT LARI

CABUUUT

PALING TADAH

KAH KAH KAH

AMIN

HAKIM PUN MAKAN RASUAH


Hukuman bekas hakim dikurangkan kepada penjara sehari, denda RM12,000

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Shah Shah Alam di sini memutuskan untuk mengurangkan hukuman seorang bekas hakim yang terpalit dengan kesalahan rasuah dan berdepan dengan hukuman penjara serta denda.

Hakim Hasbullah Adam telah memutuskan hukuman berkenaan terhadap Azmil Muntapha Abas, 50, selepas membenarkan rayuan bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu itu untuk mengetepikan hukuman dikenakan Mahkamah Sesyen.

Sebelum ini, suspek yang juga bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Azmil Muntapha Abas telah dijatuhi hukuman penjara enam bulan serta denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen.

Tetapi hukuman itu telah dikurangkan kepada penjara sehari dan denda RM12,000.

Azmil Muntapha telah membuat rayuan untuk mengetepikan hukuman diputuskan oleh mahkamah pada 19 Oktober 2022 namun ditolak untuk mengetepikan sabitan bersalah.

Dalam penghakiman ringkas, Hasbullah Adam mendapati, tidak wujud alasan yang bermerit untuk menolak keputusan Hakim Mahkamah Sesyen berhubung sabitan kesalahan mengikut Seksyen 316 Kanun Tatacara Jenayah.

Jelasnya, sabitan bersalah perayu atas kesalahan rasuah tersebut tidak bercanggah maka rayuan untuk mengetepikan kesalahan itu ditolak.

“Namun mahkamah membenarkan rayuan perayu atas hukuman dengan mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM25,000 dengan menggantikannya kepada pemenjaraan sehari dan denda sebanyak RM12,000.00.

“Andai dia gagal bayar maka perayu berdepan dengan pemenjaraan selama tiga bulan,” katanya ringkas.

Dalam kertas pertuduhan, suspek sebagai Hakim Mahkamah Sesyen telah memperoleh untuk dirinya suatu barang berharga iaitu wang tunai sebanyak RM5,000 tanpa suatu balasan pada 8.22 malam.

Tertuduh didapati mempunyai hubungan dalam suatu prosiding yang berkaitan dengannya iaitu mengendalikan kes-kes jenayah bagi enam Orang Kena Tuduh (OKT).

Enam OKT tersebut adalah Chin Yat Soong, Yap Chiew Tat, Chin See Shak, Pang Kooi Fook, Yap Swee Ming dan Chin Chee Keong yang masing-masing telah melakukan kesalahan di bawah Subseksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan di mana Azmil Muntapha telah menjatuhkan hukuman denda terhadap kesemua mereka.

Azmil Muntapha didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 10 Mei 2018 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. –

INI BERITA 

 SEDIH

AMIN

RASUAH DAH

SAMPAI KE HAKIM

AMIN

KALAU HAKIM

TERIMA RASUAH

SAPA LAGI NAK

KITA PERCAYA

AMIN

KHALAS

SATU GUGUR SERIBU MUNCUL


SATU GUGUR

SERIBU MUNCUL

AL - FATIHAH

AMIN 

MUSIAM. BAANJIR BELUM TAMAT


Jumlah mangsa banjir Kelantan kekal, Pahang menurun

JUMLAH mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan tidak berubah setakat 12 tengah hari tadi, melibatkan 26 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Menurut laporan terkini situasi banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), mangsa di Pahang pula menurun kepada tujuh orang daripada dua keluarga, berbanding 10 mangsa daripada tiga keluarga yang berada di PPS Temerloh pada sebelah pagi.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati dua sungai berada pada paras bahaya melibatkan Sungai Pulai di Johor Bahru, Johor dan Sungai Arau, Perlis.

Laporan itu turut memaklumkan beberapa jalan ditutup akibat banjir, cerun runtuh dan kerosakan antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Sungai Sam ke Dabong di Jeli, Kelantan; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang - Gerik - Jeli dan Jalan Kota Tinggi - Kluang di Johor.

Dalam pada itu, Kementerian Kerja Raya dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan setakat 10 pagi, 18 lokasi bencana dikesan melibatkan enam jalan Persekutuan dan 12 jalan negeri.

Daripada jumlah itu, bencana yang direkodkan melibatkan banjir di enam lokasi, cerun runtuh (lima), jalan runtuh (empat), jambatan rosak atau runtuh (tiga).

Negeri yang terlibat dengan bencana itu ialah Pahang membabitkan tiga daerah, dua daerah masing-masing di Kelantan, Perak dan Kedah serta satu daerah dilaporkan di Terengganu dan juga Selangor.– Bernama, 3 Januari, 2024.

MUSIM TENGKUJUH

MUSIM BANJIR

BELUM TAMAT

AMIN

SENTIASA BERAWAS

BERSEDIA

AMIN

KHALAS 

NGO INI TIDAK SEDAR ?


NGO INI TAK SEDAR

HANYA NAMPAK

 ROHINGYA

DI PASAR SELAYANG

AMIN

BAGAIMANA DENGAN

1.22 JUTA PENDATANG

CHINA MERAH ?

AMIN

SUSAH NAK NAMPAK

KERANA DAH JADI

CHINA TEMPATAN

KHALAS

SANDIWARA TANGKAP MADEY !!!


SANDIWARA

2023 KE 2024

TANGKAP MADEY

AMIN



Unknown commented on 
"TANGKAP MADEY TANGKAP DAIM - TERBAIK - PASAL APA LEPASKAN ZAHID"

Sandiwara berterusan 2023 ke 2024 akan terus bersambung drama minggu kita, masyarakat kita ada bahan lawak ada bahan untuk suka ceria kah kah kah


 

AL- FATIHAH - JOHN PILGER


AL-FATIHAH

AMIN


John Richard Pilger  9 Oktober 1939 – 30 Disember 2023 ialah seorang wartawan, penulis, sarjana dan pembuat filem dokumentari Australia. Dari 1962, beliau berpangkalan terutamanya di Britain. Beliau juga seorang profesor pelawat di Universiti Cornell di New York.

Pilger adalah seorang pengkritik dasar luar Amerika, Australia dan British, yang dianggapnya didorong oleh agenda imperialis dan penjajah. Dia mengkritik layanan negara asalnya terhadap Orang Asli Australia. Beliau mula-mula menarik perhatian antarabangsa untuk laporannya mengenai pembunuhan beramai-ramai Kemboja.

RAKYAT SOKONG TANGKAP DAIM - TAPI PASAL APA BEBASKAN ZAHID ?


TANGKAP DAIM

TANGKAP MADEY

RAKYAT SOKONG

TAPI KENAPA

BEBASKAN ZAHID

KHALAS

TANGKAP KELUARGA MALAYSIA


SPRM mulakan siasatan penggunaan wang RM700 juta


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan awal berhubung isu membabitkan penggunaan wang sebanyak RM700 juta yang dibelanjakan bagi tujuan promosi dan publisiti bagi menghebahkan pencapaian kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022 ketika pentadbiran dua Perdana Menteri sebelum ini.

Sumber yang boleh dipercayai memberitahu, SPRM telah pergi ke Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri bagi proses siasatan dan mengumpulkan maklumat serta mendapatkan dokumen berkaitan hari ini.

Menurut sumber itu, siasatan dibuat berdasarkan maklumat awal sebagaimana dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran pada November tahun lepas.

Prabakaran meminta Perdana Menteri menyatakan, jumlah keseluruhan yang dibelanjakan kerajaan untuk kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa termasuk media cetak, media digital serta televisyen sepanjang tahun sejak 2020 hingga kini.

Susulan kenyataan Anwar itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut membuat catatan di laman sosial X baru-baru ini bahawa rakyat berhak mengetahui bagaimana RM700 juta telah dibelanjakan.

“SPRM mengambil tindakan proaktif menjalankan siasatan sebagaimana pendedahan mengenai penggunaan wang RM700 juta, baru-baru ini.

“Siasatan awal menjurus kepada bagaimana wang tersebut dibelanjakan dan adakah prosesnya mengikut tatacara yang betul,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan  Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan siasatan tersebut tetapi, enggan mendedahkan butiran siasatan. 

INI PROJEK

TANGKAP KEMPEN

KELUARGA

MALAYSIA

AMIN

INI PROJEK

TANGKAP

 MAIL BERA

AMIN

KHALAS

SATU BILION $ BELI YB






Kerajaan pandang serius isu dana RM1 bilion jatuhkan kerajaan – Fahmi


PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan memandang serius dakwaan pemimpin Perikatan Nasional (PN) telah menyediakan dana sejumlah RM1 bilion untuk memberi rasuah kepada Ahli Parlimen kerajaan agar menarik balik sokongan terhadap perdana menteri.

Jurucakap kerajaan, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, perkara itu akan dibawa masuk ke mesyuarat Kabinet yang akan berlangsung esok.

“Saya percaya isu itu dalam siasatan pihak berkuasa dan saya tidak boleh berikan komen cuma saya ambil maklum sidang media dan laporan polis yang dibuat Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, dan memandangkan serius perkara ini.

“Saya perlukan maklumat tambahan dan esok dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet saya akan beri sedikit ulasan,” katanya dalam sidang media ujian kualiti perkhidmatan selular panggilan suara di kementeriannya, hari ini.

Fahmi berkata demikian menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin yang meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan seorang pemimpin PN terbabit dalam cubaan merasuah individu berpengaruh dan Ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Azman berkata, dakwaan itu yang disiarkan sebuah blog mendakwa pemimpin PN yang juga seorang Ahli Parlimen, telah menyediakan dana sejumlah RM1 bilion untuk memberi rasuah kepada Ahli Parlimen kerajaan agar menarik balik sokongan terhadap perdana menteri.

Sebelum ini, spekulasi muncul mengenai “Langkah Dubai” yang merujuk kepada perbincangan yang didakwa berlaku di Emiriah Arab Bersatu antara pemimpin pembangkang dan wakil kerajaan tertentu untuk menjatuhkan pentadbiran Anwar.


WOIT

KAH KAH KAH

SATU 1 BILION $

DIGUNA UNTUK

BELI YB

KAH KAH KAH

LEBIH BAIK

ADAKAN PRU

SEKALI LAGI

AMIN

KHALAS

APAKAH NAJIB AKAN DNAA MACAM ZAHID ?


Najib terima AS$681 juta disyaki wang rasuah beli undi PRU13, kata pegawai penyiasat

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu Najib Razak menerima AS$681 juta daripada Tanore Finance Corporation disyaki wang rasuah yang digunakan bekas perdana menteri itu untuk membeli undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Arifin yang juga Pegawai Penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata wang itu diterima melalui Falcon Private Bank Singapore yang dideposit ke dalam akaun AmPrivate Banking milik Najib sekitar 2013.

Tanore Finance Corporation adalah syarikat milik Eric Tan iaitu sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Nur Aida yang bertugas di Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya berkata aduan mengenai kemasukan wang itu diterima pada 4 Mei 2015 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.


“Isi kandungan aduan tersebut antara lain menyatakan Najib sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan menteri kewangan menerima suapan melalui dana awam pelaburan 1MDB berjumlah RM3.2 bilion untuk kepentingan peribadi beliau,” kata saksi pendakwaan ke-49 itu.

Nur Aida berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.

Saksi itu berkata fokus siasatan adalah berhubung jumlah kemasukan wang yang sangat besar ke dalam dua akaun peribadi Najib di antara 2011 dan 2014.

“Ia berhubung Datuk Seri Najib yang dikatakan menggunakan kedudukan beliau bagi mendapat suapan dan sepanjang tempoh tersebut, beliau memegang jawatan sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan juga pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

“Saya menjalankan siasatan berdasarkan dokumen yang diperoleh daripada beberapa pihak antaranya Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kewangan,” katanya.

Najib, 70 yang menjadi perdana menteri pada 3 April 2009 dilantik semula menyandang jawatan itu pada 6 Mei 2013 selepas Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen pada PRU13.

Beliau berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – Bernama, 2 Januari, 2024.

WOIT

KES INI JIKA

NAJIB BEBAS

HILANG KEYAKINAN

RAKYAT PADA

HUKUM HAKAM

AMIN

ADA 21 PERTUDUHAN

MUSTAHIL SATU

PUN TAK LEKAT

AMIN

ATAU MACAM 

47 KES ZAHID

AKAN JUGA DNAA

JENG JENG JENG

KHALAS

RIBU RIBU PELAJAR MATI



Lebih 4,000 pelajar Palestin terkorban di Gaza sejak 7 Oktober


SEKURANG-KURANGNYA 4,119 pelajar sekolah Palestin terkorban dan 7,536 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lepas, menurut Kementerian Pendidikan Palestin pada Selasa.

Selain pelajar di Gaza, tentera Israel turut membunuh 37 pelajar dan mencederakan 282 yang lain di Tebing Barat yang diduduki sejak perang bermula pada 7 Oktober, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian itu yang disiarkan oleh agensi berita rasmi Palestin, WAFA.

Menurut kenyataan itu, tentera Israel turut menyebabkan kematian 221 guru dan kakitangan pendidikan dan mencederakan 703 yang lain.

Ia juga berkata 343 sekolah di seluruh Gaza dan 38 sekolah di Tebing Barat musnah dalam pengeboman Israel.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, sekurang-kurangnya  21,978 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh dan 57,697 yang lain cedera dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas. – Bernama, 3 Januari, 2024.

INI PROJEK

MEMBASMI

JENERASI MUDA

AMIN

PASTIKAN TIDAK

AKAN MUNCUL

PEMIKIR GANTIAN

AMIN

KHALAS

PERANG PASTI MEREBAK - AL FATIHAH



Senior Hamas figure Saleh al-Arouri killed in Lebanon

Death of Arouri in Israeli drone strike on Beirut suburb threatens significant escalation of war in region


Salah seorang pegawai paling kanan Hamas, Saleh al-Arouri, telah terbunuh dalam serangan dron Israel di Beirut yang mengancam peningkatan ketara dan berbahaya dalam perang Israel terhadap Hamas dan konflik berkaitannya dengan kumpulan militan Lubnan Hizbullah.


Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati, menyuarakan kebimbangan mengenai keganasan serantau yang lebih lanjut, menyifatkan pembunuhan itu sebagai "jenayah Israel baharu yang bertujuan untuk mencetuskan fasa konflik baharu, berikutan serangan harian di selatan [Lubnan]".


Serangan itu melanda pejabat Hamas di Musharafieh, pinggir selatan Beirut. Saluran televisyen untuk kumpulan Hizbullah Lubnan berkata Arouri telah dibunuh pada petang Selasa dalam satu letupan bersama lima yang lain ketika menghadiri mesyuarat.


Seorang pegawai Hamas, Basem Naim, juga berkata Arouri telah terbunuh dalam letupan itu. Kumpulan itu berkata dua lagi pegawai dalam sayap bersenjatanya turut terbunuh dalam serangan itu.


Dalam satu kenyataan pada malam Selasa, Hizbullah berkata pembunuhan itu adalah "serangan serius ke atas Lubnan", menyebutnya sebagai "perkembangan berbahaya dalam perjalanan perang antara musuh dan paksi penentangan ... [yang] tidak akan berjalan tanpa tindak balas atau hukuman. Rintangan mempunyai jari pada picu."



AL-FATIHAH

AMIN

MAKIN JELAS

PERANG PASTI

MEREBAK

AMIN