Sabtu, 1 April 2023

HIDUP SUSAH SEMAKIN SUSAH



HIDUP SUSAH

SEMAKIN SUSAH

KHALAS

MELAYU JADI RED INDIAN DI TANAH MELAYU



Data tanah rizab Melayu perlu dikemaskini elak susut di luar pengetahuan


KUALA LUMPUR – Data Tanah Rizab Melayu (TRM) perlu dikemaskini bagi memastikan gejala penyusutan mengenainya tidak berlaku diluar pengetahuan pihak berkuasa.

Malah, menteri-menteri besar di setiap negeri yang mana TRM menyusut perlu mengambil tanggungjawab supaya gejala salahguna mengenainya tidak berlaku, kata Pengerusi Majlis Tindakan Tanah Melayu, Mohd. Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius pendedahan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini mengenai pengurangan TRM yang berlaku di beberapa negeri.

“Mengikut statistik yang didedahkan, Kedah, Perak dan Kuala Lumpur merupakan tiga negeri yang menyaksikan penyusutan TRM sepanjang 2021 hingga 2022. Kedah sendiri berkurangan lebih 5,000 hektar.

“TRM adalah dilindungi di bawah Perkara 82 Perlembagaan Persekutuan. Bukan sahaja ia tidak boleh bertukar tangan kepada bukan Melayu, malah sebarang pengambilan perlu diganti dengan saiz dan sifat yang sama,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Mohd Azmi, pihaknya percaya pembangunan TRM terbantut akibat pemilik tanah tidak mampu membangunkannya, namun, pihak kerajaan negeri perlu mencari jalan keluar agar ia menjadi aset yang produktif.

Ujarnya, pada era masa kini yang memungkinkan pelbagai kaedah diguna untuk membangun aset tanah boleh dilakukan, kerajaan negeri tidak harus membiarkan TRM itu sebagai aset tidak produktif.

“Kerajaan negeri yang berkenaan perlu segera menyemak kedudukan TRM yang sedia ada dan memastikan proses penggantian dilakukan jika ia telah dinyah-wartakan dalam rekod.

“Semakan perlu dilakukan dengan memastikan antara apa yang ada dalam rekod Pejabat Tanah sama dengan apa yang ada dilapangan,” tambahnya.

Dalam pada itu Mohd Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berkata, terdapat kes TRM tergadai akibat pemilik terlibat dengan hutang daripada institusi kewangan.

Katanya, ada juga Kes status TRM di lapangan sudah bertukar tangan padahal dalam rekod masih tercatat ia masih wujud dan perlu disemak dengan teliti. – 

KES RIZAB

MELAYU INI

ADLAH KES BESAR

AMIN

AWAS

NANTI MELAYU

JADI RED INDIAN

DI TANAH MELAYU

SENDIRI

AMIN

DASAR TANAH

KELANTAN LARANG

WARGA BUKAN ASAL

KELANTAN MILIK

TANAH WAJIB JADI

IKUTAN

AMIN

KHALAS

KONPIRASI KAPITALIS


Polis kesan pemilik kenderaan tabur paku di jalan raya

POLIS Perak sedang mengesan pemilik kenderaan Nissan Almera dengan nombor pendaftaran AJK 869 bagi membantu siasatan berhubung insiden menabur paku di atas jalan seperti yang tular di sosial media sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata insiden berkenaan dipercayai berlaku di kawasan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut, Pusing dekat Batu Gajah.

“Polis menerima satu laporan daripada pengguna jalan raya yang memaklumkan tayar keretanya bocor selepas melalui jalan berkenaan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Siti Ramlah Abdullah di talian 016-7676287 atau Bilik gerakan IPD Batu Gajah di talian 05-3654322 atau 05-3629050.

Sejak semalam tular di sosial media satu rakaman video berdurasi 24 saat yang dirakam oleh pemandu kenderaan lain, memaparkan pemandu kereta itu menabur paku di persimpangan jalan raya dari tingkap kenderaan berkenaan. – Bernama, 1 April, 2023.

WOIT

ADA KERJASAMA

DENGAN KEDAI

JUAL TAYAR &

KEDAI REPAIR

AMIN

DULU ADA KES

CURAH  MINYAK

ATAS JALAN

BAGI KERETA

TERBABAS

INI KERJA TIM

TARIK KERETA

AMIN

OH ! MALAYSIA KU

INILAH NEGARAKU

KAH KAH KAH

AMIN

HUJAN BERHENTI


HUJAN BERHENTI

HUJAN LEBAH JAM 4 BERHENTI
PETANG JADI INDAH
LANGIT CERAH KEMBALI
SEJUK DAN SANTAI

ADUH !
ALAM MEMBANTU KITA BERPUASA
ALAM MEMBANTU PAK CIK MAK CIK
BAZAAR RAMADAN NIAGA

CUKUP BULAN 
GAJI DAH DAPAT
CUACA MOLEK
NIAGA RANCAK

GUA BERBUKA
BIASA SAJA PETANG INI
TAKDA SPESIAL
TALIPON KAWAN AJAK KELUAR
TAKDA YANG ANGKAT
MAKA MAKAN APA 
YANG ADA DI RUMAH

BUAH BUAH GUA 
ADA SIKIT LAGI
CUKUP UNTUK BERBUKA

SELAMAT BERBUKA
AMIN




AL-JUBURI


AL-JUBURI

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"OBAMA KENA TIPU"

obama bukan kena tipu bro..lu pasti pernah dgr kisah2 lobbylist ni.nak jumpa obama wajib melobi, melobi bukan free, wajib ada bayaran. obama pemimpin dunia, hadi pula pemimpin dan wali allah.lu lupa kisah arwah dato raba2 duta amerika.lobby amerika utk najib jumpa obama dan trump. akhirnya datok raba2 mati jatuh helikopter dan laba atau harta peninggalannya direbut isteri dan ibunya..harta saka nya jumlah berbilion dan berpulau..generasi tiktok mana tau hal ni.

 generasi tiktok ni hanyalah penjana wang saku utk beli barangan mewah dan sanggup menjdi duta barangan saja.konten tiada bertanggungjwb.setahun dua nnt, org bosan la.ada tak org melobi berjuta2 riyal utk berjumpa dgn wali allah haji hadi?silap2 kalo jumpa tepi jalan pun kena ludah..beza dgn POTUS.ada pengaruh,ada kuasa.trump bilionaire tapi najib berjumpa trump utk menolong ekonomi bilionaire trump..apa punya tur..lu tgk anwar g china, anwar kata tidak akan tunduk dgn kuasa2 besar..ini beza al juburi dgn wali allah atau kleptokrasi..al jubur lebih berani dan tuntas faham..gua ada dgr isteri2 PAS juga dijuburi suami2 syurga mereka.

TRUMP AKAN SERAH DIRI KE BALAI POLIS



TRUMP AKAN

SERAH DIRI

KE BALAI POLIS

SELASA DEPAN

AMIN

HUJAN LEBAT DI LE CHATEAU

 


HUJAN LEBAT 

DI LE CHATEAU


JAM 4 PETANG
DI HARI  APRIL FOOL
ANGIN BERTIUP KUAT
GURUH BERDENTAM DENTUM
KILAT SABUNG MENYABUNG
HUJAN TURUN DENGAN LEBAT

ADUH !
APAKAH HUJAN INI 
AKAN GANNGU BAZAAR RAMADAN
DI HARI CUTI MUNGKIN
RAMAI NAK MERAYU
MENCARI CARI DI BAZAR RAMADAN

TAPI GUA RASA
LEPAS SATU JAM
HUJAN LEBAT INI AKAN REDA
HUJAN LEBAT BAGUS
SEMAU AIR DALAM AWAN
GUGUR

BILA REDA KERING
CUACA AMAT MOLEK
UNTUK KE BAZAAR

SYUKUR HUJAN TURUN
MEMBANTU  KITA
YANG BERPUASA
AMIN

SANUSI TIBAI ANWAR



SANUSI TIBAI

ANWAR

KAH KAH KAH

AMIN



Unknown commented on
"KLIP SANUSI TIBAI ANWAR -
WAJIB TONTON"

masa ni PAS ada duit byk..tobur duit dan burit..katanya sik tempat hulu..suratkabar pun lambat dtg..walhal org2 dok kuala lumpur pun dah lama tak beli surat kabar.ini zaman globalisasi, zaman yg paling ditakuti madey alkutty.mimbar dan kuliah2 waktu dijadikan corong2 penyebaran fitnah.gua sarankan kedah kembali mejadi kerajaaan siam. ada plak sejarahwan tiktok kata siam itu adalah kerajaan melayu, so gua fikir elok la kedah kembali menghantar wang ufti kpd siam.

HADI TAK LEH MASUK MEKAH ? INI FITNAH ?


HADI TAKLEH

MASUK MEKAH ?

AMIN

APAKAH INI 

FITNAH

KHALAS

Unknown commented on 
"PENCURI TIDAK KEBAL -
 KEHAKIMAN BEBAS"

perkara melepaskan diri ni adalah biasa walaupun siapa pun jd PM. najib dah keluarga pasti berusaha utk melepaskan diri. mcm lu la bro, lu kena ISA, lu mesti nak lawan.lu ada gunakan segala tool utk melepaskan diri termasuk jual agama tuhan dan muhammad.kat arab byk spesis ni.di saudi setiap warga saudi itu tetap betul walaupun bersalah dan org2 luar itu tetap bersalah walaupun betul.ramai rakyat kelantan tganu sambung degree di middle east.bila balik dari saudi, mrk pun bwk perangai arab.


lu tak caya, lu tgk sikap teknokrat2 dlm PAS, mrk saja yg betul bila berfitnah, mrk saja yg layak beli mercedes, mrk saja yg layak mempergunakan agama waima raja/sultan pun disanggah.haji hadi gagal menukar perlembagaan kafir british kpd perlembagaan islam sb dlm dunia ni tiada pelembagaan islam yg betul2 islam.takkan lu angkat saudi sbg mengamalkan perlembagaan islam walhal haji hadi diharamkan memasuki mekah dan madinah.

PUTIN ADA SENJATA SULIT


PUTIN

ADA SENJATA SULIT

KHALAS

ILMU PERLU KEBEBASAN


Bebaskan universiti, benarkan lebih banyak dialog, kata ahli akademik

UNIVERSITI harus menerima lebih banyak dialog akademik dan membenarkan ia berlangsung di kampusnya, kata ahli akademik.

Maklum balas daripada cendekiawan tempatan itu dibuat selepas pembatalan sesi dialog Muda mengenai kebajikan pelatih di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam semalam.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight bahawa kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku sejak awal, sambil menambah bahawa pentadbir universiti sepatutnya bertindak lebih matang.

UiTM telah membatalkan sesi dialog Muda mengenai eksploitasi tidak bergaji dan kurang bergaji terhadap pelatih yang dijadualkan diadakan di kampus Shah Alam pada Khamis.

Sesi interaktif bertajuk “Intern Bukan Buruh Percuma “, anjuran badan gabungan Muda, Mahasiswa Demokratik, telah dibatalkan oleh pihak kampus atas alasan menjaga keharmonian kampus dan juga untuk memberi tumpuan kepada program kerohanian di bulan Ramadan.

Dalam kenyataan itu, UiTM memaklumkan pelajarnya bebas menyertai sebarang kempen atau aktiviti berkaitan politik di dalam atau di luar kampus asalkan mendapat kelulusan universiti.

“Justeru, pelajar hanya dibenarkan menyertai ceramah di mana-mana sahaja dalam kampus yang telah diluluskan oleh universiti.

“Pihak universiti bertanggungjawab menjaga reputasi institusi dan memastikan aktiviti yang diadakan selari dengan nilai dan budaya universiti,” kata bahagian hal ehwal pelajar universiti itu menerusi Twitter semalam.

Prof Dr Azmi Hassan dari Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara berkata walaupun universiti mempunyai autonomi sendiri, perdebatan atau wacana intelektual tidak seharusnya dihalang.

Mengulas tindakan UiTM, Azmi berkata pihak universiti sepatutnya mencari jalan penyelesaian daripada menutup acara itu.

“Jika mereka (UiTM) merasakan ahli panel tidak seimbang, mereka harus memanggil penganjur dan mencari penyelesaian. Mereka tidak sepatutnya membatalkan acara tersebut. Wacana intelektual tidak boleh dibatalkan.

“Ya, mereka mempunyai autonomi sendiri dan biasanya kebenaran diperlukan tetapi tidak ada justifikasi untuk membatalkannya pada saat-saat akhir,” tambahnya.

Menjawab pembatalan itu, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kejadian itu bertentangan dengan semangat konsep Malaysia Madani kerajaan.

Ahli Parlimen Muar itu mendakwa tindakan itu adalah cubaan menyekat programnya yang menggesa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) dimansuhkan.

Syed Saddiq berkata beliau bersetuju untuk mengadakan sesi interaktif “aman” di UiTM Shah Alam selepas solat tarawih petang ini. Tetapi pada petang Selasa, beliau dimaklumkan oleh timbalan naib canselor kampus bahawa ia dibatalkan untuk “mengekalkan keharmonian dalam kampus”.

Presiden Muda berkata beliau pelik kerana dibenarkan menyampaikan ucapan di universiti ketika berada dalam parti pembangkang, tetapi tidak sekarang apabila beliau menjadi sebahagian daripada kerajaan. – 1 April, 2023.

ILMU

PENGETAHUAN

TIDAK KEMBANG

TANPA 

KEBEBASAN

AMIN

KEBEBASAN

KAWIN ILMU

 LAHIRKAN 

KEBENARAN

AMIN

ILMU MATI PUCUK

JIKA TIDAK DIHUJAH

DILAWAN DIBAHAS

AMIN

ILMU BUKAN

MENGHAFAL 

AMIN

ILMU ADALAH

KEUPAYAAN 

MENGGUNA AKAL

DAN PIKIRAN

AMIN

KHALAS

RAMAI PENDATANG HARAM MASUK


12,380 PATI dihantar pulang sejak 1 Januari lalu – Ruslin

NIBONG TEBAL – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menghantar seramai 12,380 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang ke negara asal masing-masing sejak 1 Januari tahun ini sehingga Rabu lalu.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, daripada jumlah itu, seramai 9,606 orang adalah tahanan lelaki manakala 2,774 tahanan wanita.

Jelas beliau, kebanyakan mereka yang dihantar pulang terdiri daripada warga Filipina, Indonesia dan Myanmar.
.
“Urusan pengusiran PATI ini dilakukan dengan kerjasama pihak kedutaan negara asal mereka dan proses penghantaran pulang selalunya memakan masa antara dua minggu hingga enam bulan.

“Selain itu, terdapat tiga kategori tahanan yang ditempatkan di depot Imigresen iaitu banduan asing tamat hukuman penjara dan menunggu untuk dihantar pulang, mereka yang masih dalam siasatan atas kesalahan melanggar Akta Akta Imigresen.

“Selain itu, tahanan warga asing yang diserahkan oleh agensi penguatkuasa lain antaranya Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan lain-lain untuk tindakan pengusiran,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu, Ruslin menghadiri Majlis Penutupan Pengoperasian Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap.

Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap mula beroperasi pada 15 Februari 2021 dan dengan penutupan hari ini ia diserahkan semula kepada pemilik iaitu Syarikat Sri Impian Holidays and Recreation Sdn Bhd.

Kata Ruslin, terdapat 21 depot di seluruh negara yang mana tiga adalah depot sementara dan 18 depot kekal.

Jelas beliau, Depot Sungai Bakap disewa bagi membantu Imigresen dalam mengatasi penularan wabak Covid-19 serta kesesakan tahanan di depot seluruh Malaysia.

“Tiada proses pengusiran dilaksanakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebab itu depot sementara ini dibuka.

“Selepas pengusiran tahanan-tahanan di 21 depot seluruh negara kita dapati kapasiti depot ketika ini hanya 11,650 orang berbanding kapasiti sebenar iaitu 21,150.

“Jadi, kita ambil keputusan untuk menutup operasi Depot Sungai Bakap manakala dua depot sementara lain, kita belum buat keputusan lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain Ruslin berkata, seramai 27,572 majikan dan 322,182 PATI telah memohon Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) setakat semalam. – 

WOIT

PENDATANG HARAM

LEBIH RAMAI DTG

KE MALAYSIA DARI

KE EROPAH

AMIN

INI BAHAYA

AKAN GANGGU

RUPA BENTUK

TANAH MELAYU

AMIN

KITA TAK  TAHU 

BERAPA RIBU

WARGA 

CHINA MERAH

DATANG MELAWAT

TERUS TAK PULANG

AMIN

RASUAH PULA

MERUNTUHKAN

PERTAHANAN 

NEGARA

AMIN

DUIT UNTUK PERANG



IMF lulus pakej pinjaman Ukraine AS$15.6 bilion

TABUNG Kewangan Antarabangsa (IMF) meluluskan pakej sokongan AS$15.6 bilion kepada Ukraine bagi membantu pemulihan ekonomi negara yang dilanda konflik itu.

Pencerobohan Russia memusnahkan ekonomi Ukraine, menyebabkan aktiviti menguncup 30% tahun lalu, memusnahkan banyak stok modalnya dan meningkatkan kadar kemiskinan, menurut IMF.

Program Kemudahan Dana Lanjutan 48 bulan diluluskan oleh lembaga dana bernilai kira-kira AS$15.6 bilion.

Ia sebahagian daripada pakej sokongan keseluruhan bernilai AS$115 bilion terdiri daripada pelepasan hutang, pemberian dan pinjaman oleh institusi pelbagai hala dan dua hala.

Timbalan Pengarah Urusan IMF Gita Gopinath dalam satu kenyataan berkata program baharu empat tahun itu bertujuan menunjang kestabilan makroekonomi dan kewangan serta melaksanakan pembaharuan struktur kritikal ketika perang berterusan.

Daripada jumlah keseluruhan diluluskan IMF, AS$2.7 bilion adalah bantuan segera untuk Ukraine dengan baki dana akan dikeluarkan dalam tempoh empat tahun akan datang.

Beliau berkata lebih banyak pembaharuan struktur untuk menyokong pertumbuhan yang mampan dan pembinaan semula selepas perang, serta memudahkan laluan Ukraine ke penyertaan Kesatuan Eropah (EU).

Program itu juga termasuk jaminan tambahan daripada beberapa ahli IMF jika peperangan aktif berterusan melebihi anggaran semasa pertengahan 2024.

Jika konflik semasa berterusan hingga 2025, ia akan meningkatkan keperluan kewangan Ukraine daripada AS$115 bilion kepada sekitar AS$140 bilion, kata IMF. – AFP, 1 April, 2023.

SENJATA &  DUIT

AKAN MEMANJANG

PERANG  UKRAINE

AMIN

PROJEK PERANG

UNTUK

LEMAHKAN RUSIA

AMIN

LAGI LAMA

LAGI BAIK

AMIN

DUNIA JADI

HURU HARA

KHALAS

NEGARA GAGAL POLITIKUS RASUAH


CONTOH TERBAIK

NEGARA GAGAL

POLITIKUS RASUAH

KHALAS

PEGUAM BUAT DUIT


PEGUAM

BUAT DUIT

KHALAS

Unknown commented on 
"NAJIB AKAN BUAT 
SEMAKAN SEKALI LAGI"

Betul betul yang untung dalam semua ini ialah Mamak Peguam Eeee untung berkali kali kesian, Najib nak bebas tapi peguam dia lagi untung, tak ada ayat pro Bono tak ada tak ada semua kira ikut jam kah kah kah ini cara peguam buat duit, apa pun sampai masa nak bebas Najib dah juta Kali turun naik mahkamah kah kah kesian robin hood Malaysia

GUAN DUIT CURI BAYAR MACAI



GUNA DUIT

CURI BAYAR

MACAI PEGUAM

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "PENCURI NAJIB 
BUAT HELAH DISAAT AKHIR"

Orang tipu ini akan tipu berkali kali sampai lupa apa tipuan, tapi orang bercakap benar akan bercakap benar bila bila masa pun, maka orang tipu akan kena tangkap, yang cakap benar tak payah takut pun, dari awal tipu helah pelbagai cara sampai tak boleh elak, cuma satu dia ada duit banyak ramai nak jadi macai, nak jadi peguam, nak tukang teriak, tukang kecewa, tukang tunggu luar jerit menangis pun ada kesian cuma semua ITU tak dapat bantu kah kah kah ingatan kepada semua pencuri perasuah luar sana sentinel ingat selalu amin

PENCURI KEMBALI KE KAJANG


PENCURI KEMBALI

KE KAJANG


SABTU 1/4/2023

HARI INI HARI APRIL FOOL
KAH KAH KAH
APA  YANG FOOL GUA PUN TAK TAHU

TAPI KELMARIN
 MAHKAMAH PERSEKUTUAN
BUAT KEPUTUSAN
TOLAK RAYUAN NAJIB
KEPUTUSAN 4 -1
EMPAT HAKIM KATA BICARA
BERJALAN BETUL
SATU HAKIM KATA
PEGUAM NAJIB TAK ADA
MAKA  TAK ADIL

TAPI 4 KATA BETUL
MAKA SAH DAN SAHIH
PENCURI TERUS KE KAJANG

PEGUAM NAJIB
MASIH NAK GORENG
KITA LIHAT DAN TUNGGU
APA AKAN BERLAKU

PUASA
KITA DAH MASUK MINGGU KEDUA
CUACA MOLEK
PANAS  PUN TAK BERAPA PANAS
PETANG REDUP
ENAK UNTUK  PENIAGA BAZAAR
GUA MASIH BELUM
ZIARAH LAGI BAZAAR RAMADAN
ANGAN ANGAN ADA
TAPI TAK JADI CITA CITA
AMIN

HOKKIEN
WOW
SIBUK RATUS RATUS KERETA
MERCUN SANA SINI
BAKAR DUIT NERAKA
ASAP BERKEPUL KEPUL

MATA AHRI DAH KELUAR
TAPI SINAR DAPANTAU AWAN
GUA IKUT JALAN BUKIT
NAMPAK KL SENTRAL DARI DEKAT
BERKABUS

UNGGAS SEMUA SENYAP
BUNYI MERCUN
CUKUP KUAT

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
GUA TAK PERGI PASAR ARI NI
RANCANGAN ESOK
MUNGKIN KURANG  BERASAK
AMIN

AMERIKA
LITTLE ROCK IBU KOTA ARKANSAS
DI LANGGAR PUNTING BELIUNG
BANYAK BANGUNAN RUNTUH
GABENOR UMUM DARURAT

UKRAINE
IMF BERI UKRAINE
15 BILION DOLLAR
UNTUK MEMASTIKAN EKONOMI
UKRAINE  DAPAT MENAMPUNG
WARGA YANG MASIH ADA
WALAU PUN  NEGARA HANCUR

ROME
POPE KELUAR HOSPITAL
DEMAN DAH REDA

AMERIKA
KAH KAH KAH
SELASA TRUMP AKAN 
SERAH DIRI KE BALAI POLIS
TRUMP AKAN DIDAKWA
ADA BANYAK KES
TERMASUK KES BAYAR DUIT
TUTUP MULUT PELACUR
YANG KLIM DI ENTOT TRUMP

INI KALI PERTAMA
DALAM 200 TAHUN SEJARAH AMERIKA
BEKAS PRESIDEN DI DAKWA

SEMUA INI PROJEK DEEP STATE
NAK HALANG TRUMP
DARI BERTANDING DAN MENANG
JADI PRESIDEN 2024
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SENYUM
PAGI SABTU

BRO
SAAT YANG BAIK
KETIKA KITA SEDAR
KEKURANGAN DIRI
DAN KITA MENGAKU
KERENDAHAN DIRI

BRO
YANG LU PIKIR HARI INI
ADALAH APA YANG LU PIKIR KELAMRIN
YANG LU PIKIR  HARI INI
UNTUK ESOK
HIDUP LU ADALAH
CIPTAAN PIKIRAN LU

BRO
JANGAN PIKIR MASA LALU
JANGAN MIMPIKAN  MASA DEPAN
FOKUS PIKIRAN SAAT INI

BRO
APA YANG BERLAKU PADA LU
MASA INI ADALAH HASIL
DARI APA YANG LU LAKUKAN
SELAMA INI
APA YANG  AKAN TERJADI
MASA DEPAN
BERGANTUNG DARI APA
YANG LU BUAT SEKARANG

BRO
LU TAK AKAN RASA  TAKUT
KALAU LU TAK PIKIR
LU NAK MACAM MACAM

BRO
BILA BERTIPU ANGIN SELATAN
SEGERA SINGGAH SAMPAI BERHENTI
BILA HIDUP INGIN BERKAWAN
PILIHARA LIDAH PANDAI BERBUDI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERPUASA