Selasa, 8 Mac 2016

TIGA KENA TERAJANG






JANGAN BUAT

TiDAK TAHU

TiDAK SEDAR

NOTA
jangan lupa
tiga ekor menteri besar
kena terajang tanpa pilihan raya
niza di perak
khalid di selangor
mukriz di kedah

AKAN DATANG?
ada lagi ke?
kah kah kah



Tiga PM sebelum ini ditukar tanpa PRU, kata bekas TPM

Muhyiddin Yassin hari ini mempertahankan Deklarasi Rakyat yang antara lain menuntut supaya Najib dilucutkan sebagai perdana menteri dengan berkata bahawa tiga perdana menteri sebelum ini ditukarkan dengan cara yang sama.
“Desakan supaya perdana menteri berundur tanpa menunggu pilihanraya dengan tidak mengubah kerajaan sedia ada bukan perkara baharu sebagaimana yang pernah berlaku di zaman pimpinan Tunku Abdul Rahman,  Hussein Onn dan terakhir  Abdullah Ahmad Badawi yang berundur untuk memberi laluan kepada Najib.

KAH KAH KAH

tiga malaon

kena terajang

bukan melalui

pilihanraya

gerombolan

buat buat lupa

KAH KAH KAH







-----------------

INI AGONG MURKA







FACE BOOK








































INGATAN

yang dipertuan agong
baru beri ingtan
jangan sebar fitnah
melalui laman sosial

ya ampoon
poster ini
gila babi tak leh jalan
kah kah kah


--------------

PERANG SEDANG MEREBAK







MUHYiDDIN

MAHU NAJIB

DISINGKIR

KEMUDIAN

DiDAKWA


Penyingkiran Najib beri laluan tindakan undang-undang terhadapnya, kata Muhyiddin



Peletakan jawatan Najib tidak akan menyebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) digulingkan, sebaliknya ia akan memberi laluan kepada proses tindakan undang-undang diambil terhadapnya dan akan diadili di mahkamah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Menulis di laman Facebook miliknya, Muhyiddin berkata reformasi secara total perlu dilaksanakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, telus dan amanah.
"Mereka juga berkata, seorang perdana menteri tidak boleh dijatuhkan kecuali menerusi pilihan raya. Di sinilah letaknya kesilapan besar mereka.
"Jika sebahagian besar rakyat menolak kepimpinan Najib, maka sewajarnyalah Najib berundur sekarang.
- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?u=5tVlqWWXKQ6SzCPkFLAVClKElDKu%2FGmZCL%2FrYV8Xw%2FnzHCvLyBCb1rGWEFcBIe4%2Bx5piXGiJj46nnqiFhLHuXxr5UeFLwrWV%2BsMSPllaWoz4zRmBhXlBJAJtVhV3r9X0RqtRzO1rON%2BLYeXQMCfLVV396WIjjcRU4TY%3D&b=5#sthash.gLAgWo2x.dpuf


KAH KAH KAH

woit
semua sedang begerak
semua jadi jelas
semua jadi terang
tak ada sorok sorok
muhyiddin terajang najib
mukriz terajang najib
mahathir jadi kepala
kah kah kah
ini yang ditunggu2
ini yang dikatankan perang
perang dah merebak
kah kah kah

TERAJANG 



-------------

KAKI PUTAR ALAM








FACE BOOK



Kuat auta terr Parti Penasihat ni??
(ini kenyataan Cikgu Pah selepas tandatangan deklarasi anti Najib bersama dengan ketua penerangan dewan ulamak PAS pusat).
Mustafa juga berkata beliau tidak bimbang akan dikenakan tindakan parti kerana menghadiri perjumpaan hari ini.
"Perkara itu tidak berbangkit. Tak adalah (dipanggil).
"Saya datang sebab saya dijemput atas nama saya," katanya.
Sehari lepas itu Nasrudin Tantawi kata atas arahan presiden PAS.
Dan hari ini 7.3.2016 setiausaha agung PAS pusat cakap macam ini pulak:- Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata, kesemua ahli parti itu yang hadir tidak mewakili parti Islam berkenaan.
(fikir2kanlah...!!!!!...)




KAKI PUTAR ALAM

KAH KAH KAH



-------------

PARTI PAS JADI KUCING







YA AKI

YA HABiBi

YA MAULANA

APA SUDAH

TERJADI?


PAS jadi kucing

-Husam



Ustad Fadzil dikenang ahli PAS sebagai orang yang bertanggungjawab “mengarusperdanakan” parti dengan menjadikan ia lebih menarik kepada profesional di luar organisasi itu yang tidak berlatarbelakangkan pendidikan agama.
Membuat teguran pedas terhadap status PAS ketika ini, Husam yang juga bekas ahli Parlimen Kubang Kerian selama 2 penggal berkata, parti itu kini hanya menjadi "kuasa ketiga" dalam landskap politik negara.
"Saya lihat sekarang ini PAS ditadbir umpama persatuan pelajar universiti saja oleh orang yang kurang pengalaman.
"PAS sudah bertukar daripada seekor singa gagah kepada seekor kucing yang tidak tahu ke mana mahu pergi," kata Husam kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada kenyataan berputar-putar daripada pucuk kepimpinan parti itu.
- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?u=yaoB4Fms838b%2FwL66op1ZfW%2FeUIhSppMxiwhBK5VwT6HCLoc%2F5pj%2FBCV8r6HF8qBOQkLkVQ%2B8z5RpgvPmN%2BtovduluRzlsQaHndyweSPPmHUODUvmg6INYOmPSwfGItp4o6I2vFGpX919yx8EdlSmw%3D%3D&b=5#sthash.gTEqWw5Q.dpuf

KAH KAH KAH

apa terjadi

ini pengaruh

fulussikom

wa kuntum

wa tak maluuun

WAPUTAR ALAM



-----------

UCAPAN DARI TIM TUKAR TIUB






TIM 
TUKAR TIUB
MENGUCAP 
SELAMAT MENYAMBUT 
HARI WANITA SEDUNIA








-----------------

SIAPA GANTI JINNAKOLOJIS







CADANGAN

TEPAT JUJUR

MASUK AKAL




Husam cadang Tuan Ibrahim ambil alih daripada Hadi selamatkan PAS



Pemimpin berpengaruh PAS Kelantan  Husam Musa mengutarakan 1 cadangan radikal dalam usaha membawa kembali parti Islam itu ke pentas utama politik negara, yang pasti mencetuskan kemarahan presiden  Hadi Awang.
Bekas naib presiden itu mencadangkan timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih kepimpinan daripada Hadi, yang katanya perlu berundur dan menggantikan tempat mursyidul am atau timbalannya.
- See more at: http://www.site2unblock.com/service/page.php?u=yaoB4Fms838b%2FwL66op1ZfW%2FeUIhSppMxiwhBK5VwT6HCLoc%2F5pj%2FBCV8r6HF8qBOQkLkVQ%2B8z5RpgvPmN%2BtovduluRzlsQaHndyweSPPmHUODUvmg6INYOmPSwfGItp4o6I2vFGpX919yx8EdlSmw%3D%3D&b=5#sthash.gTEqWw5Q.dpuf


KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
mat sotong nak kemana?
kah kah kah
tak kan jadi penghulu sotong
kah kah kah
kesian pada ikan dan sotong
tiap hari kena putar
kah kah kah
apa akan terjadi para JIN
adalah akan dibebaskan
kah kah kah

JINNAKOLOJIS




-------------

YA HABIBI YA MAULANA







YA AKI

YA HABiBI

YA MAULANA

LU ADA BACA?






Deklarasi Rakyat panjangkan hayat UMNO-BN – Pemuda PAS

 | March 7, 2016
Hanya dengan menewaskan UMNO-BN secara total, dalam pilihan raya barulah akan dilihat perbezaan dalam corak kepimpinan negara.






PETALING JAYA: PAS berpendapat desakan untuk menukar Najib kepada pemimpin lain sebelum pilihan raya akan memanjangkan usia UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk kekal memerintah.
Naib Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, sejarah membuktikan ketika jawatan Presiden UMNO,  Mahathir Mohamad diganti dengan  Abdullah Ahmad Badawi seterusnya dilepaskan kepada Najib membolehkan UMNO kekal memerintah walaupun 51 peratus undi popular pada PRU 2013 ketika itu memihak kepada pembangkang.
“Jika hanya menukar Najib di Parlimen, dan menaikkan pemimpin lain dari parti yang sama ia tidak akan mengubah apa-apa, malah, mungkin lebih teruk sebagaimana menukar Pak Lah kepada Najib.

KAH KAH KAH

ya habibi

lu jangan ingat

lu boleh menang

kah kah kah

PRU14 bukan 

bersih & adil

paling kotor

top putar alam

kah kah kah

FULUUSSAFAH


------------

MENGGALANG BARISAN BERSATU






Kerana Najib, Hisham Rais ketepi ‘dosa’ Mahathir

 | March 5, 2016
Beliau membuat kejutan apabila menyokong perjuangan Dr Mahathir sedangkan sebelum ini beliau ditahan di bawah ISA dan hidup dalam buruan.







KUALA LUMPUR: Bekas tahanan ISA yang pernah hidup sebagai pelarian buruan kerajaan, Hishamuddin Rais menyokong  Mahathir Mohamad kerana masa depan negara lebih penting berbanding ‘kisah lama’.
Katanya, perbezaan ideologi politik perlu diketepikan bagi mencapai matlamat utama menyingkirkan Najib.
“Hal-hal (berbangkit) seperti ISA, kezaliman, ketepikan dahulu. Perkara yang lebih besar adalah untuk menjatuhkan Najib Razak. Ini jelas,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani Deklarasi Rakyat, semalam.
“Tiada masalah untuk sepentas dengan Mahathir. Ini bukan soal peribadi, tetapi untuk menyelamatkan Malaysia. Malah saya sempat bertemu dan berbual dengan Siti Hasmah ( Dr Siti Hasmah Mohamad Ali),” katanya lagi.
Kelibat ‘Non-governmental Individual’ (NGI) ini dalam acara semalam sedikit mengejutkan, memandangkan umum mengetahui beliau adalah antara pengkritik  Mahathir paling lantang.
Beliau mengambil contoh taktik ‘United Front’ (Barisan Bersatu) yang sering digunakan ketika Perang Dunia ke-2 dalam menentang musuh bersama.
“Sedangkan Winston Churchill dan Stalin pun boleh bersatu (melawan Hitler). Begitu juga dengan Mao Zedong dan Chiang Kai-shek (melawan Jepun),” kata aktivis dan penulis itu lagi.
Mahathir semalam melancarkan gerakan ‘Deklarasi Rakyat’ yang bertujuan mengumpulkan pelbagai pihak yang mahu mendesak Najib meletakkan jawatan.
Seramai 58 pemimpin politik dan NGO dengan pelbagai latar belakang hadir menandatangi deklarasi tersebut.



-----------

BERSAMA HARI WANITA SEDUNIA










Kenyataan Media oleh YB Zuraida Kamaruddin

Deklarasi Rakyat yang telah berlangsung baru-baru ini adalah satu tindakan segera sebagai tindak balas menolak kuasa mutlak yang dinikmati oleh Najib Razak. Wanita Keadilan menyokong penuh langkah ini bagi memastikan wujudnya keseimbangan pembahagian kuasa dalam politik. Tidak boleh ada hanya satu pihak tertentu sahaja yang memegang penguasaan terhadap gabungan parti politik seperti yang telah terjadi pada UMNO dalam BN.

Keadaan ini di mana satu parti yang lebih kuat daripada parti yang lain dan hanya seorang sahaja yang membuat keputusan adalah sesuatu yang tidak sihat untuk rakyat. Kebebasan bersuara yang sepatutnya menjadi satu keistimewaan telah bertukar menjadi satu hak yang tidak dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebab inilah mengapa pejuang hak asasi manusia seperti Maria Chin dan Ambiga turut menandatangani deklarasi rakyat ini untuk menyingkir Najib sebagai Perdana Menteri.

Kes 1MDB telahpun mencapai ke tahap tidak masuk akal dan Najib  serta merta mempertahankannya sebagai satu “sumbangan”. Najib sepatutnya menyaman WSJ bagi membuktikan beliau tidak bersalah dan menyelamatkan negara kita dari terus disimbahi rasa malu.

Buat pihak UMNO pula, satu pembaharuan harus dilakukan seperti mengehadkan tempoh bagi memegang kuasa Perdana Menteri kepada dua penggal. Ini akan menyelamatkan negara kita dari diperintah oleh pemimpin diktator melalui penumpuan kuasa untuk tempoh masa yang panjang.

Pelbagai kaum di Malaysia termasuk orang Melayu, Cina dan Indian yang bertegas menolak komunisme dan berjanji taat setia kepada negara kita semasa kemerdekaan yang diasaskan atas dasar demokrasi. Kita hanya mahu memastikan tiada undang-undang autokratik yang menindas suara-suara penentang.

Idea “pemisahan kuasa” perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Ketua-ketua negara, ketua-ketua perkhidmatan awam seperti polis, pendakwa dan hakim-hakim tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana kuasa yang lebih besar selain daripada kuasa yang terletak haknya sepenuh kepada rakyat untuk menjalankan tugas mereka dengan adil tanpa rasa takut dan pilih kasih.

Negara kita sedang berada dalam keadaan reput dan rosak, dari teruk ke lebih teruk selepas hari demi hari. Ianya hanya boleh diselamatkan apabila kita mengeluarkan pemimpin yang berkuasa ini supaya kerja-kerja pemulihan dapat dilakukan segera. Jika hari ini kita tidak bersuara, maka suara kita akan mula kepupusan . Adalah harapan kami untuk menuju ke arah negara yang lebih baik. Reformasi!

YB Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan
Ahli Parlimen Ampang








---------------

MAT HASAN BEBAL









NiZAR PERAK

JATUH MACAM 

MANA?

MUKRiZ KEDAH

JATUH MACAM

MANA?



Usaha jatuhkan PM bukan amalan demokrasi

SEREMBAN - Sebarang usaha untuk menjatuhkan ,Najib adalah tidak sihat kerana ia bercanggah dengan demokrasi yang kita amalkan selama ini.

Pengerusi Umno Negeri Sembilan,  Mohamad Hasan menegaskan sebagai negarawan atau ahli politik yang sudah lama (berpengalaman), mereka (yang melakukan usaha itu) seharusnya membuat keputusan yang tidak ditempelak masyarakat.

"Tunggulah tidak lama lagi, dua tahun sahaja akan ada pilihan raya...Takkan tak boleh sabar.

"Saya lihat mereka yang buat gagasan ada kepentingan peribadi...Jangan kerana itu sampai heret rakyat terjerumus dalam politik tidak sihat," katanya yang jelas ditujukan kepada kumpulan yang melancarkan gagasan menuntut Najib berundur.

KAH KAH KAH
woit
mustahil lupa kes perak
mustahil lupa kes kedah
mustahil lupa kes selangor
semua MB boleh disingkir
semua MB boleh di nyah
jangan buat buat lupa

MUNDEK WAK

-------------

HARI WANITA SEDUNIA





Hari Wanita Sedunia 2016 
“Kesepakatan Ikrar Demi Kesaksamaan” #Pledge for Parity

Bunga indah, bunga berseri
Menjadi idaman sepanjang zaman
Budaya, agama mesti dipatuhi
Melaksana keadilan dan kesaksamaan
 
            Sudah tentu kita semua mempunyai impian untuk mengecapi kebaikan dan kesejahteraan dalam kehidupan, hubungan sesama manusia dan sebagai sebuah masyarakat yang mempercayai kewujudan alam akhirat, untuk mencapai kesejahteraan di alam baqa’.   Tuntutan melaksanakan keadilan dan kesaksamaan berkait rapat dengan hasrat dan impian tersebut.   Terutamanya terhadap para pemimpin yang telah menerima amanah untuk memimpin, membimbing dan melindungi rakyat.
            Bilangan wanita berjumlah kira-kira 50% daripada penduduk dunia dan juga di Malaysia.   Wanita terkesan oleh banyak isu-isu yang melanda masyarakat. Suara wanita perlu diketengahkan dalam sidang-sidang dan seluruh proses pembuatan keputusan agar keputusan yang sempurna, adil dan saksama diperolehi dan diimplementasikan.   Dalam hampir semua hal, wanitalah yang paling layak untuk menjelaskan masalah dan keperluan wanita.   Antara solusi yang paling efektif memastikan kepentingan wanita itu terjamin ialah dengan meletakkan lebih ramai wanita sebagai pemimpin dalam arena pembuatan keputusan di peringkat legislatif dan eksekutif serta kedudukan yang kritikal dalam pentadbiran awam dan swasta.
            Adalah menjadi suatu kesilapan dan kerugian yang besar apabila sumber-sumber yang ada dalam 50% penduduk itu dinafikan.   Wanita Malaysia tidak pernah ketandusan wanita yang berdaya dalam soal kepimpinan, khususnya dalam bidang sosio-ekonomi dan politik.   Pelaksanaan minimum 30% kepimpinan di Parlimen (Ahli Parlimen), Dewan Negeri (ADUN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (Ahli Majlis) masih jauh dari menjadi kenyataan walaupun sudah melebihi tiga dekad ia dijanjikan.   Usaha-usaha proaktif masih lemah dan dilihat sambil lewa dan berbentuk slogan-slogan yang tidak diikuti oleh suatu tindakan yang jujur, kemas, inklusif dan melibatkan semua pihak.   Wanita Malaysia sewajarnya nanti hanya memilih calon-calon yang terbukti komitmennya terhadap agenda memenuhi minimum 30% kepimpinan wanita ini.   Bakal-bakal pemimpin wajar memastikan bahawa agenda pemberdayaan wanita yang memenuhi keperluan sasaran wanita – wanita suri rumah, wanita muda, wanita berkerja dan di sektor informal, ibu tunggal, remaja perempuan, wanita OKU, wanita warga emt
as, wanita ladang dan desa, wanita profesional dan intelektual, wanita industri, wanita migran – diimplementasikan dengan sempurna tanpa lengah atau dilembabkan oleh kecuaian dan percaturan politik.  
            Dalam berbagai isu perundangan, hak dan keselamatan, wanita masih belum terbela sepenuhnya dan masih dibebani dengan birokrasi sistem, kejahilan tentang hak wanita dan para pegawai yang tidak peka gender.   Ramai ibu tunggal yang masih tidak mampu memiliki kediaman yang sesuai untuk diri dan anak-anak mereka.   Permasalahan wanita adalah permasalahan masyarakat dan negara.   Selesai masalah wanita, hampir selesailah separuh daripada semua masalah umat manusia dan rakyat Malaysia.

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia 2016:
Kesepakatan Ikrar Demi Kesaksamaan (Peldge for Parity)


Rodziah Ismail
ADUN Batu Tiga, Selangor
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakya




--------------