• Ben Mohamed
    13 Mei ni sedih sangat aku nak surah kan.. Ada melayu tak bersalah kena bunuh dek genster cina, ada cina tak bersalah dibunuh dek geng parang panjang melayu.. Yg kena tibai bystanders. Mereka yg tak bersalah.Provocateurs semua terlepas selamat. Aku mujur duduk dikampung melayu yang tidak mengajar aku jadi rasis. Kami melayu, cina dan India hidup dgn aman semasa 13 Mei.. Yg aku ingat masa tu kat simpang jalan ada pondok kawalan polis. Selalunya polis hanya bawak pistol kat pinggang. Kali ni aku tengok mereka bawak raifel. Muka semua nya nampak garang...Yg aku ingat bapa aku yg jadi guru besar disekolah kampung aku tiba tiba mengarahkan semua pelajar balik kerumah secara tiba tiba.. Aku nampak muka budak budak mcm ketakutan.. Aku tak ingat berapa lama curfew. Yg aku ingat penduduk kampung keputusan brg2 kering.Pekedai pekedai cina menjual barang secara sembunyi melalui pintu belakang tanpa mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Org kampung pergi kekedai ikut jalan denai kampung. Antara yg aku dengar Kaum banjar Sungai Manik nak mengamuk.Nak pergi KEKL..Mujur sempat dihalang..
    • Like
    • Reply
    • 1d
    • Edited