Rabu, 25 September 2019

BUKAN KECIK ANAK







BUKAN KECIK ANAK


---------

AJEN CHIINA MERAH








INI AJEN 

CHINA MERAH



Malaysia akan tingkatkan tekanan bawa balik Jho Low, kata KPN

MALAYSIA akan meningkatkan tekanan dalam rundingannya dengan negara tempat ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi, kata Ketua Polis Negara (KPN) Abdul Hamid Bador.

Katanya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahu di negara mana Jho Low bersembunyi dan sedang berusaha untuk mendapatkan kata putus sebelum akhir tahun ini untuk membawa beliau pulang dan diadili di mahkamah.

“Saya tidak ada tempoh masa, nanti saya seolah berjanji. Dia (Jho Low) ini pun sudah menghilangkan diri bertahun lama… tapi sebelum hujung tahun ini akan dapatkan keputusan. Saya yakin boleh bawa dia balik.

“Sudah saya tingkatkan tempo tekanan supaya mereka akhirnya akur.

“Saya tak boleh sebut negara itu kerana masih dalam rundingan,” kata Hamid, ketika diwawancara dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Shah Alam, hari ini.

Hamid diwawancara oleh tokoh wartawan Johan Jaaffar.

Menurut Hamid, Jho Low dan konconya seolah-olah boleh bergerak dan menjalankan perniagaannya secara bebas di negara tersebut, yang katanya mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.

“Saya yakin daripada siasatan saya selama ini, dia seolah-olah mendapat perlindungan satu pihak untuk bersembunyi di satu negara. 

“Di situ dia bebas bergerak, seolah-olah dia jalankan perniagaan tanpa sekatan,” katanya. – 25 September, 2019.



APA 

CHINA MERAH

MAHU?

PELABUHAN 

KAPAL LAUT

DI SABAH?

TUNGGU & LIHAT

---------

TERBAIK BOCORKAN SEMUA










BELOT
ALANG ALANG BELOT
BOCORKAN SEMUA
SELAMATKAN DIRI
KALAU KITA AKAN BERSAMA
NAJIB KE SUNGAI BULUH

Najib halang 1MDB diaudit, kata bekas CEO

NAJIB Razak menghalang Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan audit ke atas 1MDB pada Disember 2009, beberapa bulan selepas kerajaan persekutuan mengambil alih pemilikan dana kekayaan negara itu, kata seorang saksi di mahkamah tinggi hari ini.

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dalam keterangannya memberitahu beliau menulis sepucuk surat bertarikh 11 Disember 2009 dialamatkan kepada Najib yang juga menteri kewangan ketika itu untuk meminta audit tidak dijalankan agensi kerajaan itu.

Surat itu kemudiannya dimajukan kepada tiga individu penting ketika itu iaitu Ketua Audit Negara Ambrin Buang, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB Che Lodin Wok Kamaruddin.

Shahrol sebelum itu adalah CEO Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) yang ditubuhkan pada 27 Februari 2009. TIA kemudian mengubah namanya kepada 1MDB pada 25 September 2009, selepas diambil alih oleh Menteri Kewangan diPerbadankan (MoF Inc), yang juga diterajui Najib.

Najib sedang berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa untuk mengayakan dirinya dengan menerima suapan mencecah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama. Beliau boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun sekiranya sabit bersalah.

Ketika sesi soal balas pagi tadi, Shahrol berkata Najib mengarahkannya menerusi orang tengah 1MDB, Low Taek Jho- atau Jho Low- untuk menulis surat itu.

“Beberapa hari sebelum surat (ditulis dan dihantar), saya tak ingat bagaimana, tetapi saya terima notis bahawa MoF Inc mahu mengaudit 1MDB disebabkan pemindahan saham daripada TIA kepada kerajaan persekutuan.

“Seperti biasa, saya maklumkan Jho Low dan beliau membalas yang audit oleh JAN (Jabatan Audit Negara) boleh mendatangkan risiko politik kepada DSN (Najib). Saya kemudian mendapatkan arahan dan nasihat lanjut daripada Jho Low untuk bertanyakan kepada Datuk Seri Najib tentang apa yang saya patut buat.

“Jho Low mengarahkan saya menulis surat ini kepada Datuk Seri Najib kerana ini adalah arahan Datuk Seri Najib bagi memastikan 1MDB tidak lagi perlu diaudit.

“Surat permohonan itu kemudian dibuat berdasarkan ‘seperti mana sepatutnya’, di mana tidak ada keperluan untuk audit atau penelitian dibuat Jabatan Audit Negara.

“Saya tak terlibat dalam perbincangan awal perkara ini, tetapi saya percaya Jho Low dan Datuk Seri Najib menyemak dahulu kandungan surat itu.

“Berdasarkan apa yang saya tahu, saya percaya pengambialihan 1MDB daripada TIA…adalah untuk menyembunyikan salah laku (oleh Najib) ketika pengeluaran Nota Jangka Sederhana Islam bernilai RM5 bilion pada Mei 2009.” – 25 September, 2019.


PADAN MUKA

DATU SERI

INGAT KUASA

SAMPAI KIAMAT
KAH KAH KAH


----------

DUA KENG








2KENG
Nanti satu hari nama nama mereka ni kena letak dalam buku sejarah sebagai pahlawan penyondol bontot bossku sampai bedarah.. Takde dorang takde najib kat sungai buloh hurmm.. 
on 
KENG KE DUA MUNCUL
Publish | Delete | Spam
Bugis tersungkoq
at 16:07

O




---------

HALAU NAJIB DENGAN CANGKUL





HALAU NAJIB

DENGAN CANGKULL
cilaka dapat PM kaki menipu mencuri lagi banyak cilaka orang Pekan boleh lantik si cilaka ini jadi MP dan sekelian bodoh di UMNO tu lantik si cilaka ini jadi PM habis satu tanah melayu ni kena tipu. woitttt orang Pekan; tunggu next PRU ke baru nak halau cilaka ni dengan cangkul? hari ni pun boleh lahhhh kahkahkah 
on 
SIAPA CUN?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 25/09/19

Mu



--------

LETAK SHAHRIL



LETAK SHAHRIL

LAGI BAGUS

Letak calon PAS lagi bagus. 
Tuang Presideng pasti happy. Yang pastinya, Tun M letak lah sapa sapa pun bertanding, kita tak akan menang. Gemuloh farid menang hari tu pun sebab bini rosmah. 
Sekarang ni gewe Jiana zain dah dalam kandang, Pengundi berdaftar Tanjung Piai akan pangkah lawan kepada Parti Politik yang menjadi Govt. -of- the Day! Khalas 
on 
SOKONG MCA
Publish | Delete | Spam
herman adnan
on 25/09/19

Pas



-------

AJEN CHINA MERAH







BAWA

PULANG

AJEN

CHINA

MERAH


Malaysia akan tingkatkan tekanan bawa balik Jho Low, kata KPN


BERITA MENYUSUL


----------

KENG2 TERUS BELOT







KENG2

TERUS

BELOT

Najib halang 1MDB diaudit, kata bekas CEO


BERITA MENYUSUL
---------

KENG KE DUA MUNCUL







TAHNIAH

KENG

KE DUA

TIBA


Jho Low arah guna e-mel peribadi dalam urusan 1MD, TIA, kata saksi

SEORANG saksi utama mendedahkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mengarahkan supaya  e-mel  persendirian dan Blackberry Messenger (BBM) digunakan dalam urusan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan TIA Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata selain berjumpa semuka dengan Jho Low,  beliau juga ada menggunakan e-mel dan Blackberry Messenger (BBM).

“E-mel rasmi saya di TIA dan 1MDB ialah shahrol.halmi@tia.com.my dan shahrol.halmi@1mdb.com.my. manakala e-mel Jho Low adalah jho.low@gmail.com.

Bagaimanapun, banyak perhubungan e-mel saya dengan Jho Low dilakukan melalui e-mel persendirian saya iaitu shahrol@gmail.com dan Jho Low menggunakan e-mel dealrainman1@gmail.com.


Penggunaan e-mel persendirian ini adalah dari arahan Jho Low sendiri kerana menurut beliau kandungan e-mel adalah sulit dan hanya untuk kegunaan kami sahaja,” katanya dalam penyataan saksinya setebal 270 muka surat ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram pada perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak. 

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata beliau hanya akur terhadap permintaan itu kerana beliau percaya pada ketika itu ini adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan perdana menteri ketika itu.  

Shahrol Azral, 49, berkata dalam tahun 2009 hingga 2010 terutama apabila TIA dan 1MDB berurusan dengan pihak syarikat PetroSaudi International (PSI), Jho Low banyak mengeluarkan arahan dan maklumat melalui e-mel dan juga BBM untuk perkara-perkara yang penting.

“Umpamanya semasa saya meminta penjelasan mengenai syarikat Good Star Ltd. Seterusnya dalam tahun-tahun 2010 hingga 2013, Jho Low lebih gemar menggunakan e-mel dealrainman1@gmail.com untuk memberikan nasihat, arahan dan makluman daripada Najib.

Contohnya semasa pembelian IPP Jimah Energy Ventures di mana harga pembelian adalah dirunding secara terus di antara pemilik IPP Jimah dan Najib sebagai pemilik saham 1MDB,” katanya.

Shahrol Azral Ibrahim Halmi hanya akur terhadap permintaan Jho Low kerana percaya pada ketika itu ia bertujuan untuk menjaga kepentingan Najib Razak ketika itu.  – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 September, 2019.

Saksi itu berkata beliau juga ada meminta pandangan Jho Low sebelum  berhubung dengan pihak CEO Aabar BVI iaitu Mohamed Badawy semasa mahu mewujudkan usahasama antara 1MDB dan Aabar untuk membangunkan TRX.

“Ketika itu saya menghantar e-mel ke alamat dealrainman1@gmail.com dan beliau juga membalas e-mel saya ke alamat shahrol@gmail.com. Ini disebabkan permintaan Jho Low untuk jangan menggunakan e-mel rasmi dalam perhubungan saya dengan beliau,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa  dalam pengalamannya sebagai CEO 1MDB dari tahun 2009 sehingga 2013, semua keputusan besar melibatkan perkara yang dinyatakan dalam Artikel 117 M&A (memorandum and articles) syarikat 1MDB adalah disampaikan kepadanya melalui Jho Low.

“Jho Low akan e-mel dari alamat dealrainman1@gmail.com kepada e-mel saya  di shahrol@gmail.com atau BBM kepadanya dokumen-dokumen ‘talking points’ dan ‘action plan’ yang mengandungi fakta-fakta seperti tujuan penubuhan TIA, rationale untuk membuat pinjaman dan hubungan G to G antara PSI dan 1MDB serta Aabar/IPIC dan 1MDB.

Kadang kala atau apabila ada keperluan, kami juga akan membuat perjumpaan di rumah beliau di Jalan Kia Peng bagi Jho Low menerangkan lebih lanjut tentang tindakan-tindakan susulan yang perlu saya buat,” katanya.

Beliau berkata Jho Low akan sentiasa memberitahu bahawa tindakan-tindakan ini merupakan arahan yang telah mendapat restu daripada Najib yang mana beliau membawa mandat Artikel 117 M&A untuk dilaksanakan dalam pasukan kerja ini.

“Gerak kerja ini adalah berlapis-lapis dan kami faham secara ‘need to know basis’ sahaja peranan-peranan pasukan lain yang turut berada dalam gerak kerja berlapis ini. Gerak kerja secara berlapis dan sulit ini dikenali antara sesama kami di peringkat pelaksana sebagai ‘work in silo’. Ini adalah frasa yang digunakan oleh Jho Low sendiri kepada saya,” katanya.

Kepada soalan tambahan daripada Sri Ram, Shahrol Azral berkata menurut memorandum dan artikel persatuan, lembaga pengarah mesti mendapatkan kelulusan bertulis daripada perdana menteri bagi sebarang keputusan pelaburan.  

“Oleh itu setiap apa yang beliau (Jho Low) lakukan adalah selaras dengan kehendak perdana menteri, menteri kewangan dan lembaga pengarah 1MDB.

‘”Saya sedar corak kerjanya ialah terdapat pra-perbincangan dengan pembuat keputusan bagi menentukan bahawa apa jua yang dicatatkan dalam surat-surat telahpun dicapai persetujuan dan tidak akan berdepan bantahan.

“Ini bagi membolehkan TIA dan 1MDB bertindak segera dan mengelakkan amalan kerja ‘pergi-balik’ seperti biasa berlaku,” katanya.  

Sri Ram menjawab “Typical … boomerang,” dan saksi menjawab, “Tuan sendiripun mengatakannya, bukan saya”. Ini menyebabkan mereka dalam mahkamah tertawa.

Najib, 66, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.  

Ahli Parlimen Pekan itu dikatakan melakukan kesalahan itu di  AmIslamic Bank Berhad cawangan  Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 24 Februari, 2011 dan 19 Disember, 2014 sementara bagi semua tuduhan pengubahan wang haram adalah antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat yang sama.   

Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – Bernama, 24 September, 2019.



BELOT

LAGI
KAH KAH


-------------

PENDATANG - MEMBONGKAR SEJARAH




PENDATANG - MEMBONGKAR 
SEJARAH
 
Menafikan Bani China yang bermastautian di Tanah Melayu ini berasal dari Tanah Besar China dan Bani India berasal usul dari benua India adalah satu jenayah sejarah. Sama saperti menafikan Amerika  telah meledakan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagsaki pada 6 dan 9 Ogos 1945. Menafikan fakta ini samalah saperti  menafikan fakta  bahawa dalam perang dunia kedua  20 juta soldadu dan warga Soviet Union gugur ditangan Nazi German. 

Dalam konteks  sejarah penafian sademikian dipaggil – revisionist history – pegubahan sejarah – pemesogan sejarah -  atau mengubah fakta sejarah dengan memberi pandangan baru yang berlawanan dengan fakta sejarah.

Betul – fakta baru tentang sejarah terus   dimunculkan  hasil kajian baru yang dibantu oleh teknoloji  baru. Teknoloji membuktikan  Peking Man telah wujud 750,000 tahun dahulu. Java Man telah wujud di Pulau Jawa 700,000 tahun dahulu. Manakala di Lembah  Lenggog - Orang Perak – Perak Man - datuk nenek moyang kepada Sakai dan  Proto-Malays  telah merayau-rayau dalam hutan belantara Tanah Melayu  11,000 tahun dahulu. Ini fakta bukan lebong.

Garam tetap masin walau pun dibalut dan disira dengan  gula.  

Jika semua fakta sejarah awal wahid    ini telah diterima maka tulisan ini senang difahami secara tuntas dan jelas. Tidak ada  eek … tidak ada  oook…Khalas.

Maka kita kembali kepada tujuan asal kenapa wacana ini dibuka. Kenapa  kita wajib membincangka kembali ajenda pendatang baru dan pendatang lama. Wacana ini   secara jujur dan terang bertujuan untuk melahirkan negara bangsa. 

Semenjak 9 Mei 2018 dengan kemenangan Pakatan Harapan kelihatan jelas naratif agama, bangsa, pendatang baru dan pendatang lama  menjadi berita perdana. Kuil diserang. Pegawai bomba gugur.  Naratif- naratif ini sedang membakar dan memanaskan iklim politik tanah air kita.

Suasana ini pada hemat saya  tidak sehat. Naratif yang sedang ditaburkan ini sedang meracun fikrah anak semua bangsa. Ianya bukan sahaja akan menggagalkan niat mendirikan negara bangsa. Malah berkemungkinan  naratif songsang ini akan menjadikan Mei 13 sebagai pesta hari jadi. 

Naratif songsang ini berjaya mara ke hadapan untuk diterima pakai kerana selama 60 tahun minda kita semua - anak semua bangsa – telah dijajah oleh  United Malays National Organisation. Parti politik yang mengakui sebagai pejuang Melayu ini  telah melakukan banyak pembelotan terhadap Bani Melayu. Manifestasi terbaru dari pembelotan ini  ialah kemunculan pendatang baru bernama Zakir Naik dan  pendatang lama bernama Dong Zong.

Pada hemat saya  selama ini kita ini gagal membincangakn secara historikal dan secara ilmiah dan secara berilmu tentang  latar dan adunan untuk membina negara bangsa. 

Hari ini dalam era semua pekara internet - kita tidak boleh lagi menangguhkan perbincangan  ajenda pendatang lama dan pendatang baru. Hakikatnya kehadiran  lambakan maklumat  dan bahan sejarah membolehkan  kita berwacana secara rasional.  Kata kunci disini ialah rasional.

Ini berbeza dari cara lama  kita berbicara sebelum masuk ke era semua pekara  internet.

Juga selama ini  kita – Bani Melayu, Bani China dan Bani India terperangkap – dalam penghujahan  emosi.  Behujah bersama emosi  degil yang bebal. Memiliki emosi bukan satu yang salah. Tanpa emosi kita bukan insan. Tanpa emosi kita bukan manusiawi. Tetapi dalam kontek mencari jalan untuk melahirkan negara bangsa kita wajib pinggirkan emosi. Kita asaskan pebincangan kita secara rasional,  ilmiah dan historikal.

Tapi awas dan wasapada dalam era semua benda internet  - kita juga  wajib memilik keilmuan dan kewaspadaan ilmiah untuk menapis dan menangkis dan mengenepikan fakta yang  boleh ditafsir malah berbentuk fakta wahal ianya hanyalah lebong.

Lebong juga boleh disalut oleh kajian ilmiah.  Lebong ilmiah berbantalkan emosi. Lebong ilmiah ini hanya satu tujuan untuk mengenepaikan sejarah alam Melayu.

Kata-kata lucah saperti orang Melayu adalah juga pendatang. Kita semua di Malaysia ini adalah pendatang.  Buktinya ialah Zahid Hamidi   adalah pendatang dari Jawa.  Najib adalah pendatang Bugis dari Selawasi.  Kenyataan ini adalah kenyataan bangang lagi bodoh. Kenyataan ini berniat jahat. 

Kenyataan ini  samalah saperti memberi kenyataan bahawa  Mao Zedong yang tinggal di Beijing adalah saorang pendatang dari Provinsi Hunan yang jauhnya 1339 kilometer dari kota Beijing. Fakta membuktikan bahawa  Mao  memiliki bahasa lorat yang berbeza dari lorat dan bahasa di Beijing. Tetapi  satu dunia tahu Mao masih ditakrif  sebagai Bani China

Walhal  Tan Melaka dari Medan yang hanya 970 kilometer dari Melaka tapi tidak pula ditakrif sebagai Bani Melayu.

Provinsi Hunan  didiami oleh Bani  China. Bejing juga didiami oleh Bani China. Medan didiami oleh Bani Melayu. Melaka didiamai oleh Bani Melayu. Kenapa yang tinggal  di Medan bukan Bani Melayu. 

Apa yang saya utarakan adalah hujah ilmiah lagi rasional untuk menepis sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Melayu juga pendatang di Tanah Melayu ini. Amin.

Siapa pendatang dan siapa anak watan  wajib  difahami dengan jelas. Bila pekara ini telah difahami   mari kita beralih ke babak ke dua. Ini babak pendek. Babak dengan pertanyaan – kenapa dan bagaimana  Bani China dan Bani India meloroh masuk ke Tanah Melayu.

Jawabnya jelas. Bani China  dari Tanah Besar China dan Bani India dari benua India meloroh masuk ke Tanah Melayu untuk menjadi buruh. Buruh ini diperlukan  dalam sistem ekonomi kapitalis  Inggeris untuk menjarah kekayaan bumi Tanah Melayu.

Sebelum berundur Inggeris  telah menyediakn boneka politik untuk mengambil alih kuasa. Budak suruhan Inggeris ini diberi nama United Malays Natioanal Organisation.  Parti politik ini - lebih tepat lagi budak suruhan  tajaan Inggeris ini melakukan pembelotan terhadap kepentingan menyeluruh Bani Melayu. 

Justeru pembelotan inilah yang membolehkan pendatang masuk dan terus bermastautin  di Tanah Melayu. Tidak cukup dengan pembelotan di Semenanjuang pada tahun 1957 -  pada tahun 1965 Singapura  terpisah dari Ibu Kandung Semenanjung.

Pembelotan Parti Ketuanan Melayu ini  berbeza dengan sikap Parti Komunis China. Parti Komunis China   terus menerus mengakui  bahawa Taiwan adalah sebahagian dari wilayah China.  Walau pun pesisir pantai terdekat antara Tanah Besar dengan Taiwan ialah 220 kilometer. Banyangkan betapa dekatnya Singapura dengan Semenajung. Jika kita  berkompang di Setulang Laut akan   kedengaran bunyi kompang Johor di Woodland.

Ini satu bukti yang soheh bagaimana United Malays National Organisation telah belot menjual  Singapura kepada pendatang. 

Untuk menghalalkan kemasukan pendatang sebelum 1965 Bani Melayu didodoikan dengan apa yang dihebohkan dengan apa yang   dipanggil  - kontrek sosial. Ini dikatakan – perjanjian  sosial - antara anak watan Tanah Melayu dengan pendatang asing.

Kontrek sosial apa?  Perkataan kontrek yang diketahui oleh Bani Meleayu pada ketika itu ialah  - kuli kontrek. 

Hakikatnya mengenai kontrek sosial pandangan Bani Melayu tidak diambil. Malah mereka tidak tahu apa pun yang berlaku. Bani Melayu tidak ditanya. Tidak dirujuk. Ini sama saperti Inggeris menukar nama Kwantung kepada Canton.  Tanpa persetujuan anak watan Kwantung. Menukar  nama Mumbai  kepada Bombay tanpa persetujuan anak watan Maharashtra. Menukar nama Al-Khairah kepada Cairo tanpa persetujuan anak watan Al-Khairah.  

Pada tahun 2019 ini anak semua bangsa wajib diberi tahu  bahawa TIDAK ada rujukan, tidak ada pungutan suara, tidak ada referendum yang besangkutan dengan perjanjian kontrek sosial ini.  

Semua ini hanyalah lebong United Malays National Organisation, elit Melayu dan kaum feudal Melayu. Tiga kumpulan ini telah berkomplot menipu dan menjual kepentingan Bani Melayu.

Parti nasionalis Melayu, parti kiri – Parti Komunis Malaya telah diharamkan. Cadangan dan usul mereka tentang  rupa bentuk negara bangsa di Tanah Melayu yang merdeka telah tidak dipedulikan. Pemimpin nasionalis  dan sosok kiri  yang tidak ke hutan angkat senjata melawan Inggeris telah disikat dan masuk penjara. 

Kontrek sosial tanpa rujukan dengan anak watan Tanah Melayu sabenarnya satu pembelotan  yang paling besar dilakukan oleh United Malays National Organisation terhadap Bani Melayu.

Pembelotan ini hanya satu  tujuan sahaja.  United Malays National Organisation membelot – menjual hak Melayu -  untuk mendapat kuasa dari kolonial Inggeris. Parti Ketuanan Melayu ini mahu  menjadi pengganti Inggeris.

Manakala kuam feudal yang makan tanggung dan berak cangkung tidak  tahu satu habuk. Kaum feudal  yang memiliki kesetiaan adat istiadat Melayu dan faham erti bangsa dan watan Melayau  saperti Datuk Bahaman, Datuk Sagor, Maharaja Lela atau Tengku  Yusoff telah dibunuh atau dihalau dari Tanah Melayu.

Kepada kauam feudal Inggeris menjanjikan makan tanggung berak changkung  dengan gaji yang lumayan. Untuk menipu dan mengula-gulakan Bani Melayu dikatakan bahawa  Raja Melayu ini adalah kepala Agama Islam. Apa makna kepala agama Islam ini tidak ada siapa yang tahu. Guru Nanak pun tidak mengetahui apa kaitan Raja dan Sultan Melayu dengan Islam. 

Kaum agamawan yang sedar akan tanggung jawab mereka telah dipinggirkan. Mereka mempersoalkan kenapa diterima pendatang asing untuk menjadi warga Tanah Melayu. Justeru sampai ke hari ini kita ada tedengar sayu-sayu bunyi  ucapan pemimpin Parti Islam Pas yang mempertikakan konsesp jus soli.

Apakah tulisan saya ini ungkit mengungkit. Jawabnya tidak. Ini bukan ungkit mengungkit. Bangsa Yahudi menimbulkan hak mereka yang terpendam selama 2000 tahun dahulu di Palestin. 

Bangsa Maori di New Zealand makin lantang bersuara untuk merampas kembali naratif sejarah mereka.  Bagimana pendatang masuk telah kita ketahui. Ini hanay babak pertama. Babak kedua tunggu minggu hadapan. (TT) 


TULISAN INI TERBIT JUGA
DI SUARA KEADILAN
TERBIT DUA MINGGU SEKALI
SESIAPA INGIN MELANGGAN 
SILA PUKUL TALIPON
03-92-21-30-45

--------

SELANGOR TETAP PAKATAN







SELANGOR

TIGA PENGGAL

CONTOH TERBAIK

KERAJAAN  PH



PAS, Umno akui takkan dapat tawan Selangor

PEMIMPIN PAS dan Umno percaya parti itu tetap tidak akan dapat menawan Selangor tanpa dukungan parti bukan Melayu dan bukan Islam.

Ini memandangkan, pada masa ini dianggarkan hanya kira-kira 3% daripada pengundi bukan Melayu dan Islam yang menyokong kerjasama Muafakat Nasional dianjurkan PAS dan Umno.

Malah, kerjasama itu tidak banyak menarik sokongan pengundi Melayu, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Shafie Ngah.

“Dari kajian awal kita, kita masih tak dapat sokongan bukan Melayu, (sokongan mereka) sedikit sahaja kepada gabungan penyatuan ummah.

“Tidak lebih daripada 3% anjakan sokongan itu daripada bukan Melayu di Selangor,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Oleh itu PAS Selangor berharap MCA, MIC, dan Dewan Himpunan Penyokong PAS akan membantu untuk menarik sokongan bukan Melayu lebih tinggi, katanya.

Bekas Adun Bangi itu berkata orang Melayu di Selangor tidak menyokong sepenuhnya kerjasama itu kerana selesa dengan pentadbiran cemerlang Pakatan Harapan (PH) selama tiga penggal di situ.

“Di Selangor ini kekuatan tiga penggal perintah kerajaan negeri dan dikenali dengan produk yang rakyat suka seperti bas percuma.

“Bagi orang Melayu, mereka masih bergembira dengan PH hari ini. Walaupun digembar-gemburkan Melayu cenderung kepada perpaduan dan penyatuan ummah, tetapi keadaan berbeza di Selangor.

“Pengundi Melayu masih berharap kepada PH untuk teruskan kesinambungan mereka di Selangor, itu menjadi cabaran getir untuk penyatuan ummah bertemu dengan PH di Selangor ini,” kata Shafie.

WARGA 

SELANGOR

MAHU YG  BETUL

BUKAN YANG

DI KAYANGAN

YANG DALAM

KAWAH

BUKAN DALAM

KUTU BAAAH
KAH KAH KAH

--------


PEMINAT TAMRIN





PEMINAT

TAMRIN

antara penyebab aku masih setia dgn blog hishamuddin ni.....artikel tamrin yg sinis tp penuh dgn ilmu....nk harapkan tulisan pmilik blog ni....buat buang boring boleh le wakakakakakakakaka 
on
 SAYA PUN 
MELAYU JUGA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 25/09/19

Tepat padu bernas ..tahniah saudara tamrin..pandangan anda jika dihayati dan diimplikasikan akan membawa malaysia ke zon negara maju dan kekayaan negara dapat dinikmati bersama...teruskan kritikan dan penulisan anda...moga ada yang terkesan dan terkasima...
 on 
SAYA PUN 
MELAYU JUGA
Unknown
on 24/09/19

p-k-


------------

SOKONG MCA







MCA BUAT

LANGKAH BIJAK

WAJIB SOKONG 

MCA tetap mahu bertanding PRK Tanjung Piai

MCA Johor masih berharap untuk berpeluang meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, tetapi sedar bahawa pakatan perpaduan terbaru Umno-PAS bakal memudarkan peluangnya.

Pemimpin tempatan parti etnik Cina yang juga sekutu Umno dalam Barisan Nasional (BN) percaya bekas ahli Parlimen kerusi itu, Wee Jeck Seng mempunyai peluang cerah untuk menang berdasarkan kepada popularitinya dan jasanya selama dua penggal di situ.

Tetapi hakikatnya ialah, MCA mungkin tidak berpeluang bertanding kerusi itu sekali lagi.


MACAM MANA

DENGAN  SARIL?

TUNGGU DULU
KAH KAH KAH
------

SATU LAGI KENG MUNCUL





SATU

LAGI

KENG

MUNCUL

Jho Low arah guna e-mel peribadi dalam urusan 1MD, TIA, kata saksi


BERITA MENYUSUL


---------

PASAI APA?







PASAI

APA?

PAS, Umno akui takkan dapat tawan Selangor


BERITA MENYUSUL




-------------

SIAPA CUN?





SIAPA CUN?

Sham, kalu mung bijok laksana, 
Antara Jiana Zain dan Adik Mah 
Siapa yang Lawa? 
on 
BERAT INI BERAT
herman adnan
on 24/09/19

Kesian otak kena wap Rosmah
 smp terlupa dia kawan baik Jo Lok.
1Malaysia kena tipu,
Najip kata dia xkenal Jo Lok.. 
on 
BERAT INI BERAT
Publish | Delete | Spam
Arymanchino
on 24/09/19

Tt kna gtau


----------

JANGAN TANGKAP JANDA NAJIB







JANGAN TANGKAP

JANDA NAJIB

Janda najib jangan ditangkap pulak dia tak bersalah dia taktau apa pun hanya nak menumpang kasih disudut dunia... 
on 
BERITA BAIK 
UNTUK MALAYSIA
Unknown
on 24/09/19


Jiana zain nko 
jangan tangkap tau Sham... 
cian die.. bukan salah 
ibu mengandunginya!
 on 
BERITA BAIK
 UNTUK MALAYSIA
Publish | Delete | Spam
herman adnan
on 24/09/19

Se



---------

KADIR JASIN PECAH LUBANG








KADIR JASIN

PECAH LUBANG

kadir ni memang terbaik. 
aku antara penggemar 
penulisan-penulisan kadir ni... 
dulu selalu baca blog dia... 
on
 PENUNGGU 2020
Ketua Pengarang
on 24/09/19


Tengok gambar tu kadir jasin cakap saya akan korek bontot anwar dengan jari ni.. Anwar belom kenal siapa saya. Ini kadir anak jasin..
hurmm
 on 
KADIR JASIN BELOT
Unknown
on 24/09/19

Betul ke m





-----------

PEGAWAI KERAJAAN KAKI SABOTAJ





ADA PEGAWAI 

KERAJAAN

KAKI SABOTAJ

TT. Sedarlah. 
Pegawai tinggi kerajaan yang korup lebih celaka daripada pemimpin politik yang korup! Takde guna tukar pemimpin politik kalau pegawai kerajaan yang Datuk-Datik dan Jusa-Jusi masih sama. 
Pemimpin PH pulak bangang sebab percaya pegawai-pegawai tinggi yang konon pandai mentadbir negara. Takkan TT tak paham-paham? Kah kah kah! Lu nak ubah negara, ubah pegawai kerajaan. Khalas! 
on 
SAYA PUN 
MELAYU JUGA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 24/09/19

Owhh



----------