Jumaat, 9 Oktober 2020

SENI UNTUK PERUBAHAN




SENI UNTUK 

PERUBAHAN

YA AMPOON YA MERAFAK

 


YA AMPOON

YA MAULANA

BUKAN MERAPEK

TAPI

MERAFAK

KAH KAH KAH

Anwar punya cukup 

majoriti tanpa perlu

 bubar Parlimen

Merafak Kesyukuran ke hadrat Ilahi dan Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana telah memperkenankan Tuan Haji  Anwar Ibrahim untuk mempersembahkan keterangan lengkap jumlah majoriti Ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Kuantiti Ahli Parlimen yang akan dipersembahkan itu menurut Tuan Haji Anwar bukan hanya sekadar majoriti yang mencukupi, tetapi mampu membaji sebuah kerajaan dengan agregat majoriti lebih gagah dan meyakinkan.
 
Tidaklah terumbang-ambing menyandarkan jawatan GLC sebagai pajakan untuk bertahan seperti kerajaan tujuh purnama sebelum ini.

Secara jujurnya, Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil. Jika tidak, kita akan tenggelam dalam arus polemik dan persengketaan politik yang tidak berkesudahan.

Kestabilan akan menjamin ekonomi yang lebih mapan. Lihat Bursa Saham KLCI hari ini menokok hampir 30 mata sejurus pengumuman Tuan Haji Anwar diperkenan mengadap YDPA. Ini satu petanda ekonomi yang cemerlang bakal disajikan buat rakyat.

Dari suatu sudut lain, kerajaan yang diperintah oleh Muhyiddin terus dikritik dan dicemuh oleh warganet usai perutusan khas yang agak menjengkelkan. Ketika seorang bayi di Semporna dilaporkan meninggal dunia ekoran Covid-19, ‘Abah kau’ pula sibuk mahu merotan rakyat yang kononnya degil.
 
Kemarahan rakyat terus berganda setelah pelbagai ketidakadilan dan sikap dwi-standard berlaku antara menteri dan juga rakyat biasa. Menteri tidak ikut SOP dipandang ringan tetapi rakyat biasa disuakan rotan (hukuman) jika tidak patuh SOP.

Kemuncak kemarahan begitu menonjol apabila tanda pagar #MuhyiddinOUT menjadi sohorkini memenuhi pelbagai ruangan media sosial sejak beberapa hari lalu.

Dalam masa sama, kerajaan sedia ada dikatakan separa lumpuh ketika ini apabila jemaah menterinya termasuk Perdana Menteri terpaksa menjalani kuarantin berikutan mempunyai kontak rapat dalam satu mesyuarat bersama Menteri Agama yang didapati positif Covid-19.

Perkembangan ini mungkin memberi sedikit ruang dan jalan yang lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendapat Perdana Menteri yang baharu dengan barisan menteri yang ‘idle’ dan ideal.

Malaysia harus mara ke hadapan dalam menghadapi krisis Covid-19 yang merantai pergerakan ekonomi. Kerajaan yang serba ‘íncompetent’, kurang efektif, banyak bercakap, mempunyai krisis kepimpinan, gagal mengurus, rasuah jawatan dan diragui majoritinya harus memulangkan semula Mandat Rakyat kepada yang berhak.

Mandat rakyat itu harus dikembalikan kepada parti politik yang menang Pilihan Raya ke-14 lalu, iaitu parti yang berlogo mata yang membawa kemenangan Pakatan Harapan.

Bubar Parlimen? Apakah mereka sudah terlalu gila untuk mengusulkan pembubaran Parlimen?

Yakin dan percayalah, dengan majoriti yang cukup untuk menobatkan Tuan Haj Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tiada Parlimen akan dibubarkan sama sekali.

#DaulatTuanku
#ForwardMalaysia
#MuhyiddinOUT

SEMENJAK MERAFAK SEMBAH

ABAM SEMAKIN

MERAPEK 

KAH KAH KAH

PENYOKONG ABAM

BUKAN HANYA 

MERAPEK 

KINI SEMUA  MERAPU

 MEROYAN

KAH KAH KAH

DULU BERATIP

TAK LAMA LAGI

MERATAP

KAH KAH KAH




KADIR JASIN NAK APA?

 



KADIR JASIN

PERLI ATAU

BELI INSURAN

KAH KAH KAH


Tunggu saat Anwar 

jumpa Agong 

dengan tenang, 

kata Kadir Jasin


Semua pihak perlu menunggu saat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang Dipertuan Agong dengan penuh ketenangan, kata Datuk A Kadir Jasin dalam tulisan di facebook beliau.

Bekas Penasihat Media kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, itulah cara terbaik yang perlu dibuat selepas Anwar membuat kenyataan beliau akan menghadap Yang Dipertuan Agong Selasa 13 Oktober ini.
 
“Seperti yang Anwar sendiri harapkan daripada kita maka kita akan menanti saat yang dijanjikan itu dengan penuh ketenangan,” kata tokoh wartawan negara itu.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, semalam sekali lagi mengulangi dakwaan mengenai sokongan “majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan” baginya dilantik menjadi Perdana Menteri.

Dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan dari pejabatnya di Petaling Jaya, Anwar berkata dia menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong kerana memperkenankan dia menghadap Selasa, 13 Oktober, ini.

Katanya, pada majlis itu dia akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah Ahli Dewan Rakyat yang menyokong pencalonannya sebagai Perdana Menteri.

KALAU PERLI

KITA KETAWA

KAH KAH KAH

KALAU BELI INSURAN

KITA LAGI KETAWA

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH



BUKAN LAGI MERAPEK

 




BUKAN MARAPEK


Anwar punya cukup

 majoriti tanpa perlu 

bubar Parlimen

BERITA MENYUSUL


ANWAR TETAP JADI PM

 



WOIT

HANG TAK FAHAM

ANWAR TETAP

 MENJADI

CALON TETAP 

PM MALAYSIA

KAH KAH KAH

ADA DAP ATAU 

DAP TAK ADA 

 SEMUA TAK PENTING

KAH KAH KAH

YANG PENTING 

KU LI

TERSINGKIR

ANWAR AMBIL ALIH

KERUSI CALON

 TETAP PM MALAYSIA

 AMIN


DAP tak akan 

sertai Anwar, 

ahli Parlimen Umno

 menjauhkan diri

Pemimpin DAP dikatakan berang dengan tindakan terbaru Presiden PKR Anwar Ibrahim yang ingin merampas kuasa melalui pembelotan ahli Parlimen, dilihat sebagai keretakan terbaru dalam Pakatan Harapan (PH) sejak kehilangan kuasa awal tahun ini.

Ini kerana Anwar dikatakan disokong bekas penyokong kuatnya, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dan juga beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang berdepan dengan pertuduhan rasuah di mahkamah.

MalaysiaNow difahamkan pemimpin DAP “menyatakan dengan jelas” kepada Anwar 42 ahli Parlimen parti itu tidak akan menyertai mana-mana gabungan bersama ahli Parlimen Umno “terutama mereka yang terpalit dengan kes rasuah”.

“Ini sebabnya mengapa Anwar terus membuat temu janji untuk mengadap Yang Dipertuan Agong, dengan harapan bakal mendapat lebih banyak sokongaan daripada ahli Parlimen Umno,” kata seorang pembantu kepada ahli politik PKR.

Zahid kini berdepan dengan 47 pertuduhan membabitkan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, merupakan yang tertinggi dalam kalangan bekas pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak tumbang pada tahun 2018.

Semalam, Anwar berkata Sultan Abdullah Ahmad Shah berkenan untuk beliau mengadap pada hari selasa, 13 Oktober, di mana beliau akan mempersembahkan perincian dakwaan memiliki sokongan “kukuh dan meyakinkan” daripada anggota Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru.

Kenyataan ini dikeluarkan tiga minggu selepas Anwar mengisytiharkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tumbang dan beliau bakal membentuk sebuah kerajaan “majoriti Melayu”.

Tetapi, seorang sumber berkata, walaupun tanpa jumlah itu, Anwar dikatakan sudah berpuas hati kerana dapat mengadap Agong.

“Antara hari ini hingga Selasa depan, terdapat pelbagai kemungkinan taikun-taikun perniagaan yang tidak biasa dengan permainan angka ini akan berdiri di belakang Anwar, semuanya kerana perkenan Agong,” kata sumber itu tanpa menjelaskan secara terperinci.

MalaysiaNow difahamkan terdapat beberapa ahli Parlimen Umno sudah menjauhkan diri daripada Anwar selepas mengetahui nama mereka tersenarai dalam senarai yang akan dipersembahkan ke istana.

Sekurang-kurangnya seorang daripada mereka, Ahli Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris bertindak membuat laporan polis semalam yang mendakwa beliau tidak pernah memberikan sebarang persetujuan agar namanya disenaraikan Anwar.

Dua lagi nama yang turut tampil menafikan mereka menyokong Anwar ialah Ahli Parlimen Padang Terap Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen Jempol Salim Shariff.


WOIT

JANGAN PERCAYA  

BERITA ANGIN

INI  BERITA KENTUT

 BAWA BAU BUSUK

KAH KAH KAH 

ANWAR IBRAHIN

PEMIMPIN ISLAM 

YANG SUCI  

YANG WARAK

YANG ALIM

TETAP MENJADI

MENJADI CALON PM

AMIN



ABAM JUMPA SULTAN NAK TUNJUK APO?

 




ABAM JUMPO 

SULTAN NAK

 TUNJUK APO?

panglimo potaseh commented on

 "HARI SELASA JUMPA SULTAN"

Abam nak jumpo Agong nak tunjok apo ..Agong pun dah tau Abam akan bawak tolo dio jo ..ngabieh an bogheh boto ..elok di chemat(rotan) jo bontot Abam tu. Dah di jil 35OO ari pun chendekeh (nipu) eay tak abih2.

HAJJAH GEMOK AJEN NAJIB

 



HAJJAH GEMOK 

AJEN NAJIB 

AMIN

BOLEH SUROK 

DUIT 12 JUTA DOLAR

CELAH KANGKANG

KAH KAH KAH

Pengecaman wang, 

jam tangan mewah 

disita dalam kes

  Hasanah ditangguh

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa pengecaman ke atas wang dan jam tangan mewah yang disita dalam kes pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hajjah Hasanah Abdul Hamid tidak dapat dilakukan hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Farid Ahmad Kamal berkata saksi pertama pendakwaan, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Nizhar Kadi sepatutnya membuat pengecaman terhadap kedua-dua barang kes itu bagaimanapun barang kes berkenaan yang disimpan dalam peti besi tidak dapat dikemukakan di mahkamah hari ini.

“Peti besi di bawah jagaan ketua cawangan (ketua cawangan siasatan khas SPRM). Bagaimanapun beliau berada di luar kawasan. Oleh itu, barang kes tidak dapat dibawa ke mahkamah hari ini,” katanya yang tidak mendedahkan jumlah wang tersebut.

Pada hari pertama perbicaraan kes itu dua hari lepas,  pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa saksi pertama pendakwaan itu akan dipanggil semula hari ini untuk membuat pengecaman ke atas barang kes itu.

Muhammad Nizhar dalam keterangannya pada Selasa itu berkata SPRM telah menjalankan operasi ‘Ops Dinar 2’ bagi menyiasat dakwaan aduan beberapa pegawai Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyalahgunakan wang disyaki milik Kerajaan Malaysia yang dianggarkan jutaan ringgit dan disimpan di beberapa lokasi.

Katanya hasil  operasi ‘Ops Dinar 2’ pihaknya menyita wang tunai berjumlah AS$4.07 juta  di Shaftsbury Residence, Cyberjaya dan satu beg berisi wang tunai sebanyak RM220,000 di di Kuala Terengganu pada 30 Ogos 2018.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad dalam ucapan pembukaan kes itu pada Selasa berkata pihak pendakwaan akan membuktikan Hajjah Hasanah telah melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) dengan sebahagiannya digunakan bagi pembelian enam utas jam tangan mewah sehingga menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Malaysia.

Pada 25 Oktober 2018, Hajjah Hasanah, 62, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu ketua pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat ketua pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 30 April hingga 9 Mei 2018.

Hajjah Hasanah dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Shahrir Mohd Salleh bersambung 12 Oktober. – 

SEKEPING SUSU 

PUAN HAJJAH

 BERAT

DUA BELAS  KILO

BOLEH GANTUNG

12 JUTA DOLAR

KAH KAH KAH



DAP TINGGALKAN ANWAR

 


SEMUA LARI


DAP tak akan 

sertai Anwar,

 ahli Parlimen Umno 

menjauhkan diri

BERITA MENYUSUL

BAHAYA MAKIN DEKAT

 


BAHAYA 

MAKIN DEKAT

DAH SAMPAP

KE BANGSAR

AMIN


Kelas batal, 2 murid SK Bangsar positif Covid-19

SEKOLAH Kebangsaan Bangsar mengarahkan semua muridnya tidak perlu ke sekolah buat sementara waktu selepas dua kes Covid-19 dikesan di situ, semalam.

Pihak berkuasa sekolah memberitahu The Malaysian Insight mereka dimaklumkan semalam dua murid didapati positif virus itu, dan menyebabkan sekolah membatalkan sesi persekolahan sebelah petang.

“Murid sudah diberitahu supaya tidak ke sekolah. Buat masa ini hanya kakitangan berada di sekolah.

“Kami mahu mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Pihak berkuasa berkata sekolah itu belum menerima arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk penutupan.

“Kami masih tunggu surat.”

Sementara itu, Harian Metro melaporkan seorang murid tahun empat dan seorang tahun lima didapati positif Covid-19.

Laporan itu memetik Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu Mohd Yazid Mohd Yasin sebagai berkata ujian swab dijalankan kepada 80 pelajar dan 26 guru yang dikesan sebagai kontak rapat kepada dua murid terbabit.

SK Permatang Janggus di Penaga, Penang ditutup lapan hari sejak 1 Oktober selepas seorang guru perempuan didapati positif Covid-19.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara di Labuan, diarahkan ditutup sementara selepas seorang pelajar positif Covid-19.

Data setakat 12 tengah hari semalam menunjukkan terdapat 22 kes aktif di Kuala Lumpur sementara jumlah kes aktif di seluruh negara kekal 3,703. – 9 Oktober, 2020.

BAHAYA VIRUS

CCP INI MAKIN

MEREBAK

AMIN

VIRUS EXPOT 

DARI CHINA MERAH

KEPADA DUNIA

AMIN

SEDANG  HURU

HARAKAN DUNIA

AMIN



TOTIBO ABAM TAK CUKOP NUMBO

 




APO JADI

JUMPO RAJO TETIBO 

TAK CUMKOP NUMBO

capt salai commented on

 "HARI SELASA JUMPA SULTAN"

Jang..kalau ari selasa jumpo rajo..tetibo tak cukup laei sokongan...agak2 lubok mana dio nk torjun..sg kelang la selamat sikit boyo takdo

KENALI DIRI MU - KENALI MUSUH MU





KENALI DIRI MU

KENALI MUSUH MU

SERATUS PERTEMPURAN

SERATUS KEMENANGAN 


TAK PERLU SOKONG PALESTIN

 


TAK PERLU SOKONG PALESTIN

Ketua Pengarang commented on 

"YAHUDI INI SOKONG IRAN SOKONG PALESTIN"

berhenti hasut umat Islam dengan isu Palestin tak ada kebaikan bergaduh dengan zionis dan amerika ulama di saudi keluar fatwa tak ada jihad di palestin.. kalau mati, bukan mati syahid..sebab tak ada jihad.. tak cukup syarat jihad... dulu hishamuddin rais pun pernah cakap umat Islam akan naik stim bila bercakap soal palestin, kemudian nak berjihad lawan Izrael... 

nak dapatkan sokongan umat Islam senang je.. guna dua sepanduk.. sepanduk pertama, lawan Yahudi/Izrail.. kedua, mengaku Ahlul Bait... itu lah yang dibuat Syiah.... Biarkan Iran dan operative mereka seperti Hezbollah, Hamas dan Ikhwan nak melawan Izrail.. kita tak payah masuk campur... sekarang dah ada desas desus di Rumah Putih di Washington DC mahu kenakan sanction ke atas Malaysia sebab dikatakan tempat Ikhwan bersarang... nak ke kena sanction dengan amerika? komunis memang lah suka.. mereka nak ekonomi kita musnah!

DENGAR DENGARKAN SUARA INI





DENGAR DENGARKAN

SUARA INI



AMANLAH DUNIA

INI HENDAKNYA

 

KAWAN CHE

 



KAWAN CHE

HARI INI 9 OKTOBER
HARI MEMPERINGATI
WAFATNYA CHE GEUVARA
PEJUANG MARXIS REVOLUSINER
DARI AMERIKA LATIN

PADA 9 OKTOBER 1967
CHE TELAH DIBUNUH 
DI BOLIVIA
OLEH CIA

ERNESTO GEUVARA
LAHIR  14 JUN 1928
DI ARGENTINA
TERLATIH  SEBAGAI BOMOH
SEORANG MARXIST
PEMULA TEORI GERILA
PEMIMPIN GERILA
DIPLOMAT
DAN 
SOSOK PALING COOL
PERNAH WUJUD 
ATAS BUMI MANUSIA
SETIASA JADI IKUTAN 
DARI GENERASI KE GENERASI
OLEH
ANAK SEMUA BANGSA 
AMIN

BERITA BAIK - UMNO BERGADUH

 


BERITA BAIK

GEROMBOLAN 

MULA BERGADUH

AMIN

SERANG SANA

SERANG SINI

KAH KAH KAH



Marahnya Umno pada Perikatan

BIBIT kemarahan Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) bermula seawal keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada bekas presidennya Najib Razak, kata penganalisis.

Menurut Ilham Centre pemimpin Umno itu kecewa kerana keputusan itu menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak membela Najib sedangkan berada dalam yang sama.

Ketua eksekutif badan kajian itu Hisomuddin Bakar berkata, api kemarahan pemimpin Umno tidak padam malah makin memuncak sewaktu pilihan raya negeri Sabah berlangsung.

Umno berasa tidak dilayan dengan adil dalam agihan kedudukan dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan melihat perjanjian untuk memegang portfolio tertentu cuba dimungkiri, katanya.

“Kemarahan kumpulan pemimpin pertengahan ini sudah tak dapat dikawal oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Tekanan ini diberikan kepada beliau untuk menilai situasi semasa yang akar umbi Umno mula bersuara tidak ada untungnya Umno dalam kerajaan Muhyiddin dan dalam PN.

“Dalam keadaan itu timbul suara menyatakan perlunya Umno menarik diri daripada kerajaan kerana mereka tidak memperolehi keuntungan politik,” kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insight.

Paling lantang, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan yang menggesa parti itu mengkaji semula kedudukan mereka bersama PN.

Beliau melihat partinya dikesampingkan kerana keputusan PRN Sabah menunjukkan parti Melayu itu dikesampingkan selepas 27 tahun memerintah Sabah.

Selain itu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki juga berang kerana Bersatu menganggap parti itu lebih kuat walaupun baharu setahun jagung.

Ia ekoran kenyataan rakan sejawatnya daripada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Wakal yang juga membangkitkan mengenai legasi Umno dan isu kepercayaan masyarakat ke atas parti tersebut

Mengulas pertentangan tersebut, Hisomuddin melihat kemarahan di pihak Umno semakin marak apabila ia tidak cuba diredakan pemimpin tertinggi parti.

“Atas semua faktor tersebut, pemimpin pertengahan Umno seperti ketua bahagian, ketua pemuda, mereka balik dari Sabah dengan keadaan tidak puas hati dan perkara ini dilepaskan melalui media sosial dan juga perkongsian mereka dengan ahli akar umbi.

“Dalam tempoh seminggu ini kemarahan Umno tak reda malah makin memuncak kerana tiada tindakan langsung daripada Muhyiddin mahupun pemimpin PN untuk mententeramkan kemarahan ahli Umno ini sebaliknya mereka ambil pendekatan berdiam diri,” kata Hisomuddin.

Penentangan akar umbi itu katanya jelas sehingga mana-mana pemimpin Umno yang mempertahankan kerajaan PN turut menerima tempias kemarahan ahli parti itu.

“Mana-mana pemimpin Umno yang membela kerajaan akan dibalas dengan kritikan yang keras.

“Setiausaha Agung Umno Annuar Musa juga ditempelak. Itu menggambarkan aspirasi Umno sekarang sangat tak gembira terhadap layanan dalam kerajaan kecuali pemimpin yang dapat laba politik dalam kerajaan Muhyiddin,” katanya.

Beliau mengulas kritikan ke atas Annuar apabila menteri wilayah persekutuan itu tampil mempertahankan pelantikan Hajiji Mohd Noor sebagai ketua menteri baharu Sabah.

Menjawab persoalan sama, seorang lagi penganalisis, Awang Azman Awang Pawi berkata, PRN Sabah juga menunjukkan kelemahan Bersatu dalam setia kawan dan kejujuran dalam perjanjian.

Pensyarah Universiti Malaya itu melihat situasi menang-menang tidak berlaku dalam perundingan antara Umno dan Bersatu.

“Ini soal kejujuran, setiakawan, dalam PN, bukan perebutan kuasa, ini yang sebabkan sentimen akar umbi Umno kuat sekali menolak kerjasama dengan Bersatu,  kerana Umno rugi Bersatu untung.

“Apabila Umno menegaskan sesuatu dalam berunding terdapat tuduhan Umno sombong dan tak belajar dari kesilapan,” katanya.

Awang Azman juga mengakui kemarahan itu juga disebabkan Muhyiddin mengumumkan Hajiji akan dilantik sebagai ketua menteri jika PN menang tanpa perbincangan dengan Umno

“Apabila PN menang, ada perjanjian pelantikan pemimpin Umno akan pegang portfolio tertentu cuba dimungkiri Hajiji,” katanya lagi.

Selain isu membolot jawatan utama di Sabah, pemimpin Umno juga menyerang Muhyiddin kerana melihat populariti dan prestasi kerajaan Perikatan mula merudum.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata apabila kelemahan itu mula terserlah tempoh bulan madu tamat.

Rakyat pula mula melihat populariti Muhyiddin hanya bergantung kepada pengurusan pandemik Covid-19, katanya.

“Bila kepemimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri hanya bersandar kepada pengurusan Covid-19 juga dipertikai rakyat maka orang rasa Umno dan BN dah tak boleh lagi menyokong buta-buta kerana sokongan kita pada Muhyiddin setakat Pilihan Raya Umum ke-15.

“Makin lama kita terikat dengan kelemahan Bersatu dan Muhyiddin, kita akan sama-sama terkait dan terbabit,” kata Nur Jazlan.

Beliau berkata, perbalahan soal calon ketua menteri Sabah dan kedudukan portfolio menteri menunjukkan kerjasama dibentuk sudah retak.

“Selepas PRN Sabah tempoh hari juga menunjukkan kerajaan tidak stabil akhirnya sudah berlaku perbalahan antara BN dan PN terutama sekali dalam kes pelantikan jawatan.

“Maknanya kerajaan di Sabah pun tak kukuh, dari segi politik nampak keretakan antara PN dengan BN apabila kerjasama melalui perjanjian cuba untuk diketepikan,” kata Nur Jazlan.

Beliau juga berkata, keadaan itu turut menyedarkan pemimpin Umno sendiri.

“Sebab itu saya kata dari dulu aset Bersatu cuma perdana menteri… Parti tanpa akar umbi. Lepas apa yang berlaku di Sabah dah terbukti mereka tiada kekuatan politik.

“Pemimpin BN pun dah sedar, makin lama kita pun akan merosot sama-sama. Jadi sebab itu sekarang kita kena buat kritikan membetulkan keadaan,” kata Nur Jazlan.

Exco Pemuda Umno Bastien Onn berkata, akar umbi juga kini marah apabila mereka dituduh mengakibatkan penularan wabak Covid-19 kembali melanda.

Memburukkan lagi keadaan apabila pemimpin Umno menjadi antara indvidu terawal yang disahkan dijangkiti virus tersebut semasa berkempen di Sabah.

Katanya, Umno dituduh gila kuasa susulan krisis selepas PRN Sabah dan dilihat seperti bertanggungjawab menyebabkan gelombang kedua Covid-19 menyerang.

“Sedangkan bukan Umno yang nak adakan PRN Sabah… Itu keputusan Shafie Apdal,” katanya, merujuk bekas ketua menteri Sabah.

Pilihan raya negeri itu diadakan selepas Shafie membubarkan DUN Sabah bulan lalu bagi menghalang Umno dan Bersatu membentuk kerajaan baharu bersama wakil rakyat yang berpaling tadah. – 9 Oktober, 2020.

BILA UMNO

GADUH RAKYAT

SUKA HATI

AMIN

BIARKAN UMNO

SERANG BERSATU

KAH KAH KAH

BERSATU AKAN

TIBAI UMNO KAU KAU

KAH KAH KAH