Rabu, 31 Julai 2019

ILMU ILMU ILMU






ILMU ILMU


-----------

APA INI?








APA INI?
-------

PEPE MINAH SALEH LOHE







PEPE 

MINAH SALEH

LOHE
sedap jadi sultan dapat bini cun.. 
semua bini mat salleh... 
tak main pepek melayu..
 main pepek minah Sweden atau Russia je. 
kah kah kah! 
on 
NGABIH BOREH
Publish | Delete | Spam
Ketua Pengarang
on 31/07/19

C



-------

WAWI PUN TAU GOTU





WAWI PUN TAU

GOTU GOTU 
Wawi pun dah xpercaya pd Abg Non.
Dia tahu selera abg Non tajam d belakang.. 
on 
BERAT - AMAT BERAT
Publish | Delete | Spam
Arymanchino
on 31/07/19

E



----------

TAK JADI PIEM - JADI SLOM







TAK JADI PIEM

JADI SLOM 
lama sungguh nua berahikan kerusi piem... 
tak dapat jadi PIEM 
dapat jadi SLOM jadilah.. 
kah kah kah 
on 
KEBERAHIAN 
ANWAR IBRAHIM - BABAK KEDUA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 31/07/19

be






----------

GEROMBOLAN BERAHI KUASA










GEROMBOLAN 

BERAHI KUASA
Satu ungkapan pakatam harapan kerajaan sepengal maka ketabsuban melanda umno berahi pas berahi semua berahi Zahid berahi noh Omar berahi sharizat juga berahi lembaga juge berahi najib dan wife dingin membrahi tapi pakatan harapan memerlukan minimum 3pengal untuk memberahi setiap manifestonya jika tidak rakyst hilang gelora berahi. 
on 
IKLAN GEROMBOLAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 15:53

Por


---------

HARI HARI AKHIR SAEKOR ANWAR











HARI HARI

AKHIR SAEKOR

ANWAR

Keghairahan Anwar tidak melayakkannya ganti Tun M – Penganalisis

KUALA LUMPUR – Perkembangan politik semasa menyaksikan  Azmin Ali tidak yakin Presiden PKR  Anwar Ibrahim sebagai individu yang layak menjadi perdana menteri dalam waktu yang terdekat.

Jelas pemerhati politik Dr Salawati Mat Basir, selaku Timbalan Presiden parti itu Azmin cukup mengenali Anwar dan mengetahui sikapnya.

Perkara ini menjadikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu kini lebih berpihak kepada Dr Mahathir Mohamad.

“Azmin lebih melihat Tun M lebih daripada Anwar sebagai Perdana Menteri. Azmin tidak berpihak kepada Anwar untuk jadi Perdana Menteri walaupun mereka suatu masa dulu sangat rapat,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Bukan sahaja Azmin, malah pemimpin-pemimpin dalam parti itu juga menurut Salawati sudah tentu mengenali Anwar, dan ia terbukti apabila PKR meskipun tidak dikatakan secara terbuka, terbahagi kepada dua kumpulan.

“Mereka tahu siapa Anwar. Kini mereka (PKR) berkumpulan yang berpecah,” tambahnya.

Selain itu ujar Salawati, tindak tanduk Anwar kini yang dilihat semakin tidak sabar untuk mendapatkan jawatan itu, membuktikannya belum bersedia kerana negara memerlukan perdana menteri yang lebih tenang menghadapi pelbagai isu membabitkan kepentingan negara.

Justeru tambah pensyarah undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu lagi, demi hala tuju negara, jalan terbaik adalah memberikan ruang untuk Tun M mentadbir selama sepenggal.

“Bukan untuk motif politik tapi hala tuju negara, kita lebih bersetuju Tun M dibenarkan sepenggal ini kemudian ada pilihan raya kita pilih orang lain.

“Anwar beria-ia tindak tanduknya, caranya bercakap, apa yang dicakapkannya sekarang jelas tidak sabar-sabar untuk ke Sri Perdana. Anwar belum lagi layak jadi perdana menteri. Keghairannya berbahaya, pada saya orang seperti ini boleh ditipu oleh musuh.

“Perdana Menteri tidak boleh ghairah, tetapi sepatutnya tenang, meneliti isu serantau,” kata beliau lagi. -MalaysiaGazette


MEREKA TAHU

SIAPA ANWAR

KAH KAH KAH

DITIPU OLEH 

MUSUH ATAU

DIPAU OLEH

MUSUH
KAH KAH KAH


----------

IKLAN GEROMBOLAN







IKLAN
GEROMBOLAN SEDANG TENAT
TOWKAY LENDIR
TOWKAY BALAK
TOWKAY CANDU 
YANG DULU BERI DANA
SEMUA SUDAH LARI
INI IKLAN NAK PANGGIL 
PULANG KEMBALI

Kewangan Umno akan kembali normal selepas dapat semula kuasa, kata Zahid

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi cuba meredakan kebimbangan berkenaan kekurangan dana parti dengan mengatakan ramai orang yang bersimpati akan membantu sekiranya Umno kembali mendapatkan kekuatannya.

Beliau berkata keadaan kewangan parti yang terjejas selepas akaun Umno dibekukan dan sebahagian dana dirampas untuk siasatan ke atas skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan kembali normal apabila parti mendapatkan semula kuasanya. 


GEROMBOLAN

BIASA KERJA

DENGAN DUIT

SIKALANG 

MANYAK

SUSAH

MANYAK CILAKAK
KAH KAH KAH

---------------

KEBERAHIAN ANWAR IBRAHIM - BABAK KEDUA








  




KEBERAHIAN ANWAR

 BABAK DUA
Saya menyambung surah  keberahian Anwar Ibrahim. Ramai pembaca  merasa  tak puas hati kerana surah pertama saya terputus.  Sebenarnya bukan sengaja saya putuskan. Saya berbuat sademikian kerana  budaya menulis dalam portal juga ada hadnya. Jika terlalu panjang tulisan  pembaca akan menjadi peniaga buluh kasap – ujung hilang panggal lesap.
Saya akui   anak semua bangsa amat tertarik dengan keberahian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir. Sabenarnya tulisan saya mengenai keberahian Anwar Ibrahim ini bukan satu yang baru. Keberahian ini  menjadi ‘hot’ semenjak kemenangan Pakatan Harapan malam  9 Mei 2018 dahulu.
Seawal tahun 2013 saya pernah menulis tentang keberahian Anwar Ibrahim. Sila rujuk MalaysiaKini. Pada 12 September 2013 saya ada menulis satu article bertajuk  – Apa Dia 2 September.
Sejarahnya bagini: Satu tahun sebelum Anwar dibuang dari United Malays  National Organisation saya telah ditemu bual oleh John Comley – Ketua Pengarang  majalah   Times  edisi Asia. Temu bual ini muncul dalam majalah Times keluaran 6 Oktober  1997. Wajah Anwar Ibrahim menjadi hiasan kulit majalah.
Saya ditanya oleh Ketua Pengarang Times tentang keberahian Anwar Ibrahim. Dibawah ini saya pungut  kembali apa yang telah berlaku dalam temubual  itu dan apa yang telah saya rakamkan pada 12 Septembar 2013  yang diterbitkan oleh MalaysiaKini.
Sebelum tamat temubual tuan pengarang telah meminta saya meramalkan apakah Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya tidak menjawab dengan segera. Lalu si John ini mengulangi katanya.
"Mister Rais, let's take a bet would Anwar be the next Prime Minister?" Saya senyap tidak menjawab. Tuan Pengarang meneruskan lagi "Let's bet a house..."
Saya menerangkan yang saya tidak ada rumah. Dengan cepat tuan pengarang menyampuk ‘ your mum's house'. Nah, ertinya kami bersetuju untuk bertaruh. Saya dengan rumah arwah ibu saya di Jelebu. Tuan Pengarang Times dengan rumahnya entah dimana.
"Mister Comley... Anwar has lots of political enemy, therefore he is NOT the next Prime Minister". Dalam bahasa Melayunya saya berkata ‘Tuan Comley, si Anwar ini banyak musuh politik saya yakin dia tidak akan menjadi Perdana Menteri'. Inilah jawapan yang saya berikan secara jujur kepada pengarang Times Magzine. Ini lebih satu tahun sebelum 2 September 1998. Yang lainnya telah menjadi sejarah.
Hari ini keberahian Anwar Ibrahim semakin membuak-buak. Malah pada hemat saya keberahian si Anwar ini telah membajak agenda reform. Kebarahian si Anwar  hendak menjadi Perdana Menteri ini telah dijaja ke hulu ke hilir hinggakan menjadikan anak semua bangsa bosan  muntah politik.
Perjuangan anak semua bangsa dan para Reformis untuk membuka ruang demokrasi diganggu. Ajenda reform   menjadi corot. Akibatnya anak semua bangsa di Malaysia telah dikepong dan dipaksa menerima keberahian Anwar ini sebagai ajenda utama. Keberahian Anwar dijadikan pedoman dan teraju politik Malaysia. Ajenda perubahan struktural dan ajenda reform terpinggir.
‘ Bila Anwar jadi PM nanti… semua boleh selesai… Hujan emas dan hujan musang king setiap bulan. Saya sebagai  Yb…. saya sebagi senator…. saya sebagai Menteri sekarang buat senyap senyap.. nanti bila Anwar jadi PM… baru saya akan keluarkan segala rancangan kebajikan untuk rakyat…. kalau buat sekarang Mahathir akan dilihat baik….’ Inilah mantra  sulit yang sesekali kita dengar apabila Menteri ditanya kenapa senyap  badak dalam parlimen dan kenapa PaK Menteri tak ada  inisiatif baru untuk rakyat.
Semenjak 9 Mei 2018 – babak- babak politik di Malaysia adalah manifestasi dari keberahian Anwar Ibrahim. Secara hitam puteh saya telah menyatakan bahawa hampir setiap minggu, hampir setiap bulan persoalan keberahian Anwar Ibrahim ini muncul. Tak habis habis. Tak putus putus persoalan apakah Anwar akan jadi Pedana Mentari  sesudah Mahathir  dibincangkan.
Dari warung Mek Ngoh,  ke restoran Mamak ,  ke portal berita, ke kumpulan watapps, ke dewan kuliah – persoalan apakah Anwar Ibrahim akan dapat kerusi Mahathir digebangkan.
Paling akhir kelmarin 29 Julai 2019. Keberahian  Anwar muncul apabila  Hadi Awang Presiden Parti Islam Pas meminta  agar Mahathir terus menjadi Perdana Menteri tanpa diganggu  gugat. Azmin Ali  masuk semangkuk dengan  memberi komen positif tentang kenyataan pemimpin Parti Islam ini.
Jeng jeng jeng.
Saperti tiupan sangkala telah sampai – segala rangka dan segala jembalang dari pelbagai pelusuk bangun membodek…opps… bangun bersuara.  Watak-watak YB Abdulah Sani muncul senada bertempik dan melaungkan Janji Mahathir.  Janji Mahathr. Dua tahun. Janji Mahthir.  Dua tahan.  Dua tahun janji Mahathir menjadi mantra. Para pengikut  Yb Abdullah Sani beratip tanpa tasbih dengan mulut berbuih-buih menyebut dua tahun dua tahun dua tahun. Amin.
Pengikut  ajaran mazhab Yb Abdullah Sani   yakin perjanjian Mahathir adalah muktamad. Mahathir akan berundur dalam masa dua tahun. Kerusi  Mahathir akan diberikan kepada Anwar Ibrahim.
Bayangkan  seawal 1973 lagi  saya  telah mendengar  keberahian Anwar Ibrahim ini.  Seawal 1973 saya telah terjumpa watak Abdulah Sani.
‘ Wahai Hishamuddin Rais.. seawal tahun 1973…kamu biar betul… kamu jangan buat fitnah…. kamu jangan fitnah Abam..kamu ini dah kena dedak Atok… dah jadi macai Azmin Ali…’
Tidak. Bukan dedak dan bukan macai. Ini sejarah. Babak keberahian  Anwar  pada tahun 1973 ini  telah beberapa kali saya surahkan kepada kawan-kawan yang rapat. Tapi kali ini sejarah mewajibkan saya merakamkan sebagai bahan sejarah kepada umum.
Pada Oktober 1973 dunia gempar. Perang Arab-Israel pecah. Yahudi memanggil Perang Yum Kippur. Warga Arab  memanggil ini Perang Ramadan. Ini kerana ianya  bermula  dalam bulan Ramadan  6 Oktober 1973 dan tamat pada 26 Oktober.
Sebagai Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya saya mengadakan Sudut Pidatu pada  pagi Sabtu 13 Oktober. Saya menghasut anak mahasiswa  semua bangsa untuk menyokong perjuangan adil rakyat Palestin.  Akhirnya – lebih dari 500 orang siswa siswi UM turun  berdemo anti- Amerika  di hadapan Kedutaan Amerika dalam Bangunan  AIA di Jalan Ampang.
Demo mahasiswa penyokong  rakyat Palestin  dari UM telah diserang oleh gerombolan FRU. Bertempiaran kami lari.
Pada 16 Oktober sekali lagi satu demo yang besar disusun. Kali ini melibatkan pelajar dari Universiti Kebangsaan dan  dari Institut Teknoloji Mara. Hampir lima ribu kami bersetiakawan dengan perjuangan Palestin.  Demo kami diawasi oleh polis. Pegawai polis yang bertugas pada hari itu ialah  ASP Yahya – telah arwah.
Dari Bangunan AIA kami bergerak ke  Lincoln Center. Ini pusat budaya Amerika. Kami menuntut pusat  ini ditutup. Tetiba Ghazali Shafie Menteri Dalam Negeri datang ke hadapan Lincoln Center. Menteri berucap dari atas  bontot kereta dengan menggunakan loud hailer. Ghazali Shafie  meminta  pelajar bersurai.
Ketika ini saya berada dikawasan belakang bangunan. Anwar telah belot. Anwar telah  memecahkan demo dengan membawa   pelajar  bersembahyang ke Masjid Negara. Ini menepati perminatan Ghazali Shafie.
Pada pagi Isnin 22 Oktober 1973 dilaporkan sebuah bom telah meletup di pusat membeli belah Robinson  Jalan Tun Perak – betul betul di sabelah Lincoln Center. Keadaan dan suasana politik menjadi tegang.
Dua hari kemudian saya di cari oleh polis. Bukan untuk ditangkap tetapi untuk dibawa bertemu   Tun Razak – Perdana Menteri. Saya meminjam baju batik lengan panjang milik Arwah Yunus dan kasut kulit dari arwah Hamzah Kassim untuk dilihat bersopan. Adi Satria dari Kolej Kelima menghantar saya dengan motosikal ke bangunan Dewan Bahasa dimana Abdullah Majid Setpol Tun Razak mengambil saya dalam kereta Volkswagen puteh.
Saya dibawa ke rumah Ghazali Shafie di wilayah Bellamy. Disana telah ada pemimpin-pemimpin pelajar dari ITM dan UKM.  Anwar Ibrahim dan Omar Jaafar – kini Tuan Speaker Dewan Melaka - ada bersama. Kami berbuka puasa di rumah Ghazali Shafie.
Tetiba Asp Yahya membentangkan sepanduk kain rentang bertulis – PKM MENYOKONG PERJUANGN RAAYAT PALESTIN.  Menurut ASP ini adalah  kain rentang Parti Kominis Malaya  ditemui di Bangunan Robinson yang telah mereka bom.
‘ PKM … telah mengambil kesempatan demo kamu…ini bahaya..’ Ini kata-kata Asp Yahya kepada saya.
Tapi propaganda Asp Yahya ini kantoi mantoi. Kaum kiri telah lama tidak    lagi menggunakan dua A untuk mengeja rakyat. Kaum kiri  mempelopori penggunaan  K untuk mengeja RAKYAT. Jelas ini perang saraf polis dan SB agar kauam pelajar jangan turun ke jalan raya. Ini jelas kain rentang buatan SB.
Malah bom di Robinson pun meletup awal pagi.  Tak ada siapa yang terdengar.  Gambar dalam NST memperlihatkan  cermin  dinding yang pecah agak terlalu manja sehinggakan   badan kucing pun tak boleh melintasi lubang yang pecah. Amin.
Dari rumah Ghazalie Shafie  kami berangkat ke Sri Taman rumah resmi Tun Razak. Ketika kami sampai Tun Rzak tidak ada dirumah. Kami dibawa ke ruang lapang. Semua pemimpin pelajar duduk saperti dalam parlimen. Cuma kerusi Tuan Speaker masih kosong. Saya dibahagian hadapan disebelah ASP Yahya. Ghazali dan Abdullah Majid ada sama. Anwar, Ibrahim Ali dan Omar  Jaafar sebaris.
Tetiba Tun Rzaka sampai dengan pengawal pribadi. Dia memakai bush jaket.
‘ Maaf leh ye…saya  terlambat …ada hal… tadi di Ipoh ada kemalangan.. lombong pecah …’ Saya masih ingat lagi Tun Razak pekat dengan lorat Pahangnya. Tapi tidak menggunakan kawan dan koi  telah   memulakan perbualan.
‘ Lombong dekat Ipoh pecoh kerna ujon lebat…. keena lawat disana… ada kematian….’
Tetiba terdengar suara  balas dari lorat Kelantan. ‘ Susooh la yee jadi Piem ni… seeebuk…disini ade orang nak jadi Piem… tu Anwar…’
Keberahian Anwar terpancut bukan dari mulut Ibrahim Ali. Dari mulut  Hanapi Majid dari Persatuan Mahasiswa Islam Univesiti Malaya. Bayangkan seawal 1973 lagi telah wujud watak Abdulah Sani.  Saheh watak Abdullah Sani ini bukan watak baru. Watak ini berani bercakap tapi bebal.
Saya memerhatikan muka Anwar yang tidak tahu ke mana nak disorokkan kerana berahinya telah terbonggeng. Yang membonggengkan ialah Hanapi Majid a.k.a Abdullah Sani Senior – kaki bodek dari persatua mahasiswa Islam UM.
Anwar memandang ke  bawah salah. Memandang ke  depan salah. Berahinya telah kantoi. Anwar terbogel  dihadapan Tun Razak Perdana Menteri pada ketika tu. Bayangkan  betapa malunya keberahian Anwar. Kah kah kah.
‘ Kamu tulis apa? ‘ ASP Yahya bertanya kepada saya yang sedang mengambil nota perbualan.
‘ Jangan tulis..’ Ini arahan polis kepada saya  pada malam itu.
Babak sejarah ini telah berlalu selama 46 tahun. Kini Anwar Ibrahim telah menjadi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selama 46 tahun ini Anwar telah menyimpan   berahi untuk menjadi Perdana Menteri.  Pertanyaan dari Ketua Pengarng majalah Time datang bekali-kali diajukan kepada saya.
‘ Mister Rais… will Anwar Ibrahim be the next Prime Minister after Mahathir?

Saya masih mencari John Comley untuk mendapatkan rumah yang telah saya menangi dalam pertaruhan 1997. Siapa ingin bertaruh sila masukan duit pertaruhan. Gadai apa yang patut. Tunggu minggu depan untuk jawapan.  (TT)




-------