Sabtu, 27 Mei 2023

DUNIA KITA YANG INDAH



DUNIA KITA

YANG INDAH

AMIN

TERIMA KASIH

RONALD REAGAN

AMIN

UMNO BUKAN PERHIASAN KATA SABRI


Umno bukan perhiasan dalam kerajaan perpaduan, kata Ismail Sabri

UMNO tidak boleh hanya jadi perhiasan dalam kerajaan perpaduan sebaliknya perlu memainkan peranan menyambung suara rakyat, termasuk berani menegur kerajaan, kata bekas naib presidennya Ismail Sabri Yaakob.

Bekas perdana menteri berkata Umno perlu menunjukkan kekuatannya sebagai parti terbesar dengan jumlah ahli paling ramai dan kejayaannya membangunkan negara lebih setengah abad.

“Justeru, Umno tidak boleh hanya menjadi hiasan untuk menubuhkan kerajaan di mana saya meminjam bahasa Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) bahawa Umno adalah pelengkap, manakala Timbalan Presiden Umno (Mohamad Hasan) mengingatkan ahli-ahli parti bahawa Umno hanya penumpang dalam kerajaan ini.

“Apatah lagi ada ucapan seolah-olah memberi amaran kepada ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) bahawa tindakan menarik sokongan tidak akan memberi kesan kepada kedudukan kerajaan,” katanya, menulis dalam rencana yang disiarkan di Utusan Malaysia, hari ini.

Rencana Ismail bertajuk “Raja yang mengatur bidak”.

Beliau menulis rencana itu susulan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan dua minggu lalu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Ismail Sabri mempersoalkan muslihat politik konvensyen itu diadakan di WTCKL, yang katanya dianggap “rumah Umno”.

“Apakah konvensyen parti-parti kerajaan perpaduan di WTC terselit agenda bagi pihak tertentu kerana ia diadakan di Dewan Merdeka yang selama ini menjadi pentas kepada Umno dalam menentukan hala tuju parti atau sememangnya Umno menjemput parti-parti ini atas perhitungan kepemimpinan Umno sahaja yang tahu?

“Banyak sungutan daripada pendukung dan ahli Umno di peringkat akar umbi,” katanya.

Ismail Sabri mengingatkan pemimpin Umno supaya “mengubati hati ahli-ahli akar umbi yang terluka” dengan kerjasama parti Melayu itu dengan Pakatan Harapan.

Beliau menyifatkannya sebagai “sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan”.

“Tidak salah untuk Umno khususnya sayap Pemuda mengkritik mana-mana tindakan kerajaan yang menimbulkan kegusaran rakyat,” katanya.

Pemuda Umno, katanya, harus berani bersuara mewakili parti dan rakyat, dan tidak harus jadi buruk kakak tua dan jurucakap kepada kepimpinan yang bertentangan dengan ahli parti.

“Lebih malang apabila Pemuda menjadi jurucakap kepada parti lain dalam gabungan yang tidak menguntungkan Umno,” katanya.

Bagaimanapun Ismail Sabri mengakui keadaan politik sekarang menyukarkan Umno untuk menentukan hala tuju kerana parti itu bukan “raja yang mengatur bidak”.

“Maka sudah sampai masanya Umno bangkit kembali membina kekuatan dan tidak takut untuk menegur demi kebaikan bangsa dan tanah air,” katanya.

Ismail Sabri tidak mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden pada pemilihan Umno yang berlangsung pada Mac lalu.

Beliau bagaimanapun kekal tidak dicabar sebagai ketua Umno Bahagian Bera. – 27 Mei, 2023.

BETUL

TEPAT BENAR

AMIN

GEROMBOLAN

JADI KAVADI

DI PIKUL OLEH

PAKATAN

AMIN

KHALAS

ISA SAMAD NAK SELAMATKAN DIRI


Isa Samad kembali ke Umno

SETIAUSAHA Agung Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan bahawa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Mohd Isa Abdul Samad, yang meninggalkan Umno pada 2018, diterima menyertai semula parti itu.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dipengerusikan oleh Presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ya, perkara itu diputuskan oleh MT yang bermesyuarat semalam. Surat rasmi belum dikeluarkan lagi kerana mesyuarat semalam habis pada 12 malam, saya tidak sempat ke pejabat,” katanya kepada pemberita di Wisma Umno Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

Mohd Isa, 74, yang juga bekas Ahli Parlimen Jempol, sebelum ini mengumumkan keluar Umno kerana ingin bertanding dalam pilihan raya kecil Port Dickson memandangkan parti itu tidak meletakkan calon.

Sementara itu, Mohd Isa mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti diterajui Ahmad Zahid kerana meluluskan permohonan beliau yang dihantar kepada Umno sejak Julai tahun lepas.

Katanya beliau kini adalah ahli Umno Bagan Pinang dan sedia membantu Kerajaan Perpaduan dalam memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Terima kasih terima saya jadi ahli Umno, saya tidak pernah menentang parti. Semasa bukan ahli Umno, saya tetap menyokong Umno, mana-mana ceramah pilihan raya Umno saya pasti pergi,” katanya. – Bernama, 27 Mei, 2023.


ISA SAMAD

TUNGGU HUKUM

AMIN

MASUK KEMBALI

KE GEROMBOLAN

KERANA NAK

SELAMATKAN DIRI

AMIN

SIMPAN HARAPAN

ZAHID & ANWAR

AKAN SELAMATKAN

DARI MASUK JIL

AMIN

BANYAK KAN LAGI

KLUSTER MAHKAMAH

DALAM UMNO

AMIN

KHALAS

GERAKAN ANTI RAJA


GERAKAN

ANTI RAJA

AMIN

LEBAI BERSATU NAK JATUHKAN PMX



LEBAI BERSATU

NAK JATUHKAN

PMX

KHALAS


Unknown commented on
 "INFLASI KITA"
Seorang serang pakai agama seorang serang pakai LGBT sekarang pakai ekonomi, serang pakai kejatuhan matawang, serang pakai kebaikan harga barang, nampak gaya tidak kekal lah woit, orang kita semakin hebatan serangan, banyak kes masuk mahkamah ramai risau kecuali yang baik tak risau, yang dapatkan duit haram mulai risau, jualan haram susah, peniaga gelap susah semua sengketa kerana kerajaan tegas sikap Telus sekarang semua berpakat pakat sekarang sudah woit kah kah


 siap sedia siap sedia Lebai bersatu hati dengan penyamun perompak sudah jumpa Mahathir sudah terjun masuk geng komplot kinspiraso kah kah setiap hari akan serang demi serang, kita ada penjaga moral, kita ada penjaga akhlak, kita ada pengaja budi tetapi tak siapa kisan rasuah curi rompak kesian kah kah jah

PEROJEK KURANGKAN PENDUDUK DUNIA



PROJEK

 KURANGKAN

PENDUDUK DUNIA

SAMBIL BUAT DUIT

AMIN

MAT LEBONG


MAT LEBONG

AMIN


Unknown commented on
 "SELAMAT HARI JADI KE 87 !!!"

Dolu masa reformasi rakyat gelar Anwar Pembohong, sekarang sudah jadi PM ke 10 tetap juga digelar PMX Pembohong...!!

Jawapan bertulis Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat semalam satu pengesahan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Perikatan Nasional (PN) adalah rekaaan dan pembohongan semata-mata.  

Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, rakyat perlu menghukum secara total terhadap ‘fitnah’ berkenaan terutamanya dalam pilihan raya di enam buah negeri yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi.

Semalam, Azalina memaklumkan Dewan Rakyat bahawa SPRM sudah menjalankan kajian terperinci berkaitan dakwaan penerimaan dana syarikat judi oleh PN, namun maklumat itu terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkannya.

Perkembangan ini menimbulkan tanda tanya dari mana Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat maklumat PN mungkin memperoleh dana politik dari syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.

Tunanku Abd Rahman - Bapa kemerdekaan
Tun Razak - Bapa Pembangunan Malaysia
Tun Mahathir - Bapa Pemodenan Malaysia
Anwar Ibrahim - Bapa Pembohong Malaysia

IRAN WUJUD BARISAN ANTI ZIONIS ISRAEL


IRAN WUJUDKAN

BARISAN BARU

ANTI - ZIONIS

KHALAS

KES SAIPOL DAN JAM PELANGI


Anwar ‘salah faham’ jam tema pelangi, kata CEO Swatch

JAM tangan koleksi Pride Swastch yang dirampas pihak berkuasa minggu lalu tidak memberi rujukan kepada masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata CEO Kumpulan Swatch Nick Hayek.

Beliau berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim “salah faham” apabila mengatakan serbuan di premis Swatch dan rampasan jam tangan bertema pelangi itu berkaitan dengan isu LGBT.

Pada Khamis, Anwar berkata beliau dimaklumkan jam tangan Swatch itu bukan dirampas kerana warna seperti bendera pelangi, tetapi kerana ada elemen LGBT.

“Perdana Menteri Malaysia dalam temubual baru-baru ini berkata koleksi terbaru Swatch yang berwarna-warni itu turut menampilkan huruf LGBT di nombornya. Beliau salah faham.

“Swatch tidak memasukkan mana-mana rujukan kepada masyarakat LGBT di jam tangan Koleksi Pride tahun ini.

“Jam tangan warna wani ini termasuk makna setiap warna kebanggan (kehidupan, penyembuhan,cahaya matahari, alam semulajadi, keharmonian, semangat) di jarum minit dan dua gelung yang membentuk pelangi,” kata Hayek yang dipetik berkata kepada Malay Mail Online.

Kementerian Dalam Negeri menyerbu kedai Swatch di Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah. – 27 Mei, 2023.

WOIT

MAT SALEH 

NICK HAYEK

INI TAK TAHU

POLITIK MALAYSIA

AMIN

ANWAR DIDAPATI

BESALAH MELIWAT

SAIPOL BUKARI

AMIN

HARI INI MUSUH

ANWAR GUNA

KES LIWAT

SEBAGAI SENJATA

POLITIK

AMIN

HARI HARI

DALAM TIK TOK

BANYAK CERITA

ANWAR & SAIPOL

AMIN

NAK BUKTI

ANWAR BUKAN

PRO LGBT MAKA

KDN MENYERANG

JAM PELANGI

AMIN

INI POLITIK

ORANG  MELAYU

TAK CAYA SILA

TANYA YB AZALINA

AMIN

KHALAS

PETANG INI DI JALAN PANGGUNG


JANGAN LUPA

JEMPUAT DATANG

PETANG INI 

JALAN PANGGUNG

AMIN



HARI BUMI


HARI BUMI

SABTU 27/2023
HARI INI HARI BUMI
UNTUK MERAYAKAN HARI BUMI INI
GUA TULIS  SELOKA INI

GUA AKAN BACA SELOKA INI
DI PADANG CENTRAL PARK
BANDAR UTAMA
PAGI INI

KALI PERTAMA GUA
AKAN KE SANA
GUA NAK BAWA 
EZI DAN TAK TAK BERSAMA

PLASTIK OH PLASTIK


SATU MASA DULU
PLASTIK SATU YANG BARU
SATU MASA DULU
SEMUA SUKA PLASTIK

PLASTIK OH PLASTIK

SEKARANG MASA INI
PLASTIK DISANA SINI
SEKARANG MASA KINI
PLASTIK IKUT KESANA  KE MARI

PLASTIK OH PASTIK

ADA BEG PLASTIK
ADA KOTAK PLASTIK
ADA BOTOL PLASTIK
ADA KAIN PLASTIK
PLASTIK  OH PLASTIK

ADA PINGGAN PLASTIK
ADA  KERETA PLASTIK
ADA MUKA PLASTIK
ADA BUAH DADA PLASTIK

PLASTIK OH PLASTIK

SEKARANG ADA DUIT PLASTIK
JIKA TAKDA DUIT PLASTIK
TAK DAPAT BELI KOTAK PLASTIK
DAHAGA TAK MINUM AIR  PLASTIK

PLASTIK OH  PLASTIK

PLASTIK  DALAM ALMARI
PLASTIK ATAS DAPUR
PLASTIK ATAS KATIL
TIDUR BERSAMA PLASTIK

PLASTIK OH PLASTIK

PLASTIK LONGKANG TERSUMBAT
PLASTIK DALAM SUNGAI
PLASTIK  DALAM SAWAH
PLASTIK DALAM KOLAM
PALSTIK DALAM LAUT
PLASTIK DALAM AIR MINUMAN

ANAK RAJA PERGI KE ISTANA
RUMAH INDAH KAYU MELENTIK
PLASTIK DAH ADA DI MANA MANA
HIDUP KITA DAH JADI PLASTIK

HARI RAYA BAKAR MERCUN
MERCUN DIBAKAR PELBAGAI RUPA
AIR PLASTIK  DAH JADI RACUN
KITA SEMUA JADI MANGSA

MATAHARI TERBIT BAWA CAHAYA
BERTEDUH PANAS TEPI RUMBIA
KURANGKAN  PLASTIK HIDUP BAHAGIA
UDARA BERSIH BUMI GEMBIRA
AMIN

SELAMAT MERAYAKAN
HARI BUMI