Selasa, 7 September 2021

BELUM TERLAMBAT UNTUK JATUH CINTA

 



BELUM TERLAMBAT

UNTUK JATUH CINTA

AMIN

HENTIKAN KERJA ANTI KETUM

 

HENTIKAN

KERJA 

ANTI KETUM

AMIN

KETUM BAIK

UNTUK EKONOMI

AMIN

KETUM UNTUK

PERUBATAN

AMIN

KAJI DAN SELIDIK

KHASIAT KETUM

AMIN



Sindiket edar ketum tumpas, tiga penjawat awam antara 17 ditahan

JOHOR BAHRU – Tiga penjawat awam antara 17 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan ketum.

Polis juga merampas lebih setengah tan daun ketum menerusi tujuh serbuan berasingan di beberapa daerah di negeri itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya juga berjaya menumpaskan tiga sindiket berlainan hasil risikan selama sebulan sejak 27 Ogos  hingga 4 September lalu.

Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah telah membuat serbuan di Kota Tinggi, Kulai, Iskandar Puteri, Johor Bahru dan Tangkak.

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak awal tahun ini menggunakan modus operandi dengan membawa bekalan ketum dari utara tanah air melalui lori yang diisytiharkan sebagai barangan keperluan bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Selain itu kita juga dapati mereka ini turut menggunakan gudang dan rumah sebagai lokasi pemprosesan.

“Kegiatan ini menjadi popular sejak kebelakangan ini susulan harga pasaran ketum yang tinggi dan permintaan meningkat iaitu pada harga semasa daun ketum antara RM30 hingga RM80 sekilogram (kg),” kata Ayob Khan pada sidang media di sini hari ini.

Rampasan membabitkan 542.73 kg daun ketum bernilai RM5,427.30 dan 300.80 liter air ketum bernilai RM3,008 dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah RM8,435.30.

Ayob Khan berkata, rampasan keseluruhan daun dan air ketum itu boleh digunakan oleh seramai 11,155 pengguna.

Hasil saringan awal air kencing mendapati, dua daripada mereka yang ditahan positif dadah jenis methamphetamin selain tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kesemua suspek termasuk seorang wanita warga Indonesia berusia antara 20 hingga 56 tahun direman antara tiga hingga tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – 

SIAM TELAH

BEBASKAN KETUM

AMIN

PASARAN KETUM

DAN LADANG

KETUM AKAN

DIBUKA DI SIAM

AMIN

INI PUNCA

 EKONOMI

 PERTANIAN

AMIN

KITA  MASIH

DIPENJARA  

OLEH KANUN

KOLONIAL  1955

AMIN

KENAPA KITA

TERUS 

JADI BODOH

KHALAS



KITAR SEMULA

 


ANWAR PRODUK

KITAR SEMULA

KHALAS

Arymanchino commented on 

"RAKYAT MUAK

 DENGAN POLITIKUS"

Aku setuju.Abam dah 20thn asik kitar Smula nak jadi PM.Dok menunggu tp d kitar lg utk tggu PRU15.Apek LKS dah brape lame kitar,pah tu lantik anak sendiri jadi Sanator.Atok Kerala dah brapa abad dok kitar lg..Xde pula melaon2 ni bising.Haramjadah..

KALAU EEE BEEBAS

 


SYABAS SPRM

AMIN

RAKYAT MAKIN

RISAU SESUDAH

TENGKU FRAUD 

LEPAS

AMIN

KALAU EEE LEPAS

KALAU NAJIB LEPAS

KALAU ROSMAH

TERLEPAS

RAKAYT AKAN FIKIR

ADA SESUATU 

PELIK & TAK KENA

AMIN


Azeez belum bebas tuduhan rasuah, kata SPRM

AHLI Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim belum bebas daripada tuduhan rasuah kerana belum diputuskan oleh mahkamah, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Kenyataan SPRM sebagai respons kepada laporan semalam yang menyebut peguam Abdul Azeez, Amer Hamzah Arshad berkata tuduhan terhadap bekas pengerusi Tabung Haji itu tidak boleh bertahan.

Ini kerana analisis SPRM sendiri menunjukkan ahli politik itu bekerja dengan syarikat yang dituduh menerima rasuah, dan telah menerima imbuhan yang sah, kata Amer.

Amer memberitahu Mahkamah Rayuan di Putrajaya tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Abdul Azeez perlu dibatalkan kerana laporan analisis kewangan SPRM menunjukkan Abdul Azeez adalah sebahagian daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, telah menerima imbuhan yang sah dan telah membayar cukai pendapatannya.

Menanggapi dakwaan Amer, SPRM berkata peguam tersebut hanya berhujah di mahkamah bagi membatalkan tuduhan terhadap Abdul Azeez, malah mahkamah masih belum memutuskan perkara itu.

Tambah badan antirasuah itu, Abdul Azeez sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 13 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, sementara Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan kesemua tuduhan tersebut.

“Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan itu kemudiannya didengar di Mahkamah Rayuan semalam.

“Susulan daripada itu, laporan media yang memetik hujahan tersebut seolah-olah menggambarkan Abdul Azeez telah bebas daripada kesemua pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram sedangkan mahkamah belum membuat keputusan berhubung kes berkenaan.

“SPRM berharap orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut yang masih dalam perbicaraan sebelum mahkamah mendengar hujah balasan pendakwaan terhadap penghujahan pasukan peguam Abdul Azeez pada 6 Oktober depan,” kata SPRM.

Abdul Azeez, 55, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM5.2 juta yang mempunyai kaitan dengan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM13.9 juta yang didakwa diterimanya daripada syarikat Menuju Asas.

Bagi pertuduhan rasuah, beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2010 dan Affin Bank, Puchong City Centre, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10  April 2018 manakala bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan perbuatan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Abang Abdul Azeez iaitu Abdul Latif pula pada asalnya berdepan dua pertuduhan bersubahat dengan beliau menerima RM4 juta sebagai upah membantu syarikat Menuju Asas mendapatkan projek jalan raya secara tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya.

Bagaimanapun, Abdul Latif dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan pada Februari susulan permohonan yang dikemukakan pendakwaan. – 7 September, 2021.

APAKAH

KERJASAMA

TIM BADUAN 

DENGAN ANWAR

BAWA 

MALAPETAKA INI

KHALAS

MUHYIDIN TETAP

MAHU BICARA

DITERUSKAN 

AMIN

MAKA MUHYIDIN

DIJATUHKAN

AMIN

MUSTAHIL TAK

NAMPAK

KHALAS



BAYI GERMAN DI TEMUI LAGI



AJARAN HITLER

MELARANG 

MENGENTOT

 SEBELUM

KAWIN

KAH KAH KAH

TAPI  SEMUA

TAHU NGENTOT 

WAKTU MUDA

MEMANG NIKMAT 

MEMANG LIGAT

KAH KAH KAH

BILA BAYI 

SAMPAI MAKA

DITINGGALAKN

TAKUT DENGAN

DIHUKUM HITLER

KHALAS




Bayi masih bertali pusat ditemukan di atas rumput, kata polis

SEORANG bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di atas rumput berhampiran rumah kongsi di Presint 3 Taman Ara Sendayan di Seremban, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung bayi yang ditinggalkan itu pada 11.52 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati bayi perempuan itu masih mempunyai tali pusat dan uri disyaki baru dilahirkan kurang dari 12 jam.

“Bayi itu kini berada di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak berumur kurang 12 tahun mendedahkan dan membuang kanak-kanak.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya kepada pihak polis. – Bernama, 7 September, 2021.


UNDANG UNDANG

HITLER INI

MELAWAN TABII

AMIN

ENTOT MEMANG 

SEDAP 

AMIN

MELAWAN ENTOT

ADALAH

KERJA NGOK

MENENTANG TABII

KHALAS



EEE BEELUM LEEPAS

 



JANGAN SALAH

BACA

KAH KAH KAH


Azeez belum bebas tuduhan rasuah, kata SPRM


EEEE EEENI 

BEEELUM

LEEEPAS

KEH KEH KEH

TIM BANDUAN AMBIL ALIH

 

TIM BANDUAN

AMBIL ALIH

AMIN

BILA TIM BELOT

SUDAH 

JADI KENG

KHALAS


Tajuddin atau Azeez Rahim calon pengerusi PNBBC, kata sumber

Ahli Parlimen Umno Tajuddin Abdul Rahman dan Abdul Azeez Abdul Rahim antara nama yang dicadang sebagai pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN (PNBBC) yang baharu, kata sumber.

Jawatan itu kosong selepas pengerusi PNBCC sebelum ini Shahidan Kassim yang juga ahli Parlimen Umno dilantik menteri dalam kabinet Ismail Sabri Yaakob.

Sumber ahli parlimen kerajaan memberitahu The Malaysian Insight nama Tajuddin dan Azeez antara yang paling disebut sebagai pengganti Shahidan.

“Jawatan pengerusi PNBBC akan dipilih dalam kalangan ahlinya dan nama dua ahli Parlimen ini yang dicadang untuk menggantikan Shahidan Kassim,” kata sumber.

Keputusannya akan dimuktamadkan minggu ini, sebelum Dewan Rakyat dijadual bersidang pada 13 September, tambah sumber.

PNBBC adalah kumpulan ahli parlimen kerajaan yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan sebagai menteri atau timbalan menteri, yang sebelum ini dikenali dengan nama kelab penyokong kerajaan.

Ismail Sabri yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 21 Ogos menamakan Shahidan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Tajuddin yang juga ahli Parlimen Pasir Salak sebelum ini adalah pengerusi Prasarana Malaysia Berhad tetapi ditamatkan perkhidmatan selepas pelanggaran dua tren transit aliran ringan (LRT) pada Mei 2021.

Beliau adalah antara kumpulan ahli parlimen Umno yang bersama Ismail Sabri mendukung Muhyiddin Yassin kekal sebagai perdana menteri selepas 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan mereka.

Azeez adalah ahli Parlimen Baling dan sedang dibicarakan di mahkamah berhubung tuduhan rasuah dan cuci wang haram melibatkan projek di Kedah dan Perak. Beliau antara 15 ahli parlimen Umno yang menarik sokongan kepada Muhyiddin. – 7 September, 2021.

SEMUA 

SEMBAHYANG

UNTUK MINTA

BEBAS DARI

PENJARA

KAH KAH KAH



JADI DAYANG DAN INANG

 




HANYA DIJADIKAN

 DAYANG & INANG

AMIN

ToraTora commented on

 "PENYAMBUNG 

TRADISI BUDAYA"

zaman ketuanan melayu skrg ni,hal budaya dan sejarah paling melayu tak ambik pot sebab takda celah nak tumbuk rusuk....kecuali kalau ada minah cun yg boleh persembahkan untuk dewa kayangan

PARTI KERAMAT BAWA MALAPETAKA

 


PARTI KERAMAT

BAWA 

MALAPETAKA

KHALAS

Unknown commented on

 "UMNO DAH

 BANYAK TOLONG"

Botul botul botul tu... Parti keramat yang dihantar oleh Allah untuk menolong orang Melayu supaya takyah bersusah payah cari makan. Biarkan cino apek nyonya amoi tu yang bersusah payah carikan sumua itu, pastu gertak atau ancam diaorang bagi 30% atau lebih kat Melayu... tak bagi kacau diaong, ancam balik tongsang dan macam-macam lagi perkara haramjadah bolwh dilakukan... Allah maha pemurah mengasihani pun sokong kot !

Unknown commented on

 "UMNO DAH 

BANYAK TOLONG"

Tu laa.. buruk buruk umno pun itu la parti melayu terbesar. Yang songlap tu pemimpin tapi parti umno dah banyak brjasa kat melayu. India cina pun dapat faedah banyak jugak.. sama jugak sebagus mana Dap pun dia tetap parti untuk cina bagi kaya cina bagi kuasa politik kat cina. Orang melayu dalam Dap yang menonjol ada la besar taik idung. Masa nak pilihanraya Dap boleh pakai songkok pakai kopiah jadi khalifah umar tunggu la dorang menang tengok melayu nak mengemis kat mana nanti

ANWAR PERCAYA TIM BANDUAN

 




ANWAR PERCAYA

TIM BANDUAN

KHALAS

ToraTora commented on

 "SEKARANG INI

ANWAR PM"

Anwar bukan gopoh cuma dia tak percaya tun. Dia cuma percaya najib, zahid, mihyiddin dan apa ntah nama budak-budak PKR yg baru nak up sebab semua tu tak berapa ceredik boleh dikencing....tapi rupanya dia pun kena kencing juga dgn geng tak ceredik tu....nasihat gua lebih baik kena kencing dgn org ceredik dari kena kencing dgn org bodo

BAHAYA KATAK

 




BAHAYA KATAK

AMIN

Awaiting moderation

Unknown commented on 

"SABRI SUDAH SILAP"

tambah lagi sikit lagi.. usul kepercayaan juga boleh dibuat oleh rakyat kepada wakil rakyat yang dipilihnya pada bila2 masa2.. jika usul dapat sokongan dari majoriti rakyat maka wakil rakyat hendaklah mengosongkan kerusi.. dan wakil rakyat yang baru akan dipilih oleh parti yang menang atau memohon pilihan raya kecil diadakan.. nak main politik sangat biar semua main politik baru ada akal mangkuk2 dalam parlimen ni.. kah kah kah..


Unknown commented on

"SABRI SUDAH SILAP"

beekaitan dengan ini.. akta lompat parti kenapa digubal mengikut konsep undi percaya..jika melompat parti wakil rakyat meletak jawatan atau mengusulkan pilihan raya semula...

UMNO DAH BANYAK TOLONG

 




UMNO

 DAH

BANYAK TOLONG

MELAYU

KHALAS

panglimo potaseh commented on 

"RASIS WAJIB BANGGA"

Sebenar nye kerajaan UMNO dah buat mcm-mcm untok Melayu. Tingok DEB1990 kita Melayu dibagi mcm-mcm ..ramai Melayu yg dah Billionaire ..makan free lagi. Tingok Wawasan 2020 ..Melayu jadi gitu mewah ..hanya dingan ngangkat bidera putih maka terpacol boreh sokampit ..mano nak dapek kosonangan cam tu ooo. Nanti Transformasi 2050, gwa tak dapek bayangkan cam no mewah nyo Molayu ..kihkihkih ..

ANWAR IBRAHIM TAK CAYA MADEY

 



ANWAR IBRAHIM

TAK CAYA MADEY

KHALAS

ToraTora commented on 

"SEKARANG INI

 ANWAR PM"

Anwar bukan gopoh cuma dia tak percaya tun. Dia cuma percaya najib, zahid, mihyiddin dan apa ntah nama budak-budak PKR yg baru nak up sebab semua tu tak berapa ceredik boleh dikencing....tapi rupanya dia pun kena kencing juga dgn geng tak ceredik tu....nasihat gua lebih baik kena kencing dgn org ceredik dari kena kencing dgn org bodo



BUKTI MIMPI QASIM

 


MIMPI DIBUKTIKAN

MELALUI MIMPI

AMIN

LU TAK CAYA

LU AKAN MIMPI

KHALAS

CARMA FAHAM TAK ?

 

WOIT

INI KES CARMA

KAH KAH KAH

MUSTAHIL TAK

TAHU CARMA

KAH KAH KAH



Undi percaya PM: Kesimpulan Peguam Negara tidak masuk akal

KAMI, selaku kumpulan masyarakat madani yang menandatangani kenyataan ini, membalas kenyataan Peguam Negara (AG) Idrus Harun pada 4 September 2021. AG merujuk kepada penggunaan Perkara 40(2) (a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan dan membuat dua kesimpulan:

(a) Kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk melantik perdana menteri adalah kuasa mutlak; dan

(b) Sebarang langkah oleh Dewan Rakyat untuk mengesahkan apakah Perdana Menteri Ismail Sabri memiliki kepercayaan majoriti anggota Dewan Rakyat melalui undi terus di Dewan akan menjadi tindakan untuk mengatasi apa yang yang didakwa sebagai kuasa mutlak YDPA.


Dengan penuh hormat terhadap Pejabat AG kesimpulan oleh Idrus Harun itu tidak masuk akal. 


Perkara ini bertentangan dengan semangat demokrasi berperlembagaan Malaysia dan memalukan Pejabat AG. 

Berdasarkan hal yang sama, masyarakat umum wajar mengetahui nasihat Idrus Harun kepada kerajaan dan YDPA mengenai beberapa isu-isu ini:

Pertama, adakah kedudukan Idrus Harun bahawa Malaysia diperintah oleh Raja yang berkuasa mutlak? 

Seperti yang diketahui oleh setiap rakyat Malaysia, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan, di mana tidak ada institusi yang mempunyai kuasa mutlak – sama ada Raja Berperlembagaan, Eksekutif, Parlimen atau badan Kehakiman. 

Semua institusi ini melaksanakan kuasa berdasarkan had yang ditetapkan di bawah Perlembagaan, prinsip-prinsip demokrasi Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. 

YDPA sendiri telah menekankan hal ini kepada kerajaan beberapa kali dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan kami merujuk misalnya kenyataan daripada Istana Negara pada 29 Julai 2021 dan 18 Ogos 2021. 

Seperti yang dijelaskan oleh para pakar terkemuka, kebijaksanaan Raja Berperlembagaan berdasarkan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) adalah “budi bicara terkawal” kerana “tidak ada budi bicara yang mutlak dan ianya harus dilaksanakan sesuai dengan parameter undang-undang dan konvensyen. ” (Faruqi 2020, hlm. 6).

Kedua, adakah Idrus Harun membantah kuasa dan autoriti Dewan Rakyat yang berdasarkan Perlembagaan dan prinsip demokrasi yang termaktub untuk membentuk dan menukar kerajaan melalui, antara lain, usul percaya dan tidak percaya? 

Bahkan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nizar lwn Zambry bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Raus Sharif JCA (ketika itu) di mahkamah rayuan bahawa sementara Raja Berperlembagaan boleh bergantung kepada bukti luaran selain daripada undi di dalam badan perundangan untuk menentukan persoalan kepercayaan, “pengundian langsung di dalam [badan perundangan] adalah ideal” (Mohammad Nizar bin Jamaluddin lwn Zambry bin Abdul Kadir (AG, pencelah) [2010] 2 MLJ 285, pada 307 [47 - 48]).

Jelas daripada kenyataan Istana Negara pada 18 Ogos 2021 bahawa YDPA sangat menyedari hakikat ini dan peranan Perlembagaan Parlimen, kerana baginda secara tegas menitahkan bahawa Perdana Menteri baru “hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat”.

Ketiga, dengan cubaan menggambarkan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sebagai satu pelaksanaan “kuasa mutlak” YDPA yang tidak tertakluk kepada undi percaya, adakah Idrus Harun sebenarnya mengambil pendirian bahawa titah oleh YDPA dalam kenyataan pada 18 Ogos 2021 adalah tidak berperlembagaan atau tidak boleh diikuti?

Keempat, adakah Idrus Harun menyanggah prinsip asas demokrasi berparlimen yang tertanam dalam semangat jika tidak dengan perkataan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)-(4) bahawa kewajiban Perdana Menteri untuk mengekalkan kepercayaan majoriti anggota Dewan Rakyat adalah kewajiban berterusan sepanjang tempoh jawatannya? 

Dan bahawa, Dewan Rakyat turut sama memegang atau mengekalkan kuasa dan autoriti untuk menyatakan kepercayaan atau hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri selama mana memegang jawatannya? 

Dengan kata lain, sebarang langkah pada masa akan datang oleh anggota Dewan Rakyat untuk menguji kepercayaan terhadap Perdana Menteri sama ada semasa sidang pada bulan September, Oktober, November atau Disember sama sekali tidak ada kaitan dengan pelantikan Perdana Menteri oleh Agong pada Ogos.

Kelima, dengan cubaan menggambarkan pelantikan Dato’ Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sebagai menjalankan “kuasa mutlak” YDPA yang tidak tertakluk kepada undi percaya, adakah Idrus Harun cuba untuk menekan ekspresi pendapat dan tindakan sah yang mungkin diambil mengenai perkara tersebut?

Sementara kita menunggu jawapan daripada AG, kita sangat sedar bahawa di bawah Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan Peraturan Mesyuaratnya, Dewan Rakyat boleh untuk memanggil mana-mana orang di hadapan mereka, yang termasuk AG, untuk menjawab soalan dan menjelaskan pendirian mereka mengenai perkara-perkara yang mengancam atau mempersoalkan kuasa, hak dan keistimewaan Dewan Majlis. 

Pendirian AG yang tidak dapat dipertahankan mengenai sistem pemerintahan di Malaysia - bahawa Raja bersifat mutlak dan bukannya berperlembagaan - dipersoal kelayakannya untuk jawatan tersebut. 

Kekeliruan fundamental pada tahap tinggi seperti itu pasti akan menimbulkan halangan dan pengalihan tumpuan yang tidak perlu kepada agenda perundangan dan tadbir urus kerajaan.

Kenyataan ini adalah inisiatif Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional, sebuah jaringan individu yang aktif dalam kumpulan masyarakat madani, badan pemikir dan akademia yang memperjuangkan sebuah Parlimen yang profesional bagi mewujudkan persaingan dasar yang sihat antara pelbagai parti. – 6 September, 2021.

* Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional

Ditandatangani oleh: 

1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)
2. Bait Al-Amanah
3. Persatuan Pengundi Muda (Undi18)
4. Engage
5. Institute for Political Reform and Democracy (Reform)
6. Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)

MUSTAHIL

MAT CARMA

BERANI LAWAN

TOWKAY

KHALAS



ANWAR IBRAHIM CUBA TRY

 

PEMIMPIN ISLAM

YANG SYUMUL

WARAK  JUJUR

SELALU JADI IMAM

NAK CUBA TRY 

KAH KAH KAH 

NAK CUBA TRY

 TEST DE NUMBO

KAH KAH KAH



Rundingan kerajaan, Pakatan terjejas kerana tiada usul undi percaya, kata sumber

PERJANJIAN kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSRA) antara pentadbiran Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan hampir gagal selepas kerajaan enggan mengemukakan undi percaya terhadap perdana menteri di Dewan Rakyat minggu depan, kata sumber.

“Usul undi percaya adalah antara perkara yang tiada tawar menawar untuk CSRA diteruskan,” kata sumber Pakatan Harapan (PH) kepada The Malaysian Insight.

Jelasnya perkara itu dimaklumkan kepada perdana menteri dalam pertemuan dengan tiga ketua parti dalam PH iaitu Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, dan Lim Guan Eng pada 25 Ogos.

“Itu sebabnya kami terkejut apabila Peguam Negara Idrus Harun kata tiada keperluan untuk usul undi percaya kepada Ismail Sabri di Parlimen,” kata pemimpin PH.

Sabtu lepas, Idrus berkata Ismail Sabri tidak perlu diundi percaya di Dewan Rakyat kerana Yang di-Pertuan Agong sudah berpuas hati dengansokongan majoriti yang beliau ada untuk dilantik perdana menteri.

Katanya, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah menerima mengadap 114 ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri untuk dilantik perdana menteri pada 19 Ogos.

Undi percaya terhadap Ismail Sabri hanya akan melangkau kuasa Yang di-Pertuan Agong kerana pelantikan perdana menteri itu sudahpun mendapat perkenan diraja.

Al-Sultan Abdullah bagaimanapun pada 18 Ogos menitahkan syarat agar perdana menteri yang menggantikan Muhyiddin mendapatkan keabsahan di Dewan Rakyat melalui undi percaya.

Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno dan ahli Parlimen Bera mengangkat sumpah perdana menteri pada 21 Ogos.

Ini bukan kali pertama perdana menteri yang baru dilantik di tengah penggal mendapatkan keabsahan di Dewan Rakyat.

Undi percaya terhadap Ismail Sabri Yaakob hanya akan melangkau kuasa Yang di-Pertuan Agong kerana pelantikan perdana menteri itu sudah mendapat perkenan diraja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 September, 2021.
Undi percaya terhadap Ismail Sabri Yaakob hanya akan melangkau kuasa Yang di-Pertuan Agong kerana pelantikan perdana menteri itu sudah mendapat perkenan diraja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 September, 2021.
Hussein Onn dan Abdullah Ahmad Badawi mendapatkan keabsahan di Dewan Rakyat melalui usul undi percaya tidak lama selepas mereka dilantik perdana menteri masing-masing pada 1976 dan 2003.

Satu-satunya perdana menteri yang tidak berbuat demikian ialah Muhyiddin Yassin yang menggantikan Dr Mahathir Mohamad pada Mac tahun lalu. Muhyiddin letak jawatan perdana menteri pada 16 Ogos selepas 14 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepadanya.

Draf perjanjian CSRA

Sementara kenyataan Idrus mengejutkan pasukan perunding PH, pihak kerajaan juga nampak sengaja melambat-lambatkan rundingan, kata sumber.

Dua sumber lain berkata pasukan perunding PH sudah menyerahkan draf CSRA kepada kerajaan pada 30 Ogos.

“Tetapi belum ada maklum balas lagi,” kata seorang sumber.

Sumber yang terlibat dalam rundingan memberita PH berharap dapat memuktamadkan perjanjian berkenaan sebelum sidang Parlimen minggu depan (13 September).

“Perkembangan baharu ini menyulitkan keadaan,” tambahnya.

Tiadanya usul undi percaya dalam takwim mesyuarat yang diedar kepada ahli parlimen pada 30 Ogos petunjuk awal pendirian teragak-agak Ismail Sabri, katanya.

Ismail Sabri dilapor cuba mendapatkan sokongan untuk mengelak isu tidak percaya seperti yang dihadapi Muhyiddin sehingga terpaksa letak jawatan.

Menurut PH, pembangkang mahu tawaran reformasi yang sama yang sebelum ini dicadangkan oleh Muhyiddin sebelum letak jawatan.

Muhyiddin mengemukakan cadangan tujuh pembaharuan untuk mendapatkan sokongan pembangkang, dalam usaha terakhir mengekalkan kerajaannya.

Antaranya termasuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal, memperkenalkan undang-undang antilompat parti, serta melaksanakan umur layak mengundi 18 tahun.

Walaupun pentadbiran Ismail Sabri belum mengesah atau menafikan rundingan sokongan kepadanya, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin yang juga setiausaha agung Bersatu berkata partinya bersetuju dengan rundingan itu. – 7 September, 2021.


INILAH TAHAP

PEMIMPIN ISLAM

KAH KAH KAH

DULU TAK SOBA

SEKARANG

MEROYAAN

NAK CUBA TRY

KAH KAH KAH

I GOT DE NIUMBO

KAH KAH KAH