Ahad, 3 Januari 2021

SAHEH - AGUNG AKAN PANGGIL ANWAR

 


SAHEH AGUNG

AKAN PANGGIL ANWAR?

UMNO AKAN LAWAN MUHYIDIN

 


MUHYIDIN

TAK DAPAT 

MAKAN FREE

DI PAGUH

AMIN

No free ride 

for Muhyiddin in Pagoh,

 declare Umno members



PRIME Minister Muhyiddin Yassin will not get a free ride in Pagoh in the next general election as Umno will field its own candidate in its traditional seat.

UMNO AKAN

LAWAN

MUHYIDIN

KHALAS

UMNO KERJASAMA DAP

 


KERJASAMA DAP

DENGAN UMNO

SATU YANG BARU

AMIN

TUKAR TIUB

SOKONG ADANYA

KERJASAMA INI

AMIN

UNTUK JANGKA

PANJANG ADALAH

BAIK UNTUK

MALAYSIA

AMIN


Kalau mahu 

kerjasama 

dengan DAP,

 jangan buat 

diam-diam – Annuar
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa hari ini mengesahkan ada segelintir pemimpin UMNO pernah mengadakan rundingan dengan DAP untuk mengadakan pakatan politik.

Ia, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional itu tidak salah namun ia tidak pernah direstui oleh ketetapan dalam parti.

“Pucuk pimpinan tidak pernah memutuskan untuk berunding dengan DAP, ini dapat berita ada orang (dalam UMNO) cuba-cuba berunding dengan DAP. Tak salah tapi jangan buat diam-diam.

“Bak kata pepatah, tiada dusta antara kita,” ujarnya semasa berucap secara langsung ketika merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Ketereh di Kelantan hari ini.

Namun bagi peribadinya, Annuar berkata, tidak perlu ada sebarang rundingan dengan DAP dan ia ketetapan yang dipersetujui peringkat pucuk pimpinan UMNO selain tidak bekerjasama dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

“Kalau rasa DAP lebih baik dari Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) silakan tapi jika rakyat ditolak (PRU-15) siapa yang mahu ambil tanggungjawab?” soalnya.

Sedangkan semasa mula kejatuhan UMNO semasa PRU-14 tiada pemimpin parti itu mengambil tanggungjawab, katanya.

“Ada kata kerjasama dengan DAP ada suara akar umbi. Akar umbi mana yang mahu berbaik dengan DAP?” soalnya lagi.

Malah ada kata ia mewakili suara ketua bahagian parti namun Annuar berkata, ketua bahagian adalah pucuk pimpinan bukan suara akar umbi.

“Suara ketua bahagian? Anuar Musa ketua bahagian di Ketereh, Najib ketua bahagian di Pekan dan Zahid ketua bahagian di Bagain Datuk dan ini bukan suara akar umbi,” katanya sambil memberi contoh.

Annuar yang juga Menteri Pembangunan Wilayah juga menjawab dakwaan dan gerakan yang mahu menjatuhkannya dalam parti.

“Ada kata saya ini Setiausaha Agung Bersatu, ada yang mahu saya dipecat. Mereka kena ingat saya ahli parti nombor 124 yang bersama-sama menghidupkan UMNO selepas ia diharamkan,” katanya.

Beliau juga menegaskan diri tidak taksub dengan individu dalam kepimpinan dan membuktikan beliau pernah meninggalkan Ku Li dan tidak bersama Mahathir Mohamad.

“Rekod ahli saya 124, ahli seumur hidup sejak tahun 1978 sampai sekarang. Berkali-kali menang dan kalah, jadi menteri dan tidak, pernah ada pangkat atau tidak saya tetap mendokong perjuangan UMNO.

“Saya tidak terhegeh-hegeh mahu jawatan, saya bukan berebut-rebut malah saya bersyukur Allah beri lebih daripada selayak kepada saya,” katanya.

“Menteri sudah, ketua bahagian sudah, menteri bandar sudah, menteri luar bandar sudah, menang sudah kalah pun sudah.

“Apa lagi Annuar Musa mahu? Jangan cabar kecintaan dan kesetiaan saya kepada parti,” katanya.- MalaysiaGazette

SELALU BERINGAT

BAHAYA DATANG

DARI 

CHINA MERAH

AMIN

JIKA 

CHINA MALAYSIA

BELOT MAKA

TANAH MELAYU

 AKAN JADI

 PROVINSI 

DUSUN DURIAN

CHINA MERAH

KHALAS



PAK SHEIKH APA JADI

 



WOIT

PAK SEHIKH

APA JADI

MANA LU PUNYA

NUMBOOOO

KAH KAH KAH

BILA  NAK GI

JUMPA AGONG

SATU DUNIA 

LAMA TUNGGU

KAH KAH KAH

JANGAN BUKAK

KESAH LAIN

KAH KAH KAH

Enggan berbalah dengan Dr M, Anwar mahu rangkul parti sama prinsip

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim enggan berbalah dengan Dr Mahathir Mohamad susulan kritikan bekas perdana menteri itu terhadapnya awal minggu ini.

Bercakap kepada pemberita selepas satu acara di Kuala Lumpur, Anwar menegaskan bahawa Pakatan Harapan terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menjunjung tinggi dasar tatakelola yang baik.


ANWAR BUKA

CERITA LAIN

ALIH CERITA

KAH KAH KAH

JANGAN TANYA

HAL NUMBOOOO

KAH KAH KAH


KHALID NORDIN HINA PAKATAN NASIONAL

 

INI SUARA

NAIK PRESIDEN

BUKAN KETUA

CAWANGAN

AMIN

MUHYIDDIAN 

MAKIN PAYAH

AMIN


PN tak mampu tarik sokongan bukan Melayu – Khaled

KUALA LUMPUR – UMNO mengulangi pendiriannya untuk kekal dengan Muafakat Nasional dan menolak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin berkata, parti pimpinan Ahmad Zahid Hamidi itu berpandangan PN tidak mempunyai daya untuk mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam.

“Peranan tersebut telah diterajui oleh Muafakat Nasional. Perikatan Nasional juga tidak akan mampu untuk menarik sokongan bukan Melayu kerana dilihat sebagai peringatan politik parti berteraskan Melayu dan tidak lebih daripada itu.

“Perwakilan bukan Melayu dalam Perikatan Nasional seperti hanya penyeri agar PN tampak berseri dengan dua tiga orang Menteri bukan Melayu,” katanya ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang, hari ini.

UMNO sebelum berkata tidak akan menyertai gabungan itu sebagai salah satu parti komponen.

Malah, Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan jelas bahawa mereka hanya mendokong kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas Khaled lagi, penubuhan PN secara ‘ad hoc’ juga tidak mencerminkan ia mempunyai misi yang jelas untuk negara ini.

“PN tertubuh secara ad hoc hanya di peringkat ahli-ahli parlimen tanpa rujukan kepada ahli-ahli tanpa idealisme dan ideologi yang jelas dan tanpa misi yang strategik untuk Malaysia.

“Jalan ke hadapan adalah dengan kita mengukuhkan Barisan Nasional, BN adalah jenama politik yang sangat sebati dengan masyarakat majmuk Malaysia ada logiknya sederhana pendekatan yang berasas Muafakat,” katanya lagi.

Khaled sebelum ini berkata penubuhan ‘coalition over coalition’ atau gabungan selepas gabungan tidak diperlukan kerana ia hanya strategi survival untuk mendapat kekuatan daripada sokongan parti terbesar.

Justeru itu katanya, Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebaliknya mesti membina kekuatan melalui undi dan mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU). – MalaysiaGazette

APA AKAN 

JADI DENGAN

BERSATU

AMIN

APAKAH AKAN

BERPECAH

KAH KAH KAH



HARAM JADAH

 




SELAMA 40 TAHUN

RAKYAT MAKAN

DAGING HARAM

SELAMA 40 TAHUN

ANAK MUDA

AMBIL DADAH

HASILNYA

MALASYIA JADI

NEGARA 

HARAM JADAH



TUAN SADDIQUE

 


TUAN SADDIQUE

panglimo potaseh commented on 

"MUNCUL 

KERAJAAN BANDUAN"

Kalu PKR kawin atau sekatil dgn UMNO ..apa akan jadi. Kok boleh ..Gwa bayangkan Abam sekatil dgn Tuan Saddique atau dgn Incik Mazlie tapi mrk separoh UMNO ..masalahnye lu cobak bayangkan Incik Azeez sekatil dgn Abam ..kahkahkah ..ON lampu pon tak jumpo lubang ..GOLAP

BETERI TALIPON TOKSIK





BATERI TALIPON 

TOKSIK

Unknown commented on 

"SITI GRETA TELAH DITEMUI"

Hati hati dengan penjajahan alam sekitar. Karbon kredit,bon hijau,perlombongan nadir bumi adalah sebahagiaan dari 1001 undang2 pelik.silap ada kompoun.seharus bukak kilang recycle,bantu,pimpin bukan bentang rule rule silap kompoun.virus kecik Ada vaksin guna biochem engineer plastik takkan tak boleh?100 university tanah melayu takkan tak ada seorang boleh? Ia tak pernah ikhlas menolong. 


Kau jangan dibutakan tt,perang yaman krrana Somalia dan Somalia tong sampah bateri dunia. TT kau tak perasan mana tong bateri telefon yg 1000 lebih toksik dari plastik?skrip klise Hollywood horror hantar budak pengakap perempuan belakang ada hantu atau sigila kanibal.

SELAMA 40 TAHUN SEMBAHYANG OKAY KE ?

 




SELA 40 TAHUN

MAKAN DAGING HARAM

SEMBAYANG DOA

OKAY KE?

Unknown commented on

 "NAK TANYO"

40 tahun makan logo halal wqlqu daging tak halal boleh selesai dengan amalkan doa seperti saranan pas

DUIT HALAL DUIT HARAM TAK ADA BEZA

 



DUIT HALAL

DUIT HARAM PUN

TAK ADA BEZA

Unknown commented on 

"SAH DAGING HALAL

 DAGING HARAM TAK ADA BEZA"

duit halal dengan duit haram pun x de beza..

RAJIN MEMBACA RAJIN MENGKAJI





RAJIN MEMBACA

RAJIN MENGKAJI

Unknown commented on

 "RAJIN MEMBACA

 RAJIN MENGKAJI"

https://muslimheritage.com/the-petra-fallacy/

 

Unknown commented on

 "RAJIN MEMBACA

 RAJIN MENGKAJI"

rupa nya TT hanya baca daripada sumber yang selari dengan garis pemikiran dan fikrah saja. Tiada cross reference


sakai bangsar commented on

 "RAJIN MEMBACA 

RAJIN MENGKAJI"

Wow beriman dengan Dan Gibbons Petra? Mekah? Madinah? Kah Kah Kah Kaji lagi sakai jangan telan saja https://www.youtube.com/watch?v=yaQ6xo9wNLQ

PENGKHIANAT AKAN LAWAN KE ?

 




INI SUARA

JELAS DARI

TAIKO PERAK

AMIN

LARUT KERUSI

MENTERI KDN

TAK SELAMAT KE

AMIN



Umno tanding semua kerusi 'pengkhianat' di Perak, kata Saarani

UMNO Perak mahu bertanding semula di semua kerusi yang dimenangi oleh calon parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Saarani Mohamad.

Beliau menyebut secara khusus dua kerusi negeri dan tiga kerusi Parlimen yang kemudiannya dikhianati oleh wakil rakyat Umno apabila mereka keluar parti dan menyertai Bersatu, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Semua kerusi yang dimenangi Umno pada PRU14, tetapi dikhianati wakil yang kita amanahkan, maka kerusi itu hendaklah dikembalikan kepada Umno pada PRU15.

“Tidak ada kompromi dalam hal ini. Kembalikan kepada Umno kerana kita masih mempunyai ramai lagi ahli yang setia kepada parti sebagai ganti kepada mereka yang mengkhianati kita,” katanya, seperti dipetik Free Malaysia Today, berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Larut.

Menurut Saarani, walaupun pembahagian kerusi belum muktamad, kenyataannya itu adalah pendirian tegas Umno mengenai kedudukan parti itu dalam PRU15 nanti.

Saarani memangku ketua Umno Bahagian Larut selepas bekas ketuanya Hamzah Zainuddin keluar parti pada Disember 2018. Ahli Parlimen Larut itu kini setiausaha agung Bersatu, merangkap setiausaha agung Perikatan Nasional (PN).

Selain kerusi Parlimen Larut, Umno juga asalnya menang kerusi Parlimen Bagan Serai dan Bukit Gantang, serta dua kerusi negeri iaitu Sungai Manik dan Tualang Sekah tetapi wakil rakyatnya kini anggota Bersatu.

Saarani, yang dilantik Menteri Besar Perak pada bulan lepas, menjelaskan Umno bukan tamak kuasa tetapi mahu dihormati sebagai sebuah parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam gabungan parti-parti yang membentuk kerajaan.

Umno mempunyai 25 kerusi daripada 59 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. 

PN mempunyai 8 kerusi terdiri daripada 5 Bersatu dan 3 PAS, sementara seorang wakil rakyat Gerakan dan seorang wakil rakyat bebas.

Pakatan Harapan pula mempunyai 24 kerusi, dengan DAP 16, PKR 5, dan Amanah 3.

Saarani diangkat menjadi menteri besar selepas selepas bekas menteri besar Ahmad Faizal Azumu, yang juga timbalan presiden Bersatu, hilang kepercayaan di DUN Perak pada 4 Disember lalu. – 2 Januari, 2021. 

INI SUARA BARU

MB BARU

BELUM ADA

DENGAR KES

RASUAH

KAH KAH KAH



SAH DAGING HALAL DAGING HARAM TAK ADA BEZA

 


HALAL KE

HARAM KE 

SEMUA SAMA

SEMUA DRAMA ARAB SEMUA

 DRAMA RASUAH

INIKAH SITI GRETA KITA ?

 

INIKAH 

SITI GRETA KITA?

AMIN



Budak perempuan 11 tahun nasihat ahli Parlimen berhubung isu alam sekitar 

SEORANG budak perempuan berusia 11 tahun membuat ahli Parlimen dan pegawainya terpesona ketika dia berkongsi pandangan dan pemikirannya mengenai isu-isu alam sekitar melalui persembahan PowerPoint selama 10 minit, minggu lalu.

Sebulan lalu Alyaa Harith mengirim surat kepada Ahli Parlimen Subang Jaya Wong Chen berkenaan kekurangan tong kitar semula dan bagaimana sistem pengurusan sampah di kawasannya tidak memiliki kemudahan untuk kitar semula plastik.

Beberapa cadangan Alya kini diberikan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Wong berjanji akan mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. 

Alyaa, yang bersekolah di rumah berkata beliau memberitahu Wong perlu ada lebih banyak tong kitar semula dengan pusat kitar semula di setiap kawasan dalam Parlimennya. 

“Saya tinggal di SS19 dan perlu membawa barangan kitar semula saya ke SS17. Jadi mungkin ia berkesan, menjadikan kitar semula mudah kepada orang ramai,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

Beliau turut mencadangkan untuk mengadakan hari bebas plastik, akses lebih mudah untuk meletakkan mesej mengenai pencemaran, membantu kelab alam sekitar di sekolah dan memberi lebih banyak kesedaran menerusi aktiviti dalam talian. 

“Sistem pengurusan buangan kita tidak ada apa yang perlu untuk asingkan plastik. 

“Plastik yang kita buang terus ke tapak pelupusan, kebanyakan tapak pelupusan ini berhampiran laut, yang bermakna sampah ini boleh melimpah terus ke laut,” kata Alya yang mrupakan anak kepada pakar bedah dan pakar psikiatri.

Kesedaran terhadap isu alam sekitar timbul selepas menyertai program Tide Turners Plastic Challenge oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dengan Pandu Puteri Malaysia. 

“Patrol saya, enam orang termasuk saya, ,memberi kesedaran di saluran media sosial sejak Oktober,” katanya, dan menambah amalan mudah yang sering ditekankan adalah untuk mengitar semula. 

“Tidak susah untuk kitar semula, namun ada yang tidak mahu membeli tong tambahan atau sediakan ruang untuk barangan kitar semula. 

“Kita lebih memilih untuk membuang semua dalam satu tong, bawa sampah keluar dan seolah-olah kita takkan jumpanya lagi.” – 3 Januari, 2021.



DARI ARKIB

TUKAR TIUB

TERBIT PADA




MENCARI
SITI GRETA DAN ABDUL JOSHUA

Minggu lalu saya menulis tentang dasar 18BU – Boleh Undi. Ini dasar baru kerajaan Pakatan  Harapan (PH) dimana  warga yang  melintasi umur 18 dibenarkan mengundi. Dasar baru ini juga dikahwinkan  ini  dengan dasar mendaftar secara otomatik.  Ini satu kejayaan Pakatan Harapan  melunaskan  janji   untuk memperluaskan  ruang demokrasi. Syabas.

Dalam masa yang sama saya memberi ingatan akan bahaya umur muda. Ini saya kaitkan dengan hantu ektremis agama dan hantu ektremis   perkuaman yang sentiasa menunggu dibelakang pintu. Ini hakikat realpolitik bumi Tanah Melayu. Kita semua wajib menghadapi realpolitik ini dengan hati yang tabah cekal dan dibantu oleh  fikrah yang rasional dan ilmiah.

Saya telah menulis tentang persoalan nasional yang belum-belum selesai. Manifestasi dari persoalan nasional yang belum selesai ini ialah sikap tidak mahu menerima ‘yang lain’ Dalam konteks Malaysia maknanya Bani Melayu enggan menerima Bani China dan Bani India sebagai rakyat Tanah Melayu. Perasaan ini wujud walau pun cuba digelapkan.

Manifestasi dari  hujah saya ini  sedang  kita dilihat  dari apa yang berlaku dalam pentas politik  sekarang. Lihat bagaimana Parti Islam Pas bersekongkol  dengan  United Malays National Organisation menyebarkan naratif  tentang bagaimana  PH hari ini adalah boneka dari parti China DAP.

Kepada yang rasional dan berfikir akan melihat hujah ini  bangang dan  tidak masuk akal. Tetapi hujah  dan naratif ini tersebar luas. Ada kumpulan yang menerima , ada yang membeli  membeli dan ramai sedia menjadi Tok Peraih untuk terus menjaja kembali  hujah ini. Pada hemat saya ini bahaya. 

Bahaya  besar apabila naratif dan surah ini mula meresapi hati dan sanubari  anak-anak muda yang pada ketika ini dalam  sekolah menengah rendah.   Dalam masa tiga tahun mereka akan turun mengundi.

Dari umur yang bagitu rendah dalam dunia yang suci bersih anak-anak sekolah ini telah dicemari dengan usrah jahat dan penuh prasangka. Usrah bentuk inilah yang  akan melahirkan perasaan benci kepada ‘ yang lain’ 

Sikap prasangka ini jika dipupuk akan mewujudkan kebencian yang maha sangat terhadap ‘ yang lain’ Maka dari ini lahir sikap perkauman.  Memang betul ada unsur-unsur lain yang mewujudkan sikap perkauman tetapi prasangka yang disemai  dizaman kanak-kanak akan sedia bercambah mengembang bila  suhu cuaca yang tepat sampai.

Sejarah telah membuktikan bahawa fahaman fasis  boleh berkembang subur dalam ladang prasangka sademikian. Malah ketika saya menggarap tulisan ini Eropah dan Amerika Utara sedang berhadapan dengan sikap  benci dan tak suka kepada ‘ yang lain’.

Justeru apa yang wajib dilakukan?

Kita secara rasional wajib menerima hakikat bahawa ruang demokrasi yang dibuka oleh Pakatan Harapan ini boleh mengarah ke hulu boleh ke hilir. Boleh membawa mudarat. Boleh membawa kebaikkan. Apa yang penting ialah jurumudi  yang mengendalikan bagaimana ruang demokrasi ini dapat digunakan untuk membawa kebaikan ramai.

Untuk memberi jawapan kepada persolan apa yang wajib kita buat  saya membuka surah BERSIH 2.0. Saya mengumpul pengalaman ketika menyusun  gerakan BERSIH.  Ajenda Bersih ialah pilihan  raya bebas dan adil.  

Mengapa Bersih  mendapat sokongan orang ramai? Mengapa Bersih  berjaya melintasi  semua kelas. Dari Pak Cik Kampong Pantai  Dalam ke Mak Cik Taman Tun ke  Uncle Lee di Bukit Tungku hingga ke Datuk dan Datin  berumah banglo di Bangsar. Semua menyokong Bersih. 

Anak-anak muda dan pelajar turun ke jalan raya untuk bersetia kawan dengan Bersih. Walau  ramai diantara mereka belum lagi mendaftar  atau belum  melintasi umur 21 tahun untuk  boleh mengundi.

Jawabnya : Bersih menjadi tulang belakang. Dalam tulang belakang  semua saraf berkumpul. Saraf buruh, saraf kelas menengah, saraf Towkay , saraf China, Melayu, India  - saraf anak semua bangsa semuanya  menyalur  masuk ke dalam ajenda tulang belakang  : pilihanraya raya adil dan bersih. Bersih dilihat masuk akal dan membawa janji yang menjanjikan kepada Mak Cik, Pak Cik,  Uncle dan  Auntie.

Bersih dilihat cool, pop, chic dan sexy oleh generasi muda.  Turun ke jalan raya dilihat counter culture.  Kuncinya melawan.

Melawan dilihat cool. Justeru anak muda mahu dilihat cool. Bukan hanya  mahu dilihat cool  dengan feshen pakaian. Bukan hanya ditakrif cool melalui  music yang didengar.  Kumpulan pop yang diikuti. Café yang dilanggani. Paling afdal  anak muda mahu dlihat cool dengan bangun melawan. Bersih membawa perlawanan. Sikap melawan adalah hati  nadi anak muda yang sedang mendewasa.

Melawan dan mahu mencuba adalah naluri proses pendewasaan. Tak kenal apa dia api leterik maka ianya perlu diusik. Tak kenal rasa rokok maka dicari untuk dihisap. Ini proses pendewasaan yang natural.

Dunia ini akhirnya milik anak muda. Saya tambah lagi - dunia ini akhirnya akan menjadi milik anak muda yang berani mencuba dan berani bangun melawan.

Justeru saya mengajukan dua sosok  anak muda yang dilihat cool dan sedang  bangun melawan. Semuanya muda semuanya masih dibawah umur ketika mula bergerak aktif menyusun politik jalan raya.

Greta Thunberg lahir  3 Januari 2003  kini berumur 16 tahun dari Stockholm Sweden. Joshua Wong lahir 13 Oktober 1996 kini  berumur 23 tahun dari  kota Hong Kong. Dua sosok ini adalah ikon anak muda diseluruh dunia. Dua sosok ini adalah wakil anak muda zaman  sekarang. Ini sosok paling cool dan paling chic.

Greta pada bulan Ogos 2018 ketika berumur 15 tahun telah menyusun kawan-kawan disekolah untuk keluar berdemo di Parlimen  Sweden. Ajenda yang dibawa oleh Greta ialah : Pemanasan Dunia – Global Warming.  Kini Greta dilihat  sebagai ikon anak muda yang bangun untuk menyedarkan para politikus dunia, untuk menyedarkan kaum industrialis dan umat manusia  bahawa dunia ini  tidak lagi selmat  kerana suhu  cuaca dunia semakian panas.

Joshua Wong  ketika berumur 16 tahun telah menyusun kawan-kawan disekolah  untuk pandai  berpersatuan. Pada  bulan September 2014 ketika berumur 17 tahun anak muda kecil ini telah menyusun Gerakan  Payung – Umbrella Movement di Hong Kong. Ini gerakan menuntut ruang demokrasi dan pilihanraya yang adil. Gerakan ini telah turun ke jalan raya.

Dari Gerakan Payung – Joshua telah memperluas gerakan dan menyusun warga Hong Kong untuk menuntut lebih luas ruang demokrasi.  Joshua telah ditangkap dan dipenjara.  Keluar dari penjara anak muda ini meneruskan perjuangan. 

Pada 25 Mei 2015 dahulu  ketika kerajaan Najib  berkuasa Joshua telah ditahan di Lapangan Terbang Pulau Pinang. Dia dilarang masuk ke  Malaysia. Joshua dijemput ke Malaysia  untuk hadir dibeberapa seminar untuk memberi pencerahan tentang apa yang sedang dan akan berlaku di Hong Kong.

Ketika saya menulis ini warga Hong Kong  telah masuk  ke bulan ke enam  berdemo di jalan raya. Dari Gerakan Payung kini anak anak muda Hong Kong telah  memperluas menuntut ruang demokrasi. Kini mereka mahu bebas dari kuasa Parti Komunis China (PKC). Mereka mahu pilihanraya yang telus. Wakil yang dipilih bukan dilantik oleh PKC. Hakikatnya anak muda Hong Kong  telah bangun  menentang kuasa absulut Parti Komunis China. 

Di Hong Kong yang turun ke jalan raya bukan  ratus, bukan ribu bukan ratus ribu  tapi ratusan ribu hingga ke dua juta. Joshua Wong  bersama rakan-rakan muda bertanggung jawab menyusun ombak demokrasi jalan raya.Joshua dan  ramai anak muda telah beberapa kali ditangkap dan dipenjara. Tapi api pejuangan diteruskan. Ini kegigihan anak muda. Amin.

Akhirnya dalam tulisan ini saya rumuskan dua pekara. Pertama Malaysia wajib melahirkan Siti Greta dan Abdul Joshua.  Kita tidak ada pilihan. Siti Greta wajib dicari. Abdul Joshua wajib ditemui. 

Dari sekarang kita wajib mencari, menggali, menuggal dan menunggu kesampain Siti dan Abdul Generasi awal  yang memiliki pengalaman  wajib bertemu  dengan Siti Greta dan Abdul Joshua. Bila kita bertemu maka sosok wajib dibina, wajib dipasak  dan akhirnya wajib dijulang

Malaysia memerlukan Siti Greta dan Abdul Joshua sebagai ikon 18BU.  Sebelum musuh membina Greta dan Joshua milik  mereka - Pakatan wajib mendahuli semua.  Pakatan wajib berani menjadi pemula bukan pengekor. Jika Pakatan gagal  melahirkan Greta dan Joshua maka  projek 18BU adalah projek yang akan menewaskan Pakatan sendiri.

Pekara kedua: Apakah  ajenda yang akan dibawa  oleh Siti  Greta dan Abdul Joshua. Wajib diwujudkan ajenda tulang belakang saperti ajenda BERSIH 2.0. Justeru pada hemat saya ajendanya tidak lain dan tidak bukan pastilah  ajenda alam sekitar, pemanasan dunia, perubahan iklim.  Siti dan Abdul sahaja yang memahami suara dan nadi jenerasi  muda. Hanya yang muda   akan berjaya membawa pencerahan alam sekitar.

Politikus lama , Aktivis  Otai, Roformis, Pak Lebai  dan Ustad wajib sedar  bahawa bahasa dan pengucapan  - nahu dan lorat anak muda sedang berubah. Tulisan dan bacaan – gaya bahasa dan penyampaian generai Greta dan Joshua amat berlainan dari generasi Baling atau Tasek Utara.  Siti dan Abdul adalah generasi watsapp dan Instagram.

Pendekatan dan method untuk membawa pencerahan masih lagi politik jalan raya. Jalan raya masih lagi menjadi wadah politik anak muda diseluruh dunia.  Ini hakikat. Dari Chile, ke Sudan , ke Lebanon, ke Greece, ke Sweden , ke German,  ke Amerika, ke Iraq, ke Iran , ke Siam – anak muda sedang turun ke jalan raya.  Ini kerana dunia ini akhirnya adalah milik anak muda. 

Anak muda yang cool dan yang counter culture bukan bermimpi untuk ke parlimen tapi merancang untuk mengepong parlimen. Anak muda bukan bermimpi untuk mendapat derajah Datuk atau Datuk Seri. Tapi anak muda berani bangun melawan Datuk dan Datuk Seri. 

Sikap berani melawan ini  telah  dan sedang ditunjukkan oleh   semua Greta dan semua Joshua dalam dunia ini. Abdul dan Siti  dan Kampong Sana dan Kampong Sini tidak mahu ketinggalan. Siti dan Abdul  adalah warga global. Internet adalah bin dan binti mereka. Bapak saudara mereka ialah Lebai Google.  Mak Cik saudara mereka ialah Faceook. Awas.

Ajenda tulang belakang – pemanasan dunia – wajib kita lakukan sekarang.  Siti Greta dan Abdul Joshua wajib kita temui. Kerana dihadapan kita  ada musuh besar sedang menunggu – selain dari ektremis kaum dan ektremis agama.  Para pemodal dan para industrialis sedang memasak  AI untuk  untuk masa depan mereka. .Jangan silap baca AI bukan Anwar Ibrahim tapi Artificaial Intelligence.

Apa bahaya AI? Pecerahan akan sampai. (TT)



Tulisan ini disirkan juga dalam akhbar
SUARA KEADILAN 
sesiapa ingin melangga sila pukul talipon
03-92-21-30-45



--------