Isnin, 5 September 2022

NAJIB NAZAK MANGSA FITNAH

 



-

NAJIB NAZAK

MANGSA  FITNAH

KERJA JAHAT

PEMBANGKANG

KAH KAH KAH

KHALAS

YA AMPOON YA MAULANA



Najib kekal ahli Parlimen Pekan sehingga pengampunan dibereskan, kata speaker

BEKAS perdana menteri Najib Razak yang dipenjarakan telah mengemukakan permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, menurut Speaker Dewan Rakyat.

Azhar Azizan Harun berkata memandangkan petisyen pengampunan Najib telah difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan, maka kehilangan kelayakan sebagai ahli Parlimen akan bermula sebaik petisyen itu diterima atau ditolak.

“Ini bermakna status Najib Razak sebagai ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampuan itu dibereskan.

“Memandangkan terdapat permohonan pengampunan yang belum selesai, kerusi Pekan tidak akan dikosongkan sehingga pengampunan itu diterima atau ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib telah dipenjarakan di Penjara Kajang sejak 23 Ogos selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan berhubung hukuman penjara 12 tahun dalam kes SRC International.

Semalam, dilaporkan petisyen pengampunan diraja bekas perdana menteri Najib telah diedarkan di Pekan.

Timbalan Ketua Umno Pekan Zamri Ramly berkata beliau berharap sekurang-kurangnya 100,000 penduduk kawasan itu akan menandatangani petisyen berkenaan.

Semalam juga dilaporkan Najib terpaksa dibawa ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan kesihatan.

Beliau dilaporkan stabil namun keadaan kesihatannya tidak diketahui.

Pagi tadi Najib hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 5 September, 2022.

YA AMPOON

YA MAULANA

KAH KAH KAH

AMIN

INI UDAH BERAT

MAKIN BERAT

KAH KAH KAH

JANGAN  RENDAHKAN

MERTABAT AGONG

AMIN

JANGAN JADIKAN

AGUNG BENTENG

PENCURI

KAH KAH KAH

KALAU MENCURI

BILION BILON

MASUK JIL

MINTA AMPON 

PADA AGONG

KAH KAH KAH

INI MENJADIKAN

PERANAN AGONG

DIPERTIKAI

UMUM

AMIN

KALAU AGONG

LAMBAT BUAT

KEPUTUSAN

ERTINYA NAJIB

MASIH JADI YB?

KAH KAH KAH

KHALAS

TAHNIAH - KEJAYAAN KES SRC


Kes SRC paling mudah buktikan kesalahan Najib, kata Tommy Thomas


KERTAS siasatan kes SRC International antara lain telah mempermudahkan usaha untuk mendakwa dan membuktikan kesalahan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak, kata Tommy Thomas.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif, bekas peguam negara itu turut berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu sudahpun mengusahakan kes SRC International dan membuat kemajuan, membantu Jabatan Peguam Negara (AGC) dengan kes tersebut.

“Bayangkan DPP (timbalan pendakwa raya) dan saya sendiri sebagai peguam melihat dokumen yang diberikan oleh orang lain. Dalam kes ini, ia adalah siasatan SPRM, berbanding agensi lain.

“Dan SPRM berkata fail yang mereka sedang siasat pada masa itu adalah SRC (International). Mereka sahkan khabar angin yang tersebar di KL (Kuala Lumpur), iaitu sekitar masa salah seorang pendahulu saya, Abdul Gani Patail, yang dipecat pada Julai 2016 yang SPRM agak maju dalam menyiasat SRC, jadi ia membantu mempermudahkan kerja.

“Itu adalah faktor utama - fail itu datang kepada saya. Ternyata, SRC adalah yang paling mudah untuk dibuktikan, kerana jika anda londehkan semuanya, ia hanya kecurian RM42 juta. Jadi, mudah untuk buktikan,” katanya seperti dipetik portal tersebut.

Dua minggu lepas, Najib dimasukkan ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuannya dan mengekalkan hukuman ke atasnya dalam kes SRC International.

Dalam keputusan sebulat suara, mahkamah tertinggi memerintahkan ahli Parlimen Pekan itu memulakan hukuman penjara 12 tahun serta-merta.

Najib juga perlu membayar denda RM210 juta dan jika gagal bayar, perlu menjalani hukuman penjara lima tahun lagi.

Bekas peguam negara itu berkata terdapat terlalu banyak dokumen dalam semua kes Najib serta kes isterinya Rosmah Mansor selain kes yang dikaitkan dengan ahli politik lain.

Antaranya, Thomas menjelaskan bagaimana “penyangak” dalam SRC International berjaya mendapat pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

“Mari kita ambil wang KWAP. Seingat anda, SRC adalah sebuah syarikat dengan modal berbayar RM2. Penyangak perlu pinjam, dan oleh itu KWAP, dana pencen, disasarkan untuk beri pinjaman RM4 bilion,” katanya.

“Malah KWAP betul-betul cakap, berdasarkan risiko kredit, ia tidak boleh pinjamkan walaupun RM10 kepada syarikat iniitu kerana ia tidak ada modal berbayar dan tiada rekod prestasi.

“Itulah apabila KWAP diyakinkan (untuk beri pinjaman) dengan jaminan kerajaan, dan apabila jaminan kerajaan RM4 bilion datang, ia jadi bebas risiko. Inilah yang berlaku, RM4 bilion itu dipinjamkan oleh KWAP, bertentangan dengan jaminan kerajaan.

“Dokumen kontemporari bermaksud minit kabinet, surat yang dihantar antara SRC dan KWAP, dan minit KWAP, resolusi oleh SRC (kerana SRC adalah sebuah syarikat) dan slip pembayaran bank.

“Semua perkara ini akan disediakan oleh jurubank dan pegawai yang bekerja dalam kerajaan dan syarikat yang menjalankan tugas mereka dalam perjalanan biasa perniagaan mereka,” tambahnya.

Apabila ditanya sama ada semua dokumen dibuat untuk menyokong perjanjian itu, Thomas menjawab “Ya”.

“Mahkamah sentiasa menitik berat dokumen kontemporari kerana mahkamah menganggap bahawa, apabila orang sediaknnya, mereka, pada peringkat itu, benar.

“Mereka mungkin ada niat yang tidak jujur ​​kemudian, tetapi biasanya selamat untuk menganggap apabila seseorang mencipta dokumen, ia adalah benar dan boleh dipercayai. Sukar untuk menentang dokumen tersebut jika seseorang telah menandatanganinya,” katanya.

Telah dibangkitkan semasa rayuan SRC di Mahkamah Persekutuan yang kelulusan pinjaman RM4 bilion itu diluluskan secara dua peringkat hanya melalui sepucuk surat daripada Najib yang juga menteri kewangan ketika itu. – 5 September, 2022.

TAHNIAH SPRM

TAHNIAH PEGUAM 

NEGARA

TAHNIAH PDRM

AMIN

RAMAI JADI

MANGSA MASA

SIASATAN

DI LAKUKAN

AMIN

GHANI PATAIL

BAHRI ZAIN

HAMID BADOR

ABU ZAHAR

KENA 

BUANG KERJA

KERANA JUJUR

JALAN SIASATAN

AMIN

KHALAS

MAT LEEGAN TERUS DIDAKWA



Mahkamah Rayuan kekalkan sembilan pertuduhan ke atas Abdul Azeez


MAHKAMAH Rayuan hari ini mengekalkan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram dan rasuah terhadap Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim.

Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM5.2 juta dan 10 kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM13.9 juta.

Pertuduhan rasuah adalah berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah manakala pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang yang didakwa diterimanya daripada sebuah syarikat bernama Menuju Asas Sdn Bhd.

Azeez telah meminta campur tangan mahkamah rayuan supaya pertuduhan terhadapnya digugurkan selepas mengaku bahawa beliau telah dituduh dengan niat jahat.

Mahkamah bagaimanapun membatalkan empat pertuduhan lain.

Terdahulu, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Kamaludin Md Said, menolak permintaan Azeez, 55, untuk menjelaskan mengapa beliau tidak hadir ke mahkamah minggu lepas.

Mahkamah diberitahu bahawa timbalan pendakwa raya Nik Haslinie Hashim telah disahkan positif Covid-19 manakala rakan timbalan pendakwa raya Aslinda Ahad berada di Melaka menerima anugerah daripada gabenor.

Ini adalah penangguhan keempat dalam kes itu.

Pada 12 Mac, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Azeez untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram.

Mahkamah Tinggi juga membenarkan Azeez menangguhkan perbicaraan kesnya di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Perbicaraan kes Azeez bermula pada 19 Ogos 2020 di Mahkamah Sesyen, di mana tujuh saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan. – 5 September, 2022.

WOIT

INI MAKNANYA

DAKWAAN

DI TERUSKAN

UNTUK

MAT LEEGAM

AMIN

TAKDA DE LAGI

TANGGUH TANGGUH

AMIN

BERI ALASAN

NAK NAIK HAJI

NAK GI UMRAH

ATAU

CERET BERET

KAH KAH KAH

AMIN 

NAJIB TAK SABAR 

TUNGGU DI KAJANG 

AMIN

KHALAS

HOT HOT HOT TER KINI TER NOWW TER AGUNG !!!!

 


SILA HAYATI

UCAPAN AGONG

AMIN

APAKAH INI

SAIKOLOJI TERBALIK

DALAM PERSEDIAAN

UNTUK NAJIB

AMIN

ATAU 

JAWAPAN UNTUK

NAJIB YG MINTA

AMPON

AMIN

KHALAS

SAH NAJIB TAK KENAL ALTANTUYA


TERBUKTI NAJIB

TAK KENAL 

ALTANTUYA

KAH KAH KAH

HANYA KENAL 

JUBO ALTANTUYA

MENGIKUT 

AKUAN BERSUMPAH

P.I BALA

KAH KAH KAH

AMIN

TEATER ROSMAH


TEATER ROSMAH

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on 
"BINTANG AIR MATA"

Salam semua pembaca. Saya sedikit pun tidak terkejut dengan kelakuan Rosmah Seperti yg dikatakan YB Hanipa, jika ianya benar. Ini kerana saya sendiri pernah menyaksikan bagaimana kelakuan Yang Sama berlaku ketika beliau menghadhiri Majlis tazkirah yg disampaikan oleh Dr Fatma. 
Diakhir Majlis, telah dimaklumkan oleh Dr Fatma , aitu Rosmah begitu menghayati pengajian ketika itu. Tetapi apa yg mengejutkan tak sampai 5 minit Lepas itu, beliau tersenyum Dan gelak ketawa ketika meninggalkan majlis tazkirah pengajian tersebut. Justru, pada yg dikatakan oleh YB Hanipa itu kalau ianya benar, pada saya tak lah menghairankan.

TER NOWW TER KINI


Najib kekal ahli Parlimen Pekan sehingga pengampunan dibereskan, kata speaker

BERAT MAKIN

BERAT

AMIN

BERI PELUANG AZILAH JUMPA NAJIB



BERI PELUANG

AZILAH JUMPA NAJIB

SEBELUM 

DI GANTUNG MATI

AMIN

KHALAS

TER HOTT TER KINI TER NOWW


HOTT HOT

TERKINI

TER NOWW

AMIN


Mahkamah Rayuan kekalkan sembilan pertuduhan ke atas Abdul Azeez 




BAHAYA CHINA MERAH



SPRM siasat beberapa

 individu di Kuwait

 berhubung penyelewengan 

dana 1MDB

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menjalankan siasatan berhubung isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap beberapa individu di Kuwait.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama agensi penguatkuasa Kuwait sejak dua tahun lepas.

“Ketika ini, SPRM masih menunggu keterangan daripada pihak di Kuwait yang dimohon menerusi bantuan perundangan bersama dan perkara berkenaan masih lagi dalam kajian pihak Kuwait.


“SPRM sebagai antara peneraju utama dalam usaha pemulihan aset menitikberatkan tindakan mendapat kembali aset dan wang yang hilang hasil penyelewengan 1MDB serta beberapa syarikat lain yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan setiap tindakan dengan kerjasama agensi penguatkuasa luar negara melibatkan aliran wang amat kompleks dan rumit. 

Selain itu, Pejabat Peguam Negara telah menolak sepenuhnya tawaran penyelesaian ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, kepada kerajaan Malaysia pada 16 Julai lepas.

Oleh itu, SPRM memohon semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat umum serta boleh menjejaskan siasatan.

CHINA MERAH

PILIHARA JO LO

AMIN

CHINA MERAH

SOKONG  NAJIB

KEMBALI BERKUASA

AMIN

JUSTERU WALAU

JO LO DALAM

SENARAI MERAH

INTERPOL

CHINA MERAH 

MASIH PILIHARA

JO LO

AMIN

KHALAS

HARI HARI AKHIR MAT SKODENG


RUU anti-mengendap tepat pada masanya, kata peguam


LANGKAH menjadikan perbuatan intai dan hendap sebagai jenayah adalah tepat pada masanya kerana ia boleh menghalang lebih ramai individu daripada menjadi mangsa tanpa sebarang bantuan perundangan, kata peguam dan ahli Parlimen.

Mereka berkata mengintai atau menghendap sudah berlaku sejak sekian lama, dan kerajaan mengambil masa selama ini untuk akhirnya meneliti pindaan Kanun Keseksaan bagi memasukkan hukuman kepada mereka yang melakukan perbuatan itu.

Mereka menambah, memandangkan tiada undang-undang khusus bagi menangani isu ini, pelaku akan bebas bertindak tanpa sebarang hukuman.

Bagaimanapun mereka juga mahu rang undang-undang yang dicadangkan itu bersifat penuh bagi memastikan perlindungan menyeluruh.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto berkata beliau mula membangkitkan isu mengendap di Parlimen pada 2017, tetapi tiada langkah dibuat kerana ia tidak dilihat sebagai isu besar.

“Kami percaya mungkin terdapat lebih banyak insiden mengendap jika tiada undang-undang mengenainya. Kami masih tidak tahu apa yang melibatkan definisi mengendap.

“Ya, ia (mengendap) berleluasa, tetapi kami tidak mempunyai data mengenainya.

“Ada kejadian mengendap, tetapi perbuatan itu sukar dikategorikan. Boleh jadi suami mengganggu isteri atau sebaliknya.

“Bagaimanakah kita mengukur pengesanan sedangkan kita tidak mempunyai apa-apa untuk menentukannya,” katanya kepada The Malaysian Insight.


Beliau berkata terdapat kes yang dilaporkan tetapi perbuatan intai dan hendap tidak dapat dikenal pasti sebagai jenayah kerana tiada dalam buku undang-undang.

“Untuk mengkategorikan sesuatu sebagai jenayah hanyalah tafsiran terhadap apa yang kita anggap sebagai mengendap.

“Sebagai contoh bekas pasangan menunggu di luar tempat kerja atau mengekori seseorang ke rumah mereka.

“Jadi, mesti ada undang-undang khusus untuk mengukur apa itu mengintai atau mengendap dan sejauh mana jenayah itu.”

Pada 4 Ogos, Timbalan Menteri Undang-Undang Mas Ermieyati Samsudin membentangkan rang undang-undang (RUU) anti-mengendap di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.

Bacaan kedua dan perbahasan rang undang-undang yang dicadangkan itu boleh berlangsung apabila Parlimen bersidang pada 3 Oktober.

Mengikut rang undang-undang tersebut, seksyen itu berbunyi: “Sesiapa yang berulang kali dengan sebarang tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya tahu, perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, kesusahan, ketakutan atau kecemasan kepada mana-mana orang tentang keselamatan orang itu, melakukan kesalahan mengendap.”

Rang undang-undang itu bertujuan untuk meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk menjadikan jenayah hendap, sama ada secara maya atau sebaliknya, satu kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Kasthuri bagaimanapun berkata masih terdapat beberapa kelemahan dalam rang undang-undang yang dicadangkan itu yang beliau harap dapat diselesaikan sebelum Parlimen bermula pada Oktober.

“Pada dasarnya ia adalah rang undang-undang yang baik yang menangani isu itu (menghendap) tetapi terdapat beberapa bahagian yang boleh diperkukuhkan untuk memastikan perlindungan holistik.

“Kami berharap Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar dapat memanggil ahli Parlimen untuk membincangkan mengenai rang undang-undang itu bagi menyelaraskan dan membuat sebarang pindaan yang diperlukan.

“Saya akan menghubungi Wan Junaidi dan timbalannya mengenai perkara ini dan akan membangkitkannya di Parlimen pada persidangan akan datang.”

Kasthuri berkata, lama-kelamaan perbuatan mengendap semakin meluas kerana lebih banyak liputan mengenainya.

“Lebih ramai wanita dan lelaki berkongsi pengalaman mereka. Ia juga datang dari mana mereka berasal, seperti kawasan luar bandar, separa bandar dan bandar, dan bagaimana ia menjejaskan ruang dan pergerakan peribadi mereka.

“Apabila pada satu ketika mereka dijejaki seseorang atau mereka berasa selamat berjalan dari tempat kerja ke tempat letak kereta, ini adalah beberapa cerita yang dikongsi mangsa.”

Menurut kajian Women’s Aid Organisation yang dijalankan tahun lalu, data yang dikumpul menunjukkan satu pertiga daripada rakyat Malaysia – termasuk 39% wanita – pernah mengalami pengesanan sehingga menyebabkan ketakutan.

Cadangan hukuman masih ringan

Sementara itu, Peguam Hak Asasi Manusia Honey Tan berkata beliau menyokong langkah kerajaan untuk memasukkan perbuatan mengendap dalam kanun keseksaan.

“Kami bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara selama bertahun-tahun, dan saya sangat gembira ia kini dibentangkan di Parlimen.

“Ia tidak penting untuk meluluskannya pada sidang akan datang, tetapi adalah lebih baik untuk bertindak lebih cepat.

“Sehingga ia menjadi jenayah, pelaku akan bebas tanpa hukuman dan mangsa akan terus menderita tanpa sebarang penyelesaian.”

Beliau berkata ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk mendengar, dengan firma guamannya juga mewakili mangsa yang menuntut ganti rugi dan injunksi kekal bagi kesalahan mengendap. – 5 September, 2022.

KAH KAH KAH

WOIT

LEBAI SKODENG

HILANG KERJA

KAH KAH KAH

MAT SKODENG

HILANG NIKMAT

KAH KAH KAH

KITA TAK PERLU

LEBAI SKODENG

UNTUK JAGA

MORAL

AMIN

KHALAS

DULU CIUM TANGAN - KENA TANGKAP SEMUA JADI KENG



DULU CIUM TANGAN

KENA TANGKAP

SEMUA BELOT

JADI KENG

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "BAKAR COLOK
 LEPAS MAGHRIB"

Semua sudah jadi Kheng, kesian oh kesian, dulu cium tangan kaki Kak Ros sekarang semua salah dia seorangsa untung semua diam diam, sekarang tibai balik, betul lah sikap mudah lupa, mudah lupa jasa kah kah kah ini Malaysia Bolehlah kah kah ampun tuanku sembah hina pacak yang hina