Khamis, 24 Ogos 2023

PRK PELANGAI MELAYU BERTEMPUR

 

PRK PELANGAI

MELAYU BERTEMPUR

AMIN

KHALAS

7 OKTOBER MENDUGA SOKONGAN MELAYU


SPR umum PRK DUN Pelangai 7 Oktober

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang pada 7 Oktober ini.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 23 September dan 3 Oktober.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, di Putrajaya bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK DUN Pelangai. 

PRK DUN Pelangai perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas. 

Selain Johari yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, sembilan lagi terkorban dalam nahas membabitkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu. 

PRK DUN Pelangai merupakan PRK keempat diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada November tahun lepas.

Abdul Ghani berkata Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK DUN Pelangai adalah terkini sehingga DPPR Tambahan Bulan Mei 2023 yang dikemas kini sehingga 17 Ogos 2023.

“’DPPR bagi PRK DUN Pelangai mengandungi seramai 16,456 orang pemilih, terdiri daripada 16,417 orang pengundi biasa, 36 orang anggota polis dan 3 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara,” katanya.

Menurut beliau sebanyak RM2.1 juta perbelanjaan diperlukan bagi melaksanakan PRK DUN Pelangai dengan 312 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK itu, dan seorang pegawai pengurus pilihan raya yang dibantu tiga orang penolong pegawai pengurus telah dilantik bagi melaksanakan proses PRK tersebut.

Beliau berkata PRK itu akan menggunakan sembilan pusat mengundi biasa yang mengandungi 30 tempat mengundi dan saluran, dan satu tempat mengundi dan saluran awal.

Abdul Ghani berkata pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi bagi PRK DUN Pelangai adalah di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.

Sementara tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 23 September sehingga pukul 11.59 malam pada 6 Oktober 2023.

“Dua pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya ditubuhkan SPR bagi memantau aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen,” katanya menambah pasukan itu dianggotai wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan dan wakil calon yang bertanding.

Menurut Abdul Ghani urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi PRK itu akan dibuka bermula hari ini secara dalam talian (online).

Tarikh tutup permohonan pula adalah pada 19 Sept bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/ pegawai SPR, polis, tentera dan petugas media),  2 Sept bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan 5 Sept bagi kategori 1C (agensi/organisasi).

Semakan untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan boleh dilakukan melalui portal di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my, aplikasi MySPR Semak atau hubungi hotline SPR di talian 03-8892 7018/ 7218/ 7124 yang mula dibuka pada 18 Sept.

Abdul Ghani menyeru bakal calon PRK berkenaan untuk mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang dengan Pejabat Pegawai Pengurus terlibat atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang sebelum Hari Penamaan Calon untuk memudahkan proses penamaan calon.

Bagaimanapun, kertas penamaan calon yang lengkap diisi dan disemak oleh Pejabat Pegawai Pengurus hendaklah dikemukakan oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa hari penamaan calon di pusat penamaan calon (PPC) yang ditetapkan oleh SPR.

Abdul Ghani berkata SPR juga menjemput mana-mana agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau badan yang berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya bagi melihat perjalanan proses PRK bermula dari hari penamaan calon sehingga keputusan pilihan raya diumumkan.

“Mereka dibenarkan untuk membuat pemerhatian seperti di pusat penamaan calon, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan pusat penjumlahan rasmi undi serta perlu mematuhi kesemua syarat-syarat pelantìkan yang telah ditetapkan,” katanya. – Bernama, 24 Ogos, 2023.

JENG JENG JENG

INI GARIS MERAH

UNTUK MENDUGA

SOKONGAN MELAYU

AMIN

MAJORITI PENGUNDI

MELAYU DI PELANGAI

AMIN

NAK TENGOK

GEROMBOLAN KUAT

ATAU 

PERIKATAN KUAT

AMIN

KEPUTUSAN AKAN

MEMBAWA SATU

SENARIO BARU

JENG JENG JENG

SENARIO APA?

JENG JENG JENG

SENARIO 7 YB

LARI DARI 

GEROMBOLAN

AMIN

KALAU PAKATAN 

MENANAG PROJEK

BERJALAN

KAH KAH KAH

JIKA PAKATAN KALAH

PROJEK AKAN 

BUNGKUS

KAH KAH KAH

KHALAS

KELAYAKAN SAIFUDIN


Bekas ahli Parlimen PJ pertikai kelayakan Saifuddin untuk haramkan buku Marx

MENTERI Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menerima kecaman daripada bekas pendidik dan ahli Parlimen berhubung serbuan ke atas sebuah kedai buku baru-baru ini bagi menyiasat jika buku mengenai Karl Marx melanggar undang-undang tempatan.

Kua Kia Soong berkata justifikasi Saifuddin terhadap serbuan di Toko Buku Rakyat minggu lepas tidak menggambarkan kerajaan perpaduan.

Jumaat lalu, pegawai Kementerian Dalam Negeri menyerbu kedai buku di Kuala Lumpur dan merampas dua buku, terjemahan bahasa Melayu “Karl Marx: The Revolutionary as Educator” oleh Robin Smalls, dan buku tulisan pemilik kedai Benz Ali “Koleksi Puisi Masturbasi”. Kedua-dua buku itu tiada dalam senarai larangan kerajaan.

“Nampaknya pentadbiran Madani Anwar Ibrahim tidak berbeza dengan kerajaan terdahulu yang mengharamkan aliran Marxisme yang dikendalikan oleh Parti Sosialis Malaysia,” kata Kua dalam satu kenyataan hari ini.

“Saya tidak tahu pencapaian pendidikan menteri dalam negeri kita untuk beliau memutuskan buku mengenai Marx layak diharamkan di Malaysia, sebuah negara yang didakwa oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk ‘membangunkan kemahiran Abad ke-21 dengan pemikiran kritis dan kreatif’.

“Satu-satunya pengalaman saya mengenai Saifuddin ialah pada 9 November 1996 apabila beliau adalah seorang daripada pemimpin yang mengetuai kumpulan tunjuk perasaan untuk mengganggu Persidangan Asia Pasifik kita di Timor Timur. – 24 Ogos 2023.


KELAYAKAN

TAK PENTING

KAH KAH KAH

MENANG KALAH

DALAM PRU

TAK PENTING

AMIN

YANG PENTING

ADA KUASA

KAH KAH KAH

KHALAS

INDIA SAMPAI KE BULAN


INDIA SAMPAI

KE BULAN

AMIN

HOT HOT ADUN GEROMBOLAN BERSAMA PN


HOT HOT

ADUN GEROMBOLAN

BERSAMA PERIKATAN

KHALAS

MASIH MENGINTAI ANAK BULAN


KITA MASIH

MENGINTAI 

ANAK BULAN

KAH KAH KAH

INDIA DAH SAMPAI

KE BULAN

KHALAS 

panglimo potaseh commented on 
"BUAT SYURGA UNTUK SEMUA"

Amirika, Russia, Chino dan India dah hantar orang kek bulan. Kito pulak tiap tahun dok intai anak bulan poso dan rayo. Jam tu ghamai TaT pongintai anak bulan konyang dongan elaun mongintai.

panglimo potaseh commented on
 "INDIA SAMPAI KE BULAN"

Yo ko nogori Kolinga dah darat kan koling kek bulan .. kan TaT dah ngobaan bulan borado kek langit ko tigo. TaT tu kato manusia tak boley terbang lanteh langit .. yg paling menarik TaT tu kato matahari dan sogalo planet golilingi dunio .. dahsyat jugak ponomuan TaT nih .. kito patot bobanggo dongan TaT ni .. tuckbEEr .. tuckbEEr

ROSMAH TIDAK BEKERJA ???


PENDAKWA SILAP

ROSMAH TAK BEKERJA ?
INI TIDAK BETUL 
INI TIDAK BENAR

MENGANGKANG
MENONGGENG
MENGHISAP
BERGOMOL
MENJILAT
MENGULUM
MENGHIMPIT
MEMICIT
ADALAH KERJA

TELAH SAMPAI MASANYA
PERBUATAN INI DI TAKRIF
SEBAGAI KERJA YANG WAJIB
DI BAYAR DENGAN CARUMAN
KWSP
AMIN
KHALAS 

HUJAN PETANG


HUJAN PETANG


KILAT DAN GURUN
SABUNG MENYABUNG
RINTIK RINTIK DAH SAMPAI

HUJAN LEBAT
DILAPORKAN DISANA SINI
APAKAH KUALA LUMPUR
AKAN BERHUJAN

APAKAH GURUH DAN KILAT
SAMPAI TAK HUJAN
TAK JADI TURUN
AMIN

 

PARTI PAS PERCAYA PADA ARUL KANDA


DULU PARTI PAS

SOKONG & PERCAYA

PADA ARUL KANDA

KAH KAH KAH

SEKARANG APA

DAH JADI 

KHALAS 

UMNO JADI GURKHA DAP





DAP jadikan UMNO, Amanah sebagai ‘Gurkha’ lawan Pas – Hadi

KUALA LUMPUR – DAP didakwa menggunakan cara Inggeris mempergunakan bangsa yang dijajah Gurkha sebagai tentera barisan hadapan bagi menentang musuh.

Presiden Pas Abdul Hadi Awang mendakwa, DAP telah menjadikan UMNO dan Amanah sebagai askar ‘Gurkha’ untuk melawan Pas.

Amanah menurut Hadi, telah diberikan tempat dalam Pakatan Harapan (PH) sehingga diletakkan sebagai calon bagi menentang Pas khususnya di kawasan campuran yang mempunyai pendukung DAP.

Pemimpin Amanah juga diberikan tempat dalam Kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan setelah PH berjaya menubuhkan kerajaan.

Abdul Hadi berkata, bukti Amanah menjadi Gurkha DAP apabila calon parti itu mendapat undi hampir 100 peratus daripada kalangan penyokong DAP dan sedikit undi tambahan daripada orang Melayu yang ‘pening akalnya’ atau yang dapat dibeli.

Amanah juga dakwa beliau, menjadi jurucakap DAP bagi menyerang Pas dan bersama parti itu bagi menentang pindaan terhadap Rang Undang-undang 355 (RUU 355).

“PAN (Amanah) cukup berjasa kepada DAP, sehingga sanggup menjadi benteng pertahanannya yang tidak perlu diarah kerana berjaya mendapat tarbiah yang mencapai tahap wala’ kepada DAP, laksana askar Gurkha dalam tentera British.

“Adapun mereka memakai unifom berceloreng Islam dan Melayu walaupun terkoyak lusuh bagi menjimatkan belanja.

“Malah, mereka menggunakan senjata tiruan yang berjenama Islam. Antaranya dengan menunjukkan amar ma‘ruf dan nahi munkar yang sangat nyata koyaknya,” kata Abdul Hadi.

UMNO pula  didakwa telah terkeluar daripada dasar dan landasan asal perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air merupakan Gurkha baharu DAP.

Katanya, ada dalam kalangan UMNO kini menjadi tentera pelatih Gurkha sehingga meletakkan ‘kedua-dua belah kaki’ untuk bersama DAP dan PKR dengan penuh wala’.

“Kenyataan beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang cuba mempertahankan DAP telah menunjukkan berlakunya proses latihan (eksesais) untuk menjadikan UMNO sebagai anggota baharu dalam pasukan Gurkha DAP.

“Sehinggakan, pemimpin itu terpaksa melakukan kempen betapa perlunya UMNO bersama DAP dengan alasan parti itu telah menerima Islam dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk hak istimewa bangsa Melayu dan bumiputera,” kata Abdul Hadi.-


WOIT

INI PERANG

MELAYU ISLAM

KAH KAH KAH

DAP PAKAI

GURKHA

KAH KAH KAH

HEBAT DAP

ADA GURKHA

AMIN

KHALAS

SATU KES PELIK



Penyamun menyamar polis diberkas

PETALING JAYA – Tindakan seorang suspek lelaki menyamar polis sebelum menyamun seorang kakitangan hotel di Damansara Utama akhirnya memakan diri.

Suspek lelaki warga tempatan itu berjaya diberkas polis hanya dalam beberapa jam sahaja selepas kejadian itu pada 21 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima satu laporan pukul 12.56 tengah hari daripada mangsa kejadian.

“Pengadu warga tempatan yang berusia 35 tahun dalam laporannya mendakwa bahawa seorang individu tidak dikenali yang menyamar sebagai polis telah terlibat dalam jenayah samun itu.

“Siasatan mendapati suspek datang ke hotel dengan alasan kononnya untuk menjalankan pemeriksaan sebelum menyamun wang tunai mangsa berjumlah RM3,000,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambah Mohamad Fakhrudin, bertindak atas maklumat dan aduan mangsa terjejas itu, kira-kira pukul 2.30 petang hari yang sama, sepasukan polis dari Balai Polis Damansara telah berjaya menjejaki dan menahan suspek di Shah Alam.

Suspek seorang lelaki disyaki warga asing berusia 29 tahun dicekup selepas disyaki terlibat dalam insiden samun yang sedang disiasat polis.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas suspek juga berjaya membawa kepada rampasan beberapa barang selain pakaian yang dipakai suspek semasa melakukan jenayah.

“Semakan polis juga mendapati suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap memiliki tiga rekod lampau bersabit kes jenayah dan tiga kes dadah.

“Selain itu, ujian saringan air kencing juga mengesahkan suspek positif dadah jenis syabu,” ujarnya.

Suspek kini telah direman selama empat hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.

Jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat. –

WOIT

INI KES PELIK

AMIN

KITA SEMUA

TAHU  KES

PENCURI MENYAMAR

SEBAGAI 

PERDANA MENTERI

AMIN

INI PENYAMUN

MENYAMAR SEBAGAI

POLIS  

SATU KES BARU

AMIN

PELIK PELIK

SEMENJAK PENCURI

BERNAMA NAJIB

MENYAMAR SEBGAI

PERDANA MENTERI

BANYAK KES

PELIK MUNCUL

KHALAS



INDIA SAMPAI KE BULAN





India negara pertama daratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan

INDIA semalam menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.

Misi ke bulan Chandrayaan-3 telah dilancarkan pada 14 Julai. 

Modul pendaratnya terpisah daripada sistem pendorongan beberapa hari dan pendaratan “lancar”, atau terkawal, bermula pada 5.44 petang waktu India semalam.

“Chandrayaan-3 telah berjaya mendarat di bulan,” Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) mengumumkan.

Perdana Menteri India Narendra Modi mengucapkan tahniah kepada agensi angkasa lepas dan saintis di atas pencapaian itu, sambil berkata seluruh negara sedang meraikan detik bersejarah berkenaan. – Bernama, 24 Ogos 2023.

HANYA 4 NEGARA

ANGGOTA KELAB

BULAN

AMIN

ANERIKA RUSIA

CHINA & INDIA

AMIN

TAHNIAH INDIA

KHALAS

KAPAL TERBANG PEMBELOT TERHEMPAS !!!


KAPAL TERBANG

PEMBELOT JATUH

AMIN

DI TEMBAK ?

DI SABOTAJ ?

KHALAS

BUAT SYURGA UNTUK SEMUA



BUAT SYURGA

UNTUK SEMUA

KHALAS

Unknown commented on 
"NAK KLIM KREDIT"
USA Russia China sekarang India sudah landing di bulan, penduduk ramai, pesat cergas membangun teknologi berlumba nak ke planet lain, kita tengok logo roket tengok logo bulan pun tak selesai masalah air, orang lain nak maju ke depan kita nak undur ke belakang guna undang undang Baginda Queen, nak undang undang 1400 tahun lebih sendiri kena fikiran matang bukan akal logik tapi guna otak sedikit sudah, tak payah banyak, sedikit kalau sekeliling kita nampak dah, jangan asyik ketum halal atau tidak? Kah kah kah buat syurga untuk semuanya jangan nak pergi syurga seorang diri nanti tinggal keseorangan


KELANTAN MAHU AIR BERSIH


WARGA KELANTAN

MAHU AIR BERSIH

KHALAS


Unknown commented on
 "TAHNIAH PAS"

Atur air bersih dulu Pak MB, syurga neraka boleh atur kemudian, hanya dua geng lain, mestilah adil saksama mesti bagi sebab hanya dua ekor dari bangsa lain agama lain kah kah kah ini baru ketuanan Melayu Isle kah kah kqh

MULA BERKERJA


MULA BERKERJA


KHAMIS 24 OGOS 2023
PRN DAH SEESAI
SEMUA DAH TUBUH KERAJAAN
MAKA MASANYA UNTUK
BUAT KERJA

LONDEH SANA LONDEH SINI
TANGKAP SANA TANGKAP SINI
TUTUP SANA TUTUP SINI
SERBU SANA SERBU SINI
RAKYAT DAH BOSAN

HARGA BARANG
MAKIN MAHAL
NILAI RINGGIT
MAKIN JATUH

APA RANCANGAN KERAJAAAN
UNTUK MENGATASI SEMUA INI
RETORIK POLITIK
TAK GUNA
TAK DAPAT BELI BARANG
AMIN

INDIA
BERJAYA NAIK KE BULAN
ROKET INDIA
BERHENTI DI SEBELAH
KUTUB SELATAN BULAN
HEBAT

RUSIA
KAPAL TERBANG JET TERHEMPAS
DALAMNYA DIKATANKAN ADA
PEMIMPIN GERILA WAGNER
JENG JENG JENG
KEMALANGAN ATAU SABOTAJ
JENG JENG JENG

THAILAND
ADA SATU PM BARU
ORANG KAYA JADI PM

THAILAND
BEKAS PM THAKSIN
MASIH DALAM JIL
PASTI AKN BUAT  JANJI
DENGAN PM BARU

HOKKIEN
KERING  CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
WALU PUN CAHAYA BELUM TERIK
LANGIT BIRU MUDA

CENGEKRTIK BERSIMPONI
PIPIT DAN TERKUKUR
BERSUARA TAPI BADAN
TIDAK KELIHATAN

KETIKA GUA MENGETIK
DI HUTAN DEPAN BALKONI
JANTAN MUDA BERKOKOK
BARU NAK BERLAJAR BERKOKOK
MENJADIKAN PAGI INI
INDAH

GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS HINGGA KE PETANG
TAPI TAK BOLEH TAHU
CUACA AKAN BERUBAH
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM HARI KHAMIS

BRO
LU BERTANGGUNG JAWAB
UNTUK MENCINTAI DIRI LU
JANGAN HARAP ORANG LAIN

BRO
LU PERLU DAMAI
PADA DIRI LU SENDIRI
BARU LU AKAN TENANG

BRO
JANGAN SUKA KOMPLIN
ORANG LAIN
TAPI TAK PANDAI NAK KOMPLIN
DIRI SENDIRI

BRO
LU BUAT  KERJA
MACAM TAKDA HALANGAN
LU USAHA MACAM
KEJAYAAN DAH NAK SAMPAI

BRO
LU JADI DIRI LU SENDIRI
BIARKAN ORANG LAIN
MENILAI APA SAJA

BRO
BERSEMANGAT LAH
HIDUP HANYA SEKALI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN  HARI INI

SELAMAT BERKHAMIS