Jumaat, 27 Januari 2023

KHAIRY AKAN DIKORBANKAN


PAK LAH PERNAH

BERKATA KJ INI

MACAM HANG NADIM

AMIN

BUDAK BIJAK

DARI OXFART

FASIH 

BAHASA INGGRIS

LEBIH DARI ZAHID 

MAKA PERLU

DI KORBANKAN

KHALAS

ZAHID PER;U DI REHATKAN



Zahid patut direhatkan sampai kes selesai

BAGI memastikan perbicaraan kes di mahkamah diselesaikan tanpa kelewatan atau gangguan Ahmad Zahid Hamidi digesa direhatkan dari tugas sebagai timbalan perdana menteri.

Ia berikutan permohonan yang difailkan Ahmad Zahid kepada pihak mahkamah untuk pasport beliau dikembalikan secara kekal walaupun dokumen itu sebelum ini diserahkan bagi mematuhi syarat ikat jamin perbicaraan yang masih berlangsung berkaitan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. 

Dalam permohonannya Ahmad Zahid mendakwa beliau diberi mandat oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mewakilinya dalam beberapa urusan pentadbiran negara selain bagi melancarkan pergerakan, urusan dan tugasan selaku timbalan perdana menteri yang dikehendaki berada di dalam dan di luar negara. 

Permohonan yang menggunakan alasan kepentingan negara ini nyata dilihat memberi tekanan kepada pihak mahkamah serta hakim dan akan menganggu proses perbicaraan. 

Walaupun ia menjadi kuasa mutlak hakim untuk memulangkan pasport berkenaan namun bidang tugas yang dipegang Ahmad Zahid yang dalam pentadbiran kerajaan ketika ini akan memberi kesan kepada kuasa bidang kehakiman untuk menjamin perbicaraan yang efisyen, lancar serta tanpa penangguhan. 

Pemulangan pasport berkenaan pastinya akan menyebabkan lebih banyak kelewatan dalam proses perbicaraan dengan pelbagai alasan urusan tugas seterusnya akan mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan. 

Hakikatnya pentadbiran negara mempunyai timbalan perdana menteri yang masih berdepan perbicaraan 47 pertuduhan di mahkamah ketika ini juga perlu dilihat sebagai perosak kepada komposisi Jemaah Menteri serta kerajaan secara keseluruhan. 

Ia adalah satu penghinaan kepada majoriti pengundi dalam pilihan raya umum ke-15 yang mengharapkan sebuah kerajaan bersih, telus dan berintegriti.

Pendekatan terbaik bagi menangani isu ini adalah dengan Perdana Menteri Anwar bertegas supaya Ahmad Zahid direhatkan dari tugas beliau sebagai timbalan perdana menteri bagi memberi fokus kepada proses perbicaraan mahkamah seterusnya membuktikan beliau tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan yang disabitkan. 

Tindakan itu bagi menjamin sistem kehakiman negara yang bebas dan adil selain menjamin perbicaraan yang telus tanpa sebarang campur tangan dan penangguhan. – 27 Januari, 2023.

* Ahmad Faizal Azumu, 
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)


WOIT

DIREHATKAN

KAH KAH KAH

AMIN

WOIT 

NI MACAM KENA

SERANG KOBID

KAH KAH KAH

LEPAS REHAT

JADI  APA

KAH KAH KAH

GI JUMPA

NAJIB KE ?

KAH KAH KAH

KHALAS

POLIS ITAM BUNUH BUDAK ITAM


POLIS ITAM

BUNUH BUDAK ITAM

KAH KAH KAH




Lima bekas pegawai polis Memphis didakwa pada Khamis atas tuduhan membunuh dan jenayah lain dalam pembunuhan Tire Nichols, seorang pemandu kenderaan kulit hitam di Memphis, Tennessee, yang meninggal dunia tiga hari selepas trafik berhenti pada 7 Januari lalu menjadi serangan fizikal yang membawa maut, menurut rekod penjara tempatan.

Rekod dalam talian pejabat sheriff daerah Shelby menunjukkan bahawa Tadarrius Bean, Demetrius Haley, Desmond Mills Jr, Emmitt Martin III dan Justin Smith berada dalam tahanan. Kelima-lima mereka didakwa dengan pembunuhan tahap dua, serangan teruk, penculikan yang teruk, salah laku rasmi dan penindasan rasmi.

“Walaupun setiap lima individu memainkan peranan berbeza dalam insiden berkenaan, tindakan kesemua mereka mengakibatkan kematian Tyre Nichols dan mereka semua bertanggungjawab,” kata Steve Mulroy, peguam daerah Shelby, semasa akhbar. persidangan pada hari Khamis.

SOALAN

APAKAH

BLACK LIVES MATTER

AKAN KELUAR

BERDEMO

ANTI KEGANASAN

POLIS

AMIN

JIKA TIDAK BLM

HANYA BERDEMO

KERANA POLIS 

LULIT PUTIH

BUKAN KERANA

KEGANASAN POLIS

KHALAS

BUNG MOKHTAR AKAN DIREHATKAN ?


Kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette ditetapkan untuk sebutan 27 Mac

PROSIDING membela diri Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad atas tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen ditetapkan untuk sebutan pada 27 Mac ini susulan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Pasangan itu menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan kedua-duanya membela diri atas tiga pertuduhan tersebut.

Peguam M. Athimulan mewakili Bung Moktar memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob bahawa pengurusan kes terhadap rayuan itu di Mahkamah Rayuan telah ditetapkan pada 22 Mac sementara menunggu rekod rayuan yang masih belum siap.

“Sehubungan itu, kami mohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes ini untuk pihak-pihak memaklumkan mengenai perkembangan kes di Mahkamah Rayuan. Kami juga mohon kehadiran kedua-dua anak guam pada sebutan kes seterusnya dikecualikan,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How mengesahkan perkara itu dan tidak membantah permohonan pembelaan untuk kehadiran kedua-dua tertuduh dikecualikan pada sebutan kes seterusnya.

Rozina menetapkan sebutan semula kes itu pada 27 Mac ini untuk pihak-pihak memaklumkan perkembangan kes di Mahkamah Rayuan dan membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kehadiran kedua-dua tertuduh dikecualikan.

Bung Moktar, 63, yang berkerusi roda kerana mengalami keretakan pada bahagian kaki hadir ke mahkamah bersama Zizie Izette, 44.

Pada 3 Januari lepas Hakim Mahkamah Tinggi Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan Bung Moktar dan isterinya untuk menggantung perbicaraan membela diri sementara menunggu rayuan mereka dilupuskan di Mahkamah Rayuan. 

Pada 2 September 2022 Mahkamah Sesyen memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati, Kuala Lumpur antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. – Bernama, 27 Januari, 2023.

WOIT

KALAU DAH

PAKAI

 KERUSI RODA

ITU TANDA

PATUT DIREHATKAN

KAH KAH KAH

AMIN

PAK LEBAI JAGA BANK


PAK LEBAI

JAGA BANK

KAH KAH KAH


AWAS

COLLECT YOUR

MONEY GO TO JAIL

KHALAS



HUJAN PETANG SAMPAI


TENGAH HARI 

PANAS

JAM 4.47 PETANG

HUJAN LEBAT SAMPAI

KE LE CHATEAU

AMIN



PAKISTAN MAKIN NAZAK

 


PAKISTAN MAKIN

NAZAK LEPAS

BANJIR

AMIN

ULAMAK CONTOH


ULARMAK CONTOH

KHALAS


Unknown commented on 
"USTAD MAIN RASUAH"

Selalunya orang bercakap-cakap pandai bab agama bab hukum hakam ini selalu slack slack saja, luaran memang pakai watak semua nampak suci murni tetapi belakang penuh tahi di anu, kah kah kah manusia ini kena diam diam saja, tak payah mengajar orang lain, ajar diri sendiri cermin diri dahulu sebelum mengajar orang lain, paling buruk sikap bermuka-muka di depan orang belakang sapu jugak, rasuah halal atau tidak semua masuk sebab boleh minta ampun ampun selamat kah kah kah

PERANGAI ARAB


PERANGAI

TOK ARAB

AMIN

ZIONIS BUNUH

PALESTIN TAPI

ARAB LAIN

RUNDING NIAGA

DENGAN ZIONIS

KHALAS

POLITIK BARU - UMNO & DAP


PRN jadi ujian hubungan Umno-DAP, kata Kor Ming

UJIAN besar pertama bagi hubungan kerja antara dua bekas musuh politik, Umno dan DAP, adalah pada pilihan raya akan datang di enam negeri, kata Naib Presiden DAP Nga Kor Ming.

Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diketuainya, memilih untuk menyokong Anwar Ibrahim dan gabungan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan perpaduan. DAP adalah parti utama PH.

Ramai yang kini melihat kedua-dua pakatan bekerjasama dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang untuk menentang Perikatan Nasional (PN), yang menjadi pakatan pembangkang utama.

Nga berkata jika PH, dengan sokongan BN, mencapai “keputusan cemerlang” dalam PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu – dijangka pada pertengahan tahun ini – maka ujian itu boleh dianggap sebagai kejayaan yang memberangsangkan.

Keenam-enam negeri itu tidak membubarkan DUN mereka bagi membolehkan pilihan raya serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), seperti biasanya yang berlaku selama ini.

“Ia pasti akan menjadikan hubungan kerja dalam kerajaan perpaduan lebih lancar dan negara lebih stabil dari segi politik,” kata Nga yang juga adalah menteri pembangunan kerajaan tempatan.

Beliau berkata hubungan DAP dan Umno mesti dipupuk, ibarat pokok buah yang perlu dibaja dan disiram jika mahu ia berbunga dan berbuah.

Beliau mengakui selepas berdekad dimomokkan, penyokong akar umbi Umno akan mendapati keadaan itu janggal dan sukar untuk diterima.

“Perkara yang sama boleh dikatakan bagi penyokong akar umbi DAP. Ini adalah fitrah manusia.”

Beliau berkata DAP juga berharap Umno, sebagai kuasa utama yang mewakili politik sayap kanan Melayu, akan condong ke arah neutral.

Terdapat petanda ke arah itu katanyanya. 

Beliau berkata pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini, retorik yang sering kedengaran menghina orang Cina dan menggesa mereka pulang ke China, tidak kedengaran.

Nga berkata kerjasama itu nampaknya menuju ke arah yang betul kerana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi lebih daripada sekali mempertahankan DAP secara terbuka sejak penubuhan kerajaan perpaduan.

Zahid tambahnya, menjelaskan yang ahli Umno salah faham DAP kerana bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menjadikannya begitu.

Nga juga berkata jika hubungan itu berterusan, maka sikap baling batu antara satu sama lain dan bergaduh tidak akan berlaku lagi.

Kestabilan politik

Nga menambah persefahaman yang kukuh antara DAP dan Umno, sama seperti PH dan BN, adalah penting untuk memastikan kestabilan politik.

Beliau berkata kestabilan politik sebegitu adalah prasyarat untuk memulihkan ekonomi.

“Apabila kestabilan politik hilang, tiada pelaburan asing akan mengalir ke Malaysia.”

Nga berkata keyakinan pelabur asing adalah kunci untuk meningkatkan ekonomi yang lembap.

Beliau berkata selepas kerajaan perpaduan baharu ditubuhkan, Bursa Saham Kuala Lumpur mengalami lonjakan besar apabila keyakinan terhadap negara kembali pulih.

Katanya, ia lonjakan yang tidak dilihat dalam tempoh lima tahun lepas, ketika dagangan mencatatkan RM4.6 bilion.

Nga berkata kedudukan Anwar di peringkat antarabangsa tiada yang menyamainya di negara ini dan ia akan membantu membawa masuk semula pelaburan asing.

“Setakat ini, perdana menteri menerima jemputan daripada pemimpin lebih 60 negara untuk melawat negara mereka,” katanya.

“Malah Sultan Brunei adalah yang pertama melawat Malaysia selepas Anwar dilantik sebagai perdana menteri memberi menghantar mesej penting yang Brunei akan meningkatkan pelaburannya di Malaysia.”

Nga berkata Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar, yang menguruskan dana kekayaan berbilion negara Timur Tengah, dilaporkan menghadkan pelaburan asingnya pada AS$1 bilion (RM4.26 bilion) tetapi disebabkan hubungan Anwar dan status antarabangsanya, kerajaan Qatar memutuskan tiada had sedemikian dalam pelaburan dana berdaulatnya di Malaysia.

Beliau berkata dana kekayaan negara Qatar, yang mempunyai aset lebih AS$100 bilion, jika dilaburkan di Malaysia, boleh meletakkan negara dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi kemelesetan global yang diramalkan kebanyakan ahli ekonomi akan berlaku tahun ini.

Malaysia, yang pernah menjadi kuasa ekonomi di Asia Tenggara di belakang Singapura, sejak itu mengalami kemerosotan, dengan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand mengatasi kita, kata Nga. – 27 Januari, 2023.

INI POLITIK

BARU

AMIN

KITA WAJIB

SOKONG DEMI

KEMAKMURAN

BERSAMA

AMIN

CHINA TANGGAL 

BAJU CHINA

MELAYU TINGGAL

BAJU MELAYU

KITA PAKAI

BAJU BARU 

AMIN

KHALAS

PENG ANAL KATA BETUL


Hubungan Pakatan-BN belum kukuh, berisiko hadapi PRN, kata penganalisis

PAKATAN Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan sebarang perbezaan atau pertikaian jika mahu meyakinkan pengundi mengenai kerjasama politik dua gabungan itu menuju pilihan raya negeri (PRN), kata penganalisis politik.

Mereka berkata kegagalan untuk mencapai penyelesaian akan mencetus kemarahan pengundi yang seterusnya akan menolak kerjasama terbabit atau mengelak untuk mengundi pada PRN di enam negeri tahun ini.

Dan ini sekali gus akan memberi kelebihan kepada pesaing PH dan BN, iaitu Perikatan Nasional (PN) pada PRN kelak, tambah penganalisis ini.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata, kerjasama PH-BN ketika ini masih belum kukuh walaupun kedua-duanya berada dalam kerajaan persekutuan.

“Kerjasama antara PH dan BN atau Umno nampak masih longgar,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menurut beliau, komen kurang menyenangkan yang disuarakan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim dari PKR dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy (DAP) terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi boleh menjejaskan kerjasama itu.

Hisomuddin memetik kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini, yang mengingatkan bahawa kerjasama yang terjalin antara PH dan BN membentuk kerajaan perpaduan ibarat jambatan besi yang menggunakan banyak skru, dan bukannya seperti jambatan konkrit.

Dalam satu catatan di Facebook minggu lalu, Shabery menegur tindakan segelintir pemimpin PH yang gemar menyerang secara terbuka sesama sendiri walaupun bersama dalam satu kerajaan.

“Sama seperti teguran Shabery itu, kerjasama ini bukan konkrit.

“Ini menggambarkan rasa kurang enak apabila pemimpin DAP dan PKR mengeluarkan kenyataan yang menyerang kempimpinan Umno.

“Ramasamy dan Hassan Karim adalah antara mereka yang menyerang Umno secara terbuka,” katanya.

Hisomuddin menambah, sukar bagi PH untuk mendisiplinkan pemimpin seperti ini, malah beliau mengingatkan beberapa kenyataan yang dikeluarkan semasa gabungan itu jadi kerajaan selama 22 bulan mencetus kemarahan orang Melayu.

Sikap berdiam diri Majlis Presiden PH dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengenai kerjasama menghadapi PRN juga tidak membantu, ujarnya.

“Sehingga hari ini Majlis Presiden PH dan MKT Umno masih belum memutuskan bagaimana mereka akan menghadapi PRN akan datang.

“Sekiranya kedua-dua gabungan ini gagal menangani perbezaan pendapat dengan baik, saya bimbang akar umbi mereka juga sukar untuk bentuk kerjasama yang baik pada PRN,” katanya.

Menurut Hisomuddin sekiranya tiada tindakan proaktif diambil ini akan memberi kelebihan kepada PN dalam semua enam PRN.

Enam negeri – Selangor, Negeri Sembilan, Penang, Kedah, Kelantan dan Terengganu – memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serentak dengan peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15.

PRN di enam negeri berkenaan mesti diadakan selewat-lewatnya September tahun ini.

Hanya Pahang, Perak dan Perlis yang melaksanakan PRN masing-masing serentak dengan PRU15. Manakala Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor sebelum ini telah mengadakan PRN masing-masing sebelum PRU15. – 27 Januari 2023. 

PENGANAL 

KATA BETUL

AMIN

INI POLITIK BARU

INI GABUNGAN

BARU

AMIN

PASTI ADA

MASALAH 

PASTI BELUM 

KUKUH

AMIN

KITA TAK BUAT

KITA TAHU TAHU

AMIN

TIDAK DIPECAH

TAK DAPAT SAGU

KHALAS

LANGKAH BIJAK ZAHID


'Pembersihan' besar-besaran Umno tumpu ahli sabotaj parti, kata Zahid


UMNO akan melakukan ‘pembersihan’ parti secara besar-besaran, dengan memberi tumpuan kepada mereka yang didapati mensabotaj parti serta calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara tersebut akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di ibu negara esok.

“Saya kata dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan parti secara besar-besaran, termasuk mereka yang sabotaj parti dan calon parti pada PRU15, dan mungkin termasuk orang yang menembak kaki sendiri (sabotaj diri sendiri) ketika pilihan raya diadakan.

“Bila besar-besaran ini maknanya adalah (pembersihan), mana yang belum terasa insya-Allah malam esok akan terasa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco Luar Bandar (MEXCLUB), di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada mesyuarat MKT Umno itu akan membincangkan mengenai status keahlian bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang sebelum ini secara terbuka mengkritik pimpinan parti serta lantang bersuara agar jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan, Zahid berkata ia akan diketahui selepas mesyuarat berkenaan.

“Tidak boleh beritahu awal, kalau strategi dikongsi dengan wartawan, tidak lagi jadi strategi, saya harus ‘embargo’ maklumat ini sehingga tiba waktunya,” katanya yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk.

Perhimpunan Agung Umno 2022 baru-baru ini meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, namun Khairy mendakwa wujud cubaan membawa masuk ‘perwakilan import’ bagi mengundi usul berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata kerajaan belum memutuskan sama ada Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan sokongan daripada semua pemimpin parti politik untuk terlibat secara langsung dalam penggubalan RUU berkenaan.

“Bagi saya RUU ini walau belum ada keputusan oleh jemaah menteri, tetapi saya fikir dengan kenyataan pemimpin NGO (badan bukan kerajaan) dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki harus dijadikan satu panduan,” katanya.

Baru-baru ini, Azam dilaporkan berkata SPRM akan menyiasat apa sahaja bentuk kes rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang, dan tidak tertakluk kepada pemahaman peribadi serta menyifatkan sedekah atau sumbangan sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi untuk mengundi pada pilihan raya.

Badan pemerhati anti rasuah Transparency International Malaysia (TI-M) pula mendesak supaya Akta Pendanaan Politik disegerakan bagi mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap proses demokrasi di Malaysia. – Bernama, 26 Januari 2023.

LANGKAH

TEPAT LAGI BIJAK

DARI ZAHID

AMIN

TIBAI DUKU

BENAMKAN

DAN SINGKIR

AMIN

SAPA BERANI

KRITIK TENDANG

KELUAR

AMIN

HANTAR 

KE KAJANG

BIAR JUMPA

PFRESIDEN LAMA

KAH KAH KAH

AMIN

MINAH INI MUNCUL KEMBALI



MINAH INI

MUNCUL KEMBALI

AMIN

PAKATAN NAK REHATKAN AZAM BAKI


RASUAH !!!

AMIN

DULU PAKATAN

ADA TUNTUT

AZAM BAKI

BEREHAT

AMIN

APA DAH JADI

KHALAS

Unknown commented on 
"APA JADI KES AZAM BAKI ?"
Itu biawak, bukan buaya @ jerung...Biawak hidup mcm warna proton perdana yang goverment bagi kat pengarah.

Unknown commented on
 "APA JADI KES AZAM BAKI ?"
Yang cakap itu cermin diri dulu boleh tak? Integriti ada tak? Kes banyak masuk tv pun pandai hilang hilang saja,kalau hilang ada bagi tahu apa sebab musababnya tak? Kah kah kalau meludah langit jatuh muka sendiri woit, kah kah sudah sudah makan gaji jangan makan rasuah amin, mati nanti tak bawa apa apa, sudah booking tiket ke syurga tak? Kah kah kah


PAK LEBAI JADI BANKER


PAK LEBAI

JADI BANKER

KHALAS

Unknown commented on 
"PAK LEBAI PANDAI KIRA DUIT"

Dulu dulu pakai songkok kutip derma, kemudian pakai tin Milo, kemudian pakai beg duit macam bank sekarang pakai beg besar semua ini kemajuan bagi parti Islam se Malaysia amin., Kemajuan demi kemajuan dicapai, dulu ucap macam malaikat turun bumi, sekarang lain cakap, balak masuk ok, judi masuk ok, projek masuk ok, semua ini pasal 90 juta masuk dulu, Bossku ajar parti Islam se Malaysia korup kah kah kah