KOMENTAR TUKAR TIUBpekara menggunakan kondom ini ditimbulkan kerana
semakin banyak bayi dibuang
ada yang ditemui mati
ada yang dapat diselamatkan
Dari 2000-2006 seramai 580 bayi telah dibuang. Dari awal tahun hingga bulan Ogos ini seramai 73 bayi telah dibuang. Ada yang dijumpai di tepi tong sampah, dalam tong sampah, tertanam dalam belukar dan ada yang ditemui di rumah kosong. Seramai 29 bayi yang dibuang ini telah ditemui hidup manakala 44 orang telah ditemui mati. Ini angka rasmi dari pihak polis sendiri. -
tulisan saya dalam yahoo.comtukar tiub ingin mengajukan satu jalan penyelesaian
ia itu kalau ingin mengadakan hubungan sex
kalau gersang ingin bersenggama
atau kalau sangap hendak mengawan
adalah masuk akal untuk menggunakan kondom
tidak timbul soal menggalakkan
apa yang diajukan ialah jalan keluar
kerana selama ini dengan menggunakan hujah moral
dengan menggunakan hujah syurga dan neraka
kelihatan tidak dilihat pembuangan bayi ini menurun
jumlah bayi ditemui dibuang dari tahu ke tahun bertambah
hakikatnya testosterone
anak anak muda yang berumur 16 - 25
cukup merangsang
cukup gersang
untuk old tai sila ingatkan kembali
ketika tuan tuan yang mulia berumur sedemikian
bukankah kita sentiasa gersang?
tetapi pada ketika itu struktur dan pabrik budaya melayu
masih lagi dalam keadaaan feudal dan kampongan
kita ada keberahian tetapi suasana tidak membantu
hari ini semua berubah:sistem ekonomi kapitalis telah membawa
adik, kakak dan emak kita ke kilang
sistem ekonomi kapitalis telah membawa
kekasih awek dan minah cun ke ruang kerja
sistem ekonnomi kapitalis
telah merubah pabrik sistem budaya melayu
ini hakikat
sistem ekonomi kapitalis juga telah membawa teknoloji
teknoloji baru ini membuatkan anak anak muda
jantan dan betina bersua bertemu bercita dan bersenggama
ini hakikat
hari ini anak muda
jantan dan betina
bertemu dan bersua dimana mana
pabrik sosio budaya melayu 40 tahun dahulu telah ranap
di kampong anak muda mengentot
di felda anak muda mengentot
di universiti anak muda mengentot
di kilang anak muda mengentot
ini hakikat kerana mengentot itu adalah fitrah manusia
sistem ekonomi kapitalis ini lebih besar hegemoni budayanya
sistem ekonomi kapitalis ini dapat membeli apa sahaja
sistem ekonomi kapitalis ini tidak bertuhan
sistem ekonomi kapitalsi ini tidak beragama
ekonomi kapitalis bertuhankan untungsistem ekonomi kapitalis inilah yang melahirkan
pembudayaan yang kita lihat hari ini
pembudayaan ini lahir dari proses pembuatan
dalam usaha untuk mencari keuntungan
justeru dalam menghadapi serangan buaday kapitalis ini
agar bayi bayi tidak ditemui mati
maka gunakan lah kondom jika ingin mengadakan hubungan sex
Saya berani berkata sedemikian kerana dari tahun 2008 – 2010 terdapat 152,000 apa yang dipanggil kelahiran anak di luar nikah. Ini adalah stastik rasmi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Angka ini menunjukan bahawa hujah moral telah tidak berjaya mengurangkan testosterone anak-anak muda yang baru belajar ‘mengawan’- tulisan di yahoo.com
ada anak muda yang boleh menahan nafsu
ada anak muda yang boleh menangkis serangan kapitalis
tetapi ramai yang gagal
sebelum tuan tuan mendabik dada
mengaku diri sendiri lebih islam
mengaku hanya sendiri saja yang betul
baca ini:Cuba bayangkan 580 bayi dibuang mati. Jumlah ini sama dengan satu batalion askar Melayu DiRaja. Cuba bayangkan 73 orang bayi dibuang tahun ini. Jumlah ini sama dengan dua buah kelas darjah satu di Sekolah Kebangsaan Bangsar.- tulisan dalam yhoo.com
GUNAKAN BAJU HUJAN
PANDANGAN DARI PEMBACA
Utk sesiapa yg beragama Islam yg tak takut dosa zina dan rela mengambil risiko berdosa besar serta tak kisah diseksa di akhirat: Aku faham apa tt nak kempenkan...bersesuaian dgn keadaan hidup sekular (agama guna utk kawin,nikah,sunat,kenduri,mati etc saja xnak ikut xdehal xde sape bole hukum, sementara cara pemerintahan pakai sistem BARAT spt demokrasi, sosialis, kapitalis, komunis etc)yg dianjurkan oleh pemerintah BN, tt cadangkan pada sapa2 yg xdapat menahan diri dari berzina (nak jgk jolok walopun tahu zina tu dosa besar & sepatutnya xboleh dilakukan oleh seorang yg beragama Islam)...
MAKA SEPATUTNYA ANDA PAKAI KONDOM!...kondom adalah cara terbaik untuk elak pasangan mengandung dan secara tak langsung kurangkan statistik pembuangan bayi yg xbersalah tu.... kalo nak jgk pikir siapa yg salah besar xambil tindak penyelesaian, aku jawab pemerintah Malaysia la (kedua2 BN & pembangkang) yg mempunyai kuasa, dana dan manpower yg sepatutnya lakukan sesuatu bukan hanya buat statement kutuk lepas tu xbuat apa2 yg berkesan
By Akon Domos on
SELAMATKAN BAYI - SILA GUNAKAN KONDOM on 12/23/11
Salam TT, Aku harap orang tak terlalu cepat salah kan agama dalam hal buang bayi ni. Ini bukan yang di ajar oleh agama. Kena buat satu kajian menyeluruh ttg isu buang bayi ni. Ini masalah budaya melayu. Budaya tak nak ambik tanggungjawab dan lepaskan tanggungan.
Buat pandai, bila ada masalah, lari. Mmg pundek lah perangai mcm ni. Mmg takde telo. Cuba kita letak diri kita kat tempat minah yg terpaksa melahirkan anak luar nikah mcm ni. Apa yg dia fikir masa berdepan dengan masalah ni. Of course, tak perlu ckp pasal apa yg terjadi masa berjubor - yg itu semua tahu. Kemungkinan besar minah ni sebenarnya keseorangan i.e. Boyfriend dah blah. Kalau boyfriend ada pun, dia semestinya setuju utk abort je baby ni dan buang.
Tak nak amik tangungjawab. Cari jalan keluar yg paling senang sekali. Apa akan jadi kalau minah/mat ni simpan baby ni? Maknanya cari nahas lah kalau dia simpan. Semestinya dia akan di caci, di tohmah, di buang oleh keluarga yg lebih utamakan air muka dari nyawa manusia, See more...
By Anonymous on
JANGAN BUANG BAYI - GUNAKAN KONDOM on 12/23/11