Bagaimanapun ramai umat Islam di negara ini terpedaya dengan taktik sindiket yang menggunakan tawaran menunaikan ibadah itu sambil berziarah dengan harga murah, malah adakalanya diberikan percuma.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, kaedah pe­nipuan pakej umrah sentiasa ber­ubah dari semasa ke semasa malah pihak tidak bertanggungjawab itu semakin licik memperdaya pelanggan sehingga mampu mengaut untung puluhan juta ringgit.
“Bayangkan saja satu agensi mampu mengutip RM8 juta keuntungan untuk tempoh kurang setahun dan menjalankan kegiatan penipuan ke atas mangsa menerusi tiket penerbangan. Pada hari berangkat, rombongan jemaah ditinggalkan di lapangan terbang. Apa yang lebih menyedihkan, kebanyakan jemaah rata-rata terdiri daripada golongan berumur atau warga emas,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.