Jumaat, 3 April 2020

ORENG TINO LAWEN BALEK




DUNIA DOK

BERUBAH

DULU 

JANTE KONTROL

LOH NI ORENG TINO








--------

SERANGAN BERTERUSAN




DISANA SINI

KARONA TERUS

MENYERANG 

3 lagi kematian, 217 kes baru

 Covid-19  di Malaysia


Tiada bazar Ramadan sepanjang PKP, kata Ismail Sabri


Tiada caj RM1 keluar duit di mesin ATM, kata Ismail Sabri


Singapura kenakan kawalan lebih ketat Selasa depan, umum PM Lee



'Tiada perkataan untuk ini': 10 juta pekerja memfailkan tuntutan pengangguran hanya dalam masa dua minggu


Kes Koronavirus Global atas 1 juta dengan 50,000 kematian: 

SILA SENARIKAN NAMA PASAR







SILA SENARIKAN

UMUMKAN

DI RADIO TV

NAMA PASAR

97 pasar segar terkawal seluruh negara sepanjang PKP

SEBANYAK 97 pusat Pasar Segar Terkawal (PST) akan beroperasi di seluruh negara, secara berperingkat sehingga 14 April ini, bagi memastikan kelangsungan bekalan dan mempercekap pengedaran makanan negara.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam satu kenyataan memaklumkan, PST adalah gerai peruncitan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), seperti pasar tani yang dijenamakan semula.

Jelasnya ia melibatkan jualan barangan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan, daging, barangan runcit, dan barangan asas tani.

“Untuk fasa pertama pelaksanaan PST, sebanyak 37 ‘outlet’ FAMA di seluruh Malaysia telah beroperasi sejak 1 April iaitu 17 buah Pusat Operasi FAMA, 17 buah Pasar Tani Kekal dan tiga buah MyFarm Outlet,” katanya.

Selain itu katanya, sebanyak 17 Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan yang diselia LPP turut beroperasi, membabitkan jumlah keseluruhan beroperasi sebanyak 54 buah.

“Untuk fasa kedua, sebanyak 10 pasar tani terpilih dan 16 Pasar Tani Kekal akan beroperasi. Pasar tani terpilih akan beroperasi sebanyak dua kali seminggu dari jam 8 atau 8.30 pagi hingga 11 pagi atau 12 tengah hari.

“Pasar Tani Kekal, MyFarm Outlet dan Pusat Operasi FAMA akan dibuka seawal 8 atau 8.30 pagi hingga 12 tengah hari atau 4 petang setiap hari,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, jarak sosial di antara gerai-gerai akan dilakukan dan pintu masuk dan keluar akan dikawal selia oleh pihak berkuasa, bagi mencegah penularan COVID-19.

“Para pengguna juga dinasihatkan untuk membuat bayaran secara dalam talian dan tanpa tunai sama ada melalui pembayaran QR Pay dan E-wallet, supaya dapat membendung penularan wabak Covid-19 melalui wang kertas,” katanya.

Jelasnya, setiap outlet pemasaran FAMA perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan, antaranya pengunjung beratur dengan jarak satu meter, melepasi saringan suhu serta menggunakan cecair pembasmi kuman disediakan.

Orang ramai juga digalakkan melayari portal Agrobazaar Online (www.agrobazaar.com.my) untuk membuat pesanan awal atau WhatsApp secara pra-pesanan, dan membuat bayaran terus secara dalam talian bagi memudahkan urusan pengambilan di tempat pengambilan dan urusan pandu lalu di pusat pemasaran terpilih. – Bernama, 3 April, 2020.


KAK BIBAH

LOBAI RAMLI

KEK  SENALING

TAKDO INTERNET

HARAP MAKLUM

-------

LINGKU FLAUD





LINGKU FLAUD

TALAK MALI
Kwangtung jirat Sang China ..Sang Kapir Laknat lanchau kelentit tak sunat ..ahlol neraka jahanam lapisan ketujuh. Kalau lah Kwangtung ni Maqam Melayu Islam Solihin ahlol surga ..dah tentu tanah ni tergadai untuk projek maksiat dan rasuah berbilion. ..tak caya lu tanya Teuku Nan. 
on 
HARI KE 17 
BERKHALWAT
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 03/04/20

L






-------

KWANTUNG PETANG INI







KWANTUNG
PETANG INI 
JAM 6.27 PETANG SUNYI
KUALA LUMPUR REDUP
HUJAN TAK JADI

TAK TAK MELIHAT
KUALA LUMPUR
SAMBIL MATA
MENCARI TUPAI
EZI TAK AMBIL POT

SEMUA SEYAP
UNGGAS DAH LAMA PULANG
HANYA GAGAK
BARU SELESAI 
CARI MAKAN

ZAMAN KANAK KANAK
GUA INGAT PANTUN INI
BILA GAGAK LALU
KAMI AKAN BERLAGU
GAK GAK GAK
BERTANAK DALAM TEMBIKAR
PULANG CARI MAKAN
TENGOK RUMAH DAH TERBAKAR
AMIN








-----

INI KES TIPU







INI KES TIPU 

AMANAH DAP

ABAM KLIM

ADA NUMBOR

Boleh saja menggalang barisan bersatu untuk tujuan jatuhkan musuh tapi kena la ikut perlembagaan peninggalan baginda queen kesayangan kita tu. Sakai, kau pun tak setuju dgn apa yg berlaku di perak dulu, kan? Berjela-jea kau tulis pasal kudeta di Perak dulu.  Macamana kali ni kau boleh halalkan PN kudeta ikut pintu belakang? 

Anwar optimis cukup angka jadi PM



oh! ya.. aku lupa.. kau tak mengundi dan kau tak percaya pilihanraya boleh mengubah kerajaan.. so, anything goes. Aku yakin kali ni kau akan cakap Agong dah iktiraf Malikul Sembab dan PN itu SAH walaupum selama ni kau tak percayakan golongan freeloader. Apa-apa pun selamat berkhianat sakai. Oops! Selamat berkhalwat, stay safe and healthy, ya. 
on 
TAHUN 2017 - 
TELAH DIAJUKAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 03/04/20

Ko




-----------

PINDAH KE PETRA









PINDAH KE PETRA
Aiseymen, ni bukan kali pertamalah xda tawaf contoh masa banjir. Yg ko caya dgn warotad tu apsal. Tu bab org panggil ko qi mek pun ko cayo kan kan kan? 
on
 JAWABNYA
 PINDAH KE PETRA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 15:35

dun



-------------

HENTIKAN MEROYAN SAA






HENTI MEROYAN

SUSUN ATUR AKSI
Barisan Bersatu adalah saki baki partai bersatu bergabung dgn partai-partai dari barisan nasional 
kahkahkah 
on 
TAHUN 2017 - 
TELAH DIAJUKAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 03/04/20

Bo







------

KHIANAT LAIN





KHIANAT LAIN 
YANG KAMU TAHU
AKU SOKONG HANYA AZMIN
BUAT SATU KHIANAT
SAYANG KAMU TAK TAHU
KHIANAT LAIN
semlm aku ulang baca tulisan kau ulas pendedahan haziq yg semburit dgn azmin tu. haha terbaik bro, mmg nampak sangat kau backing azmin sebab dendam kau pada abam. nanti bila dah tak serasi dgn azmin, aku yakin kau akan guna hujah yg sama mcmana kau tibai abam. 
kahkahkah selamat berkhianat, kawan. 
on 
TAHUN 2017 - 
TELAH DIAJUKAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 15:08

20




--------

MULA MULA






MULA MULA
KAMU DIANGGAP GILA
KEMUDIAN DIKETAWAKAN
KEMUDIAN  DILAWAN
BILA DILAWAN ERTINYA 
KAMU BERJAYA BAWA PENCERAHAN
kahkahkah.. bila habis jer pandemik covid19 ni nanti, jom ramai-ramai hadir ke persembahan lawak berdiri si kitul anak rais ni, lepas tu ramai-ramai kita campak selipar jopon kat muka dia. ngabihkan oksigen jer si kitul ni kahkahkah 
on 
TAHUN 2017 - 
TELAH DIAJUKAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 15:33

duni




----------

MAT NUKAR MAT NUKIR TALAK MALI







MAT NUKAR

MAT NUKIR

TAKTAK MALI
Sekor TaT sabda yang dia penah dengar jerit raung dikuburan sobob kono sekso. TT ..selain kicau murai dan tattibau, Lu tatak lenga olang jelit, tulong manyak sakit, belapi ..tulong .. 
on 
HARI KE 17 
BERKHALWAT
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 03/04/20

RB





----------

JAWABNYA PINDAH KE PETRA





JAWABNYA

PINDAH KE PETRA
TT aku msh ingat ramai Warotad kata,klu manusia berhenti Tawaf Kaabah, Dunia akan berhenti berpusing. Sekarang dah takde org Tawaf ada kah Dunia dah berhenti berpusing. Mohon pencerahan dari Al Ustaz Al TT.
 on
 LANGKAH TEPAT
Publish | Delete | Spam
Arymanchino
at 17:33

HR s




-------

TAHUN 2017 - TELAH DIAJUKAN







BACA SEKALI

LAGI

SEAWAL  14/7/17

TUKAR TIUB TELAH BUAT
CADANGAN MENGGALANG
BARISAN BERSATU
UNITED FRONT


MENGGALANG 
BARISAN BERSATU

Dalam politik tidak ada musuh abadi. Dalam politik yang wujud hanya kepentingan abadi. Perjuangan adalah pertempuran untuk mencapai dan mengkotakan cita-cita abadi. Dalam perjuangan : Musuh kepada musuh kita adalah kawan kita. Permusuhan TIDAK berterusan. Setiakawan hanya dalam kancah perjuangan.

Jika terlupa falsafah ini ; jika tidak menggunakan strateji berasaskan falsafah ini maka perjuangan akan gagal. Perjuangan yang gagal adalah perjuangan yang tidak sampai kepada apa yang dicita. Kegagalan membawa malapetaka yang hebat.
Saksi dan rasakan : malapetaka yang telah menimpa negara kita ini semenjak penjajah British mengundurkan diri pada tahun 1957. Malapetaka ini kita rasakan hingga ke saat ini. Malapetaka ini lahir akibat dari kegagalan Kaum Kiri, Kaum Nasionalis, Kaum Progresif dan Kaum Agamawan untuk menggalang perserikatan Barisan Bersatu/United Front yang luas untuk mendobrak musuh yang sama.

Sebagai contoh : mari kita lihat sejarah Kota Melaka – kota metropolis dan kota ekonomi kurun ke 13 – satelah ianya jatuh ke tangan penjajah. Sejarah merakamkan tentang percubaan dari Acheh, dari Johor , dari Majapahit untuk melawan Portugis dan Belanda.

Kita juga membaca fakta sejarah bagaimana Acheh menyerang Belanda. Kita membaca bagimana Raja dan rakyat Johor berjuang menyerang Belanda untuk menawan Melaka. Tetapi kedua-dua Kerajaan Melayu ini tidak menggalang Barisan Bersatu. Malah dua negera Melayu ini beramok dan beperang sesama sendiri. Hasilnya Belanda TIDAK tewas.

Apa itu Barisan Besatu atau United Front?

Untuk memahami teori ini mari kita melihat sejarah dunia moden. Kita akan bertemu dengan teori dan bagimana teori politik ini diguna pakai dalam kancah perjuangan.

Apa itu perang? Perang ialah penerusan perbalahan yang tidak dapat diselesaikan di meja rundingan. Perang ialah perebutan punca punca ekonomi. Politik ialah manifestasi perebutan punca-punca ekonomi.

Justeru, Perang Dunia Kedua ialah Perang Kuasa Penjajah yang berbalah merebut tanah-tanah jajahan di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Merebut tanah jajahan untuk mendapatkan hasil bumi. Untuk membajak telaga minyak, lombong bijeh, kayu kayan, rempah rampai, lombong emas dan intan berlian. Inilah yang direbutkan oleh kuam imperialis. Perang Dunia Kedua ialah Perang Kuasa Imperialis.

Pada tahun 1939 – Dunia dipecah dua blok. Blok yang dipimpin oleh kuasa imperial British dan blok Fasis. Blok Fasis di Eropah diwakili oleh German dan Itali. Di Asia diwakili oleh Jepun. Blok fasis ini dianggap musuh kerana negara-negara ini tidak mahu tunduk dibawah telunjuk Britain. Great Britain pada ketika itu adalah negara imperialis terbesar dan memiliki bala tentera terkuat.

Dimana munculnya teori Barisan Bersatu? Sebelum pecah perang Kaum Komunis, Sosialis, Agamawan dan Kaum Progresif telah berbicang akan cara untuk menghadapi perang yang akan pecah. Great Britain adalah kepala imperialis yang tidak jauh bezanya dari perangai Nazi German , Itali dan Jepun. Kesemuanya mengamalkan sistem kapitalis.

Pada ketika itu satu jalur pemikiran muncul. Satu strateji politik lahir untuk berhadapan dengan malapetaka perang dunia. Jalan terbaik untuk menyelamatkan umat manusia dari kehancuran dan langkah untuk memukul tamat bencana perang. Kaum Kiri telah sepakat mendirikan Barisan Bersatu/United Front menentang kaum Fasis.

Kita melihat musuh ketat – Churchil, Stalin dan Roosevelt duduk sameja membicang cara terbaik untuk melawan Hitler. Musuh kepada musuh adalah sahabat. Ini dinamakan United Front. Ini bererti bekerjasama dengan kuasa imperialis.

Justeru kita melihat Gerila Komunis dan Nasionalis yang anti-Nazi di Peranchis, di Greek, di Itali – yang bergerak dibawah tanah bekerja sama dengan tentera British dan soldadu Amerika. Tentera British adalah musuh lama mereka. Tetapi dalam strateji menggalang Barisan Bersatu musuh lama ini menjadi kawan baru.

Kita juga melihat stratiji politik yang sama telah dijalankan di negara China. Parti Komunis China yang dipimpin oleh Mao Zedong adalah musuh ketat Parti Koumintang yang dipimpin oleh Chiang Kai-shek. Dua parti ini membawa dua jalur pemikiran – kiri dan kanan.

Koumintang dan Parti Komunis China berperang merebut wilayah untuk mendirikan China baru yang merdeka. Perang ini adalah perang saudara. Tetapi apabila Fasis Jepun melanggar China pada tahun 1936 Mao Zedong dan Chiang Kai-shek menjadi kawan. Kedua musuh ini bersatu untuk mendirikan United Front melawan Fasis Jepun.

Bayangkan Mao Zedong melupakan semua jenayah Koumintang yang ganas lagi zalim. Malah isteri Mao sendiri telah dibunuh oleh soldadu Ching Kai-sheik pada tahun 1930. Semua dilupakan untuk menuju ke Barisan Bersatu.

Pekara yang sama – saperti di Eropah - telah berlaku di Tanah Melayu. Sebelum Pecah Perang Dunia Kedua – musuh utama rakyat Malaya ialah penjajah dari Eropah - Portugis, Belanda dan British. Sebelum 1939 kita membaca buku sejarah yang memperlihatkan bagaimana kuasa kolonial British merampok dan menjarah harta kekayaan Tanah Melayu. Warga di tanah jajahan menjadi hamba yang bekerja untuk Baginda Queen.

Ketika British menjajah kita melihat gerakan anti-British dari Kaum Kiri, Kaum Agamawan dan Kaum Nasionalis. Mereka berpolitik bangun berjuang menentang British.

Tetapai apabila Perang Dunia Kedua Pecah muncul Barisan Besatu dalam bentuk kerjasama antara Pasukan Rakyat Malaya Anti Jepun dengan kuasa kolonial British. Malah kuasa kolonial British telah menghantar senjata untuk para pejuang anti-Jepun. Gerakan anti-fasis Jepun ini dipimpian oleh Parti Komunis Malaya (PKM). PKM ini adalah musuh ketat penjajah British. Musuh utama PKM ialah penjajah British tetapi dalam usaha melawan fasis Jepun musuh lama boleh berkerjasama. Ini dinamakan United Front/Barisan Bersatu.

Kenapa saya menyingkap babak-babak sejarah ini? Apa sangkut pautnya dengan politik Malaysia hari ini? Apa kaitan apa yang saya tulis ini sedangkan Anwar Ibrahim dalam penjara.

Waspada! Semua ini menjurus kepada pembebasan Anwar Ibrahim. Sebelum dirungkai mendalam - wajib difahami – siapa musuh utama dan siapa musuh sampingan. Dalam teori politik - apa dia kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Memahami siapa musuh utama amat-amat penting dalam menggalang Barisan Bersatu.

Ketika Anwar dipenjara musuh utama kita ialah Najib dan Rosmah. Dua sosok ini sedang membawa porak peranda kepada tanah air kita. Najib dan Rosmah sedang memusnahkan ekonomi negara. Selain dari sosok Najib dan Rosmah adalah musuh sampingan yang kecil. Justeru semua senjata, semua tenaga dan semua gerak kerja ialah untuk menumbangkan Najib dan Rosmah.

Justeru - ada berita melaporkan telah 'berlaku' pertemuan Menteri Besar Selangor Azmin Ali dengan Mahathir Muhamad di London. Jika ianya telah terjadi maka ini bermakna telah ada langkah untuk menggalang Barisan Bersatu untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah. Ini satu langkah politik yang tepat.

Sama ada berita ini saheh atau hanya khabar angin ianya TIDAK penting. Apa yang penting ialah berita ini adalah contoh garis politik yang dinamakan menggalang Barisan Bersatu atau United Front.

Seramai 52% warga Malaysia mahu Najib dan Rosmah undur. Ini tuntutan majoriti. Pakatan Rakyat mahu kuasa politik Najib dan Rosmah di hapuskan, Parti Keadilan Rakyat mahu mengulingkan Najib dan Rosmah. Anak Muda Malaysia mahu Najib dan Rosmah di tangkap. Mahathir Muhamad mahu menjatuhkan Najib dari menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sanusi Joned, bersama Daim Zainuddin bersama Kadir Jasin mahu menggulingkan Najib dan Rosmah.

Jelas kita semua memiliki kepentingan bersama untuk menggulingkan Najib dan Rosmah. Kontradiksi induk ialah Najib dan Rosmah. Musuh utama yang mengikat kita berkerja sama dengan Mahathir Muhamad ialah Najib dan Rosmah. Ini adalah kepentingan politik bersama.

Maka jika Azmin Ali ingin mendirikan Barisan Bersatu dengan Mahathir Muhamad maka ianya wajib mendapat sokongan politik dari 52% warga Malaysia. Sokongan diberikan kerana inilah garis politik yang tepat.

Mahathir mahu Najib dijatuhkan agar United Malays National Organisation dapat diselamatkan. Kita mahu Najib dan Rosmah digulingan kerana kita mewakili 52% yang menjadi majoriti yang berhak mentadbir Malaysia. Kemenangan dalam PRU13 telah ditipu dan dicuri dari 52% rakyat Malaysia.

Majoriti rakyat Malaysia tahu Najib dan Rosmah terlibat dalam kes bunuh Altantuya. Majoriti rakyat Malaysia tahu Anwar Ibrahim dipenjara kerana konspirasi dan rancangan Najib dan Rosmah.

Justeru dua sosok ini adalah musuh rakyat Malaysia. Pelbagai jalur politik rakyat Malaysia sedang melihat Najib dan Rosmah sebagai satu musuh utama. Ini sama saperti Stalin, Churchill dan Roosevelt melihat Hitler. Ini samalah saperti Mao dan Chiang Kai-sheik melihat Emperor Jepun. Ini samalah saperti Rashid Maidin dan Chin Peng bersama Baginda Queen melihat General Yamashita.

Lebai Desas bin Haji Desus telah berkata bahawa Mahathir Muhamad mahu Najib dan Rosmah diundurkan dalam bulan March ini. Ini adalah berita baik. Mengikut Lebai Desas banyak persiapan telah diatur. Malah Si Sirul pembunuh yang diupah untuk membunuh Altantuya itu juga 'dibaca' sebagai satu perancangan untuk menjerut leher Najib.

Amat jelas dalam strateji politik hanya dengan mendirikan Barisan Bersatu berkemungkinan dapat dijatuhkan beban berat yang sedang menimpa 28 juta warga Malaysia. Hanya dengan Barisan Bersatu Najib dan Rosmah dapat digulingkan. Hanya dengan bekerja sama dengan semua pihak wujud kemungkinan Malaysia ini dapat letakkan kembali keatas jalan yang betul.

Menggalang Barisan Bersatu bertujuan untuk menamatkan malapetaka yang sedang kita hadapi. Penggalangan ini juga akan memastikan Anwar Ibrahim bebas dari penjara. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa mahu melanggan akhbar minguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45






-----------