Rabu, 13 September 2023

DEMO DITERUSKAN SABTU INI


DEMO DITERUSKAN

AMIN

JIKA 1000 TURUN

DEMO BERJAYA

AMIN

KALAU HANYA

20 DATANG INI

DEMO TAIK KUCING

KHALAS

POLIS BANTU BERI IKLAN


Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia diteruskan, kata penganjur


HIMPUNAN “Gerakan Selamatkan Malaysia” akan diteruskan Sabtu ini walaupun diberi amaran daripada polis, kata Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ketua Pemuda Bersatu itu bagaimanapun memberitahu The Malaysian Insight rundingan masih berlangsung antara penganjur, Perikatan Nasional dan polis.

“Ya ia diteruskan tetapi kami masih bercakap dengan polis,” kata ahli Parlimen itu.

Badrul juga dikenali sebagai CheguBard memberi jaminan perhimpunan itu akan bermula dan berakhir secara aman sebelum membuat rayuan kepada semua pihak termasuk PKR untuk menyertai bantahan itu.

“Sukarelawan kami bersedia untuk memastikan semuanya akan bermula dan berakhir dengan aman,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay sebelum ini memberi amaran mana-mana pihak yang merancang untuk mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 16 September mesti mematuhi undang-undang termasuk mengemukakan permohonan permit terlebih dahulu.

Perhimpunan itu adalah tanda protes terhadap pembebasan  Zahid  yang dilepaskan tanpa dibebaskan dalam kes rasuahnya.

Pada 4 September lalu Zahid yang juga presiden Umno diberikan DNAA oleh Mahkamah Tinggi atas 12 pertuduhan pecah amanah jenayah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit milik yayasan amalnya Yayasan Akalbudi.

Badrul berkata mereka juga menjemput PKR, DAP dan juga Muda untuk mengambil bahagian kerana terdapat mereka dalam gabungan itu yang tidak berpuas hati dengan pembebasan berkenaan.

Perhimpunan itu akan diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur pada pukul 2 petang 16 September.

Sementara itu Setiausaha Agung Muda Amir Abdul Hadi berkata pihaknya tidak akan mengambil bahagian dalam protes itu walaupun berkongsi pendirian yang sama dengan PN.

Beliau berkata Muda komited untuk bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk dengan pertubuhan hak sivil yang lain.

“Kami tidak akan mengadakan protes, Muda komited kepada PSM dan hak sivil lain.

“Kami sudah pun menyerahkan memorandum kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kami akan beri mereka tempoh lima hari untuk menjawab dan jika tiada maklum balas, kami akan mengadakan kempen berbeza yang akan diumumkan kemudian,” katanya. – 12 September, 2023.


WOIT

POLIS TOLONG

BERI IKLAN

KAH KAH KAH

NIAT POLIS NAK

BERI TAKUT

KAH KAH KAH

TAPI SEBENARNYA

BERI IKLAN UNTUK

LEBIH RAMAI

RAKYAT TAHU

TENTANG DEMO

AMIN

YANG TAK TAHU

JADI TAHU & AKAN

TURUN BERDEMO

AMIN 

TERIMA KASIH

 ABANG POLIS

KHALAS

HADI PILIH PENJARA


Unknown commented on

"LAGI IKLAN POLIS"

Woi torbaek. Sabun jatuh jangan kutip. Kah kah kah.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/09/1009338/saya-pilih-penjara-tak-mahu-bayar-denda-abdul-hadi

Saya pilih penjara, tak mahu bayar denda - Abdul Hadi

Kuala Lumpur: Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang menegaskan beliau rela untuk masuk penjara berbanding membayar denda jika disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 susulan ucapan yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan.

Menurutnya, ini kerana daripada membayar denda, lebih baik wang itu disalurkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

"Saya sedia menunggu untuk dipenjarakan oleh mahkamah dan saya sedia dihukum. Tidak tahu dihukum sama ada penjara atau denda.

"Saya pilih penjara, saya tak mahu bayar denda. Daripada bayar denda, baik beri kepada Pasti," katanya semasa membahaskan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain sebelum ini dilapor menyatakan kertas siasatan Abdul Hadi berhubung kenyataannya yang mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Ia susulan kenyataan dalam ceramah di markas parti itu di Bakri, Muar, Johor bulan lalu dan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menjawab mengenai celahan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang bertanyakan berkait isu hukum melepas tanpa membebaskan.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, di dalam akidah Islam mempunyai dua mahkamah iaitu dunia dan akhirat.

"Walaupun dia lepas mahkamah dunia, tidak lepas mahkamah akhirat. Orang yang ada iman, dia sanggup (terima) hukum di (mahkamah) dunia ini, jangan dihukum di akhirat. Ini bermakna orang yang ada iman," katanya.


WOIT

ABIM GANU

CUKUP HEBAT

AMIN

KINI LAWAN

ABIM PUSAT

KAH KAH KAH

ABIM PUSAT

AKAN LUNGKUP

DIBUNGKUS

MELAYU ISLAM

AMIN

KHALAS

TEKANAN MENGGIGIT



Ahli Parlimen PKR cadang gencatan politik demi kestabilan, perpaduan negara


SEORANG ahli Parlimen hari ini mencadangkan pemimpin politik melaksanakan gencatan politik hingga pilihan raya umum akan datang demi kestabilan ekonomi negara dan perpaduan masyarakat.

Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) berkata perhimpunan politik besar-besaran atau demonstrasi akan menjejaskan kemasukan pelaburan di negara ini seterusnya menyebabkan kegagalan bagi mencapai status negara maju. 

“Pelabur amat sensitif dengan situasi politik domestik, sejumlah RM1.23 trilion pelaburan akan lari jika kita terus berbalah, jadi saya mohon supaya Bachok dan kawan-kawan di sebelah sana (pembangkang) tak payahlah buat apa-apa demonstrasi, ini akan menakutkan pelabur.

“Kita tahu bahawa kita ada kebebasan, boleh bersuara di sini (Parlimen), boleh membangkang di sini tak ada masalah tetapi pelabur amat sensitif terhadap himpunan besar-besaran dan pada 16 September, iaitu Hari Malaysia di mana kita harus bersama, bersatu-padu sebagai satu negara Malaysia (dan) bukan masa untuk mengadakan demonstrasi yang mengancam perpaduan rakyat Malaysia,” katanya. 

Menjawab celahan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) yang mempersoalkan cadangan Sim agar Perikatan Nasional (PN) tidak mengadakan demonstrasi, Sim berkata negara telah menyaksikan begitu banyak perhimpunan besar-besaran dan ceramah politik setiap kali pilihan raya kecil. 

“Sekarang kita sudah ada banyak pilihan raya (kecil), ada perhimpunan boleh ceramah, tiada masalah. Sudah cukuplah ceramah, perhimpunan besar-besaran pun sudah buat, cukuplah. Sekarang masa untuk fokus kepada ekonomi, fokus kepada perpaduan negara,” katanya. 

Sim berkata suhu politik negara masih belum reda walaupun selepas 10 bulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan malah ada sesetengah pihak yang menggunakan isu 3R iaitu institusi diraja, kaum dan agama untuk kepentingan politik. 

Katanya polarisasi politik itu dilihat mampu memecahbelahkan masyarakat ke tahap yang amat membimbangkan dan menimbulkan syak wasangka dalam kalangan rakyat sekiranya perkara itu tidak ditangani. 

Justeru, beliau mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Kaum dan Kestabilan Negara di Parlimen, melibatkan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertujuan mewujudkan forum untuk berbincang serta mencari penyelesaian kepada isu-isu sensitif.

“Malaysia perlu mencari forum yang sesuai untuk mencapai persetujuan politik terutamanya berkenaan isu sensitif, kaum, agama dan wilayah. Forum ini diperlukan kerana ahli politik boleh membincangkan isu melalui mesyuarat tertutup.

“... jawatankuasa ini bertujuan mencapai titik pertemuan segala masalah kaum dan agama secara rasional dan penuh rahmah…biarlah segala isu sensitif dibincangkan tanpa sekatan tapi matlamatnya adalah ke arah perpaduan negara dan bukan perpecahan,” katanya.  – Bernama, 12 September, 2023.


WOIT

INI MAKNYA

TEKANAN DARI

PERIKATAN

MENGGIGIT

KHALAS

DAH MINTA DAMAI

MINTA  NYAWA

AMIN

JAWABNYA TEKAN

LAGI SAMPAI

TERBARAI

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

 BANYAKKAN

 LAGI DEMO

KHALAS

BERSEDIA DARI SEKARANG !!!



DARI SEKARANG

KITA 

WAJIB BERSEDIA

AMIN

MALAPETAKA IKLIM

AKAN SAMPAI

KHALAS

SISTEM EKONOMI KAPITALIS !!!


SISTEM EKONOMI

KAPITALIS

KIBLATNYA UNTUNG

KHALAS


Unknown commented on
 "MAKAN IKAN DARAT -
 MAKANAN KOLAM"

Pelik peniaga kita semua, bila harga mencanak naik senyap senyap untung, kalau untung turun sedikit bising merata negeri tapi harga ikan udang ketam semuanya naik berapa puluh kali ganda dah, setiap kali kerajaan umum bantuan semuanya naik harganya berdasarkan macam-macam alasan, selalu peniaga amanah ramai dah tak ada sekarang, semuanya nak untung luar biasa, alasannya pemborong jual mahal kah kah kah mentaliti begini merosakkan satu negaraku, minyak subsidi pun dikoyak plastik masuk dalam botol, peniaga guna pakai minyak subsidi tapi harga tetap naik supaya untung dua kali ganda, cuba tengoklah di Mydin beli minyak subsidi sampai penuh troli, beli gula sampai penuh troli semuanya penjaga peniaga cermin cemerlang kah kah kah

AL-FATIHA RAYMOND GOH



AL-FATIHAH

RAYMOND  GOH

AMIN

DEMO RAMI PENYOKONG


DEMO RAMAI

PENYOKONG

KHALAS

Unknown commented on
 "TITAK RAJ RAJA MELAYU"

alo brader..titah majlis raja2 ialah anwar dilarang masuk campur urusan badan kehakiman..jangan jadi sakai yg nak memperbodohkan melayu..gua tau sakai ex mckk, ex um , ex londoner..semuanya ex british..british mahir pecah dan perintah..buka semula DNAA mahiaddin, DNAA shahidan kasim, DNAA musa aman dan dan dan..sila demo di pejabat peguam negara bukan di sogo..putrajaya ramai ore kelate yg akan turun demo.

KANG KONG JADI ULAM


KANG KONG

JADI ULAM

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"KANG KONG BIJAK MEMBODEK"

pasal apa tiada demo mengenai kangkong membodek? kangkung bokan saja membodek malh menipu melayu.ada kangkung kata melayu itu lahir di dari isteri nabi ibrahim, malah bahasa arab bahasa ibrani itu adalah bahasa melayu..ini prof2 melayu UKM.  
ada prof yg nak amik penang tapi sampai sekarang sembang deras kerana wang pencen universiti sudah ada..melayu terus diperbodohkan oleh kangkung ..hanya sakai tidak mudah ditipu.bersatu la wahai sakai2 sekalian..

POLITIKUS TERUS BERGADUH RAKYAT MATI TENGGELAM


POLITIKUS TERUS

BERGADUH

AMIN

2000 RAKYAT MATI

10,000 DILAPOR

HILANG

KHALAS

MAKAN IKAN DARAT - MAKANAN KOLAM


Isu pelepasan sisa air Fukushima punca jualan makanan laut merosot


PENGGUNA di Lembah Klang takut dengan posting negatif di media sosial berkenaan tindakan Jepun melepaskan air dari loji nuklear Fukushima dan kemunculan alga merah jambu di Pulau Pinang, menyebabkan mereka mengelak makan makanan laut, sekali gus menjadikan jualannya merudum 10% di pasar borong Kuala Lumpur.

Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Hoi Seong Kuala Lumpur Sing Kian Hock berkata maklumat salah disalurkan di media sosial berkenaan isu itu.

Katanya, pasar tidak menjual makanan laut dari Jepun.

Saintis juga mengesahkan “air pasang merah” di Pulau Pinang tidak toksik dan tidak akan membunuh hidupan laut yang terkena alga itu.

“Kiriman posting seperti itu, mengaitkannya dengan apa yang berlaku di Jepun dan Pulau Pinang, menyebabkan jualan di pasar borong Kuala Lumpur menurun minggu lalu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau turut mempersoalkan mengapa pengguna begitu mudah menerima apa yang dibaca di media sosial.

“Makanan laut import dari Jepun seperti ketam besar atau kekapis, biasanya diimport terus oleh restoran Jepun di negara ini.

“Kami tidak menjualnya di pasar di sini,” katanya.

Sing turut mengecam Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang atas keengganan kerajaan menyatakan asal produk ikan dan makanan laut yang diimport.

Katanya, dengan menyatakan dari mana makanan laut itu diimport, ia dapat mengurangkan kebimbangan pengguna.

“Makanan laut dari Jepun, China, India dan Myanmar sepatutnya dilabelkan supaya pengguna yang bimbang dapat diberikan alternatif makanan laut dari negara lain.

“Makanan laut tempatan tiada masalah. Ia selamat untuk dimakan.”

Bagi membalas maklumat salah di media sosial, Sing berkata persatuan itu akan melakukan program mendidik pengguna berkenaan apa yang berlaku di Jepun dan Pulau Pinang.

Pada 29 Ogos, ribuan ikan ditemui mati di Teluk Bahang di Pulau Pinang, hingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Difahamkan antara hidupan laut yang mati adalah ikan kerapu, pari, sembilang, kembung, ketam, ikan selar dan kerisi.

Timbalan Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) di Universiti Malaya Annette Jaya Ram dilaporkan berkata kekerapan perubahan cuaca menyebabkan berlakunya bunga alga merah jambu.

Katanya, alga itu tidak toksik, tetapi ikan tidak suka bau ammonia yang kuat, jadi ikan akan berenang lebih darat untuk elak alga itu. – 13 September, 2023.

WOIT

TAK PERLU RISAU

DAN SUSAH HATI

AMIN

TOLAK MAKANAN

LAUT

AMIN

GANTI  DENGAN

IKAN SUNGAI

UDANG KOLAM

TALIPIA & PATIN

KOLAM

AMIN

MAKAN SAYUR

DAL PETAI JERING

TAK PELRU RISAU

AMIN

KHALAS

BANJIR DI LIBYA RIBUAN MATI


Banjir Libya musnahkan suku bandar, ribuan penduduk maut


Lebih 3,000 orang maut manakala ramai lagi mangsa masih belum ditemui selepas banjir akibat Ribut Daniel yang melanda timur Libya, kata seorang pegawai pada Selasa.

Bercakap kepada Agensi Anadolu, Menteri Kesihatan kerajaan yang dilantik parlimen Othman Abdul Jalil berkata kebanyakan mangsa berada di bandar pesisir pantai Derna.

Bandar dan pekan lain yang terjejas akibat bencana pada hujung minggu itu termasuk Benghazi, Bayda, Al Marj dan Soussa.

Jalil menganggarkan jumlah penduduk yang hilang mencecah ribuan orang, tetapi enggan memberikan angka yang tepat.

Sementara itu, ketua pejabat Libya bagi Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang berpangkalan di Tunisia, Tamer Ramadan melaporkan kira-kira 10,000 orang hilang selepas banjir besar negara itu.

Beliau membuat kenyataan itu pada sidang media PBB di Geneva pada Selasa melalui pautan video.

Ribut yang dikenali sebagai Daniel mula menurunkan hujan di Libya pada Ahad, mengakibatkan bencana banjir di bahagian timur negara itu.

Beratus-ratus orang telah dikebumikan di bandar Derna yang teruk terjejas, di mana dua empangan pecah.

Terdahulu, sumber Bulan Sabit Merah Libya memberitahu Anadolu bahawa jumlah kematian di wilayah terjejas mencecah 2,800 orang dengan kebanyakan mangsa mati akibat lemas atau dihempap runtuhan bangunan kediaman.

Kira-kira 7,000 keluarga masih terperangkap di kawasan terjejas, dan operasi menyelamat sedang dijalankan untuk memindahkan mereka, kata sumber itu.

Bulan Sabit Merah Libya turut kehilangan empat kakitangannya semasa membantu dalam usaha menyelamat, menurut pegawai itu.

Ketua kerajaan perpaduan Libya yang berpangkalan di Tripoli, Abdul Hamid Dbeibeh mengisytiharkan semua kawasan yang terdedah kepada banjir sebagai zon bencana, dan mengumumkan tiga hari berkabung.

Residen dan penyelaras kemanusiaan PBB di Libya Georgette Gagnon berkata beliau "sangat sedih" dengan kesan teruk taufan itu, dan menugaskan pasukan tindak balas kecemasan untuk menyokong pihak berkuasa tempatan dan rakan kongsi di rantau itu.

Laporan awal menunjukkan berpuluh-puluh kampung dan bandar terjejas teruk akibat ribut itu, dengan banjir besar, kerosakan infrastruktur dan kehilangan nyawa, tambahnya.

INI TANDA

PALING JELAS

MALAPETAKA IKLIM

SEDNAG BERLAKU

AMIN

BUMI MAKIN

PANAS 

AMIN

WAP BASAH

NAIK KE UDARA

JATUH SEBAGAI

HUJAN LEBAT

AMIN

KHALAS

LAGI IKLAN POLS


Adun PN dipanggil polis, bidas intimidasi menjelang perhimpunan dakwa Zahid

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perikatan Nasional, Hilman Idham memaklumkan beliau dipanggil polis bagi memberikan keterangan berkaitan perhimpunan membantah keputusan kontroversi oleh peguam negara untuk menghentikan perbicaraan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di ibu negara, Sabtu ini.

Adun Gombak Setia itu dalam satu kenyataan berkata, beliau akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 11 pagi esok untuk memberikan keterangan itu.

“Saya telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberikan keterangan di bawah Seksyen 112 KTJ (Kanun Tatacara Jenayah) berkait Himpunan Selamatkan Malaysia yang akan dianjurkan pada 16 September 2023 di Kuala Lumpur,” katanya.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap penganjur protes yang dirancang oleh PN pada 16 September, berkata mereka mesti mematuhi keperluan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA).

Ayob Khan berkata mengikut Seksyen 9 (1) APA, mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan perhimpunan perlu memohon permit lima hari lebih awal. 

Ketika ditanya mengenai perhimpunan yang diadakan tanpa permohonan yang diperlukan, beliau berkata tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada. 

Dalam pada itu, peguam hak asasi manusia memberi amaran kepada kerajaan dan polis supaya tidak menakut-nakutkan penganjur perhimpunan pada Hari Malaysia, Sabtu ini.

Lawyers for Liberty (LFL) juga mengingatkan kerajaan supaya tidak menggunakan APA, undang-undang yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini terhadap penunjuk perasaan yang menurut pengkritik adalah tidak berperlembagaan. 

Sementara itu, Hilman menegaskan tindakan menghalang penganjuran perhimpunan itu adalah suatu intimidasi bagi menakut-nakutkan rakyat yang mahu mendesak pendakwaan semula ke atas Zahid.

“Jelas, kerajaan ini layak digelar ‘Kerajaan ReforMATI’ kerana bersifat hipokrasi terhadap idealisme dan prinsip perjuangan mereka,” tegas beliau.


WOIT

TERBAIK

TERCUN

KAH KAH KAH

POLIS BERI

IKLAN LAGI

JENG JENG JENG

REFORMASI DAH

AJDI REFORMATI

KAH KAH KAH

KHALAS

BANJIR MAUT DI LIBYA


BANJIR MAUT

DI LIBYA

KHALAS

BERDEMO UNTUK JADI BERANI


BERDEMO

UNTUK JADI

BERANI DEMI

KEBENARAN

KHALAS

Unknown commented on 
"PEGUAM BERI AMARAN
 PADA POLIS"
Buat saja kalau berani, berani saja apa masalahnya kah kah buat tapi tak berani baik tak payah jadi hero, mereka pun tak kisah bebas atau tidak pun, walaupun mereka sendiri pun nak bebaskan diri dari kluster mahkamah jugak, dua kali lima sama perangai semua orang-orang politik memang tikus makan padi kah kah kah

IKLAN DEMO SOGO SABTU INI


IKLAN DEMO

SOGO

SABTU INI

KHALAS

Unknown commented on
 "PEGUAM BERI AMARAN
 PADA POLIS"

Nak popular nak famous kena buat lagu ini, ambil.peluang tibai tibai macam prihatin sangat lah, semuanya tak tahu rasa nadi nasi rakyat, beras boleh songlap matawang boleh sabotaj ekonomi pun sabotaj supaya dapat capai matlamat mereka bukan nak membantu tapi khianat lagi ada jugak ini tabiat biasa keturunan asalnya usul merekalah kah kah kah