Rabu, 26 Oktober 2022

SOSOK YANG BEBASKAN PENCURI WAJIB DIDAKWA



SOSOK YANG

BEBASKAN PENCURI

WAJIB DIDAKWA

AMIN

KHALAS

BANJIR - PRU AKAN DIBATAL



SPR boleh batal,
 
tangguh PRU

 jika banjir

 ganggu proses

 pengundian – Nadma
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk membatal atau menangguhkan pilihan raya di kawasan yang terjejas dengan banjir, bergantung kepada situasi bencana itu.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Pasca Bencana Nadma, Khairul Shahril Idrus berkata, SPR boleh membuat keputusan tersebut sekiranya banjir yang melanda kawasan berkenaan menganggu proses pengundian.

”Jika SPR mendapati keadaan banjir boleh mengganggu pengundi untuk keluar, ganggu proses pengundian, SPR mungkin boleh keluarkan arahan piihan raya di kawasan berkenaan ditangguh atau keputusan dilambatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi  panel dalam Program Tadbir Urus Bencana Banjir di Malaysia yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) petang tadi.

Bagaimanapun, kata Khairul, jika air sekadar di paras buku lali ia tidak menjadi satu masalah besar untuk meneruskan proses pengundian.


“SPR sudah ada ketetapan berhubung proses ini berdasarkan standard prosedur yang ada.

“Jadi keputusan untuk membatalkan pilihan raya jika banjir besar berlaku adalah keputusan SPR, bukan Nadma,” tambah beliau.

Nadma hanya bertindak mengurus bencana, sesuai dengan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).


JELAS

AMAT JELAS

AMIN

BALIK PADA

PERSOALAN

ASAS 

AMIN

DAH TAHU MUSIM

BANJIR KENAPA

NAK BUAT PRU 

AMIN

PRU15  INI

RANCANGAN NAK

BEBASKAN 

PENCURI DAN

PERSUAH DARI

MASUK PENJARA

AMIN

KHALAS

MAIL BERA BETUL



Pengampunan Najib bukan kuasa kerajaan, Umno, kata Ismail Sabri


KERAJAAN dan Umno konsisten untuk tidak mencampuri urusan mahkamah melibatkan mana-mana individu di negara ini termasuk isu berkaitan pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak yang dibangkitkan pihak tertentu.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata isu pengampunan seseorang yang telah disabitkan di mahkamah adalah terserah kepada semakan kehakiman dan Lembaga Pengampunan. 

“Isu pengampunan Najib, kuasa bukan kerajaan, bukan di tangan Umno, kita hormati apa sahaja keputusan mahkamah, ia terpulang kepada semakan kehakiman dan lembaga pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Angkasapuri Kota Media di Kuala Lumpur hari ini. 

Beliau yang juga naib presiden Umno berkata demikian ketika ditanya berkenaan kenyataan seorang penganalisis politik yang tular di Twitter, mendakwa Najib akan mendapat pengampunan penuh jika Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – Bernama, 26 Oktober, 2022.              

PEKARA INI

MAIL BERA

BERTINDAK TEPAT

AMIN

JANGAN GANGGU

MAHKAMAH

JANGAN KACAU

HAKIM

AMIN

INI MENYEBAKAN

ZAHID MARAH

PADA MAIL

AMIN

ZAHID MAHU 

MAIL CAMPUR

TANGAN

AMIN

MAIL MENOLAK

MAKA ZAHID BOM

MAIL CEPATKAN PRU

AMIN

KHALAS

KEMANA TELOR HILANG ?


Pengguna mengeluh sukar dapat bekalan telur ayam

RATA-rata pengguna kini mengeluh dan kecewa kerana sukar mendapatkan telur ayam di pasaran, lapor The Star.

Laporan itu menyebut, pemain industri bimbang keadaan ini akan berpanjangan jika kerajaan tidak campur tangan untuk menanganinya.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga-peniaga Barang-barang Runcit Malaysia Hong Chee Meng dipetik The Star sebagai berkata, masalah kekurangan bekalan telur di pasaran masih belum diselesaikan sejak isu ini diketengahkan Ogos lalu.

“berdasarkan maklumat daripada ahli-ahli kami, telur habis dalam tempoh beberapa jam sebaik dihantar ke kedai. Oleh sebab itu kedai-kedai runcit mengalami masalah stok,” katanya.

Menurut Hong, bekalan telur di pasaran terganggu ekoran peningkatan kos operasi penternak ayam menyebabkan penternak ayam terpaksa mengurangkan ternakan susulan peningkatan kos operasi.

Semalam, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi menolak syor supaya harga telur ayam diapungkan atau diimport dari luar negara walaupun berlaku kekurangan bekalan domestik ketika ini.

Pengerusinya Annuar Musa dipetik Bernama mengesahkan terdapat kekurangan lebih 96 juta biji bekalan telur sebulan berikutan pengeluaran bulanan hanya 871.9 juta biji berbanding keperluan sebanyak 968.8 juta biji susulan kenaikan kos pengeluaran.

“Kita sama sekali tidak melihat opsyen import sebagai satu penyelesaian. Pertama kerana kedudukan harga telur di luar jauh lebih mahal jadi tak mungkin kita import telur yang lebih mahal dan jual murah di negara kita selain kita nak jaga industri pengeluaran tempatan.

“Kalau harga telur diapungkan pula harga dijangka melonjak tidak kurang 12 sen maka pasukan tidak memperakukan cadangan ini walaupun pengapungan dilihat sebagai satu jalan keluar yang lebih kekal terutama sekali mengikut pandangan pengeluar di ladang,” katanya dipetik Bernama, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasukan itu, di Putrajaya semalam.

Annuar berkata ketika ini harga telur ayam di peringkat ladang bagi gred A adalah 41 sen sebiji, gred B 39 sen dan 37 sen bagi gred C.

Bagaimanapun Annuar berkata kos pengeluaran bagi sebiji telur gred A di peringkat ladang contohnya ialah sebanyak 51 sen.

Sementara itu pengeluar telur, Wong Wei Chang berkata pembelian panik menyebabkan bekalan telur cepat habis di pasaran.

Gelombang baharu selesema burung di Eropah menjejaskan industri penternakan ayam, selain peningkatan kos bahan mentah seperti jagung dan soya yang digunakan untuk membuat makananan ayam, katanya dipetik The Star. – 26 Oktober, 2022.     


INI BARU TELOR

BARANG LAIN

AKAN IKUT SAMA

AMIN

SEMUA BERPUNCA

DARI KENAIKKAN

BAHAN MAKANAN

MEMILIHARA AYAM

AMIN

INI WATAK INFLASI

SESUDAH PKP

AMIN

BANYAK LAGI

BAHAN MAKANAN

DAN BARANG

AKAN NAIK HARGA

AMIN

IMPOT BUKAN

100% JALAN

 KELUAR

AMIN

KEMBALI KE ASAS

PERTANIAN

AMIN

BUMI HIJAU

SEDIA MAKANAN

KITA SENDIRI

AMIN

 KHALAS

SENDIRI BEBAL TUDUH KAPIR


PAK LEBAI

GUNA KAPIR UNTUK

TUTUP KELEMAHAN

SENDIRI

AMIN

KHALAS

Unknown commented on
 "KAPIR BERMAKNA
 MELINDUNGI RASUAH"

Kah kah kah.... sangat bersetuju dengan komen Unknown, kapiat selalu digunakan oleh pak lobai dan yang sekutunya yang pendik akal dan yang gagal sains dan matematik masa kat sekolah dulu adalah untuk nelindungi kelemahan nyata pak lobai itu dengan mengalihkan kelemahan itu kepada orang yang lebih baik dari diorang dengan menunggang nama Yang Maha Esa untuk menguatkan dan menghalalkan tuduhan diorang keraba mereka tiada hujah yang saintifik untuk menyokong fitnah diorang. Yang dituduh kapiat itu sebenarnya adalah orang yang beriman yang berpegang kepada kepercayaan mereka yang betul mengikut cara mereka.

MULA BERKEBUN DIBELAKANG RUMAH LAWAN INFLASI



MULA BERKEBUN

DI BELAKANG RUMAH

UNTUK LAWAAN

INFLASI

AMIN

NAK BUAT BAIK TAK PERLU AGAMA



NEK BERBUAT BAIK

TAK PERLUKAN

AGAMA

AMIN

KHALAS


Unknown commented on
 "GUNA AKAL BUAT KEBAJIKAN"

nak berbuat baik tak perlukan agama..namun agama diperlukan utk menipu dan menakut warga dgn syurga dan negara..warga ditakutkan dgn hantu kopek bersaka rosmah suami najib sedang berkeliaran agar membebaskan najib anak razak..SPR adalah tuhan yg menentukan siapa menang siapa kalah, malah mata2 SB juga menentukan siapa PM 

..eh..hamid bador dah tau ke siapa naik PM??oh ya..anwar dikatakan pro israel, gamaknya semua terlupa pengarah mata2 SB berjantina wanita sudah dibebaskan kerana berkerjasama dgn CIA..tak cukup dgn dukun ,bomoh pawang2 diraja, umno sanggup belajar dgn china komunis kata arman, umno sanggup menjual malaysia demi 1mdb, umno sanggup menggunakan zionis israel utk mengitip perkakasan PH sapaerti handphone..teknologi israel lebih hebat dlm segala macam, tetapi palestin diculik dikatakan hebat hanya bole menghack hpone..warga lupa, ada palestin yg makan upah dgn israel..di zaman google dan internet,warga masih gagal melihat cahaya..disebabkan sumber kewangan tidak terancam dimata kasar..

MELAYU ISLANG TANGAN PANJANG


MELAYU ISLANG

TANGAN PANJANG

AMIN

KHALAS



Unknown commented on
 "PM TERBARU UNITED KINGDOM"

Orang cerdik akan pilih orang pemimpin yang boleh kendali negara menjadi lebih baik, bukan agama bukan bangsa tetapi kualiti manusia, sini beza sangat kena Islang kena melayu yang tangan panjang, curi rasuah tipu semua cukup sifat kah kah kah padan muka engkau orang semua

MEMAHAMI KES ZAHID HAMIDI



MEMAHAMI KES

AKAL BUDI

ZAHID HAMIDI

AMIN

BERI PENCERAHAN



Isu alam sekitar jadi topik kempen PRU15, kata pakar politik


ISU alam sekitar masih akan digunakan sebagai topik semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tetapi ia tidak akan memberi kesan berpanjangan kepada pengundi, kata pakar politik.

Mereka berkata Selangor yang dilanda beberapa isu alam sekitar seperti penebangan hutan, pencemaran air dan banjir tidak akan mendapat kritikan daripada orang ramai kerana negeri itu berjaya menangani isu tersebut.

Pakar bagaimanapun berkata negeri di bawah pentadbiran PAS khususnya Kelantan dan Kedah mungkin mendapat kritikan daripada pengundi kerana isu iklim seperti banjir, air dan pembalakan tidak ditangani parti Islam itu selama bertahun-tahun.

Rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada 19 November dalam PRU15 negara ini, hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November.

Pilihan raya umum itu melibatkan 222 kerusi parlimen, 59 kerusi DUN Perak, Pahang (42) dan Perlis (15).

Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu memutuskan untuk tidak membubarkan DUNnya kali ini manakala Johor dan Melaka mengadakan pilihan raya negeri tahun lepas.

Felo kanan di Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Dr Azmi Hassan berkata isu alam sekitar perlu dibincangkan secara menyeluruh oleh parti politik.

Menurutnya isu itu tidak mendapat cukup tarikan daripada pengundi.

Beliau berkata walaupun isu itu akan digunakan di negeri-negeri tertentu, tidak akan ada rancangan jangka panjang dalam parti yang menang untuk menangani masalah itu.

“Isu air di Kelantan misalnya akan digunakan Umno untuk menyerang pentadbiran negeri tetapi tidak akan ada rancangan jangka panjang untuk menanganinya.

“Di Selangor juga ada isu dengan alam sekitar tetapi pengundi tidak berminat dengan perkara itu.

“Isu iklim sepatutnya dibangkitkan dalam tempoh berkempen tetapi masalah rakyat kita ialah perkara itu kita ambil perhatian hanya apabila ia berlaku, selepas itu kita lupakan perkara itu,” katanya.


Bagi Dr Mazlan Ali isu alam sekitar akan dimanipulasi oleh parti semasa tempoh berkempen dan akan menjejaskan negeri yang terlibat sebaik pilihan raya negeri diadakan.

Ahli akademik itu percaya isu iklim akan menjadi salah satu topik hangat semasa pilihan raya.

“Parti lawan akan memanipulasi isu ini untuk menarik perhatian pengundi dan sebagai alat untuk menyerang parti lain. Ia akan digunakan secara meluas di Selangor, Kelantan, Kedah dan mungkin Pulau Pinang.

“Adakah ia akan menjejaskan pilihan raya negeri? Kita perlu melihat keputusan pilihan raya umum.

“Jika PAS mengekalkan Kedah dan Kelantan kemungkinan besar parti Islam itu tidak akan menghadapi masalah apabila ada pilihan raya negeri.

“PAS akan menerima tentangan hebat daripada pengundi Kelantan kerana mereka tidak dapat menangani isu itu dengan baik dan perkara ini sudah berlarutan selama bertahun-tahun.”

“Berbeza dengan Selangor beberapa projek itu bertujuan untuk pembangunan seperti lebuh raya malah mengenai air masalah itu ditangani dengan baik. Dalam sehari dua ia selesai dan cara kerajaan negeri mengendalikannya adalah sistematik,” kata Mazlan.

Aktivis Amlir Ayat pula menegaskan isu iklim bukan sahaja diperkatakan semasa tempoh berkempen malah perlu ditangani sebaik sahaja pilihan raya berakhir.

Beliau berkata sudah tiba masanya parti politik melihat isu alam sekitar sebagai masalah sosial kerana ia kini menjejaskan kehidupan seharian rakyat.

“Isu ini mesti diketengahkan dan mereka perlu mengambil pendirian dalam perkara ini. Ia tidak boleh dilihat sebagai isu alam sekitar semata-mata lagi. Kehidupan rakyat terjejas dan eksploitasi berleluasa,” katanya.

Amlir yang mengetuai Ecoknights - sebuah kumpulan alam sekitar berkata rakyat tidak berminat dengan isu iklim kerana ahli politik tidak serius dalam menangani perkara itu.

“Syarikat dan industri besar terlepas begitu sahaja, parti politik akan berkata satu atau dua perkara tetapi tidak ada kemahuan politik untuk menangani perubahan iklim

“Saya percaya jika ahli politik serius pengundi boleh membuat pendirian yang jelas sama ada pada pilihan raya umum atau negeri,” katanya. – 26 Oktober, 2022.




MASANYA

DAH SAMPAI

AMIN

PENCERAHAN 

ALAM SEKITAR

WAJIB JADI 

AGENDA NASIONAL

AMIN

YANG PENTING

KITA MULAKAN

BERI MAKLUMAT

BERI KESEDARAN

BAHAYA YANG

KITA HADAPI

AMIN

ULIT TAPI WAJIB

BUKAN HANYA

UNTUK UNDI

TAPI UNTUK

KESELAMATAN 

KITA SEMUA

AMIN

KHALAS

YANG INI HIM KE HER


Ismail Sabri ucap tahniah kepada PM baharu UK

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Rishi Sunak, di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baharu.

Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook hari ini, melahirkan keyakinan dengan dedikasi dan kepimpinan Sunak, selain berharap agar dapat bekerjasama rapat dengan rakan sejawatnya itu untuk meraih potensi hubungan Malaysia dan UK.

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan Tuan Yang Terutama (Sunak) untuk meraih potensi hubungan kedua-dua negara. Saya yakin, dengan dedikasi dan kepimpinan Tuan Yang Terutama, kerjasama sedia ada ini akan terus diperkukuh,” katanya

KAH KAH KAH

WOIT

MASA QUEEN MATI

MAIL BERA

CUNT  PIUS

KAH KAH KAH

TULIS 

HIS MAJESTY

THE QUEEN

KAH KAH KAH

TAK TAHU BEZA

HIS MAJESTY

DENGAN

HER MAJESTY

KAH KAH KAH

PM  BARU INI

HIM KE HER

KAH KAH KAH

ATAU TULIS

MELAYU

MI SPIK NO INGLIS

KAH KAH KAH

AMIN

HUJAN DATANG PAYUNG HILANG


Ramai-ramai kita berpayung mengundi

“SEDIAKAN payung sebelum hujan”. Peribahasa yang membawa maksud bersiap-sedialah kita sebelum menghadapi musibah. Payung dan hujan antara perkataan yang banyak diperkatakan malah digunakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ia menjadi perhatian sejak awal lagi, sebelum pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Ramai kelihatan tidak bersetuju dengan langkah itu meskipun di bawah Perlembagaan Persekutuan perdana menteri mempunyai kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan pembubaran. Begitu juga di peringkat negeri. Ketua menteri dan menteri besar mempunyai kuasa bagi mendapatkan persetujuan untuk membubarkan Dewan Perundangan masing-masing.

Menjadi budi bicara ketua kerajaan bagi memanggil pilihan raya mengikut kesesuaian masing-masing.

Jika kuasa itu termaktub dalam perlembagaan mengapa rakyat melahirkan kekecewaan dan marah dengan keputusan itu? Rakyat melihat dari sudut yang berbeza.

Adakah pengundi kurang arif mengenai peruntukan undang-undang? Ataupun ketua kerajaan gagal dalam memahami dengan penuh kehendak rakyat terutamanya pengundi?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun menetapkan 19 November sebagai hari pengundian. Ini kali pertama musim tengkujuh dan kemungkinan banjir besar akan berulang menjadi perhatian ramai menjelang PRU.

Rakyat tidak menolak PRU. Sebaliknya rakyat tidak mahu ia dilangsungkan ketika musim tengkujuh.

Meskipun PRU pernah diadakan pada November, di musim tengkujuh 23 tahun yang lalu tetapi ketika itu ia tidak menjadi satu perkara besar, yang ditanggapi akan menjejaskan kesejahteraan dan keselesaan pengundi untuk keluar mengundi dan memilih kerajaan mengikut kehendak mereka. PRU 1999 yang berlangsung pada 29 November, hari Isnin juga tidak menjadi polemik apabila dilangsungkan ketika musim tengkujuh.

Malangnya, hari ini keadaan telah berubah. Cita rasa rakyat juga semakin berubah.

Kali ini kelangsungan PRU pada bulan November menjadi perhatian banyak pemegang taruh. Parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, penganalisis  mengeluarkan pandangan supaya perdana menteri tidak memanggil PRU15 ketika musim tengkujuh. Ditambah dengan pendirian 12 anggota jemaah menteri dari Perikatan Nasional (PAS dan Bersatu) mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong supaya tidak diadakan pilihan raya umum pada waktu ini.

Ismail Sabri Yaakob, perdana menteri sementara menolak dakwaan bahawa beliau tidak berunding dengan jemaah menteri sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, malah menegaskan isu itu pernah dibincangkan dua kali. Beliau mengakui terdapat pelbagai pandangan bertentangan daripada pihak menteri berkaitan tindakan dan masa untuk membubarkan Parlimen.

Hampir setiap hari MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Tanda pagar atau hashtag #undibanjir juga mewarnai media sosial sejak sebelum pembubaran Parlimen diisytiharkan. Hanya tiga negeri iaitu Perlis, Perak dan Pahang yang mengambil langkah membubarkan Dewan Perundangan masing-masing. Enam negeri lain memutuskan tidak akan mengikut langkah Pusat dalam perkara ini.

Kesemua enam negeri terbabit meletakkan fokus bagi menangani banjir dan kebajikan rakyat berbanding kembali untuk mendapatkan mandat ketika musim banjir. Alasan kepimpinan kerajaan negeri terbabit, masih ada masa sebelum memutuskan pembubaran.

Ya, banjir sukar untuk diramalkan. Ia hanya satu ramalan. Ada kalanya ramalan boleh menjadi kenyataan. Banjir boleh berlaku.

Pemimpin perlu memayungi rakyat yang mengundi dan memberikan mereka mandat. Pengundi memayungi pemimpin untuk memimpin mereka dengan efektif. Beberapa kenyataan yang dikeluarkan pemimpin politik baru-baru ini dilihat menyinggung hati pengundi. Niat dan maksud kenyataan pemimpin tidak selari.

Jadi, payung boleh menjadi senjata makan diri. Malah payung juga boleh menambah undi seseorang calon. Pilihan di tangan pengundi. Dan bagaimana parti politik hendak menggunakan payung dengan berkesan?

Payung juga antara item yang diberikan sebagai hadiah ketika musim pilihan raya. Pengundi diberikan payung. Parti-parti politik menyediakan payung sebagai antara barang hadiah politik dengan harapan pengundi akan menyokong mereka. Yang kecil, yang besar dan pelbagai corak.

Justeru itu payung bukanlah item luar biasa ketika pilihan raya. Tetapi mempunyai pengertian yang mendalam.

Kali ini payung menjadi perhatian khusus menjelang PRU15 yang akan dilangsungkan ketika musim tengkujuh, dan di sebalik kekhuatiran  banjir akan melanda negara.

Parti-parti politik dan calon-calon yang bakal bertanding tiada pilihan kecuali menyediakan payung sebelum hujan dan lebih tepat menyediakan payung menjelang hari pengundian. Topi dan baju kalis hujan juga akan bertambah dalam senarai.

Jom, ramai-ramailah kita keluar mengundi sambil berpayung. – 25 Oktober, 2022.

* Dr G Manimaran ialah bekas wartawan berpengalaman membuat liputan pilihan raya sejak 1991. Beliau juga penulis bersama buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir.


AWAS

GEROMBOLAN

INI ADA PERANGAI

YANG BERKALI

KALI DIGUNAKAN

KAH KAH KAH

GEROMBOLAN

BERI PAYUNG

WAKTU PANAS

AMIN

BILA UJAN SAMPAI

AKAN MINTA

PAYUNG 

DIPULANGKAN

AMIN 

KHALAS