Lidah parti itu Harakahdaily melaporkan, ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata Pemuda PAS menyokong demonstrasi berkenaan yang akan diadakan untuk menyatakan keresahan masyarakat ke atas kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

Perhimpunan itu juga katanya merupakan hak demokrasi rakyat untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap sebahagian besar rakyat Malaysia yang menurutnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yang amat mendadak ini.