Isnin, 15 Ogos 2022

KHABAR ANGIN JADI BUKTI


Permohonan Najib kemuka bukti baru taktik lengahkan kes, kata pendakwaan


Permohonan Najib Razak untuk mengemukakan bukti baru dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd adalah taktik untuk melengahkan perjalanan dan pengakhiran kes itu, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

Timbalan pendakwa raya ad hoc V Sithambaram berhujah bahawa permohonan itu difailkan untuk memanjangkan prosiding kes SRC bagi tujuan kolateral kerana bukti kumulatif yang ingin dikemukakan oleh bekas perdana menteri itu boleh didapati oleh beliau semasa perbicaraan dan dalam apa jua keadaan, adalah tidak relevan dengan rayuan di hadapan Mahkamah Persekutuan.

"Yang Amat Arif, sebelum prosiding kes itu bermula pada April 2019, semua orang tahu bahawa hakim perbicaraan (Mohd Nazlan Ghazali) pernah berkhidmat di Maybank. Semasa kes pembelaan, ini adalah isu beban. Mereka patut membangkitkannya namun mereka tidak mengambil sebarang tindakan pada ketika itu.

“Selain itu, tiada bukti konflik kepentingan di pihak hakim Nazlan pada perbicaraan SRC seperti yang didakwa oleh pemohon (Najib). Pemohon telah membuat dakwaan berniat jahat dan semberono terhadap hakim itu, yang tidak dapat membela dirinya secara peribadi daripada kesemua dakwaan palsu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membantah usul Najib untuk mengemukakan bukti baru dalam kes SRC agar ia dibicarakan semula pada pendengaran rayuan terakhir kes itu di hadapan panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Turut bersidang hakim besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim Thiam Suan dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Sithambaram juga berkata permohonan Najib adalah berdasarkan apa yang didakwa dimaklumkan oleh beberapa individu tertentu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), justeru Mahkamah Persekutuan harus menolaknya kerana afidavit sokongan ahli Parlimen Pekan itu adalah berdasarkan keterangan khabra angin - dengar cakap.

“Afidavit Najib menunjukkan bahawa individu terbabit tidak memberitahu beliau secara peribadi apa yang mereka maklum kepada SPRM. Kenyataan mereka adalah semata-mata khabar angin - dengar cakap.

“Permohonan itu bukanlah bagi mengemukakan bukti baru sebaliknya satu ekspedisi untuk memancing maklumat mengenai dakwaan konflik kepentingan di pihak hakim Nazlan," katanya.

Pada 28 Julai 2020, Nazlan, yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi (kini hakim Mahkamah Rayuan), menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap pertuduhan pecah amanah jenayah (tiga pertuduhan) serta pengubahan wang haram (tiga pertuduhan) dan 12 tahun penjara serta denda RM210 juta bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan beliau.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun kerana hakim itu memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Pendengaran rayuan kes itu bersambung esok. 

WOIT

KENTUT ANGIN

OPPS... SILAP

KHABAR ANGIN

DIJADIKAN

BAHAN BUKTI

KAH KAH KAH

WOIT

PENDAKWA PUN

SEDAR INI

TAKTIK NAJIB

NAK LAMBAT

KES SELESAI

JENG JENG JENG

BIAR PRU15 DULU

BARU KES SELESAI

AMIN

TU PASAL ZAHID

GILA GILA TEKAN

BLURBERRY

KAH KAH KAH

AMIN

KES KENTUT DISAMBUNG ESOK



 KES KENTUT ANGIN

OPPS.... SILAP 

KHABAR ANGIN

DISAMBUNG ESOK

AMIN

NAJIB JUAL KENTUT

Bukti baharu dalam kes Najib hanya khabar angin, kata pendakwaan

MAHKAMAH Persekutuan hari ini diberitahu bahawa usaha pembelaan Najib Razak untuk menyerahkan bukti baharu dalam kes SRC International bernilai RM42 juta adalah berdasarkan apa yang didakwa oleh individu tertentu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Timbalan Pendakwa Raya V. Sithambaram berkata kandungan afidavit bekas perdana menteri itu adalah khabar angin dan mahkamah persekutuan harus menolaknya.

“Tiada apa-apa untuk mahkamah bertindak. Ini khabar angin daripada pihak pembelaan, dan sebenarnya tiada bukti baharu.

“Beliau (Najib) bergantung kepada kenyataan tiga pegawai SPRM dan dua pegawai Maybank yang memberitahu mahkamah dalam perbicaraan SRC untuk menyokong permohonan itu,” katanya.

Sithambaram berkata bahawa afidavit tersebut menunjukkan saksi ini tidak memberitahu secara peribadi kepada bekas perdana menteri itu apa yang sepatutnya diberitahu kepada SPRM.

“Kenyataan saksi-saksi itu adalah khabar angin. Mereka tidak memberitahu perayu.

“Permohonan itu bukan bidaan bukti baharu tetapi merupakan penyamaran untuk memancing keterangan dalam dakwaan konflik kepentingan di pihak hakim perbicaraan Nazlan,” katanya. – 15 Ogos, 2022.

WOIT

NAJIB JUAL

KENTUT

OPPS....

SILAP JUAL

KHABAR ANGIN

KAH KAH KAH

KHABAR ANGIN

TAK BUSUK

KAH KAH KAH

APA AKAN JADI?

SAMBUNG KE TAK?

JENG JENG JENG

AMIN

YANG KAYA DAN YANG MISKIN


YANG KAYA

TAMBAH KAYA

YANG MISKIN

PAPA KEDANA

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 

"CARA MEMBACA 
MEDIA MALAYSIA !"

Memang orang kerajaan tidak gagal lah, setiap bulan ada gaji, elaun it semua ada, senang memang terbaik, Cuba kerja luar tengok gagal atau tidak, sapu curik sampai negara nazak kah kah kah apa Bodoh nak tipu lagi, negara kaya jadi miskin kerana kena rompak siang malam lah kah kah

SABRI DI TEKAN LAGI


PRU15 kurang sesuai diadakan tahun depan, kata Zahid

Pengerusi BN itu yakin PRU15 akan diadakan tahun ini.


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi berpandangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kurang sesuai diadakan tahun depan, atas faktor ekonomi dan kadar inflasi yang mungkin meningkat.

“Saya yakin ia akan diadakan tahun ini juga kerana banyak indikator yang menunjuk ke arah itu, Saya fikir tahun ini adalah paling sesuai untuk kita adakan (PRU15),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam.

Beliau berkata kesiapsiagaan BN untuk menghadapi PRU15 telah dimulakan di semua peringkat dengan rancangan untuk bersaing dengan semangat "underdog" bagi memastikan jentera parti berusaha sebaiknya untuk memperoleh sokongan pengundi.

“Kita mesti mengusahakan lebih daripada apa yang kita perolehi terdahulu. Kita berusaha ke arah untuk dominan pada (PRU15) kali ini, walaupun kita merupakan parti underdog yang diserang daripada pelbagai sudut terutama dengan isu-isu yang banyak ditujukan kepada kita,” katanya.

Sementara itu, Zahid dalam ucapannya, berkata BN perlu tangkas menangkis tohmahan pembangkang, terutamanya di media sosial dalam isu-isu berbangkit seperti isu kapal tempur pesisir (LCS) bagi mengelak ia daripada “membunuh” BN.

Zahid, yang juga presiden Umno, berkata jentera BN tidak boleh menunggu sehingga tempoh berkempen untuk menjawab isu berkenaan.

“Tugas media sosial Wanita BN, Pemuda, Puteri dan media sosial komunikasi BN (BN Comms) adalah jawab dengan segera semua isu-isu yang dibangkitkan. Jangan tunggu. Kita kena menjangkakan terlebih dahulu,”katanya.

Dalam pada itu, Zahid berkata kepimpinan parti bersedia untuk membawa resolusi dibentang Pengerusi Wanita BN, Noraini Ahmad di konvensyen itu hari ini sebagai manifesto BN untuk PRU15.

Resolusi tersebut antaranya merangkumi penubuhan bank wanita dan universiti wanita, kelonggaran bekerja dari rumah untuk ibu yang mempunyai anak berusia dua tahun dan pindaan dalam Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan anak daripada ibu warganegara dan bapa warga asing. 

Turut hadir pada penutup konvensyen BN ialah naib pengerusinya, merangkap Presiden MCA Wee Ka Siong dan Presiden MIC S Vigneswaran serta Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir.

  INI JELAS

TEKANAN DARI

ZAHID

AMIN

SUAP DAN TEKAN

DARI PRESIDEN

GEROMBOLAN &

PENGERUSI BN

JENG JENG JENG

APA YANG AKAN

SABRI BLURBERY

LAKUKAN ?

KAH KAH KAH

AMIN

TERIMA KASIH MAT LEKEH



TERIMA KASIH

MAT LEKEH

AMIN


Mat Lekeh commented on 

"KEJAYAAN BESAR
 RAKYAT MALAYSIA"

Tahniah Enche TT kerana bersama terlibat untuk menjadikan hokkien taman oksigen kL. Satu usaha yang wajar dicontohi dan perlu dinormalisasikan budaya menghijaukan dan melestarikan alam ini.

PENCURI KATA HAKIM ADA KEPENTINGAN



Peguam Najib bangkitkan isu 'bahaya terhadap keadilan' berhubung hakim Nazlan


Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa terdapat bahaya jelas terhadap keadilan, dalam merujuk kepada hakim yang mempengerusikan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd, yakni hakim Mohd Nazlan Ghazali.

Peguam utama Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik berhujah bahawa sebagai pekerja jangka panjang Maybank, tingkah laku hakim Mahkamah Tinggi (Mohd Nazlan) sebelum ini, juga boleh memberi alasan kepada orang yang munasabah untuk mempercayai bahawa beliau tidak boleh bertindak dengan fikiran yang objektif.

Hisyam berhujah demikian dalam usul Najib untuk mengemukakan bukti baharu kes SRC International dalam usahanya untuk mendapatkan perbicaraan semula, di hadapan panel lima anggota yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Bukti tambahan yang ingin dikemukakan oleh Najib adalah berkaitan dengan penemuan baru-baru ini bahawa hakim perbicaraan (Nazlan) pada tahun 2006, ialah peguam am dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Maybank, yang mempunyai tanggungjawab keseluruhan muktamad untuk pengurusan dan pentadbiran semua jabatan undang-undang seluruh kumpulan itu.

Dalam mengetengahkan isu konflik kepentingan yang serius, pihak pembelaan berhujah bahawa pihak berkuasa penyiasat telah menyembunyikan atau gagal untuk mendedahkan bahan yang akan membolehkan Najib membangkitkan bantahan berdasarkan konflik kepentingan hakim bicara pada peringkat awal prosiding.

Hisyam juga berhujah bahawa pendengaran rayuan sepatutnya ditangguhkan sehingga satu tempoh masa, sehingga siasatan terhadap peranan hakim Nazlan selesai.

Mahkamah juga memberitahu bahawa pihak pendakwaan tidak mengemukakan bukti berkaitan hakim Mohd Nazlan yang dikatakan memiliki konflik kepentingan itu kepada pihak pembelaan semasa perbicaraan yang dimulakan pada April 2019.

Peguam itu berkata jika tidak kerana surat tanpa nama penghantar yang disampaikan kepada Najib antara 9 Mei dan 7 Julai - didakwa mengandungi bukti baharu, maka pasukan pembelaan tidak akan menyedari kewujudan perkara itu.

Beliau seterusnya berkata bahawa anak guamnya pada masa itu tidak mengetahui tentang dakwaan pengetahuan dan penglibatan hakim Nazlan dalam penubuhan SRC melalui kedudukannya (Nazlan) sebagai peguam am Maybank Investment.

Terdahulu, hakim Tengku Maimun membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk meminda notis usul Najib bagi mengemukakan bukti baharu sebelum meneruskan mendengar usul itu.

Lain-lain anggota panel hakim yang mendengar rayuan Najib bagi mengemukakan bukti baharu kes berkaitan SRC International hari ini terdiri daripada hakim besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim Thiam Suan serta Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Sekiranya Najib gagal dalam permohonan ini, Mahkamah Persekutuan dijangka meneruskan pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhi oleh hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini hakim Nazlan pada 28 Julai 2020.

Pendakwa raya utama V Sithambaram akan mengemukakan jawapan kepada penghujahan pembelaan selepas rehat tengah hari. Sesi mahkamah akan disambung semula.


KES PENCURI

PECAH RUMAH

KAH KAH KAH

PENCURI 

KATA HAKIM

ADA KEPENTINGAN

KAH KAH KAH

 MASA PENCURI

MENCURI

HAKIM ADA

DALAM BANGUNAN

KAH KAH KAH

BUKAN SAJA ADA

DALAM BANGUNAN

MALAH ADA KUNCI

UNTUK MASUK

BANGUNAN

JENG JENG JENG

INI NAMANYA

ADA KEPENTINGAN

AMIN

KHALAS

ISU HAKIM NAZLAN


Peguam Najib bangkitkan isu 'bahaya terhadap keadilan' berhubung hakim Nazlan

Peguam Hisyam Teh Poh Teik berhujah sebagai pekerja jangka panjang Maybank, tingkah laku hakim Mohd Nazlan Ghazali boleh memberi alasan kepada orang yang munasabah untuk mempercayai bahawa beliau tidak boleh bertindak dengan fikiran yang objekti

KITA TUNGGU

DAM KITA LIHAT

AMIN

BANGUNAN MAT SAKAU


 BANGUNAN

MAT SAKAU

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "JANGAN MUSNAHKAN 
KILANG OXYGEN"

TT ..lu tunjuk sana sini ..sedang stim berdakwah pada sosok kapir lahanat ..macam kata TaT cam sosok nerima hidayah ..sampai Lu tak perasan mangunan Najib Mat Sakau sedang mirhati Lu ..kahkahkah ..


Unknown commented on
 "JANGAN MUSNAHKAN 
KILANG OXYGEN"

Apa maksud gambar TT berlatarbelakangkan menara waris an berdasarkan ilmu semiotik. Biar gambar berbicara.. Kah Kah kah

NAJIB ADA BUKTI BARU


Mahkamah benar Najib pinda permohonan kemuka bukti baharu


MAHKAMAH Persekutuan membenarkan permintaan Najib Razak untuk meminda permohonannya bagi mengemuka bukti baharu dalam perbicaraan kes SRC International, yang berkaitan dengan hakim mahkamah tinggi ketika itu Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Peguam bela utama bekas perdana menteri itu Hisyam Teh Poh Teik berhujah bukti berkaitan perbicaraan hakim Mohd Nazlan yang dikatakan mempunyai konflik kepentingan tidak disediakan kepada mereka semasa perbicaraan sebelum ini.

Dalam hujahnya Hisyam berkata sampul surat tanpa nama yang dihantar kepada Najib antara 9 Mei dan 7 Julai tidak disediakan atau tidak dibekalkan pada perbicaraan (SRC).

“Najib juga tidak menyedari mengenai kewujudan SRC dan pinjaman yang diberikan kepada PPB dan 1MDB semasa beliau (Nazlan) bekerja dengan Maybank.”


Hujahan itu dikemukakan oleh peguam Najib berdasarkan bukti baharu, sebagai sebahagian daripada usaha untuk membatalkan sabitannya yang mana beliau didapati bersalah atas semua tujuh pertuduhan jenayah kerana menerima dana RM42 juta daripada SRC International pada 28 Julai 2020.

Hisyam juga berkata, Najib sudah memenuhi tuntutan di bawah Seksyen 93 Akta Mahkamah Kehakiman.

“Bukti tambahan ini akan menentukan sama ada hakim bicara boleh menjadi saksi berpotensi dalam kes SRC dan hilang kelayakan untuk mempengerusikan perbicaraan.

“Responden (pendakwaan) tidak mempersoalkan kredibiliti bukti yang sedang dicari.

“Bukti baharu itu perlu supaya tidak berlaku ketidakadilan,” katanya.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan empat hakim lain mendengar permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes SRC International Sdn Bhd sekali gus memohon perbicaraan semula.

Panel itu termasuk Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, yang ditangguh sementara menunggu keputusan rayuannya. – 15 Ogos, 2022.


LEPAS INI APA?

KITA TUNGGU

 DAN KITA LIHAT

AMIN

KAHALAS

MASUKKAN TUN KE DALAM JIL



 TUN KE TIN KE

MENCURI PASTI

MASUK JIL

AMIN

 KHALAS

panglimo potaseh commented on 
"HARI HARI AKHIR 
SAEKOR NAJIB MASIH PANJANG"

Katakan dalam sari duo ni Najib Sakau dapek pingat Tun ..abih camno ..

HASUT RAKYAT DENGAN ISU KAPAL PERANG



 HASUT RAKYAT

DENGAN ISU

KAPAL PERANG

AMIN

KHALAS