Khamis, 20 April 2023

DARI JALAN RAYA BERGERILA ANGKAT SENJATA



ANAK MUDA

DARI JALAN RAYA

KINI BERGERILA

ANGKAT SENJATA

KHALAS

BANYAK LAGI MAYAT DITEMUI



BANYAK LAGI

MAYAT DI TEMUI

KHALAS

ADA JENIS KOBID BARU


6 varian Arcturus Covid-19 dikesan di Sarawak


VARIAN coronavirus baharu dipanggil Arcturus atau XBB1.16 Covid-19 dikesan di Sarawak dengan enam kes setakat ini, kata pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) David Perera hari ini . 

Dalam laporan pengawasan terbarunya kepada pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana negeri, Timbalan Perdana Menteri Douglas Uggah, Perera berkata Arcturus bertanggungjawab terhadap peningkatan dramatik dalam kes di India. 

IHCM bertanggungjawab menjejaki varian SARS-CoV-2 di Sarawak.

Dilaporkan kesan buruk varian Arcturus baharu ini adalah yang paling teruk setakat ini dan dilihat lebih menyasarkan kanak-kanak. 

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengkategorikan varian Arcturus sebagai varian di bawah pemantauan kerana potensinya untuk meningkatkan infektiviti dan patogenik,” kata Perera dalam laporannya. 

Beliau berkata kini varian Arcturus dikesan di negeri ini dan orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan peningkatan risiko peningkatan kadar jangkitan.

Ditambah dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang tinggal hanya beberapa hari lagi, Perera berkata rakyat Sarawak mesti mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk mengelakkan jangkitan dan mencegah penularan kepada individu yang terdedah.

Mengenai varian XBB1.11.1 yang kebanyakannya ditemui di Asia Tenggara, Perera berkata terdapat 12 kes varian itu dikesan setakat ini. 

Omicron VOC (Varian Keprihatinan) kekal sebagai varian yang dominan di negeri ini, kata Perera. 

Daripada 33 sampel yang dijujukan antara 20 Februari hingga 13 April, majoriti adalah varian Omicron dengan beberapa sub-varian XBB.1 yang berbeza. 

Sampel ini didapati kebanyakannya di Kuching manakala Serian menyumbang satu dan Sibu menyumbang dua. – 20 April, 2023.

BERHATI  HATI

BERJAGA JAGA

BERWASPADA

KHALAS

RAYA SABTU




RAYA SABTU

22 APRIL 2023

RAYA RAYA

SELAMAT MAKAN

LEMANG RENDANG

KETUPAT & TAPAI

SELAMAT BERAYA

AMIN



JUAL VISA IKUT ZAHID ?


2 pegawai agensi penguat kuasa Kedutaan Malaysia di Bangladesh ditahan

DUA pegawai agensi penguat kuasa, seorang lelaki dan seorang wanita di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh ditahan reman kerana disyaki menerima rasuah berhubung pengeluaran visa untuk pelancong dan pekerja Bangladesh yang tiba ke Malaysia.

Menurut sumber kedua-duanya diarah pulang ke Malaysia dan direman tiga hari sehingga hari ini.

Tidak diketahui sama ada mereka sudah dibebaskan ataupun tidak.

Menurut sumber itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan urus niaga mencurigakan melibatkan akaun bank milik kedua-dua mereka.

SPRM membekukan lebih 20 akaun bank dan merampas aset yang dianggarkan bernilai RM3.1 juta dipercayai milik kedua-dua pegawai berkenaan.

Antara aset tersebut ialah lapan bidang tanah. – 20 April, 2023.

WOIT

JUAL VISA NI

NAK UKIT ZAHID

ATAU NAK LAWAN

ZAHID

KAH KAH KAH

KHALAS

KAHWIN PAKSA



KAWIN PAKSA

AMIN 

Unknown commented on

 "BAZAR RAMADAN

 BANGSAR UTAMA"

Pemimpin DAP dan PKR melontarkan komen yang dianggap sebagai menghina parti UMNo (Melayu) itu. UMNo boleh buat ape sekarang.!?

uMNo boleh buat ape...gentel telo saja ler..!!! Kah kah kah

'Kita ini dalam kerajaan menumpang kasih saja. Dah ada dah, DAP komen tentang Umno, Umno komen tentang DAP", kata Tok Mat Hassan


“Kalau kita keluar esok pagi pun dengan 30 kerusi, kerajaan takkan tumbang,” kata Tok Mat dalam satu wawancara bersama Umno Online baru-baru ini.

“Sebab kerajaan ada 148 (kerusi). Tak tumbang, jadi jangan acah-acah. Orang tidak takut. Jadi berperangai helok-helok.”

Baru-baru ini, bekas naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob menyifatkan keberadaan parti Melayu itu dalam kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim sebagai “kahwin paksa”.

Jangan cerita mengenai hala tuju. Bila orang dah lemas tong taik pun depa boleh berpaut..mana ada hala tuju. Hala tuju dia (Umno) adalah untuk hidup menumpang kasih..!!

Katanya, keretakan dalam gabungan antara Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) itu sudah boleh dilihat apabila sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan Umno Johor menegur beberapa pemimpin DAP dan PKR kerana melontarkan komen yang dianggap sebagai menghina parti UMNo (Melayu) itu

PETANG GERHANA


PETANG GERHANA

INI GAMBAR WARGA IPOH
BERATUR NAK BELI SANTAN
KAWAN GUA HANTAR
DIA DULU WARGA LE CHATEAU
'KINI JADI WARGA IPOH

PETANG INI GERHANA MATA  HARI
CUACA CUKUP INDAH
CUKUP MOLEK UNTUK
LAST KOPEK BAZAR RAMADAN

GUA MENUNGGU
PENGUMUMAN
PEMEGANG BOTOL BESAR....
OPS.. SILAP
PEMEGANG MOHOR BESAR
RAJA RAJA MELAYU

RAYA ESOK  KE
ARI  SABTU ?

PETANG NI
GUA BERBUKA SEPERTI BIASA
MASIH ADA LAGI KUIH
YANG GUA BELI
DI BAZAR RAMADAN
SUNGAI MERAP

JUGA 
MASIH ADA LAGI
BUAH MANGGA 
BUAH LIMAU MANIS
BUAH KUNDANG

UNTUK MAKAN MALAM
GUA NAK KELUAR
WARUNG TOMYAM
SEMUA DAH TUTUP
GUA  CARI RESTORAN CINA
MAKAN TANGGUNG SENDIRI

SELAMAT BERBUKA
AMIN

MATI TERSEPIT - AL-FATIHAH


MATI DI PIJAK

MATI DI HIMPIT

MATI TERSEPIT

AL-FATIHAH

AMIN

MEMIKUL KAVADI BERNAMA GEROMBOLAN


MEMIKUL KAVADI

BERNAMA

GEROMBOLAN

KHALAS 

Unknown commented on
 "MEMIKUL GEROMBOLAN !"

Jalan masing masing sudah, tak payah sibuk nak kahwin paksa, semua begitu, tidur sekali pun boleh bawa cerai, sudah biasa saja, tanpa gerombolon pun kerajaan masih kuat woit, jangan lupa kah kah kah asal Sabah Sarawak ada sokong sudah baru ada akal, ITU lah bila ada kuasa bawa keluar keris parang semua sampai lingkup, mana Kes Hisapudi , kenapa tak dakwa lagi? Kah kah kah semua senyap pasal pembelot kah kah kah susah bagi makan biawak hidup dia nak makan bangkai jugak woit kah kah kah

CERITO HAL RAYO !!!


CERITO

HAL RAYO

LOBIH BAIK

AMIN 


Unknown commented on 
"BERANI CAKAP KENA BUANG"

Sudah sudah lah wahai TT, cukup cukup tak mahu dengar tak mahu cakap pasal orang politik ini, baik cakap pasal masak lemang, ketupat, balik kampung, tol free, semua free, orang politik ini lebih kurang sampah masyarakat menyusahkan semua seluruh manusia dimana saja mereka berada, biar mereka semua pi mampooos terus, kita raya dengan senang hati, yang kacau buang ke laut saja kah kah kah senang kan?

KURANGKAN KEINGINAN - NIKMATI APA YANG KITA ADA


KURANGKAN

KEINGINAN

AMIN

NIKMATI APA

YANG KITA ADA

KHALAS

KOBID MASIH ADA - HATI HATI MASA RAYA



Kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital meningkat 26.2%


Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital Kementerian Kesihatan (KKM) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 26.2% pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME 15/2023) iaitu dari 9 hingga 15 April 2023 berbanding minggu sebelumnya.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti warga emas serta individu dengan komorbid namun peningkatan itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dan hospital masih beroperasi seperti biasa.

“Dari 1 Januari 2023 hingga 15 April 2023, kadar kes kematian (CFR) Covid-19 dilaporkan adalah 0.3 peratus (berbanding gelombang Delta dengan CFR yang tinggi iaitu sebanyak 2.1 peratus).

“Sebanyak 80.7% melibatkan pesakit berumur 60 tahun dan ke atas manakala 82.6 peratus adalah dalam kalangan individu dengan komorbid,” menurut kenyataan itu yang turut memaklumkan kematian pesakit yang tidak pernah divaksinasi adalah enam kali lebih tinggi berbanding pesakit dengan satu dos penggalak.

Berdasarkan data tahun ini setakat 17 April, hanya 50% atau 16,327,196 penduduk Malaysia telah menerima dos penggalak pertama dan 2.5 peratus (819,150 individu) menerima dos penggalak kedua. 

“Risiko kemasukan ke hospital dan keterukan gejala boleh dikurangkan dengan pengambilan dos penggalak.

“Justeru, orang ramai terutamanya individu berisiko tinggi disarankan untuk mendapatkan dos penggalak disebabkan berlaku penurunan imuniti dalam tempoh tiga hingga enam bulan daripada dos terakhir,” katanya. 

KKM turut mengingatkan rakyat Malaysia agar mengamalkan langkah berjaga-jaga bagi membendung peningkatan jangkitan semasa musim perayaan walaupun negara berada dalam Fasa Peralihan Covid-19.

Masyarakat juga dinasihat untuk sentiasa mengamalkan TRIIS (Uji, Lapor, Asing, Maklum dan Dapatkan Rawatan) bagi individu yang bergejala dan sekiranya ujian Covid-19 didapati positif, individu tersebut perlu mengasingkan diri, kekal berada di rumah dan tidak menerima tetamu. 

“Orang ramai digalakkan memakai pelitup muka di kawasan sesak, sempit dan ramai orang bagi melindungi golongan berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan komorbid atau imuniti rendah serta kanak-kanak daripada dijangkiti Covid-19,” katanya.

KKM turut mengingatkan orang ramai untuk mendapatkan rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan, berhenti untuk rehat seperti singgah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) bagi mengurangkan stres, rasa penat serta mengantuk. 

KOBID MASIH

ADA 

AMIN

HATI HATI

MASA BERAYA

AMIN

KHALAS

CINTA DI LUAR TABII



Cinta palsu PH-BN akan terlerai, runtuh – Pas

KUALA LUMPUR – Pas menjangkakan cinta palsu yang tiada rasa antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pasti akan terlerai kerana rumah tangga kedua-dua parti itu kini sedang berantakan, malah pada bila-bila masa boleh runtuh.

Ketua Penerangan Pas Pusat Khairil Nizam Khairudin berkata, jangkaan itu adalah bersandarkan kepada luahan daripada bekas Naib Presiden UMNO,  Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa kerjasama di antara PH-BN tidak akan berjaya.

“Pas memandang serius perkara ini.

“Ini adalah kenyataan yang benar dan telah dibuktikan dengan kenyataan daripada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang membayangkan tidak akan beri laluan kerusi buat BN di Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Di Selangor, jawatan Ketua Pembangkang diberi kepada UMNO juga dilihat sebagai penghinaan jelas,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Jerantut ini turut berkata, dengan ketiadaan rasa cinta itu, bermakna, tiadalah pengorbanan demi setia kawan.

“Pas melihat cinta palsu antara PH-BN hanyalah kerana kuasa dan jawatan selain mahu menyelamatkan kedudukan kelompok kluster mahkamah, di samping melunaskan hasrat seorang pemimpin yang ‘terlalu’ impikan untuk menjadi Perdana Menteri.

“DAP dan PH sebagai ‘abang long’ telah menggunakan kesempatan menunjukkan belangnya, pasti ramai wakil rakyat UMNO amat tidak selesa seperti yang diluahkan oleh Ismail Sabri, ujarnya lagi.

Jelasnya, Pas turut yakin Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sedang cemas dengan situasi ini, kerajaan madani tanpa cinta ini pasti roboh.

“Lebih mendukacitakan kerajaan madani ini telah pun memangsakan rakyat kerana ketidakstabilan rumah tangga kahwin tanpa rela ini,” katanya.

Sebelum ini, Ismail Sabri yang juga merupakan ahli Parlimen Bera berkata, kerjasama antara PH-BN tidak akan kekal memandangkan kedua-dua parti ini tiada rasa cinta sama ada di peringkat kepimpinan tertinggi mahuupn di peringkat akar umbi.

WOIT

APAKAH INI

CINTA KAVADI

ATAU

CINTA PALSU

DILUAR TABII

KAH KAH KAH

TANYA MAIL BERA

MENGERENG

SAMBIL NGENTOT

BOLEH KE ?

KAH KAH KAH

KHALAS

NEGARA INI SAPA PUNYA ?


Gengster lindungi peniaga asing di Pasar Borong KL, kata peniaga

PENIAGA Bangladesh dan Rohingya di Pasar Borong Kuala Lumpur sudah berani mengugut warga tempatan bagi mengelak aduan dibuat terhadap perniagaan haram mereka, kata peniaga.

Peniaga tempatan ini mendedahkan kepada The Malaysian Insight, tindakan mengugut peniaga tempatan termasuk pengerusi persatuan bukannya baru berlaku.

Peniaga yang enggan namanya disiarkan mendakwa, laporan polis sudah dibuat ke atas peniaga warga asing namun tiada tindakan keras diambil pihak berkuasa.

“Mereka sudah berani dan bagaikan kebal hingga boleh mengugut peniaga tempatan supaya tidak membuat aduan terhadap mereka.

“Mereka bertambah marah apabila kerajaan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melarang warga asing bekerja dan berniaga dalam pasar borong,” katanya.

Beliau yang berpengalaman menjalankan perniagaan sejak 10 tahun lalu di pasar itu juga mengakui masih ada peniaga tempatan mengambil pekerja warga asing sebagai pekerja di pasar.

Bagaimanapun, jumlah pekerja asing itu sudah berkurangan berbanding sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Sekurang-kurangnya ada 50-60 pekerja warga asing dalam pasar borong sekarang.

“Tetapi masalah utama kami adalah persaingan dengan peniaga asing di luar pasar borong yang menyebabkan perniagaan kami rugi,” katanya.

Seorang lagi peniaga R Subramaniam, 60, berkata kebanyakan peniaga asing di luar pasar borong menjual sayuran pada harga lebih murah berbanding mereka.

“Mereka sudah merampas majoriti pelanggan kami kerana bukan sahaja menjual lebih murah tetapi dijual secara borong dan juga runcit.

“Sepatutnya larangan pekerja asing menjalankan perniagaan yang patut dikuatkuasakan secara tegas,” katanya.

Beliau menyaksikan perkembangan yang berlaku sepanjang 25 tahun menjalankan perniagaan di pasar itu.

“Di dalam pasar borong sendiri, ada peniaga tempatan yang menyewakan ruang niaga kepada pekerja asing dari Rohingya.

“Macam mana kami hendak berniaga apabila peniaga asing yang kebal merampas pelanggan kami,” katanya.

Kata Subramaniam, surat aduan sudah banyak kali dihantar kepada pihak berkuasa namun apabila operasi dijalankan, maklumat akan bocor terlebih dahulu.

“Mereka bagai dilindungi daripada tindakan penguatkuasaan apabila maklumat operasi dibocorkan lebih awal dan kedai mereka akan ditutup pada hari kejadian.

“Malah, pernah juga pegawai DBKL yang dikepung kumpulan peniaga warga asing ini ketika operasi dijalankan. Mereka tidak takut dengan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Seorang lagi peniaga yang mahu identitinya dirahsiakan mendakwa kawasan berkenaan dilindungi gengster Bangladesh.

Lelaki itu mendakwa kegiatan haram itu mengutip wang perlindungan untuk dibayar kepada anggota penguatkuasa.

“Apabila peniaga warga asing menghadapi masalah seperti ditahan pihak berkuasa, biasanya gengster itu yang akan berunding dengan anggota penguatkuasa.

“Disebabkan itu, peniaga asing di luar pasar borong tidak takut untuk mengugut atau lawan dengan peniaga tempatan,” katanya.

Persatuan Pemborong Sayur-Sayuran Kuala Lumpur pula menegaskan, peniaga warga asing sudah tidak dibenarkan berniaga di dalam pasar borong mahupun di kawasan parkir pasar itu.

Presidennya Wong Keng Fatt berkata mereka masih mengesan warga asing itu berniaga di kawasan simpang keluar dan bangunan rumah kedai sekitar kawasan pasar.

“Bagi pekerja asing pula kami sentiasa memberi peringatan kepada peniaga supaya tidak menggajikan pekerja asing. Jika dikesan DBKL, lesen perniagaan mereka boleh dibatalkan.

“Persatuan juga ada membuat pemeriksaan di lot kedai secara berkala bagi memastikan tiada warga asing bekerja atau menjalankan perniagaan,” katanya.

Pasar borong itu kini menempatkan 216 peniaga sayur, 64 peniaga buah dan 168 peniaga ikan. – 20 April, 2023.

WOIT

NEGARA INI

SAPA PUNYA ?

AMIN

BUKAN SUSAH

NAK SELESAI

AMIN

BUAT  BALAI POLIS

DAN PEJABAT DBKL

BELAKANG PASAR

AMIN

KALAU TIDAK

BAHAYA AKAN

MEREBAK

AMIN

NAK TANYA

PENDATANG NI

HARAM KE HALAL?

AMIN

DARI MANA DAN

SAPY BEKAL BARANG

JUALAN MEREKA

AMIN

KHALAS

ORANG KAYA BERI SEDEKAH - ORANG MISKIN MATI DIPIJAK


ORANG KAYA

BERSEDEKAH

ORANG MISKIN

MATI TERPIJAK

DI PAKISTAN

DI YAMAN

AL-FATIHAH

AMIN

PEGAWAI KERAJAAN TAK BERUBAH


KERAJAAN BERTUKAR

PEGAWAI KERAJAAN

TETAP SAMA

KHALAS


Unknown commented on
 "PENCURI MENGANCAM KITA !!!"

Ingat ingat selalu, PM boleh tukar, Munke boleh tukar dengan kuasa undi rakyat tapi kaki tangan kerajaan tak boleh, siapa pimpin perangai mereka sama seperti dahulu kala, sama jalan sama berdiri ikut masing masing cara kah kah kah begitu ramai berbaris di imigresen berbaris di JPN, berbaris di semua kaunter kerajaan setiap waktu bekerja tetapi cara kerja masih sama dok tahap lama lagi kah kah kah boleh tak kita undi lilih pengarah pengarah punya kah kah saja tanya jangan marah, kalau marah batal puasa woit

CIA DI TUDUH LAGI


MAMAT ITAM 

BERGADUH

CIA DI TUDUH

BATU API

KAH KAH KAH


Unknown commented on
 "ASKAR BEREBUT KUASA RAKYAT MATI SANGSARA"

Sudah tu ada Dua kelompok Sudan selatan dikuasai Kristian Sudan Utara oleh kelompok Islam... Biasa lah Batu api CIA

NENGK ANAK BULAN PAGI



NENGOK

ANAK BULAN

KHAMIS 20/4/2023
HARI INI PAK LEBAI
AKAN NENGOK ANAK BULAN

SEBELAH MALAM 
PEMEGANG BOTOL BESAR...
OPPS SILAP...
 PEMEGANG MOHOR BESAR
RAJA RAJA MELAYU
AKAN BUAT PENGUMUMAN :     
RAYA KE TAK RAYA
RAYA JUMAAT KE SABTU

SEMUA TUNGGU
NAK BALIK KAMPUNG
NAK BERAYA
AMIN

SUDAN
PERANG SAUDARA BERTERUSAN
INI ASKAR ITAM
LAWAN ASKAR ITAM
YANG KOJOL ORANG ITAM

YAMAN
85 ORANG MATI  TERPIJAK
BEREBUT NAK DAPAT
MAKANAN PERCUMA SEDEKAH
HARI RAYA
INI PERANGAI TOK ARAB
TAK TAHU BERATUR
AL- FATIHAH

AUSTRALIA
SEMUA BERSEDIA 
NAK TENGOK GERHANA MATAHARI
HARI INI 
HARI MATA HARI SAKIT
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEJUK
LANGIT MENDUNG
GURUH KEDENGARAN
HUJAN NAK TURUN

UNGGAS DAN BURUNG SIBUK
DARI GAUNG KANAN
JANTAN BERKOKOK
DARI BUKIT KIRI
JANTAN BERKOKOK

TERKUKUR TERUS BERLAGU
HOW WOW
BERSUARA KUAT

APAKAH MEREKA TAHU
HUJAN NAK TURUN
AMIN

BRO
KITA SENYUM 
DAN RAYAKAN PAGI KHAMIS
YANG MENDUNG

BRO
JANGAN SELALU BERSANDAR
PADA ORANG LAIN
TAK SELAMNYA DIA AKAN
BERI BAHUNYA

BRO
LU AKAN DAPAT
APA YANG LU FOKUS
JIKA LU FOKUS PADA APA
YANG LU MAHU

BRO
JIKA HIDUP INI
DAPAT DI RAMAL
MAKA HIDUP KURANG NIKMAT

BRO
LU AKAN GEMBIRA 
BILA LU BERHENTI MEMBANDINGKAN
DIRI LU DENGAN
ORANG LAIN

BRO
BILA HUJAN 
CARI  PELANGI
BILA GELAP
CARI BINTANG

BRO
HIDUP INI ADALAH
RANGKAIAN RIBUAN
KEAJAIBAN KECIL
BERI PERHATIAN

BRO
LU ATUR PIKIRAN LU
JIKA TIDAK PIKIRAN LU
AKAN ATUR LU

BRO
HARGAI KEBAHAGIAN
JIKA LU PERNAH SEDIH

BRO
BILA RASA HENDAK MAKAN
BAWALAH BERAS TANAKLAH NASI
BILA MEMINTA HENDAKLAH SOPAN
SUPAYA IKHLAS ORANG MEMBERI
AMIN

SELAMT BERPUASA