Sabtu, 10 Julai 2021

LEBANON - MALAYSIA ADA PERSAMAAN



 

LEBANON - MALAYSIA

ADA PERSAMAAN

NAJIB JUGA PEMIMPIN ISLAM

 


NAJIB WARAK

ALIM PERNAH

BERI SALAM

PADA

 KUBUR NABI

AMIN

panglimo potaseh commented on

 "NAJIB TEGAS 

DAN JUJUR"

Jangan main2 sama Haji Najib ooo ..dia sangat tegas ooo ..orang lain guno santau atau pestol kochik ..Najib guno C-Ompek ..nasib baik Malaysia takdo bom nuklear, kok ado dio akan guno bom nuklear tu utk apuskan Malikol ..sobab nak apuskan Malikul satu Malaya angngus ..kahkahkah

Unknown commented on

 "MUHYIDIN 

AKAN SELAMAT"

jib tu berape ekor pengikut fake media alam maya? Pastu yg tertipu lepas terkagum nengok ramai "pengikut"nye berape ekor pulak? Kemon bro... jgn jadi melayu mudah tertipu

MADEY PECAH TEMBELANG



TUN

 RELAXLAAA

KAH KAH KAH

ZAF NAK RAYA

HARI JADI

KAH KAH KAH

JANGAN BOCOR

MAKLUMAT

KAH KAH KAH

TUN TAK SUKA

MOET CHANDON

ADA CHIVAS 

KAH KAH KAH

TAK SUKA

CHIVAS

ADA BLUE LABEL

NO WORRIES 

AMIN

 TAK SUKA 

BLUE LABEL 

MENTERI KESIHATAN

 BOLEH BAWA

 AIR SUAM

AMIN



Dr Mahathir dedah Tengku Zafrul ajak berjumpa

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau dihubungi Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pagi tadi, kata laporan.

Astro Awani memetik Dr Mahathir sebagai berkata Tengku Zafrul menghubunginya untuk bertemu, dipercayai berkaitan Jawatankuasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Presiden Pejuang itu  berkata beliau bagaimanapun belum memberi kata putus sama ada bersetuju atau menetapkan tarikh pertemuan dengan Tengku Zafrul yang juga menteri penyelaras PNN.

“Kita hendak tengoklah (pelaksanaan macam mana), nak tubuhkan badan (atau apa-apa jawatankuasa) itu mudah tetapi hendak buat kerja, (terutama) nak bagi kurang kes baharu (positif COVID-19) ini, memerlukan banyak idea baharu.

“Saya tak tahu Menteri Kewangan ini mempunyai idea macam mana nak kurangkan (jumlah kes), tetapi dia minta nak jumpa dengan saya, tak tahulah, saya tak buat keputusan lagi, saya dengar (dia telefon) pagi ini,” katanya, dipetik Astro Awani hari ini.

Dr Mahathir mendedahkan perkara itu kepada media pada Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan KEDA Pulau Tuba, di Langkawi hari ini.

Semalam, Tengku Zafrul dilantik sebagai menteri penyelaras PPN.

Menteri kewangan itu akan mengawasi pelaksanaan strategi dan inisiatif bantuan di PPN sambil mengambil langkah  intervensi proaktif yang sesuai untuk menangani wabak Covid-19 yang dinamik di negara ini.  – 10 Julai, 2021.  

SAMBIL

MINUM MINUM

TANYA ZAF

NAK AJAK

MEMBER LAIN ?

 AMIN

BARU BOLEH 

PLAN

 KERAJAAN 

PERPADUAN

KAH KAH KAH 



INGAT CARA MEMBACA BERITA DI MALAYSIA

 


INGAT

CARA BACA

BERITA

DI MALAYSIA

AMIN

JIKA DI NAFIKAN

MAKNANYA

BETUL

KHALAS




Kerajaan tidak gagal, kata Mustapa

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed berkata pentadbiran kerajaan masih lagi berfungsi seperti biasa dan berkesan dalam memastikan ekonomi negara termasuk nasib rakyat terus terbela dalam tempoh pandemik Covid-19.

Beliau berkata walaupun terdapat kekurangan, setiap pemimpin negara ini terbuka dengan segala kritikan serta pendapat pelbagai pihak khususnya mereka yang terdiri daripada pakar dalam bidang tertentu bagi menambah baik kelemahan yang ada.

“Kerajaan gagal bermakna ia lumpuh tetapi di Malaysia, Alhamdulillah pentadbiran dan institusi awam termasuk swasta masih berjalan seperti biasa, malah semua ahli politik juga bekerja untuk memastikan nasib rakyat terbela.

“Kita (kerajaan) tidak sempurna dan kita akan terus berbincang untuk menangani segala krisis terutama aspek kesihatan dan ekonomi kerana rakyat mengharapkan pembelaan daripada semua pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan sumbangan di bawah Program Bantuan Bakul Makanan menerusi pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) kepada penduduk Kampung Berdang, di Jeli, hari ini.

Mustapa berkata kerajaan akan cuba sebaik mungkin demi kebaikan negara dengan merangka pelbagai strategi antaranya menerusi pakej-pakej bantuan yang diumumkan sebelum ini.

Mengenai Program Bantuan Bakul Makanan itu, Mustapa berkata sebanyak 6,000 bakul makanan akan diedarkan di seluruh Parlimen Jeli melalui penghulu mukim, pihak masjid dan pemimpin masyarakat kepada golongan yang memerlukan dan dijangka selesai dalam tempoh seminggu.

“Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Jeli telah mengagihkan 33,800 bakul makanan kepada penduduk yang terjejas akibat Covid-19 sejak Mac 2020. Ini merupakan bantuan berterusan daripada kerajaan, pejabat Ahli Parlimen dan para dermawan untuk memastikan makanan ada di atas meja setiap rakyat dan tidak ada yang tertinggal.

“Bagi masyarakat dalam Parlimen Jeli yang memerlukan bantuan atau sekiranya ada mana-mana pihak yang tercicir daripada menerima bantuan, mereka bolehlah datang ke Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Jeli,” katanya. – Bernama, 10 Julai, 2021.

KALAU TAK

GAGAL TAK

TIMBUL SOAL

KERAJAAN GAGAL

KAH KAH KAH

KALAU TAK GAGAL

TAK ADA SAPA

AMBIL POT

KHALAS



MAKLUMAT TER KINI

 



MAKLUMAT

TER KINI

 ONLINE

Warga tua pesara Kerajaan commented on 

"POLITUKUS 

SEMUA LOKMAN ADAM"

Siapa kata PAS parti pelacur. Mereka sah menikah on line. Tok qadinya dari golok.

JANGAN FITNAH KERAJAAN

 



JANGAN FITNAH

KERAJAAN

Unknown commented on

 "FINTAH KERAJAAN"

Nape lah lu nak fitnah kerajaan. Berdosa nanti kena mintak maaf dgn kerajaan, bermakna kena minta maaf dgn 30 juta penduduk. Susah tu. Ekonomi kita memang berkembang pesat. Pelaburan asing mencurah2. Aku tak pasti dicurahkan dimana. Anak2 jiran aku semua dok relak2 kat umah tak gi kerja. Syarikat bg cuti panjang. Makan pagi petang oder je sampai pintu rumah. Kedai2 kat kejiranan ku sebaris tutup kecuali kedai tujuhsebelas. Tokey2 kedai yg tutup tu dok umah bermain ngan anak cucu 24 jam bagi menjana kualiti hidup berkeluarga. 



Rider fast food sumer ada kualiti, memiliki degree dan masters. Grab driver ramai offer keta untuk dijual sebab malas nak bayar ansuran,nak duduk umah relaks mcm org lain. Budak2 muda ramai skrg ni yg mencebur diri dlm industri penjualan, katanya jual sekam. Aku pun bangga juga budak2 ni boleh terfikir jual sekam. Ramai dah anak2 muda berminda perniagaan. Masyarakat pun ramai dah kaya raya. 



Drp dok relaks kat umah, mrk ramai2 pegi bagi hadiah makan dan keperluan harian kpd sape2 je yg kibar bendera putih tak kira bangsa atau ugama. Harga ikan kembung pulak dah naik RM20 sekilo bukti ekonomi mencanak naik. Budak2 kaki ragut pun dah relaks kat umah tak gi kerja. Sebab ramai pelanggan main dok umah tak keluar2. Yg dok umah suka ngat melayari website EPF,Baitulmal, Perihatin itu Perihatin ini mungkin nak buat derma. Orang putih kata kehidupan spt ini adalah utopia.

BANGGA DENGAN BAHASA IBUNDA




BANGGA DENGAN

BAHASA IBUNDA

Unknown commented on

 "JANGAN MALU GUNAKAN

 NAMA MELAYU"

cantiknya

MADEY TAK BOLEH SIMPAN RAHSIA

 

MADEY

TAK BOLEH

SIMPAN RAHSIA

AMIN


Dr Mahathir dedah 

Tengku Zafrul 

ajak berjumpa


JENG JENG JENG

KAH KAH KAH

KAH

PRESIDEN DI BUNUH - BEREBUT GHANIMAH

 


BEREBUT GHANIMAH

HAITI  BERBUNUHAN

MALAYASIA  SEDANG

BERGADUHAN

NAJIB PEMIMPIN WARAK

 



NAJIB

PEMIMPIN WARAK 

SUKA

 BERSEDEKAH


cikminah commented on 

"MUHYIDIN 

AKAN SELAMAT"

Betul ke NAJIB masih ada pengaruh kuat di kalangan rakyat dan 65% orang Melayu tak kisah pasal 1MDB dan sanggup terima dia jadi PM...???? Adakah pandangan ini berasaskan kajian saintefik atau kajian rambang seorang penganalisis politik kangkong....???

MALAYSIA BERJAYA

 



MALAYSIA

SUDAH BERJAYA

panglimo potaseh commented on 

"FITNAH 

TERHADAP MUHYIDIN"

Pulih ..ekonomi Malaysia makin pulih ..pulih tu apa ..mondero putih ko. Kutti Kerala dah ponek kojo untuk bangso molayu ..DEB 199O molayu dapek tak 30% ekonomi tu ..W2O2O molayu dah jadi DEVELOPED NATION matnor eay sotaraf Jopon, UK, JiRman.



 Apo jadi pado 2020 ..sapo yg kayo ..kato Kutti dan Dr Vida sapo yg rajin kojo kayo lah ..contoh yg rajin omek kojo adolah anak2, bini, sodaro2 Kutti Kerala somuo eay jadi Billionaire. Yang maleh macam den ni ha pado 2020 kok nak montodarah kono angkek bondero putih baru dapek molahap nasik dongan kichap .. ..IDOOP MOLAYU ..

MALAYSIA MENUJU NEGARA GAGAL

 



MALAYSIA

MENUJU

KE LEBANON

EKONOMI RANAP

FULUS EEELEK

POLITIKUS

MASIH BEREBUT

KUASA 

MALAYSIA

 MENUJU KE 

NEGARA GAGAL

KHALAS

SIAPA JUAL SINGAPURA PADA CHINA ?

 




SIAPA JUAL

SINGAPURA

PADA CHINA ?

JAWABNYA

UNITED MALAYS

NATIONAL 

ORGANISATION

Unknown commented on 

"SIAPA TIPU SIAPA"

lagu anak kecil main api ni... umno suke nyanyi.. lagu membodohkan melayu.. padahal kerajaan pb bersatu melayu, pas melayu, mca melayu, mic melayu.. apa lagi mau gaduh.. kerjaan tu kerjaan melayu.. kalau anak kecil main punai tu abam non kah kah kah

POLITUKUS SEMUA LOKMAN ADAM

 



POLITIKUS

SEMUA

LOKMAN ADAM

Unknown commented on

 "PENYOKONG ANWAR

 JADI LOKMAN ADAM"

No DAP NO ANWAR NO BERSATU... PN wujud lagi ke ? muhidin letak jawatan.. khalas

Unknown commented on

 "PENYOKONG ANWAR

 JADI LOKMAN ADAM"

umno dah tarik sokongan pun mudim masih PM.. apa punya lokman adam lah umno ni.

JANGAN MALAS BERFIKIR



JANGAN MALAS

BERFIKIR

Unknown commented on 

"ANWAR IBRAHIM

 TETAP CALON PM"

melayu oh melayu .... otak terpaku dan pendam dlm fikiran selama 30 tahun pasal Sivagi @ Abam dipermainkan geng2 penyamun ni . Patutlah tak maju ke depan , yg kaya orang politik racist ni . Otak diberi Allah sia2 saja .

JANGAN MALU GUNKAN NAMA MELAYU

 



JANGAN MALU

GUNAKAN BAHASA

MELAYU - BANGGA

BAHASA IBUNDA

VAGINA = PUKI

izzy commented on

 "NAJIB TEGAS DAN JUJUR"

masuk kepala cium vagina....ha ha ha

WAJIB CARI JALAN KELUAR DARI NAZAK

 


WAJIB CARI

JALAN KELUAR

DARI NAZAK

YANG MENJERUT

LEHER KITA SEMUA

Unknown commented on 

"KU LI CALON 

PERDANA MENTERI INTRIM"

Bro,sekarang lu sapot ku li pulak. Madey,Assmin camne? Sudah tukar tiup ke? Gua dah lama sapot MP dari Gua Musang nie. Skrg rasa tak best lah lu masuk kem ni.

CHINA MERAH SEDANG MERANCANG

 



AWAS !

CHINA MERAH

SEDANG MERANCANG

MUHYIDIN AKAN SELAMAT


MUHYIDIN 

AKAN SELAMAT

AMIN

SENANG SAJA

CARANYA

AMIN

MASUKAN SEMUA

TIM MAHKAMAH

TIM BANDUAN

DALAM PENJARA

AMIN

SEMUA SELESAI

KHALAS



Najib masih ada pengaruh kuat, kata pemimpin Bersatu, penganalisis

NAJIB Razak masih berpengaruh dalam kalangan rakyat ketika kerajaan Muhyiddin Yassin terus berhadapan cabaran besar menangani krisis pandemik Covid-19, kata pemimpin Bersatu dan penganalisis politik.

Penganalisis politik juga melihat pengaruh bekas perdana menteri semakin kuat kerana beliau “pandai mengambil peluang” menjuarai isu-isu rakyat yang terbeban dengan pandemik.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata pengaruh Najib yang kuat memberi kesan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

“Beliau ini popular sebab negara berdepan krisis. Jadi beliau banyak modal untuk menghentam kerajaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Faiz menjelaskan pengaruh Najib melonjak kerana beliau memainkan sentimen yang dekat dengan kehendak dan tuntutan rakyat, yang juga disifatkannya lebih beremosi ketika menghadapi pandemik yang menjejaskan hidup mereka.

Namun tindakan Ahli Parlimen Pekan itu sebenarnya hendak menyerang kerajaan dengan agenda hendak menjatuhkan kerajaan, tambahnya.

“Isu yang beliau bawa dilihat mewakili suara rakyat tetapi isu sama juga dibincangkan dalam kalangan pemimpin PN cuma tidak dihebahkan,” katanya.

Beliau merujuk antara lain kritikan dan cadangan Najib mengenai penangguhan pembayaran balik hutang bank dan kemudahan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan hari tua mereka.

“(Yang ternampak) Najib suarakan kritikan dan cadangan, dan akhirnya orang ramai mengkritik (kerajaan).

“Jadi, kita anggap beliau ada agenda untuk menyerang kerajaan dan tujuannya hendak jatuhkan terus kerajaan,” katanya.

Najib adalah antara pengkritik lantang kerajaan PN biarpun ahli Parlimen Umno adalah sebahagian daripada anggota kerajaan Muhyiddin. 

Najib juga dipercayai antara ahli Parlimen Umno yang menyokong idea Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk membawa parti keluar daripada kerajaan Muhyiddin.

Najib kembali

Pensyarah politik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berpendapat tidak mustahil Najib boleh muncul semula dalam politik, sekiranya beliau terlepas daripada tuduhan jenayah yang sedang dihadapi di mahkamah.

“Bagi saya Najib tiba pada saat dan masa yang tepat. Beliau pandai mengambil kesempatan dari sudut rakyat yang tertekan kerana pandemik Covid-19. Ibarat orang lemah, siapa yang hulur tangan dia akan sambut.

“Rakyat suka apabila tengok Najib memihak kepada isu rakyat.

“Jadi tidak mustahil beliau boleh membuat kemunculan semula dalam politik termasuk menjadi perdana menteri jika berjaya dalam rayuannya di mahkamah,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Mazlan juga menjelaskan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan halangan untuk Najib muncul semula dalam politik.

Katanya, rakyat sudah tidak kisah dengan isu 1MDB kerana merasakan hidup mereka sekarang lebih susah dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berpanjangan.

“PKP tak tahu habis bila. Ramai yang dibuang kerja, sampai ada kempen angkat bendera putih (untuk minta bantuan makanan).

“Rakyat sudah lupa isu 1MDB, lagi pun ia sudah dibicarakan. Isu itu sudah tak melekat lagi pada rakyat,” katanya.

Mazlan juga mengingatkan sokongan orang Melayu kepada Umno masih tinggi, dan mereka ini boleh jadi tapak untuk Najib muncul semula.

“Umno masih ada sokongan kira-kira 65% orang Melayu, yang secara tidak langsung menjadi political based kepada Najib.

“Dengan populariti yang Najib ada, kita tidak boleh nafikan keupayaan beliau untuk muncul semula dalam politik,” katanya.

Pensyarah politik di Universiti Malaya, Dr Awang Azman Awang Pawi juga tidak menolak Najib muncul sebagai pemimpin paling berpengaruh, yang popularitinya mengatasi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan menteri lain dalam kerajaan PN.

Malah populariti Najib itu jugalah yang memberi kelebihan kepada Umno untuk bangkit semula, selepas tersingkir dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tambahnya.

“Ini menyebabkan kedudukan Umno diyakini semakin teguh dan kuat di akar umbi,” katanya.

Awang Azman melihat pengaruh Najib dan tindakannya yang berterusan mengkritik dasar kerajaan memberi kesan kepada Bersatu dan PN.

“Rakyat menyokong kritikan Najib sehingga menyebabkan PN tidak popular dalam kalangan rakyat.

“Akibatnya, kedudukan Bersatu pudar kerana tiada watak yang berpengaruh dalam parti itu,” katanya.

Najib melepaskan jawatan presiden Umno dan Barisan Nasional selepas kerajaan pimpinannya gagal mendapatkan semula mandat rakyat dalam PRU14 pada Mei 2018.

Pentadbiran Pakatan Harapan kemudian membuka semula siasatan skandal penyelewengan 1MDB dan Najib dihadapkan ke mahkamah atas keseluruhan 42 pertuduhan melibatkan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi memutuskan Najib bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd. Beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Pada 18 Mei lalu, Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan terhadap rayuan yang dikemukakan oleh Najib terhadap sabitan dan hukuman tersebut ke satu tarikh yang belum ditetapkan. – 10 Julai, 2021. 

HURU HARA

ZAHID

HURA HARA

NAJIB

HURU HARA

ANWAR

KERANA  MEREKA

TAK

MAHU MASUK

PENJARA

AMIN

BILA MASUK

PENJARA SEMUA

AKAN SENYAP

KHALAS



FINTAH KERAJAAN

 


BRO

LU DARI MANA? 

AMIN

DARI SWEDEN KA?

 ATAU DARI BERLIN ?

AMIN

INI MALAYSIA

TIPU FAKTA

TIPU ANGKA

SATU AMALAN

KHALAS

KALAU TAK TIPU

MACAM MANA

NAK BERKUASA

AMIN



Kerajaan tipu ekonomi Malaysia makin pulih, kata pakar ekonomi

KERAJAAN tidak berkata benar apabila mengumumkan ekonomi Malaysia bertambah baik sedangkan data dan angka menunjukkan sebaliknya, kata pakar ekonomi tersohor Dr Muhammed Abdul Khalid.

Pakar ekonomi itu berkata ada beberapa penunjuk arah yang ekonomi sedang parah ketika pandemik Covid-19 ini.

Ini termasuk penguncupan dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK), peningkatan jumlah pengangguran dan pekerja yang guna tenaga tidak penuh, kadar kemiskinan meningkat serta tahap bunuh diri sangat membimbangkan.

“Ekonomi kita sudah mengecil tiga tahun ke belakang. Angka ini sama seperti tahun 2018,” kata Muhammed kepada The Malaysian Insight.


Keadaan ini lebih teruk mengikut negeri, tambahnya.

“Kalau tengok dari segi KDNK per kapita di setiap negeri, banyak negeri ke belakang. Di Sabah, lima tahun ke belakang. Di Terengganu tiga tahun ke belakang. Di Kuala Lumpur dan Selangor dua tahun ke belakang,” kata Muhammed.

Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan KDNK menguncup 5.6% pada 2020 dan pada suku pertama 2021, ekonomi menguncup lagi 0.5%.

Namun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali berkata ekonomi menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada suku kedua.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga turut berkata keadaan ekonomi negara dijangka bertambah baik tahun ini berikutan langkah pemulihan oleh kerajaan.

Sementara itu Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Aziz berkata RM150 bilion yang diumumkan dalam rangsangan kewangan terbaharu kerajaan, Pemulih, akan meningkatkan KDNK sebanyak 2%.

Bagaimanapun, Muhammed tidak percaya. Katanya, jumlah bantuan kewangan secara terus oleh kerajaan tidak cukup.

“Wang yang dibelanjakan oleh kerajaan dalam Pemulih sebenarnya sangat kecil iaitu RM10 bilion, tidak sampai 1% daripada jumlah KDNK yang dijangkakan tahun ini.

“Sebenarnya, daripada pakej rangsangan bernilai RM530 bilion yang diumumkan kerajaan waktu pandemik ini, cuma 16% berbentuk suntikan fiskal langsung.

“Menteri terlalu kedekut untuk guna duit selamatkan nyawa,” katanya.

Muhammed juga berkata, berdasarkan peningkatan kes Covid-19 dan kadar vaksinasi yang perlahan, Bank Dunia telah menilai semula ramalan pertumbuhan KDNK Malaysia tahun ini ke angka yang lebih rendah iaitu 4.5% berbanding ramalan kerajaan 6%.

“Tahun suku pun dijangka mengecil disebabkan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) terutamanya di Selangor, Kuala Lumpur yang menyumbang 40 peratus kepada ekonomi negara,” katanya.

Mengenai sektor buruh, Muhammed berkata jumlah pengangguran juga naik 44% kepada 743,000 berbanding Disember 2019.

“Ini antara paling tinggi dalam tempoh 30 tahun! Bahkan, bukan hanya ramai yang hilang kerja, tetapi yang bernasib baik bekerja kurang masa, guna tenaga tidak penuh.

“Peratusan yang kerja guna tenaga tidak penuh naik sebanyak 92% kepada 367,000 orang pada tahun lepas. Golongan muda juga tertekan, jumlah pengangguran di kalangan mereka adalah yang tertinggi.

“Di mana katanya pulih?” kata Muhammed.

Lebih ramai rakyat jatuh miskin

Turut dilaporkan, kadar kemiskinan Malaysia naik kepada 8.4% berbanding 5.6% tahun lalu kerana pandemik.

“Maksudnya jumlah isi rumah yang jatuh ke dalam kemiskinan naik dari 405,000 kepada 607,000 isi rumah. Maknanya 200,000 isi rumah jatuh miskin.

“Kalau isi rumah ada lima orang, ini bermaksud sepanjang tahun lepas, satu juga rakyat Malaysia jatuh miskin.

“Kalau ekonomi berkembang, kadar kemiskinan mesti turun. Di mana katanya pulih?”

Selain itu, baru-baru ini polis telah mengeluarkan data purata dua kes bunuh diri berlaku setiap hari sejak 2019 sampai sekarang.

Daripada 1,708 kes bunuh diri yang direkodkan, 872 orang, menjadikan satu daripada dua kes adalah remaja.

Muhammed mengingatkan ini adalah jumlah yang bahaya dikeluarkan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) dan pertubuhan kebajikan lain sejak awal tahun lalu.

“Kita tahu kita hadapi masalah ekonomi tidak berkembang, rakyat tertekan dan tiada pendapatan. Tahun lepas Unicef buat kajian di Kuala Lumpur. Seawal Ogos tahun lepas, masalah mental adalah perkara serius.

“Satu daripada lima ketua isi rumah menghadapi masalah mental terutamanya ibu tunggal. 80 peratus menghadapi stress.

“Sekarang kanak-kanak akan hadapi tekanan,” katanya.

“Ibu bapa berkata separuh daripada anak mereka hadapi tekanan dan hilang minat belajar.

“(Jika) kita tidak bertindak cepat. Tahun ini kadar kes bunuh diri dua kali ganda tahun lepas. Dan separuh (kes) bunuh diri yang tertekan adalah kanak-kanak,” katanya.

Tambah Muhammed, perubahan sosioekonomi tidak berlaku malah bertambah teruk seperti yang dapat dilihat dalam kempen bendera putih ditunjukkan rakyat yang ada masalah kewangan.

Situasi Covid-19 di Malaysia juga masih membimbangkan dengan jumlah beban kes mencapai angka 800,000, dengan lebih 5,000 kematian. – 9 Julai, 2021.

JANGAN RISAU

MAK CIK FELDA

TAK SEDAR

AMIN

KERAJAAN INI

 DIANGGAP

KERJAAN SUCI

BERSAMA PARTI

ISLAM

OPPS... MAAAF

AMIN

JANGAN

MARAH  KU LI 

TERSILAP

KAH KAH KAH

KERAJAAN

BERSAMA

PARTI PELACUR

KHALAS