Rabu, 16 November 2022

RANCANGAN JAHAT ZELENSKY


RANCANGAN

ZELENSKY YANG

AMAT JAHAT

AMIN

TEMBAK POLAND

TUDUH RUSIA

 KETIKA G20

MESYUARAT DI BALI

KHALAS

MUHYIDIN PM SEKALI LAGI ?


Tinjauan badan global dapati Muhyiddin calon PM paling popular


Firma pendapat awam global YouGov meletakkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri paling popular dalam kalangan calon gabungan lain yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beberapa hari sebelum bilangan pengundi terbesar dalam sejarah Malaysia keluar mengundi pada 19 November.

Tinjauan terbaru YouGov itu berkata, Muhyiddin, yang mengetuai kerajaan Malaysia ketika kemuncak pandemik Covid-19 menerima “penerimaan terbaik" dalam kalangan satu pertiga (33%) pengundi, berbanding tiga pemimpin gabungan lain yang bersaing untuk jawatan tertinggi dalam negara itu.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim berada di tempat kedua, dengan 29% penerimaan. 

Manakala Perdana Menteri Ismail Sabri berada di tempat ketiga dengan 22% responden memberikan pandangan positif terhadap beliau.

Sementara itu, pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad yang tidak menolak mungkin kembali menjadi perdana menteri buat kali ketiga, menduduki tempat terakhir dengan 14%.

Populariti ahli politik veteran itu didapati lebih rendah berbanding Abdul Hadi Awang, walaupun presiden PAS yang bersekutu dengan Muhyiddin tidak menyatakan minat untuk menduduki jawatan tersebut.

Dapatan YouGov itu dilihat senada dengan tinjauan serupa dijalankan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM), di mana ia mendapati Muhyiddin adalah tokoh paling dipercayai, diikuti Anwar di tempat kedua.

Muhyiddin berkhidmat sebagai perdana menteri selama kira-kira 17 bulan, sebelum beliau terpaksa berundur pada Ogos 2021 selepas mendapat tekanan daripada sekumpulan pemimpin Umno yang bersekutu dengan Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Sementara itu, tinjauan YouGov terhadap pengundi secara individu juga mendapati PH mungkin mendapat bahagian terbesar undi sebanyak 35%, namun tidak menamakan gabungan itu sebagai pemenang. 

Manakala PN berada di tempat kedua sebanyak 20%, diikuti BN sebanyak 17%.

“Walaupun PH mungkin menunjukkan prestasi yang baik di kawasan bandar di Malaysia, bilangan pengundi yang jauh lebih rendah diperlukan untuk memenangi kerusi di kawasan luar bandar di mana BN dan PN berkemungkinan menunjukkan prestasi yang baik di mana (kedudukan) dalam Parlimen mungkin akan menjadi sangat kompleks,” kata Campbell White, yang mengetuai YougGov Asia Pasifik.

Pilihan raya di Malaysia yang menggunakan sistem "First Past The Post", selain pemetaan pilihan raya di mana kawasan bandar besar masih diwakili satu kerusi di Parlimen menjadikan undi popular tidak semestinya menunjukkan sesebuah parti boleh mendapat majoriti kerusi untuk membentuk kerajaan.

Namun, White berkata sistem itu akan menimbulkan risiko kepada gabungan berasaskan Melayu seperti BN dan PN, kerana undi Melayu akan berbelah bagi antara dua gabungan itu di Semenanjung Malaysia.

Dari segi isu, penemuan YouGov menunjukkan kos sara hidup menjadi keluhan utama pengundi (51%), diikuti integriti kerajaan, pendapatan, kestabilan, hak Bumiputera, pendidikan dan pekerjaan.

Sementara itu, isu-isu seperti kebebasan peribadi, alam sekitar dan jenayah didapati gagal menarik perhatian pengundi.

Tinjauan YouGov dijalankan antara 8 dan 14 November, melibatkan 2,687 warganegara Malaysia berdasarkan "demografi khusus" bagi memastikan responden mewakili populasi mengikut umur, jantina, etnik, tahap pendidikan dan kawasan pengundian.

WOIT

MUHYIDIN SEKALI

LAGI ?

KAH KAH KAH

KALI PERTAMA

NASIB TAK BAIK

ADA KOBID

KAH KAH KAH

LALU JADI

KERAJAAN GAGAL

KAH KAH KAH

BOLEH KAH

BERJAYA KALI NI

AMIN 

KHALAS

SPRM GELEDAH PEJABAT RAFIZI

 



SPRM sahkan ambil dokumen dari pejabat Rafiz


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil beberapa dokumen daripada pejabat Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli semalam.

Sumber agensi antirasuah itu berkata tindakan tersebut bagi membantu siasatan terhadap pengisytiharan aset Rafizi berhubung syarikat analisis datanya Invoke Solutions Sdn Bhd.

Sumber itu menafikan SPRM menyerbu pejabat syarikat itu, seperti yang didakwa Rafizi malam tadi.

“Bukan serbuan. Kami hanya ambil dokumen susulan laporan yang dibuat oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kami akan menyiasat setiap laporan yang dibuat,” kata sumber SPRM. 

Ketika berucap pada ceramah Ceramah Mega Ayuh Malaysia, Kita Boleh di Wangsa Maju malam tadi Rafizi mendedahkan SPRM menyerbu pejabat Invoke, dan kakitangannya disoal siasat selama tujuh jam.

Katanya, serbuan berkenaan tamat sekitar jam 9 malam. 

Beliau membidas SPRM kerana menjadi alat politik kerana segera menyiasat dirinya, tetapi  tidak mengambil tindakan  terhadap dakwaan projek kapal tempur pesisir (LCS) dan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion yang didedahkannya sebelum ini.

“Kenapa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kes rasuah yang didedahkannya termasuk dakwaan salah laku yang melibatkan skandal kapal tempur pesisir (LCS)?

“Mana maruah awak SPRM? Rakyat membangkitkan LCS, isu berkaitan keselamatan negara dan infrastruktur tebatan banjir, yang mana bukti telah disediakan – namun siapa yang mereka putuskan untuk mengejar? Budak kecil,” katanya.

Baru-baru ini, NGO Pertubuhan Jalinan Perpaduan Malaysia membuat laporan kepada SPRM terhadap Rafizi berhubung pengisytiharan asetnya sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pergerakan itu mempersoalkan sumber dana RM16 juta untuk Invoke, seperti yang dinyatakan dalam pengisytiharan aset Rafizi.

Rafizi juga berdepan tindakan undang-undang daripada Menteri Alam Sekitar dan Air  yang juga Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tindakan saman itu berhubung kenyataan Rafizi mendakwa menteri itu telah memberi kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion selepas pembubaran Parlimen. 

Dalam ceramah malam tadi, Rafizi juga berkata beliau akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai kelulusan projek tersebut hari ini.

“Tuan Ibrahim fikir saya hanya ada satu dokumen untuk didedahkan, jadi dia panik dan mengancam untuk menyaman saya.

“Biasanya, apabila saya dedahkan sesuatu, saya boleh heret selama berbulan-bulan. Esok (hari ini) jam 11.30 pagi, saya akan menyampaikan tamparan maut kepada PAS dan Perikatan Nasional (PN).

“Saya akan tunjukkan memang ada projek yang diluluskan selepas Parlimen dibubarkan. Saya mahu lihat bagaimana PN bertindak balas,” katanya.

Beliau mendakwa Kementerian Alam Sekitar dan Air sedang dalam proses untuk menganugerahkan tender secara rundingan terus kepada sebuah syarikat kontraktor menerusi surat bertarikh 7 Oktober 2022, sedangkan ia tidak boleh dibuat oleh kerajaan sementara.

Susulan dakwaan itu, Tuan Ibrahim menjelaskan surat yang ditunjukkan Rafizi bukan dikeluarkan beliau atau kementeriannya, selain tarikh surat dikeluarkan sebelum Parlimen dibubarkan.  – 16 November, 2022. 

WOIT

INI SUDAH BERAT

KAH  KAH KAH

BELUM APA APA

SPRM UDAH MASUK

KAH KAH KAH

INI BELUM JADI YB

BELUM 

JADI MENTERI

KAH KAH KAH

SPRM NI

AMAT AKTIF

KAH KAH KAH

SIASAT PEMBOCOR

BUKAN SIASAT

PENJENAYAH

KAH KAH KAH

KHALAS

MAIL. BERA PM SEKALI LAGI



Lebih 52% pengundi percaya Ismail perlu terus jadi PM, menurut tinjauan


Lebih 52% responden dalam kalangan pengundi percaya Ismail Sabri Yaakob wajar diberikan peluang untuk terus menjadi perdana menteri Malaysia, di mana 57% lagi bersetuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada hujung tahun ini.

Kajian Tahap Penerimaan Rakyat terhadap kerajaan dan Dasar Keluarga Malaysia oleh Ilham Centre yang dilakukan pada 20 Oktober hingga 6 November 2022 itu merangkumi 1,211 responden di seluruh semenanjung.

Daripada keseluruhan responden, 52.8% berkata Ismail wajar diberi peluang untuk menjadi perdana menteri bagi tempoh yang lebih panjang bagi kepentingan rakyat berbanding 27.9% yang tidak bersetuju sementara 19.3% lagi mengatakan mereka tidak pasti.

Dalam pada itu, berdasarkan keadaan semasa, sebanyak 56.8% bersetuju pilihan raya perlu diadakan pada hujung  tahun ini, manakala 32.3% lagi tidak bersetuju sementara 10.9% mengatakan mereka tidak pasti.

Kurang dari 50%, iaitu sebanyak 49.1% responden berkata Malaysia mempunyai pencapaian yang baik berbanding negara serantau dalam menangani kesan langsung ekonomi dunia berbanding negara serantau, manakala 25.9% tidak bersetuju dan 24.9% berkata mereka tidak pasti.

Mengambil kira senario politik negara, 45.6% responden bersetuju Ismail adalah pilihan yang wajar sebagai calon perdana menteri, sementarai 33.1% lagi tidak bersetuju dan 21.3% lagi mengatakan mereka tidak pasti.

80% responden bersetuju dengan langkah pentadbiran Ismail membuka semula sektor ekonomi negara pada April 2022, berbanding 6.5% tidak bersetuju dan 13.5% berkata mereka tidak pasti.

Sementara itu, 78.0% responden bersetuju subsidi RM77.7 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan pimpinan Ismail adalah perlu dan menyokong pemulihan ekonomi, manakala 39.9% berkata Majlis Pemulihan Negara yang dipengerusikan oleh bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin adalah pembaziran dana awam dan menyukarkan usaha Ismail dalam menyelesaikan masalah rakyat bagaimanapun 34.1% tidak bersetuju sementara 26% lagi tidak pasti.

Sebanyak 89.1% berkata tindakan kerajaan untuk meningkatkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia kepada RM2,500 adalah "sangat baik", sementara 87.3% bersetuju dengan langkah mengurangkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin sebanyak dua mata peratusan.

BERI MAIL BERA

JADI PM 

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH

MAIL TAK SEMPAT

UBAH PRICINT

DI PUTRAJYA

KE MELAYU

AMIN

MAIL TAK SEMPAT

UBAH NAMA

BANGSAR SOUTH

KE NAMA ASAL

KG KERINCHI

AMIN

BERI PELUANG

MAIL BELAJAR BI

SEKALI LAGI

TAK PERLU CAKAP

MELAU DENGAN

NANCY PELOSI

ATAU BIDEN

KHALAS

ZAHID NAK SINGKIR MAIL BERA ?



Perdana Menteri kecewa tiga Menteri Kabinet tersingkir


KUALA SELANGOR –  Ismail Sabri Yaakob kecewa apabila beberapa Menteri di dalam Kabinetnya disingkirkan daripada senarai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, keputusan parti yang menyingkirkan nama-nama besar itu yang berpotensi mempertahankan kubu kuat UMNO hanya akan memberi kesan kepada keputusan pada 19 November ini.


“Saya sendiri memang rasa kecewa bila rakan-rakan saya terutamanya Menteri saya dalam Kabinet tidak dapat bertanding.

“Jadi ia boleh menjejaskan keputusan PRU15 nanti,” katanya pada sidang media di Puncak Alam Driving Range, Bandar Puncak Alam, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, mereka yang disingkirkan itu bagaimanapun tidak mengambil bertindak bertentangan dengan parti dan kembali memenangkan BN.

“Bagaimanapun kami berjiwa besar dan meletakkan kepentingan parti daripada kepentingan diri sendiri.

“Memang betul pada awal mereka kecewa tetapi akhirnya mereka kembali perjuangan untuk memenangkan BN,” jelasnya.

Ismail yang juga Naib Presiden UMNO menyifatkan tiga tokoh yang gagal bertanding semula itu merupakan calon boleh menang di kawasan masing-masing.

“Saya percaya calon boleh memang, saya percaya  Noh Omar, nama besar ini bila bertanding di Tanjong Karang pasti menang.

“Dari segi ramalan, kawasan dia adalah putih, memang boleh menang,  Annuar Musa calon boleh menang di Ketereh.

“ Salleh di Jempol dan beberapa nama lagi yang besar yang tidak dicalonkan memang boleh menang,” katanya lagi.

Pada 3 November lalu, Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir mengesahkan Noh Omar dan  Mohd Salim Mohd Sharif tidak dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang di Selangor dan Jempol di Negeri Sembilan.

Selain itu, BN juga menamakan dua calon langsung daripada Pas dan bekas pemimpin Pas, masing-masing  Che Abdullah Mat Nawi di kerusi Parlimen Tumpat dan Khairuddin Al-Ketati di Parlimen Kuala Nerus. – 

WOIT

MAIL BERA

NASIB BAIK

KALAU TIDAK 

MAIL BERA PUN

KENA TENDANG

AMIN

ZAHID NAK BUAT

PEMBERSIHAN

KAH KAH KAH

INI BUKTI ZAHID

MAHU JADIKAN

MAIL BERA

POSTER KOYAK

KAH KAH KAH

SEKARANG BARU

MAIL BERA

BERANI BERSUARA

KAH KAH KAH

KHALAS

KEDAI ONLINE - MEWAH DIMILIKI POLITIKUS



‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik

MENJELANG pilihan raya umum pada Sabtu ini, sekumpulan rakyat prihatin tidak dikenali mendedahkan pembelian boros oleh ahli politik di platform dalam talian bernama voteordie.shop.

Menurut “kedai dalam talian” itu, ia ingin memperlihatkan kekayaan melimpah-ruah yang dikumpul oleh elit politik Malaysia melalui pelbagai cara selama bertahun-tahun mereka berkhidmat.

Laman web itu berkata walaupun purata gaji rakyat Malaysia ialah RM3,037, gaji minimum pada 2022 adalah separuh daripada itu.

Pencipta laman web itu juga mempersoalkan sama ada rakyat Malaysia diwakili dengan betul oleh ahli politik yang mempamerkan barang kemas dan pakaian bernilai lebih daripada kebanyakan rakyat Malaysia akan lihat sepanjang hidup mereka.

Antara barangan yang dipaparkan di laman web itu sebagai “untuk dijual” ialah jam tangan Richard Mille RM033 Extra Thin seperti yang didakwa dipakai oleh Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi, bernilai RM423,150.

Laman web itu turut menampilkan jam tangan Aquaracer CAF101A berharga RM6,806, model sama yang kononnya dipakai Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim.

Ia menyenaraikan jam tangan Patek Philippe Nautilus bernilai RM414,584, yang dikatakan dipakai oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Barangan paling mahal yang disenaraikan di laman web itu ialah jam tangan Felipe Massa Rose Gold bernilai RM1 juta seperti yang didakwa dipakai oleh penyandang Ketereh Annuar Musa.

Turut disenaraikan ialah barangan mewah yang kononnya dipakai Najib Razak dan ahli keluarganya, baju dan kasut perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob, serta selipar mahal Annuar, berharga RM4,650.

Rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada Sabtu ini. – 16 November, 2022. 

MI SPIK 

NO INGLIS

PUN PANDAI

PAKAI BAJU

KAH KAH KAH

DIA PESAN

SENDIRI ATAU

SURUH TAMBI

BUAT KERJA

KAH KAH KAH

BORANG SEMUA

DALAM BI

KAH KAH KAH

CUNT PIUS

MAIL BERA

KAH KAH KAH

AMIN

RANCANGAN ZAHID BERJAYA




Amaran banjir 

kilat di Semenanjung,

 Sarawak
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran risiko banjir kilat serta ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak dalam tempoh 24 jam bermula hari ini.

MetMalaysia menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) hari ini memaklumkan hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di Pulau Pinang iaitu Nibong Tebal, Bukit Mertajam, Butterworth dan beberapa mukim sekitar negeri itu.

Hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di beberapa lokasi berisiko di sekitar Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Manjung di Perak, manakala di Kedah pula melibatkan kawasan Kuala Muda, Bandar Baharu dan Kulim.

Di Sarawak pula melibatkan kawasan Limbang, selain diramal penumpuan angin di barat dan tengah negeri itu dalam tempoh 16 hingga 18 Nov yang berpotensi menyebabkan ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga malam. – BERNAMA
 

WOIT

INI RANCANGAN

ZAHID BUAT PRU

MUSIM BANJIR

AMIN

BILA PENGUNDI

KURANG MAKA

GEROMBOLAN

MENANG BESAR

AMIN

KITA WAJIB

GAGALKAN

PROJEK ZAHID INI

KHALAS

EKONOMI KITA DALAM BAHAYA

Dr Mahathir beri amaran kesan ringgit yang semakin lemah


KEJATUHAN nilai ringgit yang berterusan berbanding dolar AS akhirnya akan menyebabkan mata wang tempatan ditolak untuk semua pembayaran, Dr Mahathir Mohamad memberi amaran hari ini.

Perdana menteri dua kali itu, yang memperkenalkan penambatan ringgit kepada dolar semasa krisis kewangan Asia 1998, berkata penurunan nilai hanya akan membawa kepada kos sara hidup yang lebih tinggi.

“Akhirnya mata wang tempatan akan ditolak dan dolar akan digunakan dalam pembayaran bil hotel dan restoran.

“Mata wang tempatan akan ditolak untuk semua pembayaran walaupun untuk jualan barangan berharga,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata nilai ringgit adalah kurang daripada susut nilai semasa krisis kewangan 1998.

“Sebelum ini kita memerlukan RM 3.80 untuk membeli import bernilai satu dolar, kini kami memerlukan RM4.70,” tambahnya.

Ringgit didagangkan pada RM4.51 berbanding satu dolar pagi ini.

Dr Mahathir berkata apabila mata wang susut nilai, ia tidak akan dapat memulihkan nilai sebelumnya.

“Penyusutan nilai menjadikan kita miskin. Susut nilai berterusan menjejaskan nilai pelaburan dalam saham atau projek.

“Penurunan nilai membawa kepada lambakan saham dan pelaburan oleh pelabur asing. Ia membawa kepada penjualan saham.

“Ini seterusnya membawa kepada kejatuhan nilai ringgit. Pinjaman yang diambil dalam dolar AS kos lebih tinggi untuk perkhidmatan dan pembayaran balik. – 16 November, 2022. 


WOIT

POLITKUS MASIH

GILA KUASA

AMIN

RINGGIT MAKIN

JATUH

AMIN

MALAYSIA AKAN

JADI ZIMBABWE

AMIN

MI SPIK NO INGLIS

MI NO EKONOMI

KHALAS

PROGRAM ANTIFA BERSAMA NOAM CHOMSKY


ESOK MALAM

JAM 9.00

DALAM TALIAN

BERSAMA

 NOAM CHOMSKY






DENGAR NASEHAT INI - EKONOMI DUNIA AKAN MELEDAK RUNTUH


DENGAR KATA

PAK CIK INI

AMIN

EKONOMI DUNIA

AKAN MELEDAK

RUNTUH

KHALAS

MASA DEPAN ZELENSKY



ZELENSKY


AMERIKA DAH LETIH
EROPAH DAH LETIH
EKONOMI DUNIA
DAH HURU HARA
PERANG UKRAINE
MASIH BERTERUSAN

TAKDA JALAN LAIN
MELAINKAN CARI DAMAI

TAPI NAMPAKNYA
PRESIDEN  UKRAINE
ENCIK ZELENSKY
MASIH DEGIL

JANGAN RISAU
DARI SEJARAH DULU DULU
KALAU BARUA AMERIKA
DEGIL TAK IKUT ARAHAN
AKAN BERLAKU KEMALANGAN
KAH KAH KAH

SEMUA BOLEH DI ATUR
HELIKOPTER BOLEH JATUH
KERETA BOLEH TERBABAS
LEMBU BUNTING BOLEH
MELINTAS  TENGAH JALAN
KAH KAH KAH

KITA LIHAT APA
AKAN  JADI PADA
ZELENSKY
SELAMAT ATAU TIDAK
KHALAS

CERAMAH MALAM INI DI BATU

 


CERAMAH

 MALAM INI

DI BATU

KHALAS