Selasa, 18 Oktober 2022

IMRAN KHAN SOSOK HEBAT



SOSOK HEBAT

TANDING 7 KERUSI

MENANG 6

AMIN

INI NAMANYA

IMRAN KHAN

AMIN

SATU TABEK UNTUK MUDA


Pengundi Muar selesa dengan Muda, mahu Syed Saddiq kekal ahli Parlimen

PENGUNDI di Muar, Johor, bersedia untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, mereka berkata parti ahli Parlimen Muar yang berasaskan anak muda itu telah membuktikan keupayaan mereka walaupun baru dalam arena politik.

Yang lain masih membawa sentimen mereka akan mengundi mana-mana parti kecuali Barisan Nasional (BN) atau parti mereka yang berpaling tadah, menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang selepas hanya 22 bulan memerintah.

Seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Jalil berkata beliau akan mengundi untuk Syed Saddiq atau sesiapa sahaja daripada pembangkang.

“Orang dalam parti (Muda) ini muda, dinamik dan kita boleh lihat apa yang Syed Saddiq lakukan apabila orang memerlukan bantuan.

“Daripada memberi bantuan semasa pandemik Covid-19 hinggalah kepada pelajar dan penduduk Muar, mereka telah melakukannya.

“Rakyat kawasan itu dijaga. Itulah yang kita panggil pemimpin, wakil rakyat,” kata lelaki berusia 55 tahun itu.

Jalil mengalu-alukan kerjasama pilihan raya antara Muda dengan PH, mendakwa ia akan menguntungkan pembangkang.

Beliau berkata walaupun Syed Saddiq tidak bertanding di Muar, beliau akan mengundi untuk calon Muda atau PH.

“Sesiapa sahaja dari Muda atau PH, adalah pilihan saya,” kata bapa kepada empat anak itu.

Seorang lagi pengundi, Tee, 34, berkata beliau akan mengundi Syed Saddiq kerana ahli Parlimen Muar itu tetap setia kepada rakyat tanpa mengkhianati mereka dengan berpaling tadah.

“Syed Saddiq mempunyai peluang untuk melompat (parti) tetapi dia tidak melakukannya. Sebaliknya beliau menubuhkan parti baharu dengan golongan belia dan terus membantu penduduk di sini.

“Dia berdepan tekanan, orang ramai membuat tuduhan (jenayah) terhadapnya tetapi dia tidak berundur. Dia tetap dengan keputusannya (tidak berpaling tadah). Itulah jenis pemimpin yang saya mahu undi,” kata ahli perniagaan itu.

Tee berkata beliau tidak akan sekali-kali mengundi BN atau sesiapa sahaja daripada Perikatan Nasional, atau mana-mana parti yang mempunyai pembelot.

“Saya tidak mahu mengundi BN kerana nasib kita akan sama seperti 60 tahun lepas dan ia akan menjadi satu langkah ke belakang.

“Apabila kita fikir rakyat Malaysia ada perubahan, beberapa ahli politik gila kuasa berpaling tadah yang menyebabkan kerajaan PH tumbang.

“Jika bukan kerana mereka, PH akan terus menjadi kerajaan,” katanya.

Tee berkata beliau akan mengundi Muda dan berharap Syed Saddiq bertanding di Muar. – 17 Oktober, 2022.

SATU TABEK

UNTUK MUDA

AMIN

PARTI MASA

DEPAN ANAK

UNTUK

SEMUA BANGSA

AMIN

KHALAS

APA MAKNA P. U


MAKNA P. U

TEPAT BIJAK

BETUL LAGI SAHIH

AMIN

KHALAS



Unknown commented on 
"PAGLIMO POTASEH
 PU NI APA ?"

penyemburit ummah

GANJA DAN KETUM BAIK UNTUK KESEHATAN


Boleh daftar ganja sebagai ubat jika ada bukti kukuh, kata KJ

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan membuka pendaftaran bagi ubat berasaskan kanabis jika terdapat bukti kukuh bahan itu boleh digunakan dengan selamat dan berkesan dalam merawat pesakit, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Pusat Penyelidikan Klinikal (ICR) di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan sedang mengadakan semakan dan perbincangan bersama pakar-pakar terutamanya dalam bidang ekologi dan rawatan paliatif.

“Ia turut melibatkan pakar dalam perkhidmatan yang memberi rawatan untuk keadaan tertentu seperti epilepsi dan mereka sedang semak data dari negara luar dari segi keberkesanan dan keselamatan penggunaan kanabis dalam kondisi (penyakit) tertentu.

“Sekiranya semakan pakar mendapati bahawa ada bukti kukuh kanabis boleh digunakan selamat dan berkesan, maka kita boleh buka untuk pendaftaran bagi indikasi (penggunaan untuk rawatan penyakit tertentu) itu,” katanya pada sidang media selepas majlis serahan Pusat Jantung Hospital Serdang, hari ini.

Khairy berkata adalah penting untuk memastikan pakar tempatan berpuas hati bahawa kanabis memang boleh digunakan untuk kondisi tertentu.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan akan memutuskan pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun ini. Bernama, 17 Oktober, 2022.


GANJA & KETUM

TANAMAN ASLI

AMIN

DAH BERIBU

TAHUN DIGUNAKAN

UNTUK UBAT

UNTUK REKREASI

AMIN

BILA INGGERIS

SAMPAI GANJA

KETUM JADI HARAM

AMIN

YANG HALAL

BEER WHISKI DARI 

KILANG INGGERIS

AMIN

INI PROJEK

KOLONIAL

AMIN

KHALAS

RAMAI CALON PIEM


RAMAI BETUL

CALON PIEM

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on 
"TUGAS MAIL BERA
 BELUM SELESAI"

Ramai sangat calon ingin jawatan PM ini, bukan seekor dua entah berpuluh top five nak jugak bila lagi nak buat duit, kah kah kah, manusia begini lah sentiasa rakus nafsu kuat amin kah kah

GANJA - SATU LANGKAH BETUL

 




ICR sedia protokol kajian untuk ubat berasaskan ganja


INSTITUT Penyelidikan Klinikal (ICR) sedang menyediakan protokol berhubung kajian untuk ubat berasaskan kanabis dan beberapa prosedur lain sebelum ia dibenarkan digunakan dengan selamat untuk pesakit.

Pengarahnya Dr P.Kalaiarasu berkata proses itu juga perlu melalui beberapa kajian dan memenuhi syarat-syarat tertentu kerana membabitkan kegunaan pesakit.

“Memang ada pertanyaan berkaitan penyelidikan kanabis iaitu yang dikaitkan dengan kanabis perubatan, dalam suasana sekarang perlu ada data yang sesuai berhubung perkara itu kerana ia untuk kegunaan pesakit (digunakan dengan selamat untuk merawat penyakit).

“ICR telah memulakan perbincangan dengan pakar perubatan dari segi penyediaan protokol dan seterusnya kami berbincang dengan pakar-pakar dari luar negara untuk pengendalian kaji selidik kanabis perubatan itu bagi kegunaan di sini (Malaysia),” katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Persidangan Kajian Klinikal Kebangsaan ke-14 2022 (NCCR2022) oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Mengulas lanjut, Kalaiarasu berkata dalam proses pembentukan protokol, pihaknya perlu meneliti beberapa aspek termasuk etika, penggunaannya dan kesan sampingan penggunaan ubat berasaskan kanabis sebelum mendapatkan kelulusan.

Beliau berkata seterusnya pihaknya juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, pengguna dan pakar untuk mendapatkan penjelasan dari segi kajian terlebih dahulu.

“Walaupun negara lain telah menggunakan kanabis untuk perubatan, kita perlu data paling tepat untuk dalam negara dan ICR berperanan membuat kajian sebelum membawanya kepada penggunaan dan dari segi penyelidikan serta padanan yang diperoleh (hasil kajian).

“Dari situ ia dapat jana data sama ada sesuai digunakan atau sebaliknya, kita perlu teliti kesesuaian tersebut dan seterusnya kita lihat kepada keadaan sama ada pakar perubatan boleh menggunakannya untuk kajian berkenaan,” katanya.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka pendaftaran bagi ubat berasaskan kanabis jika terdapat bukti kukuh bahan itu boleh digunakan dengan selamat dan berkesan dalam merawat pesakit.

Beliau dilaporkan berkata ICR di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan sedang mengadakan semakan dan perbincangan bersama pakar-pakar terutamanya dalam bidang ekologi dan rawatan paliatif. – Bernama, 18 Oktober, 2022.

INI CARA

TERBAIK

AMIN

BUKAN SALAH

GUNA GANJA TAPI

GUNA GANJA

DENGAN BETUL

AMIN

LEPAS GANJA

PASTI KETUM

AMIN

JUGA WAJIB

DIBEBASKAN

AMIN

KHALAS

RINGGIT JATUH NILAI



RINGGIT JATUH

NILAI

AMIN

KHALAS



Unknown commented on
 "BERITA TIPU"

Woit Ringgit jatuh 4.70, maksud nak beli satu USD kena bayar RM 4.70 beb, kah kah orang bodoh cakap lah ekonomi stabil sebab ekonomi mereka stabil, gaji elaun ada, tambah rasuah projek kroni ada bagi,rakyat ada apa, bayar cukai bayar makan baya rt kereta rumah mampooos lah woit bodoh

LIHAT SEJARAH MENGUNDI



LIHAT 

SEJARAH

 MENGUNDI

AMIN

KHALAS

KITA HANYA ADA. SATU DUNIA


KITA HANYA ADA

SATU DUNIA

AMIN

JAGALAH  DENGAN

BAIK

AMIN

KHALAS


Unknown commented on 
"BERTINDAK UNTUK 
SELAMATKAN DUNIA"

Dunia semakin tak selamat, bukan sebab alam, tetapi kerana manusia semakin jahat, semakin rakus rogol alam sehingga alam murka, kalau alam balas, manusia akan mati, tak guna beg birkin, tak guna intan berlian cincin semua, tak guna simpan USD, semakin jatuh RM kini, entah lah manusia oh manusia, bila nak sedar? Segala yang engkau sayang akan lenyap sekelip mata amin, hanya yang beres ialah kah kah kah

TIPU MELAYU GUNA ISLAM


TIPU MELAYU

GUNA ISLAM

AMIN

Unknown commented on 
"JANGANG TIPU ISLANG"

Agama hanya alat untuk menipu umat, dah sah tak payah dolak dalik tuduh sini sana, dulu kata nak buat RUU Islang, apa jadi, kawah penuh semua diam, bila kawah kosong mula balik ulang tayang cerita sama, demi mertabat demi mempertahankan agama kah kah kah woit agama tak payah engkau atau sesiapa bungkus kepala pertahankan pun,


 selama beribu tahun dah berkembang tak payah terima kasih saja, perbaiki diri dulu, cermin diri dulu, adakah aku sempurna ? Tanya diri dulu boleh tak??? Kah kah kah semua pakat pakat nak tipu Melayu, semua 0ajat nak tipu Islang, Cina India kadazan Murut sudah tipu sebeb agama berbeza amin kah kah kah mereka pun tak mahu dengar cerita 72 ketat padat lagi

NATO PUNCA PERANG



NATO PUNCA

PERANG !!!

AMIN

BERITA NAFI ERTINYA ADA



“Tiada perpecahan antara saya dan Ahmad Zahid” – Ismail Sabri


BAGAN DATUK – Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai sebarang isu atau berlaku perpecahan seperti dakwaan atau tohmahan sesetengah pihak.

Naib Presiden UMNO itu berkata, adu domba mengenai perkara tersebut adalah lebih kepada misi untuk memecahkan mereka yang kelak menguntungkan pihak bertanggungjawab membuat tohmahan terutama pada musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

“Saya beri jaminan tiada isu antara saya dan Ahmad Zahid Hamidi tetapi (wujud) ‘nasi-nasi tambah’ di luar sana sebenarnya kerana apabila kita berpecah, yang untung mungkin mereka.

“Pepatah Melayu menyatakan ‘antan sama antan berlaga, ayam di tepi kekenyangan.’ Kita berlaga, dia untung. Jadi marilah kita bersatu, biarkan dia yang rugi,” katanya semasa melancarkan Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran BN di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini yang dihadiri pelbagai lapisan pemimpin komponen, parti serta masyarakat setempat.

Ismail Sabri berkata, apabila timbul pelbagai perkara dan persepsi luar berkaitan fitnah perpecahan tersebut, beliau dan Ahmad Zahid duduk berbincang bagi menghentikan serta menepis persepsi jahat itu.

Justeru, beliau berkata, adalah penting bagi BN untuk terus bersolidariti mengukuhkan perpaduan yang ada agar tidak lemah diserang tohmahan mana-mana pihak khasnya kem pembangkang. – Bernama



WOIT
DI MALAYSIA

KALAU DINAFI

ERTINYA BETUL

KAH KAH KAH

KALAU TAK GADUH

APA PERLU BUAT

BERITA TAK 

ADA GADUH

AMIN

INI MESTI ADA

GADUH

KAH KAH KAH

KERANA

 ADA GADUH

MAKA KELUAR

BERITA TIDAK

ADA GADUH

KAH KAH KAH

KHALAS


PAS TAK JOLOK BERSATU ? RAHSIA TERBUKA


Takiyuddin nafi telah bernikah dengan Rina Harun


KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga dan Sumber Asli,  Takiyuddin Hassan hari ini berterus terang terhadap spekulasi bahawa beliau telah bernikah dengan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat,  Rina Harun.

Walaupun tidak menyebut nama Rina, Setiausaha Agung Pas itu menegaskan, beliau tidak pernah bernikah dengan mana-mana wanita sejak 15 tahun yang lalu.

Takiyuddin menegaskan perkahwinan merupakan isu yang sangat peribadi bagi setiap individu.

“Saya nak beritahu bahawa dalam tempoh 10 tahun ataupun 15 tahun sebelum ini saya tidak pernah mendirikan rumah tangga dengan sesiapa saja.

“Sepuluh tahun itu dua kali pilihan raya, 15 tahun itu tiga kali (pilihan raya). Saya… saya tak pernah mendirikan rumah tangga dengan siapa-siapa saja,” kata Takiyuddin seperti yang dilaporkan Astro Awani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dan mesyuarat di Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kota Bharu, hari ini.

Sejak beberapa bulan lalu timbul khabar angin Takiyuddin telah mendirikan rumah tangga dengan Rina.

Beberapa hari lepas, media turut bertanyakan soalan yang sama kepada Takiyuddin.

Bagaimanapun penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu itu terus berteka teki mengenai isu tersebut.

Takiyuddin dilaporkan menjawab, isteri beliau merupakan seorang pengundi di Malaysia.

“My wife is a voter in Malaysia, so she’s considered as a politician, a voter is a politician (isteri saya seorang pengundi di Malaysia, jadi dia dianggap sebagai ahli politik, seorang pengundi adalah seorang ahli politik),” katanya. – 


WOIT

AKHIRNYA

CERITA BOCOR

KAH KAH KAH

CERITA PAS

JOLOK BERSATU

KAH KAH KAH

INI TAK BETUL

HANYA

KHABAR ANGIN

KAH KAH KAH

KALAU BETUL

LEH JOLOK MCA

LEH JOLOK MIC

LEH JOLOK

BERSATU

KAH KAH KAH

MENJOLOK BUKAN

SATU JENAYAH

TAK CAYA TANYA

MOKTAR SENIK

KAH KAH KAH

AMIN

BERITA JO LO - PUKI MAK TAK JELAS



Jho Low, bapanya dihukum penjara hina mahkamah

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara kepada ahli perniagaan yang kini dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya, Larry Low kerana kesalahan menghina mahkamah.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Hayatul Akmal Abdul Aziz selepas mengeluarkan waran komital serta memerintahkan mereka membayar kos RM5,000 akibat tidak mematuhi dua perintah injunksi yang dikeluarkan baru-baru ini.

Untuk makluman, sebelum ini melalui saman yang dikemukakan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MBD) dan anak syarikatnya terhadap mereka serta empat yang lain telah memohon injuksi mendedahkan lokasi keberadaan serta aset kepada mahkamah. 

Mahkamah Tinggi membenarkan 1MDB dan anak syarikatnya, Global Diversified Investment Company Ltd yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memulakan prosiding penghinaan mahkamah membabitkan Jho Low serta bapanya pada 12 Ogos lepas.

1MDB dan sebuah anak syarikatnya memperoleh perintah injuksi daripada Mahkamah Tinggi untuk menghalang Jho Low melupus atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia berjumlah AS$1.03 bilion (RM4.32 bilion).

Bapa Jho Low turut dihalang daripada mengalihkan, melupus atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia berjumlah AS$401.5 juta (RM1.7 bilion).

1MDB dan empat anak syarikatnya, iaitu Global Diversified, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited, memfailkan saman AS$3.7837 bilion (RM15.9 bilion) terhadap Jho Low dan Larry Low.

Begitu juga kepada ibu Jho Low, Puan Sri Goh Gaik Ewe; kakak, May Lin; adik lelaki, Taek Szen serta rakan sekutunya, Eric Tan Kim Loong pada 7 Mei lepas

INI KES

CHINA TIPU

 MELAYU

AMIN

TAJUK BERITA

KENA PENJARA

AMIN

TAPI PUKEE MAK

TAK SEBUT BERAPA

LAMA DI PENJARA

AMIN

INI PASAL MELAYU

JADI MARAH 

KERANA PEMIMPIN

MELAYU KENA TIPU

OLEH AJEN

CHINA MERAH

AMIN

KHALAS

NAMA SUDAH SILAP BUBUH


Muda berkempen didik belia hadapi PRU15

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan memulakan dua misi baharu untuk mendidik dan memastikan pengundi dalam dan luar negara melaksanakan kewajipan moral mereka dengan membuang undi mereka untuk pilihan raya persekutuan akan datang, kata ketua penerangan parti itu Luqman Long.

Dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Luqman berkata dua kempen baharu itu adalah kunci kepada Muda untuk menangani perkara di kalangan belia kerana mendakwa ia akan memberi pencerahan kepada mereka tentang parti politik Malaysia, senario politik semasa negara dan kepentingan mengundi. 

“Bagi Muda, program pendidikan belia sangat penting,” kata Luqman yang juga pengasas bersama parti berasaskan belia itu kepada The Malaysian Insight.

“Kempen ini bertujuan untuk dua perkara, antaranya untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pengundi tentang PRU15.

“Kita perlu pastikan semua pengundi atas pagar untuk bersiap sedia, dan mengenali calon mereka, iaitu parti politik dan apa yang mereka tawarkan kepada rakyat pada pilihan raya akan datang.

“Kita juga perlu fahamkan pengundi mengapa sesetengah DUN tidak dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan PRU15. Jadi, kita perlu mendidik pengundi mengenainya, terutamanya golongan belia,” katanya.

Luqman berkata, mereka berada di peringkat akhir mesyuarat jawatankuasa sebelum melancarkan kempen pendidikan pengundi.

Ketua penerangan Muda itu berkata kempen kedua ialah meningkatkan peratusan keluar mengundi bagi PRU15.

Untuk itu, katanya Muda bekerjasama rapat dengan pergerakan belia Undi18 dalam memastikan belia, yang menetap di dalam dan luar negara, melaksanakan tanggungjawab moral mereka dengan membuang undi.

“Oleh itu, bahagian kedua ialah meningkatkan peratusan keluar mengundi bagi mereka yang tinggal di Malaysia dan juga mereka yang tinggal di luar negara sama ada pelajar atau golongan bekerja profesional.

“Paling penting adalah untuk mendapatkan rakyat yang tinggal di luar negara untuk mengundi dan mendapatkan semula undi mereka ke sini.

“Jadi, tidak kira di mana seseorang itu tinggal, kami mahu memastikan mereka memasukkan kertas undi mereka ke dalam peti undi,” kata Luqman.

Sebelum ini, pengasas bersama Undi18 Tharma Pillai memberitahu The Malaysian Insight bahawa pergerakan belia sedang menganjurkan projek membawa balik 50,000 undi luar negara bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang mengundi pada PRU15.

Beliau berkata mereka akan bekerjasama dengan 13 pertubuhan belia dan pelajar di 10 negara untuk mencapai matlamat ini.

Negara yang mengambil bahagian ialah Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Turki, Maghribi, Jepun, Jerman, Mesir, Singapura dan Qatar.

Undi18 telah berjaya menganjurkan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan had umur mengundi di Malaysia daripada 21 kepada 18 tahun. Kumpulan itu bermula sebagai gerakan pelajar pada 2016, di bawah payung Perikatan Global Pelajar Malaysia.

Tharma menggesa pengundi pos mendaftar untuk mendapatkan undi mereka bagi menjayakan projek itu.

Beliau berkata pada masa ini terdapat satu juta pengundi luar negara yang berdaftar sama ada bekerja atau belajar.

Jelajah universiti

Selain itu, Luqman berkata, Muda juga telah mengadakan beberapa siri jelajah ke kolej dan universiti sejak setahun lalu untuk mengaktifkan “Mahasiswa Muda”.

Luqman berkata, parti berasaskan belia itu telah mengaktifkan Mahasiswa Muda di enam negeri di seluruh negara.

“Enam negeri yang mana Mahasiswa Muda telah diaktifkan ialah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Sabah dan Terengganu.

“Kami mempunyai wakil di setiap universiti dan kolej yang bertujuan untuk mempromosikan idea Muda dan untuk PRU ini untuk meningkatkan kesedaran tentang PRU15 di kalangan rakan sekerja, rakan dan rakan pelajar mereka.

“Jadi, kami telah melakukannya sejak akhir tahun lalu,” katanya.

Walaupun mereka mempunyai tempoh yang sangat singkat sebelum PRU15, Luqman berkata mereka akan cuba meliputi lebih banyak negeri yang mungkin.

“Kita akan lihat bagaimana untuk menyelesaikan semua usaha itu dalam tempoh singkat sebelum PRU15. Kami akan melakukan yang terbaik,” katanya.

Luqman berkata, ahli Parlimen tunggal Muda dari Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Adun Puteri Wangsa yang dilantik baru-baru ini Amira Aisya Abd Aziz juga telah mula melibatkan diri dengan pemimpin belia di universiti dan kolej untuk mula mempromosikan parti itu bagi PRU15 akan datang.

Luqman juga berkata, Muda merancang untuk memulakan kempen tidak lama lagi, bagi menggesa pengundi “Balik Rumah” untuk mengundi. – 18 Oktober, 2022.

PARTI INI

SUDAH SILAP

BUBUH NAMA

KAH KAH KAH

MI SPIK NO

INGLIS

KAH KAH KAH

SAMA MACAM

UNITED MALAYS

NATIONAL

ORGANISATION

KAH KAH KAH

KUNUN INTELEK

PAKAI INGLISIA

KAH KAH KAH

SAYANG ADA

POTENSI TAPI

NAMA DAH

SILAP TAK GUNA

NAMA MELAYU

KAH KAH KAH

KHALAS