Sabtu, 25 Mac 2023

MARCH 28 HARI GULINGKAN MACRON

 



MARCH 28

HARI GULINGKAN

MACRON

AMIN

PERKARA PAS BERSATU TAK NAMPAK


PERKARA INI

PAS & BERSATU

TAK NAMPAK

AMIN

JANTAN NAK

BERJOGET PAS

NAMPAK

KAH KAH KAH

JAGA TANAH ? SAPA NAK REMBAT ?

 


Sultan Johor cadang tanah Orang Asli dijadikan Tanah Kesultanan

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah mencadangkan tanah-tanah Orang Asli di negeri ini dijadikan Tanah Kesultanan.

Baginda bertitah hal ini bagi memastikan ia lebih terbela di bawah enakmen yang tersedia.

“Kawasan Orang Asli dan sempadannya ditentukan oleh kerajaan negeri sejak zaman Almarhum Sultan Abu Bakar lagi. 

“Di samping Enakmen Tanah Kesultanan, penguatkuasaan sedia ada juga harus dipergiatkan ke atas sebarang salah laku,” titah Sultan Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebook baginda, malam tadi.

Sultan Johor bertitah langkah-langkah perlu diambil bagi mengelakkan Orang Asli diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Baginda bertitah ada dalam kalangan Orang Asli dieksploitasi bagi menceroboh tanah demi kegiatan haram seperti tanaman kelapa sawit, memotong kayu-kayan yang bernilai serta memburu binatang liar.

“Orang Asli di Johor dijaga baik oleh pihak kerajaan yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk kehidupan mereka seperti jalan raya, perumahan, sekolah serta surau. Sesetengah penempatan Orang Asli turut ada kemudahan Internet. 

“Namun, ada orang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan ke atas golongan ini, mengeksploitasikan mereka dalam kegiatan yang tidak sah di sisi undang-undang. Ada yang menceroboh tanah perladangan sehingga beratus ekar. Sudah pasti mereka dipergunakan oleh orang luar,” titah Baginda. – Bernama, 25 Mac 2023.

JIKA NAK

SELAMATKAN

TANAH ORANG ASAL

KITA SOKONG

AMIN

SAPA NAK

REMBAT TANAH

ORANG  ASAL

SAMA SAMA

KITA LAWAN

AMIN

KHALAS

KAKI BUAT KERENAH


Ramasamy nafi dakwaan tidak dicalonkan dalam PRN

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy menafikan dakwaan bahawa beliau tidak akan diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya negeri (PRN).

Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu berkata, beliau masih ingin berkhidmat kepada parti selama satu penggal lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai sejak tahun 2008 itu berkata, senarai nama yang berpotensi untuk menjadi calon masih belum diserahkan kepada kepimpinan pusat DAP.

“Saya ingin berkhidmat kepada parti saya selama satu penggal lagi. Saya telah nyatakan ini secara terbuka.

“Saya percaya ketua menteri (Chow Kon Yeow) belum buat sebarang keputusan. Saya serahkan kepada parti untuk membuat keputusan,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Ramasamy, beliau memiliki hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan.

Malah, dakwa beliau, sikapnya yang lantang bersuara dalam beberapa itu tidak bermakna dia menentang kepimpinan parti.

Ramasamy dilaporkan terkejut dengan berita daripada sebuah media tempatan bahawa kononnya dia akan digugurkan sebagai calon dan tidak berpeluang untuk mempertahankan DUN Perai pada PRN nanti.

Media terbabit membayangkan, pemimpin DAP akan meminta Ramasamy untuk berundur daripada menjadi wakil rakyat.

Ia sebagai sebahagian daripada usaha DAP memperkenalkan wajah baru dalam barisan calonnya.-


WOIT

ANEE

SAMAN APA

CERITA

KAH KAH KAH

MUKA BUAT

KERENAH

AMIN

PEROSAK DAP

PENGACAU

PAKATAN

AMIN

JIKA TERUS

DICALON 

HANCUR

KERAJAAN PAKATAN

KHALAS

SEJARAN BRICKFEILDS


SEJARAH

BRICKFEILDS



INDON SEDARA KITA


5 pegawai Jabatan Imigresen Sabah ditahan disyaki seludup pendatang

SERAMAI sembilan individu termasuk lima pegawai penguat kuasa, ditahan dalam operasi khas SPRM bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam ‘Op Lancar’, kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin di Sabah, pada Khamis lepas.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, lima penguat kuasa berkenaan termasuk dua pegawai wanita, yang berusia dalam lingkungan antara 30 hingga 41 tahun, ditahan pada kira-kira 2.30 petang hingga 8.40 malam.

Menurut SPRM, empat lagi suspek yang dipercayai ejen pendatang tanpa izin dari negara jiran, terdiri daripada tiga wanita tempatan dan seorang lelaki, berusia antara 37 hingga 73 tahun, ditahan pada 3.30 petang hingga 6 petang hari berkenaan.

“Modus operandi sindiket itu, setiap pendatang tanpa izin atau Pemastautin Sementara yang tidak memiliki dokumen lengkap atau mempunyai sekatan, perlu membayar sekitar RM2,500 kepada ejen pendatang jika ingin keluar dari Sabah melalui Lapangan Terbang Tawau.

“Sindiket ini kemudiannya akan membekalkan MyKad tulen dan pas masuk menaiki pesawat di atas nama pemilik asal MyKad, kepada kumpulan pendatang tanpa izin menggunakan khidmat mereka,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan pendatang tanpa izin dari negara jiran, kemudian akan melepasi pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), selepas bayaran rasuah dibuat kepada pegawai penguat kuasa berkenaan.

Selain itu siasatan SPRM turut mendapati, bagi setiap penerbangan ke KLIA2, ejen akan membawa masuk antara lima hingga 20 pendatang tanpa izin, dan sindiket ini dipercayai sudah beroperasi sejak 2018.

Hasil operasi itu, SPRM telah merampas beberapa barangan seperti telefon bimbit, kad pengenalan Malaysia milik individu lain dan cop keluar Sabah yang lengkap dengan nombor siri.

Seramai 12 pendatang tanpa izin yang didapati memasuki negara menggunakan sindiket terbabit, turut ditahan oleh JPN dalam operasi itu. 

Sementara itu, Jabatan Imigresen dalam kenyataan berasingan hari ini mengesahkan, lima pegawai Jabatan Imigresen Sabah ditahan SPRM pada Khamis lepas, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin.

Ketua Pengarahnya Ruslin Jusoh berkata jabatan itu, menyerahkan kepada SPRM untuk melakukan siasatan dan pihaknya bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil.

“Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti, sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti.

“Tindakan dan hukuman yang serius akan diambil, termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah. Imigresen sentiasa serius dan komited dalam memastikan tahap integriti pegawai imigresen, berada di tahap maksimum,” katanya.

Pada masa yang sama, Jabatan Imigresen juga bersedia bekerjasama erat dengan agensi lain termasuk SPRM, dalam usaha memerangi penyeludupan pendatang tanpa izin. – Bernama, 25 Mac, 2023.

 

WOIT

KALAU DARI

CHINA MERAH

DARI NIGERIA

WAJIB DITANGKAP

AMIN

KALAU DARI 

INDON RELAK LA

MEREKA SEDARA

KITA

AMIN 

TAK CAYA TANYA

 USTAD BADRULAMIN 

DARI MANA 

DIA DATANG

KHALAS

BOLEH KAH MACRON BERTAHAN


BOLEHKAH

MACRON BERTAHAN ?

AMIN

HARI KETIKA


HARI  KETIGA

HAR INI REDUP
HARI INI RENYAI
ALAM MEMBANTU KITA
UNTUK MENERUSKAN PUASA
AMIN



TOK LEBAI JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG


TOK LEBAI

JANGAN JAGA

TEPI KAIN ORANG

AMIN

Unknown commented on
 "MENGHORMATI BUDAYA PUASA"

Lebai masuk gear satu jugak, belum serbu tangkap orang makan minum lagi, bagus lebai jaga moral sentiasa berkerja siang malam supaya moral pekerti manusia umatnya terbaik selalu kah kah kah, curi rasuah susah pulak lebai nak tangkap sindir atau komen pun ya kah kah kah saja tanya jangan amrah bulan puasa batal tau

SEMUA HANGUS


SEMUA HANGUS

SEMUA LINGKUP

KHALAS

Unknown commented on
 "CHINA AMAL BUDAYA RASUAH"
TT, gua mau pencerahan. Kalau perang nuklear meletus, mampukah geng tok lebai terselamat? Kah! Kah! Kah!

CHARLI GAGAL TAYANG GUNDEK DI PARIS


CHARLI GAGAL

NAK TAYANG

GUNDEK DI PARIS

KAH KAH KAH

PENCURI NAK AJAR ISLAM !



Parti Islam seleweng agama satu ancaman – Zahid

KUALA LUMPUR – Ada parti yang menampilkan imej Islam sehingga ahli dan pemimpinnya berasa ajaran yang dibawa adalah ‘lebih beragama’ daripada pihak lain.

Kebimbangan itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri,  Ahmad Zahid Hamidi yang berpendapat fahaman tersebut wajar dibendung.

“Kita tidak mahu ummah kita terlalu melayani perbezaan (politik) dalam kalangan kita kerana ini akan mewujudkan kabilah yang taksub kepada kumpulan tertentu.

“Apatah lagi jika ada yang merasakan mereka lebih Islam daripada orang lain tapi kumpulan itu jugalah yang gunakan ayat al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias mengikut selera tersendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batu 8, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, orang ramai harus menjadikan Ramadan kali ini sebagai iktibar untuk menginsafi segala kemelut politik yang telah berlaku.

“Kita lupakan segala perbezaan warna politik, itu kita harus singkirkan kerana yang penting adalah penyatuan ummah, penyatuan pemikiran serta hati nurani yang akhirnya menjadi penyatuan amal,” ujarnya.

Ahmad Zahid menambah, program yang dianjurkan kementeriannya hari ini boleh dijadikan teladan apabila ia kali pertama dihadiri oleh beberapa rakan dalam komponen parti politik, Pakatan Harapan (PH).

“Di dalam usaha menjalin erat Kerajaan Perpaduan yang wujud hari ini, buat pertama kali rakan daripada parti di dalam PH bersama kita dalam majlis ini.

“Jalinan erat ini di antara kita semua diharap dapat mewujudkan satu keserasian yang dapat merungkaikan rasa kecurigaan dalam kalangan kita,” ujasnya.

Ahmad Zahid berharap semua pihak dalam Kerajaan Madani dapat mengeratkan hubungan agar kerjasama yang terjalin lebih kukuh.

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan pentadbiran negara dapat bergerak dengan lancar sekali gus masalah rakyat dapat diselesaikan. – 

KAH KAH KAH

INI LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

PENCURI NAK

AJAR ISLAM

KAH KAH KAH

BERAT

RAKYAT TAK CAYA

AMIN

KHALAS

BANJIR MAKIN REDA


Jumlah mangsa banjir Johor turun 263 orang pagi ini 


JUMLAH mangsa banjir di Batu Pahat berkurangan kepada 263 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 343 mangsa yang direkodkan pada 8 malam tadi. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi ketika ini.

BANJIR MAKIN

REDA

AMIN

RAMI MAKIN

SEDAR PUNCA

BANJIR

AMIN

SELAIN DARI

PEMANASAN CUACA

ADA LAGI PEYEBAB

BANJIR

AMIN

KHALAS

SALUT UNTUK ANAK MUDA

 



Azeem raih emas acara 100 meter di Florida

JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 100m pada Kejohanan Florida State University (FSU) Relays, awal pagi tadi (3 pagi waktu Malaysia).

Pada kejohanan yang berlangsung di Mike Long Track di Tallahassee, Florida, Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Lebih manis, ia merupakan kemenangan sulung buat atlet berusia 18 tahun itu yang membuat debut kejohanan luar dewan di bumi “Uncle Sam” itu selepas tiga penampilan dalam acara 60m dalam dewan sebelum ini.

Tempat kedua acara itu dimenangi Andre Ewers (10.49s) manakala tempat ketiga dimenangi Trei Thorogood (10.51s) mewakili Universiti Syracuse.

Bulan lepas, Azeem menampilkan permulaan baik di Amerika Syarikat selepas memecahkan rekod kebangsaan acara pecut 60m lelaki dalam dewan miliknya sendiri pada kejohanan Tiger Paw Invitational. – Bernama, 25 Mac 2023.

SALUT

LARI LARI

PANTAS BERLARI

AMIN

KEM ASKAR AMERIKA DI SERANG

 




KEM ASKAR 

AMERIKA

DISERANG DI SYRIA

AMIN

PUKIMAK AMERIKA

PASAL APA BUAT KEM

DI NEGARA ORANG

AMIN 

JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG


JAGA DIRI

SENDIRI

AMIN

JANGAN JAGA

TEPI KAIN ORANG

KHALAS

Unknown commented on
 "DULU HALAL -SEKARANG HARAM"

Masalah kita ini satu saja, tak pandai jaga diri, kelakuan sendiri tapi suka jaga kain orang, suka sangat jaga moral orang, ada undang undang ikut sajalah apa susah? Kalau tidak boleh tak payah, tak payah buat sensasi berita, rosak rosak akhlak siapa jaga? Anak sendiri umur 5 tahun pun payah dengar cakap ini kan pula dah tua belaka kah kah kah, cermin diri tak payah sibuk, ada agensi jaga semua, tak payah sibuk, nampak sangat warga netizen ini dalam media sosial nak komen, entah ada kelayakan atau tidak tapi semua bab pandai belaka nak komen kah kah kah bodoh simpan selalu

GUNA CAKAP ARAB TI[U ME;AYU


GUNA CAKAP

 ARAB

UNTUK TIPU

MELAYU

AMIN

Unknown commented on
 "TUHAN DI MONOPOLI"

Golongan ini ada sedikit rasa malu tak? Guna nama Tuhan untuk segala kejahatan mereka, balak jual, kroni jual konsesi jual, rasuah makan duit Haram kiri kanan kemudian selit ayat ayat Arab yang Melayu sukar faham, keluar terms baharus serial setiap Kali kah kah sudah susah lah begini

PUASA HARI KE TIGA


HARI KE TIGA

SABTU 25/3/2023
KITA MASUK KE HARI KE TIGA 
BERPUASA

MALAM TADI 
ANAK BULAN MUNCUL
DISEBELAHNYA ADA  BINTANG
AH!
ALAM YANG INDAH

HARGA MAKANAN !!!
GUA BELUM MASUK
KE BAZAR RAMADAN LAGI
DARI KAWAN YANG
BERSEMBANG KETIKA
MAKAN MALAM 
GUA DIBERI TAHU
NASI BERLAUK
DAH NAIK 10RM
MURTABAK NAIK 6RM
GULAI IKAN DAH NAIK 8RM

GUA FAHAM
TUAN GERAI JUGA
MEMBELI  BARANG YANG MAHAL
UNTUK MENYEDIAKAN  JUADAH

DARI APA YANG GUA DENGAR
HOTEL PULA MENURUNKAN
BUFET BERBUKA PUASA
UNTUK TERUS MENARIK
PELANGGAN
AMIN

HAITI
PULAU KECIL DI SEBELAH AMERIKA
MASIH KACAU
KERAJAAN DAH RUNTUH
HARI INI HAITI
DI KAWAL OLEH BEBERAPA
KUMPULAN SAMSENG
TIDAK ADA KERAJAAN
MAKA SAMSENG JADI RAJA

UK
KAH KAH KAH
CHARLIE DAN GUDEKNYA
NAK MELAWAT FRANCE
KAH KAH KAH
KUNUN NAK BUAT HUBUNGAN
LEPAS BREXIT
KAH KAH KAH

DI FRANCE
RAKYAT SEDANG BANGUN
BERONTAK LAWAN 
PRESIDEN MACRON
KAH KAH KAH

CHARLI BATAL
LAWATAN RESMI
KAH KAH KAH
TAKUT KEPALA KENA PENGGAL
MACAM LOIUSE KE 16
KAH KAH KAH

U.S.A
BANK & DUIT
KRISIS BANK MAKIN MEREBAK
KRISIS INI AKAN MELARAT
MALAH BELUM DILIHAT
JALAN KELUAR

BUNGA PINJAMAN TERUS NAIK
FEDERAL RESERVE 
BANK NEGARA AMERIKA
TERUS MENCETAK DOLAR
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI SIBUK
GUA IKUT JALAN BARU
JALAN BIASA GUA
 PENUH 
DENGAN KERETA
KELUARGA DATANG
SEMBAHYANG KUBUR

ADA MEMBAKAR
ADA MENABUR DUIT SYURGA
MERCUN DIBAKAR
MENJADIKAN TAK TAK TAKUT

TELINGA TAK TAK  & EZI
AMAT SENSITIF PADA
BUNYI LETUPAN MERCUN

TAPI
HOW WOW
MASIH BERSUARA
KUAT DAN MENDAYU DAYU
BURUNG INI TIDAK
TERGANGGU OLEH
KERETA DAN ORANG RAMAI

HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN GUA
GUA NAK LIHAT
HARGA BAHAN MAKANAN
NAIK PASTI NAIK
TAPI NAIK BERAPA $$$
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
KITA BERPUASA
DENGAN HATI GEMBIRA

BRO
ADA ORANG TAK SEDAR
NILAI NIKMAT PADA SAAT
IANYA SAMPAI
BILA DAH TERLEPAS BARU 
SEDAR

BRO
IKHLAS ITU MEMBERSIHKAN
PANCA INDERA
SECARA LAHIR DAN BATIN
DARI AKHLAK TERCELA

BRO
LU JANGAN RAPAT DENGAN
KAKI PUTAR
DIA AKAN TIPU LU
DIA MENDEKATKAN SATU JAUH
DAN MENJAUHKAN SATU
YANG DEKAT DARI LU

BRO
BUKA KAN TIRAI
HATI LU 
BIAR DILIHAT
WAJAH LU

BRO
TIDAK ADA PUJA PUJI
UNTUK INI DAN ITU
SEMUA PUJA DAN PUJI
UNTUK PENCERAHAN

BRO
JIKA LU TAK PERNAH
BERDUKA
MAKA LU TIDAK AKAN
TAHU APA PENAWAR DUKA

BRO
RODA PEMUTAR LANGIT INI
DI GERAKAN OLEH
GELOMBANG CINTA
KALAU TIDAK KERANA CINTA
ALAM SEMESTA INI
AKAN MEMBEKU

BRO
BILA MENERIMA
KITA BERSYUKUR
BILA TERHILANG
KITA BERSABAR

BRO
IKUTILAH
ORANG YANG  TAK MINTA
APA BALASAN
TAK INGIN BERTAMBAH KAYA
ATAU TAKUT RUGI
TAK PEDULI APA ORANG LAIN KATA
SOSOK INI SOSOK MERDEKA

BRO
TAK KIRA BERAPA BANYAK
BAHASA YANG LU  KUASAI
YANG MEMBUATKAN LU BERHARGA 
IALAH PENGUASAAN  LU
TERHADAP BAHASA HATI
AMIN


LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERPUASA