Isnin, 18 September 2023

KERAJAAN NATO !!!


KERAJAAN NATO

KAH KAH KAH

NO ACTION

TALK ONLY

KHALAS

HOT HOT HOTT TERKINI TERNOW - PROJEK GULING KERAJAAN MASIH BERJALAN


Asyik nak bubar kerajaan, bila boleh buat pindaan undang-undang – Azalina

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan kini sedang berusaha untuk melakukan beberapa pindaan undang-undang termasuk melibatkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, pindaan undang-undang boleh dilakukan namun mekanismenya itu selalunya mengambil masa lebih lama.

Namun, semua itu tidak akan ke mana sekiranya ada pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan.

“Tapi Yang Berhormat, kalau selalunya nak bubar kerajaan, macam mana kami nak buat pindaan?”, celah Azalina.

Azalina berkata demikian mengulas pertanyaan  Dr Dzulkefly Ahmad (PH – Kuala Selangor) yang bertanya bilakah pindaan tersebut dapat dilaksanakan.

“Saya yakin dengan komitmen menteri, dan jangan dibuat lagi runcit-runcit. Kita buat sekali gus. Tanya kawan-kawan sebelah sana, menteri…kawan-kawan kita sebelah sana. Kena ada kestabilan politik,” tanya Dzulkefly.

“Kalau setiap kali buat gerakan nak tukar kerajaan, susahlah begitu,” jelas Azalina.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan peringkat kementerian mengenai laporan Kajian Separuh Penggal (KSP) di bawah Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK-12), hari ini.

WOIT

INI SAHIH

PROJEK HADI

NAK GULING

 PMX

MASIH BERJALAN

KAH  KAH KAH

MAT PURTAN

DAH AKUI

KAH KAH KAH

MANA HADI

DIA DATANG

PARLIMEN  TAK

ATAU PONTENG

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

PELUANG TERBAIK - TUMBANG KERAJAAN

 


Isu DNAA: Perundangan negara sedang ‘sakit’ – Putra

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid  telah menimbulkan pelbagai andaian dan persepsi tidak baik terhadap sistem kehakiman negara, walaupun orang kena tuduh (OKT) yang mendapat DNAA dari mahkamah, boleh dituduh dan dibicarakan atas pertuduhan yang sama.

Ia berdasarkan Seksyen 254 Kanun Keseksaan DNAA yang mana OKT boleh dilepaskan daripada pertuduhan yang sedang dihadapi, tetapi boleh juga dituduh dan dibicarakan atas pertuduhan yang sama.



Patut beri DNAA

 selepas proses 

kehakiman selesai – 

Hadi
KUALA LUMPUR – Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang berpandangan, pembebasan seseorang individu daripada pertuduhan yang dihadapi sepatutnya berlaku setelah selesai proses kehakiman yang adil.

Menurut beliau, ia tidak sewajarnya diberhentikan sebelum selesai prosesnya dengan cara yang tidak berakidah dan tidak bermaruah.

WOIT

PEGUAM NEGARA

DAH BANTU

KAH KAH KAH

MUSTAHIL TAK

NAMPAK

AMIN

KES DNAA ZAHID

BOLEH DIJADIKAN

KEMPEN MENGOLAH

PERSETUJUAN 

PENGUNDI

AMIN

GUNAKAN DNAA

INI SAMA SEPERTI

KEMPEN 1MDB

AMIN

BAWA KE HULU

KE HILIR HINGGA

TERBARI

AMIN

KHALAS

KES DAKWA ZAHID DIBAWA KE PARLIMEN


Muda, PSM hantar memorandum kepada ahli Parlimen, desak Zahid didakwa semula

Muda dan PSM mahu kerajaan mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi selepas mahkamah baru-baru ini menetapkan beliau dilepas tanpa dibebaskan berhubung 47 kes pecah amanah dan penggubalan wang haram dana milik Yayasan Akal Budi. 

Setiausaha Agung Muda Amir Abd Hadi berkata, dua-dua parti itu menghantar satu memorandum bagi tujuan tersebut kepada ahli-ahli Parlimen hari ini. 

"Dakwa semula Zahid Hamidi. Jika belia tidak bersalah, buktikan di mahkamah," katanya ketika penyerahan memorandum. 

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga presiden Muda dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari antara yang menerima memorandum itu. 

Sementara Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abdul Halim, Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari dan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman mewakili kerajaan untuk menerima memorandum berkenaan.

Memorandum itu antara lain mahu keputusan melepas dan membebaskan (DNAA) Zahid itu dibahaskan dalam Parlimen, dan menggesa kerajaan memaklumkan jangka masa pemisahan pejabat Peguam Negara dan pendakwa raya. 

Sabtu lalu Perikatan Nasional (PN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan himpunan “Selamatkan Malaysia” untuk membantah keputusan mahkamah. 

Ia dilakukan selepas speaker Parlimen, Johari Abdul menolak usul PN membahaskan kes berkenaan selepas pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 minggu lalu. 

Dalam pada itu, Sevan Doraisamy, pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata hak berhimpun secara aman perlu dihormati oleh kerajaan.

WOIT

JIKA  PARLIMEN

GAGAL JADIKAN

KEMPEN

DAKWA ZAHID

SEPERTI KEMPEN

1MDB NAJIB

AMIN

HEBOH KAN

SEBARKAN

DAN DEMOKAN

AMIN

JADIKAN AGENDA

 BARAH SAMA

SEPERTI  1MDB

YANG BAWA

BARISAN LINGKUP

AMIN

KHALAS

PERANGAI PARTI ISLAM DENGAN ORANG ASLI


PERANGAI

PASTI ISLAM

DENGAN

ORANG ASAL

KHALAS


Unknown commented on 
"PELUANG UNTUK PARTI ISLAM"

Setakat ini mana satu pemimpin PAS ada kaliber ada kelayakan ucapan pun caca meraba dengan karengga ayat ayat Arab ada hati nak pimpin negara kah? Kalau pandai kenapa minta Mahathir jadi penasihat, sendiri kena akui tiada kemampuan itulah baru steady kah kah kah semua jenama jaga masjid surau-surau bolehlah kah kah kah

Unknown commented on 
"PELUANG UNTUK PARTI ISLAM"
Dulu tebang balak sampai licin, sekarang jual tanah kepada China Merah buat dusun durian, lepas itu nak jual apa lagi? Kah kah kah tengah viral isu dusun terbesar milik warga China Merah disusun di negeri serambi Mekah tak tahu kah? Kita pilih isu ikut selera saja kan? Kah kah kah

GERTAK AMARAN TAK ADA MAKNA

 


Tunggu himpunan kedua jika kerajaan masih bisu kes DNAA Zahid – Tun Faisal

KUALA LUMPUR – Lebih banyak siri Himpunan Aman Selamatkan Malaysia akan diadakan jika kerajaan gagal membuat siasatan semula terhadap kes melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid.

“Himpunan pada Sabtu lalu itu hanya permulaan, lebih banyak himpunan kita akan buat jika kes DNAA Zahid itu diabai kerajaan. Rakyat berhak persoal dan tahu hal sebenar,” kata Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN),  Tun Faisal Ismail Aziz

WOIT

JANGAN BANYAK

CAKAP

AMIN

GERTAK AMARAN

WARNING

TAKDA MAKNA

AMIN

TURUN KE JALAN

DAN BUKTIKAN

AMIN

TAK PERLU BERI

AMARAN

AMIN

BIASANYA GERTAK

TAK JADI APA

KAH KAH KAH

TOK EZI

CAKAP SENANG

KHALAS


SEMUA PARTI POLITIK WAJIB HAYATI POLITIK JALAN RAYA


SEMUA PARTI POLITIK

HAYATI POLITIK

JALAN RAYA

BUKAN HANYA

PILIHAN RAYA

AMIN

RAKYAT ORANG RAMAI

TAK SUKA APA SAJA

BERANI TURUN

KE JALAN RAYA

AMIN

KHALAS

PENGALAMAN TOK PANGLIMA DI GUA MUSANG


TOK PANGLIMA

PERNAH KERJA

DI GUA MUSANG

KHALAS


panglimo potaseh commented on
 "PELUANG 
UNTUK PARTI ISLAM"

Gwa pirtama kali Ke Gua Musang pada 1980. Jam tu Wilayah Gua Musang persis macam Anak Dara, udara nye nyaman, sungai nye jernih sejernihnye, tiada Jalanraya, tiadak Airpot .. kok lu nak ke Gua Musang lu kena berkeretatelapi atau berkolek.

Gwa ke Gua Musang sobab kono buek kajiang alternatif pembangunang. Jam tu Gua Musang, gadis nye manis2 belom di rosakan ontok sorok bulu. Gadis nye syok tinggok orang luar, mereka layan dingan masera sekali. Pakaian orang Cina dan melayu hampir sama .. merika berbatik yang lelaki otai suka bersemutar batik.

Seluruh daerah gwa kono kaver ontok kajian ini. Berboat nyelusuri Sg.Nigiri yg airnye bak kristal hingga ke simpadan Perak .. sambil dihiasi dengan pompuan Nigrito tak bercoli nangkap ikan. Gwa cakap Lu .. itu lah momen persekitaran paling indah yang gwa pirnah tinggok. Lantas dalam proposal Gwa, Gwa cadangkan Gua Musang perlu lah dikekalkang dalam keadaan sedia ada .. Sweden ada buat. Impak nye pelancong akan mari, tabur juta2 untuk melihat keindahan Gua Musang .. malang nye cadangan Gwa tu dijadikan bahan gelak ketawa ..kahkahkah.

Sikarang Gwa boley gelak pada mereka balik .. Kihkihkih .. air paip dah jadi teh tarik .. kahkahkah .. jomput minom 

REFORMATI !!!


REFORMATI 

KAH KAH KAH

KHALAS

Amier The Hero commented on
 "APA JADI DENGAN 
REFORMASI !!!"

Mano ado reformasi dah!!! Kan org² yg heboh reformasi dulu dah dapek jawatan idaman. Apo laie eh nak reformasi, mmg repomati la sudah eh.. kah kah kah kah. Reformasi dulu tu sumo eh sobab nak kedudukan ajo, nak dapek jadi kepalo numbo satu malaysia. Dah dapek jawatan idaman, apo eh laie. Kulu kilir la buek lawatan ngabihkan duit rakyat. Rapizi pakar ekonomi negharo pasir bedongung mano ni? Carik la formula bagi hargo bogheh turun, cari formula bagi ayam betolo copek sket. Kato handal bona.. ini handal palo bana eh la!!!





 

KENAPA ISU CHINA HILANG DI SENYAPKAN. ?



MANA YB KITA

KENAPA TAK

HEBOHKAN DALAM

PARLIMEN ?

KHALAS

LAGI DITINDAS LAGI DI LAWAN !!!


Siasatan polis ikut Akta Perhimpunan Aman tiada asas perundangan, kata peguam


Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) hari ini mengecam siasatan polis terhadap beberapa individu berhubung perhimpunan "Selamatkan Malaysia" hujung minggu lalu, mengatakan tiada asas undang-undang untuk siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA). 

Pengarah LFL Zaid Malek berkata siasatan berhubung dakwaan kegagalan memberi notis sewajarnya mengikut APA tidak mempunyai asas perundangan kerana Mahkamah Rayuan pada 2014 membatalkan peruntukan berkaitan. 

"Siasatan sedemikian adalah untuk kesalahan di bawah Seksyen 9(5) APA, yang menyatakan kegagalan memberi notis akan menyebabkan seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM10,000," katanya.


“Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan menolak Seksyen 9(5) APA kerana melanggar perlembagaan dalam kes Nik Nazmi Nik Ahmad lwn pendakwa raya pada 2014. 

"Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes ini masih kekal dan tidak dibatalkan oleh mahkamah yang lebih tinggi."

Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay semalam berkata, 25 individu yang terlibat dalam demonstrasi pada 16 September dikenal pasti dan akan dipanggil untuk disoal siasat dalam tempoh beberapa hari akan datang. 

Beliau juga berkata perhimpunan itu tidak mematuhi APA, atas alasan kegagalan memberi notis awal kepada polis, tempat perhimpunan di tempat larangan seperti masjid, dan kehadiran ramai kanak-kanak.

Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid dalam pada itu berkata perhimpunan itu gagal mematuhi keperluan Jadual Keempat di bawah Seksyen 10 APA. 

Demonstrasi itu dianjurkan Perikatan Nasional bagi membantah keputusan kontroversi peguam negara yang menghentikan perbicaraan rasuah Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. 

Zahid yang juga presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional berdepan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan rasuah, dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Beliau dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) pada 4 September selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan hakim permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menghentikan semua prosiding terhadapnya. 

LFL sebelum ini berkata tiada permohonan diperlukan di bawah APA, yang hanya menyatakan bahawa polis mesti dimaklumkan mengenai perhimpunan itu.

Badan pemantau pilihan raya Bersih juga sebelum ini berkata APA hanya memerlukan penganjur perhimpunan untuk memaklumkan pihak berkuasa dan "tidak perlu memohon permit atau kelulusan seperti zaman dahulu". 

Dalam kenyataannya hari ini, Zaid berkata pengisytiharan polis terhadap perhimpunan itu sebagai melanggar undang-undang kerana gagal memberi notis lengkap adalah tidak mengikut APA serta bertentangan dengan Perlembagaan yang menjamin hak untuk berhimpun secara aman.

"Kerajaan tidak boleh membenarkan polis bertindak sesuka hati dengan memulakan siasatan yang tiada asas perundangan. Kita bukan hidup dalam kerajaan polis; mereka tidak boleh menguatkuasakan apa yang bukan undang-undang," katanya. 

Beliau juga menyelar sikap berdiam diri kerajaan dalam perkara itu, menyebutnya sebagai "mengiakan tindakan luar undang-undang oleh polis". 

"Oleh itu, polis mesti menghentikan serta-merta mana-mana dan semua siasatan haram mengikut Seksyen 9(5) PAA. 

“Selanjutnya, semua siasatan atau pendakwaan yang belum selesai di bawah APA sejak 2014 juga mesti digantung, dan perkara itu dirujuk kepada peguam negara untuk dimansuhkan," katanya.




WOIT

INI HUKUM ALAM

HUKUM SAINS

AMIN

SEBANYAK MANA

PENINDASAN

SEBANYAK YANG

SAMA PERLWANAN

AMIN

LAGI DI TINDAS

LAGI DI LAWAN

KHALAS 

PELUANG UNTUK PARTI ISLAM



Suku Temiar rayu kerajaan Kelantan warta tanah Orang Asli Lojing


PENDUDUK Orang Asli suku Temiar di Kampung Kelaik, Pos Blau di Gua Musang, merayu kerajaan negeri agar mewartakan tanah adat buat mereka kerana gusar perkampungan itu akan terkubur ekoran pembukaan tanah bagi tujuan aktiviti agrikultur yang semakin meluas di lokasi berkenaan.

Penduduk Uda Busu, 42, mendakwa penempatan yang dahulunya mempunyai lebih 200 penduduk kini hanya tinggal hampir 100 penduduk kerana kebanyakan mereka terpaksa berpindah ke kawasan lombong bijih besi berhampiran akibat kekurangan sumber makanan dan hasil hutan. 

Malah menurutnya, kini penempatan yang dihuni semenjak zaman nenek moyang mereka telah dikelilingi dengan pelbagai projek penanaman seperti ladang durian, kelapa sawit dan kebun sayur. 

“Baru-baru ini kebun rambutan, getah dan durian penduduk di Kuala Cenroi (Pos Blau) telah dimusnahkan pihak syarikat dan tiada pampasan buat kami, untuk tuntut ganti rugi daripada siapa pun kami tidak tahu. 

“Kalau tanah tempat tinggal kami diwartakan, tidak akan timbul masalah tetapi sekarang kami dilayan ibarat pendatang asing. Kami pun rakyat Malaysia, pihak berwajib sepatutnya datang berjumpa dengan kami untuk berbincang sebelum memberi kebenaran kepada syarikat yang terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Kelaik, Pos Blau, baru-baru ini.

Bagi Billy Ibrahim, 39, pula beliau amat risau memikirkan nasib penduduk di penempatan terbabit dan memohon agar pewartaan tanah untuk tanah adat mereka diselesaikan segera. 

“Kalau boleh kita minta tolong sangat kerjasama daripada mana-mana pihak yang berkuasa di Malaysia ini untuk mewartakan tanah dan hak adat Orang Asli Kampung Kelaik. 

“Sekarang ini, kami semakin terhimpit dan mungkin selepas ini kita terpaksa tinggal di atas pokok, duduk bawah jambatan atau tepi jalan sedikit masa lagi,” katanya. 

Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Nasir Dollah, 36, berkata pewartaan tanah Orang Asli akan memberi jaminan tanah di kampung masyarakat berkenaan tidak diceroboh.

“Bila tiada hitam putih sudah tentu kawasan yang kita anggap tanah Orang Asli itu akan diambil pada bila-bila masa. Kalau kita lihat dan dengar di lain negeri sudah ada pewartaan tapi di kampung kami memang tiada lagi,” katanya. – Bernama, 18 September, 2023.



WOIT

INI PELUANG

UNTUK 

PARTI ISLAM

TUNJUK  JUJUR

BERHEMAH

DAN MENJAGA

SEMUA UMAT

AMIN

JIKA PARTI ISLAM

DAPAT SELESAI

MASALAH

 ORANG ASLI

MAKA PASTI 

PARTI INI BOLEH

MEMIMPIN NEGARA

AMIN

KHALAS 

SAH - RAMAI WARGA JADI MANGSA


2,079 kes tipu dalam talian di Johor, kerugian lebih RM71 juta

KES jenayah penipuan dalam talian di Johor meningkat 15.5 peratus kepada 2,079 kes dari Januari tahun ini hingga semalam berbanding 1,800 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata jumlah kerugian sebanyak RM71.857 juta direkodkan pada tempoh itu berbanding RM57.026 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata belian dalam talian menjadi penyumbang terbesar jumlah kes tahun ini iaitu 485 kes diikuti pelaburan tidak wujud sebanyak 382 kes, phone scam (368 kes), tawaran kerja (361 kes) dan pinjaman tidak wujud (338 kes).

“Sebanyak 478 kes daripada 2,079 kes dilaporkan oleh mangsa kepada National Scam Response Centre (NSRC) bagi tujuan sekatan aktiviti ke atas akaun bank terbabit,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai agar lebih berwaspada apabila berurusan secara dalam talian bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Kamarul Zaman berkata orang ramai perlu menyemak terlebih dahulu talian telefon dan akaun bank yang digunakan suspek melalui aplikasi Semak Mule yang disediakan dalam talian oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

“Orang ramai juga diseru agar sentiasa mengikuti laman sosial JSJK seperti Facebook, Instagram dan TikTok bagi mengetahui modus operandi terkini jenayah komersial.

“Sekiranya menjadi mangsa penipuan, orang ramai dinasihatkan segera menghubungi NRC menerusi talian 997 sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar wang daripada akaun suspek,” katanya. – Bernama, 17 September, 2023.

WOIT

RAMAI WARGA

JADI MANGSA

AMIN

RAMAI WARGA

MASIH  BEBAL

AMIN

INI KERJA SKMM

JANGAN SIBUK

NAK PADAM BLOG

NAK PADAM

 TIK TOK & FB

AMIN

BUAT PENERANGAN

SEBAR MAKLUMAT

KHALAS