Sabtu, 18 Jun 2022

SAH MANUSIA PEMUSNAH ALAM

 


SAH MANUSIA

PEMUSNAH ALAM

KHALAS

JANGAN LUPA NAMA YANG LAIN


NAMA NAMA

PENCURI

AMIN

Terima dana UKSB: Muhyiddin perlu didakwa seperti Zahid

KUALA LUMPUR –  Muhyiddin Yassin perlu didakwa di mahkamah kerana namanya turut disebut menjadi penerima dana berjumlah kira-kira RM1.3 juta daripada syarikat pembekal perkhidmatan visa luar negara (VLN), Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB).

Negara hari ini bercelaru, sistem kehakiman digunakan untuk melepaskan mereka yang menjadi sekutu, sistem mahkamah digunakan dan diarah mengikut telunjuk demi memuaskan nafsu politik .

Muhyiddin didakwa menerima dana tersebut kurang sebulan kembali ke Putrajaya sebagai Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika PH menjadi kerajaan selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.


JANGAN LUPA

ADA NAMA LAIN

AMIN

 KHAIRY JAMALUDIN

HISHAM KONTOT

RIZAL MERICAN

SAHAFIE AFDAL

HANAFIAH AMAN

AMIN

SEMUA SUDAH

BOCOR

KAH KAH KAH

KHALAS

KITA PERLU TENAGA KERJA



Sindiket bawa masuk PATI berlaku setiap malam

JOHOR BAHRU – Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) berlaku setiap malam sejak sempadan antarabangsa dibuka pada April lalu.

Masa dipilih untuk membolosi perairan negara antara jam 8 malam hingga 4 pagi, kata Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim  Mohd Zubil Mat Som.

“Bagaimanapun cubaan sindiket ini kebanyakannya berjaya kita patahkan menerusi operasi bersepadu dengan melakukan kawalan dan rondaan di kawasan sempadan perairan negara.

“Biasanya bila mereka (PATI) patah balik, mereka akan cuba lagi, ini akan dilakukan secara berterusan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlid Penyerahan Rigid Hull Fender Boat (RHFB) Kelas Pertama di Berjaya Waterfront Hotel hari ini.

Mohd Zubil berkata, kemasukan warga asing ini berlaku kerana terdapat permintaan (pasaran kerja) dalam sektor-sektor seperti perkilangan, pertanian dan perladangan.

Mohd Zubil sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU)  antara Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Shaiful Lizan Ibrahim dengan Pengerusi Dalac Marine Engineering dan Services Sdn Bhd,  Zakaria Yusof bagi penyerahan RHFB itu.

Beliau berkata, pihak maritim melakukan 442 tangkapan atas pelbagai kesalahan dan merekodkan RM55.8 juta hasil rampasan mulai awal tahun sehingga 10 Jun lalu.

Jumlah berkenaan adalah hasil daripada 76,026 pemeriksaan dijalankan, selain 12,764 penggeledahan dilakukan dalam tempoh berkenaan.

Menurut rekod, sebanyak 46 kes kesalahan pencerobohan bot nelayan asing membabitkan 405 kru, 80 kes berkaitan Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO), 31 kes lagi berkaitan penyeludupan dadah, ketum dan rokok.

Selain itu, 93 kes merekodkan penyeludupan pelbagai termasuk PATI.

 KITA PERLU

TENAGA KERJA

AMIN

MEREKA CARI

KERJA

AMIN

ADA TITIK

PERTEMUAN

YANG BOLEH

DIURUS DENGAN

BAIK

AMIN

RASUAH DAN

MENTERI NAK

CARI DUIT UNTUK

KEMPEN POLITIK

MENJADIKAN

MEREKRUT TENAGA

KERJA JADI

KACAU TERGUGAT

AMIN

KHALAS

ANGKA KOBID NAIK KEMBALI


2,130 kes baharu Covid-19, satu kematian

MALAYSIA mencatatkan 2,130 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sejak permulaan wabak itu kepada 4,536,795.

Satu kematian berkaitan virus turut direkodkan semalam, menjadikan jumlah kematian kepada 35,731.

Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 776, diikuti Kuala Lumpur (553) dan Pulau Pinang (168).

Perak merekodkan 148 kes diikuti Sabah (115), Negeri Sembilan (82), Johor (60), Melaka (54), Sarawak (53), Kedah (44), Pahang (26), Putrajaya (22), Terengganu (14), Kelantan (11) dan Perlis (4).

Labuan tidak melaporkan sebarang kes baharu.

Satu-satunya kes kematian dilaporkan di Sarawak.

Kes aktif meningkat kepada 25,626 apabila 1,080 pulih daripada penyakit itu.

Antara kes aktif, 24,585, atau 95.9%, daripadanya menjalani kuarantin di rumah, 13 (0.1%) di pusat kuarantin berisiko rendah, dan 993 (3.9%) di hospital.

35 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 18 Jun, 2022.


 

AWAS !!!

K.L & SELANGOR

PALING BANYAK

AMIN

IKUT C.U.H

CARA UNTUK

HIDUP

KHALAS

KONSERT JOHN LENNON

 



KONSERT

JOHN LENNON

KHALAS 

yusoferman commented on

 "JUMPA JOHN LENNON"

bagaimana soalan mengenai manusia yg tidak ada daya upaya ini melainkan semuanya digerakkan oleh Tuhan ada yg tidak masuk Islam dan org kafir yg sudah mati itu kalau dalam sepanjang hayatnya tidak terterbit niat dan merasakan Islam itu betul masakan utk kearah jalan kebenaran Islam itu juga dari kehendak dan izin Tuhan?--

Unknown commented on

 "JUMPA JOHN LENNON"


Apa la hampa ceghita ni.. jumpa John Lennon abis hampa ingat apa dia akan buat? Konsert pree ke? Silap2 double price dia letak pasal banyak sangat permintaan. Hampa pulak xberapa nak berduit terpksalah jadi kuli kutip sampah lepaih konsert selesai. Kahkahkah

AIR TEH SUSU DI KELANTAN AIR SYURGA


APAKAH

AIR TEH SUSU

DARI PAIP AIR

DI KELANTAN

 SAMA MACAM

DI SYURGA ?

AMIN  

SAJE TANYA

 JANGAN MARAH

KHALAS

Panglimo potaseh commented on
 "GAMBAR NERAKA & SYURGA"
Di riwayatkang di shorga ngalir sungai yang air nye bak SUSU ..tapi tompek kito lagi show air sungei nye bak Teh Tarik Korang Manish .. 

AWAN HITAN MULA BERKUMPUL


 PETANG INI

JAM 5.03

AWAN HITAM MULA BERKUMPUL

 AMIN

APAKAH AKAN HUJAN

MALAM INI

AMIN 



TOK ARAB JUAL MINYAK ATTAR


TOK ARAB

KAKI PUTAR

JUAL MINYAK ATTAR

AMIN

KHALAS 




Unknown commented on 

"ARAB KAKI PUTAR"

israil yang berlatih perang iran yang berani... menarik

Unknown commented on

 "ARAB KAKI PUTAR"

Iran pun kaki putar jugak. Sahabat lama Yahudi. Kejatuhan Yahudi dan kemusnahan temple Solomon mengakibatkan orang Yahudi dibuang di babylon kecil kemudian menjadi parsi. Parsi kemudian menerima yahudi sebagai rakyat dan juga bantu mereka yg nak balik ke Yahudi. Siap bantu bina semula temple Solomon yg kedua. Sejarah persahabatan yg cukup lama dan masih ramai keturunan Yahudi di Iran. Sembang pong pang pong pang nak perang tapi orang lain yg mati. Senjata makin laku. Bila Iran nak gaduh ngan Yahudi habis pakat semua negara Arab beli senjata berbillion dollar.

HABIS MATI ASKAR UKRAINE

 


LAGI BOM

LAGI ROKET

LAGI KERETA KEBAL

HINGGA TINGGAL

SEORANG ASKAR

UKRAINE

AMIN

YANG LAIN

DAH ABIH MATI

KHALAS

PARANG TERBANG

 

PARANG TERBANG

DARI

SERAMBI MEKAH

KHALAS

Panglimo potaseh commented on


 "PROJEK JUAL SENJATA"

Gwa dingar ade beratus bilah parang Tanah Melayu sedang terbang menuju ke negara Rasputin ..tak tau lak gwa perang tu terbang ke Ukreine ke Russia ke. Patik yg hina ni harap parang tu dapek lindungi mantan permaisuri Serambee Mokah ..

MULA MELAWAN

 

RAKYAT AMERIKA

MULA BANGUN

MELAWAN

AMIN

Unknown commented on

 "BIDEN JADI MENTAL"

https://youtu.be/zJ5ajAIL8QA

MADEY TAK FAHAM



Dr Mahathir jelaskan 

mengapa ‘tidak molek’
 
undang Najib

 ke istana

Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata “banduan” tidak sepatutnya diundang ke istana, sehari selepas ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan tindakan istana mengalu-alukan bekas perdana menteri Najib Razak ke majlis rasminya.

“Pandangan saya banduan tidak sepatutnya dijemput ke istana. Ia tidak betul dan tidak molek.

“Ia seolah-olah menunjukkan seorang yang disabitkan kesalahan jenayah mendapat sokongan dari pihak istana,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, pandangan yang sama turut disuarakan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim, mempersoalkan tindakan istana yang dilihat tidak selari dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai bahaya rasuah.

Hassan mempersoalkan kakitangan istana yang gagal menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk tidak mengundang Najib.

“Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai akses kepada Peguam Negara yang bertindak sebagai peguam kepada kerajaan.

“Tidak ada sesiapakah yang berani tampil ke depan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya jangan menjemput bekas perdana menteri Najib Razak (seorang pesalah rasuah) ke Istana Negara?” kata Hassan dalam sebuah hantaran Facebook.

Najib yang merupakan ahli Parlimen Pekan disabitkan kesalahan di Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 bagi tujuh pertuduhan berkait penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Beliau dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta.

Pada Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan turut mengekalkan sabitannya dan beliau kini dalam proses merayu di Mahkamah Persekutuan.

Najib menerima undangan Aidilfitri di Istana Abdul Aziz di Kuantan, Pahang pada 4 Mei lalu.

Sebelumnya, beliau turut diundang bagi majlis berbuka puasa bersama Agong, ahli Kabinet dan diplomat asing di Istana Negara pada 18 April.

“Najib Razak bekas perdana menteri dan ahli politik yang senior sepatutnya sedar dan mengambil inisiatif menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya tidak menjemput beliau ke Istana Negara bersandarkan latar belakang bahawa beliau didapati bersalah oleh mahkamah,” kata Hassan.

MADEY NI

TAK FAHAM

AMIN

DARI SINI

MULANYA KONSEP

BRAHIM PENDEK

KAH KAH KAH

INI KONSEP

BARU MUCUL

DARI MELBOURNE

AUSTRALIA

KAH KAH KAH

MADEY INI TAK

MERAYAU DALM

INTERNET TU

PASAL TAK JUMPA

KONSEP 

DOLAH PENDEK

AMIN

KHALAS

IKUT HUKUM BAGINDA QUEEN

Badan kehakiman pertahan fungsi, ikuti duluan ditetapkan, kata Tengku Maimun

BADAN kehakiman hanyalah mempertahankan fungsi kehakimannya dengan mengikuti duluan atau precedent yang telah ditetapkan dalam membuat keputusan mengenai isu perlembagaan, kata Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Beliau berkata mungkin ada sesetengah pihak berpendapat bahawa badan kehakiman itu lebih berkuasa berbanding sebelumnya berikutan keputusan mengenai isu perlembagaan yang dibuat badan itu kebelakangan ini.

Menurut Tengku Maimun dalam melaksanakan tugas kehakiman, hakim-hakim di Malaysia terikat dengan prinsip undang-undang sedia ada. 

“Sama ada seseorang hakim itu mengguna pakai atau tidak prinsip-prinsip tersebut, tidak bermakna dia seorang yang liberal atau konservatif. Pada pandangan saya, hanya ada keputusan koheren secara undang-undang atau tidak koheren - bukan keputusan liberal atau konservatif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur hari ini yang turut dihadiri Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, mantan Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria dan Md Raus Sharif serta Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.

Memetik beberapa kes precedence terbaru antaranya kes Semenyih Jaya dan Indira Gandhi yang diputuskan masing-masing pada tahun 2017 dan 2018, Tengku Maimun berkata kedua-duanya telah diputuskan secara sebulat suara oleh lima hakim, sebelum beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

“Selanjutnya, terdapat kes yang ketiga iaitu kes Alma Nudo Atenza pada 2019 yang juga telah diputuskan secara sebulat suara oleh sembilan hakim Mahkamah Persekutuan iaitu prinsip undang-undang perlembagaan yang telah diputuskan dalam kes Semenyih Jaya dan Indira Gandhi telah diperkukuhkan.

“Prinsip-prinsip yang telah diputuskan melalui ketiga-ketiga kes di atas, yang sering kali disebut sebagai trilogy of cases adalah selari dengan pemahaman saya, yang sedikit sebanyak terbentuk hasil pelajaran yang saya peroleh di fakulti ini,” katanya.

Tengku Maimun turut menekankan prinsip-prinsip perundangan yang telah diterapkan dalam dirinya sepanjang empat tahun pembelajaran di Fakulti Undang-Undang UM dan sepanjang perjalanan kerjayanya.

“Prinsip-prinsip ini termasuklah prinsip keadilan tanpa berat sebelah dan sebagai seorang hakim, kebebasan untuk membuat keputusan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan lunas undang-undang tanpa apa-apa tekanan atau pengaruh dalaman atau luaran.

“Ini juga selari dengan sumpah Jawatan dan Taat Setia seorang hakim iaitu untuk sentiasa memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Tengku Maimun turut mengimbau kenangan beliau ketika bergelar mahasiswi fakulti tersebut bermula tahun 1978, sebelum menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982.

Menyingkap kenangan di fakulti itu, Tengku Maimun berkata beliau mempelajari banyak perkara, bukan sekadar dari sudut undang-undang tetapi juga nilai dan prinsip kehidupan. 

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan membentuk pemahaman perundangan saya hari ini,” ujarnya. – Bernama, 17 Jun, 2022.

KITA IKUT

DULUAN NEGARA

KOMONWEALTH

AMIN

BEKAS TANAH

JAJAHAN INGGRIS

AMIN

KALAU IKUT

DULUAN KOREA

NAJIB ROSMAH

DAH DUDUK LAMA

DI SUNGAI BULUH

AMIN

KHALAS

GAMBAR NERAKA & SYURGA


INI GAMBAR

NERAKA 

AMIN

TAK SEMPAT SELFIE

KAMERA TERBAKAR

KAH KAH KAH

INI GAMBAR SYURGA

BIDADARI SEDANG

MENGURUT

AMIN 

Unknown commented on

 "JUMPA JOHN LENNON"

Pak lobak kata sorga baik, nerake tak baik. Pasti Pak lobak dah buat lawatan. TT, boleh mintak Pak lobak post gambar selfie sorgo dan nerake? Tanya saja, jangan marah ya.

PENCURI SEMUA PENCURI

 

PENCURI PENCURI

SEMUA PENCURI

AMIN

KHALAS

ASAL MELAYU DARI BINI KE 3 NABI IBRAHIM

MELAYU ASAL

DARI BINI KE 3

NABI IBRAHIM

AMIN

KAH KAH KAH

Unknown commented on
 
"DUTA ZIONIS ISRAEL
 DI KUALA LUMPUR ?"


Apa salah nya Arab iktiraf Israel. Mereka tu sepupu dari keturunan nabi Ibrahim. Dah sampai masa Melayu iktiraf Israel, sebab Melayu pun sepupu dengan Israel. Bani Melayu klaim Melayu ni dari isteri ketiga nabi Ibrahim iaitu Keturah. Yang jadi tandatanya ialah orang Itam Afrika pun klaim dari keturunan keturah isteri nabi Ibrahim. Tapi kenapa orang Itam Afrika ada punai yang besar dan panjang sedangkan Melayu punai nya cinonet saja. Masaalah ini kena tanya lebai Maulana gunung jerai. Lebai Maulana ni tahu samaada keturah ada datang ke gunung jerai di kedah atau tidak. Apa pun sepupu sepupu ni semua ialah bangsa yg paling huru hara sekali atas muka bumi ni. Semua klaim terpaling betul.

JUMPA JOHN LENNON


JUMPA

JOHN LENNON

AMIN 

Unknown commented on

 "PILIH SENDIRI"

Dineraka nanti John Lenon Marilyn Monroe Karl Marx yg lu jumpa nanti akan bgtahu lu. Kita sumer memang dari awal lg dah kapir yg lu ni asalnya islam napelah nak ikut kami. Lu ingat kami up sangat lah dok dlm neraka ni. Napelah lu jd bengap sangat. Kitaorang kalu boleh mahu kuar dari neraka ni. Yg korang mintak nak masuk. Haisshh

MENUNGGU HARI KE 19

 



TUNGGU HUKUMAN
SABTU 18/6/2022
KITA MENUNGGU 19 HARI LAGI
ROSMAH JATUH HUKUM

ANGKA 
NAIK?
KKM BUAT KENYATAAN
MUNGKIN SUNTIKAN KE 4
HU LA LA 
JENG JENG JENG
APA DAH JADI
VAKSIN JANGKA PENDEK
UNTUK PASTIKAN
KITA TERUS BELI
AMIN

HEBOH 
HARGA BARANG
HEBOH INFLASI
DAN KITA  AKAN MENUJU
  ZAMAN MELESET
INGAT SEJARAH 1929 ?
APA JADI LEPAS ITU ?
HITLER MASUK
PERANG PECAH

SEKARANG PERANG DAH PECAH
ADA YNG KATA 
AKAN MEREBAK
JADI PERANG DUNIA KE 3

ADA YANG KITA
SEKARANG INI KITA
DALAM PERANG DUNIA KE 3

KITA WAJIB DILAKUKAN
KEMPEN MENANAM MAKANAN
BERSEDIA HADAPI
ZAMAN MELESET
DAN ZAMAN PERANG
AMIN

HOKKIEN  AGAK MALAP
UDARA SEGAR
DARI JAUH 
GUA DENGAR JANTAN
BERKOKOK

DI POKOK MENGKUDU
DUA BANGLO MASIH SELAMAT

LECAH DAN AIR DI JALAN
MASIH KEDAPATAN
YANG INI BUAT GUA RISAU
TAK TAK SUKA MASUK
DALAM LOPAK AIR
DI RUMAH GUA
WAJIB BASUH KALAU TIDAK
BULU TAK TAK BAWA PASIR

MATA HARI TAK KELUAR
LANGIT AGAK KELABU
MUNGKIN PANAS 
MUNGKIN RENYAI
AMIN

BRO
SENYUMLAH
SENYUMLAH
PAGI INI

BRO
LU INGAT LU KENAL
DIA BETUL BETUL
TAPI SEBENARNYA
LU HANYA KENAL APA YANG
LU MAHU  TAHU

BRO
FOKUS MENJADIKAN
DIRI KITA TERBAIK
BUKAN FIKIR
KITA INI TERBAIK

BRO
BILA KITA DEWASA
BARU KITA TAHU
FUNGSI DUA TANGAN KITA
SATU UNTUK BANTU KITA
SATU LAGI UNTUK
BANTU ORANG LAIN

BRO
JANGAN MENGHAKIMI
MASA DEPAN KITA
BERDASARKAN
KESALAHAN ORANG LAIN

BRO
JANGAN LUPA
KITA INI MUNGKIN
AKAN BERTEMPUR
LEBIH DARI SEKALI
UNTUK MENANG

BRO
PENGALAMAN
ADALAH GURU TERBURUK
KERANA DIA UJI KITA
SEBELUM BERI PELAJARAN

BRO
KITA PERLU MERANGKAK
DALAM GELAP 
UNTUK BENAR BENAR
MENGHARGAI  RASA
DUDUK DI BAWAH MATAHARI

BRO
KITA TERLAHIR UNTUK MENANG
TAPI SEORANG PEMENANG
WAJIB MERENCANAKAN
KEMENANGAN
MEMPERSIAP DAN BERHARAP
UNTUK MENANG

BRO
SENYUM
ADALAH UCAPAN
SELAMAT DATANG
YANG PALING UNIVERSAL
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUGGU
KHAMIS 7 JULAI 2022