Khamis, 3 September 2020

ROCK N ROLL DENGAN MELAYU SEBATI











ROCK N ROLL

SEBATI DG MELAYU



CILAKAK ADA DAH BELOT





PEMIMPIN ISLAM

DITANGKAP

DISEKSA

DIMALUKAN

DITUDUH

MENCURI

 KERANA ORANG 

 KEPERCAYAAN

BELOT

AMIN 


Bekas CEO 1MDB dedah rancangan cuba lindung Najib dari siasatan

TERDAPAT konspirasi oleh mereka yang rapat dengan Najib Razak untuk mengeluarkan namanya daripada siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, orang yang rapat dengan Najib termasuk bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Hassan Ariffin memberitahunya agar mengelakkan bekas perdana menteri itu daripada siasatan.

Saksi pendakwaan itu berkata demikian apabla beliau diperiksa balas semula oleh peguam pendakwa Gopal Sri Ram.

Sri Ram bertanya Shahrol sama ada beliau diarahkan untuk memusnahkan nota untuk melindungi Najib. 

Sri Ram: Kamu ditanya (oleh peguam bela) mengenai bukti kamu dihadapan PAC. Kamu katakan kamu sudah musnahkan nota perbualan itu kerana tugas kamu untuk melindungi tertuduh?

Shahrol: Betul.

Sri Ram: Boleh saya tanya, idea untuk melindungi tertuduh, dari mana ia datang?

Shahrol: Ia datang dari semua orang, bukan sahaja (ahli perniagaan dalam pelarian) Jho Low…pegawai di Jabatan Perdana Menteri, ahli politik Barisan Nasional yang merupakan anggota PAC di Parlimen yang berinteraksi dengan saya.

“Malah dari mula, saya ingat penjawat awam di MOF (Kementerian Kewangan) menggunakan ayat “perlu selamatkan PM”.

Tambahnya, antara yang terbabit dalam rancangan itu adalah bekas pegawai Najib, Amhari Efendi Nazaruddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Ahmad Farid Ridzuan.

Shahrol memberi keterangan dua individu berkenaan bertanggungjawab terhadap penjenamaan dan imej Najib dan melindunginya daripada serangan premis berita antarabangsa, Wall Street Journal.

Tambahnya, beliau juga bertemu dengan pengerusi PAC Hasan di kediaman Farid yang mana beliau memberitahu Shahrol untuk keluarkan nama Najib daripada siasatan.

Sri Ram: Bagaimana dengan ahli BN dalam PAC?

Shahrol: Saya bertemu dengan engerusi Hasan ketika itu. Saya tidak ingat nama semua mereka tapi sekurang-kurangnya satu atau dua orang ahli turut hadir di kediaman Farid dan objektif perbincangan adalah untuk lindungi PM.

Sri Ram: Adakah bukti kamu dalam PAC dipengaruhi oleh perkara ini?

Shahrol: Sudah tentu. Semua fakta yang menyebut Jho Low dikeluarkan dan tanggungjawab atas semua keputusan diletakkan atas bahu saya. 

Sri Ram: Jadi kamu sanggup terima kesalahan?

Shahrol: Ya. – 3 September, 2020.


PEMIMPIN ISLAM

YANG SYUMUL

DIFITNAH

AMIN

INI MESTI KERJA

LIM GUAN ENG

KAH KAH KAH

KALAU TIDAK

INI KERJA

SAMI VELOO

KAH KAH KAH

ATAU KERJA

KU LI DIA

NAK JADI  

PRESIDEN PARTI

KAH KAH KAH

KOBID DALAM PENJARA




BAHAYA BESAR

DALAM PENJARA

BERASAK ASAK

AMIN


6 kes baharu Covid-19 di Penjara Tawau, kata KP Kesihatan


SEBANYAK enam kes baharu Covid-19 dikesan membabitkan kluster Lahad Datu di Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kluster tersebut kini 14.

Menurut Dr Noor Hisham enam kes baharu daripada kluster Lahad Datu yang dilaporkan hari ini dikesan di Penjara Tawau.

“Empat daripada kes tersebut turut mempunyai sejarah ke IPD Lahad Datu serta mempunyai kontak rapat dengan kes indeks.

“Mereka telah balik ke Penjara Tawau pada 28 Ogos dan seterusnya menjangkiti dua lagi banduan baharu di itu. 

“Kesemua kes positif baharu ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 3 September, 2020.

DARI MANA

PUNCA KOBID

HINGGA MASUK

PENJARA

AMIN

ARMADA DAN ISMAIL SABRI AMBIL PERHATIAN




KETUA ARMADA

SURAT HANG

TAK LAKU

KAH KAH KAH 

Surat sokongan tidak boleh jadi asas buat keputusan dalam kerajaan

PUTRAJAYA – Sesuatu surat sokongan yang dikeluarkan oleh menteri atau ahli politik dalam kerajaan tidak boleh dijadikan sebagai asas untuk membuat keputusan oleh mana-mana pegawai, atau kakitangan kerajaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Bahagian Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, sebenarnya pegawai kerajaan sendiri mempunyai garis panduan yang harus dipatuhi dalam soal tersebut.

“Sebenarnya pegawai kerajaan pun kita ada garis panduan, tidak boleh jadikan surat sokongan ini sebagai arahan asas untuk membuat keputusan

“Kita sudah pernah keluarkan kenyataan bahawa siapa-siapa sama ada menteri atau ahli politik yang hendak mengeluarkan kenyataan tiada masalah.

“Cuma pihak kita sebagai penjawat awam tidak boleh menjadikan surat sokongan itu sebagai asas membuat keputusan sebab kita keluarkan garis panduan yang harus dipatuhi,” katanya.

Beliau ditanya mengenai insiden berkaitan pengeluaran surat sokongan melibatkan Menteri Pertahanan,  Ismail Sabri baru-baru ini.

Shamsun Bahrin bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenainya kerana berpendapat menteri berkaitan sudah memberikan penjelasan dan tidak mahu mengeluarkan kenyataan bercanggah.


ISMAIL SABRI

SURAT HANG

PUN SAMA

TAK LAKU

MELAINKAN

ADA KOPI

BAWAH TANAH

KAH KAH KAH

NAJIB DITANGKAP KERANA ORANG KEPERCAYAAN BELOT





BELOT JANGAN

TAK BELOT

Bekas CEO 1MDB dedah rancangan cuba lindung Najib dari siasatan



BERITA MENYUSUL



AMANAH KALAH BESAR




PASAI APA

AMANAH

KALAH BESAK ?

AMIN

PASAI PECAYA

CAKAP AWAR

I HAVE  NUMBO

KAH KAH KAH




PKR dan Amanah akan kalah besar?

PULAU PINANG – Kejayaan besar Barisan Nasional (BN) di Slim menunjukkan parti itu sedang menggenggam kemenangan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15.
Penganalisis politik, Khaw Veon Szu berkata, Perikatan Nasional (PN) kini hanya memerlukan 30 peratus undi bukan Melayu untuk menyebabkan PKR kalah besar dan menenggelamkan Amanah.

TAPI 
MASIH BOLEH
SELAMAT
AMIN
TINGGALKAN
ANWAR BUAT
PERSERIKATAN
BARU
TANPA ANWAR
AMIN

KHAS UNTUK ARMADA BERSATU






KAH KAH KAH

Surat sokongan tidak boleh jadi asas buat keputusan dalam kerajaan


BERITA MENYUSUL



TRUMP AKAN MENANG








TRUMP MENANG

SEKALI LAGI
isham rais guna washington post sebagai sumber... gambar jamuan tu gambar jamuan dengan presiden Brazil iaitu Jair Bolsonaro trump tidak dalam poket sesiapa.. tak seperti usop biden.. 

korup.. rasuah di ukrain.. anak dia dapat dana dari china... biden dikuasai establishment, globalist, wall street... biden ni dah nyayuk.. dementia.. kemungkinan pernah kena stroke.. hampeh Biden on 
DUIT BERKEMPEN 
MELOROH MASUK
Publish | Delete | Spam
Ketua Pengarang
on 03/09/20

c

AWAS CUKONG








AWAS CUKONG
orang bisnes nak untung, sapa boleh bagi untung, pelaburan masuk sana, kah kah kah mudah, bukan setakat menderma selepas itu menuai balik dengan projek konsesi, you help me, I help you lah bro, simple he hukum dunia, lu tolong wa, wa tolong lu ma, amiso kah kah kah 
on 
DUIT BERKEMPEN 
MELOROH MASUK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 03/09/20

Ka

PARTI KETUANAN MELAYU





PARTI 

KETUANAN MELAYU
Melaon ni dari parti ape? 
Parti Lobak ke..
Cakap sama taraf dgn Baghal.. 
on 
BUKAN BERITA
 LOKMAN ADAM
Publish | Delete | Spam
Arymanchino
on 03/09/20

isham rais

ABAM RAJ A KAPOOR




ABAM 

RAJ A KAPOOR
Imej apa baik untuk Abam? Dah 20 lebih tahun jerit - reformasi -. tapi bila dah berkuasa, tak buat apa-apa reformasi, asyik meratip nak jadi piem ke-8. Aku rasa imej Abam dengan anak ikan atau jam omega boleh juga. Kalau nak cool lagi, buat lah imej Abam pandai menari ala filem Hindustan macam abang Kapoor. 
on 
TOK GOPOH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 03/09/20

Me

TOROWONG ABAM KU





TOROWONG 

ABAMKU

Betul ..masalah Abam, dia tak punye imej. Masalah ini pirnah jadik pada Bossku ..mula nye Bossku cuba ambil imej BADAK sebagai simbol kepahlawanan nye, spt Amerika yg berimejkan EAGLE ..tapi imej Badak tu telah jadi bahan gelak ketawa. 
Laslas Bossku jadi masyur dgn hanya berimejkan KAPCHAI ..simboliknye kapchai ni akan RAHAI jika ditompangi Badak. Jadi imej apa yang terbaik untuk Abam ..apa kata ..BAJAK KOREK TEROWONG. 
on 
TOK GOPOH
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 03/09/20

Ala

DARI SERAMBI MEKAH KE SERAMBI MOSCOW



DARI

 SERAMBI MEKAH

KE SERAMBI 

MOSCOW

waduh waduh waduh... 
video goyang apa tu sakai? tahun 2020 ni sapa yg layan dangdut? kau ketinggalan zaman ke? dangdut dangdut ni utk hiburan warga indon yg miskin saja. 

oit! tahun 2020 org melayu layan gelek rusia laa. Org nak body yg selim melim macam Oksana Voevodina atau body yg solid mcm pornstar german. 
on 
LAGI 
GOYANG GOYANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous

JANGAN SEKSA PEMIMPIN ISLAM








JANGAN SEKSA

PEMIMPIN ISLAM
Najib wajib dibebaskan kerna kesemua RM42juta dihabiskan untuk golongan fakir dan miskin...... abah din masih memerlukan...... kah kah kah....... on 
RAYU DAN TANGIS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 03/09/20

TENGKU FRAUD TERLONDEH







TENGKU FRAUD

TERLONDEH 


TERLONDEH

BAJU LABUH SELUAR LONGGAR
HINNGA TERLONDEH

DUIT BERKEMPEN MELOROH MASUK






DUIT BERKEMPEN


MELOROH MASUK




Pada hari  Selasa 3 November 2020 warga  Amerika Sarekat akan keluar mengundi. Mengundi untuk  memilih Presiden  ke 46 . Ini kali  ke 59 Amerika mengadakan pemilihan  Presiden 4 tahun sekali semenjak 236 tahun dahulu.   Pada November ini Donald Trump dari Parti Republican akan mempertahan kerusinya. Trump akan dilawan oleh  Joseph Biden dari Parti Democrat.

Pemilihan Presiden Amerika ini adalah contoh terbaik untuk memahami politik undi atau electoral politics.  Apa yang telah dan sedang berlaku dalam politik undi di Amerika ini juga sedang  berlaku disetiap negara yang mengamalkan sistem politik undi. Tujuan mengundi untuk memilih wakil ke Parlimen untuk membuat hukum undang undang dan dasar negara.

Politik undi di Amerika adalah sama dengan politik undi di Malaysia dan  di negara Dunia Ketiga. Politik undi Amerika mungkin berbeza sadikit dengan sistem politik undi di Negara Nordic – Sweden,  Denmark, Norway dan Finland -  atau di negara yang  gunapakai sistem undi berkadar – propositional representation. Tapi secara menyeluruh Amerika adalah contoh budaya unggul politik undi.

Dalam tulisan akhir saya telah menimbulkan tentang kuasa.  Politik undi dijalan untuk mendapat kuasa.  Sosok yang mencalonkan diri untuk diundi berniat untuk  mendapat kuasa. Melalui kuasa  Si Polan  yang menjadi Yang Berhormat (YB) boleh  mendraft, mencadang, mengusulkan  undang-undang untuk dilulus, diubah  atau dibatal dalam Parlimen. Para YB juga  boleh membuat dasar  untuk negara.  

YB yang berkumpul dan  berlabon dalam Parlimen itu tugasnya ialah membuat undang-undang dan dasar negara. Diatas kertas jika kita baca - amat jelas para YB ini  dilihat panglima unggul  yang memilki kuasa. Kuasa yang didapati melalui  jumlah undi yang lebih banyak berbanding dengan yang kalah kerana dapat undi kurang. Amin. 

Tetapi Hishamuddin Rais dalam tulisan ini akan membuktikan bahawa  dibelakang kuasa  ini ada lagi kuasa yang betul betul-betul berkuasa.

Apakah ini bermakna di belakang Muhyiddin, Azmin Ali  dan Menteri kabinet  adalah lagi  yang lebih berkuasa. Apakah  ini juga bermakna dibelakang Trump  ada lagi yang berkuasa. Apakah ini bermakna dibelakang  Boris Johnson  Perdana Menteri United Kingdom ada lagi yang lebih berkuasa? 

Betul dan tepat. Dibelakang kuasa PM , Presiden atau Menteri  atau YB  ada lagi kuasa yang lebih berkuasa.  Kuasa yang lebih kuat dari kuasa undi.

Penghuraian saya tentang politik undi  bertujuan untuk membuktikan bahawa dibelakang kuasa Presiden,   kuasa Perdana Menteri,  kuasa Menteri ,  kuasa Senator dan YB adalah lagi ‘ makhlok’ dibelakang kuasa ini.  Khalas.

Siapa makhlok ini ? Melayu ke China ? Islam atau   Nasrani?

Makhlok ini bukan susah untuk kita kenali dan difahami. Makhlok ini bukan makhlok halus. Makhlok  ini sama saperti kita.  

Kalau makhlok ini makan petai maka kencingnya pasti berbau haring. Kalau makhlok ini banyak makan labu  maka makhlok ini pasti akan kerap  terkentut. Tapi awas dan waspada makhlok ini serupa dengan kita. Tetapi serupa bukan bermakna sama. Amin.

Saperti kata arwah Cik Gu Muzaffar Tate -  politics is a rich man’s game – politik ini permainan orang kaya kaya.  Politik undi ini adalah puncak politik orang kaya kaya.

Donald Trump sebelum menjadi Presiden ialah  seorang billionaire pemilik  hotel dan  pemaju bangunan di New York. Ketika berkempen pada tahun 2016 , Si Trump ini telah menggunakan duit sendiri sebanyak 66 juta dolar. Tapi keseluruh kempen Trump pada tahun itu ialah 1.6 bilion dollar Amerika. Biden  yang  sedang menentang Trump  sekarang  telah mengumpul duit seramai 699 juta dollar. Kita belum terbaca jumlah dana yang telah dikumpul oleh Presiden Trump.

Dalam kempen kali pertama tahun 2008 Barack Obama telah menggunakan 730 juta dollar.  John McCain  lawan Obama menggunakan 333 juta dollar. Jumlah penuh kempen tahun 2008 ialah 2.4 bilion dollar.   Sila perhatikan jumlah:  bukan puluh puluh ratus. Bukan  ratus ribu tapi ratus ratus juta. Hingga jadi berbilion dollar. Amin.

Sekali dilihat  berkempen ini macam projek  membakar duit. Semua duit hangus terbakar. Betul. Mak Cik Pak Cik di Malaysia  tahu bila ada PRU maka duit akan ramai turun. Tambah lagi  dalam  Pilihan Raya Kecil (PRK) lagi banyak duit turun.

PRK  Permatang Pauh, Kuala Kangsar, Tanjung Piai, Port Dickson  atau di Slim baru baru ini terbukti dana melimpah turun.  Kampit beras dan kampit gula bertukar tangan. Tetiba baju , kasut, beg sekolah anak anak dihantar depan pintu.  Tanpa diminta tanpa dipesan tetiba nasi minyak sampai ke surau.  Semua  ini adalah  sebahagian dari ciri-ciri budaya politik undi Malaysia.

Kempen PRK ini memunculkan  cerita-cerita rakyat.  Disurahkan bagimana Mak Cik dan Pak Cik di kampong berdoa agar YB dikawasan mereka mati. Jika Yb mati maka akan diadakan  PRK. Bila PRK diadakan  duit meloroh masuk.

Putar kembali ingatan kepada  PRK Bukit Gantang April 2009. Bagaimana pekerja parti, pihak keselamatan, pegawai SPR  dan juga pelancung politik  telah melonjakkan ekonomi tempatan. Media melaporkan bagaimana mee udang Kuala Sepetang  yang biasanya 12 ringgit melonjak naik  menjadi 15 ringgit semangkok.  Malah ombak ekonomi PRK ini melimpah hingga ke Taiping dimana hotel  dan rumah tumpangan  habis dilanggan. Amin.

Dari mana duit berkempen ini di cekau?

Trump , Obama, Biden memerlukan  ratus juta  hingga berbilon dollar untuk berkempen.  Zaman air liur dan zaman air dagu sudah berlalu. Maka  dari mana  duit dicekau?.

Akhbar Washington Post 14 Febuari 2020 telah melaporkan  semenjak 2017 Presiden Trump telah mengadakan  48 kali pertemun dan jamuan makan malam bersama elit dan  gedebe parti Republican. Untuk  makan bersama Presiden tiket dijual dari 50,000  dolar seorang hingga ke ratusan  ribu mengikut jarak dari meja Presiden. Lagi dekat dengan Presiden  lagi mahal harga  kerusi. 

Washington Post juga  melaporkan bagaimana  satu jamuan makan malam paling mahal untuk Trump telah diatur untuk 30 orang atau 15 pasang gedebe dari parti Republican.  Harga satu  tiket ialah 580,600 dolar. Dalam sekelip mata Jawatan Kuasa Kempen Trump  telah mendapat 10 juta dollar untuk duit kempen.

Apakah ini cukup?  Jawabnya pasti belum melintasi 1 bilion.  Justeru dari mana lagi duit nak dicekau?

Parti  Republican atau Parti Democrat tidak akan bergerak hanya dengan  sokongan  rakyat.  Undi rakyat tidak akan masuk peti undi  jika dollar tidak memainkan  peranan.  Ini kempen tahun 2020 bukan kempen zaman Abraham Lincoln. Bukan lagi pakai wayang pacak dan alat pembesar suara. Teknoloji  media yang dijana internet  memainkan pernan penting. Tv dan media cetak masih berperanan. Untuk digerakan semua ini memerlukan dolar dan dinar.

Justeru  tanpa segan silu diakui bahawa dibelakang kedua dua parti politik Amerika in ada sokongan  orang kaya.  Mereka bukan hartawan. Mereka   bukan jutawan. Mereka adalah  bilionwan. Mereka ini warga 1% yang memiliki 99% harta kekayaan Amerika.  

Majalah Forbes telah melaporkan  kempen 2020 ini  Trump tidak perlu lagi menggunakan duit sendiri. Dilaporkan 80 bilionaire telah mara ke hadapan untuk membantu  Trump. Ini bermakan 9% bilionaire Amerika yang bernilai  210 bilion dollar akan menyediakan dana untuk  kempen Trump.

Di belakang Parti Democrat juga ada orang kaya. Mengikut laporan Forbes , pada akhir tahun 2019 Joe  Biden telah mendapat sokongan dari 60 orang billionaire Amerika.

Saya perlu memberi tahu bahawa ada satu lagi punca dana untuk Trump dan Biden.  Punca dana ni bukan  dari sosok orang kaya tapi dari organisasi. Organisasi ini memiliki  pengaruh lebih dari 100 ekor bilionaire.  Organisasi  saperti  the America Israel Public Affars Committee (AIPAC) , Christian United For Isreal dan American Jewish Committee.  

Setiap calon Presiden akan dijemput datang ke AIPAC.  Anggota   AIPAC  mahu mendengar dasar baru, undang undang baru, hubungan luar negara  baru  yang akan dibawa oleh  calon baru ke Rumah Puteh. Paling penting   untuk halwa telinga para ahli AIPAC  ialah mendengar  dasar calon Presiden tehadap Israel. Dasar terhadap Timur Tengah.

Ucapan garis politik Timur Tengah  di AIPAC ini boleh memenang atau  dan boleh menewaskan bakal calon ke Rumah Puteh. Inilah yang saya katakan  ada kuasa  lebih berkuasa dari kuasa peti undi.

Jangan lupa pada 10 May 2019  NST telah memetik berita dari AFP.  Rakyat Malaysia telah diberi tahu  bahawa  Najib melalui 1MDB dan melalui Jho Low telah memberi sumbangan sebanyak  21.6 juta dollar untuk kempen Obama pada tahun 2012. 

Kenapa dan mengapa orang kaya kaya ini menyokong   Trump atau menyokong Biden.  Apakah kuasa AIPAC hingga dianggap lebih berkuasa dari suara rakyat Amerika. Dan kenapa Najib mahu memberi sumbangan kepada kempen Obama. Soalan yang sama juga  boleh kita tanyakan kenapa Syed Mokhtar menyokong Mahathir. Dan kenapa Lim Goh Tong  menyokong Najib.  

Untuk menjawab soalan ini sila tunggu minggu hadapan. Amin. (TT) 



BUKAN BERITA LOKMAN ADAM






INI BUKAN

BERITA 

LOKMAN ADAM

INI BERITA

DARI TUAN HAJI

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

PERANG MAKIN

MEREBAK

KAH KAH KAH

MUHYIDDIN

NAK TIBAI NAJIB

KAH KAH KAH

Umno diugut bubar jika 

enggan bersama PN, 

dakwa penyokong Najib


Umno telah diugut akan dibubarkan sekiranya tidak menyertai Perikatan Nasional (PN), dakwa penyokong  Najib ,  Tuan Haji Datuk Lokman Noor Adam.

“Mereka ugut akan bubar Umno jika tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) dengan menggunakan alasan kononnya kerana Umno menggunakan dana 1MDB dan sebagainya,” kata orang kanan Najib itu melalui facebook beliau.
 
Tuan Haji Lokman menjawab dakwaan  Muhyiddin bahawa kemenangan calon BN dari Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim adalah kerana restu rakyat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan beliau.

“Diaorang ni bukan sahaja kata macam tu, tetapi mengugut Umno jika tidak mahu sertai Perikatan Nasional,” kata Tuan Haji Lokman lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta agar Muhyiddin tidak mengugut Umno lagi.

“Tak perlulah ugut-ugut Umno ini. Saya tahu dah ada atas meja ROS (Pendaftar Pertubuhan) dan atas meja Hamzah Zainuddin (Menteri Dalam Negeri) untuk membubarkan Umno semata-mata kerana Umno kononnya menerima duit 1MDB.
 
“Sehingga hari ini mereka gagalkan buktikan bahawa duit yang Najib terima daripada Arab Saudi adalah duit 1MDB,” kata Tuan Haji Lokman lagi.

Umno telah membuat keputusan tidak akan menyertai PN walaupun ditawarkan oleh Muhyiddin. Kenyataan ini dibuat selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah dalam kes SRC.

Dua pemimpin Umno iaitu Tuan Haji  Ahmad Zahid Hamidi dan Tuan Haji  Asyraf Wajdi Dusuki yang sepatutnya berucap di Konvensyen PN kelmarin telah tidak menghadiri majlis itu walaupun ia turut disertai oleh Pas, rakan Umno dalam Muafakat Nasional (MN).


GEROMBOLAN

NAIK MARAH

KAH KAH KAH

JANGAN RISAU

PERANG BARU 

MULA

KAH KAH KAH

PISAU BELUM

KELUAR

KAH KAH KAH

TIKAM JANGAN

TAK TIKAM

BUNUH JANGAN

TAK BUNUH

AMIN

CARI AYAT CARI HADIS







CARI AYAT

CARI HADIS

jika PAS masih pembangkang, berbuih mulut muftee akan beri dalil itu ini pasal tak patuh SOP, tak patuh perintah umarakkkk pemerintah blablabla oleh sebab berada di pihak kerajaan, maka semua isu boleh dikawtimmm. takda masalah. 
malah boleh dikait pula dengan quran kata itu kata ini. boleh jadi PAS atau ugamawan ini anggap semua orang di malaysia ini bodoh-bodoh belaka. tak boleh berfikir dan mudah lupa. kahkahkah 
on 
PEMIMPIN PAS
 ENTOT IKUT SOP
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 02/09/20

K