Ahad, 23 Oktober 2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI PENCERAHAN



SELAMAT

MENYAMBUT

HARI PENCERAHAN

AMIN

SUARA TAMRIN - PULAU BATU PUTEH




PULAU 

 BATU  PUTEH


Tamrin Tun Ghafar

Sabtu  -  22/10/22
( 1 -  26 )





1.   RUMAH  DAH  
      SIAP ,  PAHAT
      MASEH 
      BERBUNYI  LAGI

pepatah  lama  ini  maseh  digunakan  sehingga  kehari  ini

2.   Isu Terumbu  Karang  atau  Middle  Rocks  yang  diberikan haknya  kepada  Malaysia  dan  Tubir  Selatan  atau  South  Ledge yang  diputuskan  dibangunkan  bersama , Malaysia dan  Singapura  oleh  Mahkamah  Keadilan  Antarabangsa  atau  International  Court  of Justice  ( ICJ )  tidak  di sentuh  dalam  artikel  ini lagi pun  Kerajaan  sendiri  memilih  untuk  berdiam diri

3.  Pasukan  Khas  Pulau  Batu Puteh   yang  diketuai  oleh  Apandi Ali membuat  kesimpulan  KONON NYA   Tun Dr. Mahathir  selaku  Perdana  Menteri  kali ke2  telah  'CUAI'  apabila  Kerajaan  PH pada  masa itu  enggan memohon 'Semakan Semula'  atau  'Review'  kes  tersebut

4.  Samada Tun sebagai  Perdana  Menteri seorang  sahaja  yang  dipertanggung jawabkan  atau  Kabinet pada masa itu  dituduh  sedangkan ia   adalah   'Collective  Responsibility'  

5.  Samada  Kerajaan  Ismail  Sabri  mempunyai hak  menyuntuh  perkara  tersebut  secara  umum  menjelang  PRU  yang  akan  datang ,  itu  terserahlah  kepada  para  peguam  memberi  pandapat  masing - masing

6.  Disertakan  pendapat Peguam  Hanif Khatri  berhubung  isu  tersebut  sebagai  panduan  kita  bersama

7.   Oleh kerana  isu ini telah  dibangkitkan  oleh Sultan Johor ketika  meresmikan  Sidang Dewan Negeri Johor , maka  tidak  salah  rakyat  tahu  siapa   sebenarnya   yang  bertanggung jawab  'MENGADAIKAN'   Pulau  Batu  Puteh  atau  lebih  dikenali  di Peringkat  Antarabangsa  sebagai  Pedra Branca  kepada  Singapura

8.   Realitinya  pada  21hb September  1953  Dato M  Seth  Saaid  , Pemangku  Setiausaha Kerajaan  Negeri  Johor  atau  Acting  State  Secretary Johor  menghantar surat  kepada  Setiausaha  Koloni ,  Singapura  atau  Colonial  Secretary , Singapore    menyatakan :

'this is to inform  you,  the Johore  Government  DOES  NOT  CLAIM  the  ownership  of Pedra  Branca' 

dalam Bahasa Melayu  atau bahasa 'Bangsa  Johor' :

'adalah  dimaklumkan  Kerajaan  Johor TIDAK  MENUNTUT  kepunyaan  Pedra  Branca'

9.  APA  MAKSUD  ISI  KANDUNGAN  SURAT  TERSEBUT ,  DAN  BERANIKAH  PEMANGKU  SETIAUSAHA  KERAJAAN  NEGERI  JOHOR  MENGELUARKAN  SURAT  TERSEBUT  TANPA  PERSETUJUAAN  SULTAN   TERLEBIH  DAHULU

10.   Sultan  Johor dan  Seluruh Daerah  TERMASUK  Pulau  Batu  Puteh  ketika itu  ialah  Sir Ibrahim  bin Abu Bakar  ;  salah  seorang  isteri  tersayang  beliau  ialah Lady Marcella  seorang rakyat biasa Inggeris

11.  Sebab utama  Malaysia  GAGAL memiliki  Pulau tersebut  yang luasnya  sebesar  padang bola , apabila  Singapura  mengemukakan  surat asal tersebut

12.  Pada tahun 1851 Kerajaan  Inggeris  telah  membina Rumah Api  atau Light House  disana yang  dinamakan Rumah Api  Horsburg

13.  Perlu dinyatakan  SEBELUM  Perbicaraan  di The Hague kedua - dua  negara , Malaysia  dan Singapura  BERJANJI  menerima  sebarang  keputusan    TANPA  membangkitkan nya lagi

14.  Bukan kah kita  kaya  dan  berbangga  dengan  berbagai  pepatah tetapi kita  lupa ?

KERBAU  DIPEGANG PADA  TALINYA
MANUSIA  DIPEGANG
PADA  JANJINYA

15.  Janji  yang  diucap  MISTI LAH  dikotakan  kerana  harga  diri sesaorang itu  terletak  pada janji nya  lagi pun janji  yang  ditepati  ada lah  kunci  KEPERCAYAAN   DAN  PENGHORMATAN  kepada  yang  menunaikan nya

16.  Kadang - kadang  terfikir  apakah  Sultan  Johor  sekarang  yang  membangkitkan  isu tersebut  sedar atau tidak  perbuatan beliau  boleh  membuat  rakyat  khas nya 'Bangsa  Johor'  mencungkil  semula  sejarah

17.   Apakah  beliau  sudah  lupa  sejarah  atau  tak tahu cerita  sebenar  yang  dilakukan  oleh  moyang  beliau  yang  kebetulan  punyai  nama serupa ;  beza nya Sultan Ibrahim  dahulu  di beri gelaran  'SIR'  dihadapan nama beliau yang  bertanggung jawab menyerahkan  Pulau  tersebut  kepada  Singapura

18.  Umum  yakin  motif utama  beliau  membangkitkan isu ini semula  ialah bagi 'mengenakan'  Tun kerana  mungkin  'membalas  dendam'  keenganan Tun menyembah  dan mencium  tangan beliau  seperti yang  dilakukan  orang  lain  atau /dan  isu  Pindaan Perlembagaan  

19.  Perlembagaan TERPAKSA  di pinda ketika itu kerana berbagai  KEKEJAMAN   dilakukan  oleh  bapa Sultan  sekarang TERMASUK  menembak mati  dan  mencederakan  rakyat  yang tidak  dapat mempertahankan  diri

20.  Zahid Hamidi  pula beria sangat  mahukan  Ismail  Sabri Yaakub  membuat  pengistiraan berhubung  keputusan Pasukan Khas  Batu Puteh  yang   TIDAK  BERLAKU  ADIL

21.  Mungkin Zahid didorong  dengan sogokan  beberapa  biji  motosikal  yang  pernah  dihadiahkan   kepadanya  oleh Sultan Johor  ,  lagi pun ini lah  masa  yang  tepat  'membayar hutang' dan  dalam masa sama  beliau  mendapat  galakan dari sesaorang menyekat  kemaraan  Tun

22.   Jalankan lah  siasatan  se adil nya  kerana  kita semua  TIDAK  AKAN  TERLEPAS  DI AKHIRAT   kelak

23.  Jika Tun  benar - benar  'lalai'  maka  hukum lah  beliau

24.   Jika moyang Ibrahim ,  Sir Ibrahim  Abu  Bakar  salah  MENYERAHKAN  Pulau  tersebut  kepada  Singapura  ,  maka  Parlimen  PERLU  mengisthiarkan  Sir Ibrahim  ada lah seorang  PENGKHIANAT   atau  TRAITOR  yang  memalukan  Negara , Negeri dan 'Bangsa  Johor' 

25.    Jangan  cepat  menuding  jari  kerana  akibatnya  bab kata  pepatah :

TERLAJAK  PERAHU
BOLEH  BERUNDUR
TERLAJAK  KATA
BURUK  PADAH NYA

26.   Semoga kata -  kata  Megat Seri Rama  ,  Laksamana  Bentan  dalam  peristiwa  berdarah  
'Sultan  Mahmud Mangkat Di Julang'  tidak  berulang  lagi :

      RAJA  ADIL
      RAJA  DI SEMBAH
      RAJA  ZALIM
      RAJA  
      DI SANGGAH

Wassalam
Terima Kasih

SIKAP ANAK MUDA YANG TEPAT



Lagi kami ditekan, lagi kami melawan! – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan perbuatan melempar mercun pada program partinya di Muar, malam tadi bukan sesuatu yang lawak.

Beliau meminta semua pihak membayangkan apa yang mungkin berlaku sekiranya mercun itu meletup di bawah kereta di lokasi sekitar Majlis Malam Mesra Muo di Jalan Bakri.

“Hentikan budaya provokasi ini. Lagi kami ditekan, lagi kami melawan!

“Kami di sini untuk membina Malaysia yang bersatu dan makmur untuk semua!” katanya dalam ciapan Twitter, hari ini.

Kekecohan dilaporkan berlaku pada Majlis Malam Mesra Muo dan pelancaran jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) MUDA Parlimen Muar malam tadi ekoran provokasi oleh kira-kira 20 lelaki.

Ketua Penerangan MUDA, Muhammad Amir Fiqri Mustapha berkata, kumpulan berkenaan turut mengeluarkan kata-kata kesat, tolak menolak, melemparkan mercun dan merosakkan semua kereta milik penyokong parti itu.

Insiden kira-kira 20 minit tersebut berakhir selepas kumpulan terbabit lari selepas mercun dilemparkan.

Sebelum ini, majlis ceramah anjuran MUDA di Parit Jawa, Muar pada 16 Oktober lalu dicemari insiden provokasi sekumpulan penunggang motosikal. –

SIKAP TEPAT

ANAK MUDA

AMIN

LAGI DITEKAN

LAGI DILAWAN

AMIN

MUSUH SERANG

TANDA BUAT

KERJA EFEKTIF

AMIN

TERUSKAN

PERJUANGAN

AMIN

KHALAS

SIKAP BETUL



Pakatan Terengganu agih kerusi sama rata antara Amanah dan PKR


PAKATAN Harapan (PH) Terengganu menetapkan pembahagian kerusi sama rata antara Amanah dan PKR, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata empat kerusi yang diperuntukkan untuk Amanah ialah Parlimen Kuala Nerus, Marang, Besut dan Kuala Terengganu, manakala PKR akan bertanding di Dungun, Kemaman, Setiu dan Hulu Terengganu.

“Kita agih lapan Parlimen sama rata. Kita bagi keutamaan kepada Parlimen dahulu sebab pilihan raya negeri lambat lagi.

“Agihan antara Amanah dan PKR….DAP tidak ada. Tetapi kita tunggu juga keputusan muktamad daripada Majlis Presiden PH,” katanya selepas Majlis Pelancaran Jentera PH Kuala Terengganu, malam tadi.

Mengulas lanjut Raja, Kamarul Bahrin Shah berkata walaupun PH Terengganu dianggap kerdil dan kurang berpengaruh, pihaknya menjangkakan mampu melakukan kejutan di empat Parlimen pada PRU15.

“Kita yakin ada peluang di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman dan mungkin juga Dungun,” katanya yang membayangkan akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru supaya penyokong PH Terengganu memberi sokongan kepada Azhar Abdul Shukur, yang dicadangkan menjadi calon Amanah di Parlimen Marang.

Azhar pernah menjadi calon Amanah ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar pada 2016.

Katanya walaupun Azhar bukan anak tempatan, namun beliau sanggup mengambil cabaran untuk bertanding di kubu paling kuat PAS demi membawa pembaharuan.

Parlimen Marang merupakan kerusi yang diwakili sejak sekian lama oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang. – Bernama, 23 Oktober, 2022.

SIKAP BETUL

SIKAP BAIK

AMIN

TAK PERLU

REBUT REBUT

AMIN

TUJUAN MENANG

TUJUAN BERSAMA

AMIN

KHALAS

MELAWA MUDARAT BESAR

 



MELAWAN

MUDARAT BESAR

AMIN

TINGGALAKN

PERBEZAAN

AMIN

CARI PERSAMAAN

WALAU PUN DULU

BERMUSUH

AMIN

KHALAS

Unknown commented on

 "HATI BESAR KEMAH BESAR"

Mamak kutty ini bukannya berhati besar tetapi mempunyai agendanya yang tersembunyi tetapi sejarah telah menunjukkan agenda tersembunyinya itu dapat dilihat dengan terang lagi tersuluh. Enche' TT sendiri pun boleh nampak sejak dulu-dulu lagi sehingga melarikan diri ke Australia dan Eropah tetapi sekarang sengaja membutakan mata. Langkah Sheraton itu adalah rancangannya sebagaimana peristiwa Memali dan lain-lain di mana dia bijak macam musang mencuci tangan dan menyembunyikan tangan selepas berlaku peristiwa-peristiwa itu dan orang yang disasarkan menjadi mangsa. Manakan nak percaya dengan manusia-manusia sepertu ini. Bukannya pihak berkenaan tak mahu berkhemah besar tetapi kena lihat siapa jenis manusia yang nak dikhemah besarkan itu bukannya macam Enche' TT sekarang membutakan mata bagai tangkap muat sesiapa saja yang nak masuk berkhemah besar konon. 


Bagai harimau bintang tidak akan hilang tompok-tompoknya, begitulah dengan natijah pengkhianat-pengkhianat ini. Napekah Mat Songel Pak Sheikh itu nak dinafikan menjadi PM bila majoriti nak berikan peluang untuk menjadi PM. Kalau tak bagus bila-bila pun boleh ditendang terajang keluar jatuh tersungkur macam bini mak badak itu yang lagi berkuasa itu. Lagi pun umur Mat Songel itu dah tujuh keping, berapa lamakah dia berkuasa. Barisan pelapisnya sudah tentu akan ambil alih dan orang-orang ini Enche' TT pun tak suka juga... sebab diaoang ini tak suka nak membodek sesiapa termasuk Enche' TT kot !

KEBUN SAYUR DEPAN RUMAH


 KEBUN SAYUR

DEPAN RUMAH

AMIN

KEMPEN BUMI HIJAU

 


KITA BERASAL

DARI BUMI

AMIN

KIAT KEMBALI

HIJAUKAN BUMI

AMIN

KHALAS


hamim commented on 
"MENUJU ZAMAN MELESET"

TT, biar betul betul, bukan buat kempen tanam makanan, buat kempen tanam pokok pokok yang menghasilkan bahan bahan untuk dijadikan makanan, ada faham ka?

BILA MUSUH MENYERNAG



BILA MUSUH

MENYERANG

MAKNANYA KITA

BUAT KERJA BETUL

AMIN



KHALAS

Unknown commented on
 "SIKAP ANAK MUDA
 YANG TEPAT"

Ini kerja musuh yang sengaja porak peranda, siapa cui bono kalau muda kacau? Siapa lagi? Semua tahu siapa buat kerja jahat, siapa tikam belakang, siapa berlakon depan tetapi buat kerja jahat untuk cium tangan, mungkin dapat duit, jawatan, pangkat pingat kah kah kah tapi ingat lah semua kerja ini sementara saja, boleh lawan hukum alam tapi tak lama kalau alam lawan balik semua kena bungkus, manusia selalu fikir mereka pandai kerana ada kuasa, kalau kuasa tak guna akal fikiran semua akan lingkup, selamat kepada pelakon yang diupah oleh mereka kah kah kah, pasti pelaku tidak kebal pasti Dan semua tak tahu siapa buat sebab ghaib kah kah kah

HUKUM PASARAN KAPITALISMA



HUKUM PASARAN

KAPITALISMA

AMIN


Unknown commented on 
"MENUJU ZAMAN MELESET"

Hukum pasaran kapitalisma ialah apabila harga barangan/perkhidmatan naik dia tak akan turun lg Bila nilai matawang jatuh dia tak boleh naik lg

KEMAH BESAR UNTUK MENANG


NAK MENANG

DIRIKAN

KEMAH BESAR

AMIN

Unknown commented on 
"PARTI AMANAH 
BERJIWA BESAR"

Setuju sgt smua parti yg nak kalahkan umno Bn msti berada di kelompok yg sama, Hidup PH!!!

SAPA SABOTAJ PIPE GAS RUSIA ?



 DUNIA TUNGGU

HASIL SIASATAN

SAPA SABOTAJ

PIPE GAS RUSIA

AMIN

AKTIVIS MUDA DISERANG


Aktivis Muda cedera, kereta rosak diserang individu tidak dikenali

SEORANG aktivis Muda cedera dan manakala kereta seorang lagi aktivis rosak akibat serangan sekumpulan individu tidak dikenali di satu acara malam tadi, menurut pemimpin parti.

Pegawai media kepada presiden parti, Farhan Iqbal berkata, lebih 50 individu tersebut membuat provokasi mulut dan juga menggunakan letupan mercun dalam kejadian di Muar, Johor.

“Mereka bukan sahaja membuat provokasi mulut, mereka merosakkan harta benda awam dan kereta-kereta di sekeliling dewan.

“Pengerusi Muda Sabah, saudara Amos Thien cedera akibat mercun meletup di hadapan beliau dan jatuh akibat perbuatan tolak-menolak.

“(Kereta anggota jawatankuasa eksekutif pusat) Muda, saudara Lim Wei Jiet dilanggar dengan teruk oleh salah seorang yang datang membuat provokasi sebentar tadi,” kata Farhan.

Dalam kenyataannya, Farhan berkata kejadian itu tidak sepatutnya berlaku bagi acara yang diadakan di dalam dewan yang dipenuhi orang awam dan anak kecil.

Kejadian serupa berlaku pada Ahad lalu melibatkan serangan kira-kira 20 individu tidak dikenali di sewaktu Presiden Muda Syed Saddiq Abdul Rahman sedang berucap dalam acara ceramah di Muar. – 23 Oktober, 2022.

INI BERITA

AMAT BAIK

AMIN

BILA DISERANG

MAKNANYA APA

YG MUDA BUAT

ADALAH BETUL

AMIN

KERANA EFEKTIF

MAKA DISERANG

AMIN

JIKA TAK 

DISERANG MUSUH

MAKNANYA

BUAT KERJA 

TAK BERGUNA

AMIN

MUSUH TAK

AMBIL POT

KAH KAH KAH

ATAU DAH SAMA

MACAM MUSUH

MAKA MUSUH

TAK PERLU

MENYERNAG

AMIN

KHALAS

BERI MEREKA PELUANG HIDUP BARU


Cubaan warga Myanmar seludup masuk melalui kebun getah gagal

BUKIT KAYU HITAM – Seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba masuk ke negara menggunakan laluan yang tidak sah diberkas dalam serbuan di sempadan Malaysia-Thailand di sini, semalam,

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kesemua warga asing itu diberkas menerusi Sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam di Bukit Kayu Hitam.

“Pasukan peronda mengesan pergerakkan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan selain cuba bersembunyi di kawasan belukar kebun getah pada jam 8 pagi.

“Susulan itu, anggota bertugas berjaya menjejaki  13 individu warga Myanmar.

Kesemua suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia 18 hingga 51 tahun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah kenyataan itu, pemeriksaan lanjut juga mendapati kesemua Pati itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain memasuki negara melalui laluan haram.

“Secara keseluruhan nilai rampasan serbuan itu berjumlah RM4,004 dan rampasan membabitkan tujuh buah telefon bimbit serta wang tunai dalam matawang tempatan, Myanmar dan Thailand.

“Kesemua 13 Pati yang ditahan itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. 

KITA WAJIB

SIMPATI PADA

WARGA MYANMAR

AMIN

NEGARA MEREKA 

HURU HARA

AMIN

DATANG SINI

NAK  CARI KERJA 

BERI MEREKA 

PELUANG BUAT 

HIDUP BARU

AMIN

KITA RESMIKAN

MEREKA 

AMBIL SEBAGAI

TENAGA KERJA

AMIN

JANGAN MASUK

KEM TAHANAN

KERJA BODOH

AMIN

KITA

KENA KELUAR

DUIT NAK BERI

MEREKA MAKAN

AMIN

LEBIH BAIK

AMBIL MEREKA

SECARA RESMI

AMIN

MEREKA BUKAN

WARGA

NIGERIA ATAU

CHINA MERAH

YANG BAWA 

MALAPETAKA

AMIN

KHALAS

KEMAH KOCIK KAKI SAILANG

 

KEMAH KOCIK

KAKI SAILANG

AMIN

Unknown commented on
 "MELAWAN MUDARAT
 YANG LEBIH BESAR"

Kaki sailang jahanam yang tak mahu khemah besar, Yang suka khemah kecik sebab nak tengok pakatan rakyat bergaduh sesama sendiri, bila bergaduh masing2 akan guna logo sendiri menyebabkan ada 4-5penjuru. Akhirnya parti penyamun yang menang. Parti tok lebai yang geng parti penyamun kalau kalah pru kali ini akan diam menikus. Nak join pakatan rakyat sudah terlambat sekor2 tak berguna harapkan ada vellfire mercedes saja. Kepada penyokong khemah kecik sila melingkup.

PERANG MEREBAK - RUSIA KAUTIM DENGAN IRAAN



 PERANG UKRAINE

MEREBAK

AMIN

RUSIA KAUTIM

DENGAN IRAN

AMIN

KAPIAT KONSEP ARAB

 

KAPIAT KONSEP

ARAB

AMIN

Unknown commented on 
"UNDI YANG ADIL 
WALAU PUN KAPIR"

Sangat bersetuju dengan pandangan saudara awana ini bahawa soal kapiat atau bukan kapiat seseorang itu adalah urusan peribadi masing-masing dengan Yang Maha Esa. Siapa yang kapiat atau bukan kapiat itu pula dilihat apa yanf dianutinya. Masing-masing anutan menuntut bahawa anutan mereka adalah benar dan mereka adalah yang beriman dan yang tak ikut anutan mereka itu adalah kapiat... 


Kerana mereka majoriti disesebuah tempat itu maka persepsi bahawa mereka adalah yang beriman dan selalu benar dan mesti dituruti. Yang minoriti itu adalah kapiat. Kerana itu nilai-nilai murni sejagat tidak lagi dilihat sebagai penanda bagi kumpulan majoriti ini tetapi persepsi keimanan mengikut anutan mereka adalah yang benar. Maka mereka yang berpendirian sedemikian adalah sebenarnya munafik dan kapiat kerana telah menolak nilai-nilai murni keimanan sejagat ....

KJURANGKAN GUNA PLASTIK


KITAR SEMULA

AMIN

KURANGKAN GUNA

PLASTIK

AMIN

Unknown commented on 
"MENUJU ZAMAN MELESET"

Masak sendiri, tanam sendiri, pakai bundle, berkenderaan tangan kedua, paling baik naik bas. Jimat jimat. Dipihak perbandaran pulak buka kilang kitar plastik dan sampah sisa makan dibikin baja. Peram saja tembakau jawa itu halau bena ulat serangga tak perlu kimia jika menanam sayur. Ini satu aku suka mak lampir mau buka kilang kitar plastik. Tapi tak siap paham pasal menentang iman konsumeris berterus terusan suruh membeli dan membuang.