Sabtu, 12 November 2022

DENGAR APA KAT MAMAT INI



DENGAR

APA KATA

MAMAT INI

KHALAS

BAS TERAKHIR ANWAR KE PURATJAYA



Anwar kata PH ‘mendahului’ perlumbaan ke Putrajaya


ANWAR Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan yang diterajuinya “mendahului” lawan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional dalam perlumbaan membentuk kerajaan persekutuan baharu.

Bakal perdana menteri PH itu bagaimanapun tidak menjelaskan sejauh mana “mendahului” yang dimaksudkannya tetapi Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang menemaninya semasa berkempen di Sarawak dan Sabah turut menyokong kenyataan itu.

Beliau bagaimanapun berkata yang walaupun PH mendahului, mereka masih tidak mempunyai kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Parlimen mempunyai 222 kerusi dengan 112 kerusi diperlukan untuk majoriti mudah membentuk kerajaan.

Loke berkata Anwar yang singgah di Kuching pagi ini “kembali menekankan” tawaran PH kepada pengundi Sarawak dan Sabah untuk memberikan undi mereka kepada calon kerjasama politik itu.

Loke yang mempertahankan kerusi Parlimen Seremban pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, juga tidak menyembunyikan hakikat yang PH “bergantung” kepada rakan kerjasama politik mereka di kedua-dua negeri Borneo itu untuk melengkapkan kerusi yang diperlukan membentuk kerajaan persekutuan.

Sokongan kepada kerjasama politik pelbagai kaum dibentuk oleh PKR, Amanah dan DAP di Semenanjung itu semakin meraih sokongan di negeri seperti Kelantan dan Pahang, tambahnya.

Tawaran PH kepada Sarawak dan Sabah berkisar kepada penyelesaian isu berkaitan Perjanjian Malaysia (MA63) “tanpa banyak rundingan” dan memberikan kuasa autonomi kepada kedua-dua negeri dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi bagaimanapun kecewa dengan tawaran itu.

“Tidak ada apa-apa yang baru,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Saya jangkakan mereka buat sesuatu yang baru dan besar.”

Selepas Kuching, Anwar dan Loke menuju ke Sabah dengan majlis diatur di Kalabakan, Putatan and Sepanggar.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata PH mengawal naratif PRU15 serta mendahului di lebih 80 kerusi, Barisan Nasional mengikut rapat dengan 60 atau 70 kerusi.

Beliau bagaimanapun memberi amaran yang keputusan pilihan raya akan mewujudkan parlimen tergantung, mewujudkan keperluan untuk parti politik memeterai kerjasama politik baharu bagi membentuk kerajaan. – 12 November, 2022.

INI BAS

TERAKHIR KE 

PUTRAJAYA

AMIN

APAKAH BAS INI

AKAN BAWA

ANWAR ???

AMIN

KITA LIHAT

KITA TUNGGU

DAN NANTI

AMIN

BAS INI AKAN

SAMPAI PADA

SABTU 19/11/2022

KHALAS

PANDANGAN MUFTI PERLIS


Tolak calon cenderung rasuah, gesa mufti Perlis

MUFTI Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam tidak mengundi calon yang mempunyai rekod atau kelihatan sedia terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa pada pilihan raya umum ini.

Beliau juga menyeru mereka supaya tidak mengundi calon yang “menzahir sikap zalim” kerana mengutamakan kepentingan diri, keluarga, atau bersikap perkauman dan berpuak-puak sehingga berlaku tidak adil.

Merujuk dalil Al-Quran dan hadis, Asri mengingatkan bahawa mereka yang terlibat atau berpotensi melakukan rasuah adalah orang yang zalim dan merosakkan negara.

“Calon seperti ini termasuk dalam golongan yang zalim. Mengundi mereka bererti memberikan kuasa kepada orang yang akan berbuat zalim dalam negara,” katanya dalam satu tulisan yang tersiar di laman web rasmi pejabatnya.


Asri berkata undi dalam pilihan raya bermakna memberi mandat dan kuasa, yang sekiranya dapat pada mereka yang cenderung rasuah boleh membawa kezaliman kepada rakyat.

“Maka, setiap orang hendaklah berfikir kesan undi yang diberikan kepada seseorang calon terhadap negara dan rakyat,” katanya.

Tulisan itu bertajuk “Senarai Calon PRU Yang Tidak Boleh Diundi”, dan menyenaraikan tujuh kategori mereka yang tidak patut diangkat sebagai pemimpin.

Asri mengingatkan tulisannya bukan mahu membincangkan siapa yang mesti dipilih oleh pengundi Muslim kerana ia terserah pada kebijaksanaan mereka, sebaliknya hanya mahu menyebut calon yang tidak boleh diundi.

“Tulisan ini lebih merujuk kepada calon, bukan parti politik,” katanya.

Ciri lain calon yang mesti ditolak pengundi Muslim, mengikut pandangan Asri, termasuk mereka yang menzahirkan permusuhan dengan Islam dan mereka yang jelas menyokong pihak memusuhi Islam sekalipun dia mendakwa dirinya seorang Muslim.

“Dalam konteks kehidupan bernegara pula, golongan ini tidak akan mewujudkan ketenteraman sebaliknya akan mencetuskan ketegangan dalam masyarakat yang boleh membawa huru hara dan merosakkan keharmonian hidup bernegara.

“Memilih mereka bererti mengkhianati agama dan negara,” katanya.

Beliau juga menyeru pengundi Muslim menolak calon yang mempunyai rekod perkhidmatan yang buruk atau jelas tidak berupaya menjalankan peranannya.

Asri juga menyebut calon suka berbohong sebagai ciri akhir mereka yang tidak patut diundi pada pilihan raya nanti.

“Ini dapat dikesan dengan melihat kepada latar diri calon sebelum ini seperti menipu menggunakan nas agama, menipu dalam perniagaan, menipu sijil, menipu di tempat kerja, menipu orang lain dalam berurusan dan seumpamanya,” katanya.

Memetik hadis nabi mengenai bahaya pembohongan yang membawa kepada kejahatan, Asri berkata mengangkat pemimpin yang berbohong akan merosakkan negara.

Lebih 21.1 juta pengundi akan membuat pilihan mereka minggu ini, dengan pengundian awal pada 15 November dan hari penentuan pada 19 November.

Mandat Parlimen ini adalah untuk tempoh lima tahun sehingga 2027. – 12 November, 2022.

PANDANGAN

INGATAN YANG

AMAY BAIK

KHALAS

MENTERI LUAR GANTI PUTIN

 


MENTERI LUAR

GANTI PUTIN DI BALI

KHALAS

JAGA KEMALUAN SUAMI

 




JAGA KEMALUAN

SUAMI

KHALAS

Unknown commented on

 "KERJA BODOH TIPU RAKYAT"

amboi bro..bukan main marah lagi..tang BN PN PAS tak declare harta, awaq tak dipukimak kan??sejak merakam sejarah ketika langkah sheraton ni lu lain macam..suruh la madey mahiaddin hadi al sotong declare asset..dulu khir toyo larikan duit org2 selangor dgn transfer kat akaun bini.lebai2 pas boleh la buat benda yg sama..



tangungjawab isteri ni menyediakan makan minum,jaga kemaluan suami, layan suami..even azhar idrus pernah bersabda, perempuan ini hanya la layak menghantar mayat suami ke kubur, tak perlu keje,tak perlu cari duit..sebab itu bekas menteri kedah sanusi gendut tu dok hina2 org perempuan..sanusi lu, kekuatan sorang suami itu adalah kerana ada seorg isteri bernama rosmah..tak caya, lu tanya najib..cancel trip holiday je dpt hadiah beg beribu2 harganya..

JANGAN SALAH GUNA KETUM


JANGAN SALAH

GUNA KETUM

KHALAS

Unknown commented on 
"GANJA ASLI - 
TEMBAKAU ADA KIMIA"

sama macam ketum je la.. minum ketum tambah kimia baru stone...

PETANG INI JAM 6.00

PETANG INI

JAM 6.00

KEHANGATAN
 BELUM DIRASA

Kini 7 hari berbaki, masihkah ada yang belum membuat pilihan? 
Apa faktor yang akan memberi kesan kepada Apa pula faktor yang boleh mengubah pendirian?Malaysia di Persimpangan #PRU15 menampilkan

Hishamuddin Rais
Aktivis & Pengamat Politik

Sabtu
12 Nov 2022
6 Petang

Secara Langsung di
Youtube : https://bit.ly/3TpGHPm
Facebook : https://bit.ly/3UvDrU5
Twiter: @sayedmunawar @jonsonchong
#pru #pru15 #malaysiaathecrossroads  #politik #malaysia #malaysia360  #myundi


This guy, , will be on our show today. He will talk about everything under the sun re #GE15... all the best! CC #Malaysia360 #MalaysiadiPersimpangan #PRU15

https://twitter.com/Malaysia_360/status/1591234031353724928?t=9HNR_eezT5CLRM1nWXlDmw&s=08




SENJATA BARU DARI RUSIA



SENJATA BARU

DARI RUSIA

KHALAS

TIAN CHUA DAN REFORMASI



TIAN CHUA 

DAN

 REFORMASI


Aku mula kenal Tian Chua pada tahun 1997. Ini dalam bulan Jun ketika jerebu mengganas. Aku diperkenalkan oleh Sivarasa Rasiah kawan lama aku.

Sivarasa satelah  lulus dari Oxford University kini menyambung  belajar untuk jadi peguam di London. Justeru kami duduk serumah di London. 

Petang itu aku bertemu Tian di pejabat  SUARAM ( Suara Rakyat Malaysia ) di Petaling Jaya. Ketika itu  Tian anak muda Cina yang agak tinggi dan kurus ini  bekerja  di SUARAM.

Aku yang baru pulang dari 20 tahun berkelana tidak kenal banyak orang. Aku senang hati dapat berkenal dengan kawan baru dan aktivis seperti Tian.

Petang itu kami merancang untuk keluar berdemo dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya jerebu.

Aku secara spontan dengan penuh humor menamakan kumpulan kami yang menentang jerebu dipanggil KUBUR – Kumpulan Udara Bersih Untuk Rakyat.

Tian dan Siva menerima cadangan  aku tanpa banyak songel. Tian amat mudah untuk turun ke jalan. Tidak banyak soal jawab.

Seminggu kemudian kami keluar ke Dataran Merdeka. Tidak ramai hanya lapan orang. Nama KUBUR cadangan aku telah disailang  oleh Dr. Sanusi dari Parti Rakyat yang tidak faham konsep propaganda dan konsep cool dan apa dia  counter culture.

Hari berjalan. Tahun berganti. Pada 2 September 1998 Anwar Ibrahim dibuang dari parti United Malays National Organisation. Anwar bergaduh dengan Mahathir. Aku tak ambil pot. Ketika itu aku sibuk dengan filem Jemapoh. 

Pejabat aku  di Jalan Kemuja Bangsar Utama. Ini tidak jauh dari rumah Anwar Ibrahim di Bukit Bangsar. Aku difahamkan tiap malam  ramai penyokong Anwar berkumpul.  Sudut pidato dan Open Mike telah di buka di perkarangan rumah Anwar.

Aku tak ambil pot. Aku tidak pernah menunjukkan muka ke Bukit Damansara. Tiap malam aku difahamkan ramai penyokong Anwar dari pelbagai bentuk datang berhimpun memberi tanda setia kawan.

Pada 20 September 1998 ada demo besar dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka. Aku turut hadir.  Pada malamnya Anwar di tangkap dan  esok dibawa ke mahkamah untuk didakwa kes meliwat.

 Hari pertama Anwar ke mahkamah aku turun ke Jalan Tun Perak untuk melihat demo penyokong Anwar.

Demo pada hemat aku adalah cara politik yang  terbaik dalam usaha untuk membuat perubahan politik yang radikal. Justeru aku tidak pernah mendaftar untuk mengundi. Aku tidak yakin tentang ketelusan sistem pengundian di Malaysia.

Anwar satelah di tahan  didakwa dan tidak dapat jamin. Ertinya duduk reman dalam lokap.

Satu malam aku didatangi oleh Hassan Karim kawan lama  aku di Universiti Malaya. Hassan Karim ini anggota Kelab Sosialis -  pelajar Fakulti Pertanian yang lebih muda dari aku. 

Malam itu Hassan datang bersama Tian Chua.  Ini kali ke dua aku berjumpa Tian. Kami bertemu di warung di Jalan Kemuja.

‘ Come and join Reformasi...’ Tian mempelawa aku  untuk menyokong Gerakan Reformasi Anwar Ibrahim. Tian menggunakan Hassan untuk meyakinkan aku.

Penerangan Hassan  dan  ajakan Tian aku hanya dengar. Tidak ada jawapan  menerima atau menolak. Aku masih  tidak ambil pot tentang Anwar Ibrahim.

Tapi tiap hari Sabtu  dengan kamera SLR  Nikon tergantung di leher aku merakam sejarah  Reformasi. Aku turun ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Aku ingin melihat demo penyokong Anwar Ibrahim.

Rujuk kembali kepada  tulisan aku dalam. MalaysiaKini pada 2 September 2015 :

Pada tahun 1998 – lebih tepat lagi pada petang Sabtu 24 Oktober 1998 – lebih kurang jam 5 petang saya telah ditangkap di sebelah bangunan Kompleks Pertama Jalan Tunku Abdul Rahman.

Saya dibawa ke rumah pasung Dang Wangi untuk ditahan. Kamera SLR Nikon AE saya telah dirampas sehingga hari ini tidak dipulangkan.

Esoknya – pagi Ahad 25 Oktober 1998 – saya telah dibawa ke PULAPOL di Jalan Semarak. Di sana saya dikumpulkan dengan puluhan lagi penunjuk perasaan yang kelihatan telah dibelasah.

Ramai yang kelihatan cedera, bengkak-bengkak dan kelihatan berdarah dan luka yang telah kering. Dalam sejarah, ini digelar Malam Reformasi Kampung Baru.

Pada Ahad 25 Oktober 1998, induk berita di muka depan Mingguan Malaysia, ada kenyataan resmi Perdana Menteri Mahathir Muhamad yang mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa dalang demonstrasi yang menyokong Anwar Ibrahim telah berjaya ditangkap. ( MalaysiaKini 2 September 2015 )

Aku ditangkap pada petang Sabtu itu merubah semuanya.

Aku tidak perlu Hassan Karim atau Tian Chua. Mahathir Muhamad menuduh aku dalang  walhal petang itu aku datang hanya untuk merakam sejarah.

 Malam Sabtu hujung minggu  itu aku ada program bersama TV3. Aku telah dilantik menjadi juri filem dan drama TV.  Anggota juri ada pertemuan hujung minggu  di  Bagan Lalang. Sebelum ke Bagan Lalang aku  mahu melihat demo di Jalan TAR

Petang Sabtu itu aku ditangkap. Ini mengubah  perjalanan hidup aku.

Aku ada terbaca Tian Chua bersama  Ustaz  Fadil Nor dari Parti Pas telah menubuhkan GERAK dan GAGASAN. Ini  kerjasama kumpulan NGO  dengan parti politik untuk menyokong Anwar dan menjatuhkan  Mahathir.

Sesudah aku ditangkap  kerap juga aku  bertemu Tian yang  kini bekerja di LRC  (Labour Resource Centre). Pejabat LRC di Jalan Kurau Bangsar tidak jauh dari Jalan Kamuja Bangsar – tempat aku bersarang,

Pada 4 April 1999 Parti Keadilan Nasional (PKN) ditubuhkan. Ini 10 hari sebelum Black 14. Tian Chua adalah salah seorang  dari pengasas PKN. Jawatan Tian dalam PKN ialah Naib Presiden.

Hari Anwar jatuh hukum 14 April 1999 aku telah bersedia untuk bersama ke jalan raya. Aku yang dituduh oleh Mahathir sebagai dalang kini  telah sebaris dengan Tian Chua menyokong Gerakan Reformasi.  

Hari yang kenali sebagai  Black 14 adalah hari Anwar menerima hukuman penjara. Hari ini juga  hari di mana  para penyokong Anwar   telah bertempur dengan FRU di sekitar pusat bandar tidak jauh dari Bangunan Mahkamah.

Tembakan gas pemedih mata, pancutan  air kimia berwarna  kuning adalah jawapan  PDRM.

Bentrokan berlaku.  Tangkapan berlaku, Aku gembira sekali kerana semua imej ini akan menjadi berita dunia. 

Anwar  pada ketika itu adalah ‘ calon dan budak kesayangan Amerika’. Mahathir dilihat sebagai anti-Amerika. Justeru Anwar Ibrahim telah mendapat liputan media antarabangsa yang  meluas.

CNBC, CNN, Al-Jazeera, BBC -  semua hadir di  Kuala Lumpur untuk merakam  babak-babak Anwar di jatuhkan hukum penjara.

Pada hari Black 14 ini  Tian Chua telah melakukan satu yang amat berani. Tian telah duduk di tengah jalan untuk menghalang trak FRU dari bergerak untuk menyembur pancut air kimia, 

Imej Tian Chua ini sama seperti imej anak muda  China yang menghalang kereta kebal dari bergerak di Dataran Tian’anmen  pada 5 Jun 1989 di Beijing.

Beberapa orang anggota polis yang dibantu dengan  anggota  FRU telah mengangkat badan   Tian untuk dimasukan ke dalam kereta polis.
Imej Tian ini menjadi imej klasik Gerakan Reformasi. Imej Tian ini sama seperti imej  Tunku mengacung genggaman  tangan  ke udara pada 31 Ogos 1957. Dua-dua imej ini adalah rakaman sejarah tanah air kita.

Satelah Anwar masuk ke dalam penjara para penyokong dan para Reformis meneruskan perjuangan. Setiap petang Sabtu pasti ada tunjuk perasan di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Tidak ada organisasi yang menyusun demo. Penunjuk perasan terpanggil kerana yakin Anwar Ibrahim mangsa fitnah. Tidak ada yang percaya bahawa Anwar meliwat  Azizan pemandu kereta Anwar yang muka tidak jambu Tidak ada yang percaya Anwar  meliwat Sukma  walau pun Sukma dilihat kiut dan jambu.

Tidak ada siapa yang percaya Anwar meliwat Munawar Anis. Si Pakistani ini  bukan sahaja bersosok  gempal malah badan berbulu.

Demo besar sesudah Anwar di tangkap ialah DEMO Arsenik. Berhimpun di Masjid Negara 
pada Sabtu 19 September 1999.

Lepas Demo Arsenik  aku di jemput oleh  Tian ke Pejabat LRC. Disini aku bertemu dengan Pak Abu a.k.a Saari Sungip, Malik Husin, Pak Din,  Nasir dan Tan.  Mereka ini ada terlibat  menggerakkan demo  pada hari Sabtu.

Ketika ini kami semua berjalan sendirian. Bergerak secara rahsia. Ada Laman Reformasi ada Laman Mahazalim yang menjadi pemandu. Aku tidak tahu siapa yang menguruskan laman-laman Internet ini. Semua  bergerak di bawah tanah, Ini kerana tangkapan selalu berlaku.

Pada hemat aku sosok seperti Tian, Pak Din dan Malik Husin terlibat menyusun Demo Arsenik.  Aku yakin Tian yang menyusun kerana ketika ini Tian Chua telah menjadi orang kuat PKN.

Aku hadir di Demo Arsenik kerana  yakin bahawa Anwar Ibrahim yang dalam penjara telah termakan racun arsenik.

Dalam Demo Arsenik in ramai Reformis telah ditangkap. Tian dan aku juga turut ditangkap. Kami masuk lokap, di jamin dan di bicarakan. 

Aku dan Tian semakin rapat.

Bulan Puasa sampai bulan November. Demo hari Sabtu tidak berlaku lagi. Dengan sendiri protes jalanan Reformasi menjadi lembik.

Tidak ada lagi demo hari Sabtu. Demo spontan tidak mungkin berlaku. Justeru demo perlu dirancang.

Kami merancang di Pejabat Tian. Secara tidak resmi yang memimpin kami pada ketika itu ialah Tian Chua, Pak Abu dan Malik Husin. Aku memberi pandangan ketika kami merancang.

Kali ini kami ingin merancang Perhimpunan 100,000 Rakyat di Jalan Kebun. Ini kawasan tanah  kampung Reformis yang bernama S. D Johari. Kami merancang untuk berhimpun pada Ahad 5/11/2000.

Aku ingat lagi Tian mencadangkan Pak Abu sebagai juru cakap. Aku membuat pengisian. Zunar melakar genggaman tangan penumbuk sebagai layar latar di tempat berucap.

Ketika merancang Perhimpunan 100 Ribu Rakyat ini Latifah Koya muncul sama untuk membantu.

Apakah Tian dan Pak Abu dan para Reformis berjaya dengan 100 ribu rakyat turun. Tunggu sambungan. (TT) 


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/11/12/tian-chua-isham















KJ NAK BERSIH TONG TAIK


Khairy ikrar mahu bersihkan Umno


KHAIRY Jamaluddin berikrar mahu membersihkan Umno supaya jadi sebuah parti yang dapat diterima semula oleh orang Melayu, dan usaha itu bermula dengan kempennya untuk menang kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Khairy menyifatkan pencalonan beliau dalam PRU15, pilihan raya umum keempat baginya, sebagai cabaran terbesar dalam kerjaya politiknya tetapi beliau tidak mahu perjuangannya berhenti hanya di Sungai Buloh.

“Saya juga mahu bawa perubahan kepada parti saya (Umno) dan mahu Umno dilihat semula sebagai wadah mulia untuk masyarakat Melayu.

“Sekarang ini ramai jumpa dan maklumkan saya, bukan mereka tak suka Umno tetapi kurang berkenan dengan beberapa (individu) dalam Umno,” katanya seperti dipetik BH, berucap dalam satu majlis di Sungai Buloh, malam tadi.

Bekas ahli Parlimen Rembau itu bagaimanapun mengingatkan media supaya tidak melagakan beliau dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi namun menyebut apa yang beliau kata itu “kenyataan dan realiti”.

“Saya dan rakan lain mahu kembalikan Umno sebagai wadah Melayu yang mulia, bersih, berubah dan memiliki pemimpin bagus dan mampu diberi kepercayaan seperti suatu ketika dahulu,” katanya. 

Umno dijadual mengadakan pemilihan parti selewat-lewatnya Mei tahun depan, enam bulan selepas pilihan raya umum, berdasarkan peruntukan baharu perlembagaannya yang dipinda awal tahun ini.

Khairy dilihat menonjolkan dirinya sebagai pemimpin masa depan untuk Malaysia sebagai tema besar kempennya di Sungai Buloh.

Empat malam sudah, dalam satu ceramah kempennya, Khairy berkata beliau ada cita-cita mahu jadi perdana menteri Malaysia suatu hari nanti.

Kerusi Parlimen Sungai Buloh ditandingi tujuh calon namun tumpuan hanya pada Khairy yang mewakili Barisan Nasional dan R Ramanan dari Pakatan Harapan (PH).

Calon-calon lain ialah Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional), Mohd Akmal Yusoff (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan dua calon bebas iaitu Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff dan Nurhaslinda Basri. – 12 November, 2022.

WOIT

INI PARTI 

DITUBUH OLEH

INGGERIS

AMIN

NAMA PUN

UNITED MALAYS

NATIONAL

ORGANISATION

KAH KAH KAH

MAK CIK FELDA

TAK TAHU HAL

PEKARA INI

KAH KAH KAH

RASUAH & CURI DUIT

POLITIK WANG

DAH SEBATI

DGN GEROMBOLAN

AMIN

TONG TAIK

BOLEH DIBASUH

TAPI MASIH

MENGISI TAIK

KAH KAH KAH

AMIN

HARI HARI AKHIR SAEKOR GEROMBOLAN


BN ketinggalan dalam berkempen, kata pemerhati

WALAUPUN mendesak pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum diadakan tahun ini, Barisan Nasional (BN) dilihat tidak bersedia memasuki tempoh kempen, kata pemerhati politik.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight kempen BN kali ini tidak begitu meriah sebagaimana pilihan raya umum sebelum ini dan kemeriahan itu kini telah diambil alih oleh Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Calon BN tidak dapat menarik orang ramai ke ceramah mereka, tidak seperti PN atau PH, dan siaran media sosialnya tidak sekerap kedua-dua gabungan politik itu.

Presiden Umno merangkap pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan pilihan raya tahun ini walaupun mendapat tentangan daripada pembangkang serta beberapa pemimpin BN.

Walaupun menggesa pilihan raya diadakan lebih awal, pemerhati berkata PN dan PH yang mendahului dari segi perhatian rakyat serta perang bendera dan sepanduk.

Hisomudin Bakar dari Ilham Centre berkata PN menang sebagai gabungan paling aktif sepanjang tempoh kempen diikuti PH.

Hisomudin berkata beliau tidak dapat mencari jawapan mengapa BN tidak mendahului walaupun menjadi kerajaan sementara.

“Berdasarkan pemerhatian kami, PN mengetuai kempen diikuti PH. PN mempunyai bendera dan sepanduk di mana-mana dan PH tidak terlalu ketinggalan.”

“Saya tidak pasti kenapa BN ketinggalan. Mereka yang mengatur agenda tetapi selepas penamaan calon, mereka ketinggalan.”

Hisomudin berkata, ini mungkin disebabkan kekurangan dana.

“Kos untuk logistik adalah tinggi. Mungkin mereka tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk diagihkan,” tambahnya.

Hisomudin berkata PN dan PH juga mendahului dari segi melibatkan diri dengan pengundi melalui ceramah malam dan kempen dalam talian mereka.

“Jika anda lihat siaran media sosial, ia adalah PN dan PH. Ceramah dalam talian di Facebook secara langsung ia juga PN dan PH. Kedua-dua gabungan ini aktif tetapi bukan BN,” katanya.

Dr Mazlan Ali turut senada dengan sentimen Hisomudin yang mengatakan kedua-dua PH dan PN mendapat sambutan yang baik daripada pengundi manakala BN masih belum mendapat maklum balas yang baik daripada rakyat.

Ahli akademik itu berkata beliau kini berada di Johor untuk membuat kajian dan mendapati PH dan PN berada di hadapan dalam mendekati pengundi.

“Ceramah PH mendapat sambutan yang sangat baik, kain rentang dan bendera mereka boleh dilihat di mana-mana. Jentera PN juga menjalankan tugas dengan baik tetapi mereka tidak dapat menandingi PH dari segi penonton di ceramah.

“BN berada di belakang kedua-dua gabungan ini, BN mempunyai bendera dan sebagainya, tetapi mereka masih tidak dapat menarik orang ramai ke acara mereka,” kata ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia itu.

BN guna kaedah berbeza dekati pengundi

Bagaimanapun, bagi Prof Awang Azman Awang Pawi Universiti Malaya, teknik BN mendekati pengundi berbeza dengan PH dan PN.

Beliau berkata BN menggunakan pusat daerah mengundi sendiri untuk mengadakan ceramah kecil-kecilan di kalangan penyokongnya sendiri.

“PH dan PN tidak mempunyai ramai penyokong seperti BN tetapi mereka mampu menarik ramai orang kerana isu yang mereka perkatakan.”

“BN tidak dapat menarik orang ramai daripada bukan ahli oleh itu mereka lebih suka mengadakan acara berskala kecil di wilayah mereka sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan, ahli akademik senior itu berkata PN dan PH lebih kurang sama dari segi memasang bendera dan poster.

Bekas ahli akademik Dr Azmi Hassan yang kini mengetuai sebuah firma penyelidikan berkata PH menerajui perlumbaan itu.

Beliau berkata parti-parti lain seperti Pejuang, Warisan dan Parti Bangsa Malaysia tidak berada dekat dengan tiga gabungan terbesar.

“PH di hadapan diikuti BN dan PN di belakang sedikit. Di Gombak misalnya tempat saya tinggal, BN di hadapan sedikit di hadapan PN. PH di hadapan kerana mereka mempunyai nama besar untuk digunakan semasa ceramah mereka.

“Orang ramai datang mendengar daripada ahli politik ini kerana mereka adalah pemidato yang baik. Pejuang atau Gerakan Tanah Air sebaliknya tidak mempunyai nama besar,” kata felo kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara.

Pertikaian dalaman BN jadi punca

Badrul Hisham Ismail dari Iman Research berkata BN tidak dapat bersaing dengan PH dan PN kerana kegagalannya sendiri untuk menangani keretakan dalaman serta ketidakpastian siapa yang akan menjadi perdana menteri gabungan itu sekiranya mereka memenangi PRU.

Badrul bersetuju bahawa PH dan PN menunjukkan prestasi yang baik dari segi menarik orang ramai.

“Makin lama makin ramai yang meluahkan kemarahan mereka kepada BN. Dengan gangguan LRT, MCA dipersalahkan kerana menteri itu daripada parti itu. Sekarang dengan banjir, BN menerima banyak kritikan di media sosial.

“Tambahan pula masalah dalaman sendiri tidak selesai. Noh Omar tidak ada di Tanjung Karang, Khairy Jamaluddin masih bising tentang kerusinya dan masih bergaduh dengan Zahid secara terbuka.

“Banyak yang perlu dijelaskan oleh Zahid tentang dakwaan akuan berkanun menjadi PM. Parti lain sudah bergerak ke hadapan daripada keretakan dalaman tetapi BN masih bertelagah. Sebab itu saya fikir BN berada di belakang PH dan PN,” kata Badrul.

Bagaimanapun katanya, suasana pilihan raya tidak semeriah dahulu.

“Biasanya seminggu sebelum tamat, keadaan dipenuhi dengan keterujaan. Mungkin hujan dan risiko banjir menjadi penghalang.

“Mari kita lihat bagaimana kempen itu akan datang pada hari Sabtu dan Ahad ini. Jika orang ramai ramai ia boleh dijadikan penunjuk untuk melihat parti mana yang mendapat perhatian daripada pengundi,” katanya. – 12 November, 2022.


WOIT

SEBAB UTAMA

KEMPEN BN

JADI LEMBEK

KERANA DUIT

TAK MASUK

KAH KAH KAH

CUKONG DAH

LARI

KAH KAH KAH

TOWKAY TAKUT

BILA LIHAT

APA JADI PADA

NAJIB & ZAHID

KAH KAH KAH

RAMAI  CALON

MINTAK DUIT DARI

ZAHID & MAIL

DUA DUA

KAKI REMBAT

KAH KAH KAH

DUA DUA AMAT

KEDEKUT

KAH KAH KAH

PENYOKONG

GEROMBOLAN 

TAK DA DUIT

TAK BUAT KERJA

KAH KAH KAH

KHALAS