Sabtu, 29 Ogos 2015

TURUN BERDEMO 34 JAM









34 JAM KUALA LUMPUR



Pada tahun 1926 seorang intelektual Melayu terunggul bernama Ibrahim Gelar Datuk Sutan Malaka - lebih dikenali sebagai Tan Melaka sedang dalam pelarian di Tokyo Jepun. Nasionalis kiri Melayu Tan Malaka ini telah menulis dan merakamkan pengalaman dirinya untuk menjadi panduan kita hingga ke hari ini.



Mengikut pandangan sosok intelektual kiri ini: Senjata kaum feudal dan kaum kapitalis  adalah peluru dan perang. Senjata kaum buruh dan rakyat tertindas ialah agitasi, mogok dan demonstrasi.

Ini padangan yang dimunculkan  89 tahun dahulu. Hari ini pada tahun 2015 pandangan ini  masih kekal abadi sebagai satu tindakan politik yang tepat dan tuntas. Agitasi, mogok dan demonstrasi masih menjadi senjata kaum tertindas anak semua bangsa diseluruh dunia.

Ketika saya menulis tulisan ini saya juga terbaca berita demonstrasi besar-besaran telah berlaku dihujung minggu ini di Brazil.  Ratusan ribu warga  Brazil  telah keluar berdemo di 200 buah kota kecil dan besar di Brazil.


Rakyat Brazil mahu Presiden Dilma Rousseff mengundur letak jawatan kerana rakyat Brazil tidak lagi yakin atas pimpinan beliau. Rasuah dan salah guna kuasa sedang menjadi-jadi di Brazil. Elit politik dan elit ekonomi telah merompak harta kekayaan negara.Rakyat Brazil telah muak dan bosan dengan kerajaan. Mereka mahu perubahan. Mereka mahu Dilma Rousseff berambus. 



Kes terulung di Brazil yang dijadikan  agenda   agitasi untuk menaikkan kemarahan rakyat agar  keluar ke jalan raya ialah  kes rasuah berbilion dolar terjadi dalam syarikat minyak negara Petrobras.

Saya tidak terperanjat  dengan  tuntutan warga Brazil. Saya gumbira kerana warga Brazil dan warga Malaysia sedang berjuang dengan tuntutan yang sama. Terpisah beribu-ribu batu tapi saperti kata Tan Malaka demonstrasi di jalan raya adalah senjata rakyat tertindas. Soheh dan tepat.


Hakikatnya Malaysia tidak ada bezanya dengan Brazil. Dua negara ini kaya dengan hasil bumi tropikal. Dua negara ini juga pengeluar minyak. Dua negara ini juga adalah negara Dunia Ketiga  dimana rasuah  kini telah menjadi sebahagian dari sistem pentabiran negara. 



Justeru, badan gabungan Bersih telah berkumpul dan berpakat untuk mengadakan perhimpunan sekali lagi pada 29 haribulan Ogos ini.

Ini adalah demonstrasi kali ke 4 yang sedang disusun dan diatur oleh Bersih. Kali ini bukan sahaja muntahan jumlah yang wajib dinaikkan. Jumlah penunjuk perasaan berdemo di Kuala Lumpur yang pernah melintasi 300,000 ke 400,000 ribu. Justeru.

Kali ini  1 juta wajib dijadikan sasaran Bersih 4.

Bukan hanya 1 juta penunjuk perasaan yang dijemput datang ke Kuala Lumpur malah kali ini para demonstran akan berkampong di Kuala Lumpur selama 34 jam. Ini satu tekad dan  satu bentuk garis perjuangan yang baru.

Pendekatan 34 jam di Kuala Lumpur ini untuk menunjukkan betapa marahnya rakyat kepada suami Rosmah.


Kunci tuntutan Bersih tidak pernah beralih : pilihan raya adil, bebas dan bersih. Tuntutan ini masih belum tercapai. Malah kali rakyat turun ke jalan raya berlatarkan krisis politk dalaman United Malays National Organisation. Ini terjadi apabila satu ledakan  ‘rahsia umum terbarai’. 



Rahsia umum ini  menaikkan suhu kemarahan rakyat. Menjemput ribuan turun ke jalan raya sebagai jalan akhir untuk menyelamatkan negara dari Rosmah Mansor dan suaminya.

Warga Malaysia memang telah muak dengan kerenah Rosmah Mansor. Satu Malaysia memang telah bosan dan mahu suami Rosmah berundur.  Sama saperti rakyat Brazil - rakyat Malaysia juga mahu suami Rosmah berambus. Ini bukan lagi satu rahsia. 


Suami Rosmah yang menjadi PM Malaysia ini  pernah dikatakan  terlibat dengan seorang gadis  cun Mongolia yang bernama Altantuya. Gadis ini telah mati dibunuh. Ini  bukan rahsia itu.



Rosmah Mansor sendiri sendiri baru sahaja berkenduri kahwin anaknya. Dikatakan belanja kenduri kahwin ini berjuta juta ringgit. Semua ini menaikkan suhu kemarahan orang ramai yang semakin ‘dibedal’ oleh cukai GST. Tetapi ini  juga bukan rahsia itu.

Tetiba diberitakan suami Rosmah Mansor menerima  duit sebanyak  700 juta dolar bersamaan 2.6 bilion ringgit Malaysia. Duit ini telah dimasukkan ke dalam akaun pribadi suami Rosmah.

Duit 2.6 bilion ringgit ini adalah  ‘rahsia umum’. Inilah rahsia yang menyemarakkan kebencian orang ramai terhadapa suami Rosmah. 

Duit  2.6 bilion ringgit ini telah digunakan oleh suami Rosmah untuk membeli undi dalam PRU13. Rahsia umum ini menaikkan darah rakyat. Ini menaikan suhu  marah  untuk menjemput  orang ramai turun ke jalan raya. 


Dalam  PRU13 Pakatan Rakyat mendapat 52% undi rakyat. Gerombolan  United Malays National Organisation hanya mendapat 47 % sahaja. Jumlah 47% ini pun didapati dengan jalan tipu belit. Maka sah dan soheh PRU13 dimenangi  dengan jalan tipu.


Rahsia umum yang telah bocor ini menjadikan orang tertanya-tanya apa tindakan yang wajib diambil. Berita duit 2.6 bilion ringgit  ini menjadikan penyokong Bersih marah. Berita duit berbilion-bilion ringgit  masuk ke dalam bank akaun pribadi suami Rosmah akhirnya dikumpulkan untuk  menjemput satu juta  orang ramai turun ke jalan raya pada 29 Ogos ini. 


Pada ketika ini adalah mustahil masih ada warga Malaysia yang tidak  membaca atau mendengar tentang duit masuk ke dalam bank akaun suami Rosmah. Apakah masih ada yang tidak tahu tentang duit  yang dikatakan duit derma ini? Mustahil.


Atau masih ada warga yang tidak percaya akan berita  ini?  Apakah rahsia umum  ini tohmah? Apakah ini fitnah terhadap pemimpin Melayu? Atau satu fitnah terancang terhadap pemimpin Islam? Tidak. 



Fakta  yang saya tuliskan disini  telah muncul dalam akhbar Wall Street Journal. Fakta ini telah mendapat laporan semua media diseluruh dunia. Berita ini telah dilaporkan oleh semua portal berita di Malaysia. 

Suami Rosmah menerima duit sebanyak 2.6 bilion ringgit  dari Tok Arab bukan cerita dongeng. Ini bukan dari Hikayat Seribu Satu Malam.

Berita duit 2.6 bilion ini BUKAN fitnah. Jika  berita ini hanya  taburan fitnah kenapa suami Rosmah tidak menyaman akhbar Wall Stret Journal yang berpusat di New York ini? Kenapa hingga ke hari ini suami Rosmah senyap menikus? Walau pun pada awalnya menafikan hal duit ini. Malah bertempek marah mahu menyaman.


United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya menang dalam PRU13 dengan jalan tipu. Apa yang mengsohehkan   penipuan PRUI3 ini ialah  kini telah ada bukti  ‘duit masuk’. Duit sebanyak 2.6 bilion ringgit masuk ke akaun pribadi suami Rosmah bertujuan  untuk membuat kerja-kerja  pilihanraya.



Malah sehari demi hari kes duit 2.6 bilion ringgit ini semakin jelas. Setiap kali mulut menteri atau mulut pemimpin parti United Malays National Organistion  dibuka - semakin kedengaran pelbagai hujah. Hinggakan ada hujah yang bercanggah sesama sendiri.

Semuanya  pembodek dan penyokong suami Rosmah sedang cuba menutup bangkai gajah  yang telah berulat dengan seluar dalam Rosmah Mansor. Sayugia diingati - walau pun seluar dalam Rosmah ini memang besar  dan luas tetapi  mustahil  ianya dapat membungkus  duit sebanyak  2.6 bilion ringgit.


Saperti kata Tan Malaka - kaum tertindas  ada memiliki senjata ampoh : demonstrasi. Pandangan Tan Malaka ini adalah pengumpulan pengalaman ketika rakyat Indonesia sedang berjuang menuntut Merdeka dari Belanda.


Senjata ampoh turun ke jalan raya ini  akan memberi tekanan kepada suami Rosmah.  Demonstrasi Bersih 4  menuntut suami Rosmah yang bernama Najib Razak mengundur diri dari kerusi Perdana Menteri.

Sayugia diterangkan disini - tuntutan  Bersih ini  bukan hanya hasutan jahat. Tidak ada agenda pribadi. Telah terbukti bahawa  menuntut suami Rosmah mengundur sama selari dengan tuntutan Pemuda United Malays National Organisation bahagian Tampin. 

Menuntut suami Rosamh berundur telah juga disuarakan oleh beberapa bahagian parti Ketuanan Melayu  - dari  Semporna Sabah. Ini juga tuntutan dari bahagian Kluang, Langkawi, Pasir Gudang - dan paling akhir dari bahagian Pontian.


Menuduh Bersih mahu menjatuhkan kerajaan adalah propaganda gelap untuk menakut-nakutkan orang ramai dari turun pada 29 Ogos ini. Propaganda gelap ini telah diperlekehkan oleh Tengku Razaleigh sendiri.  Mengikut Ku Li untuk menjatuhkan kerajaan perlu ada bala tentera. 



Malah  Rafidah Aziz bekas Ketua Wanita dan bekas menteri kabinet telah sama mempertikaikan teori menjatuhkan kerajaan. Untuk Rafidah semua ini hanyalah alasan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari menyedari bahawa ombak untuk menghalau suami Rosmah semakin ampoh.


Menolak suami Rosmah  dari persada politik Malaysia  bukan menjatuhkan kerjaan. Menuntut Najib Razak berundur dari menjadi Perdana Menteri Malaysia bukan satu jenayah. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi politikus boleh datang dan pergi. Kerusi  menteri waima pun kerusi Perdana Menteri boleh diubah ganti. 



Najib bin Abdul  Razak bukan seorang Nabi  yang diutus ke bumi ini.  Najib Razak hanyalah suami kepada Rosmah Mansor.


Himpunan 34 jam di Kuala Lumpur  kali ini amat-amat stratejik.  Selain dari nenuntut pilihanraya bersih dan adil  - Bersih juga menuntut  agar ekonomi Malaysia diselamatkan. 


Ekonomi dan politik Malaysia pada tahap ini  sedang gawat. Ianya hanya dapat diselamatkan jika suami Rosmah dinyahkan. Justeru, saya menghasut para pembaca turun ke jalan raya untuk melakukan kebaikkan.(TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEDILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sia pukul talipon:
03-92-21-30-45



------------------

JAM 2:01 MINIT 29 OGOS 2015






SEMUA BERMULA

semua bermula
semua bermula


dari saat ini
maka kau turun
membawa harapan
kau turun membawa janji
kau turun membawa tekad

lalu kau bertemu
dengan sejuta harapan
lalu kau bertemu
dengan sejuta tekad

kau ancungkan tangan
kau kukuhkan setiakawan

kau laungkan suara
gempita seluruh alam
satu juta laungan
satu juta tekad

aku pun disitu
kita berjumpa 
kita tidak berjumpa

kita terikat dalam satu harapan
setiakawan yang tak putus putus
selaju sungai pahang
selaju sungai perak
selaju sejuta bintang dilangit
harapan tidak putus putus

saatnya telah sampai
untuk
kita membuat sejarah
saatnya
ialah sekarang






-------

BACA DAN HAYATI






SILA BACA 
DAN
 HAYATI







-----

RADIO BANGSAR SIARAN TERUS MENERUS






IKUTI:





Radio Bangsar Utama


@R_Bangsar_Utama

https://www.facebook.com/radiobangsarutama

RADIO BANGSAR akan terus menerus membuat laporan BERSIH4 - melalui facebook dan twiter
semua warga dimana saja berada
akan dapat mengikuti perkembangan 
34 jam di kuala lumpur




-----

SENI MELAWAN







BERiTA BAiK




SENi BANGUN


MELAWAN


JANGAN BALUN HARTA NEGARA







BALUN HARTA NEGARA
Tuan tt punya ceramah bab ahlil sunnah kat atas tu dah cukup cantik dan jelas sangat dah. Cuma aku nak bubuh penambah perisa sikit supaya berdengung lagi dia punya pedas. Aku ini ahlil sunnah juga. Jangan salah paham. Cuma aku tak pernah jumpa fatwa2 yang membenarkan negara islam pilih raja sebagai kalipah sunni merangkap kepala agama. Dia ni wajib disembah macam berhala. Kalah nabi dan rasul dia punya makam. Pijak tanah pun tak boleh. Suci. 

Raja ni dilantik turun temurun sampai anak cucu biar pun perangai lebih teruk dari setan. Setan2 ni disembah dan dicium tangan oleh tok2 mufti, tok imam dan rakyat jelata. Macam dah wajib dah raja dilayan macam tu. Aku sebut benda ni kerana dia kepala ahlil sunnah. Semua mupti2 serban tinggi kena melapor dengan dia. Semua imam2 kena doa atas dia. 

Kalau tidak semua kena terajang tanpa boleh merayu lagi. Ahlil sunnah jadi pegangan umno kononnya. Tapi aku tak jumpa satu hadis pun yang membenarkan kerja2 membalun harta negara. Ambil kapir jadi kawan on MAZHAB SUNNI WAL RASUAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/28/15



----

PERANG SEDANG MEREBAK





BERiTA BAiK

| August 28, 2015
Anina-Saadudin,-najib,-umnoDia menjelaskan sangat khuatir dengan tindak tinduk presiden parti itu yang disifatkan boleh menjejaskan imej UMNO More ››



| August 28, 2015
hatta-ramli_najib_umno_600Tindakan itu sudah dijangkakan berdasarkan keluhan yang disuarakan oleh UMNO dalam mesyuarat bahagian di seluruh negara. More ››






KAH KAH KAH
perang makin luas
kah kah kah
perang sudah merebak
saman jangan tak saman
tibai jangan tak tibia
lawan jangan tak lawan

BERiTA BAiK




-------------