Rabu, 21 Disember 2022

HILANG BERANCUK ?

 



APAKAH 

HILANG BRANCUK

ATAU HANYA BERCUTI

KAH KAH KAH

KHALAS

BERJUBO KE TAK BERJUBO ?


PM diberi amaran jangan kelirukan Parlimen berhubung pengampunan sabitan kes liwat


Ahli Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin berkata kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa beliau tidak memohon pengampunan dari Agong bagi sabitan kes liwatnya adalah sebuah kenyataan yang mengelirukan dan menghina Dewan Rakyat.

Dalam sebuah kenyataan, Azman berkata kenyataan Anwar itu bercanggah dengan fakta yang dinyatakan di dalam Perintah Pengampunan yang dikeluarkan di bawah meterai diraja pada Mei 2018.

“Kenyataan ini secara terang bercanggah dengan Perintah Pengampunan Penuh bertarikh 16 Mei 2018 yang telah ditandatangani oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.


“Di dalam Perintah Pengampunan tersebut yang dimetrai dengan meterai di-Raja dan juga ditandatangani oleh perdana menteri ke-7 Dr Mahathir Mohamad, telah direkodkan  bahawa Anwar telah memohon untuk pengampunan sebanyak dua kali. 

“Permohonan yang pertama yang dibuat oleh banduan adalah pada 16 Mac 2015 dan kali kedua pada 27 Februari 2017.”

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua permohonan tersebut ditolak oleh Lembaga Pengampunan.

Dalam pada itu, beliau berkata kenyataan bercanggah yang dibuat Anwar itu merupakan perkara serius dan melibatkan kepentingan awam dan negara.

“Tambahan, PM Anwar Ibrahim memberi penekanan semasa pidatonya di Dewan Rakyat supaya kenyataan bahawa beliau tidak pernah memohon untuk pengampunan, direkodkan dalam Hansard. 

“Ia adalah tindakan yang sengaja dan berkira (calculated).”

Semalam, seorang peguam Rafique Rashid turut menyanggah kenyataan Anwar tersebut, mendedahkan presiden PKR itu sebenarnya pernah memohon pemgampunan lebih dua kali.

Katanya, Anwar hanya diberi pengampunan bagi permohonon ketiga selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pada Mei 2018.

Kenyataan Anwar di Dewan Rakyat itu adalah susulan cabaran daripada ketua pembangkang dari Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin yang menggesa Anwar menyaman media antarabangsa yang mengeluarkan laporan berita hingga boleh mencemarkan imej negara.

Laporan yang dirujuk beliau diterbitkan media Itali Agenzia Nova yang menerbitkan artikel bertajuk "First Full-blown Homosexual Elected Prime Minister in an Islamic Country".

BERJUBO KE

TAK BERJUBO

KAH KAH KAH

AMPUN KE

TAK AMPUN

KAH  KAH KAH

INI SOALAN

YANG DITANYA

AMIN

KHALAS

KAWAN SETIA SEHIDUP SEMATI



Mangsa berpelukan dengan seekor anjing

BATANG KALI – Mayat mangsa ke-26 yang ditemukan berpelukan dengan bangkai seekor anjing dipercayai miliknya oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Operasi  di lokasi tanah runtuh Jalan Batang Kali – Genting Highlands.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, mayat sudah dibawa keluar dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Bersama mayat adalah bangkai anjing yang telah diserahkan ke Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” katanya dalan sidang media mengenai perkembangan terkini SAR di Batang Kali, hari ini.

Untuk rekod, mangsa ditemui pada kedalaman empat meter setengah.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, mangsa ditemui di Sektor A dan dibawa arus ke Sektor B.

“Kemungkinan besar dia berkhemah di Sektor A dan dibawa arus ke Sektor B. Saya percayai Sektor B kesemua mangsa berada di situ dan kita akan tumpu ke Sektor A dan C yang mana ada satu lagi mangsa di Sektor A,” katanya dalam sidang media sama.

Jelas Hafisham lagi, Sektor C mempunyai lebih banyak khemah.

Dalam pada itu, Hafisham berkata, SAR dihentikan buat ketika ini kerana hujan lebat.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya pada 2.42 pagi Jumaat lalu itu,

JKejadian itu menyaksikan 61 mangsa selamat, 26 nyawa terkorban dan tujuh lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang terbabit.

Perincian mangsa meninggal dunia ialah 13 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa serta tiga kanak-kanak perempuan. 

AL-FATIHAH

TANDA

KAWAN SETIA

SEHIDUP

SEMATI

AMIN

LANGKAH TEPAT


Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 dibatalkan – PM

PUTRAJAYA – Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka pada 31 Dis ini dibatalkan berikutan keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir, kata Perdana Menteri  Anwar Ibrahim.

“Oleh kerana keadaan banjir dan kesusahan rakyat, kita putuskan sambutan besar-besaran ambang Tahun Baharu 31 Dis di Dataran Merdeka dibatalkan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di sini hari ini.

SUASANA NEGARA

 BERKABUNG

BUKAN BERPESTA

AMIN

TANAH RUNTUH

BANJIR MELANDA

AMIN

SEMUA PERLU

BERSEDIA

KHALAS

MANGSA DI TEMUI LAGI

Satu lagi mayat ditemukan, jumlah korban tanah runtuh kini 26

SATU lagi mayat mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali ditemukan hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat tragedi itu kini adalah 26. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam kenyataan di laman Facebook yang memetik sumber Pusat Pengurusan Operasi JBPM berkata satu mayat lelaki dewasa ditemukan pada pukul 11.16 pagi di sektor B (kem Farmview).

Kenderaan yang membawa mayat itu dilihat keluar dari lokasi pencarian pada kira-kira pukul 11.57 pagi.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah mangsa yang masih hilang adalah tujuh, manakala 61 selamat, daripada keseluruhan 94 mangsa insiden itu yang berlaku pada 2.42 pagi, Jumaat lepas.

JBPM hari ini memaklumkan pasukan mencari dan penyelamat akan membuat penggalian lebih dalam bagi mencari mangsa di kawasan kejadian selepas mengambil kira penemuan mangsa ke-25 semalam yang dijumpai pada kedalaman “luar jangkaan” iaitu kira-kira 17 meter di sektor C (Riverside).

Dalam sidang media di lokasi kejadian, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Hafisham Mohd Noor berkata mangsa ditemukan pada kedalaman kira-kira satu setengah meter dalam keadaan berpelukan bersama seekor anjing di sektor berkenaan.

Pasukan penyelamat turut menemukan seekor lagi anjing berhampiran kawasan itu. 

“Kemungkinan besar dia (mangsa) berkhemah di sektor A (Hillview), dibawa oleh tanah runtuh itu pergi ke sektor B (Farmview).

“Maknanya kawasan Sektor B ini saya percaya semua mangsa sudah tiada di situ, jadi kita akan tumpu kepada sektor C dan A, “ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata mayat telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Dua ekor anjing (bangkai) ditemukan bersama mayat berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” katanya. – Bernama, 21 Disember, 2022.

AL-FATIHAH

AMIN

BERITA BARU MASUK - WAJIB BERSEDIA



BERITA BARU

MASUK

AMIN

WAJIB 

BERJAGA JAGA

WAJIB BERSEDIA

KHALAS

BINI DISEKELILING


BINI

DI SEKELILING

KAH KAH KAH

Pak Mat dan Makchik Timah  sedang memberi ayam  makan.

Tetiba Makchik Timah berkata:.
            "Abang  tengok bapak ayam tu, dalam masa sepuloh minit saya tengok dah tiga empat kali dia kerjakan ayam betina! Kalau lah Abang boleh banyak kali macham tu seronoknya saya".   

Jawab Pak Mat : " "Eeeh Timah, engkau tak tengok ke berapa ekor  ayam betina keliling  dia.Kalau aku ada ramai ayam, tambah yang baru, aku pun boleh!"

ENJOI DE MENJOI MAULUD NABI


ENJOI DE MENJOI

KAH KAH KAH

LU NAK KOMPLIN APA  

AKU NAK ENJOI 

MAULUD NABI

KAH KAH KAH 

AKU ADA KUASA

KO TENGGELAM

BANJIR 

KO PUNYA PASAL

  KHALAS 

LAGI PUN AKU

 ADA KAD AHLI PAS

 JAMIN DAPAT ENTOT BIDADARI

 KAH KAH KAH

KHALAS




KITA BANJIR - SOMALIA KEMARAU


KITA BANJIR

SOMALIA KEMARAU

RAKYAT BULUR

KHALAS

SOSMA - BUAT PERUBAHAN JANGAN HANYA CAKAP !!!


Tentang undang-undang kejam Sosma

KEPUTUSAN terbaharu Putrajaya untuk tidak meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma mendapat tentangan hebat daripada ahli politik Pakatan Harapan (PH) dan kumpulan hak asasi manusia.

Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau antara lima pemimpin Hindraf yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sudah dimansuhkan.

“Saya ditahan tanpa bicara selama 495 hari. Saya faham perasaan mereka (yang ditahan di bawah Sosma). Saya kecewa sebab masih ada orang percaya Sosma tidak patut dimansuhkan,” katanya kepada pemberita semalam selepas menandatangani memorandum kepada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memohon ikat jamin bagi tahanan Sosma dan supaya undang-undang itu disemak.

Apa itu Sosma?

Undang-undang itu digubal untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 namun Sosma itu turut berhadapan kontroversi.

Sosma diperkenalkan oleh perdana menteri ketika itu Najib Razak, dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 17 April 2012 sebelum diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 Jun 2012 untuk diwartakan pada 22 Jun 2012.

Undang-undang itu diwujudkan di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan untuk menentang perbuatan subversif, ketenteraman awam, keganasan, pengintipan dan isu-isu isu berkait keselamatan negara.

Tiga individu pertama yang ditahan di bawah Sosma ialah Yazid Sufaat, Halimah Hussein dan Mohd Hilmi Hasim atas dakwaan terlibat dalam keganasan pada 2013.

Pada tahun sama, Sosma digunakan untuk menangkap 104 warga Filipina yang dikaitkan dengan Jamalul Kiram III semasa pengepungan Lahad Datu termasuk penangkapan ahli keluarga Jamalul, yang telah memasuki Sabah menggunakan dokumen palsu.

Pada 2016, penggunaan Sosma oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dikecam secara meluas oleh aktivis dan pembela hak asasi manusia selepas 15 pejuang hak sivil terkemuka ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih.

Maria Chin Abdullah, bekas pengerusi Bersih, merupakan antara 15 yang ditahan di bawah undang-undang itu pada 2016 ketika banyak kumpulan menuduh kerajaan menyalahgunakan kuasa dengan menangkap aktivis.

Berikutan penahanan berleluasa itu, 80 kumpulan hak sivil terkemuka secara bersama menggesa Sosma dimansuhkan, menggelarkan ia sebagai undang-undang drakonian.


Janji Pakatan

Melalui manifesto pilihan raya 2018, PH menyebut pemansuhan undang-undang yang menindas namun pengerusinya ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, tidak secara khusus menyebut gabungan itu akan memansuhkan Sosma jika ia mentadbir Putrajaya.

Namun selepas PH menang pilihan raya umum 2018 itu, janji manifesto itu tidak dilaksanakan sama sekali.

Begitu pun, kerajaan PH cuma dapat berkuasa untuk dua tahun sahaja sebelum dicantas melalui Langkah Sheraton pada 2020.

Bekas menteri undang-undang, mendiang Liew Vui Keong memberitahu pemberita pada 2019 yang Putrajaya berusaha untuk mengkaji, bukan memansuhkan Sosma.

“Kami sedang mengkaji semula peruntukan tahanan reman (tahan tanpa bicara) tempoh 28 hari, dan memberi tahanan akses kepada peguam bela,” katanya kepada pemberita ketika itu.

“Tetapi suka atau tidak, kita masih perlukan undang-undang keselamatan di negara ini. Kita akan berhadapan masalah dengan keselamatan jika kita tidak berhati-hati.”

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan, adakah kerajaan akan mansuhkan Sosma. Soalan itu muncul ketika 12 orang ditangkap atas dakwaan ada kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Perdana menteri PH ketika itu, Dr Mahathir berkata Putrajaya sedang berusaha untuk meminda undang-undang zalim, termasuk Sosma.

“Kita akan teliti bahagian yang perlu dipinda seperti penahanan tanpa bicara secepat mungkin untuk elakkan penderaan,” katanya.

Komen Dr Mahathir itu merujuk kepada penahanan 12 lelaki, termasuk dua Adun DAP, di bawah Sosma kerana didakwa menjadi ahli LTTE.
.
Usul lanjut tahanan tanpa bicara diluluskan

Pada 23 Mac 2022, Hamzah Zainudin, menteri dalam negeri di bawah kepimpinan Ismail Sabri Yaakob, membentangkan usul di Dewan Rakyat untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Sosma bagi tempoh lima tahun bermula 31 Julai.

Subseksyen 4(5) Sosma memberi kuasa kepada polis untuk menahan seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan bagi tempoh tidak melebihi 28 hari untuk siasatan.

Subseksyen 4(11) pula menyatakan Subseksyen 4(5) hendaklah disemak setiap lima tahun dan akan terhenti berkuat kuasa apabila diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk tidak melanjutkannya.

Pada 24 Mac, Dewan Rakyat tidak meluluskan usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Sosma itu.

Usul itu tidak diluluskan setelah melalui mendapat undi belah bahagian yang menyaksikan 84 ahli Parlimen bersetuju manakala 86 lagi tidak bersetuju.

Tetapi empat bulan selepas kekalahan kerajaan, Dewan Rakyat meluluskan lanjutan kepada klausa penahanan tanpa bicara selama lima tahun lagi selepas kerajaan menang undi bahagian denggan 111 berbanding 88.

Seramai 21 ahli parlimen tidak hadir.

Ia merupakan kali kedua Dewan Rakyat mengundi untuk melanjutkan klausa Subseksyen 4(5) Sosma, selepas undang-undang itu digubal pada 2012. Lanjutan pertama adalah pada 2017.

Undian itu diadakan selepas ahli dewan mengundi tipis pada 23 Mac untuk tidak melanjutkan fasal 86-85. 49 ahli parlimen tidak hadir.

Pakatan langgar janji lagi

PH dipilih sebagai kerajaan baharu dalam pilihan raya umum baru-baru ini, yang menyaksikan pembentukan kerajaan perpaduan di kalangan PH, BN, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan Warisan.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik, Saifuddin Nasution Ismail, mengulangi pandangan pendahulunya Hamzah, yang berkata kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula Sosma.

Katanya undang-undang itu mungkin akan dikaji semula pada masa depan, bukan sekarang.

“Pendirian saya ketika ini undang-undang bersifat dinamik dan tidak statik, sebab itu, kita ada Parlimen untuk gubal dan pinda undang-undang sedia ada. Itulah mekanisme yang ada di negara kita.

“Kita perlu bertindak balas terhadap situasi itu dari semasa ke semasa. Dan patutkah ia dipinda sekarang? Tidak. Ini prinsip dan pendirian saya pada masa ini,” katanya ketika diminta mengulas gesaan timbalan pengerusi DAP Gobind Singh Deo supaya beliau mempertimbangkan semula kenyataannya mengenai Sosma.

“Kita perlu respons ikut keperluan dari semasa ke semasa dan adakah ia perlu dipinda sekarang? Itu tidak. Itu prinsip saya dan apa yang saya pegang buat masa ini,” katanya ketika diminta mengulas gesaan Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo supaya beliau mempertimbangkan semula kenyataan berhubung Sosma. – 21 Disember, 2022.


WOIT

KLIM NAK BUAT

REFORM

AMIN

BUKTIKAN

JAGAN CAKAP

LAKUKAN

PERUBAHAN

 KHALAS 

SOSMA NI 

SAMA MACAM ISA

KHALAS

MANGSA DITEMUI


Mayat ke-25 tragedi Batang Kali ditemukan


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat Batang Kali yang memasuki hari kelima semalam, menemukan mayat seorang kanak-kanak perempuan pada 11.15 malam sebelum operasi ditangguhkan pada 12 tengah malam.

Penemuan mayat kanak-kanak dianggarkan berusia lingkungan lima hingga tujuh tahun itu, menjadikan angka korban tragedi berkenaan kini 25 mangsa.

Operasi hari ini dipergiatkan dengan anggota pasukan “sweeper” ditingkatkan empat kali ganda kepada 28 orang berbanding hanya tujuh orang, kelmarin.

Cuaca baik sejak semalam membantu operasi SAR yang bermula kira-kira 8 pagi semalam, selain Jabatan Kerja Raya melaporkan tiada pergerakan tanah di kawasan pencarian berbanding semalam.

Terdahulu, anggota penyelamat menemukan selimut, tong dan peralatan perkhemahan ketika pencarian di sektor C (Riverside).

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Md Ismail berkata selain sektor C, pihaknya mengulangi pencarian di sektor A (Hill View) dan B (Farm View) bagi mengesan mangsa.

Anggota penyelamat juga terus bersemangat dan tidak berputus asa dalam menjalankan tugas pencarian, meskipun terdapat tiga pegawai dan anggota yang menerima rawatan selepas kurang sihat dan mengalami kecederaan ringan.

Malah Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Hafisham Mohd Noor berkata ada antara anggota penyelamat yang enggan keluar dari lokasi pencarian bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang, walaupun dibenarkan untuk berehat.

Komitmen yang ditunjukkan anggota SAR turut mendapat perhatian Istana Selangor, apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini menzahirkan penghargaan kepada mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata polis sudah merakam keterangan 53 individu, bagi membantu siasatan berhubung tragedi berkenaan termasuk pengusaha, dua pekerja tapak perkhemahan selain mangsa yang terselamat dan keluarga mereka.

Tragedi tanah runtuh pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu, setakat ini menyaksikan 61 selamat, 25 nyawa terkorban dan lapan lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat.

Mengikut data dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), seramai 29 daripada keseluruhan mangsa yang terlibat dalam insiden tanah runtuh itu adalah kanak-kanak. – Bernama, 21 Disember, 2022.

AL-FATIHAH

AMIN

TAHNIAH

TERIMA KASIH

PADA SEMUA

YANG BERTUGAS

AMIN

TENGAH HARI NAN INDAH


PANAS NAN INDAH

JAM 12.00 TENGAH  HARI
MATAHARI BERSINAR
AWAN PUTIH BERKUMPUL
BUMI YANG INDAH
DARI BALKONI LE CHATEAU

APAKAH AWAN INI
AKAN BERKUMPUL
PADA PETANG INI
UNTUK MENJADI AWAN GELAP
DAN MEMBAWA HUJAN

KITA TUNGGU
DAN LIHAT
AMIN

ANJING DATANG MEMBANTU


ANJING DATANG

MEMBANTU

KHALAS

Unknown commented on 
"SOALAN DALAM PARLIMEN"
Binatang lebih menyumbang kebaikan daripada sesetengah manusia bergelar Why Bee, ini kisahnya. Amin Sedar atau tidak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Selangor, Selangor sudah pun memasuki hari keempat, hari ini. Selain kekuatan dan kebijaksanaan manusia menjayakan operasi SAR tersebut, ada makhluk lain yang turut 'berpadu tenaga' dalam memastikan mangsa-mangsa tertimbus dapat ditemui di lokasi kejadian yang menyayat hati itu.

 Sejak hari pertama lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menurunkan sebanyak enam ekor anjing pengesan dari Unit K9, Jabatan Siasatan Jenayah yang mana, dua daripadanya ialah Leo (warna hitam) dan Reed (warna coklat). Dari 'raut wajah' Leo dan Reed, dapat dilihat kesungguhan dan keletihan yang dialami oleh kedua-dua ekor wira tidak didendang ini, demi memastikan baki sembilan lagi mangsa yang hilang berjaya ditemui semula. Tabik hormat buat Leo dan Reed! Terima kasih atas khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada negara. Kah kah kah Kah kah kah

BANJIR KELANTAN MAKIN TERUK


BANJIR KELANTAN

MAKIN TERUK

KHALAS

PROJEK TEH TARIK BERJAYA



PROJEK 

TEH TARIK 

BERJAYA

KHALAS

Unknown commented on
 "GAGALKAN
 PROJEK PAK LEBAI"

Cuba lihat negara mana pimpinan Lebai lebih baik, negeri mana mencapai kemajuan kebajikan luar biasa pimpinan Lebai? Asas bekalan air pun Lebai tak dapat uruskan, asyik tak dapat royalti saja modal mereka, selama berpuluh tahun cerita sama, nak tunggu duit billion jatuh atas riba, sebagai pemerintah apa mereka sudah buat? Adakah semua syumul tidak jual kawasan balak, tidak dapat komisen, janji syurga janji 72 ekor nikmat ? Tak salah nak cari syurga untuk diri sendiri tetapi jangan susahkan orang lain dengan kebebalan sampai kiamat kah kah kah, sendiri nak ke syurga itu pilihan sendiri, tak payah sibuk usaha tiket sama amin

SOTONG HADIR DALAM PARLIMEN


SOTONG HADIR

DLM PARLIMEN

KHALAS

Unknown commented on 
"SOALAN DALAM PARLIMEN"

Sotong hadir parlimen pun tak guna, hadir atau tidak sama saja, habis beras, habis duit bayar gaji, kah kah kah, YB beginilah yang ada, disini lah berkumpul segala macam manusia, tak nampak pun bising padal nak jaga rakyat, yang bising lawan pihak lain atas alasan khianat khianat susah lagu ini woit, kalau tak layak berdebat berhujah memikir cara bagaimana nak bangunkan negara baik orang sebegini dilupuskan, remaja budak sekolah yang tengok pun meludah TV, sebab tak dapat meludah muka YB ini semua, rakyat tak peduli apa sekarang kah kah kah tunggu Baling selipar Jepun kah kah kah
Unknown commented on 
"GAGALKAN PROJEK PAK LEBAI"

Banjir melanda Kelantan Terengganu berpuluh ribuan mangsa terlibat, Hj Bawang hadir parlimen, sibuk merebut kuasa, baca doa supaya selamat diri jawatan elaun gaji, yang Mengundi harung air banjir, amin syukur alhamdulliah, semoga Tok Guru terus kental melawan segala nikmat hidup dan hidup lama lama amin, kita doa yang terbaik walaupun dia musuh kita kah kah kah

MAULUD LAGI TIGA HARI



MAULUD NABI

RABU 21/12/2022

MAULUD NABI ISA
LAGI TIGA HARI
LEPAS ITU TAHUN BARU

PESTA TAHUN BARU KALI INI
DALAM HUJAN
AMIN

BANJIR
SEDANG MELANDA
PANTAI TIMUR
LEBIH TERUK 
DARI YANG PERNAH DIALAMI

INI CIRI DAN WATAK
MALAPETAKA CUACA
MAKIN KERAP BERLAKU
MAKIN PANJANG TERJADI
DAN MAKIN GANAS

AWAS !
LEPAS INI EL-NINO
AKAN SAMPAI
MUSIM PANAS 
MUSIM KERING

AMERIKA
PRESIDEN UKRAINE
AKAN MELAWAT AMERIKA
ZALENSKY AKAN JUMPA BIDEN

ARGENTINA
PESTA MENYAMBUT
PIALA DUNIA
HEBOH SATU NEGARA
SEMUA LUPA PERBALAHAN
SEMUA BERSATU
INI KUASA BOLA SEPAK
AMIN

AFGHANISTAN
TALIBAN MENGHARAMKAN
PEREMPUAN DARI BELAJAR
DI UNIVERSITI
SEMENJAK KELMARIN

SEBELUM INI
MURID PEREMPUAN
TIDAK DIBENARKAN BELAJAR
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH MUNCUL
LANGIT SEPARA BIRU
ADA AWAN PUTIH YANG NIPIS
JALAN SEMUA KERING

KETIKA GUA MENGETIK INI
TAK TAK SEDANG
MANDI MATAHARI DI BALKONI

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUMLAH
KITA SAMBUT RABU YANG INDAH

BRO
HAKIMI SETIAP ORANG
DENGAN PERASAAN WAS WAS

BRO
NASIB MENJADIKAN KITA BIJAK
NASIB JUGA  MENJADIKAN
KITA MEWAH

BRO
AWAS !
LU PINJAMKAN DUIT PADA KAWAN
LU AKAN HILANG KAWAN

BRO
BOCOR KECIL
BOLEH MENENGGELAMKAN
KAPAL BESAR

BRO
KURANGKAN BERCAKAP
BANYAKKAN MEMBUAT

BRO
SIMPATI TIDAK
MENDATANGKAN MAKANAN
TAPI MEREDAKAN LAPAR

BRO
KALAU LU ADA
KAWAN YANG JUJUR
LU JUMPA HARTA KARUN

BRO
JANGAN SUKA TUDUH MENUDUH
JIKA MAMAT ITU
TAK BUAT APA PUN

BRO
KITA BAIKI DIRI KITA DULU
SEBELUM KITA
BAIKI ORANG LAIN

BRO
BILA LU TAKDA PILIHAN
KUMPULKAN TENAGA
UNTUK JADI BERANI

BRO
KALAH DENGAN BENAR DAN JUJUR
LEBIH MULIA DARI MENANG
DENGAN TIPU DAN KELENTONG

BRO
SEDIAKAN FAKTA
SEBELUM LU BERHUJAH

BRO
JANGAN PANDAI BERCAKAP
TAPI TAK PANDAI BUAT KERJA

BRO
KEBENARAN ITU AKAN TIMBUL
MACAM  AIR DALAM MINYAK

BRO
LU JANGAN LUPA
JIKA LU BERSAMA ORANG BERDIRI
LU JANGAN DUDUK
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
MAULUD NABI ISA