Jumaat, 14 Oktober 2022

ELITE RETAK REJIM TAK RUNTUH


ELITE POLITIK

DAH RETAK

AMIN

SEKARANG BELUM 

CUKUP MASAK

AMIN

BILA POLIS & ASKAR

ENGGAN TEMBAK

DEMONSTRAN

AMIN

BILA POLIS ASKAR

TAK IKUT ARAHAN

MAKA ITU TANDA

REGIME ZAALIM

PAK LEBAI AKAN

RUNTUH

AMIN

KHALAS

NAJIB BUAT KERENAH LAGI

 

Permohonan Najib semak keputusan Mahkamah Persekutuan tiada merit, kata pendakwaan


PIHAK pendakwaan kes Najib Razak berhubung penyelewengan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd mendakwa bekas perdana menteri itu diberikan perbicaraan adil dan tiada pratimbangan dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata permohonan semakan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dipohon Najib di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 tidak mempunyai merit dan digunakan sebagai laluan untuk rayuan lanjutan serta penyalahgunaan proses mahkamah.

“Pendapat pemohon (Najib) bahawa kes ini merupakan kes yang sesuai dan sewajarnya untuk Mahkamah Persekutuan menggunakan kuasa dan bidang kuasa sedia ada di bawah Peraturan 137 adalah salah dan tidak bermerit.

“Fakta dan hal keadaan kes ini tidak membolehkan penggunaan Peraturan 137 memandangkan kes ini tidak menunjukkan hal keadaan yang luar biasa untuk semakan dilakukan kecuali bidang kuasa ini disalahgunakan sebagai laluan untuk rayuan lanjutan,” katanya dalam afidavit jawapan difailkan untuk menjawab afidavit sokongan Najib yang diikrarkan pada 6 September lepas.

Mohd Ashrof, yang memfailkan afidavit jawapan itu pada 7 Oktober lepas, berkata bidang kuasa sedia ada pada mahkamah tidak seharusnya digunakan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan berdasarkan merit sebaliknya akan menyebabkan tiada proses litigasi yang muktamad.

“Kes ini (semakan Najib) bukanlah kes luar biasa yang semakan semula boleh dibenarkan. Oleh itu permohonan semakan ini wajar ditolak oleh mahkamah,” katanya.

Mohd Ashrof berkata tiada alasan untuk pemohon terperanjat atau terkejut apabila Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi.

Katanya, Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa hukuman yang dikenakan terhadap pemohon tidak berlebihan dan mengesahkan sabitan dan hukuman. 

“Pihak responden (Timbalan Pendakwa Raya) juga tidak mencabar kadar hukuman dikenakan ke atas pemohon. Oleh itu, saya menyatakan bahawa tiada apa-apa tidak sah di sisi undang-undang dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berhubung hukuman dikenakan ke atas pemohon oleh Mahkamah Persekutuan,” kata Mohd Ashrof.

Najib, 69, memfailkan permohonan bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya itu kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International.

Beliau turut memohon agar diberi kebenaran menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lepas yang menolak rayuannya dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, atau penjara lima tahun.

Secara alternatif, Najib memohon agar rayuan itu didengar semula oleh korum Mahkamah Persekutuan yang baharu dan terdiri sekurang-kurangnya daripada tujuh hakim.

Najib, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang, juga memohon penangguhan pelaksanaan sabitan dan hukuman sementara menunggu pendengaran permohonan semakan itu.

Afidavit Najib yang difailkan bagi menyokong permohonan itu menyatakan bahawa beliau benar-benar percaya dan telah dinasihatkan oleh peguam caranya bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan boleh disemak mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995. – Bernama, 13 Oktober, 2022.

NAJIB NAZAK

BUAT KERENAH

LAGI

KAH KAH KAH

TUDUH HAKIM

TAK ADIL

KAH KAH KAH

TUDUH 12 TAHUN

TAK PADAN

KAH KAH KAH

WOIT

AJAR NAJIB

BILA MERAYU

TAMBAH DARI

12 KE 25 TAHUN

BIAR DIA JAGA

IMAM PENJARA

KAJANG

KAH KAH KAH

KHALAS

AWAS ! PILIH PEMIMPIN YG TEPAT


Ekonomi global semakin hampir meleset, kata ketua Bank Dunia


EKONOMI global “semakin menjerumus” kepada kemelesetan apabila kadar inflasi kekal tinggi, kadar faedah meningkat dan beban hutang bagi negara-negara membangun semakin meningkat, kata Presiden Bank Dunia David Malpass pada Khamis.

“Kami telah menurunkan unjuran pertumbuhan 2023 daripada tiga peratus kepada 1.9 peratus bagi pertumbuhan global, yang dilihat semakin hampir dengan kemelesetan dunia,” kata Malpass pada sidang media semasa mesyuarat tahunan IMF dan Bank Dunia.

“Masalah inflasi, kadar faedah meningkat dan pemotongan aliran modal terhadap negara membangun menjejaskan golongan miskin dengan teruk,” katanya sambil menekankan peningkatan hutang bagi negara membangun.

“Kemelesetan dunia boleh berlaku dalam keadaan tertentu,” kata Malpass.

Dalam kajian yang diterbitkan pada pertengahan September, Bank Dunia memberi amaran bahawa apabila bank pusat di seluruh dunia secara serentak menaikkan kadar faedah sebagai tindak balas kepada inflasi, dunia mungkin menuju ke arah kemelesetan global pada 2023, dengan ramalan pertumbuhan hanya 0.5 peratus.

Ketua Bank Dunia berkata bahawa pertumbuhan penduduk dunia dianggarkan pada kadar 1.1 peratus setahun.

Memetik laporan Bank Dunia baru-baru ini, Malpass berkata bahawa pandemik Covid-19 memberi kesan terbesar kepada usaha mengurangkan kadar kemiskinan global sejak 1990, memaksa kira-kira 70 juta orang ke dalam kancah kemiskinan tegar pada 2020, manakala krisis di Ukraine dikhuatiri memburukkan lagi keadaan.

Menurut Laporan Kemiskinan dan Kemakmuran Bersama, pendapatan median global merosot sebanyak empat peratus pada 2020, penurunan pertama sejak pengukuran median pendapatannya bermula pada 1990. – Bernama, 14 Oktober, 2022.

EKONOMI KITA

MERUNDUM SAMA

AMIN

BERHATI HATI

PILIH PRTI YG

BETUL DLM PRU15

AMIN

LEPAS PRU15

EKONOMI KITA

AKAN KACAU

AMIN

KALAU PENCURI

KALAU PENYAMUN

MEMIMPIN NEGARA

PORAK PERANDA

AMIN

KHALAS

HADI BUAT KEPUTUSAN TEPAT


Henti kerjasama sebab pemimpin BN masih terima rasuah, kata Hadi

PAS putuskan kerjasama dengan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana gabungan parti itu masih lagi terlibat dengan amalan rasuah, kata presiden parti Islam itu Abdul Hadi Awang.

Beliau juga menuduh Umno cuai dalam melaksanakan Islam dan rakus untuk terus memerintah negara sehingga sanggup membubarkan Parlimen secara tergesa-gesa.

Jelasnya kerana kekeruhan itu, PAS memutuskan untuk bersama dengan Perikatan Nasional (PN) biarpun tahu ia laluan yang sukar berbanding bersama Umno.

“Kerana ada keruh ini kita tangguh dahulu, jadi kita ambil pendekatan jernihkan keadaan dulu dengan gabungan PN. Tolak yang beri dan terima rasuah (BN).

“Walaupun ini (PN) lebih payah,” katanya semasa menyampaikan kuliah dhuha di Marang hari ini.

Hadi menjelaskan pendirian PAS semalam yang mengumumkan akan memperkukuhkan kerjasama dengan PN dan meninggalkan Umno.

Pendirian itu diumumkan selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat parti yang memuktamadkan hala tuju parti Islam itu menuju pilihan raya.

Ia menamatkan drama tarik tali antara PAS dengan Bersatu dan juga Umno buat masa ini.

Kalangan menteri dari parti PAS antara 12 anggota Kabinet yang mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu bagi merayu agar Parlimen tidak dibubarkan.

Ia tetap membawa kepada pembubaran Parlimen pada Isnin dan membolehkan PRU15 diadakan dalam tempoh 60 hari. – 14 Oktober, 2022.

AKHIRNYA

HADI AL-KAWAHLI

BUAT KEPUTUSAN

TEPAT

AMIN

PARTI ISLAM

TAK MAIN DUA

LUBANG

AMIN

TAK KANG KANG

PADA UMNO

KAH KAH KAH

KHALAS

BUKAN ANTI SHIAH

 

BUKAN 

ANTI SHIAH

BUKAN

ANTI AGAMA

AMIN

ANTI PAK LEBAI

YANG KLIM

BERCAKAP ATAS

NAMA TUHAN

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
"ELITE POLITIK IRAN 
MULA RETAK"

Bro, bg aku sebab kenapa Malaysia tak boleh contoh Belgium, ini parti2 semua mmg hanat, kena cari idea politik baru. Kalau mcm ni hari2 letihla hanat!


Unknown commented on 
"ELITE POLITIK IRAN 
MULA RETAK"

jadi makna dia apa ? us tak payah bom iran lagi ?.. abih macam mana dengan lu punya ramalan ? sejak puluh tahun lepas.. kah kah kah



Nazrio commented on 
"ELITE POLITIK IRAN 
MULA RETAK"

anti syiah adaLah satu bisnis anti syiah juga sebuah perniagaan d maLaysia ni mana pegi geng2 anti syiah..??? masa syiah tengah kuat... masa syiah tengah gagah... bising sangat... hari2 mahu Lawan gong gong gong ..!!! ongX ongX ongX hari2 mahu syahid kini syiah makin Lemah ... kenapa senyaK sunyi sepi... kenapa tak pergi beraK macam bangLa beraK kan umnQ syiah kini spt batang kayu tumbang tidak bernyawa kenapa senyap sunyi adakah yg pergi tongkat macam pas tongkat geromboLan umnQ bisnis igama memang satu bisnis Lumayan bisnis tua sebuah ugama kerana di daLam igama ada igama-igama konon sunni Lah sangat !!! ahLus sunah Lah sangat !!! ternyata.... (Anti syiah)( juga sabuah bisnis

POLITIK SABAH MAKIN HANGAT - BUNG MOKHTAR TERANCAM

 

POLITIK SABAH

MAKIN HANGAT

BOLEHKAN 

BUNG MOKHTAR

BERTAHAN

AMIN



BURUH MOGOK DI PERANCHIS



BURUH MOGOK

TAMBAH BALA

PADA MACRON

AMIN

MENGENAL MUSUH


KENALI DIRI MU

KENALI MUSUH MU

SERATUS 

PERTEMPURAN

SERATUS 

KEMENANGAN

AMIN


KEMAH BOSA

MUNGKIN MENANG

KEMAH KOCIK

JAMIAN KALAH

AMIN

KHALAS

SAPA MUSUH UTAMA

 

FIKIR DG TENANG

KENALI SIAPA

MUSUH UTAMA

AMIN


Zali commented on 
"DIRIKAN KEMAH BESAR"

memang elok bona lah tu.... pengkhianat berlonggok sesama pengkhianat :-)




Unknown commented on 
"DIRIKAN KEMAH BESAR"

Khemah besar nak lawan sapo? Lawan UMNO ke lawan PAS, ke nak lawan pengkhianat dalam Bersatu? Musuh makin ramai dan makin berpecah, politik makin pening dan huru hara. Awalnya duk sembang tak mau bubar DUN atas faktor nak fokus banjir, tapi x sampai seminggu Parlimen bubar, dah gaduh sbb DAP takut kalah Penang, nak bubar DUN Penang pulak. Camna nk buat khemah besar kalau khemah kecik pon duk bergaduh. Tu blom gaduh budak2 MUDA ngan AMK start. Pening.

BANGUN LAWAN AMERIKA

 



 BANGUN LAWAN

AMERIKA

AMIN

BANGUN 

LAWAN NATO

AMIN

FULUS BANYAK

 


Anak bekas TPM hasrat lawan Zahid pada PRU15

TAWFIK Ismail, anak sulung kepada timbalan perdana menteri (TPM) kedua, Dr Ismail Abdul Rahman berkata beliau akan melawan Ahmad Zahid Hamidi walau di kerusi mana pun presiden Umno itu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas ahli Parlimen Umno itu berkata beliau antara barisan calon Gerak Independent (GI) dan akan melawan Zahid walaupun jika bertanding di kubu kuatnya di Bagan Datuk.

“Sudah tiba masanya orang Melayu bangun dan memperjuangkan nilai murni,” katanya dipetik daripada The Star.

Zahid, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) menang di Bagan Datuk sejak 1995.

Tawfik menggesa rakyat Malaysia yang turut membenci rasuah, supaya melihat perjuangannya sebagai perjuangan mereka juga.

“Saya bukan mahu memecahkan undi Pakatan Harapan tetapi sebaliknya membawa perjuangan saya kepada orang Melayu,” katanya.

Tawfik adalah bekas ahli Parlimen Sungai Benut dari 1986 hingga 1990, dijangka bertanding atas tiket GI, satu insiatif kerjasama yang mempromosikan calon bebas untuk PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 20 Oktober bagi memuktamadkan tarikh penamaan calon dan mengundi selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada Isnin. – 13 Oktober, 2022.

INI MENARIK

TAPI GI NI APA?

SOJAR AMERIKA KE

KAH KAH KAH

WARGA

 BAGAN DATUK

AKAN 

KENDURI BESAR

KAH KAH KAH

FULUS KIRI

FULUS KANAN

PROJEK SANA

PROJEK SINI

KAH KAH KAH

AMIN

BN BAKAL MENANG ?


BN bakal menang PRU kecuali peratus keluar mengundi naik, kata penganalisis


PILIHAN raya umum (PRU) akan mengulangi pilihan raya negeri (PRN) Johor, dengan kemenangan meyakinkan Barisan Nasional (BN), melainkan peratusan keluar mengundi berubah, kata pemerhati politik.

Hanya peratusan keluar mengundi yang tinggi boleh memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menawan Putrajaya, kata mereka.

Mereka percaya peratusan keluar mengundi melebihi 60% akan memberi manfaat kepada PH, manakala jika ia lebih rendah hanya akan memberikan BN kelebihan.

Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisommudin Bakar berkata keputusan PRU15 berkemungkinan besar menjadi cerminan bagi pada PRN Johor.


Beliau bagaimanapun berkata hanya peratusan keluar mengundi yang tinggi dapat mengelak perkara ini daripada berlaku.

“Bagi menyekat kemaraan BN yang sudah merasakan keputusan PRU15 akan menjadi seperti keputusan bagi PRN Johor, pembangkang perlu mengharapkan kehadiran yang tinggi dan kemarahan rakyat terhadap keangkuhan BN ditunjukkan dalam peti undi,” kata Hisommudin kepada The Malaysian Insight.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 14.9 juta pemilih berdaftar pada PRU14 dan 12.3 juta atau 82.3% daripada mereka keluar mengundi.

Dengan kira-kira 6.9 juta pengundi baharu - mereka yang berumur 18 hingga 21 tahun dan pengundi kali pertama - termasuk dalam daftar pemilih, Hisommudin berkata untuk menyamai jumlah keluar mengundi PRU14, kira-kira 58% orang perlu keluar mengundi pada pilihan raya akan datang.

Beliau bagaimanapun berkata angka itu perlu lebih tinggi lagi bagi PH untuk menafikan sebarang peluang BN menang.

“Pada pendapat saya, pembangkang memerlukan 75% daripada jumlah pengundi keluar bagi menterbalikkan secara berkesan corak sokongan yang dilihat memihak kepada BN sekarang,” katanya.

Terdahulu, timbalan ketua PH Johor dan pakar strategi DAP Liew Chin Tong juga berkata gabungan itu mengharapkan peratusan keluar mengundi lebih tinggi pada PRU15 untuk mengulangi kejayaan mengalahkan BN.

Mengikut anggaran, pengundi PRU15 adalah lebih 21 juta, dengan 18 hingga 40 tahun membentuk 58% pengundi.

Belia berumur 18 hingga 20 tahun merupakan kira-kira 16% daripada 6.9 juta pengundi baharu.

Sementara itu, Profesor Madya Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata PH mesti mempunyai lebih 60% daripada jumlah pengundi yang hadir untuk setanding dengan BN.

Beliau berkata jumlah lebih rendah daripada itu akan menyaksikan BN mengulangi apa yang berlaku pada PRN Melaka dan Johor.

Menurut penganalisis sosiopolitik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, pembangkang perlu menggerakkan pengundi muda untuk berpeluang menang dalam pilihan raya akan datang ini.

Beliau berkata mereka perlu memainkan isu yang membabitkan kumpulan ini dan memastikan mereka keluar mengundi.

“Pembangkang perlu menggerakkan pengundi dari peringkat umur 18 hingga 40 tahun untuk keluar mengundi. Ia perlu disertakan dengan membangkitkan isu yang membelenggu golongan ini,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Tasmania Asia Prof James Chin percaya dengan penambahan baharu pengundi, peratusan keluar mengundi akan lebih tinggi.

Beliau berkata peratusan keluar mengundi Malaysia untuk pilihan raya agak konsisten sepanjang tahun.

Bagaimanapun, beliau mendakwa jika angka itu menurun, ia mungkin bermakna orang ramai kecewa atau terdapat perkara lain seperti bencana.

“Ia terlalu sukar untuk diramal kerana jika berlaku hujan lebat atau banjir pada hari mengundi, ia mungkin memberi kesan kepada peratusan keluar mengundi dan ia boleh menjadi rendah.

“Jadi, ia bergantung kepada cuaca dan faktor lain yang tidak dijangka, dan juga sejauh mana parti politik mengatur strategi apabila isu sebegini timbul untuk berkemungkinan membawa pengundi pergi dan balik,” katanya.

“Peratusan keluar mengundi yang rendah sebelum ini (dalam pilihan raya negeri Melaka dan Johor) adalah sebahagiannya kerana ketakutan orang ramai terhadap Covid-19,” kata Chin.

“Adalah jelas orang ramai tidak lagi bimbang dengan Covid-19 dan oleh itu pemacu utama dari segi peratusan keluar mengundi ialah betapa panasnya pilihan raya, jenis calon dan parti apa yang boleh ditawarkan.

“Jika peratusan keluar mengundi di bawah 65%, maka ada sesuatu yang tidak kena.

“Dalam keadaan biasa, dalam cuaca baik, jika peratusan keluar mengundi rendah, bermakna orang ramai tidak mahu keluar,” katanya lagi. – 14 Oktober, 2022.

WOIT

KALAU PENGANAL

SEBUT MACAM INI

PASTI ADA JAWAB

AMIN

HASUT RAKYAT

DALAM HUJAN

UNTUK BENAMKAN

GEROMBOLAN

AMIN

 KELUAR 

RAMAI RAMAI

KITA BAGI MATI

PASUKAN

BANDUAN NEGARA

KAH KAH KAH

AMIN



LU MINAT YANG

MACAM MANA?

AMIN

Unknown commented on 
"GADIS IRAN 
CUN BERGETAH"

tak usah terpesona dengan cun bergetah la tt oooiii hang tak tengok berapa ramai pasangan bercerai berai bini depa semua cun bergetah cantik jelita kahkahkah cun bergetah hanya di mata kita tak sama dengan mata orang. amin eh sibuk pula gwa nak komen pagi jumaat ni kahkahkah

RUSIAA BERSEDIA HANTAR GAS KE EROPAH



RUSIA BERSEDIA

HANTAR GAS

KE  EROPAH

AMIN

APA TUJUAN JADI SALAFIST



APA TUJUAN

JADI SALAFIST

AMIN

Unknown commented on
 "AGAMA HANYA
 MAINAN POLITIK"

Bro..adakah lu salafist? Kenapa lu belum jadi salafist lagi?Apa lg yg lu nak tunggu? Tunggu kucing bertanduk? Kah³ jgn marah saje tanya kipidapp

ORANG POLITIK BIJAK MAIN WAYANG

 



ORANG POLITIK

BIJAK MAIN WAYANG

AMIN

Unknown commented on

 "BANDUAN NEGARA 

NAK BERKEMPEN"

Setiap manusia ada tahap cerdik, berbeza beza tahap ini, tapi tapi tahap cerdik orang politik, tukang jilat, tukang cium tangan, pembodek masha Allah, sungguh lah teramat terbaik wayang mereka, kah kah kah semua halal ikut wacana tahap mentaliti mereka amin, kah kah kah