Khamis, 21 Januari 2021

JANGAN TERPEDAYA DENGAN CAKAP ARAB




JANGAN TERPEDAYA

DENGAN CAKAP ARAB

SIKAP BERTAMADUN PDRM

 


 TAHNIAH

AMIN

SIKAP BERTAMADUN

POLIS KITA

AMIN

INI BUKTI BAHWA

SIKAP BOLEH

BERUBAH

KHALAS 




Ibu curi makanan, ubat untuk anak terima bantuan polis 

SEORANG ibu kepada tiga anak yang mencuri ubat dan makanan untuk anak-anaknya, hari ini menerima kejutan apabila polis melawat dan menyampaikan sumbangan di kediamannya di Petaling Jaya, hari ini.

Wanita itu dikatakan gagal membayar barangan iaitu Kool Fever patch, sosej dan kek, yang keseluruhannya bernilai RM58 untuk anaknya-anaknya yang seorang daripadanya mengalami demam ketika ditahan pengawal keselamatan sebuah pasar raya, di Petaling Jaya pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sumbangan yang diserahkan adalah barangan yang gagal dibeli wanita itu untuk anak-anaknya semalam, dan makanan serta keperluan harian lain yang disumbangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Saya terpanggil untuk datang memberikan sumbangan ini selepas mengetahui kejadian itu, apabila pasar raya berkenaan membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Saya turut berpesan kepadanya supaya memohon bantuan zakat, datang ke masjid atau datang ke balai polis, jika benar-benar perlu bantuan pada masa hadapan,” katanya kepada Bernama.

Nik Ezanee juga berkata berkata wanita itu diberi nasihat supaya tidak mengulangi perbuatannya dan kes itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Wanita ini turut terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 dan sekarang adalah masa bagi semua anggota masyarakat untuk saling bantu membantu,” katanya.

Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya turut membuat hantaran mengenai ziarah berkenaan, dan mendapat maklum balas positif daripada pengguna laman sosial itu.– Bernama, 21 Januari, 2021.

 KOBID MEMBUKA

DUA RUANG HATI

AMIN

RUANG KEBENCIAN

ATAU

RUANG KEMANUSIAN

AMIN

KITA SEMUA SEDANG

DIDUGA OLEH KOBID

AMIN



MEK DAN AWANG SUKA AIR PILI KARAT

 


 INILAH CONTOH

PEMIMPIN ISLAM

JUJUR WARAK

BERKATA BENAR

AMIN

PEMIMPIN INI SEDAR

TAHU RASA HATI 

RAKYAT

AMIN

PEMIMPIN BERJIWA

 RAKYAT 

TAK PAKAI VELLFIRE  PEMIMPIN NAIK UNTA

AMIN 


Kelantan mundur tapi rakyat senang, kata presiden PAS

KELANTAN mundur bukan kerana kerana kegagalan pentadbiran barisan ulamak tetapi kerana konsep federalisme yang tidak dihormati oleh kerajaan terdahulu, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Tambahnya rakyat negeri itu juga hidup senang biarpun kemajuan tidak setanding negeri lain, katanya dalam satu forum yang disiarkan dalam talian hari ini.

“Perlu diketahui perbezaan negeri sebab konsep federalisme tidak dihormati. Namun kita memerintah Kelantan kerana intergriti yang kita tunjukkan.

“Kita berjaya mendidik rakyat terutama dalam pendidikan di Kelantan kita sangat berjaya sebab itu di universiti anak Kelantan paling ramai.

“Kita llihat orang Kelantan bekerja di Singapura, Kuala Lumpur. Kegiatan ekonomi (negeri itu disumbang) banyak dari orang Kelantan dan bawa balik (hasil) ke negeri mereka,” katanya.

Tambahnya keadaan itu juga yang menyebabkan rakyat negeri itu terus mempertahankan pentadbiran negeri tersebut.

“(Di) Kelantan walau ekonominya berbeza tapi rakyat senang biasanya kerajaan senang rakyat susah tapi ini rakyat senang kerajaan susah.

“Bila rakyat senang akan ada kefahaman mempertahankan negeri itu,” katanya dalam forum Minda Profesor Negara - Siri Bicara Negarawan.

Pada masa sama Hadi memberi jaminan bahawa PAS yang kini menjadi sebahagian dari kerajaan pusat akan dapat menberi perubahan kepada Kelantan.

“Dengan perubahan yang berlaku insya Allah akan berlaku keadaan positif,” katanya.

PAS berjaya mengambil alih pemerintahan Barisan Nasional di Kelantan semasa Pilihan Raya Umum ke-8 dan terus mengekalkan kedudukannya.

Kelantan masih menjadi negeri termiskin di semenanjung dan ketiga di Malaysia selepas Sabah serta Sarawak.

Statistik dalam pengkalan data e-Kasih sehingga Jun 2019 menunjukkan Kelantan mempunyai 6,218 orang miskin tegar, manakala 31,217 lagi tergolong dalam kategori miskin. – 19 Januari, 2021.

 DALAM DUNIA INI

HANYA ORANG 

KELANTAN

AMAT  HEBAT

AMIN

MEK AWANG

SUKA AIR 

PAIP KARAT

AMIN

SUKA RUMAH

HAPRAK DIPUKUL

BANJIR TIAP TAHUN

AMIN

NANTI DALAM KUBUR

AKAN DAPAT AIR 

SUNGAI MENGALIR

BERSIH

AMIN

 

JANJI POLITIK

 


 SATU TUNTUTAN 



WAHAI 
PARA POLITIKUS
KETIKA BERKEMPEN 
 PILIHANYA RAYA
UNTUK DAPAT UNDI
UNTUK MENANG JADI YB 
KAMU 
BUAT MACAM MACAM JANJI
AMIN

JIKA JANJI JANJI INI
TIDAK DAPAT DITUNAIKAN
JANGAN RISAU
JANGAN KELAM KABUT
RAKYAT TAK MARAH
AMIN

HANYA SATU
TUNTUTAN RAKYAT
JANGAN SUSAHKAN
HIDUP RAKYAT
AMIN


KESAH SELALU DIDENGAR

 




 KESAH MACAM INI

SELALU KITA DENGAR  JANGAN SALAHKAN

 AYAH ATAU FAMILI

John Bronson commented on

 "USTAD AKHIR ZAMAN 

- USTAD VELLFIRE"

Dahulu di kampung sy ada saorang tok imam lebai. Siang malam berbuih mulut berlabon halal haram, jgn entota, jgn songeh, jgn mencuri, syurga, naraka bla..bla..bla..si tok lebai ni ada saorang anak yg jadi mat pet. 


Si anak ni kerjanya curi sana curi sini sebab nak beli candu. Bila orang kampung mengadu kesah anaknya, maka tok imam lebai ni akan meroyan dan naik syeikh lalu memarahi si pemberi maklumat itu. Kini tok imam telah lama arwah, abis barang2 rumah tok imam lebai di let go oleh si anak solehnya utk membeli sekampit candu. Kesian tok imam lebai di sana. Aaminn.

KITA SEMUA MENUNGGU

 



 KITA SEMUA

MENUNGGU

Amier The Hero commented on

 "DUA DUA KE MAHKAMAH"

Nazri dah kena kobid. Wak jaid kena korantin. Aku dok pikir, bila pahlawan bugis nak kena penyakit kakitangan dan molot. Dia ni umpama api dlm sekam, diam² buat keje jahat. Mcm mana dia songlap duit 1emdibi, camtu la dia buat keje pecah belahkan org la ni. Mmg patut satu sel dgn nuar jebong, biar pahlawan tau cemana rasa kena sontot



JANGAN RISAU

 






TUJUAN HIDUP

KITA  HIDUP 

DALAM DUNIA INI

 UNTUK MEMBANTU

 ORANG LAIN



 TAPI JIKA

KITA TAK BERJAYA

 KITA GAGAL

MEMBANTU

JANGAN SUSAHKAN

 ORANG LAIN

AMIN 

MAHKAMAH KHAS UNTUK GENG NAJIB ?

 


 SATU CADANGAN

YANG AMAT BAIK

KHALAS

SEMUA RAKYAT

MENUNGGU

APA  KEPUTUSAN

KES RASUAH BESAR

AMIN 



Mahkamah khas untuk

 percepatkan kes rasuah 

ahli politik?

Seorang peguam kanan mencadangkan mahkamah khas untuk mempercepatkan kes-kes melibatkan ahli politik, mengatakan tempoh darurat waktu yang terbaik untuk melaksanakannya.

Haniff Khatri Abdullah berkata, penubuhan mahkamah khas boleh membantu menyelesaikan lambakan kes melibatkan bekas pemimpin negara dan menambah darurat pandemik yang diisytiharkan minggu lalu boleh digunakan untuk tujuan itu.

Katanya, dengan kuasa darurat, Yang di-Pertuan Agong boleh mewujudkan undang-undang khas untuk menentukan kesemua keputusan kes-kes jenayah melibatkan ahli politik diadakan di mahkamah khas sehingga selesai.

Semenjak 2018, beratus-ratus pendakwaan terhadap ahli politik kanan, dengan kes berkait 1MDB melibatkan bekas perdana menteri, Najib Razak menjadi perhatian masyarakat antarabangsa.

Selain Najib, bekas timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi, termasuk pemimpin Umno seperti Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahmad Maslan, Abdul Azeez Rahim dan Shahrir Samad turut dibicarakan kerana rasuah melibatkan jutaan ringgit.

Selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, kes rasuah melibatkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dibuka semula.

Rayuan Najib yang sudah dijatuhkan hukuman bersalah akan didengar bulan depan untuk mengenepikan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Haniff yakin dengan adanya mahkamah khas, kes-kes seperti ini akan diselesaikan dengan lebih cepat kerana hakim tidak akan diganggu dengan kes-kes lain.

“Dan sudah tentu, tanpa menjejaskan hak pembelaan dan memprejudiskan prinsip-prinsip perundangan,” katanya kepada MalaysiaNow.

Seorang lagi peguam kanan berkata, penubuhan mahkamah khas perlu selari dengan kerangka yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

“Hendaklah menepati Artikel 121, 122AA dan 122AB dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Pelantikan hakim bagi mahkamah tersebut hendaklah menepati Artikel 122B Perlembagaan Persekutuan,” kata peguam Perlembagaan Nizam Bashir kepada MalaysiaNow.

Nizam berkata dengan adanya darurat, Agong boleh menggunakan kuasanya di bawah Artikel 150(2B) untuk mengisytiharkan ordinan.

“Ordinan-ordinan tersebut memiliki tempoh hayat selama enam bulan dan akan luput setelah itu,” katanya.

Semasa menjelaskan perincian tentang darurat Covid-19 minggu lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berikrar akan memastikan sistem kehakiman berjalan secara bebas tanpa campur tangan kerajaan.

Seorang penganalisis melihat jaminan perdana menteri untuk tidak mencampuri urusan mahkamah sebagai satu amaran kepada “kluster mahkamah”, merujuk kepada ahli Parlimen yang berdepan pendakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

“Amaran ini pun diguna pakai juga kepada ‘kluster mahkamah’ bukan dia (Najib) sahaja,” kata Shamsul Amri Baharuddin kepada MalaysiaNow.

Najib kini merupakan pengkritik kerajaan Perikatan Nasional paling lantang, setiap hari mempertikaikan usaha kerajaan memerangi Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sekatan di bawah PKP menyebabkan banyak perbicaraan tertangguh, termasuk kes meminda laporan audit 1MDB melibatkan Najib dan bekas ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Arul Kanda Kandasamy.

Perbicaraan itu akan bersambung di Mahkamah Tinggi pada 22 Februari.

Sementara pelbagai kes Zahid melibatkan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah kali terakhir menjalani perbicaraan pada Oktober tahun lalu dan kes projek terowong bawah laut Lim akan bermula pada Jun.

Haniff bagaimanapun yakin semua kes tertangguh ini boleh diselesaikan dengan lebih cepat di mahkamah khas.

“Tapi kena ada undang-undang,” katanya.


KALAU GENG

BANDUAN MASUK

PENJARA

MUHYIDDIN AKAN

MENANG BESAR

PILIHAN RAYA

KHALAS

INI KEMPEN YANG

PALING AFDAL

AMIN 

LEPAS  SEMUA

MASUK PENJARA

BUAT PRU15

MUHYIDIN AKAN

AMAT HEBAT 

 TIDAK  

SEMBAB LAGI

KHALAS



KENA MANDI BUNGA

 


 KENA 

MANDI BUNGA

kluangman commented on

 "KHAYALAN BERAHI TOK ARAB"

Sudah ada majoriti tetapi KERUSI SUDAH KENA RAMPOK. Kena mandi bunga tapi tandas Parlimen tutup sementara. Under Maintenance - Kesulitan amat dikesalkan

PEMINAT ZAHID

 



 PEMINAT ZAHID 

Unknown commented on 

"ZAHID MAKIN DITEKAN"

Zahid komidi nie... presiden UMNGOK yg paling low klasssss.. terasa doh takda standard.. tahap jamban.. geli geleman tgk jadi ketua gerombolan.. mcm takda org lain yg bole kasi UP.. mcmana bole terlepas jadi ketua nie.. tukar lekas..!!!


cikminah commented on

 "ZAHID MAKIN DITEKAN"

Kalau Zahid degil, tak maju undur, takpa. Nsnti Encik COVID19 tolong kita undurkan dia. Biarlah diapuas-puas ke sana, ke sini jumpa orang utk dapatkan solongan. Ini cara paling baik untuk undurkan dia for good. Hehehe.....😁

SEMPAT LARI KE TIDAK?

 


 SEMPAT LARI

KE TAK SEMPAT?

KAH KAH KAH 


Mahkamah khas

 untuk percepatkan 

kes rasuah

 ahli politik?


 SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH 

TERIMA KASEH DONALD TRUMP

 


 TERIMA KASEIH

DONALD TRUMP

MERCI BIEN 

SATU JALUR FIKRAH

 


 SATU JALUR

FIKRAH

Unknown commented on

 "KITA JAGA KITA"

Bukan macam ini kalau nak kesian kat rakyat! Bila kebanyakan perniagaan dibenarkan beroperasi, sudah tentu orang akan pergi kerja. Kerajaan nak suruh syarikat-syarikat Malaya ni ikut SOP? Boleh mimpi la! Puak-puak kapitalis ni mana pernah berhati-perut bila tiba kerisauan dan kegusaran kakitangan. 

Sesetengah syarikat pulak mengambil kesempatan atas kesusahan rakyat sekarang dengan memotong gaji kakitangan atas alasan tak ada bisnes. Secara tak langsung mengugut kakitangan kalau tak setuju dengan pemotongan gaji atau arahan cuti tanpa gaji maka kakitangan tersebut boleh letak jawatan. 

Kerajaan sendiri menekan rakyat melalui i-tak-bersinar KWSP tu. Terutama bagi mereka yang tergolong dalam kategori 2 dengan menetapkan syarat pemotongan 30% baru boleh dapat. Gila apa nak tunggu sampai gaji orang di potong 30% baru nak luluskan?

Cuba bayangkan kalau mereka yang bergaji RM2,500.00 di potong 30% bermakna gaji mereka tinggal RM1,750.00. Tolak pulak EPF (kata la 11% = RM193) dah tinggal RM1,557.00 tolak pulak segala mak-nenek SOCSO la, SIP la, PCB la bagai, mungkin bersih yang tinggal dalam RM 1,300.00 jadi logik akal akan mengatakan majikan jarang akan membuat pemotongan sehingga 30% bagi pekerja bawahan. 

Kemungkinan mereka ini akan ditolak gaji antara 10% - 25% sahaja. Jadi mereka tidak layak?? Boss-boss yang bergaji puluhan ribu mungkin akan ditolak 30% dan golongan ini yang layak? Tiada kajian yang boleh menunjukan bahawa jika perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa di zaman kobid ini maka ekonomi akan terjamin. 

Malah logik akal akan menunjukan bahawa ekonomi akan lebih teruk. Orang pergi kerja, majikan panggil meeting, boss yang banyak duit baru balik dari shopping sakan di shopping complex masuk meeting. Jadi semua dalam bilik mesyuarat tu akan terkena jangkitan Kobid sekiranya boss tersebut dapat hadiah kobid semasa beliau bershopping. 


Pekerja dalam bilik mesyuarat tu pulak bila habis mesyuarat akan pergi jumpa rakan-rakan sekerja yang lain, balik rumah jumpa anak-bini pulak. Lepas tu semua terjangkit dan kompeni pun terpaksa henti operasi dan Ekonomi akan terjejas jugak.... 

Cuma bezanya, bertambah lagi kluster-kluster kobid baru. Takyah nak cerita la kerajaan akan ambil tindakan bagi syarikat-syarikat yg melanggar SOP.... Sejak dari tahun lepas lagi mana pernah kita dengar syarikat-syarikat degil di ambil tindakan? Lebih baik kuatkuasakan agar semua sektor yg tidak penting agar jangan beroperasi selama sebulan-dua, ini akan dapat merata & melandai kan lengkuk kobid dengan lebih cepat. 

Ya! Ekonomi akan terjejas tapi setidak-tidaknya rakyat terselamat dari penyakit. Kita berada di satu persimpangan genting sekarang: 1) Selamatkan pendapatan dan kerja masing-masing dan berdoa harap-harap tak kena kobid. 2) Selamatkan diri masing-masing dan orang tersayang dari terkena penyakit yang belum tentu dapat atau sempat diubati. Pilihan di tangan masing-masing. Tepuk dada tanya selera.



USTAD AKHIR ZAMAN - USTAD VELLFIRE

 


 USTAD AKHIR ZAMAN

USTAD VELLFIRE 

Unknown commented on

 "SATU DUA JUTA KIRA HALAL"

Sembang org politik... lepas nie turn Pas pulak kot tunjuk belang... kemarin yg hantu2 lebai pun ada yg dah tunjuk belang... ostat akhir zaman kena pakai alphad baru segak...

ANWAR KENCING ZAHID

 



 ANWAR KENCING

ZAHID

DUA KALI

AMIN

PERTAMA 1998

UCAPAN KETUA

PEMUDA KKN

AMIN

SEKARANG

 SEKALI LAGI

AMIN 



Ramai mahu Zahid berundur, kata pemerhati

PRESIDEN Umno, Ahmad Zahid Hamidi sedang ditekan dari dalam dan luar partinya sendiri ketika banyak seruan memintanya meletakkan jawatan sebagai presiden, kata orang dalaman parti dan para pemerhati.

Penganalisis dan pemerhati politik berkata parti itu kini berpecah kepada tiga haluan, senada dengan kenyataan bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa.

Menurut mereka ada yang berpihak kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), mereka yang ingin menjatuhkan kerajaan sekarang dan mereka yang mahu bekerjasama dengan DAP dan pemimpin Pembangkang.

Zahid dan bekas presiden dan perdana menteri Umno, Najib Razak dikatakan bersekutu memimpin haluan yang ingin bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Bekas timbalan perdana menteri Barisan Nasional itu juga di tuduh di mahkamah dengan 47 tuduhan termasuk 12 atas kesalahan pecah amanah, lapan kerana rasuah, dan 27 untuk pengubahan wang haram.

Seruan kini mula lantang di kalangan pemimpin pemuda dan akar umbi parti supaya Zahid berundur agar kepemimpinan baharu dapat bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Media sosial juga kencang dengan pelbagai kata-kata yang melabelkan Zahid sebagai “presiden Umno paling lemah dalam sejarah”.

Bagaimanapun, seorang anggota majlis tertinggi Umno mempertahankan presidennya dengan berkata ini adalah perkara biasa bila ada perselisihan di antara anggota “keluarga”.

“Walaupun dalam keluarga, ada puak. Setiausaha agung telah umumkan, kepemimpinan parti masih berfungsi seperti biasa.

“Tunggu sehingga waktu yang sesuai (pemilihan parti),” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight dengan syarat tidak mahu disebutkan namanya.

Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata Zahid hanya ikut kehendak akar umbi yang sudah tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PN.

“Zahid sebagai presiden bertindak atas keputusan banyak bahagian Umno yang tidak mahu bekerjasama dengan PN sebab PN bukan kerajaan majoriti,” katanya.

Nur Jazlan berkata, selepas pengisytiharan darurat, ahli Umno keliru tentang demokrasi yang ditangguhkan ini.

“Pelaksanaan perintah darurat  menimbulkan banyak pertanyaan yang perlu ditangani jika kita masih menjadi kerajaan demokrasi berparlimen,” katanya.

Bekas timbalan menteri dalam negeri itu turut membidas beberapa pengkritik Zahid dalam pemerintahan PN.

Beliau berkata pengkritik ini patut mengkritik Muhyiddin Yassin dahulu tentang keperluan pelaksanaan perintah darurat sedangkan Perintah Kawalan pergerakan (PKP) sudah ada untuk mengekang penularan Covid-19.

“Menteri dan ahli Parlimen Umno perlu menjalankan tugas mereka untuk semak dan imbang. Mereka perlu persoalkan PM dan tidak menyerang Zahid secara peribadi.

“Mereka semua dibayar oleh rakyat untuk menjalankan tanggungjawab itu,” kata Nur Jazlan.

Pengarah perunding risiko Bower Group Asia Malaysia Adib Zalkapli berkata kepada The Malaysian Insight, beberapa Menteri Umno lebih berpihak kepada PN berbanding Umno kerana mereka berminat untuk mengukuhkan gabungan untuk memperkuatkan kedudukan mereka sendiri.

“Perpecahan dalam Umno tidak mengejutkan memandangkan pemegang jawatan tertinggi tidak berada dalam Kabinet sementara beberapa ahli Parlimen berkhidmat sebagai menteri.

“Sememangnya mereka yang berada dalam Kabinet ingin memperkuatkan pentadbiran PN,” kata Adib.

Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Dr Oh Ei Sun berkata Zahid tidak tidak mempunyai sokongan akar umbi Umno kerana beliau dilihat sebagai penyokong Anwar sejak awal lagi.

“Zahid tidak pernah mempunyai penyokong tegar dalam parti, setelah menjadi orang kuat Anwar melawan Dr Mahathir Mohamad, dan kemudian banyak kali tukar haluan politik untuk bertahan,” kata Oh.

“Beliau menjadi TPM hanya kerana Muhyiddin mengundurkan diri dan sangat sukar buat Najib (bekas perdana menteri Najib Razak) untuk melantik sepupu sendiri,” katanya merujuk kepada Hishammuddin Hussein dari Umno.

Tambah Oh, setelah pengunduran Najib secara tiba-tiba, Zahid dijadikan pemangku presiden untuk memimpin Umno sebagai parti pembangkang untuk pertama kalinya.

“Beliau menjadi presiden Umno hanya sebab Najib undurkan diri secara tiba-tiba sementara calon lain yang berpotensi mengambil keputusan untuk berkecuali dalam keadaan yang mengelirukan selepas pertama kali dalam sejarah Umno kalah pilihan raya umum,” katanya. – 21 Januari, 2021.

 

MASUK LUBANG

ULAR DUA KALI

KAH KAH KAH

PASTI KALI KEDUA

LEBIH PARAH

KAH KAH KAH 




HANYA JAGA ANAK TAK JAGA EMAK

 


 HANYA JAGA ANAK

TAKA JAGA EMAK 

Unknown commented on 

"OLD COMPTON STREET"

Tadi Tt ada sebut pasal duduk free dan jadi babysitter. Teringat lagi kisah tu, Tt kene jaga 2 orang budak anak kepada janda yg bekerja kat kasino. Janda ni kene kencing kat laki kaya yg ckap nk menikah dengannya. Cuma yg rase naktau lpas janda tu putus hubungan takde ke dia bg Tt try sebagsi balasan Tt jage anak dia hurmm..

KIAT SEMUA MERASA TEKANAN ITU

 


KITA SEMUA

DALAM 

SATU KAPAL

AMIN

KITA SESAMA

MERASAKAN  TEKANAN 

MIN

MARI SESAMA

KITA TOLONG KITA 

AMIN




Kesihatan mental lebih parah jika PKP, darurat berpanjangan, kata pakar

KESIHATAN mental rakyat Malaysia akan terkesan lebih teruk dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Darurat yang dilaksanakan untuk membendung penularan Covid-19, kata pakar kesihatan.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight ketidakpastian mengenai pengekangan pandemik dan juga tempoh PKP akan menekan kesejahteraan rakyat.

Tambah mereka, dengan keadaan darurat yang berlaku juga rakyat Malaysia memerlukan kestabilan, keselamatan dan sokongan emosi supaya dapat mengatasi kerisauan dan tekanan ini.

Kee Joey, pengasas Ripple Community, platform kesihatan mental, berkata kerajaan harus menyampaikan maklumat tepat mengenai penularan dan sifat Covid-19.

Ahli psikologi klinikal memberitahu The Malaysian Insight, maklumat yang tepat akan meningkatkan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan mengurangkan rasa panik di kalangan masyarakat.

“Kami perhatikan ramai tidak patuh SOP ketat sehingga berlakunya peningkatan kes baru-baru ini.

“Saya percaya bahawa keletihan mental kita berkait dengan ‘amaran penat’ dan sikap tidak peduli,” kata Kee.

Para profesional kesihatan mental juga berkata jumlah pesakit yang mengalami kegelisahan dan kemurungan meningkat secara dramatik dan tidak akan berhenti selagi PKP dilaksanakan.

“Kami sangat perlukan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang kesihatan mental segera.

“Juga, sangat penting mencegah keletihan dan penat lelah pekerja kesihatan,” kata Kee.

Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) Dr Andrew Mohanraj sementara itu berkata kerajaan boleh membantu kumpulan sivil kesihatan mental dengan mengikut tuntutan mereka mengalihkan beban itu daripada sektor formal.

“Peningkatan akses perkhidmatan kesihatan mental termasuk perkhidmatan kaunseling dalam talian dan telefon akan banyak membantu.

“Kerajaan juga dapat membantu dengan mendidik rakyat tentang kesihatan mental,” katanya.

Lum Khay Xian, ahli psikologi klinikal dari kumpulan pendidikan kesihatan mental, Relate Malaysia, berkata kesan kesihatan mental akan agak teruk dengan ketidakpastian berapa lama lagi PKP akan dikenakan.

“Sebagai contoh, kerajaan boleh memberitahu rakyat Malaysia tentang plan jangka masa panjang untuk mengawal Covid-19 dan dengan itu dapat mengurangkan tekanan rakyat,” katanya.

Mengawal pilu

Lum turut menasihati orang ramai untuk sentiasa sedia maklum dengan perkembangan Covid-19 sekali sehari, namun janganlah terlalu banyak.

“Patuhi SOP, buat rutin harian, ingatkan diri anda semua orang dalam situasi yang asing dengan sumber terhad.

“Kenal pasti dan terima perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal,” kata Lum.

Pesakit yang positif Covid-19 mungkin mengalami rasa bersalah dan takut akan keadaan kesihatan mereka dan bimbang tentang orang sekeliling, tambahnya.

“Mungkin ada peningkatan orang yang berhadapan dengan pemergian orang tersayang akibat Covid-19, hal yang sangat menyedihkan.”

Sepanjang pandemik ini, sukar untuk menghilangkan duka, kata para pakar itu lagi.

“Terutamanya, dengan cara kita meratapi kesedihan. Mengadakan majlis pengebumian tradisional pada ketika ini telah berubah sama sekali,” kata Lum dan mengesyorkan cara baru.

“Hasilkan warkah memori secara virtual, blog, atau laman web untuk mengingati orang yang anda sayang, dan minta keluarga dan rakan untuk menyumbangkan kenangan dan kisah mereka.

“Jemput orang hubungi anda atau buat panggilan beramai-ramai dengan ahli keluarga dan rakan untuk kekalkan perhubungan,” kata Lum.

Dr Andrew dari MMHA berkata penting untuk mengenal pasti sempadan halus ketika pandemik ini.

“Kita boleh bersyukur kerana keadaan tidak seburuk negara lain,” katanya. – 21 Januari, 2021.

 

PELAYARAN

MASIH JAUH

PANTAI BELUM

KELIHATAN

AMIN