Menurut gerakan itu, sejak dua bulan lalu, skuad Team ABU Halang Asing Ngundi (TAHAN) telah mengedarkan risalah pelbagai bahasa kepada warga asing untuk memberi amaran agar mereka tidak turun mengundi.

Risalah itu yang dinamakan 'Amaran' ditulis dalam bahasa bahasa Indonesia, Burma, Urdu serta Bangladesh dan disebarkan kepada warga asing di seluruh negara.

"Risalah 'amaran' ini satu sahaja tujuannya (iaitu) menghalang warga asing daripada mengundi dalam pilihan raya umum ke-13, atau berdepan dengan kemarahan rakyat.

"Amaran kami jangan diambil mudah. Skuad TAHAN telah diatur di seluruh negara untuk mempertahan kesucian proses pilihan raya kita," kata relawan ABU, Jason Sanjeev Ganesan dalam sidang media ABU pagi tadi.