Isnin, 24 Julai 2023

SELAMAT JALAN KAWAN KU


AL-FATIHAH


AL-FATIHAH


AL-FATIHAH


Salahuddin meninggal dunia selepas gagal pulih daripada pembedahan


MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub meninggal dunia hari ini selepas gagal pulih daripada pendarahan otak, umum keluarganya hari ini.

Mereka berkata beliau meninggal dunia pada jam 9.23 malam. Allahyarham berumur 61 tahun.

Awal hari ini anak perempuannya berkata, Salahuddin, yang menjalani pembedahan pendarahan otak semalam, masih dalam rawatan rapi dan dipantau rapi oleh pasukan perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

“Saya juga meminta semua untuk terus mendoakan agar keadaan ayah saya bertambah baik,” kata Siti Fatihah dalam satu kenyataan awal hari ini.


Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam pada itu berkata Salahuddin, yang juga timbalan presiden Amanah, stabil tetapi dalam keadaan kritikal selepas berjaya menjalani pembedahan.

Salahuddin, yang juga ahli Parlimen Pulai, dikejarkan ke hospital kira-kira jam 10 malam Jumaat selepas mengadu loya dan muntah-muntah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak.

Sementara itu, pembantunya Syakirin Husnal dalam satu kenyataan berkata, jenazah Salahuddin akan dibawa ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai, Johor.

Beliau berkata kementerian akan mengeluarkan maklumat lanjut berhubung pengebumian itu nanti.

“Keluarganya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan mereka, termasuk kepada doktor dan semua petugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.” – 23 Julai, 2023


.