Selasa, 11 April 2023

TAHUN INI EROPAH AKAN KEMARAU LAGI SEKALI



TAHUN INI

EROPAH AKAN

KEMARAU LAGI

AMIN

UKRAINE AKAN KALAH - MAKLUMAT RAHSIA AMERIKA


MAKLUMAT RAHSIA

AMIN

AMERIKA TAK YAKIN

UKRIANE AKAN

 MENANG

KAH KAAH KAH

KHALAS

INGATAN UNTUK ANWAR


INGATAN

UNTUK ANWAR

AMIN

KEMPEN LUAR TABII


Kempen cemar imej Nazlan demi dapatkan pengampunan diraja untuk Najib

KEMPEN untuk mencemari imej hakim yang mensabitkan NajiB Razak bersalah, bertujuan untuk berniat untuk mendapatkan pengampunan diraja kepada bekas perdana menteri yang akan membebaskan beliau daripada penjara, kata badan pemantau pencegahan rasuah.

Jawatankuasa Pemandu Bersih dan Gabungan Bertindak Malaysia percaya ia dilakukan oleh peguam dan pihak berkaitan dengan Najib.

Mereka berkata demikian merujuk kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Sekretariat Bersih berkata mereka menggesa Yang di-Pertuan Agong dan semua rakyat Malaysia menolak percubaan daripada penjenayah yang disabitkan dan rakan-rakannya untuk menjatuhkan pentadbiran keadilan serta mencemarkan nama baik badan kehakiman.

Mereka berkata ketua hakim negara perlu diberikan ruang untuk menentukan sebarang tindakan yang bersesuaian secara bebas berdasarkan maklumat yang dirujuk kepada beliau.

Minggu lalu, peguam kanan mendesak prosiding menghina mahkamah dimulakan terhadap mana-mana pihak yang campur tangan dalam bidang kehakiman, termasuk mereka yang cuba merampas kuasa untuk menyiasat hakim.

SPRM terdahulu memutuskan Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam kes SRC International membabitkan Najib. – 11 April, 2023.

KEMPEN BURUKAN

HAKIM TAK

PERNAH BERLAKU

AMIN

INI KEMPEN

DILUAR TABII

AMIN

KHALAS

SEMUA DOBOLEHKAN


SEMUA

 DIBOLEHKAN

JIKA BAWA UNTUNG

AMIN



Unknown commented on
 "TONY LOKE IKUT TABII"

Kalau ada untung semua boleh, semua bukan luar tabi, tapi mana satu tabi mana satu luar tabi? Siapa boleh sah kan mana satu betul mana satu salah? Saja tanya tanya kah kah mana satu betul mana satu tak betul? Siapa boleh rujukan siapa boleh sahkan? Hj Bawang atau penyimpan mohor besar kah kah semua halal kalau ada untung, semua salah kalau ada rugi, sekarang siapa untung kalau Bossku bebas, siapa cui Bono kalau Komidi lepas? Kah kah kah tepuk otak tanya akal woit

LIHAT CARA LEBANON MENYAMBUT PUASA



LIHAT CARA

WARGA LEBANON

MENYAMBUT PUASA

AMIN

PROJEK LUAR TABII


PROJEK

LUAR TABII

AMIN


Arymanchino commented on
 "HOT HOT TER NOW -
 SATU LAGI KENA TANGKAP"

Ape guna tangkap ramai2.Akhirnya Walanon Madani akan lepaskan.Wak Penorogo pun akan d lepaskan.Buang duit dan masa saje dakwa..

MAK BADAK AKAN DI ZOOKAN


MAK BADAK

AKAN DI ZOOKAN

KAH KAH KAH

KHALAS

panglimo potaseh commented on
 "LAWAK BERDIRI DARI ZAHID"

Nanti bila Najib bebas .. masa tu lah Mak Badak akan di ZOOkan kat Kajang/Sg.Buloh. You Listen .. masa tu betapa aman dan indah nye hidup Najib .. jam tu Najib pagi petang melahap kuih apam hingga dah tak berminat dgn politik.

LAGI BOMOH BUAT RAMALAN


LAGI BOMOH

BUAT RAMALAN

AMIN

KIT SIANG RAMAL ANWAR AKAN TUMBANG


Kit Siang ramal 70% peluang Anwar kekal PM hingga habis penggal


Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yakin Anwar Ibrahim dapat mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri sehingga akhir penggal.

Bagaimanapun, bekas ahli parlimen Iskandar Puteri itu meramalkan peluang itu sekitar 70 peratus sahaja.

"Selepas empat bulan setengah sebagai Perdana Menteri Malaysia dan selepas lapan minggu Dewan Rakyat bersidang sempena Pembukaan Parlimen ke-15, saya lebih yakin yang Anwar boleh melengkapkan penggalnya sebagai Perdana Menteri ke-10.

"Sekiranya saya diminta untuk memberikan markah kemungkinan Anwar untuk kekal sebagai Perdana Menteri ke-10 sekarang, saya akan berikan 90 peratus kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk setahun, 80 peratus kemungkinan bertahan untuk tiga tahun. Dan 70 peratus kemungkinan bertahan untuk penggal penuh lima tahun.

Kata Lim, jangkaan itu mengambil kira kegagalan pimpinan Perikatan Nasional (PN) menjalankan tanggungjawab mereka di parlimen dan kegagalan mereka menyahut titah Yang di-Pertuan Agong agar menjaga kestabilan politik.

Lim mendakwa PN memainkan peranan dalam merosakkan perpaduan kaum di negara ini melalui retorik perkauman dan agama.

Untuk rekod, Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini menjangkakan kerajaan persekutuan yang diterajui Anwar akan tumbang tidak lama lagi.

Abdul Hadi ketika berucap di Dewan Rakyat juga dilpaorkan berkata pembangkang tidak boleh dipersalahkan sekiranya pentadbiran PH runtuh sekali lagi.

Sementara itu, Lim berkata peranan Umno sangat penting dalam memastikan Anwar kekal sebagai perdana menteri.

"Satu unsur penting yang menentukan ketahanan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 adalah sama ada Umno dapat memainkan peranan penting untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kepada prinsip-prinsip asas pembinaan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.

"Prestasi buruk Umno dalam PRU-15 menjadi bukti bahawa kepercayaan yang pengundi Melayu akan kekal setia dengan BossKu (Najib Abdul Razak) walaupun selepas disabitkan dengan pelbagai pertuduhan berkaitan dengan 1MDB adalah satu kesilapan.

"Sekiranya perkara ini betul, Umno sepatutnya menyaksikan kebangkitan dan bukannya kekalahan besar dalam pilihan raya umum pada November tahun lepas," katanya.

Kata Lim, pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri yang dijadual selewat-lewanya Ogos ini merupakan ujian besar kepada ketahanan Anwar.

"PRN menjadi ujian besar seterusnya kepada Anwar yang akan menentukan sama ada dia akan kekal menjadi perdana menteri untuk satu penggal selama lima tahunnya," katanya.

RAMALAN

BOMOH KIT SIANG

AMIN

APAKAH KIT SIANG

DAH TAHU ADA

PROJEK NAK

JATUHKAN ANWAR

AMIN

ANWAR HANYA

SELAMAT 70%

KAH KAH KAH

PASAI APA 

HANYA 70%

KAH KAH KAH

APAKAH KIT SIANG

DAH KAUTIM

DENGAN SANUSI

AMIN

KHALAS

INGATAN KEPADA ANWAR IBRAHIM






PILIHAN KEPADA ANWAR IBRAHIM: HENDAK SELAMATKAN RAKYAT DAN NEGARA ATAU SELAMATKAN NAJIB RAZAK DAN ZAHID HAMIDI?


Oleh Hassan Abdul Karim

Imej baik kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim setakat ini tercalar dan tercemar dengan isu pengampunan Najib Razak dan penangguhan kes Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2.Najib Razak kini memohon dibebaskan dari hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta melalui pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong. Permohonan pengampunan telah difailkan pada bulan Ogos tahun lalu. 

3. Manakala Zahid Hamidi memohon 47 pertuduhan kes rasuah, salahguna kuasa dan pelupusan wang haram digugurkan oleh Peguam Negara. Representasi telah difilekan kepada Jabatan Peguam Negara oleh peguam Zahid Hamidi.

4.Dari prosiding permohonan penangguhhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini jelas menunjukkan Pihak Pendakwaan berjalan seiring dan senada dengan Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah (SPRM) memberi alasan tiada bantahan terhadap  permohonan penangguhan kes Zahid Hamidi yang dikemukakan oleh peguam Timbalan Perdana Menteri itu yang juga Presiden Umno. Kesudahannya pada hari ini perbicaraan ke atas Zahid Hamidi yang telah ditetapkan dari bulan April hingga Julai nanti telah dilapangkan atau dalam bahasa biasa bermaksud ditangguh ke tarikh yang baru. Alasan utama penangguhan itu ialah untuk menunggu keputusan Peguam Negara sama ada 47 pertuduhan ke atas Zahid Hamidi itu wajar digugurkan ataupun tidak.

5. Perkembangan apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini amat menyeramkan dan membimbangkan. 

6.Nampaknya peranan Peguam Negara berada di kedua-dua gelanggang. Pertama, Peguam Negara mengambil posisi dalam pengampunan Najib Razak di bawah Perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan bahawa Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dianggotai sama oleh Peguam Negara. Seterusnya, melalui Perkara 42(9) menyatakan bahawa Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara.

7. Di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan telah disebut dengan jelas bahawa takrif kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong tertakluk di bawah Perkara 42(4)(b) bahawa kuasa Agong dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan mengikut Fasal (5) Perkara 42.

8. Kedudukan perundangan ini amat jelas berbeza dengan kuasa budibicara Peguam Negara yang bukan raja dan bukan Agong di Mahkamah sivil. Kuasa Peguam Negara untuk mengugurkan 47 pertuduhan ke atas Zahid Hamidi hampir mutlak di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. Ini berbahaya dan cukup merisau dan membimbangkan kepada sesiapa yang mencintai keadilan, ketelusan dan kebenaran.

9. Di bawah Perkara 145(3) dinyatakan secara bertulis bahawa Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut BUDIBICARAnya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di mahkamah sivil.

10. Kemungkinan senario yang tidak diingini akan berlaku. Jika Najib Razak diberi pengampunan diraja dan 47 pertuduhan ke atas Zahid Hamidi digugurkan maka kesan dua hal besar ini adalah suatu malapetaka kepada Kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim. 

11.Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu diingatkan. Gabungan politik Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat akan ditolak oleh rakyat dalam enam pilihanraya negeri tidak lama lagi. PH dan Keadilan seterusnya akan dinyahkan oleh rakyat dalam pilihanraya umum-pilihanraya umum yang akan datang. Kesudahannya, PH dan Keadilan akan rebah dan tersungkur bersama-sama Barisan Nasional dan Umno jika Najib Razak dan Zahid Hamidi bebas dan lepas dengan begitu mudah sekali.

Jika itu berlaku, jangan kata saya tak ingatkan.

oleh
HASSAN ABDUL KARIM
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Isnin 10 April 2023

PROJEK LUAR TABII



Pengampunan Najib rugikan Pakatan, kata pakar politik


MENDAPATKAN pengampunan diraja untuk bekas perdana menteri Najib Razak yang dipenjarakan akan ditafsirkan sebagai kegagalan untuk kerajaan perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH), kata pakar politik.

Walaupun tiada parti komponen PH menyokong permohonan pengampunan bekas ahli Parlimen Pekan itu, penyokong, bagaimanapun, akan melihat gabungan itu sebagai ‘harimau tak bertaring’ dalam kerajaan perpaduan, dan ia sedang dikuasai dan dikawal oleh Umno.

Anwar Ibrahim, yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 dengan sokongan Umno, mengakui bahawa beliau akan menjadi sebahagian daripada panel Lembaga Pengampunan untuk menentukan nasib Najib.

Tetapi dengan ahli-ahli PH berdiam diri berhubung perkara itu, pakar politik berpendapat Perikatan Nasional (PN) boleh menggunakan perkara itu sebagai bahan kempen semasa pilihan raya negeri akan datang.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata parti komponen PH perlu menjelaskan kepada penyokong mereka serta akar umbi sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap pendirian mereka terhadap Najib.

“Isu mendapatkan pengampunan Najib adalah ujian kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar. Ini juga akan menunjukkan sejauh mana parti yang menganggotai kerajaan ini akan menerima pendirian mereka dalam isu itu,” kata Hisommudin kepada The Malaysian Insight.

“Parti komponen PH khususnya perlu menyatakan pendirian mereka sekarang kerana sebelum pembentukan kerajaan ini agenda mendakwa dan menghukum Najib adalah keutamaan mereka.

“Keputusan ini perlu diputuskan oleh Majlis Presiden PH supaya pengundi mereka jelas mengenai pendirian terkini parti sekiranya terdapat sebarang perubahan,” tambahnya.

Minggu lalu, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan parti itu telah memohon Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkan untuk memberi pengampunan kepada Najib.

Beliau juga berkata Majlis Tertinggi Umno juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan memorandum mengenai perkara itu.

Sementara itu, Anwar berkata beliau adalah sebahagian daripada Lembaga Pengampunan yang akan menyemak permohonan Najib untuk pengampunan diraja. Beliau menafikan akan wujud percanggahan kepentingan dengan beliau duduk dalam lembaga berkenaan, sambil menambah keputusan muktamad pemberian pengampunan terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

Perikatan dapat manfaat?

Hisommudin berkata sebarang keputusan untuk membebaskan Najib akan memberi manfaat kepada pakatan pembangkang PN kerana mereka akan menggunakannya sebagai “alat” dalam kempen mereka semasa pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Jika PN bijak memanfaatkan ruang dan memainkan isu ini dengan baik, saya tidak akan menolak ia mungkin memberi sedikit kelebihan kepada PN pada pilihan raya negeri akan datang.

“Buat masa ini, nampaknya PN tidak akan menggunakan isu ini secara agresif (tetapi) mungkin mereka akan menggunakannya semasa kempen pada pilihan raya negeri,” katanya.

Penganalisis Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar juga bersetuju dengan pandangan itu, berkata PN boleh mengambil kesempatan daripada keputusan itu.

“Sebarang keputusan untuk membebaskan Najib akan menjejaskan kerajaan perpaduan secara negatif.

“Sekiranya kerajaan perpaduan menyokong usaha membebaskan Najib, PN akan mendapat faedah utama.

“Malah pada ketika ini, dengan Umno yang membuat petisyen untuk pembebasan Najib, ia boleh menjadi kelebihan kepada PN, membuktikan keputusan mereka untuk tidak bekerjasama dengan puak tertentu dalam Umno,” kata penolong profesor sains politik itu.

PN jelas tidak terlibat dalam proses undang-undang terhadap pemimpin Umno.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, semasa menjadi perdana menteri, telah berjanji tidak akan campur tangan dalam kes mahkamah yang melibatkan pemimpin Umno.

Presiden Bersatu itu juga mendakwa telah didekati oleh Najib dan pengantaranya dengan permintaan supaya seorang individu, yang dikatakan sebagai “peguam sangat kanan”, disingkirkan daripada pendakwaan dalam kes rasuah yang sedang berlaku.

Mungkin tiada pengampunan

Sementara itu, ahli akademik Mazlan Ali mempunyai pandangan yang berbeza, berkata beliau tidak fikir PN boleh menggunakan perkara ini sebagai isu semasa berkempen.

“Ini kerana permohonan Najib selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan setiap penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman penjara berhak memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong,” kata pensyarah kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia.

Namun begitu, Mazlan berpandangan Najib tidak akan dibebaskan dengan alasan terdapat beberapa halangan dalam kesnya.

“Beliau masih mempunyai kes mahkamah lain yang masih dalam perbicaraan.

“Oleh itu, memandangkan semua ini, saya rasa sukar untuk Lembaga Pengampunan bersetuju (membebaskannya),” katanya.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakannya.

Dua minggu lalu, Mahkamah Agung dalam keputusan majoriti 4-1 menolak permohonan Najib untuk menyemak keputusannya untuk mengekalkan keputusan bersalah, hukuman dan denda terhadapnya. – 11 April, 2023.


AMPUNKAN

NAJIB PROJEK

SONGSANG

AMIN

PAKATAN AKAN

RUGI DALAM PRN

AMIN

RAKYAT MELIHAT

BEBASKAN NAJIB

SEBAGAI PROJEK

LUAR DARI BIASA

AMIN

INI PROJEK

DILUAR TABII

KHALAS

MAKLUMAT RAHSIA BOCOR



MAKLUMAT RAHSIA

BOCOR

AMIN

UKRAINE

 TAK CUKUP

PELURU

KAH KAH KAH

KHALAS

DULU IKUT TABII



DULU IKUT TABII

SEKARNG

DILUAR TABII

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
"LUAR TABII 
KEJAP HALAL KEJAP HARAM"

sama lah.. dulu masa taliban kamcing sama kominis.. gone eng boleh cium hadi.. kah kah kah.. tapi skang sudah kamcing sama penyamun.. kah kah kah

Unknown commented on 
"LUAR TABII 
KEJAP HALAL KEJAP HARAM"

Fuckwa Bodoh Dari Eddy Wang. Dia kerjasama dgn DAP=Halal, PAS kerjasama PKR = Ajaran Islam.

ANK MURID BULI CIK GU


ANAK MURID

BULI CIK GU

AMIN

Mamatgetah commented on
 "BELUM PERNAH TERJADI"

Cikgu sedang dibuli oleh anak murid sendiri...tanda akhir kehancuran pakatan harapan.. bagai melepas anjing tersepit tapi anjing tu bukan tat ta

TARIKH RAYA


 

TARIKAH RAYA

SELASA 11/4/2023
TARIKH RAYA JADI HEBOH
JUMAAT KE SABTU
 21 & 22 ATAU 23
KAH KAH KAH

KITA PATUT TERUS DENGAN
TRADISI TENGOK ANAK BULAN
DI TELOK KEMANG
INI TRADISI ISLAM BUDAYA

HEBOH KES
NAJIB MINTA AMPUN
TAK CUKUP DENGAN INI
ZAHID PULAK MINTA
SEMUA 47 KES DI GUGUR

WOW
INI BELUM PERNAH BERLAKU
INI  BETUL BETUL 
SATU YANG BARU
SATU PERKARA PELIK
SATU DILUAT KEBIASAN
KES BOLEH MINTA GUGUR
WOW
INI KES LUAR TABII

AMERIKA
JOE BIDEN KATA
DIA NAK TANDING
PENGGAL KE DUA
KALAU DIA MENANG
JOE BIDEN PRESIDEN
PALING TUA DALAM
 SEJARAH AMERIKA

AMERIKA
LAGI KES TEMBAK RAMBANG
5 MATI 
TERMASUK PENEMPAK

ITALI
DUA KAPAL NELAYAN
DARI LIBYA
MENUJU ITALI
SATU 800 PENUMPANG
SATU 400 PENUMPANG
SATU KAPAL DAH BOCOR
SEMUA INI PELARIAN
DARI PELBAGAI NEGARA
SEMUA NAK LARI KE NEGARA
EROPAH

IMF
BINCANG EKONOMI DUNIA
47 NEGARA SEDANG
NAK MINTA PINJAMAN
IMF KATA TAHUN INI
EKONOMI DUNIA
BERKEMBANG 3 % SAJA

SWEDEN
SALAH SEORANG PEMUSIK
DARI KUMPULAN ABBA
MENINGGAL DUNIA
AMIN

HOKKIEN
CERAH KERING SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
SINAR PAGI YANG ENAK

HOKKIEN HAMPIR KEMBALI
SEPERTI BIASA
TERKUKUR BERLAGU
TIONG BERCECAK
DAN MURAI BERKICAU
HANYA ADA DUA BIJI KERETA
KELUARGA MELAWAT KUBUR

GUA AMBIL JALAN BIASA
LANGIT NAMPAK BIRU
TAPI KL & KL SENTRAL 
BERKABUS

GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
PETANG INI GUA NAK KE HULU LANGAT
NAK CARI BAZAR RAMADAN
DENGAN MENU RAHMAN
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SELASA
YANG SENTIASA CERIA

BRO
LU LEBIH BERANI
DARI KETAKUTAN LU

BRO
SEMUA KEMAJUAN
TERJADI DI LUAR
ZONE SELESA

BRO
HIDUP INI BUKAN
FILEM HINDUSTAN

BRO
HIDUP INI JUGA
BUKAN BUAT FILEM
BOLEH ULANG 
PENGGAMBARAN

BRO
HIDUP INI FILEM
LU BUAT SENDIRI
ENDINGNYA YANG LU SUKA

BRO
MASA LU CINTAI 
DIRI LU SENDRI
KETIKA ITU
LU TERLIHAT PALING CANTIK

BRO
DARI PENDERITAAN
AKAN LAHIR 
JIWA YANG KENTAL

BRO
SOSOK HEBAT
TIDAK LAHIR HEBAT
MEREKA TUMBUH
UNTUK JADI HEBAT

BRO
ERTI HIDUP INI
LU SENDIRI
MEMBERI MAKNA HIDUP

BRO
BILA MERASA HENDAK MAKAN
BAWALAH BERAS TANAKLAH NASI
BILA  MEMINTA HENDAKLAH SOPAN
AGAR IKHLAS ORANG  MEMBERI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERPUASA