Khamis, 10 Ogos 2023

INDONESIA DI PERANGKAP HUTANG CHINA MERAH


INDONESIA

DIPERANGKAP 

HUTANG

CHINA MERAH

KHALAS

MELAYU TIDAK SOKONG ANWAR


Kajian dapati 42% responden di 6 negeri puas hati prestasi Anwar

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim memperoleh penilaian 42% bagi tahap kepuasan hati di enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu ini, kata badan pemikir Ilham Center.

Ia berkata walaupun Anwar mendapat penarafan populariti tinggi di tiga negeri dipegang Pakatan Harapan (PH), beliau bagaimanapun memperoleh penarafan lebih rendah di tiga negeri Perikatan Nasional (PN) yang lain.

Di Pulau Pinang, populariti Anwar berada pada 70% manakala Selangor dan Negeri Sembilan mendapat 62%.

Bagaimanapun penarafan menjunam di Kelantan (10%), Terengganu (21%) dan Kedah (27%).

“Ini membawa makna, pengundi di negeri-negeri pembangkang masih sangsi dengan segala usaha yang dilakukan oleh perdana menteri,” kata Ilham Center dalam satu kenyataan hari ini.

“Secara keseluruhan daripada enam negeri ini, jumlah yang berpuas hati dengan perdana menteri ialah 42%.”

Antara dapatan lain, sebanyak 41% daripada mereka yang disoal berkata negara berada di landasan yang betul di bawah Anwar sebagai perdana menteri.

Sebanyak 40% juga percaya Anwar boleh mengembalikan sokongan rakyat dan kepercayaan masyarakat Melayu kepada kerajaan, manakala 37% berkata mereka akan mengundi PH/Barisan Nasional kerana kepimpinan Anwar.

Tinjauan itu dijalankan dari 11 Julai hingga 27 Julai, melibatkan 2,416 responden dari enam negeri.

Ilham Center menegaskan hasil kajian itu tidak mencerminkan mood di seluruh negara tetapi hanya terhad kepada enam negeri yang menghadapi PRN.

Dari segi kaum, masyarakat Melayu menunjukkan tahap kurang memuaskan kepada perdana menteri iaitu 24%.

Paling tinggi adalah dalam kalangan masyarakat Cina (89%), India (81%) dan lain-lain 75%.

“Kaum bukan Melayu jelas menyokong usaha yang dilakukan dengan memberikan penilaian positif kepada perdana menteri dan kerajaan namun sebaliknya kaum Melayu memberikan kadar kepuasan hati yang sederhana,” kata Ilham Center. – 10 Ogos, 2023.



KUNCI POLITIK

TANAH  MELAYU

IALAH MELAYU

AMIN

JIKA MELAYU

TAK SOKONG

 MAKA

POLITIK NEGARA

AKAN BERUBAH

AMIN 

JELAS MELAYU

MASIH SANGSI

DENGAN SAPA

ANWAR & PRESTASI

KERAJAAN PUSAT

AMIN

DITAMBAH PULA

DG PROPAGADA

AMIN

INI MEMBAWA

 MUDARAT

PADA KERAJAAN

NEGERI

KHALAS

BAHAYA !!! MELAYU TIDAK SOKONG PAKATAN




Tinjauan dapati responden di negeri pembangkang tidak yakin dengan Anwar

PENDUDUK di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, dan pemerintahan pembangkang Perikatan Nasional (PN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu berbeza pendapat berhubung kerajaan perpaduan persekutuan dan dasar Malaysia Madani, menurut dapatan tinjauan Ilham  Centre.

Tinjauan badan penyelidikan bebas mengenai penerimaan  kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim dan dasar utamanya di enam negeri yang bakal mengadakan pilihan raya negeri mereka, mendapati 58% daripada responden tidak berpuas hati dengan prestasi perdana menteri dengan orang Melayu – 76% – satu-satunya kaum yang tidak berpuas hati dengannya.

Tinjauan mendapati 88% Cina, 81% India dan 75% kumpulan etnik lain berpuas hati dengan prestasi Anwar.

Pecahan mengikut negeri, responden di negeri yang diperintah pembangkang sebahagian besarnya tidak berpuas hati dengan prestasi beliau – 73% di Kedah, 79% di Kelantan dan 90% di Kelantan.

Seperti dijangkakan, maklum balas daripada negeri diperintah PH adalah lebih positif dengan 70% responden di Pulau Pinang berkata gembira dengan prestasi Anwar setakat kini, 62% di Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengenai persoalan sama ada negara berada di landasan yang betul di bawah pimpinan Anwar, 59% daripada responden berkata “Tidak”.

Di Kedah, 72% daripada mereka berkata “Tidak”, 80% di Terengganu dan hampir kesemua responden – 93% – di Kelantan.

Sekali lagi ia adalah maklum balas yang bertentangan di negeri diperintah PH dengan 69% di Pulau Pinang, Selangor (63%) dan Negeri Sembilan (56%) mengatakan negara berada di landasan yang betul di bawah Anwar.

Tinjauan itu juga mendapati 60% responden tidak percaya Anwar mampu mengembalikan kepercayaan dan keyakinan orang Melayu terhadap kerajaan persekutuan.

Sebanyak 78% responden Melayu berkata beliau tidak akan berjaya tetapi orang Cina (87%), India (77%) dan etnik minoriti lain (75%) berpendapat sebaliknya.

Mengikut negeri, 75% responden di Kedah, 94% di Kelantan dan 81% di Terengganu sepakat yang Anwar tidak akan dapat meyakinkan orang Melayu untuk menyokong kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, di tiga negeri PH, Pulau Pinang (68%), Selangor (74%) dan Negeri Sembilan (59%) berkata beliau boleh. – 10 Ogos, 2023.





WOIT

INI MAKNANYA

KEDAH KELANTAN

TERENGGANU

UNTUK PN

AMIN

PENANG

SAH UNTUK

PAKATAN

AMIN

SELANGOR 

PAKATAN

AKAN HILANG

BEBERAPA KERUSI

AMIN

N. SEMBILAN

SAMA MACAM

SELANGOR

KHALAS

DAP DALAM KRISIS


SUSAH 

RAMASAMY 

DALAM PARTI DAP

AMIN

BUKU BARU ISHAM RAIS


MALAPETAKA IKLIM

SATU PENCERAHAN

AMIN 

HUBUNGI 

KAWAH BUKU

https://kawahbuku.com/titles/38647-malapetaka-iklim/

AMIN



DARI SERAMBI MEKAH CAR MAKAN DI SERAMBI KAPIR



DARI SERAMBI

MEKAH CARI

MAKAN

DI SERAMBI KAPIR

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "LARI KE EROPAH"

Ada persoalan kenapa orang Isle semua pakat pakat masuk negara kafir? Kafir dah tahu kafir tapi bersampan berperahu berenang nak masuk kenapa? Kah kah kah kenapa tak mahu ke negara Isle atau serambi mekah? Saja tanya jangan marah marah marah marah, orang serambi mekah pun blah ke negeri dominasi kafir jugak kah kah nak cari makanan

KEMARAU DI AMERIKA !!!


KEMARAU 

DI AMERIKA

MALAPETAKA IKLIM

TANAMAN GAGAL 

AMIN

HARGA MAKANAN

TAMBAH MAHAL

KHALAS

KEMPEN KEPALA BABI


KEMPEN

KEPALA BABI

AMIN

Unknown commented on 
"BAK KU TEH 
MASUK BERKEMPEN"
dah tentu la melayu yang buat sebab dibalut dgn kain bendera PN..takkan china takot pegang babi..hebat auta melayu..


Unknown commented on
 "BAK KU TEH
 MASUK BERKEMPEN"
apa pasal nak terkejut plak..pembaca tt tak pernah dengar dr halimah dari parti agama PAS merasmikan dan mempromosikan bah ku teh halal..come on bro..dah 23tahun zaman melinium ni, zaman digital..takkan lebai google menipu..


Unknown commented on 
"BAK KU TEH 
MASUK BERKEMPEN"

Bila tokan beli kerusi. Sendiri bikin sendiri bising. Kih kih kih.


Amier The Hero commented on
 "BAK KU TEH 
MASUK BERKEMPEN"

Kah kah kah kah kah kah.. chomellll ajo palo babi tu tt. Lawak botul la dedak² politik ini jam. Apo pun buleh buek.. kepalo² penyamun sumo dok relek ajo. Org bwh yg kojo kogheh ponggal palo babi pink lotak kek bendero pn. Hahahahaha.. dapek la duit rokok dgn duit teh sikit buek ghaso²...


Unknown commented on 
"BAK KU TEH 
MASUK BERKEMPEN"

Kepala Babi satu harga lebih kurang RM 200 jadi siapa kaya sampai buang atas jalan jalan ini? Siapa kaya sangat sanggup buang bak kut teh? Kah kah kah wayang Cina mana? Wayang Cina kuno atau drama moden? Siapa pengarang siapa lakon layar? Kah kah kah


Unknown commented on 
"BAK KU TEH 
MASUK BERKEMPEN"

Macam macam cara dibuat untuk raih simpati pengundi agar menang PRN, esok lusa tak tau apa pula

CURI NADIR BUMI


CURI DI BANYAK

TEMPAT

KHALAS

Unknown commented on
 "CURI PASIR ATAU NADIR BUMI ?"

aik..takkan kat pahang je..lu tak baca kisah curi nadir bumi di kedah, kes musang king di kelantan, kes membalak bersama ulama dikelantan yg ditutupi dengan ilmu sutut..lu lupa..gua fikir lebih baik lu jumpa agen muda wakil alam sekitar yg anti orang asal..sembang dan labon sampai rosmah jadi anak dara ...

PROJEK HADI NAK JATUHKAN ANWAR


PROJEK HADI

NAK JATUKAN

ANWAR

KHALAS

PENG ANAL BERCAKAP BETUL



PAS akan kekal di Kelantan, kata penganalisis


PAS akan mengekalkan Kelantan selama lima tahun lagi tetapi akan kehilangan lebih banyak kerusi kepada gabungan baharu Pakatan Harapan-Barisan Nasional, kata penganalisis.

Mereka merasakan cengkaman parti selama 33 tahun di negeri itu tidak akan lemah berikutan keterikatan emosi golongan warga emas dan muda dengan parti Islam itu.

Malah kata mereka PAS dilihat sebagai parti “warisan” yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi oleh pengundi di Kelantan.

Mereka berkata PH-BN boleh mengambil alih daripada PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Kelantan antara enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini. Negeri lain yang terlibat ialah Negeri Sembilan, Selangor, Penang, Kedah dan Terengganu.

Penganalisis bebas Mohd Sayuti Omar percaya PAS masih akan mentadbir negeri itu tetapi memberi amaran kerjasama PH-BN boleh memenangi lebih banyak kerusi berbanding sebelum ini.

“Saya baru balik dari Kelantan dan saya lihat ada kemungkinan perubahan jumlah kerusi. PH-BN akan menambah lebih banyak kerusi.

“Tetapi itu tidak cukup untuk mengalahkan PAS. PAS tetap akan mentadbir negeri dan pembangkang akan menang lapan berbanding 12 dengan maksimum 15 kerusi.

“Pengundi muda dan tua tetap mengundi PAS kerana perasaan terhadap parti itu masih kuat.

“Mereka melihat PAS sebagai warisan. Ia milik nenek moyang mereka, sama seperti barang lama yang kami simpan di rumah kami, ia tidak lagi boleh digunakan tetapi kami tetap menyimpannya,” kata Sayuti.

PAS mengambil alih pentadbiran Kelantan daripada Barisan Nasional pada 1990.

Bagaimanapun sejak lebih tiga dekad parti yang mementingkan Islam itu tidak banyak berjasa untuk mengangkat taraf hidup rakyat di negeri itu.

Kerajaan pimpinan PAS dikecam kerana tidak dapat menyelesaikan isu air keruh.

Di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai 44 kerusi, PAS dan sekutunya Bersatu dalam Perikatan Nasional menguasai 37 kerusi dengan bakinya jatuh kepada Umno.

Buat sementara waktu apabila Perikatan Nasional memegang kuasa Persekutuan, tiada pembangkang dalam dewan kerana Umno bergabung dengan PAS dalam dewan perundangan.

Tetapi ia kembali kepada asal selepas pembentukan kerajaan persekutuan perpaduan pimpinan PH yang disertai BN.

Sayuti berkata satu lagi sebab yang akan menghalang PH-BN daripada mengambil alih Kelantan adalah perpecahan yang tidak dapat diselesaikan antara beberapa pemimpin Umno di negeri itu.

Beliau juga menegaskan kerjasama antara PKR, Amanah dan Umno di Kelantan tidak cukup padu.

“Pertikaian dalaman tidak ditangani dengan baik. Perpaduan antara PKR, Umno dan Amanah masih lemah dan tidak akan menyusahkan PAS.”

Tambahnya PH-BN boleh mengambil alih daripada PAS pada pilihan raya umum akan datang.

“Pada masa hadapan, ya, tetapi bukan sekarang. Bagaimanapun, mereka boleh menambah lebih banyak kerusi di Kelantan.

“Jika mereka boleh memecahkan dua pertiga daripada kerusi, itu sudah menjadi kemenangan. Menambah lebih banyak kerusi adalah hasil yang sangat baik,” katanya.

Turut bersetuju dengan Sayuti ialah Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya.

Beliau berkata PAS sangat kuat di negeri itu tetapi Perdana Menteri Anwar Ibrahim cuba memecah undi Melayu.

“Ya ia sukar dan mereka masih belum menang. Pada masa hadapan saya rasa ada harapan untuk PH-BN.”

“Anwar cuba sedaya upaya kerana kita dapat lihat beliau pergi ke banyak tempat sepanjang tempoh kempen ini untuk mendekati pengundi,” kata Awang Azman. – 10 Ogos, 2023.

WOIT

INI HEBATNYA

SERAMBI MEKAH

AMIN

NAK MANDI

GUNA TEH TARIK

KAH KAH KAH

BALAK SAMPAI

DEPAN RUMAH

KAH KAH KAH

TALIBAN MASIH

DI SOKONG

KHALAS

GANU PEMINAT TEH TARIK


Pemerhati politik ramal PAS terus kuasai Terengganu

PAS yang pernah merampas Terengganu daripada Barisan Nasional (BN), kali ini akan mempertahankan negeri itu daripada gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH), tetapi pemerhati politik tidak menjangkakan sebarang perubahan besar dalam pentadbiran negeri.

Di atas kertas, kerajaan negeri pimpinan PAS itu hampir pasti mengekalkan penggal kedua seperti keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila ia menyapu bersih semua lapan kerusi Parlimen dengan majoriti selesa.

Pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) 2018, PAS menguasai semula Terengganu daripada BN selepas memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN.

Terengganu adalah antara enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya pada Sabtu. Negeri lain adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali meramalkan kali ini, ada peluang setara untuk PN dan PH-BN. Beliau memetik rasa tidak senang di kalangan penduduk tempatan sebagai punca kemenangan PH-BN.

“Rakyat menuntut perubahan dan pembangunan daripada PAS tetapi itu tidak berlaku. Terengganu lebih maju ketika BN memerintah.

“Justeru, penduduk tempatan mahukan perubahan. Bagaimanapun, pengundi luar yang bekerja di negeri lain akan menjadi penentu. Jika mereka juga mahukan perubahan, maka saya rasa PH-BN sama ada akan memenangi beberapa kerusi atau menukar pentadbiran.

“Setakat ini, PN mempunyai kelebihan. Tetapi jika peratusan orang yang pulang mengundi tinggi, peluang untuk mempunyai kerajaan baharu juga tinggi. Menurut perkiraan saya, PAS akan mengekalkan Terengganu tetapi PH-BN akan memenangi beberapa kerusi,” kata Mazlan.

Beliau berkata bagi PH-BN mengambil alih negeri daripada PAS, lebih banyak usaha perlu dilakukan tetapi dengan hanya tinggal beberapa hari lagi, ia mungkin mustahil.

“Tuntutan perubahan memang ada tetapi Anwar Ibrahim (perdana menteri dan pengerusi PH) lebih fokus di Selangor. Beliau dan yang lain perlu lebih kerap turun jika mahukan Terengganu.

“Usaha itu ada tetapi lebih banyak kerja diperlukan. PAS tidak melakukan apa-apa yang signifikan untuk Terengganu dan pembangkang mesti mengambil peluang ini,” katanya.

Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisomuddin Bakar pula berkata PAS dalam keadaan selesa di negeri itu.

Beliau berkata suasana di Terengganu tidak semeriah negeri lain seperti di Selangor.

“Orang ramai bekerja seperti biasa, ada bendera sahaja tetapi perasaan itu tiada. Ia hambar dan suram. Kempen ini juga hambar dan tiada apa-apa yang menarik berlaku.

“Untuk mengatakan PH-BN boleh memenangi kerusi, kami masih belum mendapat butirannya.”

Tambahnya, calon BN di Terengganu masih mencari formula manakala PH hanya di belakang BN.

“BN masih tercari-cari. Calon-calon tidak begitu aktif atau boleh menyebabkan sebarang perubahan besar.

“Sebagai pemimpin, BN perlahan dan PH hanya mengikut mereka.”

Beliau berkata PH-BN memerlukan sentuhan Anwar untuk meningkatkan momentum di negeri itu.

Anwar, yang juga ahli Parlimen Tambun, dijadual turun padang di Terengganu hari ini (Khamis). – 10 Ogos, 2023.


WOIT

SATU LAGI NEGERI

PEMINAT TEH TARIK

KAH KAH KAH

PAKATAN MENANG

SORAK 

TAPI KALAH 

SABUNG

AMIN

KHALAS

BERITA DARI NOKIA


BERITA DARI NOKIA

AMIN



LARI KE EROPAH


LARI DARI 

KEMISKINAN

POLITIK KACAU

MALAPETAKA IKLIM

AMIN

SEMUA MENUJU

EROPAH

KHALAS

KEMPEN KEPALA BABI

 

KEMPEN

KEPALA BABI

KHALAS

Unknown commented on

 "BAK KU TEH MASUK BERKEMPEN"

Kepala Babi satu harga lebih kurang RM 200 jadi siapa kaya sampai buang atas jalan jalan ini? Siapa kaya sangat sanggup buang bak kut teh? Kah kah kah wayang Cina mana? Wayang Cina kuno atau drama moden? Siapa pengarang siapa lakon layar? Kah kah kah

HARTA NAJIB BERTIMBUN


HARTA NAJIB

BERTIMBUN

KHALAS

Amier The Hero commented on
 "NAJIB IKUT ZAHID 
MINTA LUPUS KES SAKAU"

Tak gak tobat² laie najib ni. Tu la, lenkali jgn bagi dio duduk bilik istimewo dlm penjagho. Bagi ajo sel biasa serupo mcm org lain. Biar dio tau erti hidup tu cemano. Harta melambak, duit bergunung pun tak guno. Yg sodap eh kak mah la, bleh shopping laie dan masih bebas poie sano sini. Duit byk maaa.. ghoto tak abih mkn pun 7 keturunan. Lain la kito, pueh mencarik duit nak menampong hidop

LAGI SATU HARI


SATU HARI LAGI


KHAMIS 10 OGOS 2023
LAGU SATU HARI
HARI MENGUNDI

CERAMAH SANA SINI
ADA RAMAI DATANG
ADA TAK RAMAI
ADA TAK ADA SAMBUTAN
ADA YANG BAWA SITI
ADA YANG BAWA MENTERI
ADA YANG BAWA GEDEBE

ADA BERI JANJI
ADA BERI AIR LIUR
ADA BERI HAMPER
JENG JENG JENG

SPRM ?
PASTI TAK CUKUP
KAKI DAN TANGAN
AMIN

AMERIKA
HAWAII 6 MATI BERBELAS CEDERA
KERANA KEBAKARAN YANG MEREBAK
DARI TIUPAN RIBUT TAUFAN
BERNAMA DORA

AMERIKA
BIDEN UMUM SATU LAGI
SEKATAN  BARU PADA CHINA MERAH
KALI INI TEKNOLOJI CHIP

SAUDI
AMBIL INITIATIF BINCANG
CARA NAK CARI
JALAN DAMAI DI UKRAINE

HOKKIEN
PAGI INI  BASAH DAN SEGAR SEJUK
MATA HARI  TAK NAMPAK
LANGIT KELAM
AWAN HITAM RENDAH
MENUTUP BANGUNAN  NENAS
HUJAN PETANG KELAMRIN
MASIH BELUM SELESAI

UNGGAS TAK BISING

ADUH !
PAGI INI EZI JALAN SORANG DIRI
TAK TAK MASIH DI HOSPITAL
KAKI LUKA   ATAS TAPAK KAKI
TUAN DOKOR NAK JAHIT
PETANG  INI GUA 
AKAN AMBIL DARI HOSPITAL

BRO
SENYUM
SENYUM
HARI MENGUNDI DAK DEKAT

BRO
BELI KAIN MEMBORONG
BELI BELI TEROPONG
YANG BERKEMPEN MELEBONG
YANG MENDENGAR MELOPONG

YANG BERZAPIN BERZANJI
YANG DI RUMAH MEMARUT
YANG  NAK JADI YB BERJANJI
YANG BERCERAMAH MENGARUT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHAMIS