Selasa, 25 Oktober 2022

BERITA BAIK UNTUK SATU DUNIA



BERITA BAIK

UNTUK SATU DUNIA

AMIN

KITA WAJIB SABAR

MENUNGGU APA

 HASILNYA

AMIN 

MACAM MACAM 

BOLEH BERLAKU

KHALAS

MAIL BERA TAKUT BERDEBAT


Debat bukan budaya kita, kata Ismail Sabri


CALON perdana menteri Barisan Nasional Ismail Sabri Yaakob menolak cadangan untuk beliau berdebat dengan calon-calon perdana menteri dari gabungan politik yang lain.

Katanya, debat bukan budaya di negara ini dan ia tidak mendatangkan sebarang hasil.

“Bukan budaya kita, dia tak datang apa-apa hasil. Kalau bagi debat, dia akan sebut janji dia bulan bintang akan sebut, jadi tak perlu,” katanya, seperti dipetik media di Kuala Lumpur.

Ismail yang juga perdana menteri sementara sebelum itu menerima taklimat daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengenai persiapan pihak polis menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan musim tengkujuh.– 25 Oktober, 2022.


WOIT

MAIL BERA

DALAM PARLIEMN

TU BUAT APA

KAH KAH KAH

SEMBANG KOSONG

ATAU DENGAR

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

KALAU TAKUT

CAKAP TAKUT

JANGAN SALAHKAN

BUDAYA

AMIN

CAKAP INGGERIS

BUDAYA KITA KE ?

KAH KAH KAH

MI SPIK NO INGLIS

MI NO DEBATE

KAH KAH  KAH

WOIT

BERAT MAIL BERA

MAKIN NAMPAK

KELUPING KEPALA

KAH KAH KAH

KHALAS

INDUSTRI JUAL ORANG

 



Padah seludup PATI, pemandu teksi, buruh didenda RM70,000

MELAKA – Padah menyeludup tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI), empat tahun lalu seorang pemandu teksi dan buruh didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, pemandu teksi Nazar Sukkur, 52, dan Khairul Nasir, 40, yang membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati secara bersama-sama telah membenarkan tujuh PATI berada di dalam kereta jenis teksi jenis Toyota Innova sekitar jam 11.30 malam di pesisiran pantai Jalan Pokok Asam, Melaka Tengah pada 10 Disember 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 55(1) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 55E(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda minimum RM5,000 dan sehingga RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap PATI.


Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh ditahan atas maklumat selepas disyaki terlibat dengan aktiviti haram menghantar pulang PATI warga Indonesia dan Bangladesh.

Kegiatan itu telah dijalankan menggunakan teksi milik Nazar dan sebuah Proton Wira milik bapa Khairul.

Terdahulu, Nazar yang diwakili Peguam Datuk Baljit Singh dan Khairul diwakili Zulfikri Zakaria merayu hukuman mereka diringankan dengan alasan telah insaf dan mempunyai tanggungan keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Yusof bagaimanapun memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran dan mengambil kira kepentingan awam.

Mahkamah kemudian menetapkan denda RM35,000 kepada setiap tertuduh atau penjara tujuh bulan jika gagal bayar.

 

INDUSTRI JUAL

ORANG AMAT

LUMAYAN

AMIN

DULU INGGERIS

JUAL ORANG ITAM

UNTUK KERJA

LADANG DIAMERIKA

AMIN

SEKARANG KITA

AMBIL ALIH

AMIN

BILA EKONOMI

NEGARA JIRAN

JATUH MAKIN

RAMAI AKAN

PECAH MASUK

AMIN

KHALAS

MARI CHIN DARI BERSIH TAK DAPAT KERUSI ?


Pengundi mahu PKR calonkan penyandang ahli Parlimen wanita

LEBIH 250 pengundi di Petaling Jaya termasuk sukarelawan parti, pemimpin persatuan sivil dan aktivis menandatangani surat bertujuan menggesa PKR membenarkan penyandang wakil rakyat wanita dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kumpulan itu meluahkan kebimbangan kemungkinan jumlah calon wanita pada PRU15 berkurangan.

“Kami mengalu-alukan pengumuman Anwar Ibrahim yang PKR akan meletakkan 30% calon wanita pada PRU15.

“Namun kami bimbang dengan berita baru-baru ini yang memetik sumber berkata PKR akan mengurangkan jumlah calon wanita.

“Artikel itu menyebut penyandang seperti  Dr Wan Azizah Wan Ismail, Maria Chin Abdullah, Tan Yee Kew dan June Leow Hsiad Hui antara yang akan digantikan dengan calon lelaki,” kata kumpulan itu.

Kumpulan itu berkata ahli Parlimen seperti Wan Azizan dah Chin membuktikan perkhidmatan mereka cemerlang dalam memperjuangkan isu kemiskinan, diskriminasi gender dan isu wanita.

Walaupun kandungan artikel itu ditepi dan dianggap khabar angin, kumpulan itu bimbang PKR tidak mementingkan wakil wanita, dan menambah kesaksamaan jantina adalah agenda reformasi yang penting.

Kak Wan (Wan Azizah) adalah tokoh penting dalam politik Malaysia, membawa PKR, gabungan pembangkang dan gerakan reformasi dalam suasanan yang sukar.

“Beliau juga timbalan perdana menteri wanita yang pertama. Pengalaman dan wawasannya sangat berharga dan tidak sepatutnya diketepikan ketika politik negara dalam keadaan seperti sekarang.

“Seorang lagi ialah Maria Chin Abdullah, bekas pengerusi Bersih dan nama terkemuka dalam kalangan aktivis hak asasi manusia di Malaysia. Kita perlukan lebih ramai aktivis di Dewan Rakyat,” kata kumpulan itu.

Beberapa sumber dalam sayap wanita parti itu bimbang ia akan menjejaskan kira-kira 50% penyandang wakil rakyat wanita. – 25 Oktober, 2022.

BETUL KE

RAMAI YB WANITA

DIGANTI DENGAN

CALON JANTAN ?

KAH KAH KAH

PASAI APA 

WAT IS DE BEKOS

KAH KAH KAH

BEKAS PEMIMPIN

BERSIH PUN TAK

DAPAT KERUSI

KAH KAH KAH

AMIN

TUDUH MENUDUH - BOM NUKLEAR



 TUDUH MENUDUH

BOM NUKLEAR

AMIN

MANUSIA TAK TAHU SALAH BENAR

 


MANUSIA DAH

TAK TAHU

SALAH BENAR

AMIN

Unknown commented on

 "JAM KIAMAT 

SEDANG BERGERAK"

nabi dah berckp mengenai kiamat sejak dulu lagi..sehingga kini belum kiamat..ulama akan menakutkan kita dgn syurga dan neraka..syurga diperlihatkan hanya bidadari seksi memenuhi nafsu berahi..namun ulama pencuri bersekongkol dgn perompak, tiada pula memperlihatkann neraka jahanam utk ingatan..sungguh tiada aib dan malu menutur doa bergelumang dosa..



ku fikirkan cicit nabi dtg akan membawa cahaya terang seluruh alam, hadir cicit nabi maka yg salah jdi benar, perompak jatuh tunduk melutut, kebenaran diangkat..kehebatan cahaya cicit akan memberikan pencerahan kpd alam dan manusia..akhirnya dtgnya cicit nabi hanya dgn senyuman manis dek kerana makeup berjenama..ku berfikir, andai cict bilal yg hadir, maka gelap la alam melayu..nasib baik dah balik moroko si cicit nabi, kalo tak, mau disantau dek org2 perak.

KAPIR BERMAKNA MELINDUNGI RASUAH


MAKNA KAPIR

MELINDUNGI 

MENUTUP RASUAH

AMIN


Unknown commented on 
"KAPIAT KONSEP ARAB"

Kah kah kah aku setuju 100 peratus. Kapir tu kalau ikut etymology dia maksud untuk melindungi, untuk menutup... Jadi sesiapa yang menutup kemungkaran keaiban pak pak lobai boleh dikira sebagai kapiat. Kah kah kah... Yang membongkar kegiatan pak oak lobai nilah yang sebenar benar maknusio nyo....

DAH JATUH DITIMPA TANGGA



UDAH JATUH

DITIMPA TANGGA

AMIN

POLITIK EKONOMI

KACAU

AMIN

SEKARANG DISERANG

KOLERA PULAK

AMIN

JAM KIAMAT SEDANG BERGERAK


JAM KIAMAT SEDANG BERGERAK


Tahun 1962 aku dalam Special Malay Class 2 di Sekolah Rendah Undang Jelebu.  Ertinya dalam Darjah 5 di sekolah rendah   bila Krisis  Misile   Cuba berlaku. 

Satu habuk pun aku tidak tahu apa yang  sedang berlaku ketika itu. Aku tidak tahu apa itu misile.  Aku tidak tahu apa itu Cuba. Aku tidak mendengar satu apa pun.

Aku pernah mendengar nama Presiden John  F Kennedy  (1917-1963)  dari Amerika. Nama ini  selalu aku dengar dari warta  berita jam 1.30 Radio Malaya. Begitu juga nama Nikita  Khrushchev (1894-1971)  pemimpin Parti Komunis  dari Soviet Rusia.

 Aku melihat dan mengenal wajah Kennedy dan Khrushchev dari  akhbar Utusan Melayu.

Aku juga  tahu Presiden Kennedy di tembak mati pada  23 November 1963. Ini aku ingat lagi pada pagi itu aku sedang duduk makan roti di waktu rehat jam 10 . Aku duduk  di tuck shop  apabila kawan aku Ghafar Bingkus memberi tahu : Presiden Amerika mati ditembak.   Dia mendengar dari radio pagi.  

Cik Gu Bahasa Inggeris  Mister Manjit Singh membetulkan ayat kami  : dari killed by gun man menjadi  assassinated by gun man.

Pagi itu murid-murid dalam kelas SMC 2 berkenalan dengan perkataan assissinated.

Pada tahun 1985 aku menjadi warga Belgium. Aku tinggal di Wavre dan belajar Bahasa Perancis  di Universiti Katolik Leuven.  Kali ini kesedaran aku telah berubah. 

Aku kini telah mengikuti perkembangan politik dunia. Serba sedikit aku memahami persaingan hebat antara dua negara besar -  Amerika dan Soviet Union. Aku juga mula memahami apa itu Cold War atau Perang  Dingin.

Aku ingat lagi  hari   itu. Dari  kampus aku telah naik kereta api 20 kilometer pergi ke ibu kota Brussels.  Aku turut  bersama ribuan warga Belgium turun menunjuk perasaan menentang  Pershing Cruise Missile.

Senjata peluru berpandu Pershing ini  mahu  di bawa masuk dari Amerika untuk di pasang di Belgium. Ini sebahagian dari sistem pertahanan Amerika melawan Soviet  Rusia.

Aku mula memahami tentang NATO – North Amerika Treaty Organisation – perjanjian persenjataan Amerika dengan negara Eropah termasuk Belgium – negara yang memberi aku suaka politik.

Aku juga mula memahami bahawa  Soviet Rusia juga ada perjanjian senjata yang dipanggil Warsaw Pact.

Amerika dan negara Eropah Barat ada NATO. Rusia dan negara Eropah Timur ada Warsaw Pact.  Dua-dua organisasi ini adalah lembaga perjanjian pertahanan persenjataan. Jika  mana-mana negara anggota diserang maka yang lain wajib datang membantu.

Perlumbaan persenjataan dua blok negara super-power  ini sedang berjalan. Keadaan ini dipanggil Perang Dingin. 

Apabila tembok Berlin runtuh pada November  1989 aku sedang belajar di Polytechnic Central London.  Aku mengikuti berita perubahan politik dunia ini dengan hati terbuka.

Aku juga turut sama bergembira apabila Presiden  Ronald Regan (1911- 2004 ) dan Mikhail Gorbachev (1931-2022)   bertemu dan berjabat tangan. Aku ketika itu bermastautin di  Eropah merasa lebih selamat tanpa ancaman senjata nuklear.

Sesudah Tembok Berlin runtuh warga Eropah tidak lagi merasa bahang dan bahaya dari Perang  Dingin. Kami merasa  perlumbaan persenjataan dan dua blok ini sudah tamat.

Seyogia diberi tahu perlumbaan senjata ini bukan tentang  pistol  degan kereta kebal. Bukan kapal terbang dengan peluru senapang.

Perlumbaan sejata  moden ialah perlumbaan bom nuklear. Bom ini  telah berjuta kali lebih bahaya dari Bom Atom yang meledak di Nagasaki dan Hiroshima pada Ogos 1945. 

Aku berpegang pada pandangan  : Perang adalah kebijaksanaan pencapaian pemikiran manusia  yang paling tinggi untuk melakukan kejahatan yang paling besar.
Hari ini dari tulisan sejarah yang aku baca  baru aku faham apa itu Cuban Missile Crisis.  Dari  16 Oktober 1962 hingga 20 November 1962   dunia paling hampir dengan ledakan bom nuklear.

Ketika aku dalam Darjah 5 aku tidak sedar perang dunia hampir berlaku dengan  menggunakan bom nuklear.

Pada tahun 1947 para saintis dan  pakar nuklear telah membuat apa yang dipanggil : Doomday Clock  - Jam Kiamat.

Jam Kiamat ini bertujuan untuk mengira berapa lama atau berapa jauh lagi dunia dari berlakunya ledakan senjata nuklear.

Detik kiamat yang dipersetujui ialah jam 12 tengah malam. Bila  jam ini sampai ke saat jam 12 tengah malam ini bermakna senjata nuklear telah meledak.

Ketika Krisis Misile Cuba berlaku Jam Kiamat ini hanya ada  7 minit lagi sebelum sampai ke  tengah malam. Ertinya tujuh minit sebelum dunia kiamat dari ledakan bom nuklear. 

Ertinya dunia ada masa  7 minit sebelum Amerika atau Rusia meletupkan senjata nuklear mereka.

Jarak 7 minit sebelum ledakan  bom nuklear  berlaku pada tahun 1962. Ini terjadi apabila Rusia memasang senjata nuklear di Cuba.

Dari 16 Oktober ke 20 November  1962 dunia menjadi  tegang. Bila-bila masa sahaja punat bom nuklear boleh di tekan oleh Presiden Kennedy atau oleh Nikita Khrushchev .

Presiden Kennedy dan Khrushchev menjadi rasional. Mereka sedar tindakan mereka sedang  membawa dunia ke arah kiamat. Justeru mereka berunding. 

Ledakan bom nuklear tidak berlaku. Jam Kiamat terhenti tidak bergerak.

Semua ini sedang  berubah. Bulan Januari 2022 - 
Science and Security Board yang menjaga Jam Kiamat telah mengubah perjalanan jam ini.

Kali  ini kita hanya ada 100 saat sebelum tengah malam.  100 saat bermakna 1 minit lebih  sebelum bom nuklear meledak.

Bila aku terbaca fakta ini aku menjadi risau. Aku menjadi gerun. Kalau tahun 1962 dulu jaraknya 7 minit. Tahun 2022 jaraknya 100 saat.

Perubahan dari 7 minit ke 100 saat ini  berlaku apabila Putin mula melancarkan  Special Operation- Operasi istimewa terhadap Ukraine.

Perang Ukraine  mengarah  dunia ke dalam bahaya perang nuklear. Ini bermakna bom nuklear akan meledak bila-bila masa sahaja.

Senjata nuklear ini bukan di miliki oleh semua negara. Amerika, Rusia, Perancis,  United Kingdom, India, China, Pakistan, Israel dan Korea Utara sahaja yang memiliki senjata ini.

Rusia pemilik bom nuklear terbanyak – 5977 buah. Amerika pemilik 5428 bom nuklear. Bom ini boleh dihantar untuk menyerang   dengan pelbagai cara. Dengan roket, melalui kapal selam atau dengan kapal terbang seperti yang meledak di Jepun dulu.

Rusia dan Amerika dua negara ini masih lagi menjalankan ujian baru untuk  menambah baik perjalanan senjata pemusnah  ini.

Dari segi teori setiap negara ini klim dan mengakui hanya akan menggunakan bom ini sebagai  senjata pertahanan. Jangan  serang jika tidak mahu diserang. Jika diserang akan diserang balas.

Setiap negara berjanji ‘ tidak menjadi orang pertama’  yang  akan menggunakan bom nuklear. Menjadi ‘ orang ke dua ‘  memicit punat bom ini  jika  diserang dengan bom nuklear.

Kenapa kali ini  Jam  Kiamat hanya tinggal 100 saat.

Perang Ukraine telah mengubah  semuanya.  Amerika sedang menggunakan Ukraine sebagai proksi dalam usaha untuk memusnahkan  Rusia.

Betul dan tepat Amerika tidak berperang dengan  Rusia. Tetapi Ukraine sedang di bantu dengan senjata, di beri dana, di beri maklumat risikan, diberi maklumat satelit oleh  Amerika dan sekutunya dalam NATO.

Tanpa Amerika dan NATO  yang menjadi batu api , Ukraine telah lama bersetuju untuk berunding damai.

Malah berita telah bocor bagaimana  sebelum perang pecah pada 2014 – Amerika dan NATO telah melatih soldadu Ukraine. Amerika telah memasang niat untuk melemahkan Rusia. Ini strategi Amerika  berjangka panjang.

Pada tahun 1962  Khrushchev telah memasang senjata nuklear di Cuba yang jauhnya 777 batu dari Amerika. Presiden Kennedy  bertindak balas. Bersedia untuk menyerang Rusia dengan senjata nuklear.

Justeru 7 minit sebelum  tengah malam di Jam Kiamat.

Hari ini Amerika mahu Ukraine menjadi anggota NATO. Ukraine betul-betul depan Rusia. Bila menjadi anggota NATO bermakna senjata nuklear NATO boleh dipasang di Ukraine.

Ini mengancam keselamatan Rusia. Sama seperti Amerika bertindak di Cuba Rusia juga bertindak di Ukraine.

Justeru untuk Rusia keadaan ini adalah keadaan hidup mati.  Keadaan wujudlah d Rusia. Justeru  Presiden Vladimir Putin memberi amaran.

Justeru 100 saat sebelum tengah malam di Jam Kiamat.

Aku perhatikan para politikus dalam dunia ini semuanya angkuh dan ego. Mereka berlabun untuk kesejahteraan ummah tapi ini hanya cakap. Perbuatan dan tindak tanduk politikus dunia hari ini semuanya membawa mudarat.

Di  Eropah, di Amerika dan  malah di Malaysia pun sama. Politikus menjadi pembawa porak peranda.

Amaran Putin memberi ingatan pada Amerika dan NATO – jika wujudlah Rusia diancam maka Putin akan  ‘ menggunakan apa sahaja’.
Menggunakan apa sahaja ini ditafsiri sebagai penggunaan senjata nuklear. Tidak cukup dengan ini Putin mengarahkan pasukan nuklear sentiasa siap seaga.  Tidak cukup dengan langkah ini beberapa bom nuklear mula bergerak berubah tempat.

Dunia dalam bahaya.

Berita terkini  yang aku  baca ialah bagaimana Rusia telah menuduh Ukraine akan menjalan ‘operasi salah bendera’. Dalam operasi ini ‘ bom kotor’ akan meledak, Ukraine akan menuduh ini kerja Rusia.

Bom kotor ini adalah versi  bom nuklear kecil. Berita ini menakutkan aku.

Presiden Zelensky  menuduh bahawa kerja jahat meledakkan  bom kotor  ini hanya boleh di buat oleh Presiden Putin.

Ini lagi menakutkan aku. Detik 100 saat Jam Kiamat akan bergerak.

Dari apa yang aku baca pada saat ini masih belum ada kelihatan cahaya damai. Belum ada langkah  yang membawa dua negara ini ke arah damai.

Ini menakutkan aku. Jam Kiamat masih bergerak.  Apakah  100 saat akan menjadi 90 saat. Bilakah  akan muncul Nikita Khrushchev  dari Rusia. Apakah akan muncul John F Kennedy dari Amerika.  Dunia sedang menunggu. Aku sedang  berharap.  Amin. (TT)

+
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/407853



BELAJAR DARI PENGALAMAN


Tempoh singkat berkempen sulitkan pembangkang, kata penganalisis


PARTI pembangkang mungkin meraih sedikit kelebihan sekiranya tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melebihi tempoh dua minggu seperti yang ditetapkan, kata penganalisis politik.

Aktivis sosial dan politik terkenal Vincent Thock Kiah Wah memberitahu The Malaysian Insight tempoh yang lebih lama sebelum mengundi akan memberi Pakatan Harapan (PH) masa yang diperlukan untuk merapatkan jurang sokongan dengan Barisan Nasional (BN).

PH akan mempunyai masa untuk membincang dan menyelaras strategi dalam kalangan tiga partinya – PKR, DAP dan Amanah – dan mungkin mengadakan kerjasama dengan parti lain menjelang PRU15, katanya.

“Ia mungkin tidak banyak mengubah pandangan umum. Di atas kertas BN nampaknya pilihan utama untuk menang tetapi tempoh kempen yang lebih panjang mungkin mengurangkan kelebihan mereka.”

Thock berkata, pangkalan sokongan PH, tidak seperti BN, kebanyakannya di bandar dan dalam kalangan pekerja asing, termasuk mereka yang bekerja di luar negara.

Jika mereka sukar untuk pulang, pengundi luar negara pasti keberatan untuk berbuat demikian, jelas Thock.

Pangkalan sokongan BN, khususnya Umno, sebaliknya katanya, adalah di kawasan luar bandar dan mereka ini sanggup keluar mengundi tidak kira hujan atau sebaliknya.

“Ini pasti menyukarkan PH jika mereka tidak mempunyai masa untuk menanganinya.”

Thock berkata, satu perkara yang boleh dilakukan PH untuk menangani kekurangan itu adalah mempunyai manifesto yang menjelaskan mengapa penting bagi penyokong mereka pulang dan mengundi.

“Pembuangan undi pada 19 November, hari Sabtu, sepatutnya satu kelebihan kepada PH kerana ini akan memudahkan penyokong mereka untuk pulang ke rumah pada hujung minggu dan menjalankan tanggungjawab mereka.”

Walaupun hari pengundian pada Sabtu, Thock meramalkan peratusan keluar mengundi pada PRU15 tidak akan melebihi peratusan pilihan raya sebelum ini.

“Jumlah keluar mengundi akan tinggi tetapi sudah tentu tidak lebih tinggi berbanding pilihan raya umum lalu. Mungkin antara 70 dan 75%.

“Pilihan raya umum 2018 seperti satu kebangkitan rakyat,” katanya merujuk kepada semangat untuk menyingkirkan bekas perdana menteri Najib Razak dan kleptokrat BN daripada kuasa.

Liew Wui Chern, pensyarah komunikasi massa di Universiti Tun Abdul Razak, berkata parti politik tidak begitu terkejut dengan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober kerana mereka sudah bersiap sedia sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, persediaan awal banyak membantu parti pembangkang seperti PH.

Liew berkata malah sebelum pembubaran dan tarikh PRU15 ditetapkan, parti pembangkang sudah pun mengusahakan apa yang dipanggil “kawasan pilihan raya kelabu”, terutamanya yang mempunyai majoriti antara 1,000 dan 2,000 undi.

“Mereka mempunyai masa yang panjang untuk merangka manifesto dan mengaktifkan jentera kempen pilihan raya – mengusahakan penggunaan sumber mereka dan mencetak poster, sepanduk, bunting dan bendera.”

Mengenai peratusan keluar mengundi, Liew bersetuju dengan Thock peratusan keluar mengundi pada pilihan raya kali ini tidak akan sebagus 2018.

“Hari pengundian pada hujung minggu boleh menyebabkan peratusan keluar mengundi yang tinggi tetapi ia tidak akan mengatasi catatan angka 2018.”

Seperti Thock, Liew berkata beliau juga percaya peratusan keluar mengundi pada PRU15 adalah antara 70 dan 75%, yang pada pandangannya “sudah sangat baik”.

Liew lebih terkejut dengan tempoh berkempen selama 14 hari, kerana beliau menjangkakan tempoh yang lebih singkat.

Namun begitu, beliau mengalu-alukannya serta menyifatkannya sebagai “munasabah”.

Tang Ah Chai, seorang pengulas terkemuka mengenai masyarakat Cina Malaysia, berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya terpedaya dengan respons kurang baik orang Cina terhadap pilihan raya akan datang.

Beliau mengaitkan respons itu berpunca daripada kebimbangan mereka dengan kemungkinan ancaman banjir dan apa yang perlu mereka lakukan untuk mengelakkan kerugian besar.

“Pada masa ini, nampaknya hanya ahli politik yang bersemangat mengenainya.”

Tan berkata pada PRU 2018, situasinya juga agak suam-suam kuku pada awalnya.

“Namun, apabila kekecewaan rakyat terhadap kegagalan menukar kerajaan pada pilihan raya umum 2013 semakin memuncak, suasana mula menjadi panas.

“Saya percaya ia sama dengan pilihan raya umum kali ini. Ia secara perlahan-lahan akan menjadi panas juga.”

Tan berkata ia bagaimanapun bergantung kepada cara parti pembangkang dan pertubuhan masyarakat sivil memainkan isu hangat. – 25 Oktober, 2022.

WOIT

INI TRIK LAMA

SPR NAK BAGI

GEROMBOLAN

MENANG

AMIN

PATUT BELAJAR

DARI YG LEPAS

AMIN

BUAT PERSEDIAAN

SETAHUN AWAL

AMIN

BUAT KEMPEN

BUAT CERAMAH

BUAT POSTER

SUSUN CALON

SEAWAL MUNGKIN

JANGAN TUNGGU

PARLIMEN BUBAR

BARU NAK SIBUK

AMIN

INI DAH BERLAKU

SETIAP KALI PRU

AMIN

KOMEN SAMA

KITA DAH DENGAR

AMIN

BUAT PERUBAHAN

SUSUN SEAWAL

MUNGKIN 

AMIN 

BERKEMPENLAH

KAMU  SEPANJANG

TAHUN SEOLAH OLAH

PRU AKAN DIADAKAN

MINGGU DEPAN

AMIN

KHALAS