Ahad, 25 Oktober 2020

TER HOTT TER NOW TER KINI

 



 APO?

SAPO?

BILO?

NAK BORONTI KOJO

IYO KO? 

DUA KALI TOLAK

 



TOLAK

DARURAT

TOLAK KERAJAAN

BANDUAN

TUBUH KERAJAAN

PERPADUAN

AMIN 

KHALAS





KHALAS

Agong tidak setuju darurat


YANG di-Pertuan Agong tidak bersetuju dengan permohonan kerajaan Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat bagi memerangi pandemik Covid-19, kata Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagaimanapun bertitah mahu ahli politik berhenti segera daripada main politik, sebaliknya menyeru semua pihak agar bersama-sama memainkan peranan masing-masing membantu Malaysia mengharungi masa sukar ini.

“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

“Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Raja-Raja Melayu selesai mengadakan sidang khas di Istana Negara, petang ini.

Dalam kenyataannya, Ahmad Fadil mengesahkan Muhyiddin semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat lalu telah mempersembahkan permohonan untuk baginda mengeluarkan satu pengisytiharan darurat untuk memerangi Covid-19.

Permohonan itu dibuat untuk Al-Sultan Abdullah mengumumkan Darurat mengikut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) di bawah Perkara 150(2B).

“Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

“Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaanbagi membendung gejala wabak Covid-19 ini dari terus merebak,” kata Ahmad Fadil.

Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan pertambahan 823 kes baharu Covid-19, selepas rekod kes tertinggi 1,228 dalam sehari yang dicatatkan semalam.

Malaysia kini mencatatkan keseluruhan 26,565 kes, sejak wabak itu mula dikesan masuk di negara ini pada hujung Januari 2020.

“Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian Covid-19 di negara ini,” kata Ahmad Fadil.

Baginda bagaimanapun yakin “semangat perpaduan dan juang yang tinggi” yang ada pada rakyat Malaysia akan jadi kekuatan untuk penularan wabak ini diperangi, katanya.

Jumaat lalu media melaporkan Jemaah Menteri dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Muhyiddin di Putrajaya bersetuju untuk mencadangkan perintah darurat bagi menangani pandemik Covid-19. – 25 Oktober, 2020.


AMIN



AH INDAH HIDUP INI








222

GAGAL

ENJOY DE MENJOY

INDAH HIDUP INI




MUSTAHIL ANWAR TAK FAHAM

 


JELAS TERANG 

TUNTAS MUSTAHIL 

ANWAR IBRAHIM

 PEMIMPIN ISLM 

TAK FAHAM



Berhenti segera politiking,

titah Agong kepada 

semua ahli politik


YANG di-Pertuan Agong hari ini mengingatkan semua ahli politik berhenti daripada berpolitiking kerana perbuatan itu akan menggugat kestabilan pemerintahan negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada. 

“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Agong bertitah, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka. – 25 Oktober, 2020.

KALAU MASIH 

TAK FAHAM

BERAT NAK 

LEMPENG  KE?

KAH KAH KAH



TER HOTT THE NOW TER KINI

 



TIADA KEPERLUAN

DARURAT

PANDANGAN SEORANG PEMIMPIN

 


PANDANGAN PENDAPAT

SOSOK PEMIMPIN

MASA DEPAN

MALAYSIA

AMIN



PH dan pembangkang

perlu bincang elak 

darurat- Salahuddin
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara,  Salahuddin Ayub mencadangkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya dalam parti pembangkang yang lain mengadakan perbincangan segera bagi mengelakkan daripada darurat diisytiharkan.

Beliau berkata, pengisytiharan darurat harus dielakkan kerana memberi kesan terlalu besar kepada pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial dan politik.

“Kita seharusnya berbincang dengan kadar segera agar kita boleh mengemukakan pelbagai pandangan konstruktif untuk menyelamatkan negara dari pengisytiharan darurat.

“Saya percaya bahawa Pakatan Harapan pasti boleh berperanan dalam mengemukakan cadangan yang bersesuaian kepada pihak kerajaan agar pengisytiharan darurat ini boleh dielakkan.

“Ingin saya tekankan di sini bahawa pengistiharan darurat ini harus dielakkan kerana kesannya terlalu besar kepada pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial dan politik,” katanya dalam kenyataan.

Petang ini, Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan beberapa cadangan yang telah dipersembahkan kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong Jumaat lalu terutamanya mengenai penularan Covid-19.

Mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 2.30 petang itu hanya dihadir oleh Raja-Raja Melayu dan tidak melibatkan Yang di-Pertua Negeri atau mana-mana ahli politik.

POLITIK

MENCARI JALAN

TERBAIK

UNTUK SEMUA

BUKA UNTUK

JADI PM

AMIN



KALAU DEGIL TIBAI

 


JIKA DEGIL

TIBAI SAMPAI

LUMAT

AMIN

Jika Anwar tidak setuju gencatan politik baru guna kuasa YDPA

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin sepatutnya berbincang dengan Ketua Pembangkang terlebih dahulu bagi memastikan gencatan politik dapat dilaksanakan supaya Bajet 2021 boleh diluluskan bulan depan.

Veteran UMNO, Shahrir Samad berpendapat, sekiranya  Anwar Ibrahim enggan berkompromi secara politik untuk mengadakan gencatan politik, barulah Muhyiddin boleh melibatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi menyelesaikan isu berkenaan.


JANGAN SILAP - ABAM TAK GILA

 



JANGAN TUDUH

Anwar gila kuasa, seolah-olah PM hak kelahirannya – Azmin


KAH KAH KAH

SELESAIKAN KOBID



TAMAT KOBID

POLITIKUS BOLEH

BUNUH SAMA SENDIRI

cikminah commented on 

"MASIH ADA JALAN KELUAR"

Dalam keadaan yang bahya COVID19 ni, pembangkang takda pilihan. Antara rakyat dan kuasa, mana patut diutamakan.... ? Bila COVID19 dah settle, gasak koranglah nak berbunuhan. Ada aku kisah... ?

LAGI TIBAI ANWAR

 



TIBAI TIBAI

Jika Anwar tidak setuju

gencatan politik baru

guna kuasa YDPA

TIBAI SAMPAI

LUMAT JANGAN 

ADA  AMPOON

 JANGAN KASI CHAN

KAH KAH KAH

EKONOMI HANCUR

 


HUBAYA HUBAYA


Darurat akan hancurkan ekonomi yang sudah teruk, kata Ku Li


DON PLAY PLAY

NI CALON TETAP

YANG CAKAP

AMIN

PAK LOBI SUKA BURET DAN DUIT JUGA

 



PAK LOBAI SUKA

BURET DUIT JUGA

Unknown commented on

 "KAKI PUTAR"

Kalau nak lepaih kena sandar pada king of the cash.Tapi paling mantap kalau cash is king sandar pula kepada king lobai penunggang pemegang kunci syurga.



Dulu macam tak percaya lobai kata tak lojik masuk akaun peribadi, sekarang baru percaya bila lobai boleh lepas hukuman langgar sop.ujung² rotan abah diguna untuk tekan buton darurat.kahkahkahkah

SEMUA DIBUAT KERANA NAK JADI PM

 



SEMUA DIBUAT

UNTUK JADI PM

Unknown commented on 

"MASIH ADA JALAN KELUAR"

Bila semua kata ya,ada sorang akan kata tak. Bila semua lurus ada sorang jalan bengkok. Bila semua ikut depan,atau kadang2 atas,kahkahkah, akan ada seorang nak dari belakang. 

Cipta konflik tak perlu, maki press sampai bawa kamera,cemburu kejayaan rakan juang sendiri. Paranoid. Haha. Lucu betul kelakuan gangguan narsistik. Sebenarnya tiada konspirasi lagi. Hanya kita.Semua tunggu kobit memamah macam anai anai makan kayu.

AWAS DERMAN CUKONG

 




AWAS  

DERMA CUKONG 

panglimo potaseh commented on

 "BERKHALWAT HARI KE 222"

Apa yang kita beri akan kembali berganda ganda ..TT lu dah mcm usTaT la ..kahkahkah. Lu tak tau ke ..BERI dan harapkan pulangan tu ape. Lu tak tau lu tanye Vincent Tan, lu tanya Teong Lay, Lobird Kok, Bukhari, MK, Chok Tong, Ananda. Atau lu tanya Datok Doktor Ustaz Alfadil Tuan Haji Fadilah Kamsan AMN PjK pun boleh ..cubo tanyo Samsul Dobat.

MASIH ADA JALAN KELUAR



 

MASIH ADA 

JALAN KELUAR

Perikatan cuba

 dapatkan 

pembangkang sokong

 Belanjawan,

 kata sumber

KERAJAAN Perikatan Nasional cuba memeterai perjanjian keyakinan dan pembekalan dengan ahli Dewan Rakyat pembangkang untuk menyokong cadangan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan ketika ia mempunyai majoriti tipis di tengah pandemik Covid-19, kata sumber.

Usaha itu digerakkan ketika ia juga cuba mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan perintah darurat, Jumaat lalu.

Sumber di Putrajaya memberitahu The Malaysian Insight cadangan itu dikemukakan kepada beberapa wakil rakyat pembangkang untuk menyokong usul Belanjawan 2021, yang dijadual dikemukakan untuk perbahasan pada 6 November.

The Malaysian Insight difahamkan walaupun Putrajaya memohon kuasa di bawah perintah darurat, yang boleh menggantungkan Parlimen, rundingan untuk mendapatkan sokongan terhadap cadangan Belanjawan masih berjalan.

Langkah itu dirasakan perlu sekiranya Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak memberi perkenan untuk mengisytiharkan darurat.

Raja-Raja Melayu dijadual membincangkan cadangan Perdana Menteri Muhyiddn Yassin “dalam masa terdekat”, kata Istana Negara. 

Pertemuan itu akan berlangsung hari ini.

“Ya, ada usaha untuk mendapatkan sokongan dalam hal ini,” kata seorang ahli Parlimen kepada The Malaysian Insight, dengan syarat tidak dinamakan.

Seorang lagi sumber berkata Belanjawan 2021 akan dibentangkan sebagai “belanjawan perpaduan” untuk mendapatkan sokongan semua wakil rakyat bagi “menangani pandemik Covid-19”.

Dalam sistem Parlimen Westminster seperti di Malaysia, perjanjian keyakinan dan pembekalan diperlukan oleh sebuah kerajaan yang tidak mempunyai sokongan majoriti untuk memastikan rang undang-undang perbekalan atau usul percaya diluluskan di dewan perundangan.

Mereka yang memeterai perjanjian itu sama ada akan mengundi menyokong atau tidak mengundi bagi memastikan usul bagi pihak kerajaan lulus.

Ia bagaimanapun tidak menyekat mereka daripada membangkitkan hujah yang bertentangan atau membantah dalam hal yang lain selain daripada dua perkara itu.

Seorang ahli Dewan Rakyat pembangkang memberitahu perjanjian untuk mendapatkan sokongan itu antara lain melibatkan jaminan peruntukan kawasan Parlimen adalah sama untuk semua wakil rakyat tidak kira kerajaan atau pembangkang.

“Antara cadangannya ialah menambah peruntukan kawasan Parlimen kerana ahli parlimen pembangkang dapat lebih rendah berbanding ahli Parlimen kerajaan,” kata sumber.

Senator Liew Chin Tong dari DAP berkata Muhyiddin masih ada pilihan selain mengambil jalan darurat.

“Ada banyak cara untuk kerajaan berfungsi dengan baik dalam sebuah demokrasi berparlimen.

“Kalau pun anda tidak mempunyai majoriti, anda masih boleh mentadbir sebagai kerajaan minoriti dengan perjanjian ‘confidence and supply’ (keyakinan dan pembekalan) bersama parti-parti lawan,” tulis Liew semalam.

Bekas ahli Parlimen Bukit Bendera dan Kluang berkata kerajaan boleh memeterai perjanjian itu dengan pembangkang untuk mendapatkan sokongan terhadap usul belanjawannya “tanpa perlu membeli ahli Parlimen”.

Bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menulis panjang lebar tentang bagaimana perjanjian itu mustahak ketika wabak melanda Malaysia.

“Asas kepada bil “keyakinan dan pembekalan” (confidence and supply) ini adalah untuk manfaat rakyat. Bagi polisi ini untuk dilaksanakan dengan baik di Malaysia, ia adalah tolak ansur yang perlu dilakukan untuk manfaat rakyat.

“Jalan ini sudah tentu tidak mudah; ia bukan satu seruan untuk menerima kerajaan hari ini atau bersetuju dengan cara kerajaan ini berfungsi dan bekerja.

“Tetapi, negara kita sedang menghadapi situasi yang tidak pernah berlaku dalam menangani Covid-19 yang telah menjejaskan hidup setiap lapisan masyarakat,” tulisnya dalam rencana di Malaysiakini.

Ahli Parlimen Muar juga menggesa peruntukan yang sama diberikan kepada semua ahli parlimen sebagai ganti sokongan itu, supaya mereka dapat berkhidmat di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan sokongan melalui jalan ini sukar mendapatkan kerjasama parti pembangkang secara menyeluruh.

Seorang sumber Perikatan memberitahu ahli Parlimen mengikut arahan ketua whip parti masing-masing dalam menentukan pendirian di Dewan Rakyat.

“Kita bagaimanapun tidak pasti bagaimana usaha ini boleh berjaya kerana Parlimen kita menggunakan sistem whip.

“Kita tidak pasti bagaimana ahli Parlimen pembangkang boleh bersetuju dengan usul Belanjawan 2012 kerana ia akan dianggap menyokong kerajaan (crossing the floor),” kata sumber yang maklum mengenai usaha itu.– 25 Oktober, 2020.

BINCANG 

BINCANG

DAN BINCANG



PASAL GILA NAK JADI PM



PASAL GILA

 NAK JADI PM 

HASILNYA DARURAT

Unknown commented on

 "KAWAN TERAJANG 

MUHYIDIN KAU KAU"

Darurat dapat diselamatkan tanpa perlu buat jika Muhyiddin letak jawatan. Itu nasihat undang² aku pada si Musa Ketereh. Biar pendek akal jangan pundek akal. Aku pun tak faham maksudnya

TERLAMBAT DAH KENA TIPU

 



ANUAR TIPU

GUANG ENG

MAT SABUT

HASILNYA DARURAT

Unknown commented on 

"KAWAN TERAJANG 

MUHYIDIN KAU KAU"

Minyak murah. Balak habis. Supermarket tutup. Saham jatuh. Kantung kering. Sbb nak jawatan,cek bulan rm20k. Cekik kawan. Pijak. Kencing. Lebai cara lebai,ikan cara ikan. Bila dah bukak pintu pejabat lama guan eng,semua habis. Nak patah balik susah sbb dah lepas. Nak bagi balik pakatan ada cek tapi kena rebut sbb kantung dah limit. Semua checkmate.

MASIH BOLEH CARI JALAN

 


POLITIK IALAH

SENI MENCARI

KEMUNGKINAN

Perikatan cuba dapatkan pembangkang sokong Belanjawan, kata sumber


JANGAN KECEWAKAN

RAKYAT

AMIN

KAKI PUTAR

 


KAKI PUTAR

Unknown commented on

 "TUAN HAJI DUA N TIBAI

 TUAN AJI SATU N"

YAng kakai putar tentu ler Tuan Hj Wilayah Kayangan..kakakakakak

YA AMPPON MENUNGGU TITAH TUANKU

 


PANDANGAN


Menunggu titah Tuanku

PERTEMBUNGAN antara 222 orang di Dewan Rakyat kini menyeret seluruh rakyat Malaysia dan seakan mahu mencampakkan negara kembali diletakkan di bawah perintah darurat.

Kali terakhir ia dikenakan di seluruh negara ialah pada Mei 1969 selepas rusuhan kaum yang tercetus. Sekarang alasannya pelbagai, daripada untuk memastikan Belanjawan 2021 lulus sampailah kepada untuk mengelak pilihan raya yang boleh meningkatkan lagi penularan Covid-19.

Tidak begitu jelas apa alasannya tetapi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang dipilih untuk memegang jawatannya pada 29 Februari 2020, bergegas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kuantan semalam.

Muhyiddin bersama rombongannya yang disertai anggotai Majlis Keselamatan Negara (MKN) diperkenankan menghadap selama dua jam.

Baginda difahamkan bertitah mahu berunding dengan Raja-raja Melayu yang lain dalam mesyuarat khas hujung minggu ini.

Namun bukankah memohon perintah darurat, seperti yang dilaporkan oleh media, petanda kerajaan Muhyiddin sudah hilang majoriti parlimen?

Tidakkah ia meneguhkan dakwaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pada 23 September dan semasa menghadap Agong pada 13 Oktober bahawa beliau ada “sokongan yang kukuh dan meyakinkan” untuk jadi perdana menteri?

Hakikatnya perintah darurat pada masa ini membayangkan sebuah kerajaan yang bertarung nyawa politik dan menggunakan pandemik Covid-19 yang melonjak semula sebagai alasan untuk mengelak apa saja bentuk pengundian terhadapnya.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa meminta mereka yang mengkritik cadangan penggunaan kuasa darurat supaya mencadangkan jalan keluar bagi mengelak pilihan raya.

Beliau memetik satu undian dalam talian yang menunjukkan 87% responden tidak mahu pilihan raya kecil (PRK) Batu Sapi dan pilihan raya negeri (PRN)  Sarawak diadakan kerana pandemik.

PRK Batu Sapi dijadual pada 5 Disember sementara PRN Sarawak perlu diadakan tahun depan sebelum mandat kerajaannya berakhir pada 7 Jun.

“Tolong beri nasihat undang-undang mana boleh dipakai apabila pengundi Batu Sapi mahu kerajaan tangguhkan pilihan raya kecil? Undang-undang mana boleh dipakai apabila rakyat Sarawak mahu pilihan raya negeri mereka ditangguhkan kerana bimbang apa yang berlaku di Sabah?

“Dan undang-undang mana boleh dipakai apabila 87 peratus pengundi mengatakan mereka tidak mahu pilihan raya umum kerana takut Covid-19 merebak,” tulisnya di Twitter malam tadi.

Namun peguam dan ahli politik pembangkang berhujah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2012 memadai untuk membendung pandemik Covid-19.

Akta MKN membenarkan perdana menteri untuk mengisytihar darurat setempat, tetapi perkara itu boleh dibahas di Parlimen.

Apa yang pasti hanya Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat ketika kedua-dua dewan Parlimen tidak bersidang.

Itu sebabnya yang bergegas ke Kuantan semalam, hanya lebih kurang seminggu sebelum Dewan Rakyat bersidang untuk membahaskan Belanjawan.

Barang diingat, Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak pun tidak memilih jalan untuk perisytiharan darurat semasa mereka berdepan dengan krisis politik masing-masing – Reformasi pada 1988 selepas Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri atau selepas Barisan Nasional kalah pilihan raya umum 2018.

Memanglah kerajaan Dr Mahathir menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hampir 33 tahun lalu pada 27 Oktober 1987 yang menahan tanpa bicara 106 ahli politik, aktivis, dan ahli akademik.

Namun kerajaan Najib memansuhkan ISA pada Jun 2012.

Ini menyebabkan kerajaan Muhyiddin tiada banyak pilihan untuk memastikan ia dapat meluluskan belanjawan dengan majoriti tipis dan rakan sekutu yang tidak begitu boleh dipercayai di Parlimen.

Atau seperti yang disebut oleh Annuar, untuk mengelakkan pilihan raya yang tidak dikehendaki oleh sesiapa di tengah wabak yang menular.

Lebih berat penyakitnya, lebih susah mengubatinya. Sekarang terserah kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu meneliti dan memutuskan apa yang baik untuk Malaysia, sama seperti yang mereka lakukan pada Februari lalu. – 24 Oktober, 2020

* Jahabar Sadiq mengendalikan
 The Malaysian Insight.

KERAJAAN BANDUAN GAGAL

 



KERAJAAN

 BANDUAN GAGAL

Unknown commented on 

"DAP DAH SEDAR"

Abah tak perlu bimbang. Dah jelas Abam TAK CUKUP NOMBOR. UMNO (Zahid + Najib) ada, DAP tak ada. DAP ada, UMNO (Zahid + Najib) tak ada. Mana cukup 112? Dah lama kata Abam gagal matematik, tak tahu kira! 

Nak buat undi tak caya pun, Abah tak yah bimbang. Cukup undi tak caya pun tak cukup nombor pilih perdana menteri baru. Abam tak sokong Atok, Atok tak sokong Abam. Mana ada 112?

SELESAI SEMUA MASALAH



SELESAI MASALAH

Unknown commented on 

"APA PUNCANYA ?"

Macam ni, kalau nak selesai masalah, rembat Anwar kembali dalam penjara. Malaysia aman.

MAJLIS RAJA RAJA MELAYU

 


MAJLIS



HARI AHAD 25/10/2020
MAJLIS RAJA RAJA  MELAYU 
AKAN BERSIDANG
BUAT KEPUTUSAN 
ISTIHAR DARURAT 
ATAU  TIDAK
INI BIJAK
INI LANGKAH TERBAIK

JIKA MAJLIS RAJA MELAYU BERSIDANG
MAKA MENTERI BESAR
 DAN 
TUAN GABENOR 
IKUT SMAA
INI PERLEMBAGAAN 

HARI INI
APAKAH INI YANG
AKAN BERLAKU

JIKA INI BERLAKU
MAKA KITA DI LANDASAN 
PERLEMBAGAAN
AMIN

BAHAN EXPORT

 


BAHAN EXPORT

Unknown commented on 

"UBAT DARURAT BERI POWER"

Ubat Darurat nie kalau guna utk Covid boleh sembuh ker. Kalau boleh sembuh boleh ler Malaysia export ubat DArurat ni keluar negara. Kayo Abah nanti

KES SAKIT JIWA

 



KES SAKIT JIWA

Unknown commented on 

"PUNCANYA GILA NAK JADI PM"

Serangan semakin kuat jangan lupa cara baca TT...Peluang Bang non makin cerah

BERKHALWAT HARI KE 222

 




KHALWAT KE 222

AHAD 25/10/2020
KITA MASUK KE HARI 222
BERKHALWAT

222
INI JUMLAH AHLI PARLIMEN
YANG AKAN HILANG PERANAN
BILA DARURAT DI ISTIKAR

APAKAH 222 INI
SENGAJA DIPILIH
ATAU INI PETANDA
MASA DEPAN KITA YANG 
KUCAR KACIR
MASA DEPAN YANG MENGANCAM
AMIN

PAGI INI HOKKIEN INDAH
KUALA LUMPUR BERKABUS
UNGGAS CENKERIK  BERLAGU
PAGI AHAD YANG SUNYI
SIMPONI INI MENGINDAHKAN  
PAGI YANG SEGAR

MURAI
YOU MAKE MY DAY

JIKA KITA BUNUH 
HARIAMU  ITU
MAKA BERSEDIA
UNTUK BERPERANG

LINTASI SUNGAI
BERAMAI RAMAI
BUAYA AKAN TAKUT
NAK TELAN KITA

KAMBING DAN HARIMAU
BOLEH TIDUR BERSAMA
TAPI
KAMBING TIDAK 
AKAN LELAP MATA

JIKA KITA BANGUN AWAL
JALAN PANJANG
JADI PENDEK

PENGETAHUAN 
TANPA KEBIJAKSANAN
MACAM AIR  ATS PASIR

MAT BEBAL SIBUK BERCAKAP
YANG CERAH 
HANYA MENDENGAR

TAKDA SIAPA
LAHIR BIJAK
BIJAK BUKAN KETURUNAN
BUKAN GENETIK
BUKAN BANGSA
BUKAN AGAMA
HANYA
PENCERAHAN 
BERKATA BENAR

CINTAI KEBENARAN
WALAU MENYAKITKAN KITA
BENCI  PEMBOHONGAN
WALAU PUN BOHONG MEMBANTU

CUBA BUAT BUTA MATI
LIHAT SIAPA YANG
SAYANG PADA KITA

SEMUT YAG BERGERAK
BOLEH MELAKUKAN MACAM MACAM
BERBANDING DENGAN
GAJAH YANG TERBARING

KECANTIKAN KITA BUKAN DIUKUR  DENGAN BERAPA RAMAI
ORANG MEMANDANG KITA
TAPI
BERAPA RAMAI YANG SENYUM
PADA KITA

APA YANG KITA BERI
AKAN KEMBALI 
BERGANDA GNDA

UKURLAH SOSOK
DENGAN KERJA
 DARI TANGANNYA

BELAJAR INI IALAH
MENCARI SEBANYAK PENGETAHUAN
UNTUK SEDAR BETAPA
BANYAKYA YANG KITA TAK AHU

BERGUMBIRA
LEBIH BAIK
DARI JADI RAJA

BILA KAYU AKHIR MATI
MAKA
MATILAH  SOSOK AKHIR

BRO
INGAT DAN FAHAM
DALAM MAHKAMAH AYAM
LIPAS DAN ULAT BULU
TIDAK AKAN MENANG
AMIN

MASANYA SEKARANG
DETIKNYA HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT