Selasa, 27 Oktober 2020

SALUT RAKYAT PETANI - KRITIKAN MELALUI SENI


HEBAT 

SENIMAN PATANI

KRITIKAN SOSIAL

GUNA SENI

BUKAN LAGU JIWANG

JANTAN BODOH

POLITIKUS GILA KUASA

 


BILA POLITIKUS

 GILA GILA KUASA 

MAT KOBID DATANG MENYERANG 

AMIN


AWAS

2 kawasan di Selangor, 1 di Kuching dikenakan PKPD

DUA kawasan di Selangor dan satu kawasan di Sarawak akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) selama dua minggu, kata Ismail Sabri Yaakob.

Menteri kanan itu berkata, flat Sungai Emas di Kuala Langat dan Plaza Hentian Kajang, Hulu Langat akan dikenakan PKPD bermula 28 Oktober hingga 10 November.

Dua kawasan itu melaporkan lonjakan kes Covid-19 apabila flat Sungai Emas merekodkan 42 kes positif dan Plaza Hentian Kajang 63 kes positif.

Manakala, Kampung Haji Baki di Kuching pula dikenakan PKPD selepas 27 kes positif dilaporkan di sana.

Katanya, PKPD di Kajang melibatkan 1,300 orang penduduk flat Sungai Emas dan 7,500 penduduk di Plaza Hentian Kajang.

Manakala PKPD di Kuching melibatkan 532 rumah dengan 4,191 orang penduduk.

Bagi memastikan kepatuhan PKPD, Ismail Sabri berkata pasukan polis, tentera, perkhidmatan awam, sukarelawan dan pihak berkuasa tempatan akan dikerahkan mengawal kawasan berkenaan.

Tambahnya lagi, PKPD di Penjara dan Kuarters Kakitangan Pulau Pinang yang dijadualkan tamat esok dilanjutkan kepada 11 November.

Katanya, sejak 26 Oktober 4,196 sampel diambil dari kawasan itu dan kebanyakannya disahkan positif.

“Berdasarkan nasihat Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan, PKPD akan dilanjutkan selama 14 hari lagi kepada 11 November.” – 27 Oktober, 2020.



AWAS

NAJIB BOCORKAN LAGI



ABAM KANTOI

KAH KAH KAH

NAJIB BOCORKAN

LAGI

KAH KAH KAH

CERITA BUKAN

 MELELEH

TAPI MENIDIH

KAH KAH KAH


Ahli Parlimen BN tolak cadangan Najib untuk kerjasama dengan Anwar, DAP

Mesyuarat ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini menyaksikan perdebatan hangat berhubung cadangan penasihat mereka, Najib Razak untuk bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.

Sumber memberitahu MalaysiaNow, berdasarkan maklumat daripada sumber peringkat tertinggi Umno, cadangan bekas perdana menteri itu menyebabkan beliau mendapat kritikan hangat daripada ahli-ahli Parlimen BN.

“Sekurang-kurangnya seorang ahli Parlimen Umno menyokong Najib walaupun terdapat tentangan hebat daripada yang lain,” kata sumber itu.

Mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi parti Melayu itu malam ini, yang dijangkakan akan membuat keputusan sama ada akan kekal atau tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perbincangan ahli-ahli Parlimen BN itu berkisar tentang sokongan mereka terhadap kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin Yassin, sehari selepas Agong menitahkan tiada keperluan mengisytiharkan darurat seperti dicadangkan perdana menteri.

Muhyiddin membuat cadangan itu untuk mengelakkan pilihan raya mengejut semasa musim pandemik Covid-19 selepas rayuan pegawai kanan kesihatan bagi mencegah kluster pilihan raya umum.

Terdapat kebimbangan sejumlah ahli Parlimen Umno tidak menyokong belanjawan dibentangkan bulan depan yang bakal menyaksikan kerajaan Muhyiddin tumbang dan pilihan raya terpaksa diadakan.

Titah Agong semalam memberikan peluang kepada musuh Muhyiddin untuk mengambil kesempatan, dengan pembangkang Pakatan Harapan (PH) dan sekumpulan kecil dalam Umno menggesanya meletakkan jawatan.

Antara ahli Parlimen anti kepada Muhyiddin dalam Umno ialah Najib bersama-sama presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Pada 16 Oktober, MalaysiaNow mendedahkan kedua-dua pemimpin terpalit dakwaan rasuah itu menulis surat kepada Agong, sebelum presiden PKR itu ke Istana Negara pada 13 Oktober.

Hujah ‘moral’ Najib

Dalam mesyuarat BN hari ini, cadangan Najib agar gabungan itu berkerjasama dengan Anwar untuk menggulingkan Muhyiddin mendapar tentangan hebat.

“Antara yang lantang membantah Najib ialah Noh Omar,” kata sumber sama kepada MalaysiaNow, merujuk kepada ahli Parlimen Tanjung Karang.

‘Mereka turut mempersoalkan Najib yang bercanggah dengan prinsip Umno untuk tidak bekerjasama dengan DAP,” tambahnya.

Bantahan lebih hebat berlaku apabila Najib mengatakan Muhyiddin perlu meletakkan jawatan disebabkan hujah “moral” dan “perlembagaan.”

Najib antara lain berhujah tentang kegagalan Muhyiddin untuk mendapat perkenan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

“Seorang menteri kanan kemudiannya berhujah mengatakan Anwar juga mempunyai isu moral selepas gagal memperincikan bukti mengukuhkan dakwaannya mempunyai sokongan majoriti.”

Selepas mesyuarat BN hari ini, Najib memberitahu pemberita sebarang keputusan Umno malam ini akan dilakukan secara “en bloc”.

APA KAH INI

DINAMAKAN

KHIANAT

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

DULU HEBOH

KHIANAT SANA

KHIANAT SINI

KAH KAH KAH

SEKARANG 

APA JADI

SIAPA KHIANAT

AMIN



BILA PROJEK SUDAH KANTOI

 


BILA PROJEK 

SUDAH KANTOI 

PEMIMPIN ISLAM 

ANWAR IBRAHIM 

BUAT LAWAK

KAH KAH KAH 

MARI KITA 

SEMUA  KETAWA

KAH KAH KAH


PKR sedia bekerjasama dengan ahli politik tolak rasuah, kata Anwar

PKR sedia bekerjasama dengan man-mana ahli politik yang menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa, kata presidennya dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

“Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mendambakan sebuah tatanan yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai,” katanya dalam satu kenyataan.

MAT PUTAR

BIJAK MEMUTAR

KAH KAH KAH

JAGUH SEDUNIA

KAKI PUTAR

SEPANJANG ZAMAN

AMIN




ANWAR SUDAH PANDAI

 


ANWAR SUDAH

PANDAI MACAM

 NAJIB BUAT 

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

PKR sedia bekerjasama 

dengan ahli politik 

tolak rasuah, kata Anwar



BUAT KACAU 

BUAT

HURU HARA

KEMUDIAN BUAT

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

TAK MINAT ABAH KAU

 



TAK MINAT

Aku commented on

 "KU LI TUBUH KERAJAAN"

Abam ke abim ke kuli ke tokey ke 

yg penting jangan abahkau

PROJEK ANWAR GAGAL LAGI

 






SELESAI TAMAT

Ahli Parlimen BN

 tolak cadangan 

Najib untuk kerjasama 

dengan Anwar, DAP


TUNGGUL  PUN

TAK ADA LAGI

AMIN

SEMUA BOCOR MELELEH



SEMUA BOCOR

MELELEH 

TRBARAI 

KAU KAU

AMIN


Pendedahan: Kisah di sebalik

 surat Zahid kepada Agong


Surat Ahmad Zahid Hamidi kepada Agong, yang mana presiden Umno itu menzahirkan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri, dihantar 48 jam selepas pertemuan bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, menurut siasatan dilakukan MalaysiaNow.

Terdapat pertemuan panas di rumah Muhyiddin dan menteri-menteri mengatakan mereka terkejut, dan konfrontasi antara perdana menteri dan Zahid di mana presiden Umno itu menuntut sebahagian daripada pemimpin partinya disingkirkan daripada Kabinet.

Surat bertarikh 11 Oktober itu, yang ditandatangani bersama bekas presiden Umno, Najib Razak dihantar menjelang panggilan mengadap Anwar ke Istana Negara pada 13 Oktober, di mana presiden PKR itu perlu membuktikan dakwaannya mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Akan tetapi dua hari sebelum itu, Zahid bertemu Muhyiddin di kediamannya di Bukit Damansara.

Dalam pertemuan itu, Zahid memberikan komitmen sokongan Umno kepada perdana menteri, selepas Anwar mengumumkan mempunyai “sokongan kukuh dan meyakinkan” untuk menumbangkan kerajaan Muhyiddin.

Sumber dalaman yang mendedahkan mengenai pertemuan itu kepada MalaysiaNow berkata, bukan itu sahaja, Zahid turut menawarkan Bersatu pimpinan Muhyiddin untuk menjadi ahli ketiga Muafakat Nasional.

Muafakat Nasional adalah piagam yang ditandatangani Umno dan PAS ketika mereka masih pembangkang, sebagai langkah dua parti teras Melayu itu untuk merasmikan kerjasama selepas bermusuh selama berdekad-dekad.

Menteri Umno terkejut

Bagaimana surat ke Istana Negara yang dihantar secara rahsia tanpa pengetahuan sesiapa terbocor kepada umum?

Dua hari selepas itu pada 15 Oktober, wakil daripada Istana Negara menghubungi Muhyiddin untuk memberikan salinan surat Zahid.

“Malam itu juga, PM memanggil semua menteri Umno ke rumahnya dan mendedahkan kepada mereka surat sokongan kepada Anwar dari Zahid dan Najib.”

Dalam pertemuan itu, menteri-menteri Umno membangkitkan empat tuntutan kepada Muhyiddin, mengatakan mereka diberikan tekanan daripada akar umbi parti.

“Mereka berkata Umno tidak diberikan kedudukan setimpal dalam kerajaan Perikatan Nasional,” kata seorang pembantu menteri yang tahu mengenai pertemuan itu kepada MalaysiaNow.

“Ketika itu menteri-menteri Umno yang hadir terkejut dan mengatakan mereka tidak pernah menyokong Anwar. Mereka berjanji akan membawa perkara ini pada mesyuarat Majlis Tertinggi.”

Keesokan harinya, perincian surat itu didedahkan kepada MalaysiaNow. Tidak berapa lama selepas itu salinan dikatakan surat itu tersebar di media sosial.

Sementara itu, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno untuk membincangkan berkenaan surat itu ditangguhkan sebanyak tiga kali.

“Ketika ini, Zahid sedar menteri-menteri Umno sudah tahu mengenai suratnya,” kata sumber itu.

Zahid mahu menteri Umno dipecat

Pada 17 Oktober, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu mengadakan pertemuan dengan Zahid dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk membincangkan tentang Muafakat Nasional.

Turut bersama dalam pertemuan itu ialah Ahmad Maslan, Takiyuddin Hassan dan Hamzah Zainuddin, ketiga-tiganya merupakan setiausaha agung Umno, PAS dan Bersatu.

Pada akhir perbincangan, Muhyiddin bertanyakan Zahid mengenai surat sokongannya kepada Anwar yang dihantar ke Istana Negara.

“Bila PM hendak menunjukkan surat itu, Zahid kata ‘tak mau surat itu dibawa keluar’.”

Seorang pegawai Muhyiddin kemudiannya menyerahkan surat itu kepada Hamzah yang kemudiannya memberikannya kepada presiden PAS.

“Hadi menunjukkan reaksi amat terperanjat.”

Zahid kemudiannya menuntut dilantik sebagai timbalan perdana menteri sebelum menyenaraikan nama pemimpin Umno yang perlu digugurkan daripada Kabinet.

Ini termasuklah Menteri Luar Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Sadique.

Tuntutan Zahid itu “memanaskan” lagi pertemuan itu.

‘Apa yang sebenarnya awak mahu?’

Muhyiddin kemudiannya mempersoalkan Zahid tentang niatnya dan apa yang dimahukan.

“Zahid jawab perdana menteri mungkir janji,” kata sumber dalaman itu.

“Muhyiddin kemudian berkata tidak pernah menjanjikan apa-apa. Zahid kemudian berkata, apabila Umno menyokong Bersatu untuk menubuhkan kerajaan, ia adalah untuk Dr Mahathir Mohamad menjadi PM dan bukannya Muhyiddin.

“Muhyiddin tanya lagi apa lagi yang Zahid tidak puas hati. Zahid kata dia sebagai presiden Umno tidak dilantik menjadi timbalan perdana menteri.”

Pada ketika ini Hamzah menyampuk: “Is it about your case? (Adakah disebabkan kes kamu?).”

Zahid mengatakan “tidak”.

“Jadi apa?” Hamzah bertanya lagi.

“Saya malu nak bagi tahu tapi banyak perkara yang tak betul,” kata Zahid.

Muhyiddin kemudian memberitahu Zahid beliau tidak mencampuri urusan mahkamah.

“Katanya, sebagai kawan dia doakan Zahid akan didapati tak bersalah oleh mahkamah.”

Zahid berdepan dengan 47 pertuduhan melibatkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana kepada yayasan miliknya, Yayasan Akalbudi.


PORTAL BERITA

INTERNET BERI

PELUANG UNTUK

ORANG RAMAI 

TAHU APA SABENAR BERLAKU

AMIN

DULU HANYA

 MONOPOLI

UTUSAN RTM TV3

SEKARANG

SEMUA CERITA 

BOCOR

AMIN 

TERIMA KASEH

 RONALD REAGAN




RAMAI TAK FAHAM BAHASA ISTANA

 


RAMAI 

TAK FAHAM 

BAHASA ISTANA 

hamim commented on

 "BAHASA ISTANA RAMAI TAK FAHAM"

TT, apa yang kelihatan sekarang, cara membaca bahasa istana mengikut pandangan dan selera masing masing, ada yang faham , ada yang faham buat buat tak faham, ada yang tak faham buat buat faham, 



mengikut Penyimpan Besar Mohor DiRaja didalam teks titah YDPA ada perkataan * MEMBATASI penyalahgunaan kuasa,(perkataan MEMBATASI ditulis menggunakan warna merah) perkataan tersebut terlalu dalam maksudnya tambah lagi ditulis dengan warna merah, ada yang tersurat dan ada yang tersirat....ada faham ka????


KU LIN TAK ADA NUMBO

 

KU LI PUN

TAKDA NUMBO

Unknown commented on

 "KU LI TUBUH KERAJAAN"

Stetamen bodoh kata kuli ada nombor

Unknown commented on

 "KU LI TUBUH KERAJAAN"

Tell Ku Li to go and fly kite..and take TM along with him..why all of sudden this eccentric old man come out from his comfortable cave and offer himself the next PM ?!? Deyy..where were you when the rakyat and the nation facing tough time during Jibby regime? Shame on you 🤪

NUMBO EKOK




ABAM  ADA 

NUMBO EKOQ

Unknown commented on

 "KU LI TUBUH KERAJAAN"

Abam tak pernah dan tak akan 

dapat no kkecuali nombor ekoq

BOCOR BOCOR BOCOR

 


APA SUDAH JADI

Pendedahan: Kisah 

di sebalik 

surat Zahid

 kepada Agong


SEMUA SUDAH

BOCOR

KAH KAH KAH

AWAS! CARA CHINA MERAH MENCARI PENGARUH


AWAS

CARA 

CHINA MERAH

MENYUSUP CARI

PENGARUH 

GERAKAN BANDUAN

 


SAHEH WUJUDNYA

TIM BANDUAN


Najib cadang kerjasama dengan Anwar tetapi tanpa DAP

BEKERJASAMA dengan Anwar Ibrahim atau parti lain adalah pilihan bagi Umno sekiranya pilihan raya umum tidak diadakan selepas wabak Covid-19 reda, kata Najib Razak.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu menegaskan tiada ruang untuk DAP jika pakatan dibentuk bersama Anwar.

Najib dalam catatan Facebook rasminya hari ini berkata bekerjasama dengan Anwar adalah pilihan kedua untuk dipertimbangkan oleh Umno sekiranya gagal mendorong kerajaan menetapkan tarikh pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Pekan sebelum ini menyuarakan cadangan itu pada perbincangan dengan ahli Parlimen Barisan Nasional siang tadi.

Beliau menambah Umno harus terbuka terhadap pilihan seperti itu jika tidak gembira dengan layanan diterima oleh Perikatan Nasional (PN), terutama selepas pilihan raya negeri Sabah.

“Saya lihat kita boleh bekerjasama dengan Muhyiddin dan Azmin pada Februari lalu walaupun pada masa itu PPBM merupakan musuh kita yang banyak mengambil ahli-ahli parlimen Umno, kenapa kita tidak boleh runding dengan Anwar untuk bekerjasama bersyarat sehingga PRU15?” katanya merujuk kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Mohamed Azmin Ali.

Parlimen harus dibubarkan untuk membuka jalan kepada pilihan raya agar mandat dapat dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan dan parti pilihan mereka, katanya.

“Saya berpendapat ini adalah pilihan terbaik untuk negara sebab majoriti yang tipis kerajaan PN adalah punca politik tak stabil pada ketika ini dan ini juga akan menyebabkan pelabur tak yakin dengan negara sebab mereka akan bimbang untuk melabur jika kerajaan akan tumbang pada bila-bila masa,” katanya.

Najib juga mengecam Muhyiddin kerana “membuat langkah yang salah” dengan cuba mengisytiharkan darurat. 

Beliau turut melahirkan kebimbangan yang kegagalan perdana menteri mendapatkan persetujuan Agong dan Raja-raja Melayu akan menyebabkan pengundi meletakkan kesalahan kepada Umno. – 26 Oktober, 2020.

ANWAR CAKAP

ADA NUMBO 

MEMANG BOTO

MEMANG SAHUH

KAH KAH KAH

BANDUAN SUMO

ADO NUMBO 

KEK BAJU

KAH  KAH KAH



WAJIB TEMUI PUNCA

 





WAJIB TEMUI

PUNCA 

Unknown commented on

 "WAJIB KENALI PUNCA"

Ameen Puncha permasalahan nasional dijumpai Anggota Parlimen Padang Besar dari BN, Zahidi Zainul Abidin berkata, masalah kemelut politik yang berlaku kini adalah kerana kesilapan rakyat yang mengundi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu pilihan raya umum (PRU-14) lalu. 



Timbalan menteri komunikasi dan multimedia itu turut meminta rakyat jangan menghukum ahli politik yang kini sedang melakukan tugas untuk membetulkan keadaan tersebut. “Orang politik ini tugas hanya betulkan keadaan sahaja jadi bagaimana untuk betulkan keadaan, ini yang patut kita bagi pandangan,

PENYAMUN CUBA NAK MURTAD

 



PENYAMUN CUBA

 NAK MURTAD 

Alispk commented on 

"NAJIB MAKIN PANDAI - PANDAI APA ?"

Najib boleh belah dari arena politic jangan berlagak baik era kamu hancur bersama isteri kamu.TSMY PM terbaik kami rakyat Malaysia B40 Dan M40 menyokong beliau berhatirakyat.



RAHSIA DAH BOCOR

 



RAHSIA BOCOR

SEMUA NAFI

KAH KAH KAH 

Najib cadang kerjasama dengan Anwar tetapi tanpa DAP


TETIBA

NAJIB SAHKAH

KANTOI MANTOI

AMIN 

TAK FAHAM MAKNA SABAR

 


TAK FAHAM

MAKNA SABAR 

Unknown commented on

 "MUSTAHIL ANWAR TAK FAHAM"

Kena beesabarlah dulu setiap pemimpin yg ada keinginan jadi perdana menteri dan lain²jangan ambil kesempatan dalam suasana pendemik ini tunggulah tempoh penggal tamat ..lepas itu lantak lah korang berebut kuasa ...



jangan angkara kerakusan kuasa korang kami rakyat yg jadi mangsa..tolonglah!tolonglah!tolonglah wahai ahli² politik sama ada Umno,PKR, dan lain² sudah² lah bermusuhan baliklah ke asal masing² fikirkan keutamaan rakyat dan negara