Jumaat, 13 Ogos 2021

OH ! INDAHNYA HIDUP INI

 

OH!

INDAHNYA HIDUP INI

AMIN

WAK OOOI - CAKAP TERANG TERANG

 


WAK KANG

LU CAKAPLAH

TERANG TERANG

AMIN

MARI KITA

SAMA-SAMA DIRIKAN

KERAJAAN

PERPADUAN

KHALAS

JEMPUT SEMUA

DATANG

BINCANG  DENGAN

BAIK 

KHALAS 

HIGH NOON 

NAK SAMPAI

KHALAS 



Jangan biar kleptokrat kembali, kata Muhyiddin

KERAJAAN perlu dikekalkan untuk memastikan pemimpin yang terlibat dengan kes mahkamah tidak kembali berkuasa, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, ia antara sebab beliau memutuskan untuk tidak meletak jawatan dan merayu sokongan pembangkang ke atas undi percaya di Dewan Rakyat melalui tujuh tawaran yang diumumkannya.

“Tujuan saya kemukakan cadangan ini ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

“Pada masa yang sama, saya juga seperti anda semua mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera.”

Kumpulan kleptokrat itu dipercayai merujuk kepada kumpulan pemimpin Umno dari kalangan ahli Parlimen yang kini menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Muhyiddin juga mengaku beliau tidak lagi menguasai majoriti selepas sejumlah ahli Parlimen yang tidak dinyatakannya menarik sokongan ke atasnya.

Bagaimanapun tiada ahli Parlimen lain yang akan mendapat sokongan majoriti sebagai perdana menteri dan membentuk kerajaan stabil, katanya.

“Apa akan jadi kepada negara kita sekiranya krisis politik berlarutan dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk dalam kadar segera?

“Kerajaan mana yang akan memastikan program vaksinasi berjalan lancar dan mengikut jadual?”

Oleh itu beliau tidak akan meletak jawatan dan akan berunding dengan pemimpin parti pembangkang sebelum undi percaya dijalankan ke atasnya di Parlimen pada bulan depan.

“Kami telah mencapai satu kata sepakat untuk berunding dengan pemimpin parti di luar Perikatan Nasional untuk meluluskan usul undi percaya kepada perdana menteri di Dewan Rakyat.

“Ini akan membolehkan kerajaan yang ada pada hari ini terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba suatu masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

“Usul undi percaya ini hanya boleh diluluskan dengan sokongan bipartisan di Dewan Rakyat,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian selepas mengaku beliau tidak lagi menguasai majoriti selepas sejumlah ahli Parlimen yang tidak dinyatakannya menarik sokongan ke atasnya.

“Namun, malangnya dalam keadaan saya dan rakan-rakan dalam kabinet berhempas pulas mengurus pandemik, beberapa Ahli Parlimen telah menarik sokongan kepada saya.

“Ini menimbulkan keraguan tentang keabsahan saya sebagai perdana menteri dan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah.

Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa tindakan itu dilakukan demi kepentingan dakyat dan bukannya atas kepentingan diri sendiri.

“Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa. Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai.

“Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa pilihan raya umum ke lima belas akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan,” tambahnya.

Beliau seterusnya mengumumkan tujuh tawaran untuk memenangi hati ahli Parlimen pembangkang tersebut, termasuk rang undang-undang menghalang lompat parti dan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri.
 

APAKAH

DAH TERLAMBAT

AMIN

APAKAH DURIAN

DAH JATUH

BARU NAK SAMBUT

AMIN

SEKARANG NAK

BERAK BARU

NAK GALI JAMBAN

AMIN

KENA BERAK

BERDIRI DEPAN 

ORANG  RAMAI 

AMIN 

JANGAN MALU

 JANGAN SEGAN

KAH KAH KAH



JUMAAT 13

 



JUMAAT 13

JENG JENG JENG

AMIN 

Unknown commented on

 "MUHYIDIN

 LETAK JAWATAN"

Friday 13th hari malang ikut kepecayaan barat. Ikut kepecayaan timur friday 13th semayang jemaat blom boleh lagi. Pagi tadi kes tembakan 4 asakar tudm maut. Hospital tak cukup tanah nak letak psakit kobit. Kes blom gaya nk turun.

SENDIRI KENTUT SENDIRI TAHU

 

SENDIRI KENTUT

SENDIRI TAHU

KAH KAH KAH

SENDIRI KINCIT

SENDIRI RASA

BASAH

KAH KAH KAH

APAKAH PERLU

DI UNDI

KAH KAH KAH 




Tidak perlu uji sokongan, PM patut letak jawatan, kata Khaled

MUHYIDDIN Yassin sepatutnya meletak jawatan serta merta jika benar dinyatakan dalam surat yang kononnya dari Speaker Azhar Azizan Harun, perdana menteri hilang sokongan di Dewan Rakyat, kata Khaled Nordin.

Naib presiden Umno itu berkata dalam keadaan itu, perdana menteri tidak perlu lagi menguji sokongannya di Dewan Rakyat.

“Beliau (Muhyiddin) maklum dan tahu sokongan sebenar terhadap beliau. Justeru beliau mesti mematuhi segera Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan iaitu meletakkan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khaled mengulas berkenaan surat yang tular, di mana Azhar dikatakan mengesahkan kepada Agong yang Muhyiddin hanya mendapat sokongan 100 ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Beliau berkata pada 9 Ogos, Istana Negara menghantar surat kepada speaker meminta dimaklumkan bilangan terkini sokongan ahli Dewan Rakyat ke atas perdana menteri.

“Surat tersebut turut memohon agar jawapan diberikan pada 10 Ogos.

“Permintaan Istana Negara bukan saja sesuatu di luar kelaziman, tetapi menunjukkan penjelasan perdana menteri beliau masih mempunyai majoriti adalah diragui oleh Istana.

“Berlegar juga surat jawapan balas speaker Dewan Rakyat bertarikh 9 Ogos yang memaklumkan bilangan mutakhir jumlah sokongan ahli Dewan Rakyat terhadap perdana menteri berbaki hanya 100 orang,” kata Khaled.

Khaled berkata Azhar bertanggungjawab menjelaskan kedudukan surat yang tersebar luas tersebut.

“Jika ia tidak sahih, maka beliau harus segera menafikannya. Jika tidak beliau gagal menjalankan tugas dengan adil dan neutral serta sengaja bersekongkol dengan perdana menteri bagi mempertahankan keabsahannya yang sudah hilang.”

Beliau juga merayu kepada Agong terus bertindak tegas dengan melaksanakan Perkara 43(4), jika benar speaker Dewan Rakyat memberikan pengesahan perdana menteri hilang kelayakan untuk mengetuai kerajaan. – 13 Ogos, 2021.


GEROMBOLAN 

MAIN TAK SABAR

KAH KAH KAH

MAKIN DEKAT

SUNGAI BULUH

MAKIN GARANG

NAK LEPAS DIRI

KHALAS



DALAM TITANIC - DARLING MARI NGENTOT

 



DALAM TITANIC

KAH KAH KAH

PELACUR KATA:

DARLING MARI

KE KATIL

NGENTOK JAP

KAH KAH KAH 



Pemimpin Perikatan pujuk Muhyiddin jangan letak jawatan, kata sumber

PEMIMPIN pari komponen Perikatan Nasional meyakinkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk tidak meletakkan jawatan dalam mesyuarat yang diadakan pada Rabu, kata sumber.

Sumber berkenaan, yang dekat dengan mesyuarat itu berkata pemimpin Perikatan juga mahu perdana menteri hadapi usul undi percaya di Parlimen pada September sebagaimana yang dirancang dan bukan lebih awal.

Sebelum ini dilaporkan terdapat rancangan untuk usul undi percaya diadakan dalam sidang khas Parlimen pada 18 Ogos.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight pemimpin PN tidak mahu Muhyiddin jatuh ke dalam perangkap Umno dan pembangkang yang akan menyebabkan kejatuhan kerajaan PN.

Mereka percaya sekiranya Muhyiddin berundur, situasi akan sama seperti kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2019 susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Muhyiddin dan PN berkuasa berikutan perkembangan itu.

“Pemimpin PN yakin kita bertindak mengikut perlembagaan persekutuan, terutamanya Perkara 40, dan mematuhi undang-undang,” kata seorang sumber.

Perkara 40 perlembagaan menyatakan kuasa Agong terhad untuk beberapa perkara, tidak termasuk menentukan bila Parlimen perlu bersidang, dan baginda hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.

Tambah sumber, ketika Muhyiddin mengumumkan kali pertama yang beliau akan berdepan usul percaya di Parlimen bulan depan, beliau tidak yakin boleh menang.

“Beliau hanya mengikut demokrasi dan prosedur undang-undang. Sekiranya beliau gagal, beliau perlu meletakkan jawatan,” kata sumber.

“Muhyiddin perlu menang usul percaya. Kadar kejayaananya adalah 50%. Tambahan pula, perlembagaan menyatakan Agong tidak boleh memecat perdana menteri,” kata sumber.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Muhyiddin akan mengetuai kerajaan monoriti selepas kalah dalam sokongan majoriti.

Sumber lain menyatakan Muhyiddin mungkin akan membubarkan Parlimen sekiranya gagal dalam usul percaya September ini, dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan pilihan raya umum.

“Agong bagaimanapun mungkin tidak setuju untuk membubarkan Parlimen. Dalam kes ini, Muhyiddin ada peluang untuk kekal sebagai perdana menteri kerana tiada parti yang mempunayi majoriti yang jelas,” katanya.

“Pakatan Harapan mempunyai 88 ahli Parlimen, manakala Umno ada 38, Pejuang ada empat dan Warisan ada lapan ahli. Perikatan dilihat mempunyai sokongan yang kukuh,” kata sumber berkenaan.

“Muhyiddin masih boleh tubuhkan kerajaan monoriti dan terus mentadbir,” tambah sumber kedua.

Sumber juga turut mengatakan PN perlu mengadakan pilihan raya umum apabila sekurang-kurangnya 80% penduduk telah menerima vaksin.

Ini katanya merupakan cara untuk menghentikan konflik politik.

Menurut sumber, PN masih ada masa untuk berunding dan meraih sokongan menjelang persidangan Parlimen pada 6 September. PN mungkin akan mendapatkan sokongan ahli Parlimen pembangkang, kata mereka.

Kedudukan Muhyiddin mula goyah susulan pengumuman Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang sekurang-kurangnya 15 ahli Parlimen menarik balik sokongan kepada perdana menteri.

Ini bermakna perdana menteri hilang majoriti tipis di Dewan.

Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau terus mendapat sokongan majoriti dan bersetuju untuk berdepan usul percaya pada September.

Keadaan semakin sulit sejak beberapa hari lalu apabila timbul spekulasi bahawa Agong menasihatkan Muhyiddin sama ada untuk berundur atau berdepan usul percaya lebih awal. – 13 Ogos, 2021.


LAGI LAMA

LAGI RAKYAT

TERSEKSA

AMIN

LAGI LAMA

PELACUR BUAT

LENDIR FULUS

KAH KAH KAH 





PERNIAGAAN BUMIPUTERA

 


PERNIAGAAN 

BUMIPUTERA

AMIN 

KOBID MASALAH DUNIA

 


MASALAH DUNIA

AMIN 

cikminah commented on

 "ANWAR CALON PM"

Macam mana kalau lepas Anwar jadi PM, jangkitan COVID meningkat jadi 30,000 ....???? Nak salahkan siapa....????

MASA UNTUK TUNJUK NUMBO

 

MASA TEPAT

UNTUK TUNJUK

NUMBO

AMIN

JANGAN EEEK

JANGAN UUUK

BUKTIKAN

KHALAS 




Pakatan ajak ahli Parlimen sokong Anwar sebagai PM

SEMUA ahli Parlimen perlu menolak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon penggantinya, kata Pakatan Harapan (PH).

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan hari ini berkata mengajak semua pihak yang menentang Muhyiddin duduk semeja dan berunding bagi membentuk sebuah kerajaan yang inklusif, adil dan progresif  demi masa depan negara.

“Amatlah penting semua pihak dapat bersatu di bawah sebuah kerajaan berjiwa rakyat yang mampu memperbetul segala kepincangan dan kegagalan Perikatan Nasional menjelang undi percaya terhadap perdana menteri nanti. 

“Ini supaya sebarang pengambil alihan kerajaan hanya akan berlaku bersama pihak-pihak yang bersetuju dengan prinsip-prinsip dan landasan perjuangan termasuk reformasi institusi, tatakelola dan urus tadbir yang baik, dan institusi kehakiman yang bebas,” katanya.

Kenyataan turut menyebut hanya 100 ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri, manakala 120 lagi menentang.

“Namun beliau enggan meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu, Majlis Presiden menjemput semua ahli Parlimen yang menentang dan menolak Tan Sri Muhyiddin Md Yassin untuk bersama menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri untuk membuktikan sokongan serta membentuk satu majoriti baharu di Parlimen.”

Isnin lalu, Umno mengesahkan 14 ahli Parlimen parti itu menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional, dan bukan lapan seperti yang disebut dalam kenyataan Muhyiddin minggu lepas.

Dalam perutusan khas pada 4 Ogos, Muhyiddin berkata beliau masih ada sokongan yang cukup untuk terus menerajui kerajaan namun akan merujuk keabsahannya di Parlimen apabila Dewan Rakyat bersidang September ini.

Majlis Presiden PH dalam pada itu juga menyatakan ia tidak bersetuju pilihan raya umum diadakan terutamanya ketika penularan Covid-19 masih belum reda.

Ia turut mengulangi pendirian untuk menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri.

“Rakyat berharap para pemimpin politik akan dapat mencapai penyelesaian yang mampu merungkai masalah ini dan seterusnya membolehkan kepimpinan berwibawa tampil untuk membantu negara membendung penularan wabak Covid-19 dan memacu pemulihan ekonomi pasca-pandemik.” – 13 Ogos, 2021. 

KALAU SEMUA

TAKDA NUMBO

TT CADANG

TUBUH KERAJAAN

PERPADUAN

AMIN

UNTUK BERSAMA

LAWAN KOBIDS

KHALAS



PUJUK RINDU

 


PUJUK JANGAN

TAK PUJUK

KAH KAH KAH

 

Pemimpin Perikatan pujuk Muhyiddin jangan letak jawatan, kata sumber



PUJUK DENGAN

MANJA

KAH KAH KAH 

LARI TANGGUH ATAU CABUT

 

LARI TANGGUH

ATAU CABUT

KAH KAH KAH 



Muhyiddin tidak boleh tubuh kerajaan minoriti tanpa undi percaya, kata Azalina 

MUHYIDDIN Yassin tidak boleh tubuhkan kerajaan minoriti tanpa Dewan Rakyat tentukan ahli Parlimen mana yang mempunyai keyakinan majoriti wakil rakyat untuk menjadi perdana menteri, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said.

Beliau menjawab desas-desus bahawa Muhyiddin mungkin akan menangguhkan undi percaya untuk meraih sokongan daripada pembangkang menerusi perjanjian kepercayaan dan bekalan
(CSA) dan membentuk kerajaan minoriti bagi menggantikan kerajaan Perikatan Nasional. Desas-desus itu bermula selepas 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan, menyebabkan Muhyiddin kurang sokongan majoriti. 

“Bolehkah (Muhyiddin) mendapatkan kebenaran Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan minoriti. Jawapan pendeknya ialah tidak. Tidak buat masa ini, tidak sebelum (Muhyiddin) letak jawatan, dan tidak sebelum kemungkinan adanya blok lain atau majoriti baru.

“Sekiranya ada blok majoriti baharu, ia perlu dibenarkan untuk menyatakan seorang ahli Parlimen yang mempunyai majoriti…Dalam erti kata lain perwakilan seperti itu perlu datang dari dasar, iaitu dari ahli Parlimen ke YDPA dan bukan sebaliknya,” kata Azalina menerusi media sosial. 

Tambahnya sekiranya tiada ahli Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti, maka Agong boleh menggunakan budi bicara raja berperlembagaan untuk mengundang bekas perdana menteri menawarkan diri sebagai kerajaan minoriti dengan CSA. 

“Memandangkan Perlembagaan Persekutuan diam mengenai pilihan kerajaan minoriti, janganlah terlalu gopoh!” kata Azalina, yang juga ahli Parlimen Pengerang.

Beliau turut menegaskan fakta bahawa dalam sistem Westminster, yang menjadi model Parlimen Malaysia, raja berperlembagaan tidak berperanan dalam membentuk kerajaan, atau juga untuk mempermudah rundingan mengenai perkara itu.

“Tugas YDPA ialah untuk menerima sesiapa sahaja yang mendapat sokongan majoriti sehingga baginda berpuas hati,” kata Azalina. 

Menurutnya kerajaan minoriti biasanya ditubuhkan selepas pilihan raya umum, dan bersyarat apabila ditandatangani CSA.

“Ini adalah pilihan yang tersedia untuk pembentukan kerajaan ketika tidak ada satu pun parti politik yang dapat memerintah sebagai parti majoriti.

“Pemimpin kerajaan minoriti tiada kelebihan untuk mentadbir sebagaimana kerajaan majoriti, kerana beliau akan kekurangan kapasiti untuk meluluskan undang-undang dan sebarang perubahan dasar menurut kehendak dan keinginannya, tanpa sokongan undi majoriti. – 13 Ogos, 2021.

ADA MASA

NAK BERUNDING

LAGI KE

KAH KAH KAH

ATAU DAH

TERLALU LEWAT

AMIN 



SEMPAT ANGKAT SUMPAH KE ?

 



SEMPAT ANGKAT

SUMPAH KE ?

KAH KAH KAH 




2 menteri baru Umno akan dilantik, 2 menteri bertukar, kata sumber



GAJI MASUK

BERAPA BULAN

SAJE TANYA

TAKUT LAMBAT

KAH KAH KAH 

ANWAR CALON PM

 

ANWAR 

CALON PM

AMIN 





Pakatan ajak ahli Parlimen sokong Anwar sebagai PM



KALAU NAJIB

KALAU ZAHID

SOKONG PASTI

MENANG

AMIN 

BUKAN PEMINAT JD - PEMINAT MOET

 


BUKAN PEMINAT JD

PEMINAT MOET

AMIN 

herman adnan commented on 

"MARI KITA BERGUMBIRA"

Jack Daniel dah habis stok kat AEON lah Sham.....

DUBAI OOH DUBAI

 



DUBAI OOH DUBAI

AMIN

KOMIDI DAN KELAS


KOMIDI DAN KELAS



Ketika aku membesar aku  selalu mendengar perkataan – pemola. Emak aku akan berkata Si Anu dan Si Anu ini pemola orangnya. Atau Si Anu itu pandai buat pemola.  Sekarang aku tak jumpa lagi perkataan ini. Apakah Dewan Bahasa tahu atau tidak tentang perkataan ini. Atau pemola ini hanya lorat pekat orang Kampung Tengkek Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Pemola ertinya lawak. Ertinya lucu. Ertinya komidi. Si Pemola pandai buat lawak dan menimbulkan geli hati.

Aku mula mengenal pemola yang bernama  Mat Kambing. Sosok ini aku temui ketika aku dalam darjah dua tahun 1958.  Entah sambutan apa  pada malam itu. Pentas didirikan di padang bola depan rumah pasung Kuala Klawang. Ada pertunjukan  aneka ragam –  ada muzik dan nyanyian.  Yang aku ingat satu nama penyanyi perempuan bernama Norma Salim. 

 Mat Kambing bergabung dengan dua orang lagi pemola - Ibrahim Din dan S.M Salim. S.M Salim ini suami kepada Norma.

Aku mencanguk di depan pentas mendengar Mat Kambing , Ibrahim Din  dan S. M Salim membuat lawak.  Mat Kambing  dan Ibrahim Din memakai  pantelon berbaju Melayu dan kain sarung terselendang. Songkoknya di pakai songsang. Ini pakaian pemola atas pentas di zaman aku membesar.  Pakaian sedemikian diharapkan akan membawa lucu. S.M Salim berbaju dan pakaian biasa.

 Aku masih  ingat lagi  sandiwara lawak mereka malam itu.  Mat Kambing berlagak  sebagai Pegawai Melayu yang fasih berbahasa Inggeris walhal dia hanya tahu  perkataan Yes – No – All Right dan Thank you.  Akhirnya rahsia terbongkar.  Aku tidak ketawa pada malam itu.

Ketawa memerlukan asas budaya. Aku budak kampung tidak faham apa  yang menggelikan hati dengan Yes No Thank You. 

 ‘ Pasal apa namanya dia Mat Kambing..’ Esoknya aku bertanya pada Emak aku.

‘ Dia  dulu kerja polis...sedang  berkawat... hujan turun.. dia lari cari tempat teduh... lalu lekat nama Mat Kambing.. kan kambing takut hujan...’ Dari  perawi mana Emak aku dapat surah ini aku  tidak tahu. Aku  hanya menerima sebagai hadis sahih.

Masa berjalan. Aku mendewasa.   Ketika itu aku sudah masuk sekolah Inggeris – Goverment English School (GES Jelebu ). Hari Ahad sekolah cuti. Hari Ahad jam 12.30 tegah hari Radio Malaya siaran Melayu  ada rancangan lawak – Ismail Bontak Kembali ke Udara. 

Budaya lawak, budaya lucu  yang menggelikan hati telah mula meresap ke dalam jiwa aku.  Aku mulai faham apa itu lawak.  Justeru aku anggap Ismail Bontak ini memang pemola. Lagi pun dari apa yang  aku dengar Ismail Bontak  ini orang Rembau. Maka lorat Nogorinya yang pekat dapat aku  hayati.

Kemudian Radio Malaya mengambil S.M Salim ,  Ibrahim Din dan Jamal Kerdil untuk membuat rancangan  lawak menggantikan Ismail Bontak.  Aku juga amat-amat  meminati  rancangan komidi kumpulan ini.

Aku dibesarkan oleh Radio Malaya yang dipancarkan dari  bangunan  Federal House - Rumah Persekutuan.  Sebelum aku masuk sekolah lagi rumah aku telah ada radio.

Televisyen datang lambat. Malah ketika aku  mula  berkelana tahun 1974 – Jelebu masih belum ada TV. Aku hanya ‘ menjenguk-jenguk ‘  TV ketika aku  belajar di Kuala Kangsar. 

Ketika aku tinggal di Kolej Kelima Universiti Malaya – di Dewan Makan ada TV. Tapi aku tidak ambil pot. Ketika itu ada drama lain yang  lebih hebat yang aku sendiri rancang dan pentaskan.

Secara serius aku mula menghadapi  kaca TV ketika aku   menyorok di rumah Tongkat Waran. Ketika ini  polis sedang mencari aku.  Iklan – wanted – telah muncul di Utusan Malaysia kerana aku gagal muncul ke mahkamah di Johor Bahru – kes  Tasik Utara.

Mata-mata mencari aku. Aku  cabut lari. Aku ke sana dan ke sini. Akhirnya aku mendapat ‘suaka politik’ dari Tongkat Waran dan Kak  Hasnah. 

Di rumah Tongkat Waran aku mula berkenalan  dengan Mary Tyler Moore.    Mary Tyler Moore  adalah komidi  bahasa Inggeris yang  aku rasa aku fahami. Ada kata-kata dan situasi yang akan membawa  aku tersenyum gembira. Sebelum ini ada juga aku ternampak Minah bernama  Lucy di kaca TV  tapi aku tak ambil pot sangat.

Mary Tyler Moore  masuk ke dalam  sanubari aku agak berlainan.  Di rumah Tongkat aku tidak ke mana-mana. Duduk dalam bilik.   Saban hari  aku menyelongkar  khazanah  buku dan kitab-kitab milik Tongkat.  Aku sempat membaca majalah  Mestika dalam tulisan Jawi koleksi Tongkat.

Kerana aku bersendirian tak ada kawan berbual maka aku jatuh hati dengan Mary Tyler Moore. Minah cun lagi cool ini menjadi penghubung aku dengan dunia luar.

Aku tidak sedar pun pada ketika  apa yang aku tuntun ini humor Amerika. Untuk aku semuanya Inggeris.   Sebenarnya  tidak semua  ‘ punch line – garis penumbuk ‘ dalam komidi ini aku fahami. Bahasa Inggeris aku  boleh tahan  bukan hebat sangat.  Tapi kerana di setiap garis penumbuk  itu  ada suara orang ketawa maka aku pun  ikut ketawa sama.

Pada tahun 1972 ketika aku belajar di Universiti Malaya aku  mendengar  ayat -  English  Humour – humor  Inggeris.  Apa dia humor Inggeris ini aku tak tahu. 

Aku  mendengar konsep humor Inggeris   dan nama Monthy Phyton dari Rohana Ariffin.  Rohana ini baru pulang dari menyambung berlajar di London. Rohana  berkisah tentang British Comedy dan nama Monthy Phyton muncul.


Pernah ketika aku di Melbourne tahun 1976 – kawan serumah aku Philip Lim membawa aku menuntun filem  Monthy Phyton bertajuk  Holy Grail (1975) di Varhalla Cinema Melbourne. Penonton Mat Salleh dan Minah Salleh dalam panggung ketawa terbahak-bahak. Aku budak kampung yang baru masuk pekan senyap –  satu habuk aku tak faham. 

Aku menyedari bahawa lawak dan humor ini memerlukan latar belakang budaya dan sejarah untuk rujukan. Aku yang tidak memahami budaya  Inggeris.  Sejarah Inggeris pun  aku bebal.

 Lawak Monthy Phyton  ini bukan lawak terkelecek kulit pisang. Humor ini muncul bukan dari aksi tapi  dari kata bual. Aksi hanya membantu. Kerana itu aku tak ketawa bila melihat Holy Grail.

Di Brixton College  London aku masuk  belajar  Asas Seni. Ini termasuk sastera, lukisan,  seni fotografi  dan filem.   Semua ini bukan satu yang baru untuk aku. Apa yang baru ialah aku  mempelajari semua cabang  ilmu ini secara  formal, ilmiah dan tersusun. 

Aku belajar nahu filem. Aku belajar bahasa filem. Aku belajar nahu dan bahasa lukisan.  Baru aku sedar  bahawa filem dan lukisan ini memiliki nahu.  Sedikit demi sedikit pemahaman aku tentang budaya Inggeris meresap ke dalam dunia baru aku. Aku mula  memahami  humor Inggeris.

‘ Tony... tell me  what comedy  you watch on telly ...’  Aku bertanya pada kawan aku Anthony. Babbington Grant.  Anak muda kulit hitam warga asli Brixton. 

‘  Isham  you lived in Bromley – by-  Bow.. you’re   a cockney... You must watch  Steptoe and Son... opps.. old comedy... find the  video if you’re lucky...’ Tony memberi aku nasehat.

‘ What else...’ Aku bertanya lagi.

‘  Watch ...Only Fools and Horses... get to know Del Boy..and  Rodney his brother...’ Tony memberi maklumat.

‘ What  is cockney Tony ‘ Aku bertanya.

‘ Any blokes who  lives near Bow Bells or could hear the bell .. you’re a cockney ... Malaysian cockney...you lived not too far from the bell...’  Tony memberi penjelasan.

 Aku menjadi cockney mengikut takrifkan Tony. Betul aku tinggal dekat Bow Bell – loceng besar – tapi aku tak faham pun selain dari itu.  Aku tahu warga cockney  di wilayah East London ini ada lorat  tersendiri.

Ketika aku berhijrah ke London  No 10 Jalan Downing diduduki oleh Puan Margaret Thatcher. Ini era permulaan dasar ekonomi neo-liberal. Agenda  utama dari parti Konservatif ialah buat duit – ada duit semua jadi.

Di Amerika ketika ini  Rumah Puteh diduduki oleh Ronald Reagan. Thatcher dan Reagan adalah wakil  kaum kapitalis  yang terunggul. Dua pemimpin negara kapitalis besar ini mengajukan dasar ekonomi neo-liberal.  Dasar ini mengurangkan  perbelanjaan kerajaan, mengurangkan subsidi, membebaskan pasaran dari kawalan dan  mengekang kesatuan sekerja dan buruh.

Dasar buat duit tahun 80’an inilah yang  menjadi  latar belakang budaya ketika aku  berhijrah dari Wavre Belgium ke London. 

Dari dasar ekonomi ini  lahir konsep lahir konsep  ‘loads of Money ‘ – duit bertimbun-timbun.  Bunyinya  seperti lawak lucah tapi inilah yang berlaku di tahun 80’an.

Ketika ini juga  kota  New York mewujudkan konsep  Yuppie – Young Upwardly Mobile Professional. Karyawan muda yang hanya mengejar kerja dan duit untuk  tujuan hidup.

Budaya ‘ loads of money ‘ inilah yang menjadi budaya latar belakang  komidi , lawak dari para pemola kota London tahun 80’an.

Pada awal penghijrahan  aku melihat masyarakat dan budaya United Kingdom ini indah  dan berkebajikan. Perubatan percuma, pembelajaran percuma, tak bekerja ada dana dari kerajaan, ada rumah sewa  majlis tempatan.  Cukup cantik.

Makin lama dan makin banyak aku bercampur maka makin banyak aku mendapat pencerahan budaya. Aku mulai sedar di belakang welfare state  atau negara  berkebajikan ini wujud sistem kelas yang ortodoks lagi pekat.

Kelas di United Kingdom bukan hanya tentang Baginda Queen Elizebeth, tentang Putera Philip atau tentang  Lady Diana. Bukan hanya tentang ekonomi mata pencarian.

Kelas merangkumi semua. Mata pencarian satu  rujukan asas tapi kelas  lebih dari pound dan sterling. Di mana kamu tinggal. Apa kamu makan, pub mana kamu kunjungi, kedai siapa kamu langgan, akhbar apa kamu baca, rokok apa kamu hisap, beer apa kamu minum – semuanya  memiliki  latar belakang kelas.  

Malah bila sosok itu membuka mulut maka yang terhambur keluar ialah kelasnya. 

Kelas dimanifestasiku dalam semua bentuk kehidupan. Malahn    cara kamu bersegama diatas katil  juga  mengikut  kelas. Kah kah kah.

Aku ikut nasihat Tony.  Aku  mula menuntun Only Fools and Horses.  Ketika aku sampai ke London siri komidi BBC  ini sudah masuk tahun ke dua.    Kisah tentang Derek Trotter dan adiknya Rodney. Mereka  tinggal di blok  flet bernama  Nelson Mandela  milik Majlis Bandaran Peckham. 

Bila aku mula mengikuti siri ini Ayah mereka  telah meninggal dunia . Kini mereka tinggal dengan   Pak Cik Albert bapa saudara mereka bekas soldadu Perang Dunia Kedua.

Derek lebih dikenali dengan panggilan  Del Boy punya awek bernama Raquel. Rodney pula sedang memburu dan merayu cinta Cassandra. Dua beradik ini  meniaga barang-barang terpakai dipasar.

Mereka memiliki sebuah kereta  kecil bertayar tiga. Niat mereka dalam budaya ‘ loads of money ‘ ialah untuk menjadi jutawan. Maka mereka sanggup  menjual dan membeli apa sahaja. 

Apa yang boleh dijual akan dijual. Apa yang boleh dibeli akan dibeli kemudian dijual. Termasuk barang curi.

Bayangkan Del  Boy , Rodney dan Pak Cik Albert duduk di rumah DBKL Kampung Kerinchi. Mereka  ini peniaga Bumiputera yang  memiliki gerai barang terpakai di Pasar Chow Kit. 

Mula-mula aku agak sukar memahami komidi ini. Sama saperti aku gagal  memahami Mat Kambing. Tetapi lama kelamaan aku sendiri  mula menghayati  siri ini.

Lorat cockney  East London mula aku fahami. Baru aku sedar  beta mainan kata-kata lapik berlapik yang membawa makna yang berlainan.  Kias berkias. Ironi dan  putus harapan dalam usaha untuk menjadi  kaya. 

Del Boy memasang niat untuk mengejar kekayaan dan menyambut seruan Margaret Thatcher. Manakala Rodney yang ada sedikit pelajaran  sekolah menengah memandang dunia akan  berlainan  dari abangnya Derek  yang hanya ada sekolah asas.

Bayangkan   Mat Dolah   Kampung Kerinchi  yang hanya lulus darjah enam ingin menjadi Syed Mokhtar.    Bayangkan Mat Dolah Kampung Kerinchi  berlagak sebagai anggota   Royal Selangor Club.  Inilah gaya hidup Del Boy cuba meniru  gaya hidup  kelas atasan kota London di Kesington dalam usaha untuk menjadi jutawan.

Pak Cik Albert dengan pakaian kelas buruh lebih jujur  tapi tak habis habis dengan ayat dan khutbah   ..’ when I was in the war. Against the German ....’ 

Aku yang duduk di New Mill House Bromley-by Bow merasakan hati aku agak  rapat dengan sosok -sosok dan watak ini. Aku merasa simpati terhadap mereka yang duduk menyewa  flet milik Majlis Tempatan dan berpindah ke banglo di  Notinghill Gate.

Aku merasa sedih dan dalam masa yang sama aku  juga ketawa apabila melihat kereta tayar tiga Del Boy terkandas rosak.  

Inilah komidi kota London dengan budaya loads of money  yang di war-warkan oleh  anak towkay kedai runcit dan kedai jual tembakau yang kini  duduk di No 10 Jalan Downing.

Jika  Magaret Thather yang ayahnya penjual rokok dan tembakau  boleh menjadi  boleh menjadi  Perdana Menteri United Kingdom aku rasa Del Boy juga  merasakan  yang dia boleh menjadi  jutawan.

‘ Isham...  how do you like Del Boy...’ Tonya budak Itam dari Brixton yang  memperkenalkan aku dengan Del Boy kini hendak tahu perkembangan diri aku.

 ‘ Del Boy... aint finish yet...’ Aku menjawab bahawa kesah Del Boy ini belum tamat. Aku belum ceriatkan lagi Mat Kambing kepada Tony. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIRKAN DALAM PORTAL
MALAYSIA NOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/08/13/komedi-dan-kelas/