Sabtu, 15 April 2023

PENGANUT ISLAM DI LARANG BERPUASA


KETIKA KITA BERPUASA

ADA PENGANUT ISLAM

DILARANG BERPUASA

AMIN

MANA HAJI  HADI

MANA JAKIM

MANA JAIS

MANA PUKIPM

MANA PARTI PAS

TAK KAN HANYA

PANDAI SKODENG

JANGAN KHALWAT

KAH KAH KAH

KHALAS

PERANGKAP HUTANG CHINA MERAH PAKSA SRI LANGKA JUAL BEROK


PERANGKAP HUTANG

CHINA MERAH

PAKSA SRI LANGKA

JUAL  BEROK

KHALAS

BERSAMA PERJUANGAN ADIL RAKYAT PALESTIN



BERSAMA

MENYOKONG

PERJUANGAN

ADIL PALESTIN

KHALAS

SELAMT KEMBALI BERSAMA KELUARGA


Semuanya kerana hantaran di Telegram, kata bekas tahanan Sosma

HANYA kerana satu hantaran “tidak berbahaya” dalam kumpulan Telegram beliau dipenjarakan hampir 10 tahun kerana didakwa menyokong kumpulan pengganas Daesh, kata Mustaza Abdul Rahman.

Bekas mekanik polis itu memberitahu The Malaysian Insight, beliau menyertai kumpulan Telegram “gagak hitam” yang kemudian dinamakan semula sebagai “Amanah vs PAS”.

Kumpulan itu katanya membincangkan pelbagai topik, merangkumi agama dan politik hinggalah peperangan di Syria.

“Pernah saya ulas topik mengenai pengeboman sebuah pub di Petaling Jaya. Saya kata kalau sayalah penyerang, saya akan bom rumah pemilik kasino, bukannya pub.

“Saya cuma kata itu saja, tiada niat apa-apa. Ia sekadar perbualan biasa dalam kumpulan Telegram. Kemudian saya ditahan polis antikeganasan dan dituduh menyokong kumpulan pengganas. 

“Saya juga dituduh telah berikrar taat setia kepada kumpulan Daesh sedangkan saya tidak pernah buat sepanjang hidup. Malah semasa perbicaraan di mahkamah pakar forensik tidak menemui sebarang bukti daripada telefom bimbit saya yang menunjukkan saya menyokong Daesh,” katanya.

Mustaza, 36, pada mulanya ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Menurut Mustaza, sepanjang 28 hari pertama ditahan di sebuah lokasi yang tidak diketahui. Kemudian beliau dipindahkan ke Penjara Kajang untuk beberapa hari sebelum dihantar ke Penjara Sungai Buloh. 

Selepas setahun di Penjara Sungai Buloh, dihantar pula ke Penjara Tapah di mana beliau menjalani hukuman penjara selama 10 tahun, kata Mustaza.

Keputusan perit

Hukuman penjara, tiada bukti kukuh dan seksa yang ditanggung sebagai tahanan Sosma tidak setanding derita kehilangan isteri.

Selepas hilang pekerjaan, Mustaza terpaksa pula menceraikan isterinya.

Menurut abangnya, Mahathir, bekas isteri Mustaza mulanya mendapat tawaran kerja di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi diteliti semula oleh agensi itu selepas mendapat tahu suaminya merupakan tahanan Sosma.

“Oleh kerana tiada pilihan, Mustaza terpaksa ceraikan isterinya semasa dia dalam penjara. Kerana bimbangkan keselamatan diri, bekas adik ipar saya tolak tawaran kerja di SPRM dan sekarang dia bekerja sebagai guru di Sarawak.

“Mustaza dituduh secara tidak adil dan dianiaya,” kata Mahathir.

Sebulan selepas dibebaskan dari penjara, Mustaza berusaha untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu.

Bersama seorang rakan, beliau kini menjual mangga yang diimport dari Thailand termasuk baka tempatan “Harum Manis” dari Perlis.

“Dulu saya ada kereta, berniaga kecil-kecilan dengan isteri dan dikurniakan seorang anak.

“Kereta terpaksa dijual semasa saya dalam penjara, sementara isteri terpaksa cari kerja untuk sara diri dan anak kami. Bila dia dapat kerja stabil, begini pula kami diuji (bercerai).

“Perlahan-lahan saya bangkit semula. Saya berdoa masa depan saya akan lebih baik dan berharap dapat bersama semula dengan bekas isteri,” kata Mustaza. – 15 April 2023. 


SELAMAT

KEMBALI BERSAMA

SANAK SUDARA

AMIN

SELAMAT BERHARI

RAYA

DALAM DUNIA

MERDEKA

AMIN

KHALAS

JIWA TERTEKAN


Wanita menangis atas jambatan tertekan bukan mahu bahayakan diri – Polis

KUALA LUMPUR – Seorang wanita di atas Jambatan Wawasan Presint 2 di Putrajaya semalam bukan berniat untuk membunuh diri sebaliknya hanya mahu menenangkan perasaannya sahaja.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan mendapati wanita yang berumur 30-an itu tertekan kerana keputusan mahkamah ke atas satu tuntutan sivil tidak berpihak kepadanya dan dikehendaki sejumlah wang atas keputusan tersebut.

“Wanita tersebut telah pergi ke jambatan berkenaan lebih kurang 11 pagi semalam dan orang awam yang melalui jambatan tersebut melihat mangsa dalam keadaan menangis dan berjaya memujuknya.

“Pihak polis mendapat makluman daripada panggilan MERS 999 dan telah membawa wanita tersebut ke Balai Polis Presint 7 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video TikTok yang menunjukkan wanita tersebut sedang menangis dan berada dalam keadaan mencurigakan di atas jambatan.

Menurut A. Asmadi, keluarga mangsa telah dipanggil untuk membantu siasatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.

Susulan itu, beliau berkata, orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan menghubungi pihak berwajib sekiranya mempunyai sebarang masalah serta tidak mengambil tindakan secara melulu.

SUASANA RAYA

MERASA JIWA

TERTEKAN

AMIN

INI BIASA

APAKAN LAGI

JIKA SORANG DIRI

AMIN

KHALAS

BERBUKA PETANG INI


PETANG INI

PETANG INI
CUACA MOLEK
BERRANGIN DAN REDUP
ALAM BERSAMA KITA

PASTI MAK CIK PAK CIK
BAZAAR RAMADAN
RNACAK NIAGA
UJUNG MINGGU TERAKHIR

PETANG INI
 GUA NAK BERBUKA
BERSAMA KAWAN KAWAN
DI JALAN PANGGUNG
BERBUKA DENGAN 
 TIM DAPUR JALANAN

GUA DI FAHMAKAM
JAM 5 ADA BENGEKEL
MELUKIS KAD  HARI RAYA

GUA TAK TAHU
APA JAMUAN
GUA DATANG DENGAN
TANGAN KOSONG
INGIN BERSAMA
MERAYAKAN WARGA
MISKIN KOTA

SELAMAT BERBUKA 
AMIN

BERSEDEKAH


BULAN PUASA

BERHATI LAPANG

SEDIA BERSEDEKAH

AMIN


PAGI TADI
 GUA DI PASAR CHOW KIT
TAK SIBUK SEPERTI MINGGU LALU
BANYAK MAK CIK
BANYAK BIBIK
BELI IKAN BUAH DAGING SAYUR

SEMUA  BARANG CUKUP
TELOR MELAMBAK
HARGA BUAH MACAM BIASA
IKAN  AAYM DAGING SAMA

KALI INI GUA
BERJUMPA PEMINTA SEDEKAH
YANG MERANGKAK
KAKI KECIL BENGKOK
TANGAN JADI KAKI

GUA TANYA DARI MANA
KERANA INI BUKAN
MUKA BIASA DI  CHOW KIT
DIA JAWAB
DARI ROHINGYA

WOW !
MACAM MANA
DIA DATANG KE MALAYSIA
DENGAN KAPAL LAUT
ATAU NYEBERANG HUTAN
GUA TAK TAHU DIA
DUDUK DIMANA

GUA BERGERAK
DIA. MERANGKAK
MENUJU KE ARAH  PASAR
AMIN

BULAN PUASA


JANG OOI

NI BULAN PUASA

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "ALAM SEDANG BERUBAH -
 BAWA KESEDARAN"

Jaga diri... Jom berancuk... Jom melancap.. jangan fitnah 

BILA ALAM MURKA

 



ALAM MURKA

BILA DICEMAR

AMIN

MANUSIA TERIMA

MALAPETAKA

KHALAS

GULAI UMBUT PISANG



INI GULAI

UMBUT PISANG

DI BAZAR RAMADAN

PUTRA JAYA

YANG LU MINAT

TERIMA KASIH

KHALAS




Shuib commented on
 "PEMINAT
 YANG HITAM MANIS"

Saya peminat jugak tapi peminat gulai kawah umbut pisang la (namun begitu masak lemak cili api tetap pilihan pertama dan utama .. hehehe)

AJAR DIRI SENDIRI DULU



SEBELUM AJAR

ORANG LAIN

SILA AJAR

DIRI SENDIRI DULU

KHALAS


Unknown commented on
 "PAS NAK AJAR ANWAR"

Kah kah kah ajar diri supaya jadi baik manusia yang terbaik tak curi tak jual balak, tak rasuah kiri kanan, tak jual pasir tanah kah kah balak tak curi jugak, atur air bersih dulu baru sembang lain lah, bukan kita nak puji yang ada tapi engkau orang lagi malas, jadi duta Arab tapi Haram masuk tanah Arab, nak jadi ahli Parlimen tapi malas datang Parlimen, apa nak jadi, rakyat nak ajar engkau orang lagi kah kah kah kah syukur kita masih ada isle belakang woit kalau tidak lama dah masuk lokap woit kah kah kah satu persatuan sekalian klister penjara, buat parti dalam penjara kah kah kah

JANGAN JAGA BONTOT SAIFOL


JANGAN JAGA

BONTOT SAIFOL

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on
 "PIPIT TAK BASUH"

inilah contoh jenis yang suka jaga burit orang. Tak abis abis dengan kes liwat mat songel... Macam diri sendiri sangat bersih, tak langsung wat perkara-perkara setara dengan liwat.

RAKYAT FRANCE TERUS BERDEMO



RAKYAT FRANCE

TERUS BERDEMO

AMIN



HAPUSKAN SOSMA SEKARANG !!!



Bekas tahanan Sosma masih trauma

TUJUH tahun selepas ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), bekas pegawai polis Mustaza Abdul Rahman masih trauma dengan keseluruhan episod itu.

Bekas mekanik yang bertugas di balai polis daerah Sungai Petani itu berusia 29 tahun ketika anggota polis dari Bahagian Anti Pengganas (E8) menyerbu tempat kerjanya pada 2016.

Berbekalkan senapang separa automatik dan balaclava, Mustaza ditekan ke bawah dan tidak diberi peluang untuk mempersoalkan penahanannya itu. Semasa digari, pegawai memberitahu beliau ditangkap kerana menyokong kumpulan militan Daesh.

“Pada masa ini, seminggu sebelum Hari Raya 2016. Saya berada di balai polis Sungai Petani, membetulkan bateri van polis ketika diserang hendap. Saya menggigil apabila mereka menerkam, tertanya-tanya apa yang saya buat, apa yang saya buat.”


“Sarjan yang bersama saya semasa penahanan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya dan seperti saya, beliau juga terkejut. Unit E8 bersenjata lengkap. Ia bukan serangan hendap biasa. Seolah-olah saya ketua daripada sindiket dadah.

“Saya dimaklumkan ditahan kerana didakwa menjadi sebahagian daripada Daesh,” kata Mustaza kepada The Malaysian Insight baru-baru ini, kira-kira sebulan selepas dibebaskan.

Mustaza didakwa secara sedar memberi sokongan kepada aktiviti keganasan melibatkan penggunaan bahan letupan dengan niat untuk meneruskan ideologi. 

Beliau juga didakwa tahu mengenai kesalahan berkaitan keganasan tetapi tidak menyerahkan maklumat tersebut kepada pihak atasan apabila diwajibkan berbuat demikian oleh undang-undang dan memberi sokongan kepada Daesh dengan berikrar setia melalui aplikasi Telegram dalam sembang kumpulan bernama “Gagak Hitam “.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun selepas rayuannya di Mahkamah Persekutuan ditolak. Pada 1 Mac 2023 Mustaza dibebaskan.

Mustaza yang kini berusia 36 tahu dan bapa tunggal, menghadapi kesukaran untuk menggambarkan penahanannya di bawah Sosma.

Abangnya, Mahathir yang hadir semasa wawancara memberitahu The Malaysian Insight, Mustaza bukan orang yang sama seperti sebelum ditangkap.

“Saya tidak dapat bayangkan apa yang beiau lalui. Selepas ditahan, polis menyerbu rumah dan menggeledah untuk mencari bukti. Akhirnya menggunakan bingkai Arab yang boleh anda boleh beli di mana-mana kedai sebagai bukti beliau menyokong Daesh.

“Beliau pada mulanya ditahan selama 28 hari dan dalam tempoh itu, kami tidak dapat menghubunginya.

“Jika 28 hari itu tidak mencukupi, beliau terus ditahan selama tujuh bulan lagi kerana mereka tidak dapat mencari bukti kukuh untuk mendakwanya. Hanya pada lawatan keempatnya ke mahkamah barulah beliau didakwa berikrar taat setia kepada Daesh,” kata Mahathir.

Sosma digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Ia diperkenalkan oleh perdana menteri ketika itu Najib Razak dan diwartakan pada 22 Jun 2012.

Undang-undang itu diwujudkan di bawah artikel 149 Perlembagaan Persekutuan untuk meningkatkan keselamatan dalam negeri, termasuk mencegah perbuatan keganasan, sabotaj dan pengintipan.

Tiga tahanan Sosma pertama ialah Yazid Sufaat, Halimah Hussein dan Mohd Hilmi Hasim atas dakwaan keganasan pada 2013.

Subseksyen 4(5) Sosma memberi kuasa kepada polis untuk menahan seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan bagi tempoh tidak melebihi 28 hari untuk siasatan.

Diseksa di bawah Sosma

Mustaza pada mulanya keberatan untuk bercerita mengenai tempoh yang dihabiskan dalam tahanan kerana ia hanya akan mengimbau kembali babak gelap dalam hidupnya. Perlahan-lahan beliau mula bersuara.

“Kadang-kadang pada waktu malam, saya akan bangun dalam ketakutan. Saya masih dapat merasakan suasana di mana ketika disimpan di dalam bilik gelap tanpa tingkap dan penghawa dingin dipasang kuat.

“Tiada selimut, tiada tilam, hanya kau, seorang diri. Sejuk sangat, kau tak boleh tahan sejuk. Beberapa malam semasa penahanan saya, mereka akan bawa kau keluar dari bilik dalam keadaan telanjang. Mata saya ditutup.

“Sepanjang masa mereka sentiasa memberitahu yang saya adalah sebahagian daripada Daesh dan saya berikrar setia kepada mereka. Mereka cuba ‘brainwash’ saya. Saya ditumbuk di perut dan menanggung pelbagai jenis penyeksaan,” katanya.

Mustaza mengakui beliau kini perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan persekitaran baharunya.

Mustaza juga menantikan hari raya yang bakal tiba, selepas tujuh tahun tidak dapat berjumpa keluarga.

“Saya teruja untuk berterus-terang, tetapi saya juga berhati-hati. Saya cuba bersikap sederhana dalam setiap aspek. Saya menyesuaikan diri, terima kasih kepada keluarga. Saya fikir saya melakukannya dengan baik selepas dibebaskan.

“Sebenarnya, saya masih tidak percaya sudah keluar dari penjara. Saya dipenjarakan kerana sesuatu yang tidak saya lakukan dan keluar dari penjara adalah sesuatu yang nyata,” tambahnya.

Mustaza dan Mahathir bersetuju kerajaan mesti melupuskan Sosma - undang-undang yang mereka berdua sifatkan sebagai drakonian.

“Jika Sosma adalah undang-undang mencegah jenayah, terutamanya keganasan, undang-undang itu sepatutnya mengubah seseorang ‘buruk’ kepada ‘baik’ tetapi sebaliknya, anda mengubah seseorang yang ‘baik’ menjadi ‘buruk’,” kata Mahathir.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini berkata kerajaan tidak akan mengkaji semula Sosma. Senator itu berkata undang-undang itu boleh dikaji semula pada masa depan tetapi bukan sekarang.

“Pendirian saya ialah undang-undang adalah dinamik dan tidak statik, dan kita mempunyai Parlimen untuk menggubal dan meminda undang-undang.

“Kita perlu bertindak balas terhadap situasi itu dari semasa ke semasa. Dan patutkah ia dipinda sekarang? Tidak. Ini prinsip dan pendirian saya pada masa ini,” kata menteri itu.

Pada masa ini terdapat 22 tahanan Sosma yang ditahan di penjara dan kesemua 22 itu dikaitkan dengan kumpulan Daesh. 

Seramai 17 ditahan di penjara Tapah manakala lima lagi berada di Kamunting. – 15 April, 2023.

AKU FAHAM

PERASAAN INI

AMIN

MANA SEDIH

MATA MEMBACA

BERAT LAGI

BAHU MEMIKUL

AMIN

HAPUSKAN SOSMA

SEKARANG !!!

KHALAS

MAHKAMAH LULUS - APA AKAN JADI ?



French court approves Macron’s unpopular plan to raise pension age

Constitutional council’s ruling means government can pass law to increase minimum eligible age as early as next week


Mahkamah Perancis meluluskan rancangan Macron yang tidak popular untuk menaikkan umur pencen


Keputusan majlis perlembagaan bermakna kerajaan boleh meluluskan undang-undang untuk meningkatkan umur layak minimum seawal minggu depan


Mahkamah perlembagaan tertinggi Perancis telah meluluskan cadangan Emmanuel Macron untuk menaikkan umur pencen minimum daripada 62 kepada 64 tahun.


Keputusan itu bermakna kerajaan boleh meluluskan rancangan tidak popular presiden Perancis untuk meningkatkan umur pencen layak minimum seawal minggu depan, berkuat kuasa menjelang akhir tahun ini.


Kerajaan berharap keputusan itu akan menamatkan protes selama tiga bulan, tetapi polis berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk lebih banyak demonstrasi pada malam Jumaat. Beratus-ratus penunjuk perasaan berarak dari dewan bandaraya Paris melalui kawasan Marais, dengan beberapa tong sampah dibakar dan anggota bomba menangani kebakaran.



TIGA BULAN

BERDEMO 

AMIN

HASIL TAK

BERJAYA

AMIN

APA TINDAKAN

SETERUSNYA

AMIN




AJARAN ISLAM BERI AIR BERSIH PADA AKYAT KELANTAN


AJARAN ISLAM

BERI AIR BERSIH

PADA RAKYAT

KELANTAN

KHALAS

Unknown commented on 
"PAS NAK AJAR ANWAR"
Apa modal ada lagi pada PAS? Saja tanya jangan marah, kalau pakai bangsa kah kah kah Melayu? Kalau pakai agama mestilah Isle, tak ada modal lain, ajar ajar agama dengan baik, buat cara betul, buat terbaik untuk angkat mertabat agama sampai langit, bagi tahu umat supaya jangan bagi lesen balak kerana duit, bagi air bersih kepada rakyat, buat kerja rajin hadir Parlimen, jangan ponteng jangan makan gaji Haram tanpa kerja, bagi tahu kalau makan minum bayar sendiri, 

kalau menonton porno jugak bayar sendiri, jangan buat malu, kalau dapat 90juta sedekah kepada umat, jangan veli Audi,jangan mengidam nenas bini orang, ajak umat supaya tidak pamerkan scud dalam media social, rakyat gempar takut melihat scud Senik macam scud sadam Hussein, ajar umat supaya jangan jaga kain orang, rumah sendiri atur dulu, perbaiki diri dahulu, jangan nak jadi polis moral kalau diri pun tak berapa betul, minta umat jadi Isle yang baik bukan Tok Arab yang jahat kah kah kah boleh tak??? Ajak rakyat ajar rakyat jangan jadi otak beku sikit kah kah kah

PROJEK BEBAS NAJIB DITENTANG



PROJEK 

BEBAS NAJIB

DI TENTANG

KHALAS

KERJAAN LUAR TABII



KERAJAAN

LUAR TABII

KHALAS

Unknown commented on
 "PAS NAK AJAR ANWAR"

Masa PAS berada dalam kerajaan dulu semasa Yidin dan Mail jadi PM harga barang turun ke? Kos sara hidup turun ke? PAS ni labun tinggi melagit RUU355 pun tak sentuh langsung masa masa PAS dalam kerajaan LUAR TABII kerajaan pintu belakang dulu, dah menang lebih sikit dah naik tocang, tiga tahun dalam kerajaan luar tabii PAS buat apa???

ALAM SEDANG BERUBAH - BAWA KESEDARAN



ALAM SEDANG

BERUBAH

AMIN

SUNGAI KERING

BAWA KESEDARAN

AMIN

Unknown commented on
 "MUSIM KEMARAU AKAN SAMPAI"

Venice canal dry up, Jordan river dry up, banyak lagi tempat sudah jadi kering kontang, fenomena biasa atau tidak? Memang luar biasa tapi mana kesusahan semua ini? Cerita imagination memang banyak bagaimana kiamat akan sampai tapi kita kena lihat sendiri nanti, ke mana nak bawa semua jawatan pingat pangkat manusia apabila kiamat, para ular pulak akan jadi apa, adakah akan selamat? Manusia biasa akan hidup atau tidak kalau begitu ? Kah kah apa pun hari ini Masih hidup buat baik, jangan hasut jangan sikap agama melampau jaga mulut, jangan diri sudah tak payah sibuk mengatur orang lain, jaga diri sudah kah kah kah