Ahad, 8 Mei 2022

JUMPA IMAM MAHADI

 

JUMPA 

IMAM MAHADI

KHALAS

PASAL APA SEKARANG BUKAN CERITA ?

 


Mengapa baru sekarang Muhyiddin buka cerita Zahid? – Shahril

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mempersoalkan tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin yang terus mendakwai Ahmad Zahid Hamidi memintanya campur tangan dalam kes mahkamah yang hadapinya.

Shahril berkata, Muhyiddin hanya melemparkan dakwaan itu selepas UMNO tidak ada lagi kepentingan kepadanya. 

“Jika perkara ini benar-benar berlaku pada permulaan penubuhan kerajaan PN (Perikatan Nasional), mengapa hanya buka cerita lepas dua tahun ketika kempen PRN Johor?

“Kenapa hanya apabila ditekan oleh UMNO, keluarkan cerita cerita sebegini? Hingga mengguna saluran utama untuk keluarkan dakwaan tersebut setelah tiada lagi kepentingan dengan UMNO? Kenapa tak dari awal?,” katanya dalam hantaran di laman  Facebook, hari ini.

Semalam Muhyiddin mendakwa Ahmad Zahid menunjukkan sejumlah fail berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau yang menjawat jawatan Perdana menteri ketika itu untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah.

Menerusi dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 26 April lalu, Muhyiddin berkata, Ahmad Zahid membuat permintaan itu selepas menghadiri mesyuarat di kediamannya.

Beliau berkata demikian dalam afidavit jawapan terhadap permohonan injunksi yang difailkan oleh Ahmad Zahid dalam saman fitnah berhubung dakwaan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu meminta bantuan Muhyiddin untuk menyelesaikan atau menangguhkan kes mahkamahnya.

Menurut Shahril, apabila UMNO membantu Muhyiddin dengan memberikan sokongan  kepadanya beliau tidak berbunyi.

“Inilah yang dimaksudkan peribahasa terhimpit hendak di atas, terkurung hendak di luar. Tidak mahu mengambil tanggungjawab atas ketidakikhlasan berkawan dengan UMNO.

“Dalam erti kata lain, sama ada ini cerita rekaan, atau beliau pentingkan jawatan selaku PM. Pilihlah yang mana satu,” ujarnya.

Menurut Shahril naratif yang lebih tepat lagi berhubung perkara tersebut ialah Presiden UMNO telah memimpin parti yang telah jatuh sehingga mampu bangun dan kembali ke landasan kemenangan.

Tambah beliau, Ahmad zahid telah membawa kejayaan-kejayaan dalam tempoh singkat yang tak terbayang dek akal sewaktu mula-mula pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 walaupun ditekan pelbagai pihak sejak 2018.

“Maka, lawan parti akan sentiasa tidak senang duduk, melempar pelbagai tuduhan dengan niat menjatuhkan, meskipun beliau tidak pun disabitkan apa-apa kesalahan lagi,” katanya



MUHYIDIN

BUKA CERITA

SEKARANG

KERANA

SEKARANG ADA

URA URA NAJIB

NAK MASUK JIL

KAH KAH KAH

MUHYIDIN NAK

BUKTIKAN DIA

TETAP TEGAS

DALAM KES

NAJIB SEBAGAI

PENCURI

KAH KAH KAH

MUHYIDIN TEGAS

TAK CAMPUR

MAHKAMAH

AMIN

INI BUKTI

MUHYIDIN TEGAS

AMIN

BUKAN DAFI

 



Umno nafi ketua menteri Melaka dipaksa tandatangan surat letak jawatan

KHABAR angin yang mendakwa Sulaiman Md Ali dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan sebagai ketua menteri Melaka, adalah fitnah dan tidak berasas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Mohamad Ali Mohamad berkata Sulaiman yang juga Adun Lendu, akan terus memegang jawatan sebagai ketua menteri sehingga tamat penggal seperti mana yang dipersetujui sebelum ini.

“Pucuk pimpinan tertinggi Umno dan lima ketua Umno Bahagian di Melaka iaitu Kota Melaka, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya, Jasin dan Alor Gajah, setuju menjadikan Sulaiman sebagai ketua menteri.

“Kami berharap Sulaiman akan terus memegang jawatan itu sehingga habis tempoh jawatannya iaitu selama lima tahun,” katanya kepada pemberita di Melaka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri Sungai Udang dan Parlimen Tangga Batu yang berakhir lewat malam tadi.

Semalam, terdapat dakwaan yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook kononnya Sulaiman dipaksa menandatangani surat perletakan jawatan sebagai ketua menteri Melaka.

Dalam pada itu, Ali yang juga timbalan Yang Dipertua Dewan Negara berkata Umno Melaka akan terus menyokong dan mempertahankan Sulaiman daripada diganggu pihak tertentu yang mahu menjatuhkannya.

“Saya berharap mulai hari ini, tidak akan timbul lagi desas-desus yang mengatakan ada orang akan menggantikan Sulaiman seperti mana yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Sulaiman mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka pada 21 November tahun lepas, selepas Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini merupakan kali kedua Sulaiman dilantik sebagai ketua menteri Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan berkenaan pada 9 Mac 2020, menggantikan Adly Zahari yang dilantik ketua menteri Melaka ke-11 pada 11 Mei 2018. – Bernama, 8 Mei, 2022.

WOIT

KAH KAH KAH

INI NAFI

 BUKAN DAFI

KAH KAH KAH

INI NAFI

DINAFIKAN

 BUKAN DIDAFIKAN

KAH KAH KAH

INGAT CARA

BACA BERITA

KAH KAH KAH

KALAU DINAFI

APA MAKNANYA?

KAH KAH KAH

NAFI JANGAN

TAK NAFI

KHALAS

MUHAMAD QASSIM LAGI HEBAT

 


MUHAMAD QASSIM

LAGI HEBAT

AMIN

Unknown commented on 

"REPUBLIK ISLAM PAKISTAN MAKIN BERAT - JIBRIL DATANG MELAWAT"

Dahsat bro, dahsat! Dulu muhammad abdullah hanya diberi Boraq seekor nak naik kelangit... Yang ni naik kelangit dengan jibril!! Hebat hebat... Cayalah.. Tuckbeer...

PAK LEBAI MASUK PUB

 



PAK LEBAI

MASUK PUB

AMIN 

Unknown commented on

 "PALESTINE DAN MALAYSIA"

.. gua pilik apa yang sama lebai sini masuk pub wo ... kat sana ada lebai masuk pub ?? mana ada

ILMU DARI MIMPI

 


PARA SAINTIS

PARA ILMUAN

BERMATIAN  

MENGKAJI &

MENCUBA  DALAM

 BILIK MAKMAL

AMIN

GAGAL 

BANYAK KALI

TAPI CUBA LAGI

KHALAS

MAMAT INI DAPAT

ILMU UNTUK

SELAMATKAN

UMMAH HANYA

DENGAN MIMPI

KAH KAH KAH

INI HEBAT

LAGI BERAT

MAKIN BERAT

 KHALAS

MASUKKAN NAJIB SEKARANG DALAM JIL - SEMUA BERES

 



Badan kehakiman diugut: Pandangan sebelah lagi

SEMENJAK Raja Petra menerbitkan artikelnya “Pendedahan Mengejutkan: Konflik Kepentingan Hakim Perbicaraan Najib Nazlan Terdedah” pada 14 Mac 2022 dalam blognya, Malaysia Today, kita hanya membaca pandangan sebelah pihak mengenai isu itu, sama ada daripada kenyataan akhbar oleh Ketua Pendaftar, Majlis Peguam, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi DAP, Ketua Hakim Negara, The Edge Malaysia mahu pun Dr. Shad Saleem Faruqi.

Dalam artikel ini, saya memberikan pandangan sebelah lagi dengan tujuan semata-mata untuk memberikan hujah kedua belah pihak kepada orang ramai supaya mereka berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membuat keputusan mengenai isu tersebut. Saya tidak mengatakan saya betul dan mereka salah, Raja Petra betul dan Hakim Mohd Nazlan salah, atau sebaliknya.

Merujuk kepada kenyataan Majlis Peguam dan laporan The Edge Malaysia, dikatakan bahawa Raja Petra dan ahli politik terutamanya penyokong Najib sedang mengugut Badan Kehakiman. Sama ada itu benar atau tidak, tidakkah boleh dihujahkan bahawa mereka juga mengugut SPRM dalam menjalankan tugasnya? Majlis Peguam seolah-olah lupa bahawa SPRM-lah yang menyiasat Najib yang membawa kepada sabitan kesalahannya.

Sekarang, hanya kerana dakwaan dibuat terhadap hakim yang telah mensabitkan Najib, sabitan yang mereka takut kiranya diketepikan, mereka melompat membelanya dan meragui kredibiliti SPRM.

Majlis Peguam menuntut penyiasatan setara dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap laporan polis yang dibuat oleh Hakim Mohd Nazlan; bahawa tidak sepatutnya ada double standard dalam mendekati perkara itu; bahawa siasatan SPRM melanggar doktrin pengasingan kuasa; bahawa ia menjejaskan kebebasan badan kehakiman; bahawa ia tidak berperlembagaan dan ia harus ditangani di bawah Perkara 125 Perlembagaan.

Soalan: Sekiranya Hakim Mohd Nazlan membebaskan Najib adakah Majlis Peguam akan mengeluarkan kenyataan yang sama?

Tidak perlu dikatakan bahawa laporan polis Hakim Mohd Nazlan dan laporan yang dibuat terhadap Hakim Mohd Nazlan mesti diberi penyiasatan yang setara dan saya pasti mereka sedang diberikan. Tetapi, dengan menuntut “penyiasatan setara” diberikan kepada laporan Hakim Mohd Nazlan tetapi cuba menghalang siasatan dijalankan terhadap laporan terhadap Hakim tersebut, tidakkah Majlis Peguam mengamalkan double standard?

Saya menerima beberapa mesej WhatsApp dan e-mel, semuanya daripada bukan- peguam yang bertanya soalan yang sama: Adakah menyalahi doktrin pengasingan kuasa bagi SPRM menyiasat hakim? Ia menunjukkan bahawa bukan-peguam pun mendapati pandangan Majlis Peguam itu pelik. Hakim tidak terkecuali daripada undang-undang. Perlukah saya berkata lebih daripada itu kepada Presiden Majlis Peguam?

Majlis Peguam juga mengatakan bahawa siasatan itu menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman. Puan Presiden, kebebasan Badan Kehakiman tidak termasuk kebebasan untuk melakukan jenayah dan daripada disiasat mengenainya.

Majlis Peguam juga mengatakan bahawa siasatan itu tidak mengikut perlembagaan. Saya ingin tahu di bawah peruntukan manakah ia tidak berperlembagaan? Presidennya merujuk kepada Perkara 125. Saya menggesa beliau membaca semula peruntukan itu.

Perkara itu merujuk kepada situasi di mana seseorang Hakim itu “patut dipecat atas alasan apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) atau atas alasan tidak berdaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau akal atau apa-apa sebab lain, untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan sepatutnya,..” Ia tidak meliputi pelakuan kesalahan jenayah.

Sebaliknya, SPRM dan Polis hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa masing-masing dan bukan perkara yang disebut dalam Perkara 125. (Walaupun Dr. Shad Saleem Faruqi cuba meluaskan liputan Perkara 125, saya tidak fikir boleh boleh tidak bersetuju dengan dua ayat terakhir saya itu.)

Saya merujuk kepada dua kenyataan akhbar oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Atas sebab apa pun, tiada dakwaan sedemikian pernah dibuat terhadap mana-mana hakim dalam tempoh lima puluh tahun yang lalu. Jadi reaksi Badan Kehakiman dengan mengeluarkan kenyataan akhbar itu juga adalah yang pertama. Saya percaya Ketua Pendaftar tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian melainkan diarahkan oleh Ketua Hakim Negara.

Ambil perhatian bahawa dakwaan Raja Petra itu bukanlah dakwaan umum terhadap Badan Kehakiman. Ia adalah dakwaan terhadap hakim tertentu. Kenapa badan kehakiman harus melompat membelanya?

Walaupun dakwaan itu telah dibuat oleh seorang penulis blog, jika peguam Najib tidak membuat permohonan untuk perbicaraan semula atau tidak menggunakannya sebagai alasan rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk mahkamah mengetepikan sabitan dan memerintahkan perbicaraan semula, perkara itu berakhir di situ.

Jika peguam Najib memilih untuk melakukan salah satu daripada dua perkara yang disebut sebelum ini, jika tiada kenyataan dikeluarkan oleh Badan Kehakiman, walaupun mahkamah menolak permohonan atau hujah itu, tiada kritikan atas alasan berat sebelah boleh dilemparkan terhadap Badan Kehakiman.

Sebaliknya, apabila kenyataan itu telah dikeluarkan, peguam Najib boleh berhujah bahawa mahkamah berat sebelah kerana Badan Kehakiman telah mengeluarkan kenyataan menolak dakwaan itu lebih awal. Jika dan apabila mahkamah menolak permohonan atau hujah itu, ia memberi alasan kepada pengkritik untuk mengatakan bahawa mahkamah berat sebelah. Bagaimanapun, mengapa memberi alasan kepada Najib dan penyokongnya untuk menyerang keputusan mahkamah?

Mengenai sub judice, tidakkah kenyataan oleh Badan Kehakiman itu juga sub judice? Ia sepatutnya lebih lagi, ia datang dari Badan Kehakiman sendiri sebelum isu itu diputuskan oleh mahkamah, jika dibangkitkan.

Sekarang kita sampai kepada ucapan Ketua Hakim Negara. Tidak ada bahagian yang saya tidak bersetuju dengannya. Saya hanya mempersoalkan mengenai kesesuaian masanya.

Walaupun Ketua Hakim Negara tidak menyebutnya, sesiapa yang membaca ucapan itu tahu bahawa beliau merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Raja Petra yang dilaporkan dalam Malaysia Today bahawa Hakim Mohd Nazlan sedang disiasat oleh SPRM.

Saya mengulangi apa yang saya katakan mengenai kesan dua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar. Ambil perhatian bahawa satu peristiwa penting telah berlaku selepas kenyataan akhbar kedua itu, iaitu SPRM mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat Hakim berkenaan.

Soalan: Tidakkah lebih baik membiarkan SPRM meneruskan dan menyelesaikan siasatan?

Di akhir siasatan, SPRM akan mengumumkan sama ada tiada bukti untuk menyokong dakwaan Raja Petra itu atau terdapat bukti yang mencukupi untuk menyokong pertuduhan terhadap Hakim berkenaan. Jika ia yang awal disebutkan, Hakim itu dibersihkan. Tidakkah lebih baik bagi Hakim berkenaan bahawa beliau dibersihkan oleh SPRM selepas siasatan lengkap dan tiada kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh Badan Kehakiman? Jika pengumuman itu yang kemudian disebut, maka fail siasatan itu akan dirujuk kepada Pendakwa Raya (Peguam Negara) untuk memutuskan sama ada hendak mendakwa Hakim berkenaan atau tidak. Jika, berdasarkan keterangan, Pendakwa Raya memutuskan untuk tidak membuat pertuduhan, perkara itu tamat di situ. Jika beliau memutuskan sebaliknya, proses perbicaraan bermula.

Sama ada Hakim itu dibersihkan atau tidak, tiada kritikan boleh dilemparkan terhadap Ketua Hakim Negara. Beliau tidak boleh dituduh cuba mengganggu siasatan oleh SPRM.

Sekiranya saya dituduh pro-Najib, biarlah saya jelaskan bahawa saya tidak kisah walaupun Najib terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di penjara dengan syarat beliau mendapat perbicaraan yang adil. Saya tidak mengatakan dakwaan Raja Petra bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil, ada merit atau tidak. Itu untuk mahkamah memutuskannya. Saya tidak mengatakan dakwaan Raja Petra dan laporan bahawa Hakim Mohd Nazlan terlibat dalam skandal kewangan 1MDB benar atau tidak, mahupun sama ada laporan Hakim Mohd Nazlan terhadap Raja Petra ada merit atau tidak. Itu hanya akan diketahui selepas SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kedua-dua dakwaan dan laporan itu. Justeru, SPRM hendaklah dibiarkan menjalankan tugasnya tanpa gangguan atau apa yang nampak seperti gangguan oleh sesiapa.

(Nota: Sebaik sahaja saya selesai menulis artikel ini, saya menerima mesej daripada seorang rakan bahawa dua peguam dan seorang aktivis telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi memohon pengisytiharan berikut:

• badan penyiasatan jenayah, termasuk SPRM tidak berhak atau dihalang daripada menyiasat hakim-hakim yang sedang berkhidmat di mahkamah atasan (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) melainkan mereka digantung kerja seperti yang dikehendaki di bawah Perlembagaan Persekutuan;

• pendakwa raya tidak diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim yang sedang berkhidmat di mahkamah atasan.

Mereka juga telah memohon pengisytiharan bahawa siasatan oleh SPRM terhadap Hakim Nazlan adalah tidak berperlembagaan.

Berita itu menyebabkan saya memutuskan untuk menerbitkan artikel ini.

— TUN ABDUL HAMID MOHAMAD mantan Ketua Hakim Negara. Artikel ini dipetik dari http://www.tunabdulhamid.my


RAKYAT TANYA

DAH LEBIH

TIGA TAHUN

PASAL APA

NAJIB TAK MASUK

KE DALAM JIL

AMIN

KERANA LAMBAT

MASUK JIL BANYAK

SONGEEL MUNCUL

AMIN

MASUKKAN NAJIB

SEKARANG KE DALAM

JIL SEMUA BERES

KHALAS

LANCHOW 48 JAM - KAH KAH KAH





MANA

SAMAN ?
 
28 Apr 2022 — Isham dalam hantaran Facebooknya pagi ini menegaskan, jika tiada respon dalam tempoh itu, beliau mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ...
Missing: BWERI ‎MASA
Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil memberi tempoh 48 jam kepada Muhammad Sanusi Md Nor, untuk meminta maaf dan menarik balik ...
YouTube · KiniTV · 1 week ago
Missing: BWERI ‎MASA
Perbincangan atau komplot itu juga dikatakan menjurus ke arah menyumbat pemimpin-pemimpin UMNO ke dalam penjara setelah minit mesyuarat itu tular.
Missing: BWERI ‎| Must include: BWERI




APA

JADI

DENGAN

AMARAN

48 JAM

LAAN

CHOW

KAH KAH

MOTOSIKAL DAN MAUT

 

Penunggang, pembonceng motosikal rekod kes maut tertinggi

KEMALANGAN maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal merekodkan jumlah tertinggi dengan 88 kematian dicatatkan di seluruh negara setakat semalam sejak Op Selamat 18 sempena Aidilfitri dilancarkan pada 29 April lalu.


Timbalan Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata kemalangan maut membabitkan pemandu dan penumpang kenderaan lain pula mencatatkan 44 kematian diikuti pejalan kaki dengan 8 kematian serta penunggang basikal (1 kematian).

“Keseluruhan kes kematian sepanjang Op Selamat 18 adalah sebanyak 141 kematian dalam 135 kemalangan maut yang berlaku di jalan raya di seluruh negara,” katanya hari ini.

Beliau berkata, selain itu, polis secara keseluruhannya merekodkan sebanyak 12,985 kemalangan di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, setakat semalam juga, sejumlah 257,808 saman dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan trafik. 

Razarudin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 194,445 saman dikeluarkan kerana kesalahan utama iaitu memotong barisan, memotong garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju serta menggunakan alat telekomunikasi. – Bernama, 7 Mei, 2022.

 PEMBONCENG

MOTOSIKAL

PALING BAHAYA

AMIN

PASTI MEREKA

ANAK MUDA

AMIN

PEMBONCENG

MOTOR 

MAT REMPIT

PASTI CIKARO

KAH KAH KAH

APAKAH CIKARO

YANG GUGUR  ?

AMIN 

RUGI GILA

AL-FATIHAH

 KAH KAH KAH

AMIN