Khamis, 17 Disember 2020

KENAL DIRI MU - KENAL MUSUH MU

 



KENAL DIRI MU

KENAL MUSUH MU


AMARAN MAT SABU DAN GUAN ENG PADA ANWAR

 


AWALNYA 

ANWAR BERJAYA 

TIPU MAT SABU

TIPU GUAN ENG

AMIN

JATUH KERAJAAN

PAKATAN HARAPAN

AMIN

PADA 26 /11/2020

SEKALI LAGI

ANWAR MENIPU

JUMPA AGONG

ADA NUMBO

AMIN

BILA MENGUNDI

SATU HABUK

TARAAAK

AMIN




Jangan buang masa dengan ahli Parlimen kerajaan, kata DAP, Amanah kepada Anwar

Dua pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) hari memberikan amaran kepada gabungan itu agar tidak mengharapkan ahli-ahli Parlimen kerajaan untuk kembali berkuasa, satu kenyataan yang dilihat menyelar tindakan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang cuba mendapatkan sokongan ahli Parlimen Umno.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, kekalahan tipis gabungan itu dalam pengundian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Selasa seharusnya dilihat sebagai peluang untuk bekerjasama dengan parti pembangkang di luar PH.

“Undian Belanjawan pada hari Selasa mengajar kita untuk tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang lebih daripada 111 ahli Parlimen dengan berdasarkan hanya 92 ahli Parlimen PH. Andai kata berdasarkan 108 ahli Parlimen PH Plus betapa kuat laginya,” kata Lim dan Mohamad dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua pemimpin PH itu berkata, Anwar gagal untuk mendapatkan sokongan daripada ahli Parlimen kerajaan seperti didakwanya bagi memastikan Belanjawan 2021 dapat digagalkan di peringkat bacaan ketiga di Dewan Rakyat pada Selasa.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini Lim dan Mohamad berkata, undian pada Selasa jelas menunjukkan 108 ahli Parlimen yang menentang Perikatan Nasional (PN) adalah jumlah sama pada Mac 2020.

“Tidak ada satu pun ahli Parlimen kerajaan yang mengundi bersama Pakatan Harapan (PH), termasuk mereka yang kononnya menyokong Anwar. Jelas ahli Parlimen kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN,” katanya.

Pada Selasa, kerajaan PN berjaya meluluskan belanjawan pertamanya dengan 111 undi menyokong, 108 menentang dan seorang tidak hadir.

Kejayaan meluluskan Belanjawan 2021 dilihat sebagai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

Pada 23 September, Anwar yang juga presiden PKR mengumumkan mempunyai sokongan yang “kukuh dan meyakinkan” bagi menumbangkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun ketika mengadap Yang di Pertuan Agong pada 13 Oktober, ahli Parlimen Port Dickson itu gagal membuktikan dakwaan mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menjadi perdana menteri.

Lim dan Mohamad hari ini berkata, PH seharusnya tidak membuang masa dengan ahli Parlimen kerajaan yang oportunis, dan hanya memperalatkan PH demi kepentingan peribadi mereka sendiri agar memperolehi tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan PN.

“Sekarang mesti ada anjakan politik baru untuk fokus kepada membangunkan pakatan pembangkang yang lebih bersatu yang dapat bertanding sebagai satu pasukan dalam pilihan raya akan datang.

“Pemimpin PH mesti mengenepikan bebanan lampau supaya PH dapat berkembang menjadi PH Plus dengan kekuatan hebat 108 ahli Parlimen. Dengan 108 ahli Parlimen PH Plus sebagai pakatan yang mantap, apa-apa sahaja kemungkinan boleh berlaku kelak,” kata kenyataan itu.

AMANAH DAP

DAH PENAT 

DENGAN PUTAR

ANWAR

AMIN

INI AMARAN

AMIN

MALAH RAFIZI

MALAH DALAM PKR

MAKIN RAMAI

TAK CAYA PADA

ANWAR IBRAHIM

AMIN

MANA  HILANG

YB NIK NAZMI

YB JOE BEDUL

YB SAIFUDIN

YB DOLAH SANI

YB LI KANG

SEMUA SENYAP

KAH KAH KAH

MALU

RASA NAK

 TUTUP MUKA

TAPI

BONTOT NAMPAK

AMIN

NAK TUTUP BONTOT

ANWAR MARAH

KAH KAH KAH



ZAHID AKAN DIPANGGIL

 



ZAHID AKAN

DIPANGGIL

Unknown commented on 

"UMNO TAK SOKONG 

MASUK PENJARA"

https://www.sinarharian.com.my/article/115177/BERITA/Nasional/Isu-kapal-LCS-PAC-akan-panggil-Ahmad-Zahid Penyamun kapal sudah ketakutannnnn. Akhirnya apa yg coba didiamkan sudah mula panas. Dulu masa berkose sapa sentuh kena ketuk! Berbiliunn sapu duit. Apapun tunggu kebenarannn. Kahkahkahkah

CONTOHI KERAJAAN PERAK

 



PERAK JADI

CONTOH

AMIN

DEMI KEBAJIKAN

RAKYAT

AMIN




Peruntukan RM200,000 untuk semua ADUN cerminkan kematangan politik – Kor Ming

IPOH – Peruntukan sebanyak RM200,000 kepada semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak seperti yang diumumkan dalam Belanjawan negeri 2021 adalah langkah besar pertama yang mencerminkan kematangan politik negeri, kata DAP Perak.

Pengerusinya Nga Kor Ming berkata, ini adalah salah satu daripada beberapa syarat yang dipersetujui antara Pakatan Harapan (PH) dan Menteri Besar baharu,  Saarani Mohamad dalam perbincangan baru-baru ini.

“Semua perkara penting yang disepakati secara konsensus, menandakan sejarah baru dan menunjukkan kematangan politik PH bersama dengan Menteri Besar yang baru dilantik.

“Ini adalah pertama kalinya dalam sejarah negara ini semua 59 ADUN Perak diberikan RM200,000 setiap tahun untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi kita dan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya pada sidang media di pejabat DAP Perak di sini hari ini.

Selain peruntukan RM200,000, Saarani juga mengumumkan kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengundang semua anggota DUN ke mesyuarat yang melibatkan jawatankuasa tindakan daerah, jawatankuasa kumpulan fokus daerah dan jawatankuasa pengurusan bencana daerah.

Kor Ming berkata, susulan perbincangan dengan Saarani, kerajaan negeri telah bersetuju mengubah perintah tetap Dewan Undangan Negeri untuk memberi pengiktirafan kedudukan Ketua Pembangkang untuk menikmati gaji, elaun, emolumen dan kemudahan yang diperlukan untuk memainkan peranan mereka dengan berkesan.

“Kerajaan negeri juga telah setuju untuk mengubah perintah tetap agar ketua Jawatankuasa Kira-kira Wang Umum Negeri (PAC) dilantik dalam kalangan pembangkang untuk menjaga keharmonian antara berbagai bangsa dan agama.

“Peruntukan untuk urusan Islam dan bukan Islam dipertahankan dalam Belanjawan 2021 Perak dan jika ada keperluan, peruntukan ini dapat dinaikkan kemudian,” katanya.

Kor Ming juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mengekalkan peruntukan untuk sekolah Cina dan Tamil Jenis Kebangsaan, sekolah bebas Cina, sekolah mubaligh dan lain-lain. – MalaysiaGazette

NEGERI LAIN DAN

KERAJAAN 

FEDERAL

WAJIB IKUT

CONTOH PERAK

AMIN



BAIK YANG KITA BUAT AKAN BERCAKAP TAK PERLU DIIKLAN




BAIK YANG DIBUAT

TAK PERLU DIJAJA

Unknown commented on 

"BERKHALWAT HARI KE 275"

BRO BILA LU BERJAYA BUAT KERJA SENDIRIAN MAKA RAMAI ORANG AKAN DATANG MENJEMPUT Mengingatkan gwa pada anak jati dari Lancaster. Fred Dibnah the steeplejack dan enjin wap. Fred ini buat kerja sendirian. Dia tidak ke sana ke mari jaja retorik jaja modal agama ketuanan orang putih, tidak gila kuasa tidak curi duit atau jual temberang. 


Melayu terutamanya Pak Lebai yang baru belajar pegang jawatan menteri baru pegang duit banyak baru merasa duduk dalam Vellfire patut berasa malu. Fred yang bukan Islam lebih jujur lebih sederhana daripada kamu!

KENALI DIRI MU

 



KENALI DIRI MU

KENALI MUSUH MU

SERATUS TEMPUR

SERATUS MENANG

AMARAN KEPADA ANWAR IBRAHIM

 



WOIT

MAKIN HEBAT

MAKIN JELAS

MAKIN BERANI

BERI AMARAN

PADA ANWAR

AMIN

Jangan buang masa

 dengan ahli Parlimen kerajaan, 

kata DAP, Amanah 

kepada Anwar


WOIT

INI HANYA 

PERMULAAN

AMIN

MASIH SOPAN

AMIN

TANDA YANG

JELAS ADA

GERAKAN NAK

TERJANG

ANWAR IBRAHIM

KHALAS

TAK SOKONG MASUK PENJARA

 


TAK SOKONG

MUHYIDIN  

MASUK PENJARA

KHALAS



Umno perlu sokong

 Muhyiddin atau 

hilang kuasa politik,

 kata penganalisis 

UMNO kini tiada pilihan selain menyokong Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional ketika ini, kerana tidak mahu hilang kuasa politiknya sendiri, kata penganalisis.

Menurut mereka, pimpinan Umno menyedari bahawa parti mereka tidak akan menerajui kerajaan secara automatik.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, terdapat kemungkinan pihak lain, termasuk pesaingnya PKR dan Anwar Ibrahim, atau Dr Mahathir Mohamad akan mengambil peluang untuk membentuk kerajaan sekiranya Muhyiddin ditumbangkan.

Mereka mengatakan ini selepas Umno menyokong Perikatan bagi memastikan Belanjawan 2021 diluluskan pada peringkat ketiga dan terakhir di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sebarang tindakan oleh ahli Parlimen Umno yang tidak menyokong belanjawan akan menyebabkan ia ditolak sekaligus menyebabkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hilang undi percaya di Parlimen.

Belanjawan 2021 lulus dengan majoriti tiga undi, memberi peluang kepada Perikatan peluang untuk terus mentadbir negara dengan sokongan 111 ahli Parlimen.

Ahli sains politik dari Universiti Teknologi MaLaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berkata, pentadbiran Muhyiddin kini boleh mengambil peluang ini untuk berunding  berhubung agihan kerusi dengan Umno untuk pilihan raya umum ke 15.

“Umno mungkin bimbang sekiranya tidak menyokong Muhyiddin, ia akan memberi ruang kepada pihak lain untuk membentuk kerajaan, termasuk kemungkinan Pakatan Harapan akan kembali menerusi Anwar atau Dr Mahathir.

“Katakan Muhyiddin tumbang, ia tidak menjamin Umno akan berpeluang untuk memegang jawatan perdana menteri. Ia turut memberi peluang kepada DAP (untuk mentadbir). Jadi, Umno tidak berani untuk menyusun semula situasi politik,” katanya.

Tambahnya, sekiranya Umno menjadi pencetus kejatuhan Perikatan, sukar untuk mendapat sokongan sekutu sedia ada dan pasti lebih sukar untuk menubuhkan kerajaan yang stabil.

“Sekiranya Umno terus menyokong kerajaan Muhyiddin kini, Umno masih boleh mainkan beberapa peranan. Malah tiada konsensus antara Umno dengan parti pembangkang lain.

“Mereka bimbang selepas kejatuhan Perikatan, ia akan menyebabkan krisis politik baharu, dan sukar untuk menjamin Umno akan terus kekal berkuasa. Umno mungkin akan mencari jalan penyelesaian lain.” – 17 Disember, 2020.


WOIT

NAJIB ZAHID

TENGKU FRAUD

MAT MASLAN

ISA SAMAD 

BUNG MOKHTAR

SEMUA MASUK

PENJARA

KALAU MUHYIDIN

JATUH

KAH KAH KAH

TAKDA PILIHAN

SEMUA AKAN

TERUS SOKONG

MUHYIDIN

AMIN


TERAJANG ANWAR AZMIN

 


TERAJANG 

ANWAR AZMIN

Unknown commented on 

"KERAJAAN MUHYIDDIN 

JATUH ESOK"

All the shit happening in Malaysia all due fight between Azmin and Anwar. Malaysia akan aman damai tampa dua ekor ini. Lets kick these two idiot out. And DAP too stupid to see this. I had high hope for DAP but at the end they got sucked in by Anwar.

RAHSIA BOCOR

 


TAK KAWING

panglimo potaseh commented on

 "DENDAM DAN CINTA"

Timo kasey tt ..akhirnye rahasio alam tobongka ..cinto potamo tt berakhir dongan kematiang ..suchey boto cinto kau ..sampai ari ni tak kawing. Bobezo dgn Abam yang tau nutoh jo walau pong dah ado binik.

SATU KESAH CINTA

 


SATU KESAH CINTA

Unknown commented on

 "DENDAM DAN CINTA"

Zaman sekolah dulu aku ada sorang kawan.. budak pendiam hensem blaja pun pandai pastu anak orang kaya plak.. cukup pakej. Lpas spm dia masuk kolej buat persediaan untuk gi obersi. Setahun kat kolej mara banting tiba tiba kawan kawan duk becerita dia kene hantar balik sebab sakit. 

Dia jadi tak becakap dengan orang asyik mengelamun kat tepi dinding.. berminggu minggu duk macam tu. katanya ada sorang awek dah bagi guna guna kat dia. Bila dah wat balik scan punya scan rupanya bukan sebab guna guna tapi penangan pil kuda...

BANGUN SUSUN LAWAN



 

BANGUN SUSUN

LAWAN



SELAMATKAN
FERI

PULAU PINANG

SEJARAH

WARISAN

126 TAHUN

PEMUSNAH

DATANG DARI

BANI MELAYU

YANG TAK

KENAL SEJARAH

BANGSA

HANYA KENAL

PROJEK DAN DOLAR

AMIN

NASEHAT UNTUK KU LI

 


NASEHAT UNTUK

TUAN HAJI KU LI

panglimo potaseh commented on 

"APA JADI PETANG INI ?"

Gwa nak bagi nasihat Tuan Haji Ku Li ..nongar boley pochayo jangan ..satu lagi kok nampak Madey jgn pobia lak dongan lampu litrik ..balik sobolom sonjo ..

TAHNIAH SARAWAK



 

TAHNIAH

SARAWAK 

BERI OXYGEN

 UNTUK SEMUA

UMAT MANUSIA 

 AMIN

ANAK SEMUA

 BANGSA 

BANGSA SEMUA 

AGAMA 

DAPAT OXYGEN 

AMIN




Inisiatif hutan Baram terima 

sokongan antarabangsa

PERTUBUHAN Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO) secara rasminya mengiktiraf cadangan daripada masyarakat di Lembangan Sungai Baram untuk Taman Damai Baram.

Cadangan itu adalah untuk menjadikan 280,000 hektar hutan dan tanah pertanian, yang didiami lebih 30 etnik orang asal terdiri daripada masyarakat Penan, Kenyah, Kelabit, dan Saban, sebagai kawasan pemuliharaan yang bebas daripada pembalakan komersial.

Jabatan Hutan Sarawak akan memimpin dalam program pemuliharaan dengan input dari masyarakat setempat dan masyarakat sivil.

Ia termasuk kawasan terakhir yang hutannya belum pernah diteroka di negeri itu, menurut kumpulan konservasi Save Rivers dan Bruno Manser Fund.

Kumpulan itu menyatakan kerajaan Malaysia secara rasmi telah cadangan untuk dipertimbangkan di mesyuarat ITTO kali ke-56 pada 9 November hingga 13 November di Yokohama, Jepun.

Pengerusi Save Rivers, Peter Kallang memuji keputusan itu.

“Masyarakat di sini mengalu-alukan inisiatif Jabatan Hutan Sarawak dan pengesahan ITTO. Ini merupakan petanda penting kepada komuniti yang menunggu untuk projek itu diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Peter, sokongan itu menunjukkan bahawa kerajaan dan masyarakat antarabangsa memandang serius masalah penduduk. – 16 Disember, 2020.


KEDAH YANG

NGAKU ISLAM

WAJIB IKUT 

SARAWAK YANG

ANIMIS

AMIN

SELAMATKAN

HUTAN BELUM

KHALAS



UMNO TAK SOKONG MASUK PENJARA

 


GEROMBOLAN

JIKA TAK SOKONG

KAH KAH KAH

MUHYIDDIN

AKAN SUMBAT

KE PENJARA

AMIN

Umno perlu sokong 

Muhyiddin atau hilang

 kuasa politik, 

kata penganalisis 


INI NAMANYA

KUASA

KAH KAH KAH

INI NAMANYA

KUASA POLITIK

AMIN