Khamis, 26 Ogos 2021

BILA KHEMAH BESAR TERPASANG

 

BILA 

KHEMAH BESAR

SIAP TERPASANG

SANG BADUT 

BOLEH BERAKSI

KHALAS

PASANG KHEMAH BESAR





AWAS


RAKYAT

WAJIB

DISEDARKAN

PASANG 

KHEMAAH BESAR

 BUKAN

UNTUK BAWA

NAJIB & ROSMAH

PINDAH DARI

SUNGAI BULUH

DUDUK DALAM

KHEMAH BARU

KHALAS

TAIK PALAT NAIK JET

 


AWAS

KETIKA SABRI

PERGI KE YAN

RAAMAI KAKI BODEK

TAIK PALAT

IKUT SAMA 

DALAM JET

 RESMI KERAJAAN

AMIN

BUKAN SALAH 

TAPI  TAIK PALAT

BUAT BUSUK

NAMA PM

AMIN



PAGI INI SABRI

PERGI JUMPA

AGONG DI KUANTAN

AMIN

ADA SAPA IKUT

SAMA?

 AMIN

SAJA TANYA

MANA TAHU

KALAU KALAU

ADA TAIK PALAT

YANG IKUT SAMA

KHALAS

BERSEDIA ANGKAT SUMPAH

 





BERSEDIA 

ANGKAT SAMPAH

OPPS... SUMPAH

AMIN



Unknown commented on

 "PERKEMBANGAN BAIK KE ARAH KERAJAAN PERPADUAN"

Samsul yoda dan abdollah sani dah stereka baju melayu hitam.kahkahkah


Unknown commented on 

"PERKEMBANGAN BAIK KE ARAH KERAJAAN PERPADUAN"

semua dapat mandat rakyat ....semua wakil rakyat.. dan semua adalah calon PM.. kecuali abam non..PM Tepi di khemah besar.. kah kah kah..

POLITIK TER KINI




 

 POLITIK TERKINI

MALAM INI AKAN DIBINCAGKAN



Tonton LIVE di :

https://www.facebook.com/DewanMudaJohorKuasaPendesak/


Persefahaman PM, Pakatan permulaan era politik baharu, kata Khaled Nordin


Kerjasama rentas parti langkah tepat, kata PAS



Pertemuan PM, pembangkang langkah awal politik baru, kata Saifuddin





Tonton LIVE di https://www.facebook.com/DewanMudaJohorKuasaPendesak/

GENCATAN POLITIK MELAWAN COVID: REALISTIK ATAU FANTASI?

Date : 26/09/2021 (Khamis)
Masa : 8.30 pm

1. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
- Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM

2. Saudara Hishamudin Rais
- Pengamat Politik, Penulis

3. Sdr Noor Azleen Ambros
- Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang

Moderator : Nabilah Nazirah
Ahli Dewan Muda Johor

STRATIJI KHEMAH BESAR

 

SEBELUM PASANG

KHEMAH BESAR

FAHAMI CARA

PASANG KHEMAH 

KECUL DULU

AMIN

SAPA PUTAR SIAPA

 



SAPA PUTAR 
CIK GU PUTAR

ANAK MURID

ATAU

ANAK MURID

PUTAR CIK GU

KAH KAH KAH

SIAPA DIA DEWAN MUDA JOHOR

 

 


FORUM MALAM INI

DI TALIAN

ANJURAN 

DEWAN MUDA

JOHOR 

www.dewanmudajohor.com 


GENCATAN POLITIK MELAWAN COVID: 
REALISTIK ATAU FANTASI?

Date : 26/09/2021 (Khamis)
Masa : 8.30 pm

1. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
- Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM

2. Saudara Hishamudin Rais
- Pengamat Politik, Penulis

3. Sdr Noor Azleen Ambros
- Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang

Moderator : Nabilah Nazirah
Ahli Dewan Muda Johor


AL-FATIHAH

 


AL-FATIHAH

ELLY KASSIM

1944-2021


Penyanyi lagu popular Ayam Den Lapeh meninggal dunia

UALA LUMPUR – Penyanyi legenda Indonesia yang terkenal dengan lagu Ayam Den Lapeh, Elly Kasim Ali Umar meninggal dunia pada usia 76 tahun semalam.

Allahyarham yang terkenal dengan lagu-lagu Minang yang kebanyakan popular – meninggal dunia di rumah sakit MMC Kuningan, Jakarta selepas mengalami radang usus.

Penyanyi berdarah Minang itu dilahirkan di Sumatera Barat pada 27 September 1944.

Sepanjang berkecimpung sebagai penghibur, penyanyi kelahiran Tiku, Tanjung Mutiara di Sumatera Barat itu pernah menerbitkan sekurang-kurangnya 100 buah album solo.

Sebelum ini, lagu Ayam Den Lapeh juga dirakam semula oleh penyanyi Anita Sarawak.

Media tempatan melaporkan, berita pemergian Elly disahkan oleh ahli keluarga terdekatnya.

Selain aktif sebagai penyanyi, Allahyarham juga terkenal sebagai perancang perkahwinan khususnya yang berkaitan dengan adat dan budaya Minang di bawah syarikatnya, Elly Kasim Collection.

Pada 29 Julai 2017, Elly mempersembahkan sebuah konsert bertajuk Menjulang Bintang 57 Tahun Elly Kasim Berdendang di Teater Jakarta, Taman Ismail Marzuki.

Konsert dikendalikan Pengarah Muzik Hendri Lamiri itu dihadiri ramai rakan artis popular seperti Titiek Puspa dan Judika.

Suami Elly yang juga seorang seniman berdarah Minang, Nasif Bazir meninggal dunia pada tahun lalu. 


AMIN

MUSUH KEPADA MUSUH KITA ADALAH KAWAN KITA

 



MUSUH KEPADA

MUSUH KITA

ADALAH

KAWAN KITA

KHALAS

PERKEMBANGAN BAIK KE ARAH KERAJAAN PERPADUAN

 


INI CADANGAN

AMAT BAIK

AMIN

TAK KIRA APA

NAMA

AMIN

YANG PENTING

KURANG GADUH

TUMPU LAWAN

KOBID

KHALAS



Tawar jawatan timbalan speaker pada pembangkang, kata Azalina 


PUTRAJAYA perlu menggantikan timbalan speaker Dewan Rakyat dengan ahli Parlimen pembangkang menerusi usul yang dibawa oleh kerajaan, kata Azalina Othman hari ini. 

Bekas timbalan speaker, yang meletakkan jawatan pada 23 Ogos lalu berkata peletakan jawatannya akan memberi ruang kepada kerajaan dan pembangkang untuk menetapkan semula (reset) fungsi Dewan Rakyat pada persidangan September depan. 

“Ianya jelas (reset). Ia perlu digantikan oleh ahli Parlimen pembangkang namun usul itu perlu dibawa oleh kerajaan. Ini yang saya maksudkan dengan politik kepartian,” katanya pada forum anjuran Asli dan Institut Asia Tenggara Jeffrey Cheah. 

“Ini merupakan peluang terbaik untuk perdana menteri menawarkan tanda muhibah ini kepada pembangkang.”

Ahli Parlimen Pengerang berkata pembaharuan ini yang memilih ahli Parlimen pembangkang untuk jawatan timbalan speaker mampu dicapai. 

“Ini boleh dicapai, sekiranya mereka lakukan ini dan disokong oleh semua, ia akan menjadi sejarah dalam Parlimen Malaysia,” katanya. 

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri dan gabungan pembangkang Pakatan Harapan bersetuju untuk bekerjasama bagi memperkukuhkan institusi Parlimen dan untuk eksekutif berfungsi lebih telus untuk memberi khidmat kepada rakyat. 

Ismail, dalam satu kenyataan bersama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pertemuan yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya membincangkan agenda untuk memastikan kebajikan rakyat. 

“Pertemuan ini bertumpu kepada agenda kepentingan rakyat iaitu mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis kesihatan dan ekonomi akibat penularan Covid-19,” menurut kenyataan itu. 

“Ia juga untuk membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.”

Mereka berkata persetujuan bersama turut dicapai dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan
mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

Mereka juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi.

Mengenai peletakan jawatannya, Azalina yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno menyebut konflik moral, peribadi dan politik menjadi sebab keputusannya.

Peletakan jawatannya dibuat ketika timbul desas-desus bahawa beliau turut tersenarai dalam barisan Kabinet baharu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. 

Beliau pernah berkhidmat dalam Kabinet bekas perdana menteri Najib Razak sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan sebelum ini sebagai menteri belia dan sukan di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. – 26 Ogos, 2021.


KERJAAN BARU

WAJIB TERBUKA

MENERIMA

PEMBANGKANG

AMIN

SOKONGAN JELAS

PECAH DUA

AMIN

HAMPIR

 SAMA ANGKA

AMIN

INI JALAN BAWA

KESTABILAN

KHALAS



TUNGGU MASA KE SUNGAI BULUH

 



TUNGGU MASA

KE SUNGAI BULUH

AMIN

Unknown commented on 

"KALAU BEBAS -

 KEMBALI KE JALAN RAYA"

TT realistik sikit, sekali Bossku post tahu berapa ribu like untuk dia ? Komen untuk dia ? Dia masih popular dengar penasihat Amin, mak badak tak nampak, orang tak suka membadak tapi suka Bossku, kah kah kah

HARI HARI AKHIR SAEKOR PERIKATAN

 


PENG ANAL

TIDAK FAHAM

KAH KAH KAH

INI KERAJAAN

SYARATTON

KAH KAH KAH

SABRI AKAN

IKUT SYARAT

KALAU NAK

SELAMAT

KKALAS




Belum tentu Perikatan ada nyawa selepas PRU15, kata penganalisis


RUNDINGAN kerusi dan hubungan rapuh dengan Umno antara faktor penentu nasib Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis politik.

Masa depan gabungan itu akan banyak bergantung pada cara Muhyiddin Yassin mengemudi hubungan PN dengan Umno, serta PAS yang juga komponen gabungan itu, kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar.

“Sekarang ini bergantung pada kedudukan Umno. Kalau tiga parti Melayu (Umno, Bersatu, dan PAS) tidak berpecah, PN boleh bertahan selepas PRU15.

“Saya bayangkan keadaan ini sukar untuk dicapai kerana pendirian politik Umno, yang menyebabkan Muhyiddin tersingkir sebagai perdana menteri,” katanya.

Hisomuddin merujuk tindakan 14 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin awal bulan ini sehingga membawa kepada peletakan jawatannya sebagai perdana menteri pada 16 Ogos.

Menurut Hisomuddin, hala tuju PAS juga masih belum jelas ketika parti Islam itu kini menganggotai PN tetapi pada masa sama menjalin kerjasama dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN).

“Adakah PAS akan kekal dengan Bersatu atau memilih untuk mengukuhkan hubungan dalam Muafakat dengan Umno. Petunjuk ini perlu dilihat.

“Kalau PAS dan mana-mana komponen PN setia dan kekal dalam gabungan itu, PN boleh terus hidup. Kalau ada yang keluar, PN akan terkubur,” kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insight.

Muhyiddin, 74, jadi perdana menteri pada Mac 2020 selepas membawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) sementara pada masa sama sekumpulan ahli Parlimen PKR keluar parti.

Perkembangan itu membawa kepada peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan jatuhnya pentadbiran PH, yang digantikan sebuah kerajaan baharu pimpinan Muhyiddin.

Muhyiddin bagaimanapun tidak dapat sokongan penuh Umno yang tidak berpuas hati kerana menganggap pimpinan parti itu diketepikan daripada jawatan utama. Umno juga menganggap dipermainkan oleh Bersatu dan PN dalam pilihan raya negeri Sabah.

Kemuncaknya, sekumpulan ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri sehingga terpaksa letak jawatan, lebih 17 bulan selepas menerajui sebuah kerajaan yang rapuh.

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob kemudian dilantik perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat sokongan majoriti 114 ahli Parlimen melalui surat akuan bersumpah.

Menurut Hisomuddin walaupun Muhyiddin dan Bersatu menyokong Ismail Sabri, ia bukan petunjuk Bersatu dan Umno sudah mencapai kata sepakat menuju pilihan raya umum akan datang.

“Cabaran utama Bersatu dalam PRU15 ialah mempunyai strategi untuk bertanding cukup kerusi yang boleh mereka menang.

“Rundingan kerusi mungkin susah sebab sekarang Barisan Nasional (BN) yang kawal kerajaan. Umno tentu akan menguasai rundingan terutamanya kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu.

“Bersatu dan PAS perlu ada jumlah kerusi yang cukup untuk pastikan mereka terus relevan selepas PRU15.

“Kalau PN gagal untuk berunding dan kemudian bersaing dengan Umno, PN akan susah hendak pertahan pencapaiannya sekarang dalam pilihan raya akan datang,” tambah Hisomuddin.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis Oh Ei Sun berkata PN sekarang bukan lagi pembuat keputusan utama, biarpun beberapa pimpinan parti menegaskan kerajaan Ismail Sabri hanya bertukar perdana menteri dan masih lagi kerajaan PN.

Katanya, walaupun PN masih sebahagian daripada kerajaan, ia bukan lagi jadi teraju.

“Mereka sekarang duduk di kerusi penumpang. Itu bezanya sekarang, sampailah pilihan raya akan datang,” katanya.

Oh juga percaya Umno tidak akan mudah menyerahkan kerusinya untuk ditandingi oleh Bersatu.

“Kalau boleh menang buat apa beri kepada PN atau Bersatu?

“Malangnya Bersatu bukan parti dengan akar umbi yang kuat. Umno akan kata mereka yang lebih ada jentera akar umbi dan kerana itu mereka yang patut bertanding (bukannya Bersatu,” tambahnya.

Atas sebab itu, Oh kurang optimis PN akan terus bernyawa selepas PRU15.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah Dr Lee Kuok Tiung pula berpendapat PN perlu mengukuhkan gabungannya untuk kekal relevan.

PN pada masa ini dianggotai Bersatu, PAS, dan Gerakan serta dua parti di Sabah iaitu  iaitu Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Selain Bersatu dan PAS, semua parti lain dianggap tunggul mati.

“Gerakan dan SAPP kalah teruk dalam PRU14.

“Jadi PN perlu kukuhkan gabungannya dengan misalnya Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS),” katanya.

GPS dan PBS mendukung kerajaan PN pimpinan Muhyiddin dan meneruskan sokongan kepada Ismail Sabri.

PN juga kurang pimpinan barisan kedua yang boleh menggantikan pemimpin utama, tidak seperti Umno.

“Masalah utama Umno ialah pemimpinnya yang ada kes di mahkamah dilihat sebagai beban untuk parti bergerak maju,” tambah Lee. – 26 Ogos, 2021.

BERSATU AKAN

TERBARAI JIKA

AZMIN TAK JADI

TIMBALAN SABRI

KAH KAH KAH

INI JUGA

SYARAT NYA

KAH KAH KAH



BERDIRI DEPAN CERMIN LIHAT DIRI

 


CERMIN

MELIHAT DIRI

AMIN

ADI KUWAIT BUKA KHEMAH

 


ADI KUWAIT

MULA BUKA

KHEMAH BESAR

KAH KAH KAH

Unknown commented on 

"APA SUDAH JADI "

lepas 3 ekor refromis lapok jumpa PM .. dia ajak mai duk kemah besar PH.. kah kah kah

Unknown commented on 

"KELENTONG BARU - 

KHEMAH BESAR"

Apa akan dibuat dalam "khemah besar" TT tak duga ke? Dia orang dah lama gemar golden shower, mungkin ada yang lagi dalam khemah. Yang masih dikencing ialah rakyat yang masih dipaksa terima Pakatan Harapan sebagai calon kerajaan alternating.

WAN JI TAK FAHAM POLITIK

 




WAN JI

TAK FASIH POLITIK

AMIN


Yeop sepet commented on 

"SIAPA LAGI 

ANWAR NAK TIPU"

Ustaz wan ji dah mula jadik tulang cop halal Anwar,atok dalang penubuhan kerajaan PN katanya,bukan goons abam yg desak atok letak jawatan tp atok yg duk ulang2 nak letak jawatan.kahkahkah sia2 je wan ji tu mengaji agama.


RAMALAN RAMALAN

 


HARI HARI

AKHIR SAEKOR

PERIKATAN

AMIN


Belum tentu Perikatan ada nyawa selepas PRU15, kata penganalisis


SATU PERIKATAN

KOJOL TAHUN 1969

KAH KAH KAH

BERKHALWAT HARI KE 527

 




KHALWAT KE 527

KHAMIS  26/8/2021

KITA  MASUK KE HARI 527
BERKHALWAT

PKP 4.0
MENAKUTKAN
ANGKA NAIK NAIK NAIK
AMIN

POLITIK
KAH  KAH  KAH
MENUNGGU 
SENARAI MENTERI

I GOD DE NUMBO
ADI KUWAIT
KINI TAK JADI
SEDAG NAK BUKA
KHEMAH BESAR
KAH KAH KAH

PAGI INI HOKKIEN BASAH
PETANG KELMARIN HUJAN
MATA  HARI TAK NAMPAK
LANGIT MENDUNG
AWAN KELABU BERTABURAN
KALAU BERKUMPUL
PASTI HUJAN LEBAT
PETANG INI

YANG BISING PAGI INI
SIMPONI CENGKERIK
BASAH MENJADIKAN
CENGKERIK RIANG RIA
DI SERATA JALAN
BOLEH DISENGAR

HA HA
PIPIT BIASA DAN PIPIT UBAN
SEDANG MERAGUT
DI AWAL PAGI
RAMAI BERKUMPULAN
TERBANG 
KE SANA KE MARI

TIONG BERGADUH
BISING 
HANYA SAEKOR MURAI BERKICAU
TAPI SEKEJAP
KEMUDIAN HILANG
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN

BRO
LATIH MINDA
UNTUK TERUS TENTERAM
DALAM APA JUA KEADAAN

CINTA ITU
TIDAK BUTA
BILA TERIKAT
BILA TERJERAT
ITU YANG BUAT BUTA

SENTIASA DENGAR
SUARA  HATI
YANG SENTIASA 
BERDETIK BENAR

BRO
APA LU BUAT
HARI INI
ITULAH MASA DEPAN LU

BERCINTA INI
TAK PERLU JADI SEMPURNA
PERLU JADI JUJUR

BRO
LU JANGAN JATUH CINTA
KETIKA LU KESUNYIAN
JATUH CINTA
BILA LU DAH BERSEDIA

BRO
JANGAN LUPA
KAWAN YANG SETIA
NANTI SATU HARI
LU SEDAR INTAN TELAH HILANG
YANG LU KUMPUL HANYA BATU

JANGAN BERHARAP
ORANG LAIN AKAN
BAWA GEMBIRA
KALAU TERUS BERHARAP
AKAN KECEWA

BRO
KALAU ADA ORANG CEMBURU
PADA LU
JANGAN MARAH
INI TANDA LU LEBIH TERRER
DARI DIA

TANDA KITA DEWASA
IALAH KITA BUAT PERUBHAN
BUKAN
CARI ALASAN

JANGAN TERSANGKUT
PADA APA APA
TERSANGKUT BAWA
SAKIT

SOSOK YANG JUJUR
TAK RAMAI KAWAN
TAPI
ADA KAWAN SETIA

DUNIA KITA INI
WUJUD 
DARI FIKRAH KITA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT