Ahad, 17 Januari 2021

TRUMP KENA PECAT LAGI SEKALI





TRUMP KENA

PECAT SEBELUM

BERHENTI 

KAH KAH KAH

OTAK POLITIKUS

 



OTAK POLITIKUS 

Unknown commented on

 "GELARAN BARU"

Politikus memang ada otak, tapi otak buat projek, buat duit, buat komisen, buat curik rompak samun, kini sudah parah, kena survive untuk survival, suka tak suka kena all out, nak pegang balik jawatan supaya kes mahkamah boleh selesai, kalau tidak semua masuk rumah sewa Sg Buloh, 

bajet home stay kena besar sikit sebab nak tempatkan VVIP nie semua setiap sel kena ada air cond, astro, Internet, massage service, tukang masak, tukang bersih, tukang penyedap kah kah kah begitu lah msia ni yang curi susu tepung untuk anak kelaparan terus sumbat penjara, yang jawatan kaya boleh rayu rayu sampai bertahun tahun hingga diampunkan kah kah kah Malaysia Boleh

KLUSTER MAHKAMAH

 



KLUSTER

 MAHKAMAH

Unknown commented on

 "ZAHID PUN KENA TIPU KE ?"

Kluster mahkamah umno seharusnya berhenti jadi ketua, bagaimana mahu jadi ketua kalau banyak kes mahkamah.hanya orang gila dan orang bodoh sedunia yang mampu tidak letak jawatan sambil meminta sokongan.kebodohan apakah ini, kafir makan babi haram pun tak bodoh macam babi in

JANGAN JADI TIKUS MAKMAL

 



JANGAN JADI

TIKUS MAKMAL

Unknown commented on

 "KITA JANGAN 

JADI TIKUS MAKMAL"

Bila bercakap pasal perbekalan vaksin covid 19 jangan pula berperangai seperti rakyat marhaen yang membeli vaksin seperti beli ikan dipasar.ini urusan kerajaan, bodoh kerajaan bodohlah hasilnya.bijak rakyat maka dapat perbetulkan kerajaan yang bodoh.bak kata tuan lebai cantat sotong monteng harus halal puncanya

PANDANGAN BIJAK

 



PANDANGAN BIJAK

Unknown commented on 

"SATU HARAPAN"

Yang aku tak tahan, sampai sekarang, "pembangkang" masih bodoh tak guna otak. Nak rayu Agong batal darurat, bentanglah dulu rancangan macam mana nak tangani masalah kobid dan penderitaan rakyat, tanpa darurat. Jangan buat bodoh ikut Anwar serah nombor saja kepada Agong.

BUKAN FREE - KENA BAYAR TAPI MURAH

 


UBAT

BUKAN FREE

KENA BAYAR

TAPI MURAH 

BUKA CARI UNTUNG

Unknown commented on

 "POLITIKUS INI KITA SOKONG"

apa beza ini dengan bagi 

kain pelekat beras sardin ?

LAWAK BERDIRI DAH SAMPAI KE CHINA MERAH

 


LAWAK BERDIRI

DAH SAMPAI

KE CHINA MERAH 

ZAHID PUN KENA TIPU KE ?

 

ZAHID SILAP

KAUTIM DENGAN

ANWAR

AMIN




Masa untuk Zahid 

berundur, desak 

ketua-ketua 

pemuda Umno

BEBERAPA pimpinan Pemuda Umno di akar umbi mendesak Ahmad Zahid Hamidi letak jawatan presiden parti, ketika kepimpinannya belum juga lagi memutuskan secara mutlak hala tuju politik Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Mereka membuat kenyataan terbuka mendesak Zahid berundur “secara terhormat”, ketika ada kritikan terhadap kepimpinannya yang dianggap gagal membaca dan memahami sentimen ahli-ahli Umno di akar umbi.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Kuala Selangor Aemirul Zaki berkata Zahid boleh berbuat demikian secara sukarela tanpa perlu menunggu pemilihan parti atau keputusan Perhimpunan Agung Umno.

“Tidak timbul isu Zahid akan dikecam dan dibodohkan oleh ahli. Ahli (sebaliknya) akan puji dan berbesar hati melihat kesanggupannya memberi ruang kepada orang yang tidak banyak isu untuk mengetuai parti,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Zahid boleh berehat “untuk selamatkan parti”, tambah Aemirul, dengan menyerahkan kepimpinan parti kepada timbalannya Mohamad Hasan, sehingga pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada tahun ini.

“Kita boleh minta beliau berundur atau bercuti dan berbesar hati sebagai seorang pejuang untuk selamatkan parti dengan beri ruang kepada jentera parti buat kerja.

“Zahid perlu bersetuju untuk berundur dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya untuk mengetuai Umno pada masa ini,” katanya.

Ini bukanlah desakan pertama terhadap Zahid untuk berundur, sebaliknya muncul seawal enam bulan selepas beliau menang pemilihan parti pada akhir Jun 2018. Ketika itu Zahid ditekan untuk berundur selepas gerombolan ahli parlimen Umno keluar parti dan kemudian menyertai Bersatu.

Dua ketua Pemuda Umno bahagian minggu ini dipetik oleh Utusan Malaysia menggesa Zahid “berehat” segera. 

Ketua Pemuda Umno Pontian Mohd Helmi Buang yang membuat desakan itu juga menyeru langkah sama diambil oleh pemimpin Umno lain yang sudah berpenggal-penggal memegang jawatan tinggi.

“Tindakan ini amat pen­ting agar generasi baharu terus sa­yang dan menghormati parti keramat ini.

“Berundur tidak bermakna mengalah. Beliau (Zahid) boleh membantu parti dari luar bagi memastikan sema­ngat juang generasi baharu tidak pudar,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Seremban Zool Amali Hussin pula berkata pandangan mereka itu bukan tidak hormatkan Zahid sebagai presiden parti sebaliknya kerana mereka lebih sayangkan parti.

“Saya hanya mahu lihat pembaharuan dalam parti… tiada apa-apa yang saya nampak dilihat (untuk) meremajakan parti ini,” katanya.

Umno lemah

Desakan ini muncul ketika beberapa veteran Umno memberi pandangan agar pemilihan parti tidak perlu ditangguhkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15, seperti yang lazim dilakukan setiap kali pemilihan parti bertembung dengan pilihan raya.

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berkata kepimpinan Umno sekarang terlalu lemah, dan perpecahan dalaman parti hanya boleh diselesaikan dengan menentukan barisan kepimpinan yang baru.

Penasihat Umno Selangor Muhammad Muhd Taib pula menggesa mana-mana pemimpin yang bermasalah supaya berundur segera dan memberi lebih ruang kepada pemimpin yang lebih layak, demi kelangsungan politik Umno.

“Sekarang ini, soal beralah kepada yang pemimpin lebih layak menjadi masalah besar dalam Umno kerana ada yang tidak mahu beralah.

“Ini namanya tidak bertimbang rasa, tidak kasihan dengan parti dan bersifat bodoh sombong. Akar umbi sepatutnya kena tahu beza mana kaca dan mana permata,” kata Muhammad, dipetik Sinar Harian.

Zahid kini berdepan 47 tuduhan jenayah melibatkan kesalahan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Beliau juga didakwa menyokong usaha Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN), yang akan bekerjasama dengan DAP.

Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa baru-baru ini mendedahkan surat sokongan Zahid kepada Anwar, yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong – yang tersebar pada pertengahan Oktober lalu – bukan surat palsu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam Mohamad Anis Md Yusof berkata sentimen yang mahu Zahid berundur bukan hanya dalam kalangan ahli Umno.

“Ada juga dalam kalangan penyokong Umno… maksudnya bukan ahli Umno yang melihat kedudukan presiden pada hari ini sangat lemah,” katanya.

Bagaimanapun beliau berpendapat Zahid mungkin masih boleh mempertahankan jawatannya kerana sentimen pemilihan di akar umbi lazimnya dipengaruhi oleh pilihan ketua bahagian.

“Kebanyakan akar umbi buat pemilihan berdasarkan ‘sustainable’ pemimpin bahagian. Mungkin pemimpin bahagian memilih orang itu sebagai presiden jadi akar umbi pun pilih orang itu sebagai presiden. Itu yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Rizam Ismail berkata perbahasan mengenai siapa layak memimpin Umno sekarang hanya akan mengeruhkan keadaan dan boleh memusnahkan parti.

“Ini bukan masanya untuk kita berpecah-belah dan berantakan sesama sendiri. Sebaliknya, kita sebagai pemimpin di bahagian perlu tunjuk contoh yang baik kepada akar umbi. 

“Sebagai pemimpin yang matang kita perlu menyeru kepada ahli-ahli agar merapatkan saf dan bersatu padu di belakang pemimpin utama kita iaitu presiden Umno,” katanya.

Gelombang akan memuncak

Sementara itu, penganalisis politik Dr Mohammad Tawfik Yaakub dari Universiti Malaysia percaya gelombang penolakan terhadap Zahid akan terus memuncak dalam masa terdekat.

“Gelombang ini dicetuskan oleh pemimpin pemuda dan akan disambut oleh pemimpin tertinggi parti sekiranya semakin ramai Pemuda Umno menyuarakan desakan tersebut,” katanya.

Pensyarah di Fakulti Ekonomi itu berkata Umno perlu belajar daripada pengalaman MCA dan MIC yang berani menukar kepimpinan parti.

“Konsep taat kepada pemimpin dalam kehidupan orang Melayu perlu diletakkan pada tempat, masa yang sesuai dan bukan membuta tuli,” katanya. – 17 Januari, 2021.


KESILAPAN BESAR

AMIN

YANG DIKEJAR

TAK DAPAT

YANG DIKENDUNG

TERCICIR

KERANA MAKAN

TIPU PAK IMAM

AMIN



KERAJAAN 110


 

TAK DAPAT BANTU

RAKYAT TAKAPA

AMIN

JANGAN BAGI 

RAKYAT SUSAH

AMIN



Ahli Parlimen pembangkang akan rayu Agong batal darurat, kata sumber

AHLI Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang akan merayu Yang di-Pertuan Agong membatalkan pengisytiharan darurat Isnin depan, kata beberapa ahli Parlimen kepada The Malaysian Insight.

“Kami akan kemukakan rayuan bersama dari Pakatan,” kata seorang pemimpin kanan Amanah yang enggan namanya disebutkan.

“Saya rasa penting bagi kita untuk luahkan pendapat kami kepada Yang di-Pertuan Agong secara terus,” kata ahli Parlimen itu.

Katanya, PH tidak mempertikaikan hak Agong, namun berharap agar Sultan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempertimbangkan semula Perintah Darurat.

Mengikut nada sama yang dilemparkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim minggu lalu, beliau berkata PH merasakan Perintah Darurat yang diusulkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak perlu kerana undang-undang yang ada sudah mencukupi.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berada di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit sudah sangat luas dan berfungsi dengan baik untuk membendung Covid-19 tahun lalu.

“Tambahan pula, Pakatan sentiasa menyokong langkah wajar yang diambil bagi menangani penularan Covid-19,” tambahnya.

“Oleh itu, keperluan Perintah Darurat untuk Covid-19 sama sekali tidak perlu timbul.”

Dari pihak PKR dan DAP, lebih separuh ahli Parlimen memberitahu The Malaysian Insight mereka juga bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Anwar minggu lalu.

“Tetapi kita tidak akan merayu secara individu tetapi sebagai sebuah gabungan di bawah Pakatan,” kata seorang ahli Parlimen dari PKR.

Ketika ditanya bila rayuan akan diserahkan, ahli Parlimen itu berkata, kemungkinan rayuan akan dikemukakan esok.

Timbalan Presiden Pejuang Senator Marzuki Yahya berkata, pihaknya juga akan meminta Agong membatalkan Perintah Darurat.

“Kami bersetuju untuk menghadap Agong kerana ada banyak kerisauan mengenai kesan Perintah Darurat terhadap ekonomi,” kata Marzuki kepada The Malaysian Insight.

“Pejuang berharap dapat mengirimkan rayuan itu pada Isnin,” kata bekas wakil menteri luar negeri.

PH terdiri daripada 91 ahli Parlimen, sementara Pejuang terdiri daripada 4 ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Warisan yang mempunyai 9 ahli Parlimen, kelihatan masih tidak memutuskan lagi tentang perkara ini.

Seorang ahli Parlimen Warisan memberitahu The Malaysian Insight, mereka tidak mendapat arahan daripada presiden parti, Mohd Shafie Apdal.

“Saya setuju dengan ini tetapi kami sedang menunggu arahan lanjut,” kata ahli Parlimen Sabah itu.

Pada Khamis, Presiden PKR Anwar meminta ahli Parlimen PH untuk merayu kepada Agong supaya menarik kembali Perintah Darurat yang diumumkan 12 Januari dan dijadualkan berakhir pada 1 Ogos.

Sehari setelah darurat diumumkan, Muhyiddin berkata darurat itu bukan rampasan kuasa walaupun Parlimen, Perlembagaan Persekutuan dan pilihan raya akan ditangguhkan.

Beliau berkata darurat itu memberi kuasa lebih besar kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menggubal undang-undang, yang bertujuan mengawal pandemik.

Kenyataan itu keluar sehari selepas beliau mengumumkan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Muhyiddin membuat pengumuman itu hanya beberapa jam sebelum seorang lagi ahli Parlimen Umno, Nazri Aziz (Padang Rengas), menarik sokongannya kepada presiden Bersatu itu.

Pada 9 Januari, Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub mengejutkan negara dengan mengumumkan penarikan sokongannya dari Muhyiddin.

Muhyiddin, yang juga ahli Parlimen Pagoh, kini mengetuai kerajaan minoriti PN dengan hanya 110 sahaja daripada 222 ahli Parlimen di Dewan Rakyat. – 17 Januari, 2021.

RAKYAT MUAK

NAK MUNTAH

POLITIKUS

GILA KUASA

AMIN 



JANGAN SUSAHKAN RAKYAT

 



JANGAN SUSAHKAN

RAKYAT

Amier The Hero commented on 

"JANGAN TAMBAH 

KESUSAHAN RAKYAT"

Ini nuar jebong mmg muka tak tau malu, kulit tampal dgn kulit ibab dah rasanya. Kegilaan nak jadi pi'em buat dia jadi hilang kawalan. Dia konfiden Agong pilih dia jadi pi'em ke kalau yidin letak jawatan.. hahahaha.. gila gila!!! 


Ahlil² politik yg lain pun nampaknya sama takde otak. Org² mcm ini, elok kita humban je depa masa pru nnt. Rakyat susah, depa berebut kuasa. Nuar jebong mmg babi lahanat betul la. Mmg manusia yg tak patut ada kat mukabumi ni.

PEMUDA PARTI SELAM...OPPS PARTI ISLAM

 



WAHAI PEMUDA

PARTI SELAM

OPPS....SILAP

PARTI ISLAM

KAH KAH KAH

NAK TANYA

ZAMAN 

NABI MUHAMAD

DULU APA NAMA

RAJA SAUDI

AMIN

TANYA JE  

JANGAN MARAH

AMIN




Pemuda Pas gesa tindakan tegas ke atas Anwar kerana derhaka

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang  Anwar Ibrahim perlu dikenakan tindakan tegas kerana menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong apabila menolak pengisytiharan darurat yang dibuat baru-baru ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Nasir Helmi berkata, mana-mana pihak sekali pun tidak wajar mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Agong baru-baru ini yang jelas dibuat demi mengekang penularan wabak Covid-19.

PARTI SELAM

OPPS... SILAP

PARTI ISLAM

TAAT PADA

RAJA SAUDI KE?

SAJE TANYA

MANA TAHU

KALAU KALAU

DAPAT  DINAR

MACAM NAJIB

AMIN 



CAMDEN TOWN

 


CAMDEN TOWN

Unknown commented on

 "CAMDEN TOWN LONDON"

seronok membacanya bang. mahal sungguh pengalaman

Unknown commented on

"CAMDEN TOWN LONDON"

Kedai doc marten tu masa gua pergi sana tahun 2004 pun dah ada. Ingat nak masuk tapi lepas nampak dua ekor punkers doc marten 18 lubang dgn rambut spike warna purple depan kedai terus gua cuak. Maklum la budak baru habis spm. Lepas tu baru gua tau diorang tu cool je


IKUT BAPAK

 



IKUT BAPAK



Unknown commented on 

"NAJIB BUAT LAWAK LAGI"

Najip kata dia ambil iktibar dari bapaknya. Kahkahkahkahkah. Bapak dia kalau keluar kubur dah tentu dtg bagi penyepak kat muka dia. Malu bapak dia hari hari kena gelakkan dgn kapal sink kt kubur. 

Memalukan org tua sbb anak jadi scammer termasyhur didonia! Satu lagi kena gelak rajak kaw2 Sebab najip sain nak umno join dap dan pkr. Kahkahkahkahkahkahkah

BAIKI EKONOMI BUKAN BAIKI KOTE SAJAT

 


BAIKI EKONOMI

BUKAN BAIKI

KOTE SAJAT

Unknown commented on

 "SAJJAD ATAU SAJAT ?"

pasal seekor pondan melatah semua melayu isle , dok tutuh duit rakyat dan rasuah semua melayu isle & lebai pas satu suara pun tarak . kalau dap komunis yg buat gerenti siang malam pesta 7 hari 7 malam .

Unknown commented on 

"SAJJAD ATAU SAJAT ?"

Away minat sangat ngan Sajat nie, alim ulama pon minat gak, bak check betui kah sajat dah potong atau belom? Kah kah kah nampak otak depa ini asyik ke lubang, pakai kopiah tutup kepala oksigen kurang masuk kah kah kah

SATU HARAPAN

 



SATU HARAPAN

AMIN

Tak salah ahli Parlimen rayu Agong batal darurat, kata peguam



Ahli Parlimen pembangkang akan rayu Agong batal darurat, kata sumber


SOKONG

TAPI JANGAN

ADA NIAT

NAK BUAT PRU

AMIN

KITA JANGAN JADI TIKUS MAKMAL

 



KITA JANGAN

JADI TIKUS MAKMAL

cikminah commented on 

"LAMBAT TAK PA - 

JANGAN DIA BAGI

 ANAK DARI BUNTING"

Takpalah, tak perlu berebut-rebut jadi ginea pig vaksin Covid. Biar negara-negara lain suntik dulu. Kita tengok, apa kesannya. Kat Florida, seorang doktor dah mati akibat suntikan itu. Biar semua negara suntik dulu, tengok vaksin buatan negara mana paling selamat dan berkesan.

BERKHALWAT HARI KE 306

 





KHALWAT KE 306

AHAD  17/1/2021

KITA MASUK KE HARI 306
BERKHALWAT

DARURAT 
HARI KE 5

PAGI AHAD INI 
HOKKIEN  GEMBIRA
MATA HARI DAH KELUAR
JANTAN DARI DUA BUKIT 
BERKOKOK
TERKUKUR BALAM
CENGEKIRIK
MURAI  KELICAP
SEMUA BERLAGU

TIONG PIPIT UBAN
BERTERBANGAN
GAGAK MELINTAS DI UDARA
SEPASANG PUYUH
TERBANG DI TEPI JALAN
BELATOK  MENGETUK
BURUNG HOW WOW BERLAGU

WARGA ASAL HOKKIEN 
MENYALAK JAUH

KENG KENG
TAK PUTUS PUTUS
MENYANYI

KETIKA GUA MENGETIK INI
MURAI BERKICAU GILA
DI BELUKAR DEPAN FLET

MURAI YOU MAKE 
MY DAY

BRO
ADA  MEMBER KITA
 IKUT JALAN LAIN
MENCARI BAHAGIA
TAK SAMA DENGAN KITA
TAPI
TAK SAMESTI 
TERSESAT JALAN 

BRO
KITA  RAYAKAN PERUBAHAN
TAPI
JANGAN TINGGALKAN
NILAI KITA

UNTUK MEMAHAMI
TOLERENSI
MUSUH KITA ADALAH
GURU YANG BAIK

KALAHKAN MUSUH KITA
DENGAN JADIKAN
MEREKA KAWAN

KAYA PUN TAK GUNA
KALAU JIWA TAK TENTERAM

MARI KITA
SEDARI  TENTANG
BETAPA BERNILAI SETIAP  HARI
YANG KITA LALUI

BRO
JADILAH SOSOK BAIK
SEBOLEH MUNGKIN
PASTI BOLEH

SOSOK JAHAT
IKUT ARAHAN 
HATI YANG TAKUT
SOSOK BAIK
IKUT ARAHAN 
HATI KASIH SAYANG

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT


DARURAT HARI KE 5

 



DARURAT

HARI KE 5