Selasa, 30 Mei 2023

MIMPI QASIM


QASIM MIMPI

DI LAHORE

PAKISTAN

AMIN

MIMPI HADI


QASIM MIMPI

 DI LAHORE 

PAKISTAN

AMIN

HADI MIMPI 

DI MARANG

MALAYSIA

AMIN

KERAP MIMPI

JUMPA NABI

AMIN

AJENDA POLITIK KAUM




Naratif perkauman mendahului kempen PRU15 di media sosial, kata laporan


NARATIF perkauman paling banyak dimainkan ahli politik bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di media tahun lalu, menurut kajian oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

Laporan CIJ mendedahkan sebanyak 66,933 hantaran menyentuh isu tersebut dimuat naik di Facebook, Twitter, YouTube dan TikTok antara 20 Oktober dan 26 November 2022.

Ini diikuti naratif agama (24,484 hantaran); institusi diraja (14,320); jantina dan komen yang menyasarkan golongan LGBTQ (7,596);  dan warga asing (3,819).

Dua hantaran oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang di media sosial mencapai Tahap 3, iaitu tidak berperikemanusiaan/bermusuhan, menurut pemantauan CIJ bersama Universiti Nottingham Malaysia, Universiti Sains Malaysia, dan Universiti Malaysia Sabah.

“Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan partinya paling lantang membangkitkan semangat kaum. 

“Sebagai contoh, hantaran di TikTok Hadi, yang mendakwa DAP cuma menggunakan calon Melayu untuk menarik undi, mendapat 2.5 juta keterlibatan di TikTok, tertinggi antara semua platform media sosial,” menurut laporan itu.

Menurut laporan itu lagi, sentimen anti-Cina, ketuanan Melayu dan ancaman 13 Mei antara isu perkauman yang paling banyak dimainkan di media sosial menjelang PRU15.

“Pemantauan juga mendapati apa yang kelihatan sebagai percubaan yang diselaraskan dengan baik dan berbayar di media sosial untuk menimbulkan ketakutan dan kebencian anti-DAP dan anti-Cina, terutamanya menjelang hari mengundi. 

“Hantaran berapi-api, yang kebanyakannya di TikTok, mendorong agenda anti-DAP sambil menyeru mengundi PN (Perikatan Nasional),” katanya. – 30 Mei 2023. 


INI BUKTI

KAUM BANGSA

AGAMA MASIH

JADI PELURU

PALING AMPOH

DARI STRATIJI

POLITIK UNDI

AMIN

SEMUA PARTI

POLITIK GUNA

ISU KAUM UNTUK

DAPAT SOKONGAN

AMIN

ISU INI SAMPAI

BILA BILA AKAN

TERUS WUJUD

DITAMBAH DGN

AGENDA SEX

AMIN

AMAT

SENANG BAKAR

SEMANGAT UNTUK

DAPAT UNDI

AMIN

KHALAS

PMX TAK MAHU JADI XPM



Kenapa nada PM mengenai projek LCS kini berbeza? – Shiaw Lee


KUALA LUMPUR – Parti Gerakan mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Projek Perolehan Kapal Second Generation Patrol Vessel (SGPV) berkeupayaan Littoral Combat Ship (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia yang terpaksa diteruskan.

Naib Presidennya, Koo Shiaw Lee mendakwa nada Anwar sudah berubah berbanding tatkala beliau menjadi Ketua Pembangkang dahulu.

“Di manakah pendirian Anwar sebelum ini mengatakan projek LCS mempunyai skandal dan rasuah.

“Mungkin Anwar telah lupa sebab sekarang sudah bekerjasama dengan perasuah berbeza dengan sebelum ini, beliau seorang yang perangi rasuah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shiaw Lee merujuk kenyataan Anwar pada Sabtu lalu yang berkata projek LCS akan diteruskan kerana kerajaan telah membelanjakan sejumlah dana.

Tambah Shiaw Lee lagi, anak syarikat BHB Boustead Naval Shipyard memaklumkan syarikat itu telah menandatangani enam kontrak tambahan untuk projek tersebut.

“Mengapa Anwar masih ingin teruskan lagi projek LCS tersebut, sedangkan kita tahu bahawa ini akan membazirkan duit kerajaan sahaja.

“Ini terang lagi bersuluh ada agenda tersembunyi atau mungkin untuk menyelamatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang terpalit dalam kes skandal LSC,” tegasnya.

Anwar ketika memegang jawatan Ketua Pembangkang menegaskan supaya kerajaan menghentikan projek LCS fasa enam susulan pendedahan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada tahun lalu.

Beliau turut berkata, tindakan segera perlu diambil bagi memastikan negara tidak berdepan kerugian sebanyak RM500 juta lagi sekiranya projek itu diteruskan, selain projek perolehan LCS sebelum ini membabitkan kos yang besar dan tidak membuahkan sebarang hasil, setakat ini.

Sebelum ini pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendedahkan tiada seunit pun telah disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.083 bilion menerusi BNS. –

WOIT

MAMAT GERAKAN

INI TAK FAHAM

AU BUAT BUAT

TAK FAHAM

AMIN

ZAHID TERLIBAT

KES  KAPAL INI

AMIN

JIKA 

TANGKAP ZAHID

PMX 

AKAN JADI XPM

KAH KAH KAH

DULU NAK JADI PM

SEMUA BOLEH 

CAKAP

KAH KAH KAH

SEKARANG LAIN

MESTI JAGA

HATI KLUSTER 

MAHKAMAH

AMIN

KHALAS


BISKUT GANJA



Budak 11 tahun dimasukkan ke hospital, disyaki termakan biskut campur ganja

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dimasukkan ke hospital selepas menunjukkan kesan sampingan yang serius akibat termakan biskut coklat disyaki dicampur dadah jenis ganja.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata polis menerima laporan pada 10.26 malam semalam daripada pembantu perubatan di Klinik Kesihatan Lawin, Gerik selepas mangsa mengalami sesak nafas, pening kepala dan loya kerana termakan biskut yang dibuat ayahnya.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa termakan biskut disyaki dicampur dengan ganja yang menyebabkan dia mengalami simptom tersebut.

“Mangsa dibawa ke Hospital Gerik dan dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang dibawa ke hospital oleh ayahnya sendiri itu, kini dalam keadaan stabil, manakala saringan ujian air kencing terhadap kanak-kanak itu bagi memastikan sama ada positif ganja belum dilakukan kerana mendahulukan rawatan.

Pada masa sama, Yusri berkata polis menahan ayah mangsa berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah dan saringan ujian awal air kencing terhadap suspek mendapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Menurutnya suspek direman hingga 3 Jun untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama, 30 Mei, 2023.


INI PERANGAI

AYAH YANG TAK

BERTANGGUNG

JAWAB

AMIN

BISKUT GANJA

BUKAN SATU 

YANG ASING

AMIN

TAPI BERI  PADA

KANAK KANAK

ADALAH

PERANGAI BODOH

YANG SUSAHKAN

USAHA UNTUK

JADIKAN GANJA

SEBAGAI BAHAN 

BAHAN UBATAN

AMIN

KHALAS

HADI JADI PM ?



Hadi mahu jadi PM? Isu air Kelantan Pas tak mampu selesaikan – Puad

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tinggi UMNO,  Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan Presiden Pas yang mahu memimpin Kerajaan Perpaduan sekiranya partinya mahu bekerjasama dengan parti-parti dalam kerajaan ketika ini.

Menurutnya, bagaimana  Abdul Hadi Awang boleh menjadi Perdana Menteri sedangkan isu air di Kelantan iaitu negeri yang ditadbir parti itu sejak sekian lama pun gagal diselesaikan.

“Menurut Hadi, Pas boleh sertai Kerajaan Perpaduan asalkan Pas diberikan kelebihan untuk memimpin kerajaan kerana mempunyai lebih banyak kerusi.

“Maksudnya Pas mahu jawatan PM. Memang dari logik politik, Pas dapat jawatan PM. Pas ada 43 kerusi berbanding PKR 30 kerusi. Mana boleh Pas jadi ‘kepala ular yang dikecilkan’.

“Tetapi bolehkah pemimpin Pas jadi PM? Di Kelantan sudah berabad Pas memerintah. Masalah bekalan air tidak selesai juga. Bagi pula bonus kepada staf AKSB. Tidak sensitif langsung,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Baru-baru ini Abdul Hadi mendakwa dihubungi beberapa kali oleh ‘orang tertentu’ yang menawarkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan, tawaran itu sepatutnya memberi kelebihan kepada Pas kerana mempunyai kerusi yang lebih daripada parti lain.

Namun, katanya, perkara itu tidak berlaku kerana Pas hanya berfungsi untuk menyumbang peningkatan jumlah kerusi bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim semata-mata.

HADI JADI PM

PAS JADI

KERAJAAN

BUKAN SATU

YANG MUSTAHIL

AMIN

SEMUA BERGANTUNG

PADA UNDI MELAYU

AMIN

JIKA KIT SIANG

GUAN ENG

RAMA SAMI

RONNIE LIU

TERUS BISING

BERKEMPEN

PASTI AKAN

LEBIH CEPAT

HADI JADI PM

AMIN 

 TAMBAH KAVADI  

MAKIN BERAT

KHALAS

APA KATA ABANG MAT !!!


APA KATA

ABANG MAT

AMIN

UBAH SIKAP


UBAH SIKAP

AMIN


panglimo potaseh commented on 
"DAPUR JALANAN 
DAH 10 TAHUN"

Negara China, 1980 .. 80% penduduk nye misking tegar .. China bina sosio-ekonomi dgn belajar dan mencontohi Jepon dan Korea Selatan .. hasilnya 2020 China tidak punye penduduk yg miskin tegar. Yang balon rasuah akang di tembak hingga mampos.

Malaysia pula punye rancangan DEB sejak 1970 .. 1990 Kutti lancarkan W2020 dgn objektif Malaya sifar misking pada 2020. Melayu ambik budaya Arab sbg panduan idup dan berdoa agar pada 2020 mereka tak papa.

Sekarang dah 2023 .. Melayu masih ramai yang singkek .. dapat bantuan beras sekampit, tepung, susu, 100 -500 one off , ramai yg soru sekali sehari.

Alhamdulilah ade ramai juga Melayu yang berjaya isi tombolok dgn wang berbiliyun-biliyun .. idooop Melayu.

SIAPA AL- JUBURI ?


AL-JUBURI INI

SIAPA ?

AMIN

TOK AJI DARI

MANA ?

AMIN

Unknown commented on
 "KAPAL PESISIR
 SAPA TERLIBAT ?"

aik tt kalau dulu lu main tuduh terus tak tanya pun.. skang kenapa kena tanya dulu lu takut dengan aljuburi ke ? kah kah kah

ISU ALLAH - PENCERAHAN DARI PEGUAM

 


ISU ALLAH

PENCERAHAN

DARI PEGUAM

AMIN

PANDANGAN TAMRIN



APA KAH  ORANG  MELAYU  INI  BANGSAT  ?

MANA  JANJI  ?


Tamrin  Tun  Ghafar

Isnin - 29/05/23





1.   Dokumen  Perjanjian  KEMERDEKAAN  yang  di tanda tangani  Tengku  dan Kerajaan  Inggeris  pada  tahun 1956  jelas  MEMBUKTIKAN  Inggeris  juga  MENGHITIRAF  negara  ini  ialah  TANAH  MELAYU  yang  kemudiannya  dinamakan  Malaya  dan berikutnya Malaysia  

2.  HANYA   atas  IKHSAN  Orang  Melayu  ,  kaum  yang   di 'import'  dari  China  untuk  kerja - kerja  melombong  dan  India  untuk  menoreh  getah  dan bangsa - bangsa  lain   yang  lahir  SEBELUM  Merdeka  di beri KERAYATAN dengan  syarat - syarat  tertentu  yang  mereka  MISTI  PATUH  

3.  Sebagai  balasan budi baik  Orang  Melayu memberi  mereka  Kerayatan ,  mereka  MISTI  menghormati  KEISTIMEWAAN  KHAS  Orang  Melayu  yang  di peruntukan

4.  Kini  bak kata  pepatah  :

      DAH  BERI
      BETIS
      NAK  PEHA
      PULAK

5..  Hanya  kebelakangan ini  untuk  mendapat  sokongan  semua kaum   dan  mengabungi   pemikiran  Orang  Melayu  kita  di dedangkan  dengan  panggilan   Kerajaan  Perpaduan dan  kini  MADANI  yang  diperjuangkan   DAP  selama  ini -  MALAYSIAN   MALAYSIA  iaitu  kesamarataan  antara  kaum  asal ,  Orang  Melayu  dan  kaum  yang  asalnya    pendatang ,  Cina  dan  India

6.   Hampir  setiap  hari  pemimpin - pemimpin  Kerajaan  MADANI    memberi amaran yang  ditujukan  kepada  Sekateriat  Proklamasi  Orang  Melayu  dan  pemimpin - pemimpin Pembangkang

7.  Walaupun PROKLAMASI  ORANG  MELAYU   namum  ianya   TIDAK  ada  beza  dengan  DASAR  EKONOMI  BARU  atau  DEB  yang  diperkenalkan  Tun Razak  selepas  Peristiwa 13 Mei 1969  ;  walaupun   ianya khas untuk  Orang  Melayu  tapi tidak  bermakna  bangsa  asing  di pinggirkan

8.   Perlu  di ingatkan ,  zaman Dr. Maharhir   dahulu ,  Anwar  bebas  bersuara  dan  berdemonstrasi  sehingga  Masjid  Negara  dijadikan  kubu begitu  juga  Dr. Mahathir  TIDAK  pula  menyekat  Pendaftaran  Parti  PKR  seperti  yang  dilakukan nya  kepada  PROKLAMASI  dan  Pendaftaran  Gerakan  Tanah  Air  atau  GTA

9.  Tun  HANYA   ingin  membantu  Kerajaan  bagi menghadapi  DAP  khususnya  ;  TIDAK  TERFIKR  untuk  kembali  sebagai  Perdana  Menteri kali  ke3  kerana  rekod  beliau  sebagai PM  yang  lama iaitu  22  tahun  dan di lantik  semula  kali ke2  pada  usia  94  tahun  TIDAK  MUNGKIN  dicapai  oleh  sesiapa  pun

10.  Pesan  orang - orang   tua :

     KALAU  TAK
     MAMPU  
     BALAS  BUDI
     SEKURANG - 
     KURANG NYA
     KITA    
     MENGENANG
     JASA  ORANG
     YANG  
     BERBUDI

11.   Maha Firaun , Maha Zalim  dan berbagai  gelaran  diberi  kepada  Dr. Maharhir  ketika  itu seolah - olah  Anwar  yang  bersih  seperti  kapas

12.  Selagi  'Anwar  -  The  Untold  Storey'    ENGGAN  BERSUMPAH   bahawa  cakap - cakap   yang  beliau berpenyakit  dengan   melakukan  hubungan  seks  luar  tabii  seperti  dizaman  Nabi  Lut  dahulu  itu fitnah  atau sengaja   di ada - adakan maka selagi  itu lah  cakap - cakap  itu  berterusan

13.  Orang  Melayu  sudah  jemu dengan  JANJI  dan  RETORIK , bak kata  arwah  Tok  Guru  Nik Aziz  dulu ,  jika  diberi kain, ambil ;  jika  diberi duit  pun ambil TAPI  undi  HAK  masing - masing

14.  Kini  Anwar  MISTI  TUNAIKAN   SEGALA  YANG  DI JANJI KAN  sejak  perjuangan     R E F O R M A S I , jika  tidak  ,  bak kata  Hassan  Karim ,  sahabat  baik  Anwar  yang juga  Ahli Parlimen  Pasir Gudang dalam puisi nya  bertajuk :

KU  SIMPAN 
R E F O R M A S I
DI DALAM  PETI

15.  Apakah  yang  ditakutkan  PROKLAMASI   ORANG  MELAYU  sehingga  SANGGUP  memandang  serong  dan  menggalkan  segala  usaha  demi  kebaikan  Orang  Melayu  sendiri

16.  Apakah  Anwar , Zahid  dan  beberapa  pemimpin    PH - BN  tidak  kesah  dan peduli  terhadap  apa yang  akan  berlaku  pada  Orang  Melayu  sendiri  HANYA  kerana  idea PROKLAMASI  itu  dari Tun Dr. Mahathir  sedangkan  Tun  HANYA  MAHU  MELIHAT  Orang Melayu  terus  BERSATU  dan  TIDAK  KETINGGALAN  di TANAH  AIR  sendiri  bukan  seperti :

     KERA  
     DI HUTAN
     DI SUSUKAN
     ANAK 
     DI PANGKUAN
     DI BIAR KAN

17.  PROKLAMASI    ORANG  MELAYU  dianggap  RASIS   sedangkan  segala  tindakan  DAP   TIDAK  pula  dianggap  RASIS

i.  Perlantikan  pegawai  HDB  Singapura  di Kementerian  Perumahan  -  Ngah Kor Meng

ii.  Semua bangsa yang  dilahirkan   SELEPAS  Merdeka   diberi Status Bumiputra -  Ngah  Kor  Meng 

iii.   Penggambilan  Kakitangan  Kerajaan  MISTI  samarata ;  ini  TERMASUK   Pasukan  Polis  dan Tentera  -  P Ramasamy ,  Timbalan  Ketua  Menteri  Pulau  Pinang

vi.  Kesemarataan  jumlah  pengundi di semua Kawasan  Pilihanraya  berdasar  kepada  70, 000  pengundi  disetiap  Kawasan  Parlimen ;  jika  ini  dilaksanakan  DAP  yang  kini  punyai  42 Kerusi dan  merupakan  Parti  TERBESAR  didalam  Kerajaan  MADANI  akan  bertambah  ke sekurang - kurang nya  65  Kerusi  Parlimen  dan dalam  masa  sama  Kerusi  Parlumen  Orang Melayu  AKAN  berkurangan 

18.  Jika  ini  berlaku  dan  TIDAK  MUSTAHIL      akan  berlaku ,  Singapura  akan  dijemput  masuk  sebagai  sebahagian  dari  Malaysia ,  ini  kerana :

a.  Kawasan  Penambakan  Singapura  tidak  cukup  menampung  5 juta  rakyat nya  yang  maseh  berkembang

b.  Kos  sara  hidup  terus  meningkat  dan mahal

c.  Peluang  menjadi  Perdana  Menteri Malaysia   dengan  gabungan  DAP dan PAP  ( 65   Kerusi  DAP  +  80  Kerusi  PAP )  =  145  kerusi

19.   Jika  BERANI    dan  berdarah  Melayu  TANPA  RISAUKAN  jawatan  , dengan  majoriti  2/3   yang  menyokong  pembentukan  Kerajaan MADANI  , Anwar  BOLEH  membuat   atau  pinda  2  usul  :

BAHAGIAN  I
Perkara 2

Penerimaan  Masuk  Wilayah - Wilayah  Baru  dalam  Persekutuan

Parlimen  BOLEH   melalui undang - undang

( a )   menerima  masuk  Negeri - Negeri  lain  ke dalam Persekutuan 

PINDAAN  ATAU  TAMBAHAN  NYA  berbunyi :

MISTI  mendapat  Kelulusan  2/3  Parlimen  DAN  MISTI   mendapat  PERSETUJUAN   MAJLIS  Raja - Raja  Melayu   terlebih  dahulu

20.  Pindaan ke 2 :

PERKARA  KE 40 ( 2 ) :

YDP  BOLEH  bertindak  mengikut  budi bacara nya pada melaksanakan  fungsi  yang  berikut iaitu :

( a )  melantik  seorang  Perdana  Menteri

PINDAAN  YANG  DICADANGKAN :

( a )   melantik  seorang  Perdana  Menteri  YANG  BERKETURUNAN   MELAYU ,  MENGAMALKAN  BUDAYA  DAN  ADAT  RESAM  MELAYU  DAN  BERUGAMA  ISLAM

21.  Ini lah  yang  dinanti dan ditunggu  oleh  Orang  Melayu -  Tak  perlu  bersusah payah  buat  filem   itu  dan ini untuk  promosi  diri  JIKA  PINDAAN  yang  dicadang  di laksanakan

22.  DENGAN  MAJORITI  2/3  , APA  LAGI  YANG  DI TUNGGU

23.  Sebagai  kawan lama  yang  menaikan  Anwar  dari  Pengurusi  ABIM  dan  Kolej Yayasan  Anda  ke  Ketua  Pemuda  UMNO  Malaysia  dan kini   segala  cita - cita  dan  harapan  sudah pun  di Restui  ALLAH  SWT  , nasihat  ikhlas  saya  , 

     BALIK LAH
     KE PANGKAL
     JALAN

      BUANG 
      YANG  KERUH
      AMBIL 
      YANG  JERNIH

Wassalam
Terima  Kasih

ADA TELO PENYU DI TERENGGANU




Bukan PAS kuat di Terengganu tetapi pembangkang yang lemah, kata penganalisis


PAS kuat di Terengganu bukan kerana prestasi cemerlang parti itu mentadbir negeri tetapi kerana lawannya Umno dan Pakatan Harapan (PH) lemah, kata penganalisis politik dan jentera parti.

Kelemahan pembangkang di Terengganu menyebabkan parti Islam itu selesa dan status quonya tidak tercabar, kata mereka.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata sokongan pengundi di Terengganu lebih dipengaruhi oleh pertimbangan politik berbanding pencapaian PAS di negeri itu.

“Pertimbangan politik ini bermaksud mereka akan membuat penilaian atau mengundi mengikut parti politik.

“Kalau pengundi nak ukur atau membuat penilaian berdasarkan prestasi kerajaan negeri, pencapaiannya hanya sederhana… tidak ada wow faktor pun,” katanya.

Pada pilihan raya negeri yang akan diadakan tifak lama lagi, beliau meramalkan PAS akan mempertahankan kedudukan mereka di Terengganu biarpun pencapaiannya di negeri itu tidak boleh dibanggakan.

Menurut Hisomuddin, kajian Ilham Centre selepas penubuhan kerajaan perpaduan menunjukkan sentimen sokongan pengundi Melayu kepada Perikatan Nasional seperti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak banyak berubah.

“Jika ada perubahan pun ia bergantung kepada populariti atau pengaruh Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya.

Barisan Nasional (BN) pula katanya berdepan masalah dengan penyokong di akar umbi yang belum dapat menerima kerjasama parti dengan DAP dan Anwar.

Hisomuddin berkata akar umbi BN sebenarnya menuntut penjelasan namun itu tidak dilakukan oleh pimpinan tinggi parti.

Malah pimpinan BN juga tidak memberi perhatian kepada negeri yang kalah seperti Terengganu dan Kelantan menyebabkan jentera negeri tidak bersemangat dan seterusnya memberi kesan kepada golongan pengundi atas pagar.

“Sekarang ini nak masuk ke fasa bubar DUN dan nak ada PRN tapi pengundi masih tak nampak sebarang signifikan yang digerakkan pembangkang termasuk PH juga.

“Bahasa mudahnya, seperti pembangkang ini tidak wujud di Terengganu. Jadi nak dapat satu kerusi masa PRN ini pun belum tentu.

“Ini adalah kelemahan pembangkang sendiri yang gagal memposisi diri mereka mereka sebagai pencabar atau menggugat kuasa pentadbiran PAS,” katanya.

Sementara itu, seorang anggota jentera akar umbi Umno yang mahu identitinya dirahsiakan mendakwa prestasi PAS di Terengganu sebenarnya tidak begitu memuaskan hati rakyat.

Bagaimanapun katanya BN tidak menyerlah memainkan peranan sebagai pembangkang menyebabkan rakyat Terengganu tidak mempunyai pilihan.

Katanya senario itu berlaku ketika Pilihan Raya Umum ke PRU15 menyebabkan akhirnya PAS menang besar di negeri itu.

“Umno pula jujur saya katakan berdepan terlalu banyak isu dalaman parti, isu calon kitar semula, calon bukan pilihan dan kekurangan bajet menyebabkan kita kalah dalam PRU15.

“Malangnya selepas Umno kalah, kita tak nampak pun tanda- tanda Umno ini nak bangkit semula biarpun nak dekat PRN ini, saya tak nampak pun usaha  agresif dibuat pimpinan.

“Tambah lagi di peringkat akar umbi ini, sudahlah kita  kecewa pimpinan Umno bekerjasama dengan DAP, kemudian akar umbi tak nampak apa sebenarnya hala tuju pimpinan,” katanya.

Atas faktor itu beliau tidak menolak PAS akan menang di Terengganu pada PRN kali ini.

Pengundi luar jadi penentu

Dalam pada itu, pensyarah politik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mazlan Ali sebaliknya berpendapat BN dan Umno boleh menyaingi PAS di Terengganu jika peratusan pengundi yang keluar mengundi adalah rendah.

Katanya, pengundi di luar Terengganu adalah faktor penentu kerana BN dan Umno masih ada sokongan besar daripada pengundi tradisinya terutama di kawasan luar bandar.

Ia juga ditambah dengan faktor penolakan pengundi tempatan yang tidak gembira dengan pencapaian PAS di Terengganu.

“Sebab itu saya kata, Umno ada peluang tapi syaratnya bergantung kepada peratusan mengundi kalau tinggi dalam 80% PAS akan kekal.

“Tapi kalau peratusan rendah bawah 50% tidak mustahil Umno berpeluang dan mungkin menang tipis di Terengganu,” katanya.

PAS merampas Terengganu daripada Umno pada PRU14 antaranya kerana kemarahan pengundi susulan isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MBD).

PAS juga ketika itu memainkan sentimen isu bebas cukai di Tasik Kenyir dan projek Taman Ilmu semasa pentadbiran BN dan Umno yang terbengkalai.

PAS mengambil alih pentadbiran Terengganu daripada Barisan Nasional selepas menang 22 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU14 pada Mei 2018.

PAS sebelum itu pernah mentadbir Terengganu selama sepenggal selepas PRU 1999 sebelum kalah kepada BN pada 2004. – 30 Mei 2023. 

KALAU PAKATAN

DAPAT NAFI 2/3

MEMANG HEBAT

AMIN

KALAU DAPAT

TELOO PENYU

MEMANG MUDARAT

KAH KAH KAH

KHALAS

BALA DARI EL NINO


El Nino burukkan jerebu di Malaysia 

BAHANG panas yang meresahkan sebahagian besar penduduk negara ini sejak kebelakangan dikaitkan dengan fenomena El Nino dengan ancaman jerebu, dan dilaporkan turut memberi impak kepada negara lain Asia Tenggara.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca panas terik serta kualiti udara menurun kepada paras “tidak sihat”pada 15 April lepas serta memberi kesan kepada negeri di bahagian utara iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Negara jiran Malaysia melaporkan peningkatan ‘titik panas’ serta jerebu akibat El Nino, ditambah berlaku kebakaran, terutamanya di kawasan tanah gambut.

Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC) turut melaporkan titik panas yang merebak di Myanmar dan Laos di samping lokasi titik panas di Thailand, Kampuchea dan Vietnam.


Memandangkan cuaca kering yang masih berterusan di samping jerebu yang membawa asap tebal dari titik panas ke negara jiran Asean, sudah tentu Malaysia akan turut terkesan.

El Nino panjangkan musim kering

Pensyarah kanan Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir berkata, sepanjang El Nino, angin yang bertiup ke arah barat sepanjang Khatulistiwa menjadi perlahan dan air hangat ditolak ke timur, menyebabkan suhu permukaan lautan menjadi panas. 

“Menurut Copernicus Climate Change Service, Kesatuan Eropah (EU), model iklim menunjukkan kembalinya keadaan El Nino pada musim panas Borea, serta kemungkinan El Nino yang lebih kuat berlaku pada penghujung tahun 2023.

“Setakat ini pada tahun ini, sekitar 23 titik panas dikenal pasti di Sarawak ketika negeri ini bersiap siaga menghadapi cuaca kering yang panjang. Perubahan iklim serta jangkaan kembalinya fenomena cuaca El Nino boleh melonjakkan purata rekod suhu pada tahun 2023 dan 2024, menurut saintis iklim, ” beliau memberitahu Bernama baru-baru ini.

Laporan media sebelum ini ada menyebut berdasarkan rekod, iaitu pada tahun 2015, setakat ini El Nino melanda Malaysia sebanyak 12 kali, dengan yang pertama antara tahun 1951 dan 1952, dan kejadian terburuk pada tahun 1997 hingga 1998, dengan suhu terpanas 40.1 darjah Celcius direkod di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis, pada 9 April, 1998. 

Mohd Shahrul berkata, El Nino dikaitkan dengan pengurangan hujan di bahagian tertentu Asia Tenggara, termasuk Malaysia, dan cuaca kering mudah menggalakkan kebakaran hutan, menyebabkan pelepasan asap serta bahan pencemar ke atmosfera, menghasilkan jerebu.

“Hakikatnya, El Nino mampu memanjangkan musim panas di rantau yang terlibat. Musim panas yang panjang meningkat kemungkinan berlaku kebakaran hutan, memburukkan lagi keadaan jerebu,” katanya.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dipetik berkata dalam laporan media pada 15 April, jerebu yang melanda negara adalah akibat kebakaran hutan gambut.

Risiko kesihatan

Semasa berlaku El Nino, Mohd Shahrul berkata, perubahan dalam peredaran atmosfera boleh memberi kesan kepada corak angin, berpotensi membawa asap serta bahan pencemar yang dihasilkan kawasan yang terbakar ke arah Malaysia.

“Keadaan ini pasti memburukkan paras jerebu di negara ini. Kombinasi keadaan kering, kebakaran hutan serta pelepasan bahan pencemar daripada pelbagai sumber boleh meningkatkan paras zarah, seperti zarah bawaan udara.

“Zarah ini boleh menyumbang kepada jerebu dan mendatangkan risiko kesihatan, menyebabkan isu pernafasan dan kesan kesihatan lain yang teruk,” katanya menambah, keadaan jerebu di Malaysia boleh berbeza bergantung kepada faktor seperti corak cuaca, perubahan kegunaan tanah serta kegiatan manusia.

“Penting untuk semua mengetahui bahawa meskipun El Nino boleh memburukkan jerebu, namun faktor lain seperti amalan penggunaan tanah, amalan pertanian serta kegiatan membakar yang diharamkan juga mempunyai peranan penting dalam pembentukan jerebu.

“Keadaan jerebu yang teruk pada tahun 2019 sebahagian besarnya berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia sementara jerebu yang berlaku pada tahun-tahun lain berpunca daripada faktor yang berbeza.

“Pemantauan kualiti udara yang kerap serta mengurangkan sumber pencemaran adalah penting untuk menyekat keadaan yang teruk,” katanya.

Kebakaran tanah gambut

Menurut Pakar Strategi Kempen Serantau, Greenpeace Asia Tenggara, Heng Kiah Chun, jerebu kini bukan sahaja terhad kepada Malaysia dan Indonesia, seperti yang difikirkan ramai orang, tetapi ia juga dari negara Asia Tenggara yang lain. 

“Sebagai contoh, jerebu rentas sempadan yang berlaku baru-baru ini berkait langsung dengan pertumbuhan budaya mono dan pertanian di Thailand serta negara jiran lain. Pembukaan tanah untuk kegiatan perladangan menyebabkan tanah gambut menjadi kering dan mudah terbakar.

“Apabila penggondolan hutan dan saliran berlaku, paras air water table menurun dan menghalang pencerapan karbon. Sebaik terdedah kepada udara, gambut mereput melepaskan karbon dioksida dan menyebabkan tanah tenggelam. 

“Dengan gambut menjadi kering, risiko kebakaran hutan serta pembentukan jerebu, kembalinya cuaca panas dan kering akibat El Nino, ini semua memburukkan keadaan jerebu di Malaysia,” katanya.

Heng, yang juga jurucakap Greenpeace untuk projek jerebu rentas sempadan berkata, fenomena itu adalah buatan manusia dan ia boleh dicegah dengan mengambil tindakan yang betul bagi memantau serta menyekat kebakaran, terutama di atas tanah gambut.

“Kami (Greenpeace) mencadangkan beberapa langkah untuk melindungi tanah gambut, iaitu pemulihan tanah gambut boleh menghalang punca utama kebakaran, sebagai tambahan kepada usaha pencegahan kebakaran yang dilakukan pihak berkuasa. 

“Kedua, adalah penting untuk menghentikan kemusnahan tanah gambut dan komited keoada dasar Sifar Penggondolan Hutan, Sifar Gambut dan Sifar Eksploitasi (NDPE) oleh syarikat perladangan dan jenama global,” katanya.

(Komitmen kepada NDPE lazimnya digunakan dalam rujukan kepada pengeluaran komoditi pertanian, digunakan oleh syarikat hiliran, pedagang, pengilang serta penanam, dan biasanya berkait dengan pengeluaran minyak sawit. NDPE termasuk komitmen kepada apa yang dipanggil Persetujuan Bebas, Terdahulu dan Termaklum (FPIC) untuk komuniti Orang Asli dan komuniti tempatan lain, sifar pembakaran, mencegah keadaan kerja yang buruk serta memelihara kawasan Nilai Pemuliharaan TInggi (HCV), kawasan Stok Karbon Tinggi (HCS) dan tanah gambut.

Pada 7 Mei 2023, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan berkata, pihak Jabatan menyediakan beberapa langkah untuk menangani kejadian pembakaran terbuka, antaranya, kualiti udara yang menurun yang mencetuskan jerebu dan mengancam kesihatan awam. Menurut Jabatan itu lagi, sewaktu cuaca kering, terdapat kebimbangan akan meningkat kebakaran terbuka, terutamanya melibatkan kawasan tanah gambut dan tapak pembuangan sampah. 

Menurut Heng, meskipun dasar NDPE amalan terbaik di atas tanah yang sedia ada, bukan semua syarikat memenuhi komitmen berkenaan.

“Peniaga serta pengeluar utama minyak sawit mendokong dasar NDPE, yang menyediakan platform terbaik untuk memperbaiki imej mereka yang tercalar akibat kerosakan yang berlaku.

“Syarikat mesti menghentikan kegiatan membersihkan tanah gambut dan mula memulihkan kawasan berkenaan. Dalam masa yang sama, rantaian bekalan permintaan daripada pembekal dan peniaga perlu berusaha mematuhi dasar (NDPE), ” katanya.

Akta pencemaran jerebu rentas sempadan

Mengulas lanjut mengenai jerebu rentas sempadan, Heng mencadangkan kerajaan Malaysia bekerjasama dengan negara Asean lain untuk menggubal Akta Jerebu Rentas Sempadan masing-masing.

“Akta itu adalah langkah konkrit pertama sejajar dengan perjanjian Asean mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) tahun 2002 yang diratifikasi oleh Kuala Lumpur pada 3 Disember 2002,” katanya.

Negara Anggota Asean (AMS) memeterai AATHP pada 10 Jun 2002 di Kuala Lumpur, ekoran daripada kebakaran hutan dan tanah yang buruk pada tahun 1997-1998.

Akta berkenaan bertujuan mencegah, memantau serta mengurangkan kebakaran hutan dan tanah bagi mengawal pencemaran jerebu rentas sempadan menerusi usaha bersepadu di peringkat negara, serantau serta antarabangsa.

Pada 1 Mei 2023, Nik Nazmi dipetik berkata, Malaysia akan menemui negara jirannya di Singapura (7 - 8 Jun 2023) bagi membincangkan jerebu rentas sempadan serta membangunkan pelan hala tuju baharu untuk kerjasama.

Lima negara iaitu Brunei, Indonesia, Singapura, Thailand dan Malaysia, membentuk kumpulan kerja teknikal dan jawatankuasa pemandu kementerian sub-serantau mengenai jerebu rentas sempadan.

Apakah mungkin mesyuarat ini mampu menamatkan igauan rakyat Malaysia yang teruk terkesan akibat fenomena jerebu sejak tahun 1997?

Profesor Madya Politik Alam Sekitar, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Dr Helena Varkkey berkata, semua negara Asean, termasuk Filipina, yang tidak terjejas teruk akibat jerebu bersetuju menghadiri AATHP.   

“Perjanjian (AATHP) adalah penting kerana ia satu-satunya instrumen undang-undang alam sekitar ASEAN yang mengiktiraf jerebu sebagai isu rentas sempadan dan menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memantau, menilai, tindakan kecemasan bersama dan pembangunan hala tuju jerebu.

“ASEAN sebenarnya memainkan peranan besar untuk memastikan jerebu terus menjadi agenda serantau kerana kita tahu ia isu bermusim tetapi memandangkan ada perjanjian dengan Asean, sekurang-kurangnya mereka berbincang dan bermesyuarat bagi mengelak serta memantau kes jerebu ini,” katanya.

Menurut beliau, meskipun AATHP mempunyai ikatan undang-undang, ianya terhad daripada segi mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan setiap negara komited kepada janji.

“Terdapat perkara lain yang dilaksanakan, sebagai contoh, hala tuju untuk kerjasama jerebu rentas sempadan yang dipinda, ada usaha untuk menambah baik serta mengukuhkan aspek operasi perjanjian.

“Apa yang dilakukan ini untuk memperkukuhkan keseluruhan rangka kerja jerebu. Bagaimanapun, masih terdapat cabaran, antaranya menuding jari. Ini cabaran utama untuk menggerakkan mekanisme serantau,” katanya.

Ada sendiri akta jerebu rentas sempadan 

Menurut Helena, Malaysia perlu ada akta jerebu rentas sempadan sendiri.

“Singapura mempunyai akta ini yang mewujudkan liabiliti luar wilayah untuk pihak yang membuat kebakaran di luar negara dan menyebabkan asap atau jerebu rentas sempasan di negara mereka (Singapura).

“Kita perlu belajar daripada apa yang diamalkan oleh Singapura. Beberapa perkara yang kami cuba cadangkan untuk akta Malaysia ini, bagi meliputi syarikat Malaysia dengan mewujudkan rangka kerja atau sistem semak dan imbang bagi memastikan syarikat berkenaan bukan sahaja bertindak baik di Malaysia tetapi juga di luar negara agar tidak menyumbang kepada jerebu,” katanya.

Pada 25 Sept 2014, Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan Singapura dikuatkuasakan bagi mencegah firma atau pihak di luar Republik itu daripada menjalankan kegiatan yang menyumbang kepada jerebu rentas sempadan.

Kerajaan Malaysia, pada tahun 2019, merangka akta berkenaan tetapi ia tidak diteruskan apabila berlaku pertukaran kerajaan.

Rangkaian sensor kualiti udara

Sementara itu, menurut Mohd Shahrul, kerajaan mengambil beberapa tindakan untuk menangani masalah jerebu, termasuk menguatkuasakan peraturan yang lebih ketat serta melaksanakan langkah untuk mengurangkan pelepasan daripada industri, kenderaan serta pembakaran terbuka.

“Bagaimanapun, keberkesanan langkah berkenaan masih menjadi topik perbahasan kerana jerebu dan cuaca panas terus berlaku dan mungkin menyukarkan langkah penguakuasaan.

“Untuk menangani masalah jerebu ini secara serius, ia bukan sahaja bergantung kepada penguatkuasaan akta atau usaha kerajaan tetapi ia perlu juga melibatkan masyarakat dengan meningkatkan kesedaran tentang pencemaran udara,” katanya.

Menurut beliau, bagi melibat serta memperkasa masyarakat untuk bertindak mengurangkan pencemaran udara, rangkaian sensor atau pengesan kualiti udara yang boleh melengkapkan sistem pemantauan kualiti udara tradisional di samping menyediakan lebih banyak maklumat menyeluruh tentang paras pencemaran udara sewaktu fenomena jerebu.

“Sensor ini kecil, mudah dibawa dan dipasang, menjadikan sesuai untuk kawasan yang infrastruktur pemantauan kualiti udaranya terhad.

“Bagaimanapun, perlu ambil maklum, sensor kualiti udara yang berkos rendah mungkin tidak berapa tepat berbanding stesen pemantauan yang gred profesional. Untuk itu, penting untuk menaksir data daripada sensor berkenaan setakat sebagai petunjuk dan bukan muktamad.

“Dengan menyediakan akses kepada data masa nyata kualiti udara, sensor itu boleh membantu meningkatkan kesedaran kesan pencemaran udara ke atas kesihatan awam dan alam sekitar. Ia juga boleh memberi motivasi kepada individu serta masyarakat agar mengambil langkah mengurangkan mendedahkan diri mereka kepada pencemaran udara dan menyumbang meningkatkan kualiti udara,” katamya.

Dengan menggunakan rangkaian sensor kualiti udara, adalah mungkin mendapatkan data masa nyata kepekatan bahan pencemar dalam udara, yang dapat membantu pihak berkenaan mengeluarkan nasihat kesihatan awam dan bertindak segera apabila berlaku jerebu.

“Maklumat daripada rangkaian pengesan itu boleh digunakan utnuk mengenal pasti lokasi titik panas supaya tindakan segera dapat dilakukan,” katanya,

UKM, kata beliau, secara aktif membangunkan sistem pemantauan kualiti udara yang memfokus kepada kawalan kualiti bagi memastikan sistem itu boleh menghasilkan data yang tepat.

“Sebagai contoh, pada masa ini kami menyumbang aplikasi alat pengesan ini kepada sekolah, sebagai sebahagian daripada program ‘Sains Rakyat’ , suatu perkara baharu di Malaysia,” katanya.

Mohamad Shahrul turut menyatakan bahawa kerajaan Malaysia perlu mengambil pendekatan yang lebih komprehensif, termasuk mendidik orang awam mengenai impak jerebu serta mempromosikan amalan mampan. 

“Juga penting untuk bekerjasama dengan negara lain di rantau ini bagi menangani punca pencemaran jerebu rentas sempadan. Secara keseluruhannya, untuk menangani masalah jerebu dan cuaca panas memerlukan usaha yang berterusan daripada semua pihak yang berkepentingan termasuk orang perseorangan, syarikat perniagaan dan kerajaan,” katanya. – Bernama, 30 Mei, 2023.

INI HASIL DARI

PEMANASAN DUNIA

AMIN

MALAYSIA SORANG

TAK LEH LAWAN

AMIN

KITA SATU NEGARA

TAK LEH LAWAN

AMIN

SEMAU NEGARA

WAJIB KERJASAMA

LAWAN 

MALAPETAKA IKLIM

YANG SAMPAI

AMIN

HENTIKAN BAKAR

MINYAK INI

PENYEBAB UTAMA

AMIN

KHALAS