Jumaat, 19 Ogos 2011

HARI KE 19 KITA BERPUASA




SELAMAT BERBUKA PUASA


kita jangan terlalu anggkuh
kita jangan terlalu sombong
kita berjalan ini semuanya ke sana

majusi
nasrani
muslimin
atheis
hindu
buddha
sunni
shia

dunia ini milik semua
dunia ini bukan hanya milik kita
dunia ini kita berkongsi
berok
cikah
lotong
ungka
cacing
semut
babi
anjing
tikus
lalang padi
ikan patin pun sama
rumput juga ada hak atas dunia ini

dunia ini milik anak semua bangsa
dunia ini milik anak semua agama
dunia ini kita pinjam

kita pinjam dari anak kita
yang meminjam dari cucu kita
yang meminjam dari piut kita
yang meminjam dari biut kita

kita hanya bertransit disini
apa kau tahu apa transit

kau tak pernah transit di pudu raya
kau tak pernah transit di kl sentral
kau tak pernah transit di narita ketika ke new york
kau tak pernah transit di dubai ketika ke london
kau tak pernah transit di bahrain ketika ke mekah

pernah ketika transit itu
kau mahu miliki semua di pudu raya
termasuk kedai buku dan jamban sekali?

bila kita transit ringan lah ringan
bila kita transit jangan memberat pikulan

esok bila kau berjalan
esok ketika kau lapar dan dahaga
baru kau sedar betapa indahnya badan yang ringan
baru kau sedar betapa nikmatnya hati yang ringan

lapar dan dahaga ini
lapar dan lapar ini
untuk kau tahu nilai secanggir air
bila kau lapar baru kau tahu nilai sekepal nasi
bila kau lapar baru kau sedar nilai sekeping roti

jadi jangan anggkuh
jadi jangan sombong
kita kau singgah sebentar disini
kita kau dan aku hanya duduk sebentar

munkin
80 kali kau bertukar kasut
80 kali kau bermusim dingin
80 kali kau sambut hari natal
80 kali kau buka champagne itu
bukan lama hanya 80 ramadan
atau munkin lebih atau mungkin kurang
tak perlu sibuk sibuk ketika singah disini

aku
aku pun macam kau juga
petang ini aku ke kota bahru

selamat berbuka puasa




NOTA

MARKET IN MELTDOWN -GLOBAL RECESSION
- guardian london

Markets in meltdown amid new global recession fears

Frenzied selling wipes £62bn off value of FTSE and Dow Jones plummets in another tumultuous day for world economy

LAGI LAGI UNDI POS




NOTA:


PENTING:
sebelum baca ini
baca berita di bawah dulu




susudah baca berita di bawah
baru boleh baca berita ini

undi pos ini undi tipu
seluruh negara tahu

tapi pelik
pak jeneral kita
tak tahu
buat tak tahu
tahu tapi bujat tak tahu
atau buat buat tak tahu

ini bukan buat tahu itu
tahu itu air kacang soya
kah kah kah


FAHAMI DAN HAYATI








TENTERA HANYA PERLU SETIA KEPADA NEGARA , AGONG - maslaysiakini

Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."

Zulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Penafian kosong

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.

Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.

"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.

Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
ini pandangan seorang ilmuan
ini bukan kang kong
jangan silap faham
jangan anggap kerana sosok ini anti undi pos
maka sosok ini dianggap ilmuan

tidak bagitu cara membaca siapa ilmuan
dan siapa kang kong

untuk memahami sepintas lalu
sila perhatikan pandangan
kommentar
tulisan
pendapat
ilmuan ini

dalam kontek ini sang ilmuan
adalah intelektual orang ramai - public intelectual
bukan dimiliki oelh daulah
bukan dimiliki oleh syarikat rokok
bukan dimiliki oelh syarikat judi
bukan dimiliki oleh syarikat minyak

ertinya bukan menikus nak jadi ketua cawangan
ertinya bukan membodek nak jadi calon
ini termasuk yang dalam barisan
ini termasuk juga yang dalam pakatan

woit.. jangan ingat dalam pakatan tak ada kaki bodek
kaki bodek ini wujud dimana mana kah kah kah

apa yang penting ilmuan ini sedang berjihad:
berjihad?
berjihad ialah bercakap benar dihadapan kerajaan yang zalim

nota:
bercakap benar dihadapan pemerintah kuku besi
adalah perbuatan revolusineer

nota:
masaalah kita sekarang ini ialah
terlalu ramai orang yang baik dan jujur
dalam masyrakat kita tetapi tidak
melakukan apa apa
inilah yang menjadikan malapetaka berterusan!



SIAPA BERCAKAP BENAR




NOTA:

undi pos bukan satu yang baru
tahun demi tahun undi pos dilaawan
kali ini semakin ramai bekas pengundi pos
datang untuk memberi tahu apa yang berlaku
di belakang tabir

nampaknya ada pulak yang mengatakan
penipuan undi pos tidak wujud
semua berjalan bersih dan suci

atau sengaja tak faham
ataubuat buat tak faham
atau buat donno


maka

dibawah ini dua berita tentang undi pos
maka terpulang pada pembaca untuk menilai
siapa bdeercakap benar
dan siapa kaki kelentong


SIAP YANG BERCAKAP BENAR?



nota:

siapa yang kuntau
siapa yang muntau
siapa yang lentong
siapa kelentong
tong tong tong



ATM NAFI SELEWENG UNDI POS TENTERA - berita hairan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal dakwaan berlaku penyelewengan dalam undi pos di kalangan anggotanya dan bertegas undi pos tentera adalah bersih, telus dan profesional tanpa sebarang campur tangan pegawainya.

Panglima ATM, Jeneral Zulkifeli Mohd Zin turut menyifatkan dakwaan empat bekas anggota ATM mengenai penyelewengan itu sebagai tidak berasas kerana tidak disertakan dengan bukti selain kesal kerana ada pihak cuba mengheret ATM ke kancah politik.

“Dakwaan itu ternyata tidak benar kerana ATM sentiasa menghormati hak kebebasan mengundi anggotanya serta ahli keluarga mereka berteraskan prosedur yang diamalkan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pertama, selaras prosedur dipraktikkan semua negara yang mengamalkan demokrasi.

“Mereka (anggota tentera) bebas untuk mengundi calon pilihan mereka dan proses pembuangan undi juga dilakukan mengikut prosedur yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958 dan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sidang media khas itu diadakan bagi menyangkal tuduhan dibuat empat bekas anggota tentera yang mendakwa pernah diarahkan menanda kertas undi pos untuk anggota tentera lain pada beberapa pilihan raya, termasuk PRU ke-5 (1978); ke-7 (1986) dan PRU ke-10 (1999) pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat PAS, kelmarin.


BEKAS TENTERA DAKWA MENGUNDI SAMPAI LENGOH - malaysiakini

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau (foto kanan) mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.



Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.
"Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang.

"Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja.

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986.

Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.

Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi.



Tambahnya (foto kiri), kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan.

"Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik.

"Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran," katanya lagi.

Turut bercakap dalam sidang media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar.

Mohd Kamil mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk tugas menanda "sekotak kertas undi."

Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa, beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak betul."



Risman (kiri) pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978.

"Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas undi.

Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor.

Mengulas dakwaan yang dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian pos.

Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya.

Beliau juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan.

nota:

dah baca?
dah faham?
siapa kelentong siapa?
tong tong tong
kah kah kah

RUNDINGAN SULIT - BOCOR



RAHSIA BOCOR







RUNDINGAN SAPURA UNTUK MEMAJUKAN PROPGRAM NETWORK CENTRIC OPERATIONS (NCO) UNTUK ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


KEADILAN telah dimaklumkan bahawa sebuah projek besar sedang dirunding antara Sapura Secured Technologies Sdn Bhd dan Kementerian Pertahanan untuk memajukan NCO untuk Angkatan Tentera Malaysia.

KEADILAN telah dimaklumkan bahawa program NCO bermaksud untuk mengintegrasikan semua apliaksi system, pengesan, system arah dan kawal dan persenjataan dan dianggarkan bernilai lebih RM2billion untuk dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun.

Kami memahami bahawa pihak ATM telah pun memiliki sistem yang hampir sama, yang dimajukan beberapa tahun yang lalu.

Apatah lagi, projek ini telah mendapat kritikan yang menyeluruh daripada anggota ATM sendiri, dan keprihatinan mereka tidak diendahkan oleh semua yang mengarahkan projek ini untuk diteruskan.

Apa yang lebih membimbangkan ialah KEADILAN difahamkan bahawa projek ini sedang dirundingkan secara terus demi kepentingan Sapura. Kami juga difahamkan bahawa Sapura tidak memiliki kebolehan teknikal untuk melaksanakan projek ini, dan keupayaan mereka untuk memenuhi keperluan projek ini wajar dipersoalkan.

KEADILAN dengan ini mendesak Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan untuk menghentikan perbincangan dengan Sapura tentang program NCO ini sehingga inkuiri penuh diadakan sama ada sistem baru ini benar-benar diperlukan untuk dibuat dengan kepuasan pihak ATM.

Kedua, jika program NCO ini benar-benar dibuktikan perlu untuk ATM, maka kami menggesa Kementerian Pertahanan untuk memilih pihak yang paling layak untuk melaksanakan projek ini menerusi proses tender terbuka.

NIK NAZMI BIN NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT


nota:

sebelum dapat buat senjata
kenapa sapura tak dapat repair
cermin tingkap proton
ini projekbesar juga

FORUM DI KOTA BAHRU ESOK PAGI SABTU




SEMUA DI JEMPUT DATANG






nota:

forum anak muda
sabtu pagi di kota bahru
sesiapa yang berdekatan
dengan kota bahru
di jemput hadir

LAGI CERITA POLIS MALAYSIA BERHEMAH TINGGI




ARKIB : 11/08/2011


POLIS MALAYSIA LEBIH BERHEMAH-meloya

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.

Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.

"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan di London yang gagal dikekang malah mula merebak ke seluruh Britain.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, polis di negara ini dilihat lebih bijak mengawal situasi dan emosi baik di kalangan anggotanya mahu pun perusuh.

"Mereka dilihat lebih berperikemanusiaan serta bijak menangani masalah seperti yang sedang berlaku di London," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan pula menganggap kejadian rusuhan yang berterusan bukan disebabkan oleh kegagalan polis mengekang masalah sebaliknya tiada kesedaran di kalangan rakyat negara itu.

"Bagi saya ini bukan masalah polis sebaliknya rakyat di negara itu sendiri. Kita tidak tinggal di sana jadi kita tidak tahu apa yang berlaku.

"Sepatutnya mereka lebih menumpukan kepada cara menyelesaikan masalah ekonomi dan pengangguran.

"Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya masalah rusuhan yang terjadi di sana dibiarkan berterusan," katanya.

KANG KONG


nota:
ada pembaca naik jelak
melihat muka kang kong ini
tapi apa nak buat muka bodek
memang macam ini ruapmya
kah kah kah



SURAT DARI PEMBACA


itu semua kisah ditahan polis atas kesalahan trafik... pau itu ini.. utk elak dibawak ke balai.. bagaimana kisah mereka yg penah ditahan dan dibawak ke balai pulak.. ndak2 plak dlm kes2 tertentu yg memerlukan ditahan reman.. soalannya bagaimana barang2 dan harta benda mereka yg berada dibadan semasa ditahan.. adakah dpt balik smula..? tentunya kalian mempunya teman/kenalan dan sdra yg penah mengalamai situasi begini.. jomm.. masing2 bukak cerita.. !!
By Anonymous on APA KATA PEMBACA TENTANG POLIS at 7:12 PM

Nak join tabur api sket. Satu hari aku jumpa satu makcik indon ni, dia keja potong rumput kat tempat aku keja. Badan dia menggeletar abis. Muka pucat lesi. Aku tanya apa hal makcik. Sambil nangis dia cakap aku dalam bahasa indon dia. Dia keluar tunggu bas tepi jalan nak mai keja. Satu kereta ronda berhenti tepi jalan dan tanya dia. Makcik minta pasport. Makcik tu cakap saya takda pasport. Majikan pegang.

Kalau macam tu makcik masuk kereta ikut pegi balai polis. Masa dalam keta dia duduk belakang. di kiri dn kanan polis duduk. Pastu depa minta duit dia. Dia cakap tak ada pak. tapi depa ambik beg duit dia dan ambik duit abis. Dia kata majikan baru bayar gaji 500. tu la gaji bulan tu nak bayar rumah sewa. tapi depa gelak-gelakkan.

Sambil cakap, makcik ada rantai? pastu ambik rantai kat leher dia. Kecik ja rantai tu anak dia bagi. pastu polis gelak-gelak sekarang kami nak bawa makcik masuk hutan. (Dia cakap hari tu kawan dia, indon muda- modus operandi dia sama. depa bawa masuk hutan dan rogol.)Dia dengar macam tu, dia terus sembah-sembah, tolongla pak..tolongla..Lepas tu, entah apahal depa pi tinggal dia tepi jalan.

Duit satu sen pun tak dak. Dia tahan teksi, teksi tu bawa pi kat tempat aku keja. Masa aku jumpa makcik ni dia masih trauma, dok tepi longkang sambil nangis. Aku dengar cerita tu jadi tensen abis. Tengok muka orang indon tua tu kesian betul. Aduh...polis berhemah, cekap dan betul.
By Anonymous on APA KATA PEMBACA TENTANG POLIS at 5:18 PM

POlis memang berhemah , kesah nya begini : beberapa lepas masa kami adik beradik nak balik raya ke Kelantan, masa tengah jalan tu (kuala lipis kot) tiba2 polis letak kon & tahan kereta kami, pastu dia cakap saya memandu melebih had laju... di pendekkan cite, dia bagi 2 pilihan :

1. nak saman ker? 2. nak bayar kat dia saya cakap takde duit, saman je la encik. 2 kali dia ulang, saya pun tak ubah pendirian... last skali, dia kata dengan tersenyum ' tak pe la encik boleh jalan'... saya pun blah la.. KAN BERHEMAH tu PDRM..
By Anonymous on APA KATA PEMBACA TENTANG POLIS on 8/18/11

bro... polis ni, penjawat awam & GLC staff pun kadang2 dier serang. Kisah ni berlaku pada teman 2-3 tahun lepas. Teman salah seorang staff TM yg diwajibkan bertugas di Litar F1 Sepang menjaga network pasukan2 Scuderia Ferrari & Telecom Italia. Sepanjang ke Litar F1, jalan jammed.

Kebetulan pulak Exchange TM berhadapan dgn Litar F1 cuma tersorok. Punyalah jalan road block sampai nak ke Exchange pun xbleh. sampai ke LCCT teman terpaksa koner.. bila nak belok kiri. ditahan POLIS GEMOK.. polis GEMOK kata Telekom mana ada kerja harini.

Bodoh piang punya POLIS GEMOK. teman jaga network pasukan Ferrari aritu pun xpercaya siap tunjuk pass masuk.. kalo down, suruh ler polis GEMOK baiki. masa tu aku maki POLIS GEMOK.. woii barua anjing.. dier tak kater aper maybe sb kereta2 kat belakang pun PANAS jer sampai langgar kon. Teman pun pusing balik, terpaksa ikut Salak Tinggi...
By John Obi Mikel on APA KATA PEMBACA TENTANG POLIS on 8/18/11

salam tt, aku kenal sorg perempuan indon, dia kerja di Malaysia. Sepatutnya balik ke indonesia awal bulan aritu..tapi nak naik flight ditahan oleh pegawai imigresen. Alasannya, kena tunggu sampai habis pilihanraya dulu baru boleh balik indon.

Presiden indonesia juga dikatakan dah bagi greenlight pada malaysia untuk pinjamkan rakyat mereka yg tinggal di Malaysia untuk mengundi di pilihanraya akan datang. lepas habis pilihanraya. akan dapat ic dan kemudian baru boleh balik..tak pasti sejauh mana kenyataan "meminjamkan rakyat indon utk mengundi" tu betul.. yang pasti.. perempuan indon tu masih kat malaysia.dia tak boleh balik selagi tak abis pilihanraya.
By Anonymous on APA KATA PEMBACA TENTANG POLIS on 8/18/11


Satu pagi, hujung bulan, saya bergegas ketempat kerja tunggang motosikal vespa buruk, tanpa r/tax dan insuran jalan. Ini kerana gaji kecil, anak ramai, ada yg masih menyusu dan bersekolah.

Keutamaanya beli makanan untuk keluarga dari r/tax. Lagipun saya bukan kaki merayau. Guna motosikal hanya untuk keperluan asas sahaja. Dah la keluar rumah ke tempat kerja dengan masa hanya cun..cun sahaja, kali ni keta tahan Polis pulak.

Polis tak pun periksa lesen, terus-terus minta duit kalau tidak beliau akan tulis saman. Hati mana tak risau, kesalahan ada, mau tak mau kena bukak dompet, buat rayuan, kerana duit dalam dompet hanya semata-mata tinggal semangga RM50 saja. Yang itu lah untuk ditampung kesemua keperluan seisi keluarga. Adoi tak ada kesihan belas. Ingatan ini kekal sehingga kini walaupun dah 20 tahun berlalu, kejadian di Jalan Bagan Dalam, Butterworth, nama anggota Polis tersebut Kons. Halim, mungkin sekarang dah naik Pangkat Sargent. Tubuh badan masih melidi sehingga kini.
By Anonymous on APA KATA PEMBACA TENTANG POLIS on 8/18/11

LAGI CDERITA BARU



MENCANDAT LAGI BAIK



nota:
heboh pasal jais ini buat apa
lebih baik mencandat sotong
santai beranda canda




PERIKSA GEREJA : PENGARAH JAIS TAK TAHU WUJUD OPERASI- mStar

Kontroversi tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) terus berlarutan apabila kini timbul dakwaan Pengarahnya, Marzuki Hussin tidak tahu-menahu mengenai operasi itu.

Sumber dalaman JAIS menyatakan bahawa Marzuki tidak dimaklumkan mengenai operasi yang dijalankan oleh Bahagian Penguat kuasa JAIS dan polis pada malam 3 Ogos lalu.

"Pengarah tidak dimaklumkan tentang operasi itu. Sebab itu operasi malam itu dibuat tanpa persedian rapi," kata sumber berkenaan.

Justeru menurut sumber itu lagi timbul tanda tanya berhubung pihak yang mengeluarkan arahan atau memberi kelulusan agar operasi itu dilaksanakan.

Selain itu difahamkan juga jumlah 12 individu Islam yang dilaporkan menghadiri majlis makan malam anjuran komuniti gereja di DUMC itu tidak tepat berdasarkan fakta bahawa hanya sepuluh daripada mereka diwakili peguam dari firma guaman Tetuan Lee Hishammuddin.

"Dua lagi individu itu 'tidak formal', tapi kesemua 12 yang diperiksa itu memang hadir beri keterangan agar tidak menimbulkan syak," katanya lagi.

Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai apa yang dimaksudkan dengan 'tidak formal'.

Baru-baru ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa mempunyai bukti bahawa Umno mendalangi pemeriksaan JAIS terhadap DUMC.

Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... BERITA BERTAMBAH PELIK MELIK.... kah kah kah..

kah kah kah... APA APA PUN.... SEMUA INI TAK SANGKUT PAUT DENGAN AGAMA.... kah kah kah...

kah kah kah... CERITA INI AKAN TERUS DI PANJANGKAN.... kah kah kah...

kah kah kah... NAK BAGI ORANG MELAYU NAIK STIM.... kah kah kah

kah kah kah.... KALAU BOLEH SAMPAI PILIHANRAYA... kah kah kah...

kah kah kah...BAGI ORANG MELAYU NGANG... kah kah kah...

woit.. SEBAB ITU KENA PUTAR... PUTAR DAN PUTAR LAGI.... kah kah kah..

kah kah kah.... YANG MENARIK IALAH ORANG MELAYU TAK AMBIL POT..... kah kah kah...

kah kah kah.... DARI HEBOH PASAL JAIS... LEBIH BAIK HEBOH JUM HEBOH..... kah kah kah...

nota:

orang melayu dah letih
letih kena kelentong
kah kah kah