Ahad, 6 Februari 2022

MYAMMAR SETAHUN DIBAWAH KASUT SOLDADU

 



MYANMAR

SETAHUN DIBAWAH

KASUT SOLDADU

KHALAS

FITNAH FITNAH TOHMAH

 



Fitnah, kata pegawai kanan Mara dituduh terlibat salah laku

LIMA pegawai kanan Mara yang dituduh terlibat salah laku korporat membuat laporan polis ke atas soerang pengarah Mara Corp dan pengendali akaun Twitter yang membocorkan surat berkaitan tuduhan berkenaan.

Dalam laporan di balai polis Dang Wangi itu, mereka antara lain mendakwa tuduhan ke atasnya dalam surat yang tular itu merupakan fitnah semata-mata.

Laporan yang dibuat awal pagi ini dibuat Noor Irwan Marmin, Iskandar Zainudin, Rizal Abdul Gani, Mohd Faizal Mohd Top, dan Mohd Firdaus Zubir

“Segala rujukan terhadap saya dalam surat tersebut tidak benar sama sekali dan saya tidak pernah tidak pernah pada bila-bila amsa melakukan apa sahaja kesalahan yang didakwa dalam surat tersebut,” kata mereka dalam laporan masing-masing.

Laporan yang dilihat oleh The Malaysian Insight itu menuntut siasatan ke atas kebocoran maklumat dalaman Mara.

Dokumen dalaman itu dipercayai melibatkan surat menyebut siasatan kes salah laku yang didakwa berlaku selepas mereka dipinjamkan kepada anak syarikat, Mara Corp.

Ia melibatkan surat oleh Pengarah Eksekutif Mara Corp Suhaili Abdul Rahman kepada Pengerusi Mara Azizah Mohd Dun bertarikh 30 Januari.

Kandungan surat itu disahkan Suhaili kepada The Malaysian Insight.

Kes tersebut antara lain didakwa melibatkan pemberian imbuhan dan kenaikan pangkat secara tidak wajar dan tidak disemak oleh pegawai pengurusan atasan.

Akaun Twitter yang menyiarkan surat mengandungi tuduhan berkenaan dinamakan sebagai @ES_EdisiKhas. – 6 Februari, 2022.


FITNAH

TOHMAH JAHAT

BERNIAT JAHAT

AMIN

MUSTAHIL PEGAWAI

JUJUR BERHEMAH

WARAK BERJURUS

BUAT KERJA

TAK SENONOH

AMIN

INI MESTI

KERJA DAP 

KERJA ZIONIS

CEMBURU 

DENGAN ISLAM

KAH KAH KAH

MUSTAHIL PEGAWAI

YANG SELALU

HANTUK KEPALA

KE BATU ITAM

TERLIBAT DALAM

KERJA KEJI

KAH KAH KAH

AL-FATIHAH

 



AL-FATIHAH


Lata Mangeshkar, legendary Bollywood singer, dies at 92

The singer who defined music and melody for generations in India has died in Mumbai

PRN JOHOR

 


Kes Covid-19 15,000 sehari tak lama lagi, kata Khairy

GELOMBANG varian Omicron waktu ini akan menyebabkan jumlah jangkitan Covid-19 mencecah 15,000 sehari tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau mengumumkan demikian dengan gesaan agar golongan rentan segera mendapatkan dos vaksin penggalak.

“(Malaysia) masuk gelombang Omicron sepenuhnya. Kes akan mencecah 15,000 tidak lama lagi.

“Masih ada 1 juta warga emas tiada dos penggalak.

“Tolong maklum kepada orang tua kesayangan anda untuk dapatkan dos penggalak dengan segera,” katanya di Twitter.

Beliau turut menyiarkan semula rajah oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang menunjukkan jumlah jangkitan akan meningkat ke angka 30,000 seawal 27 Februari.

Jumlah itu dapat meningkat ke paras tersebut dengan kadar kebolehjangkitan (Rt) 1.6, katanya.

Unjuran dengan angka Rt 1.2 pula akan memberi jumlah 10,000 kes sehari pada 27 Februari, katanya.

“Namun dengan liputan vaksin yang luas dan dos penggalak dapat mengurangkan keparahan kes,” katanya lagi di Twitter.

Beliau mengumumkan kadar itu meningkat dari 1.15 kepada 1.20 hari ini dengan 10,089 jangkitan baharu Covid-19.

Ia menunjukkan penularan semula Covid-19 dengan pantas dengan kadar Rt paling tinggi di Sabah – 1.41.

Seramai lebih 22.9 juta individu dewasa sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.2% atau 23.22 juta orang dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi kanak-kanak bawah 12 hingga 17 tahun, hampir 2.8 juta atau 88.7% sudah melengkapkan vaksinasi manakala hampir 2.87 juta sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – 6 Februari, 2022.

AWAS 

BAHAYA

AMIN

INI AMARAN

INI RAMALAN

DARI KJ

AMIN

BILA NAK

BERKEMPEN

LAGI RAMAI

MAT KOBID

MENYERAANG

AMIN

GUA NAK BUAT

RAMALAN JUGA

BULAN PUASA

DAN DEKAT

NAK  HARI RAYA

MAT KOBID

AKAN KURANG

KERANA LETIH

PUASA

KAH KAH KAH


SUASANA POLITIK AMAT BAIK

 



Datuk Seri pula ahli sihir sekejap uzur, sekejap sihat – Fadhli

KUALA LUMPUR – Tidak senang dengan gelaran Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai ahli zoologi, Dewan Pemuda parti itu membidas Presiden UMNO.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai ahli sihir kerana kerap uzur untuk menghadiri prosiding mahkamah tetapi selepas itu kembali sihat. 

“Jika membalas begitu pun sudah dilabel ahli zoologi, Datuk Seri ahli apa? Ahli sihir yang sekejap uzur ke mahkamah kemudiannya sihat sejahtera memikul beras?

“Atau Datuk Seri sebenarnya ahli zoologi yang pengkhususannya ialah sesumpah bertukar warna sepantas kilat sewaktu menjadi murid setia kepada ‘cikgu’ yang baru sahaja diseranah di atas pentas?

“Hairan saya, kenapa ada lagi yang mempercayai ucapan Datuk Seri yang terang-terang hanya memperbudakkan pendengar?

“Sebenarnya, yang dikehendaki sangat ialah tandatangan di atas sekeping watikah sahaja. Itu pun tiada harga jika Datuk Seri berpindah mukim ‘ke dalam’,” bidas Ahli Parlimen Pasir Mas itu dalam hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Perikatan Nasional itu tidak menyebut nama Ahmad Zahid secara langsung namun berkias dengan menggunakan metafora ‘Datuk Seri’.


BILA PELACUR

&

GEROMBOLAN 

BERGADUH INI

PETANDA BAIK

UNTUK RAKYAT

AMIN

BIAR BERBUNUH

SATU SAMA LAIN

KAH KAH KAH

TAK KIRA

SAPA JADI HAIWAN

SAPA JADI BOMOH

KAH KAH KAH

YANG MUSTAHAK

MEREKA BERGADUH

AMIN

KAH KAH KAH

CHINA MERAH PASANG TAJUR

 


CHINA MERAH

PASANG TAJUR

AMIN

Unknown commented on

 "NAJIB ADA JO LO -

 ANWAR ADA VINOD"

Dasai nak main depan belakang. Red panda boleh main atas bawah Kiri kanan. Kamu jangan cari pasal dasai. Red panda ni bukan sejujur tsun yat sen dulu. Semua Yankee US yang tak sebulu dgn pentagon, wall street semua berkubu di red panda. Makan ada,amoi ada,yam seng ada. Hanya red panda mau adalah teknik Dan teknologi


ANWAR JADI PM SALEPAS APEC

 


ANWAR JADI

PERDANA MENTERI

SALEPAS APEC

AMIN

Unknown commented on 

"ANWAR WAJIB 

PENGGANTI MADEY"

Kalau Anwar sabar tak gopoh, bulan sebelas 2020, selepas mesyuarat APEC, dah jadi perdana menteri ke8. Sekarang dah jadi PM selama 15 bulan.

AMARAN ! BAHAYA BAHAYA

 


Jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat kepada 10,089 kes

MALAYSIA mencatatkan 10,089 jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari yang mana ia kali pertama dalam tempoh empat bulan negara melaporkan lebih 10,000 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham.
 
Kali terakhir negara mencatatkan lebih daripada angka itu ialah pada 2 Oktober 2021 apabila sebanyak 10,915 kes dilaporkan.

Noor Hisham berkata kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes 2,914,220 juta jangkitan.

Negara melaporkan lebih 5,000 kes selama enam hari berturut-turut.
 
Beliau berkata negara juga mencatatkan peningkatan dalam kadang jangkitan (R-naught) daripada 1.15 kepada 1.20 menunjukkan virus itu merebak dengan pantas.

Pada masa ini Sabah mempunyai kadar jangkitan tertinggi iaitu 1.41.

Sementara itu lebih 22.9 juta individu dewasa sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.2% atau 23.22 juta orang dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi kanak-kanak bawah 12 hingga 17 tahun hampir 2.8 juta atau 88.7% daripada mereka sudah melengkapkan vaksinasi manakala hampir 2.87 juta sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam sebanyak 73,328 dos vaksin dikeluarkan dengan 15,673 dos pertama, 782 dos kedua dan 56,873 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang dikeluarkan di bawah program imunisasi kebangsaan sebanyak 63,914,165. – 6 Februari, 2022.

AMARAN

BAHAYA DARI

MAT KOBID

AMIN

MACAM 

MAT KOBID TAHU

KITA NAK BUAT

PILIHAN RAYA

AMIN

MASA BOLA FINAL

TAKDA PULAK

BIJAK MAT KOBID

BERI AMARAN

KHALAS

JAWABNYA

IKUT C.U.H

DAN

SENTIASA GUNA

IVERMECTIN

AMIN

SATU DUNIA DI SERANG INFLASI

 


HARGA MAKANAN &

 BARANG KEPERLUAN

NAIK DISELURUH

DUNIA

AMIN

TAK PERNAH LIMAU PLASTIK

 



TAK PERNAH

LIMAU PLASTIK

KHALAS


Unknown commented on

 "BERKHALWAT HARI KE 687"

Hang Pi tengok orang Cino gali kubo jangan sedekah patihah.. AMIN hang pi sedekah limau... AMIN Dah mati pun kena tipu jugak..AMIN limau plastik.. bukan limau ori KHALAS.. kah kah kah

DAPUR JALANAN TAK PERNAH BERHENTI

 

DAPUR JALAN

KHIDMAT TERUS

AMIN

PETANG INI

JAM 5

DI JLN PANGGUNG

AMIN

Unknown commented on 

"NAJIB ADA JO LO - 

ANWAR ADA VONOD"

TT, apa khabar orang dapur jalanan? kita asyik menghentam politikus tapi adakah kita prihatin dengan yang memerlukan ? Siarkan khabar orang dapur jalanan TT. Sekian.

ANWAR WAJIB PENGGANTI MADEY

 


APA JADI 

PADA PLAN B

YB NIK NAZMI

YB WILLIAM LEONG

YB LI KANG

KAH KAH KAH

MAHATHIR SUDAH

KELUAR MASUK IJN

KAH KAH KAH

MANA ANWAR IBRAHIM

KENAPA TAK SABAR

KAH KAH KAH

KALAU  DULU

SABAR TAK

GOPOH GAPAH

SEKARANG BILA

MADEY MASUK 

HOSPITAL ANWAR

GANTI JADI PM

KAH KAH KAH

PUKRAK MUKRAK

KAH KAH KAH 

PADAN MUKA

AMIN

NAJIB ADA JO LO - ANWAR ADA VONOD

 




Pendedahan: Amaran

 pakar kesihatan 

berhubung ventilator

 dijual ahli 

perniagaan Malaysia

 kepada Hungary

Seorang ahli perniagaan Malaysia yang diberikan kontrak berbilion dollar untuk membekalkan peralatan perubatan kepada kerajaan Hungary pada 2020 menjual alat bantuan pernafasan atau ventilator yang disifatkan oleh doktor Britain boleh membahayakan nyawa pesakit, MalaysiaNow kini boleh dedahkan.

Model “Shangrila 510S” dan “SH300” yang merupakan ventilator buatan China adalah antara ribuan bekalan alatan itu yang dijual kepada Hungary oleh seorang ahli perniagaan Malaysia Vinod Sekhar, yang terkenal rapat dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau juga turut mempunyai rantaian syarikat dan organisasi yang beroperasi di bawah Petra Group.

Vinod adalah individu yang terlibat dalam siasatan pengubahan wang haram dilancarkan oleh beberapa agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mana agensi itu menyerbu pejabat Petra Group di Bangsar pada November lalu.

Maklumat yang diberikan kepada MalaysiaNow oleh wartawan penyiasatan Hungary menunjukkan dua model tersebut adalah antara 6,258 unit ventilator yang dibeli Budapest dalam sebuah kontrak kontroversi diluluskan Menteri Luar dan Perdangangan negara Eropah itu pada 2020, ketika pandemik Covid-19 sedang memuncak.

Salinan dokumen perjanjian kontrak yang dilihat MalaysiaNow menunjukkan Budapest bersetuju untuk membayar GR Technologies Sdn Bhd milik Vinod sebanyak AS$559,600,000 bersamaan dengan RM2.4 bilion ketika kontrak itu ditandatangani pada Mei 2020.

Amaran doktor di United Kingdom

Bagaimanapun, sebulan sebelum perjanjian kontrak itu dimeterai, doktor-doktor kanan Britain memberi amaran bahawa ventilator jenis “Shangrila” yang dibeli oleh United Kingdom dari China tidak berfungsi, boleh membahayakan dan bahkan boleh menyebabkan kematian pesakit jika digunakan di hospital.

Mereka menyuarakan masalah-masalah penyelenggaraan dan bekalan oksigen selain manual penggunaan yang mengelirukan berhubung model tersebut selain turut berkata ventilator tersebut dihasilkan bagi kegunaan ambulans dan bukannya untuk hospital.

“Kami percaya jika digunakan, ia boleh membawa mudarat kepada pesakit, dan kemungkinan besar boleh menyebabkan kehilangan nyawa,” kata sekumpulan doktor kanan dalam sebuah surat pada 13 April 2020 seperti dilaporkan NBC News.

“Kami berharap ventilator ini ditarik semula dan digantikan dengan peralatan yang lebih mampu menyediakan penjagaan intensif bagi pernafasan pesakit-pesakit kami,” kata surat itu lagi.

Laporan audit UK (kiri) dan amaran kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Colombia (kanan), memberi amaran tentang bahaya model ventilator Shangrila 510S dan SH300, model buatan China yang dibekalkan oleh Vinod Sekhar ke Hungary.

Lebih kurang lima bulan kemudian, laporan setebal 60 muka surat dikeluarkan ketua audit UK mengenai pembelian ventilator bagi hospital kerajaan sebagai respons terhadap pandemik Covid-19 turut mengesahkan kebimbangan tersebut.

Laporan itu juga mendedahkan Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial UK menarik semula penggunaan 750 unit ventilator “Shangrila 510S” dan membatalkan pembelian lanjut sebanyak 1,250 unit ventilator jenis itu daripada pembuatnya di Beijing.

“Bagaimanapun, ia menarik semula penggunaan alatan itu, sebagai respons terhadap kebimbangan yang dibangkitkan pengamal perubatan yang menguji ventilator tersebut tetapi menyimpulkan ia tidak sesuai untuk kegunaan penjagaan kesihatan yang intensif,” kata laporan audit tersebut, sambil menambah dakwaan tersebut turut disahkan oleh pasukan klinikal.

Penarikan semula penggunaan 750 ventilator yang dibeli dengan harga £3,000 setiap satu itu menyebabkan kerajaan UK kerugian sebanyak £2.2 juta (RM12.4 juta).

Ventilator sebabkan kematian di Colombia

Sekitar waktu yang sama ketika laporan audit UK itu dikeluarkan, pihak berkuasa kesihatan Colombia turut mengeluarkan amaran sebuah model lagi iaitu SH300 boleh menyebabkan kematian selepas enam pesakit meninggal dunia adalah berkait dengan penggunaan alat bantuan pernafasan tersebut.

National Institute for Food and Drug Surveillance di Colombia turut mengarahkan supaya SH300 tidak digunakan di kemudahan hospital selepas ia mendapati ventilator itu boleh berhenti berfungsi atau terpadam secara tidak dijangka, selain turut mengeluarkan data yang salah dan beberapa isu ketidaksesuaian lain.

Institut itu berkata ia menerima 34 laporan insiden serius disebabkan ventilator tersebut melibatkan 12 hospital yang merawat pesakit Covid-19 sejak Julai 2020.

Amaran berhubung ‘ventilator bawa maut’

Sementara itu, di Hungary, ketika pembelian ventilator tersebut dari GR Technologies, Dewan Perubatan Hungary memberikan amaran bahawa “kematian dalam kalangan mereka yang memerlukan rawatan ventilator dan intubasi adalah sangat tinggi”.

Ia turut menggesa kerajaan Hungary untuk menyiasat sama ada ventilator itu berfungsi secara baik atau ia mempunyai masalah kualiti.

Pembelian peralatan perubatan oleh Hungary pada 2020 itu disifatkan sebagai pembelian tunggal terbesar oleh negara yang merupakan anggota Kesatuan Eropah, di mana ia menimbulkan kemarahan ahli politik blok pembangkang negara itu yang menyifatkan kontrak tersebut sebagai tidak telus, terlalu mahal dan menyebabkan mereka berdepan lebihan bekalan.

Pendedahan berhubung ventilator yang mendatangkan mudarat kesihatan dibekalkan ke negara itu menyebabkan bantahan terhadap kerajaan Perdana Menteri Viktor Orban menjelang pilihan raya Parlimen pada April depan.

“Kos purata bagi satu ventilator dengan harga AS$89,500 itu sendiri adalah satu perkara yang melampau, namun jika kita tambah dengan maklumat dari UK dan Colombia – bahawa dua jenis ventilator tersebut berbahaya dan penggunaannya boleh menyebabkan kematian pesakit – isu ini kini menjadi isu risiko kesihatan dan keselamatan negara kami,” kata M├írton Tompos yang mengetuai jawatankuasa antirasuah parti pembangkang Momentum kepada MalaysiaNow.

“Selepas kami kalahkan kerajaan Orban yang amalkan rasuah ini, kami akan lancarkan siasatan besar-besaran terhadap pembelian dan peranan mereka yang terlibat dalam transaksi yang memalukan ini,” tambahnya.

Pandangan ini juga turut disuarakan badan pemantau anti rasuah Transparency International-Hungary (TI-Hungary) yang menggesa Budapest untuk mendedahkan butiran pembeian peralatan perubatan dari Vinod.

TI-Hungary berkata ada beberapa persoalan mengenai apakah kontrak yang diberikan kepada GR Technologies memenuhi undang-undang ketelusan di Hungary.

“Dalam kes ini, tidak jelas bagaimana kerajaan Hungary boleh memilih atau merekrut GR Technologies bagi membekalkan alat bantuan pernafasan dan alatan lain yang berkaitan,” kata ketua hal ehwal undang-undangnya, Miklos Legati kepada MalaysiaNow pada Ogos tahun lalu.

NAJIB ADA

JO LO

AMIN

ANWAR ADA

VINOD

AMIN

DUA DUA AJEN

CHINA MERAH

AMIN

BAGAIMANA

VINOD DAPAT

KONTREK INI ?

AMIN

KENAPA 

PENGEKSPOT 

CHINA TAK JUAL

DIREK PADA

 HUNGARY

AMIN

NAPA CHINA MERAH

BERI VINOD

KONTREK  BERNILAI

2.5 BILION RM?

AMIN

JAWABNYA

CHINA MERAH

JUGA SEDANG

PASANG PANCING

UNTUK IKAT

ANWAR IBRAHIM

AMIN

CHINA MERAH

MAIN DUA LUBANG

KHALAS

JO LO PEGANG

NAJIB

VINOD PEGANG

ANWAR IBRAHAIM

KHALAS

AMIN

ROSMAH & NAJIB - SAPA MASUK DULU

 



ANTARA ROSMAH

DAN NAJIB

SAPA MASUK

PENJARA DULU

AMIN

panglimo potaseh commented on 

"APA JADI PADA NAJIB 

JIKA SUAMI MASUK PENJARA DULU"

W2020 ..30 tahun UMNO cakap tahun 2020 adalah tahung kearah pendapatan tinggi & sifar misking. Tapi apa yg terjadi ..tahung tu Melayu paling ramai bunoh diri manding keling dan cina ..sebab apa bunoh diri ..? Gwa harap Haji Najib tak bunoh diri jika suami nye di sumbat dalam jil dulu ..untuk makan minum Najib boley minta bantuan one-off dari kerajaan.